:- ZaKaT FiTraH! SatU KeWaJiPaN UntuK UmmAtnYa -:

Bulan Ramadhan yang mulia ini bakal berakhir beberapa waktu lagi maka wajarlah kita saling memperingati sesama umat Islam supaya menunaikan kewajipan yang difardhukan kepada setiap muslim yang berkemampuan iaitu untuk menunaikan zakat Fitrah.
Berdasarkan istilah, zakat fitrah ialah sedekah yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam pada bulan Ramadhan sebelum solat Aidulfitri dan ianya dilakukan untuk bertujuan memberi bantuan dan kesenangan kepada golongan fakir miskin khususnya untuk mereka dapat bersenang-senang di hari raya dan bergembira seperti umat Islam yang lain serta membersihkan amal ibadah golongan yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dan menunaikan kewajipan mereka (lihat Al-Mughni oleh Imam Ibn Qudahmah m/s 56 Jilid 3).
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra dengan berkata : “Rasulullah salallahualaihiwasalam telah memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan orang yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dengan memberikan makan kepada fakir miskin dan barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).
Kewajipan Zakat Fitrah Kewajipan Zakat Fitrah merupakan ijmak ulama ummah bahawa ianya satu kewajipan berdasarkan sunnah rasulullah sekalipun ianya tiada dalil dalam Al-Qur’an selain hanya dari sunnah rasulullah namun ianya disepakati dan tiadalah yang menyalahinya dari kalangan ahlul ilmi seperti yang disebut oleh Imam Ibn Qudamah yang menaqalkan dari Imam Abi Bakr Muhammad Ibn Munzir Al-Naisaburi pengarang kitab Al-Ijmak (lihat Al-Ijmak oleh beliau m/s 55).
Sekalipun wujud pernyataan Imam Ibn Abd Bar bahawa sebahagian dari golongan yang terkemudian dari mazhab Malik dan Daud yang mengatakan ianya sunat yang sangat dituntut namun pendapat ini jelas salah dan terkeluar dari hujah jumhur dan ijmak muslimin termasuk pendapat golongan anti-hadith yang tidak menerima pensyariatan sunnah rasulullah dan mereka itu (anti-hadith) kafir bukanlah lagi muslim.

Kewajipan Zakat Fitrah ialah dituntut kepada setiap muslim berdasarkan hadith Ibn Umar ra yang berkata : “Rasulullah telah memfardhukan (mewajibkan) zakat Fitrah segantang tamar atau dari gandum ke atas hamba ataupun yang merdeka, lelaki dan perempuan yang kecil (muda) atau yang tua dari umat Islam dan mengarahkan supaya ditunaikan kewajipan ini sebelum keluarnya orang ramai ke solat (Solat Aidhul Fitri)” (Hadith sahih diriwayatkan oleh Bukhari no. 1503 dan Muslim no. 984 dan lain-lain).

Perintah rasulullah dalam hadith di atas jelas menjadi hujah kewajipan dan tuntutan kepada Umat Islam untuk menunaikannya sebagai mentaati perintah Allah swt yang menyebut :

"Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (An-Nisa : 80)

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)

Dalam riwayat Abu Hurairah ra baginda rasulullah juga pernah bersabda dengan pesannya : “Setiap Umatku akan masuk syurga melainkan mereka yang engkar, maka sahabat bertanya, siapakah yang engkar itu wahai rasulullah ? Siapa yang mentaati aku maka dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakai aku maka dialah golongan yang engkar.” (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 728).

Demikianlah apabila dilihat kepada kata-kata Said ibn Musaiyib dan Umar ibn Abd Aziz ra pada firman Allah :

“Sungguh telah berbahagialah mereka yang menyucikan diri” (Al-A’la : 14)

Iaitu yang dimaksudkan menyucikan diri ialah yang menunaikan zakat fitrah. Disepakati oleh Ijmak ulama bahawa Zakat Fitrah ini wajib ke atas semua umat Islam yang mampu menunaikannya tanpa memudharatkan kehidupan keluarganya dalam menunaikannya dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk menunaikan sesiapa yang dibawah tangungannya yang tidak mempunyai kemampuan misalnya kanak-kanak yang menjadi kewajipan bapa dan walinya menunaikan zakat itu bagi pihak mereka (lihat dalam Al-Iqna’ dan Al-Ijmak oleh Ibn Munzir m/s 55).

Adapun bagi wanita yang belum bernikah maka menjadi kewajipan untuk mereka menunaikan zakat Fitrah bagi diri mereka sendiri dan sekiranya mereka dibawah tangunggan wali mereka maka walilah yang menjadi penanggung dan sekiranya yang sudah bernikah maka suaminya yang menjadi pembayar zakat dan dipertangungjawabkan.

Bagaimana menunaikan Zakat Fitrah ?

Zakat Fitrah boleh dikeluarkan dengan memberi segantang tamar atau gandum atau kismis menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dan Hakim. Walaubagaimanapun ianya secara umum dibolehkan memberikan makanan yang menjadi pemakanan asasi sesuatu masyarakat seperti beras bagi masyarakat Melayu di Malaysia ini berdalilkan kepada hadith dari Abu Said al-Khudri ra yang menyebut mereka mengeluarkan segantang dari makanan atau dari gandum …(lihat dalam Bukhari no. 1505 dan Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dan Nasaie).

Ini dapat dilihat dalam pelbagai hadith baik dari Ibn Umar ra dan juga dari Ibn Abbas ra yang hanya menyebut sejumlah gantang dari makanan dan tanpa mengkhususkan apakah jenis makanan kecuali memberi contoh bahawa ada yang memberi tamar, gandum dan kismis dan daqiq (tepung) dan lain-lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitabnya dengan sanad yang sahih.

Kiraan gantang ini ialah menurut kiraan ahlul Madinah berdasarkan hadith Ibn Umar ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Timbangan (berat) itu ditimbang menurut ahlul Makkah dan Sukatan (jumlah) itu ialah dikira pada sukatan Ahlul Madinah” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2340, Nasaie dan Baihaqi).

Ditunaikan zakat Fitrah itu ialah hanya kepada golongan fakir miskin seperti yang disebutkan dalam pelbagai hadith yang berkait dengan zakat Fitrah seperti yang diriwayatkan dari Ibn Abbas ra dengan berkata : “Rasulullah salallahualaihiwasalam telah memfardhukan zakat fitrah sebagai membersihkan orang yang berpuasa dari lagha’ (sia-sia) dan kekejian dengan memberikan makan kepada fakir miskin dan barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).

Maka pendapat ini dipegang oleh Syeikhul Islam Imam Ibn taimiyyah ra dalam Majmuk Fatawa Jilid 13 dan pelajarnya Imam Ibn Qayyim ra serta fuqaha Mazhab Malikiyah dan inilah yang paling rajih menurut ana sendiri daripada pendapat lain seperti pendapat kebanyakkan orang ramai yang khususnya dalam mazhab syafie yang mengatakan ianya boleh ditunaikan kepada ashab yang lapan yang berhak menerima zakat dan ana tidak bersetuju dalam hal ini kerana ianya tiada dalil khas dan zakat fitrah bukanlah seperti zakat harta.

Berdasarkan dalil dan hujah yang jelas ialah menyebutkan bahawa kewajipan zakat ini hanya berlaku khas dalam Bulan Ramadhan dan di dalam hadith hanya menyebut golongan fakir miskin yang berhak menerima zakat fitrah ini adapun golongan ashab yang lapan seperti yang termaktub dalam Surah At-Taubah ayat 60 itu ialah untuk zakat harta bukan zakat fitrah, wallahualam.

Waktu menunaikan Zakat Fitrah

Pelaksanaan zakat fitrah dilakukan dalam Bulan Ramadhan namun menurut sunnah yang sahih ialah pada dua hari dan sehari sebelum Aidhul Fitri seperti yang terdapat dalam riwayat Ibn Khuzaimah yang menyebut mengenai perbuatan Ibn Umar ra yang menunaikannya pada sehari atau dua hari sebelum hari Aidhul Fitri.
Juga dalam hadith yang beran’an dari Ibn Umar ra yang menyebut : “Rasulullah telah memerintahkan supaya menunaikan zakat Fitrah sebelum keluarnya orang ramai ke Solat Aidhul Fitri” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1509 dan Muslim no. 986 dan lain-lain).
Maka pelaksanaan zakat Fitrah hendaklah dilakukan sebelum selesainya solat Aidhul Fitri kerana waktu tamatnya ialah pada selepas solat seperti yang disebut oleh baginda “…barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka ianya dianggap zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat maka ianya menjadi sedekah daripada sedekah-sedekah yang biasa” (hadith hasan riwayat Abu Daud no. 1609 dan Ibn Majah no . 1827 dengan adanya an’an namun adanya syahid dari lain riwayat).

Demikianlah serba ringkas ana cuba ungkapkan persoalan zakat fitrah secara umum menurut panduan sunnah tanpa terlalu menuruti helaian mazhab dan khilaf fiqhiyah sebaliknya mengambil dari qaul rajih pilihan fuqaha ummah dari asar dan riwayat sahih dari sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183).
"Barangsiapa yang mentaati rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah" (An-Nisa : 80).

" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :59)

Wallahualam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- BaLiK kaMpuNg : EdiSi RaYa -:

Musim perayaan tidak akan sempurna tanpa wujud istilah “Balik Kampung” dan hal ini memang sudah menjadi rutin dan lumrah di mana-mana pun di dunia ini iaitu apabila berlaku perayaan dan sambutan kegembiraan maka setiap manusia akan pulang ke pangkuan “keluarga tersayang” atau kembali kepada sesiapa yang “memilikinya”.Manusia mempunyai fitrah untuk dimiliki dan merasa memiliki dan mereka akan berkongsi hidup dan kebahagian serta apa yang mengembirakan mereka dengan golongan yang memiliki dan dimiliki oleh mereka.
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Ar-Rum :30).
Sehingga penjahat kotaraya Kuala Lumpur sekalipun akan menangis sedu sedan di hari raya apabila terlepas peluang untuk pulang beraya di Kampung bersama ayah dan ibu dan menikmati detik-detik hari raya bersama keluarga sekalipun dia seorang “Kaki Pukul” dan tidak pernah berpuasa pun.
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).
Itulah fitrah dan kerana itu hari Raya juga disebut sebagai hari fitrah yang membersihkan jiwa dari dosa-dosa dan mengembalikan hati dan jiwa kepada fitrah setelah melalui ibadah puasa yang menyucikan dosa dan kotoran jiwa.
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183).
Bercerita tentang balik kampung raya kita dapat simpulkan bahawa sesiapa pun yang masih mempunyai orang yang memilikinya dan dia pun merasai dimiliki akan kembali kepada orang tersebut untuk berkongsi kasih dan kegembiraan.
Sudah pasti secara lumrah ibu bapa itulah sekurang-kurangnya pun menjadi pihak yang memiliki kita dan kita pun merasai dimiliki oleh mereka. Bagaimana mereka yang hatinya sudah tidak dimiliki oleh sesiapa ? dirinya tidak merasa kehangatan kasih sayang dan hatinya tidak dimiliki oleh sesiapa dan tidak pun memiliki sesiapa ? Tentu kepedihan dan kekosongan mengisi hidupnya dalam suasana kegembiraan dia hanya mampu merasa kesedihan.
Tahun pertama ana beraya di perantauan mengajar ana erti kesedihan tanpa keluarga tercinta. Jika dahulu ana ego dengan ' Kelelakian' seorang teruna yang tahan erti kesedihan, namun apabila nasib bersama ana, ana dapat merasai kepiluan beraya berjauhan bersama keluarga.
Adakah kerana ana ni 'manja' wujud nya rasa kesedihan ini? memang air mata ana murah untuk gugur di permukaan bumi Allah ini tapi itu bukan alasannya.
Raya aidilfitri tak lah seperti aidiladha kerana bahang sejuk masih di ambang-ambang kesejukan. Ana bersepakat bersama-sama ahli bait dan kawan untuk memakai baju melayu sepasang dan bersampin, mahu wujudkan suasana aidilfitri kampung. Ingat lagi ana bila musim raya, kami satu keluarga berpakat. Jika raya puasa kami sekeluarga pakai baju melayu bersampin dan jika raya haji jubah,senang kerana adik beradik ana semua laki, sehati sejiwa, boleh masuk korum katakan he2.
“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
Ana bersama ahli bait dan kawana-kawan embun2 lagi naik terenco untuk solat aidilfitri kat stadium tanta. berpesir biji mata arab tengok pakaian kami, makhluk asing mana turun dari langit pagi-pagi raya ni. Mereka nak puji cantik malu cuma simpan dalam hati lah he2. Best juga sebab raya ramai2 dalam stadium, walaupun seluruh ruang tubuh ku gembira di pagi raya titisan air mata tetap menitis ketika langkahan kami untuk ke stadium. Hati ini mengingati ibuku, ayahku, nenekku, abang2, adik2 dan semua keluarga ku, ana kuatkan semangat untuk menunjukkan gembira di hari perayaan yang Allah tetapkan pada kita.
Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di waktu terakhir Ramadhan yang akan meninggalkan kita dan belum pasti akan kembali lagi.

Daripada Anas ibn Malik ra bekata, Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2260).
“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:-Benarkah Nuzul Al-Qur’an itu pada 17 Ramadhan seperti yang disambut oleh Masyarakat Melayu ?-:
Jawapan ana ialah tidak benar kerana hal ini bahkan bertentangan dengan banyak riwayat yang sahih dan bahkan Al-Qur’an itu sendiri menyebut secara jelas bahawa turunnya Al-Qur’an itu ialah pada malam al-Qadr dan hal ini bertepatan dengan riwayat yang sahih yang mengatakan berlakunya Al-Qadar ( lailatul qadar ) itu pada sepuluh malam yang terakhir bukan 17 Ramadhan.

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an pertunjuk kepada manusia..”
(Al-Baqarah : 185).

“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an itu pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).

Demikianlah hal yang berlaku dalam masyarakat Melayu iaitu asyik nak menyambut sahaja apa-apa pun macam orang Hindu sahaja tanpa tahu asal usul dan hal sebenar.Ini kerana dalam masalah nuzul al-qur’an ianya tidak dapat dipastikan bilakah diturunkan Al-Qur’an itu secara tarikh tepat iaitu pada hari ke berapa dan malam apakah baik 17 apakah 18 dan apakah malam 19 Ramadhan.

Diriwayatkan rasulullah pernah bersabda : “ Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat…dan diturunkan Al-Qur’an pada malam 24 Ramadhan” (hadith ini hasan riwayat Ahmad dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir dengan rijalnya rijal yang siqah kecuali Imran al-Qathan dan dianya soduq waham dan punyai syahid dari hadith Ibn Abbas yang marfu’ .
Dikeluarkan oleh Ibn Jarir dan Abi Hatim dan juga Baihaqi dan lain-lain mengenai soalan Athiyah ibn Aswad kepada Ibn Abbas ra berkenaan penurunan Al-Qur’an yang disebut berlaku pada malam lailatul qadar dalam Bulan ramadhan maka dijawab oleh Ibn Abbas ra dengan mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan sekaligus pada malam lailatul qadar dalam bulan Ramadhan dan juga dalam riwayat lain Ibn Abbas mengatakan ianya (Al-Qur’an) diturunkan secara jumlah keseluruhannya pada malam 24 Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudiannya Jibrail as menurunkannya kepada rasulullah sedikit demi sedikit (Sahih riwayat Tibrani no. 12243 dan Disahihkan oleh Hakim dan disepakati Adz-zahabi, Baihaqi dan Ibn Jarir).
Secara sahih penurunan Al-Qur’an sekaligus keseluruhannya berlaku pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan dan hal itu jelas disepakati namun apakah Lailatul Qadar itu yang berlakunya penurunan Al-Qur’an tersebut dari sisi Allah ke langit dunia di Baitul Izzah ialah pada malam ke 17 Ramadhan maka ini tiada dalil yang jelas dan lain-lain waktu seperti yang mengatakan pada malam sekian dan sekian kerana lailatul Qadar itu berbeza-beza pada setiap tahun menurut kehendak Allah dan juga pada lailatul Qadar yang mana satukah berlakunya penurunan Al-Qur’an itu pun hanya diketahui oleh Allah swt.
Adapun riwayat yang mengatakan ianya pada 17 Ramadhan seperti yang disebut oleh riwayat Ibn Mas’ud ra maka sesungguhnya riwayat ini ialah dhaif (lihat dalam Sunan Abi Daud no. 1384). Juga disebut dalam kitab Hidayatul Mustanir pada Takhrij hadith-hadith dalam Tafsir Ibn Katsir ra maka pengarangnya sendiri memberi peringatan bahawa semua hadith yang mengatakan lailatul qadar itu terjadi pada awal dan pada 17 atau 19 Ramadhan maka sesungguhnya ianya ialah dhaif dan tiada sabit dari rasulullah.
“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).
Kesimpulannya tidak payahlah menyambut sesuatu yang tidak pasti kerana ianya bukan perkara yang disuruh sebaliknya mengamalkan isi Al-Qur’an itulah yang diperintahkan dan disuruh bukannya mengadakan bid’ah dan kekarutan dan kecabulan dari kejahilan.
Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50).
" Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).
p/s :Bid’ah dan kejahilan banyak berpunca dari golongan sufi, pernah ada satu cerita tentang seorang sufi yang menyimpan tanah kubur seorang wali Allah yang diambilnya semasa melawat India. Lalu ditanya kepada beliau : Siapakah wali Allah ini ? Jawabnya : Wali Allah ini aku tidak tahu siapa namanya tapi aku mendengar dia ialah wali Allah. Lalu ditanya : Di manakah tanah ini engkau ambil ? Jawabnya : dari sebuah tanah perkuburan di India, aku tidak tahu yang mana satu kuburnya secara pasti jadi aku ambil tanah ini dari sebuah perkuburan dan aku “anggap” sebagai tanah kubur si Wali Allah.
Juga perbuatan mereka yang melawati gua perkuburan ashabul kahfi dan mengambil berkat dari batu dan tanah sekitarnya dan apabila ditanya di manakah kamu ambil maka dijawab di Jordan sedangkan gua ashabul kahfi ini tidak diketahui apakah yang di Jordan, di Syiria dan di lain-lain tempat kerana tiada dalil.
Demikianlah sangkaan manusia…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lailatul Qadar dan PerihalNya

Malam Al-Qadar ialah sebuah malam mulia yang berlaku dalam Bulan Ramadhan dan padanyalah diturunkan Al-Qur’an dan ianya merupakan sebuah malam yang agung dan waktu yang berkah dan penuh rahmah.

“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an pada malam al-Qadar” (Al-Qadr : 1).“Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr ?” (Al-Qadr : 2).“Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 3).“Turun para malaikat dan ruh (jibrail) pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan” (Al-Qadr : 4).“Selamatlah malam itu hingga terbitnya fajar” (Al-Qadr : 5).
Pada malam tersebut yang berlaku dalam bulan Ramadhan merupakan malam mulia yang lebih mulia dari seribu bulan dan juga padanya berkah dan keselamatan dan kebaikan serta turunnya para malaikat dengan izin Allah untuk menunaikan doa-doa mereka yang memohon dan beribadah kepada Allah swt dengan ikhlas dan mengampuni dosa dan menjalankan perintah Allah swt.

Waktu Malam Al-Qadar

Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktunya secara berbilang-bilang dan tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Namun apa yang sahih dari rasulullah maka waktunya ialah pada malam 21, malam ke 23 , malam ke 25 malam ke 27 dan malam ke 29 dalam bulan Ramadhan.
Pastinya waktu lailatul qadar ini ialah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan seperti yang disebut oleh pelbagai riwayat dan juga dalam hal ini telah terdapat satu risalah khas yang ditulis oleh Imam hafidz al-Iraqi ra berkenaan malam ini jadi bolehlah dirujuk.
Terletaknya lailatul qadar pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah ra yang berkata : “Sesungguhnya rasulullah apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan : “ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1169).
Sekiranya seseorang itu dilemahkan oleh sesuatu atau tidak mampu juga berusaha gigih pada sepuluh malam itu keseluruhannya maka hendaklah menumpukan usaha ibadahnya pada malam 23 dan ke atas ini disebabkan dari riwayat Ibn Umar ra bahawa bersabda baginda rasulullah : “ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki” (hadith sahih riwayat bukhari dan Muslim no. 1165).
Secara umum diperhatikan pada dalil-dalil di atas maka para ulama menyimpulkan bahawa malam yang paling khas dan kemungkinan berlakunya lailatul qadar ialah pada malam 23, 25 dan 27 serta 29 secara berselang-seli dan berbeza-beza atau mungkin bersamaan pada setiap tahun.
Bagaimana Mengetahui bahawa malam itu ialah lailatul qadar ?

Pertanda sesuatu malam itu ialah lailatul qadar dapat diketahui melalui riwayat sahih yang disebutkan pertandanya dalam riwayat Abu Hurairah ra bahawa rasulullah pernah bersabda :
“ Paginya malam Lailatul qadar itu ialah apabila mataharinya muncul dengan lemah cahaya dan kurang panasnya seolah ianya redup sehingga meninggi” (hadith sahih riwayat Muslim : 762).
Manakala menurut riwayat Ibn Abbas ra berkata telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Lailatul qadar itu malam rahmah berkah dan bercahaya (berseri-seri indah) , tidak panas dan tidak pula sejuk dan pada paginya matahari menjadi lemah (cahaya dan panasnya) kemerah-merahan” (hadith hasan riwayat Thiyalisi no.349 dan Ibn Khuzaimah dan Bazzar).
Kebiasaannya sekiranya hujan pada waktu siang maka malamnya akan menjadi sebuah malam yang sederhana suhunya dan tidak panas serta tidak sejuk dan keesokkan harinya menjadi redup menurut fenomena kebiasaan. Walaubagaimanapun hanya Allahlah yang mengetahui secara tepat dan hendaklah umat islam berusaha beribadah setiap malam dan waktu kerana Allah dan mengharap redha-Nya.
Faedah Lailatul Qadar
Sesungguhnya disebut oleh baginda rasulullah : “Barangsiapa yang mendirikan lailatulqadar dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan baginya segala dosa yang telah berlalu” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 759).
Telah sahih dari Ummul Mukminah Aisyah ra yang telah bertanya rasulullah apakah yang perlu dibaca pada malam lailatul qadar jika beliau menjumpainya maka dijawab oleh rasulullah dengan bersabda : “ Berkatalah kamu : Allahumma sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampunkan hamba-Mu maka ampunilah aku” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 3760 dan Ibn majah no. 3850).
Doa ini ialah berikut :
اللَّهُمَّ اِنَكَ عَفُوٌّ تُحِبُ اَلفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ
Sesungguhnya pada malam Al-Qadar ini segala doa dimakbulkan dan hendaklah seseorang itu berdoa dengan kebijaksanaan dan untuk kebaikan dan bukanlah untuk keburukkan.
" Dan berdoalah kamu kepada Aku(Allah) nescaya Aku(Allah) akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).

Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya , cukuplah kita memohon kebaikan dari Allah dan meminta Allah yang menentukan apa yang baik untuk kita bukan sebaliknya kita yang memandai-mandai meminta yang bukan-bukan tanpa kita mengetahui apakah ianya baik untuk kita atau sebaliknya.
Manusia selalunya tidak tahu apa yang harus diminta dan tidak tahu apa yang dimintanya kepada Allah swt. Mereka memarahi Allah kerana tidak memakbulkan doanya sedangkan apa yang dimintanya itu sebenarnya buruk bagi mereka.
Janganlah seseorang hamba itu memohon supaya diberikan si anu atau si anu itu sebagai isterinya seperti berdoa : “ Ya Allah berikanlah Siti Nurhaliza menjadi isteri aku”
Jauhilah mendoakan sesuatu yang khusus yang boleh mempengaruhi hidup orang lain kerana hal itu jika dimakbulkan boleh menyebaban penderitaan kepada orang lain.Tidak mustahil doa ini dimakbulkan Allah namun apakah ini merupakan kebaikan baginya ?
" Dan ketika hamba-Ku berdoa kepada Aku , sesungguhnya aku amat dekat kepada mereka dan aku akan menyahut setiap doa dari orang yang berdoa" (Al-Baqarah : 186).
Juga amaran janganlah mengambil kesempatan lailatulqadar dengan mendoakan supaya ustaz emran menjadi suami kalian sebaliknya hendaklah manusia tahu apa yang harus di doakan, bagaimana harus berdoa kerana tidak semua permintaan doa itu baik untuk pemohonnya.
Kerana itulah disebut dalam hadith riwayat Jabir ibn Abdillah ra yang berkata “ Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam mengajar kami melakukan isythikarah (solat ) dalam setiap urusan keseluruhannya seperti seolah baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran dan baginda bersabda ; “ Jika ada sesiapa di antara kamu yang mengalami masalah dalam sesuatu urusan maka solatlah dua rakaat sunat kemudian berdoalah ;
Allahumma (wahai tuhan) , aku memohon pertunjuk dari-Mu dengan ilmu yang Engkau miliki, dan memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan yang Engkau miliki, dan memohon dari-Mu sesuatu dari kebesaran dan kemurahan-Mu yang agung.
Sesungguhnya Engkau mentaqdirkan sesuatu dan aku tiadalah kuasa dalam hal itu, dan Engkau mengetahui dan aku tidaklah mengetahui dan bahkan Engkau adalah Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Allahumma (wahai tuhan), sesungguhnya jika bagi-Mu bahawa perkara ini adalah baik bagiku dan bagi agamaku serta kehidupanku dan membawa hasil yang elok maka taqdirkanlah ianya untuk aku dan permudahkanlah aku dengannya serta berkatilah aku padanya.
Wahai tuhan, jika urusan ini buruk bagi aku dan bagi agama aku serta buruk bagi kehidupan dan memudharatkan aku maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Taqdirkanlah bagi aku sesuatu yang lebih baik darinya dan berkatilah aku padanya” (Hadith sahih, riwayat Bukhari m/s 126 dalam Fathul Bari Jilid 7).
Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- Hadith–hadith Palsu dan Dhaif Yang Tersebar di Bulan Ramadhan -:

Ketika ana sedang berjalan-jalan ana terdengar lagu avril lavigne bertajuk “don’t tell me” diperdengarkan selepas tadinya lagu “every little thing” oleh Dishwalla dan ana kaget di Bulan Ramadhan ini manusia masih menginginkan hiburan palsu dengan mengabaikan waktu khusus sebulan ini untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah.
Entahlah jiwa manusia sukar diteka, kekecewaan dan kesunyian menjadikan manusia mudah mendekati hiburan dan keharmonian mencari erti kehidupan dan dalam hal ini ana setuju bahawa lagu inggeris lebih banyak mempengaruhi jiwa dengan senikatanya, lirik dan rentaknya dari lagu melayu, nasyid ? Menyampah, nasyid ana letak last-last sekali setaraf dengan lagu siam atau lagu arab.
Kalau sudah hiburan itu maka hiburanlah juga, apa beza nasyid dan lagu muzik ? Cukuplah apa yang ana kupas dulu dalam tajuk muzik, kalau suruh Farish memakai serban dan jubah sambil berkopiah membawa imej islamik sikit, agaknya lagu “Haruskah Diuji” itu pun orang kata nasyid juga.Tentulah sekali tak terlepas Richard Marx jika masuk Islam dengan memakai jubah maka lagunya “Right here Waiting for You” itu pun orang kata nasyid.
Baiklah menjawab soalan kepada ana mengenai hadith palsu dan bathil yang tersebar maka ana mendapati seringkali ramai para ustaz, penceramah membawa hadith-hadith ini sedangkan ianya bukan hadith dan tidak boleh dinisbahkan kepada rasulullah.
Antaranya yang ana dapati ialah seperti berikut :
Pertama
“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”
Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).
Kedua
“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”
Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.
Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.
Ketiga
“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”
Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.
Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.
Keempat
“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”
Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.
Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.
Wallahualam
Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.
Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- Bufet ramadan: Pembaziran jelas!! -:

Kononnya ia trend. Berbuka di hotel jadi acara kawan-kawan, sekeluarga dan merai tetamu. Tetapi nampaknya tahun berganti tahun, berlebih-lebihan pula. Siapa yang insaf ni????

"Kita seakan menerima trend ini. Bufet Ramadan sudah sinonim setiap menjelang ramadan, umpama kewajipan yang perlu ada. Yang sentiasa mendapat sambutan.Yang dengannya, konon makin menyerikan ramadan, bukan amal ibadat kita." Begitu kata Dr Loq Loq.

Betul katanya. Kita selalu buat tidak kisah pada sesuatu yang kita suka, walau ia pembaziran paling nyata, yang menggoda hawa nafsu, melupakan kita pada tujuan asal berpuasa. Kita sepatutnya bersederhana, makan yang simple-simple, bukan kambing bakar panggang, lemang dan rendang, selera Timur Tengah, sate, abc dan cendol segala.

Berlapar berpuasa sepatutnya mengingatkan kita pada orang miskin yang hidup susah sepanjang masa. Sentiasa lapar dan dahaga. Berpuasa sepatutnya memupuk rasa rendah hati, insaf dan ehsan di hati kita. Sepanjang Ramadan dan bulan-bulan seterusnya. Kalau kita makan anak-beranak di hotel lima bintang, satu kepala RM55++, makan hingga terduduk, sendawa pun tidak lepas, bagaimana rasa ehsan hendak dipupuk?
Siang berpuasa, malam makan sehingga lupa diri di bufet ramadan?

Bufet ramadan suatu pembaziran hebat, tanpa sekatan. Masyarakat mula membayangkan ramadan sebagai pesta makanan tidak rasmi. Pesta Bazar Ramadan dan Pesta Bufet Ramadan. Berpuluh-puluh menu mengaburi mata kita untuk meletakkan dengan harga yang mahal. Konon berpadalah, 60 jenis menu dengan harga RM65 ++ yang kita bayar. Kita dikelaburi dengan 'kelebihan' itu.
Hotel dan restoran mewah fully booked dari satu ramadan hingga ke hujungnya. Memang kita tidak meninggalkan mahgrib kerana sekarang pihak hotel dan restoran sudah bijak, disediakan bilik segera untuk solat. Tetapi terkocoh-kocoh kita mengerjakan solat, takut ikan pari bakar tadi habis dimakan orang!
Pembaziran yang tidak sihat ini sepatutnya mendapat banyak teguran atau ingatan daripada para ulamak. Jangan perkara ini menjadi 'adat' pula oleh generasi akan datang. Tidak nampak pun ulamak prihatin atau menegur perkara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- RAMADHAN AL-MUBARAK : HADIRMU DIRINDUI
PERGIMU DITANGISI
-:

MUQADDIMAH

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat ke 183 yang bermaksud :
1. “Wahai mereka yang beriman,telah difardhukan ke atas kamu kewajipan berpuasa sepertimana yang telah difardhukan ke atas umat yang terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa” .
2. “ Bulan ramadhan itu adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan memberi keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara hak dan batil“.
Sabda Rasulullah s.a.w di dalam beberapa hadith Sahih :
1. “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh kesungguhan,akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. “ Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga seratus kali ganda,Allah ‘Azza Wajalla berfirman : melainkan puasa kerana ia adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t. Sesungguhnya bau busuk dari mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi disisi Allah s.w.t. daripada bau kasturi “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
NAMA-NAMA SAMARAN BAGI RAMADHAN KARIM
  • Ramadhan sebagai bengkel bimbingan rohani dan penyucian jiwa
  • Ramadhan bulan tawaran mega
  • Ramadhan adalah bulan mengekang nafsu
  • Ramadhan sebagai bulan ihtifal Ibadah
  • Ramadhan adalah bulan bonus
  • Ramadhan bulan karnival kutipan pahala
  • Ramadhan adalah bulan bersama kekasih

PERISTIWA- PERISTIWA PENTING DI DALAM ISLAM

  • Peperangan Badar Kubra yang berlaku pada 8 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.
  • Pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah
  • Nuzul al-quran iaitu permulaan turunnya ayat-ayat al-Quran pada malam 17 Ramadhan
  • Tragedi pembunuhan Saiyidina Ali Karramalahu Wajhahu pada tahun ke 40 Hijrah ,beliau wafat dalam keadaan ketika memasuki masjid Kufah.
  • Malam Lailatul Qadar yang mana kelebihan ibadat pada malam tersebut adalah lebih dari seribu bulan.Menurut kalendar masihi,kelebihan tersebut sama adalah bersamaan dengan jangka masa 83 tahun 4 bulan .
APAKAH PERSIAPAN KITA UNTUK MENGHADAPI RAMADHAN AL-MUBARAK ?
(What you see is what you that ? )

Sebagaimana seseorang pelajar yang akan berhadapan dengan peperiksaan perlukan kepada motivasi,begitu juga yang patut diperlakukan oleh setiap mukallaf yang telah cukup syarat untuk berpuasa.Di antara persiapan yang perlu dilakukan ialah :
  • Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,” Sambutlah Ramadhan al-mubarak umpama tetamu yang mulia “.

Hadith ini menunjukkan bahawa setiap mukallaf diwajibkan untuk menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.

  • Belajar dan ulangkaji kembali ilmu-ilmu dan pengisian yang berkaitan puasa dan zakat.
    Persiapan fizikal dan mental.
  • Melatih dan membiasakan diri dengan siri-siri ibadah puasa sunat semasa bulan Rejab dan Sya’ban.
  • Melebihkan amal ibadat seperti sedekah.
  • Melakukan penyucian jiwa atau Tazkiyyatu an-nafs.
  • Banyakkan bertaubat
  • Banyakkan istighfar dan zikrullah.
  • Elakkan diri dari terpengaruh dengan pesta makanan pada bulan Ramadhan.


BERSAMA HAYATI FALSAFAH RAMADHAN KARIM
FADHILAT IBADAH RAMADHAN AL-MUBARAK

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walaupun satu pintu,dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walau satu pintu.Penyeru (ahli langit) pun menyeru : wahai orang yang mengharapkan kebaikan,terimalah !Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan,berhentilah !Dan yang ikhlas kerana Allah,akan dibebaskan daripada api neraka,dan ahli langit pun akan menyeru pada setiap malam Ramadhan “.
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat ke 183 yang bermaksud :
2. “Wahai mereka yang beriman,telah difardhukan ke atas kamu kewajipan berpuasa sepertimana yang telah difardhukan ke atas umat yang terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa” .
3. “ Bulan Ramadhan itu adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan memberi keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara hak dan batil “.
4. “ Sesungguhnya kami telah menurunkan malam Lailatul Qadar.Adakah kamu tahu apakah itu malam Lailatul Qadar?Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.Para malaikat akan turun pada malam tersebut dengan berkat dan rahmat Allah s.w.t dan ditetapkan umur,rezeki dan ajal manusia “.
Sabda Rasulullah s.a.w di dalam beberapa hadith Sahih :
1. “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh kesungguhan,akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu “.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. “ Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga seratus kali ganda,Allah ‘Azza Wajalla berfirman : melainkan puasa kerana ia adalah untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Allah s.w.t.Sesungguhnya bau busuk dari mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi disisi Allah s.w.t. daripada bau kasturi “.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

CIRI-CIRI ORANG YANG BERPUASA MENURUT IMAM AL-GHAZALI

  • Mengawal diri daripada pandangan yang tercela
  • Jaga lidah daripada mengumpat orang lain,bercakap omong-omong kosong sahaja dan juga pengucapan yang keji.
  • Menahan telinga daripada perkara-perkara yang melalaikan
  • Jangan terlalu over atau berlebihan semasa iftar.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah benci kepada seseorang yang mengisi perutnya dengan makanan yang terlalu banyak walaupun ianya halal.

  • Hendaklah takut iaitu goncang hati kita sekiranya amalan puasa kita tidak sempurna.

HIKMAH PUASA
Puasa itu banyak mempunyai hikmah atau rahsia samada dari segi rohaniyah,jasmaniyah dan kemasyarakatan.
Rohaniyah

  • Ia boleh menundukkan nafsu yang jahat,yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan.
    Sebenarnya ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islam bahkan di dalam syariat-syariat lain juga terdapat amalan berpuasa walaupun dengan cara yang berlainan,
    Puasa juga boleh menguatkan peribadi,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan,
    Puasa juga boleh melemahkan tekanan nafsu yang keras

Kesihatan

  • Perut manusia yang diibaratkan seperti enjin kereta dapat direhatkan untuk memperbetulkan perjalanan alat-alat pencernaan untuk mengelakkan daripada penyakit.
  • Puasa juga memberi kesan untuk mengurangkan berat badan
  • At Tabrani meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Berperanglah,nescaya kamu akan mendapat rampasan perang,berpuasalah insyaAllah kamu akan sihat,dan bermusafirlah,nescaya kamu akan senang “.

KHATIMAH
Kesimpulannya,semua lapisan umat Islam perlu menjadikan Ramadhan al-Mubarak sebagai pemangkin kepada perubahan diri daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.Marilah kita sama-sama beriltizam untuk bersama-sama menghidupkan ibadah Ramadhan kali ini dengan baik,ikhlas selari dengan tawaran mega yang telah dihidangkan untuk kita.
Wallahua’lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- TeRaWiH ?-:

Persoalan solat terawih sudah menjadi perdebatan dan perselisihan sekian lama akibat kerana kejahilan umat Islam dan kelemahan dalam pengkajian dan pemahaman. Hal ini mendasar dan menjadi parah apabila wujud kaum jahat yang mengambil kesempatan dalam khilaf untuk meneruskan amalan bid'ah dan bathil mereka.
Sesungguhnya solat terawih dilakukan oleh para salaf soleh dengan mengikuti PERTUNJUK rasulullah dan amalan ibadah itu setiap satu pun tidak bebas dari mesti melalui pertunjuk sunnah dan panduan yang dibawa oleh rasulullah.Melalui riwayat Malik bin Humairis ra menyebut bahawa baginda Rasulullah Salallahulaihiwasalam pernah bersabda : “ Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 631 dan Ahmad no. 53 Jilid 5 ).
Atas keumuman hadith di atas yang mencakupi segala jenis solat maka termasuklah solat terawih ini mesti dilakukan menurut pertunjuk rasulullah dan sunnah yang sahih yang sampai kepada kita melalui riwayat yang sahih dan diketahui oleh para ulama pemegang amanah ilmu bukannya para habib dan guru yang jahil hadith dan tidak dapat pun menentukan kesahihan sesuatu hadith lalu menutup kejahilannya dengan mengatakan ianya khilaf dan perbezaan pendapat.
Apakah solat terawih dilakukan secara berjemaah ?
Jawapan ana ialah ya, bahkan ianya sunnah dilakukan di masjid dan juga sunnah dilakukan di rumah. Oleh yang demikian ianya satu kemudahan kepada setiap Umat Islam untuk memilih antara melakukannya di masjid secara berjemaah atau menunaikannya secara sendirian di rumah atau berjemaah bersama kaum keluarga di rumah.
Ini disebabkan wujud dalil bagi keharusan kedua-duanya.
Perbuatan melakukan solat terawih secara berjemaah ialah satu sunnah yang sunat dilaksanakan dari melakukannya secara bersendirian sekalipun secara umum bahawa solat sunat itu dilakukan secara sendiri dan dilaksanakan pula di rumah yang lebih utama dari dilakukan di masjid.Namun apabila wujud dalil yang menyatakan dilakukannya secara berjemaah dan di masjid sebagai utama maka keutamaannya menjadi satu kekhususan yang khas pada ibadah seperti solat kerana hendaklah kita mematuhi kaedah asas yang terletak dalam hadith Malik bin Humairis ra menyebut bahawa baginda Rasulullah Salallahulaihiwasalam pernah bersabda :
“ Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 631 dan Ahmad no. 53 Jilid 5 ).Solat Terawih ialah sunnah dan ibadah yang hukumnya sunat muakad yang sangat dituntut baik kepada lelaki dan perempuan dan termasuk satu perkara yang sudah jelas dalam agama (lihat Hasyiah Al-Abidin m/s 352 Jilid 1, Al-Majmuk lil nawawi m/s 31 Jilid 4).Diriwayatkan dari hadith tsalabah ibn Abi malik yang berkata telah keluar rasulullah pada suatu malam dalam bulan Ramadhan dan melihat manusia melakukan solat di sudut masjid lalu bertanya : “Apa yang diperbuat oleh mereka ini ?” maka dijawab oleh mereka yang ada dengan berkata : “Wahai rasulullah, mereka ini tidak semua menghafaz al-qur’an dan Ubai ibn Ka’ab membaca al-qur’an lalu mereka ikut beliau bersolat bersamanya” lalu bersabda baginda rasulullah : “Sesungguhnya telah benar mereka” dan tidaklah baginda melarang perbuatan mereka (riwayat Baihaqi no. 495 Jilid 2 dengan sanadnya mursal hasan).
Berkata Syeikh Albani ra bahawa sanad hadith ini mencapai kesambungan dalam riwayat yang lain dari riwayat Abu Hurairah ra dan padanya mempunyai ta’ba’ah dan syawahid yang dikeluarkan oleh Ibn nasr dalam kitab Qiyam ramadhan m/s 90 dan Abu Daud no. 217 Jilid 1 dan Baihaqi).
Bahkan dalam hadith yang lebih jelas bahawa baginda rasulullah telah bersolat berjemaah bersama sahabat di bulan ramadhan menunaikan terawih bersama dan hadith ini banyak riwayatnya dan cukup kita ambil dari riwayat Aisyah ra bahawa baginda rasulullah solat di masjid maka bersolatlah sahabat bersama baginda lalu pada malam seterusnya maka ramailah bertambah mengikuti solat berjemaah bersama baginda sehinggalah pada malam keempat dan setengah riwayat mengatakan malam ketiga apabila baginda tidak lagi keluar kepada oaring ramai yang menanti masjid dan apabila telah siang maka bersabdalah baginda rasulullah : “Sesungguhnya telah aku melihat apa yang kamu perbuat dan tidaklah yang melarang aku dari keluar kepada kalian (solat berjemaah bersama kamu) melainkan aku bimbang akan difardhukan hal ini (solat berjemaah) kepada kamu semua” dan demikianlah sehingga wafat rasulullah dalam urusan tersebut berjalan seperti di atas (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1129 dan Muslim no 761 dan lain-lain).
Perbuatan baginda yang membimbangi akan difardhukan solat berjemaah dan terawih tersebut hanyalah sebagai ihtiyat (berhati-hati) demi memudahkan umat baginda dan sekaligus menunjukkan baginda sendiri tidak tahu apakah Allah akan memfardhukan sesuatu atau tidak melainkan dengan wahyu sekaligus menolak mereka yang memandai-mandai.
Maka apabila setelah kewafatan baginda dan telah terputus wahyu dan sempurna syariat maka tiada apa yang perlu dibimbangi lagi untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah dan tidak perlu dirisaukan bahawa akan difardhukan setelah wafatnya baginda rasulullah kekasih Allah yang mulia.
Demikianlah yang menjadi hujah bagi para sahabat dan bangkitnya Amirul Mukminin Umar ibn Khattab ra yang mengarahkan supaya dikumpulkan manusia di masjid menunaikan solat terawih secara berjemaah dengan satu imam dengan tidak lebih dari 11 rakaat berdasarkan riwayat yang sahih.
Adapun mengapa dikumpulkan supaya diadakan solat berjemaah di masjid pada zaman Umar ra ialah kerana bukan disebabkan tidak wujud jemaah terawih pada zaman rasulullah dan Abu Bakar ra sebaliknya seperti dalam pelbagai riwayat yang sahih bahawa wujud jemaah namun mereka bersolat bersendiri-sendiri di masjid dan ada pelbagai jemaah.Ini dibuktikan dari riwayat Aisyah ra yang mengatakan bahawa orang ramai bersolat di masjid rasulullah pada malam Ramadhan dengan berasing-asing (sendiri-sendiri) atau berjemaah bersama dengan lelaki yang memiliki (menghafaz) al-qur’an…(Hadith sahih riwayat Muslim no. 188 Jilid 2).
Misalnya bagi yang tidak dapat menghafaz al-Qur’an akan mengikuti imam yang menghafaz al-qur’an dan bagi yang menghafaz maka mereka bersolat sendiri.Demikianlah mengapa usaha Umar ra hanyalah menyatukan jemaah dari pelbagai jemaah dan bersolat sendiri dengan bersolat secara satu jemaah dengan imam yang satu lalu mendirikan solat terawih dengan tidak lebih 11 rakaat.
Adapun mereka yang berselisih dan mengatakan itu dan ini hanyalah kerana mereka jahil hadith, tidak banyak mengetahui hadith hanya satu dua dan kemudian menjadi habib atau ulama.Benarlah kata Umar ibn Khattab ra: “Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akal) Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah, mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya, Akhirnya mereka berbicara dengan ra`yu mereka, maka mereka tersesat dan menyesatkan (orang lain)” (Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni ra dalam Sunan dan Al-Lalikai ra dalam Syarhu Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah).
Oleh yang demikian hendaklah umat Islam berlapang dada dalam hal ini apabila datang hujah dan ilmu keyakinan hendaklah diterima. Tidak wajar umat Islam yang berukhuwah dan berkasih sayang sesama sendiri di bawah ukhuwah aqidah Islamiyah berpecah dan berselisih pada kejahilan sebaliknya hendaklah mereka merujuk kepada alim ulama dan ahli ilmu.
Oleh itu siapa yang ingin mengerjakan solat sunat terawih di masjid maka baginya pahala dan sunnah dan juga siapa yang hendak menunaikan sendirian di rumah tanpa mengikut jemaah di masjid maka baginya sunnah dan dibolehkan dengan syarat menunaikan solat fardhu Insyak terlebih dahulu di masjid kemudian barulah pulang menunaikan terawih di rumah.
wallahualam.
Apa yang harus kita lakukan ? Apakah mengikut riwayat Umar ibn Khattab ra yang melakukan terawih 20 rakaat atau sunnah nabi salallahualaihiwasalam yang hanya melakukan 11 rakaat ?
Jawapan ana ialah sudah pasti kita mengikut sunnah rasulullah dan mengutamakannya dari yang lain dan menjadikan sunnah sebagai asas dalam amalan bermaksud sepatutnya para ulama dan guru agama tidak menjadikan kisah Umar al-khatab ra sebagai hujah untuk mendokong penegakkan kebathilan solat terawih 20 rakaat apabila sudahlah kisah ini masih dipertikaikan dan sanadnya lemah dan ditolak serta terdapat dalil sahih yang bercanggah dengannya.
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50)." Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).
Bahkan kaedah fiqhiyah menyebut “Tidak ada ijtihad pada perkara yang jelas ada dalil nash padanya” (lihat dalam Al-Wajiz fi syarh qawaid Fiqhiyah oleh Dr Abd Karim Zaidan m/s 31).
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul.." (An-Nisa :50)." Dan apa-apa yang diperintahkan (ditinggalkan ) oleh rasul maka ambillah (taatlah) dan apa-apa yang ditegahnya maka tinggalkanlah" (Al-Hasyr: 7).
Sebenarnya kisah Umar ra melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat ialah dhaif dan lemah serta tidak benar di sisi ilmu sanad dan riwayat.
Permasalahan Umar ibn Khattab ra yang menghidupkan solat jemaah terawih di masjid di bulan ramadhan ialah lanjutan apa yang kita sebut di awal-awal tadi bahawa ini ialah akibat lanjutan dari kelakuan orang ramai yang bersolat secara sendirian dan berselerakkan seperti dalam riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dalam sahih muslim tanpa ada jemaah yang satu yang semua orang bersolat di dalamnya lalu demikianlah bermulanya kisah Umar ra.Perlakuan umat Islam pada zaman Abu Bakar ra dan selepas kewafatan rasulullah berterusan bersolat berasingan iaitu ada yang berjemaah dan ada yang tidak maka apabila tiba zaman Umar ra lalu beliau menyatukan dalam satu jemaah dan menjadikan Ubai ibn Ka’ab ra sebagai Imam solat mencontohi pembenaran rasulullah dalam hadith yang sudah disebutkan.Demikianlah pertama kalinya umat Islam bersatu dalam satu jemaah di bawa seorang Imam pada zaman Umar dalam solat terawih di bulan ramadhan (lihat sahih Fiqh Sunnah m/s 417 Jilid 1, Bukhari no. 924 dan Nasaie m/s 155 Jilid 4 dan lain-lain).
Oleh yang demikian, perbuatan Umar ra bukan satu bid’ah sebaliknya menghidupkan kembali sunnah pembenaran rasulullah dalam hadith yang disebutkan dalam Baihaqi di awal-awal bicara yang membenarkan perbuatan jemaah dalam solat dengan Ubai ibn Ka’ab sebagai Imam dan juga perbuatan rasulullah menjadi Imam solat terawih sehingga baginda meninggalkannya kerana bimbang takut dijadikan fardhu ke atas umatnya.Setelah kewafatan rasulullah tiada masalah lagi untuk bersolat jemaah dan memang pun berlaku cumanya secara tidak tersusun dan berasingan lalu pada zaman Umar ra maka disatukan dan dikumpulkan semua umat Islam dalam satu jemaah demikianlah sunnah yang didirikan umar ibn Khattab ra.Daripada Abd Rahman ibn Qadir berkata : telah keluar dia bersama Umar di waktu Ramadhan ke masjid lalu melihat orang ramai bersolat berasingan dan berselerakkan ada yang bersolat sendirian dan ada yang bersolat berjemaah lalu berkatalah Umar ra : “Sesungguhnya aku lihat sangat patut jika aku kumpulkan semua mereka ini dalam satu imam dan jemaah daripada jadi seperti ini” lalu beliau pun mengumpulkan orang ramai di belakang Ubai ibn Ka’ab ra lalu demikianlah pada malam seterusnya apabila keluar Umar ibn Khattab sekali lagi ke masjid dan melihat telah bersatu dalam sebuah jemaah dalam solat terawih di belakang Ubai ibn Ka’ab ra (riwayat sahih dalam Bukhari no. 2010 dan Malik dalam Muwatha no. 252 ).
Riwayat Yang Mengatakan berlakunya Terawih 20 Rakaat ialah lemah (dhaif) dan ditolak adapun yang sahih ialah Umar ibn Khattab ra turut melakukan 11 rakaat seperti solat rasulullah
Daripada apa yang diriwayatkan dari Ibn Abi Syaibah ra dari hadith ibn Abbas ra bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam telah bersolat di bulan Ramadhan 20 rakaat bersama witir.Hadith ini sangat lemah dan ditolak oleh hadith Aishah ra yang berada dalam kitab sahih dan sesungguhnya Aishah ra lebih mengetahui malam siang baginda dan ibadahnya dari orang lain dan diriwayatkan secara sahih baginda tidak pernah bersolat lebih dari 11 rakaat cumanya solat baginda itu panjang sehingga ke fajar.
Berkata Suyuti bahawa perawi hadith ini iaitu Ibrahim bin Usman ialah “matrukul hadith” dan berkata Baihaqi ianya dhaif dan juga Haistami dalam al-majmuk bahawa ianya dhaif dan sebenarnya ianya ialah dhaif jiddan seperti yang disebut oleh syeikh albani ra.Dikatakan bahawa As-Sauri ra dan Ibn Mubarak ra dan As-Syafe ra dan golongan ashab ra’yi (ahli kalam) yang mengambil riwayat dari Umar ra dan Ali bahawa berlakunya 20 rakaat dan ini hujah lemah dan riwayatnya dipertikaikan.
Ini disebabkan wujud dalil yang sahih dari Umar ibn Khattab ra melalui riwayat Malik dalam Muwatha dari Muhammad ibn Yusof dari Saib ibn Yazid ra bahawa beliau berkata : “ Umar ra mengarahkan Ubai ibn Ka’ab dan Tamim Ad-Dari untuk mendirikan solat dengan 11 rakaat dan qari (imam) membaca dalam keadaan yang lambat-lambat sehingga kami ada yang terpaksa bertampung di atas tongkat kerana terlalu lama berdiri dan tidaklah kami beredar (selesai solat) melainkan sudah hampir fajar” ( Isnad sahih jiddan dalam Muwatha no. 115 Jilid 1).Berkata Syeikh Albani ra, bahawa Muhammad ibn Yusof ialah guru Imam Malik dan seorang perawi yang siqah yang juga diambil riwayatnya oleh Syeikhan (Bukhari dan Muslim) dan Saib ibn Yazid ra ialah seorang sahabat yang berhaji bersama baginda rasulullah ketika itu beliau masih kecil.Juga menuruti riwayat Imam Malik ini mengenai 11 rakaat solat ialah dari apa yang diriwayatkan oleh Yahya ibn Said al-Qathan di sisi Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya “Al-Musonnaf” .
Menolak apa yang disebut oleh Ibn Abi Bar ra mengenai tidak ada yang menyebut 11 rakaat kecuali Malik ialah satu kesalahan yang jelas dan telah dijawab oleh Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi syarah Sunan Tirmidzi m/s 74 Jilid 2 dan dijawab oleh Zarqani dalam syarah Muwatha m/s 25 Jilid 1).Permasalahan timbul apabila Imam Syafie ra dan lain-lain ulama mengambil riwayat dari Abu Razak dari riwayat Muhammad ibn Yusof dengan jalan yang lain yang berbeza dengan riwayat sahih dari Malik apabila mengatakan berlakunya solat terawih dengan 20 rakaat.
Inilah punca pendalilan oleh pihak golongan yang mengatakan wujudnya dan berlakunya 20 rakaat solat terawih seperti yang juga disebut dalam Fathu Bari oleh Imam Ibn Hajar al-asqalani ra m/s 204 Jilid 4 dan disebut oleh Imam Abd razak dalam Musonnaf no. 7730.
Hal ini tertolak kerana riwayat Ab Razak ini wujud salah lafadz iaitu “20 rakaat” dan ini silap kerana bertembungnya riwayat yang siqah yang lebih utama dan awal darinya dengan menyebut 11 rakaat dan keduanya Imam Abd Razak ini bersendirian dalam meriwayatkan pada lafadz 20 rakaat ini . Juga tangga riwayat antara beliau dengan Muhammad ibn Yusof agak jauh berbanding yang diriwayatkan oleh Malik
.Juga beliau sekalipun seorang Imam dan hafidz serta siqah namun dianya buta ketika tuanya dan berubah penghafazan riwayatnya seperti yang disebut oleh hafidz ibn Hajar dalam “Al-taqrib” dari Imam Ibn Solah ra bahawa beliau (Abd razak) ialah yang bercampur riwayatnya (hadithnya bercampur aduk dan tertukar) pada akhir umurnya.J
uga berkata Imam Ahmad ibn Hanbal ra bahawa Imam Abd Razak ra telah buta pada akhir umurnya dan siapa yang mendengar darinya selepas kebutaannya maka tiadalah manfaat dan berkata Nasaie maka padanya pemerhatian melalui apa yang ditulis semasa akhir hayatnya.Adapun riwayat dari Yazid ibn Khusoifah dari Saib ibn Yazid ra yang mengatakan wujud berlakunya solat 20 rakaat maka ianya ditolak oleh Imam Ahmad ibn Hanbal ra dengan mengatakan bahawa Ibn khusoifah (Yazid) ini ialah mungkar hadith ini ialah apa yang diriwayat dari Az-Zahabi dalam Al-Mizan dan riwayatnya syaz bertentangan dengan riwayat rawi yang lebih siqah disamping Ibn Khusoifah ini seorang yang bergoncong pada periwayatan bilangan rakaat tersebut ini kerana pada waktu lain beliau meriwayatkan 21 rakaat bukan lagi 20 rakaat kemudian dnegan isnad yang sahih kepada beliau pernah langsung berkata “aku merasakan” iaitu sebagai tanda ketidak pastian beliau dalam meriwayat.Sebagai hujah lagi, Muhammad Ibn Yusof perawi yang siqah yang meriwayatkan 11 rakaat dan guru Imam Malik merupakan anak saudara perempuan kepada Saib ibn Yazid ra (sahabat) dan dekatnya hubungan beliau serta seorang yang lebih hafidz dan kuat ingatan maka riwayatnya mengenai bilangan rakaat terawih ini lebih diterima iaitu sebelas rakaat berbanding riwayat yang lain.Juga hal ini menepati riwayat Aishah ra bahawa baginda rasulullah tidak pernah menunaikan solat sunat melebih 11 rakaat dan nescayalah Umar ibn Khattab ra yang merupakan sahabat ra dan dekat dengan baginda akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan baginda melainkan menuruti sunnah baginda iaitu 11 rakaat .
Adapun riwayat lain dari Ibn Abd Bar ra berkata diriwayatkan dari Haris ibn Abd Rahman ibn Abi Zibab dari Saib ibn Yazid ra bahawa berkata : bahawa solat diwaktu Umar ialah 23 rakaat (lihat dalam Umdatu Qari no. 5357).Sanad ini dhaif dan Ibn Abi Zibab ini dhaif dari lemah hafalannya berkata Ibn Abi Hatim meriwayatkan darinya Al-darwardi hadith yang mungkar dan ditulis hadithnya namun bukanlah seorang yang kuat (bukan dapat dibuat hujah) berkata Abu Zar’ah ianya ialah la baksa bihi “tidak mengapa dia” (jarah yang lembut).Demikian juga dhaif dalam riwayat yang lain termasuk dari Yazid ibn Ruman yang tidak pernah bertemu Umar dan riwayatnya mengenai Umar ditolak.Juga pendhaifan mengenai apa yang diriwayatkan dari Imam Syafie ra dan Imam tirmidzi ra mengenai solat dua puluh rakaat dengan riwayat dhaif yang tidak diterima.Juga tidak benar bahawa wujud para sahabat menunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat baik Ali ibn Abi thalib ra , Ubai ibn Ka’ab, Abdullah Ibn Mas’ud ra dan lain-lain.
Demikianlah sebagai ringkasan dan cukuplah tanpa menyatakan riwayat dhaif tersebut.
Kesimpulannya ialah secara sahih mengenai solat baginda rasulullah melalui riwayat Aisyah ra yang menyebutkan bahawa rasulullah tidak pernah solat melebihi 11 rakaat dan demikian terdapat dalam sahih Bukhari dan Muslim.
Demikian juga dalam riwayat Anas bahawa baginda tidak pernah solat melebihi 13 rakaat dalam seumur hidup beliau dan demikianlah juga dalam riwayat Aisyah ra yang telah jelas menyebut sehingga wafat baginda tidak pernah solat melebihi 11 rakaat dengan sangat panjang dan baik solat baginda seperti dalam Bukhari.
Demikianlah setelah dibincangkan bahawa kebenaran itu ialah pada 11 rakaat dengan hujah yang jelas dan mudah. Iaitu memudahkan ibadah, meringankan dan bahkan sememangnya syariat Islam itu mudah dan ada pun bagi yang inginkan penambahan fadhilat maka lakukanlah dalam pertunjuk sunnah.
Islam menitik beratkan kualiti bukan kuantiti bilangan kerana itu dalam Al-Qur’an Allah swt menyebut :“Berapa banyak kaum yang sedikit mengalahkan kaum yang banyak dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 249).“Jika ada dua puluh dikalangan kamu dua puluh orang yang sabar maka mereka mampu mengalahkan dua ratus orang” (Al-Anfaal : 65).Bilangan rakaat bukan menjadi penentu kebaikan apatah lagi jika seperti masyarakat Melayu yang melakukan solat terawih dua puluh rakaat sekalipun dengan tidak memahami makna bacaan dalam Al-Qur’an tiada tadabbur, tiada kekusyukkan, tiada pemahaman dan pula dilakukan dengan laju dan segera bagai ayam mematuk bertih jagung lalu ada hati mahu berbahas soal dua puluh rakaat solat terawih ?Sedangkan para salaf soleh melalui riwayat yang sahih menunaikan solat terawih hanya 11 rakaat termasuk witir sekalipun demikian sedikit bilangan rakaat namun solat mereka sangatlah panjang, lambat-lambat dengan penuh tadabbur dan sehingga sampai ke hampir waktu sahur.
wallahualam
Apakah Hukum Mereka yang Melakukan Solat Terawih Melebihi 11 Rakaat ?
Jawapan ana ialah tidak berdosa melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat demi mengikut imam masjid yang dilantik rasmi dan menurutinya kerana menjaga perpaduan dan dirinya sendiri pun mampu pula untuk menunaikan solat sebanyak 20 rakaat maka dibolehkan.
Adapun dengan syarat hendaklah dirinya mengetahui bahawa sebaiknya melakukan hanya 11 rakaat seperti sunnah rasulullah dan perbuatan salaf soleh melalui riwayat yang sahih.
Sekiranya melakukan ibadah terawih 20 rakaat kerana kejahilan maka tidaklah mengapa dan menjadi tanggungjawab para alim ulama untuk menerangkan kesalahan ini.Namun membiarkan hal ini iaitu berterusan melakukan solat 20 di masjid-masjid pun tidak benar maka perlulah diubah dalam keadaan perlahan-lahan dan menjaga perpaduan, secara hikmah, tidak tergopoh-gapah dan kelam kabut sehingga menimbulkan fitnah.
Paling penting dalam mengubah sesuatu kesilapan ialah melalui tarbiyah didikan dan memberi penerangan bukan menghukum, mencela dan mengutuk kesilapan kerana masyarakat sangat lemah dan masih jahil memerlukan penerangan yang berterusan.
Oleh itu jika mampu tunaikan sahaja solat jemaah terawih di masjid sebanyak 11 rakaat bersama jemaah dan setelah itu berundurlah.Maka yang memahami hal ini jangan memburukkan golongan yang melakukan 20 rakaat kerana niat mereka itu ikhlas dan baik lalu hormatilah dan nasihati dengan baik, beri penerangan dan ilmu pada mereka dan juga golongan yang melakukan 20 rakaat jangan pula memburukkan golongan yang hanya menunaikan 11 rakaat sebaliknya kenalah sedar diri sikit bahawa pemahamannya itu salah.
wallahualam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- SaHuR -:

Bersahur merupakan ibadah sunat dan sunnah yang sangat dituntut sewaktu melaksanakan ibadah berpuasa dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim menuruti sunnah baginda rasulullah sekalipun hukumnya bukanlah wajib untuk bersahur namun kerana ianya sunnah maka hendaklah dilaksanakan menurut panduan yang sahih. Dari Anas bin Malik ra bahawa dari rasulullah salallahualaihiwasalam yang bersabda :
“ Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu mempunyai barakah” ( Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1923 dan Muslim no. 1095).

Hendaklah bagun melakukan sahur walaupun dengan hanya meminum air dan sebaiknya ialah dengan juga tamar seperti berbuka. Melewatkan waktu sahur sangat dituntut dan termasuk bahagian sunnah rasulullah sehinggakan kita dapat memerhatikan dari riwayat salaf soleh mengenai hal ini.
Perlu kita ingat dari hadith Unaisah binti Habib ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Apabila azannya ibn Ummu Makhtum maka makanlah dan minumlah namun apabila azannya Bilal maka janganlah kamu makan dan minum” maka jika ada yang dikalangan kami masih belum selesai menunaikan sahurnya maka akan berkata kepada Bilal : “Tangguhkanlah azan sehingga selesai sahur kami” (Isnad sahih dikeluarkan oleh nasaie m/s 10 Jilid 2 dan Ahmad m/s 433 Jilid 6 dan Ibn Hibban no. 3474).
Juga lebih menunjukkan Islam dan ibadah puasa bukanlah seperti yang difahami akal oleh mereka yang jahil maka kita perlu perhatikan hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa baginda rasulullah bersabda : “ Jika salah seorang dari kamu mendengar azan dan minuman masih di tangannya (masih belum selesai minum) maka janganlah meletakkan bekas minuman itu sehingga telah diselesaikan hajatnya iaitu meminumnya” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 2333 dan Hakim).
Apa ini ? Sudah azan bukankah tidak dapat lagi diminum dan puasa akan terbatal jika kita meminum ? Maka di jawab kepada mereka bahawa kami beriman dengan Allah dan rasul berpandukan kepada kitab Allah dan sunnah yang sahih melalui kefahaman yang sahih dari para salaf soleh dan bukan dengan akal bodoh dan taqlid buta. Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien)” (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).
“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108).“ Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada kami akan jalan ini (Syurga) dan kalaulah tidak kerana hidayah Allah pastilah kami tidak akan beroleh pertunjuk (menuju syurga).” (Al-Araf : 43).“
Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepadanya aku bertawakkal dan kepadanya aku kembali” (Hud :88).
Wallahualam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:-PeTikaN KaTa2 ToK GuRu KaT KuLiAh JUmAaT-:
Kata tok guru ;
Ramadhan ni tidak khusus untuk puasa sahaja, saya mengatakan begini kerana sekarang ini seolah menjadi adat di tempat kita, asalkan Ramadhan jer pikir pasal puasa je, padahal banyak lagi ibadat yang patut dilakukan, salah satunya adalah zikir, yakni ingat, ingat pada sape? Ingat pada Allah..dan kemuncak zikir adalah tilawatul quran.

Kata tok guru;
Mentaliti orang kita ni, tidak menganggap membaca Al-Quran itu sebagai satu zikir, padahal, mana mungkin orang yang tidak ingat pada Allah itu ada hatinya untuk membaca Al-Quran. Waktu kemuncak membaca Al-Quran adalah tika menunaikan solat. Allah jadikan Ramadhan sebagai bulan khusus untuk hambaNya ingat padaNya agar hambaNya boleh bertadarrus di siang hari dan bertarawikh di malam hari.

Kata tok guru;
Bila kita membaca Al-Quran, seolahnya kita membaca satu manual. Manual bagaimana untuk seseorang yang hidup di dunia ini untuk beroperasi dengan betul. So, adakah seseorang itu boleh dikatakan beroperasi dengan betul jika dia tidak memahami manual yg dibacanya? (saya kata : cuba suruh kawan kita tukar setting language kat handset kita, pastu cuba kita tukar balik ke language asal, terseksa jugak kan? Mmm…)

Kata tok guru;
Daripada kitab ulumuddin, (apa yg saya boleh faham) : Sesiapa yang membaca Al-Quran, kemudian dia merasakan nikmat yang orang lain dapat daripada Allah adalah lebih besar daripada nikmat yang Allah beri kepada dia (yakni nikmat membaca Al-Quran itu), maka dia telah memperlekehkan Al-Quran, kerana bila kita boleh membaca Al-Quran, maka itulah nikmat yang paling besar.

Kata tok guru;
kalau ibu bapa itu mempunyai ilmu dalam membaca Al-Quran, mengapa perlu dihantarkan lagi anak itu kepada orang lain untuk di ajarkan membaca Al-Quran itu? Sibuk sampai tiada masa untuk mengajar Al-Quran pada anak? Sesuatu yang perlu di baiki kerana bila ini berlaku, memberi petanda bahawa ibu bapa itu tidak menghargai Al-Quran. (saya fikir: ibu bapa yg menganggap maths, science itu penting, dan ibu bapa itu terer dalam maths dan science itu, pasti akan pastikan anak dia juga pandai dalam hal berkenaan..mm..sekadar membuat perbandingan..)

Kata tok guru;
Ada satu hadis qudsi yang bermaksud : Allah SWT berfirman "Aku selamanya bersama hamba aku selagi hamba aku ingat pada aku, dan bibir dia sentiasa bergerak untuk menyebut nama aku".
(saya kata : jadi, janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah)
Wallahua'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- RiNdUnYe Ya RaMaDhAn -:

Marhaban ya Ramadhan, engkau hadir lagi saat ini. Bulan yang amat dirindukan oleh insan beriman. Insan yang senantiasa mendambakan ketaqwaan. Mereka berangan-angan, alangkah senangnnya seandainya seluruh tahun iu adalah bulan Ramadhan. Sebagaimana Rasulullah SAW menyatakan : "Seandainya kalian tahu apa yang ada didalam bulan Ramadhan niscaya kalian akan berharap agar dalam satu tahun menjadi Ramadhan semuanya." Bahkan ketika bulan Ramadhan meninggalkan kita pada setahun yang lalu, mereka menangis sedih karena merasa kehadirannya belum disambut sebagaimana mestinya. Ia kemudian berdo'a semoga Allah memberi umur panjang, agar bisa bertemu bulan Ramadhan kembali di tahun berikutnya.
Alangkah gembiranya menyambut Ramadhan, karena begitu ramadhan tiba serta merta cahaya islam menyeruak kuat dalam kehidupan kaum muslimin. Alangkah indahnya seandainya sepanjang tahun kita dan masyarakat ini berpola hidup dan beribadah sebagaimana di bulan Ramadhan .
Marhaban ya Ramadhan, engkau datang lagi saat ini, persiapan apakah yang telah kita lakukan 'tu'menyambutnya? Adakah keinginan yang menggores tajam pada kalbu kita, untuk menjadikan ibadah Shoum ini sebagai sarana untuk meningkatkan akhlaq, iman dan ketaqwaan kita? Sehingga ia akan berbekas dan mengkristal dalam tingkah laku keseharian kita. Untuk itu marilah kita curahkan kembali pehatian kita pada amalan-amalan ibadah yang telah dicontohkan Rasulullah SAW, untuk menghadapi bulan suci itu. Kita persiapkan apa-apa yang harus dilakukan, sehingga benar-benar kita siap kedatangan 'tamu' suci itu.
Berikut ini merupakan catatan kecil,yang merupakan paket-paket yang disajikan Rasulullah SAW untuk dinikmati dan diamalkan dalam bulan Ramadhan :
1.Qiyamul lail Qiyamul Lail yang pada bulan Ramadhan disebut sholat taraweh memiliki beberapa kelebihan, antara lain nilainya sama dengan melaksanakan ibadah wajib di luar Ramadhan dan dapat menghapus dosa-dosa besar. Sabda Rasulullah SAW : "Suatu bulan (Ramadhan) yang telah dijadikan oleh Allah, berpuasa di dalamnya adalah wajib, dan melaksanakan sholat pada waktu malamnya adalah sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri di dalamnya dengan perkara kebaikan, maka hal itu sama melaksanakan kewajiban pada selain bulan Ramadhan. Dan barangsiapa melaksanakan kewajiban di dalamnya, maka hal itu seperti melaksanakan 70 kali kewajiban pada selain bulan Ramadhan." (HR Ibnu Majah). Rasulullah SAW juga memotivasi ummatnya untuk mengerjakan sholat malam pada bulan Ramadhan dengan perintah yang halus. Beliau bersabda: "Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan (dengan qiyamul lail, tilawah Qur'an dan dzikir) dengan dilandasi keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosa yang telah lalu." (muttafaq 'Alaih)

2.Berbuka dan bersahur Berbuka dan bersahur termasuk bagian dalam ibadah puasa. Sahur yang terbaik adalah dilakukan pada akhir waktu Rasulullah SAW bersabda : "Makan sahurlah kalian, maka sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barokah."(Mutafaq Alaih). Berbuka puasa yang baik adalah dilakukan dengan segera dan diawali makanan yang manis. Kemudian berdo'a setelah berbuka puasa. Lebih afdhal lagi memberi ifthar kepada orang lain." Rasulullah Saw bersabda : "Bulan Ramadhan dimana didalamnya rizki orang yang beriman. Barang siapa yang didalamnya memberi buka puasa pada orang yang berpuasa, maka baginya adalah pengampunan dari dosanya, pembebasan lehernya dari api neraka dan pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun pahalanya berkurang. Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah,tiada semua kita dapat memberi ifthar kepada orang yg berpuasa . Rasulullah menjawab : Allah SWT memberikan pahala ini kepada orang yang memberi ifthar kepada orang lain yang berpuasa walaupun hanya dengan sebutir kurma, seteguk air atau susu yang kurang murni. ."(HR Ibnu Majah)

3.Memperbanyak Tilawah Qur'an Membaca Al Qur'an adalah kewajiban dan kebutuhan mutlaq kaum muslimin. Bulan Ramadhan merupakan moment yang sangat tepat untuk mendalami Al Qur'an. Sebagaimana Allah telah menurunkan Al Qur'an pada bulan ramadhan. Saking urgentnya masalah ini sampai-sampai Malaikat Jibrilpun datang setiap Ramadhan dan hampir tiap malam untuk tadarrus Al Qur'an bersama Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas : " Adalah Rasulullah SAW lebih pemurah dari semua orang, lebih-lebih pada bulan Ramadhan dimana ia selalu didatangi Jibril, dan hampir setiap malam berdarus Al Qur'an bersama Rasulullah, dan Rasulullah SAW jika bertemu Jibril maka ia lebih pemurah lagi melebihi dari angin yang lepas." (HR. Bukhari, Muslim).

4.Bershadaqoh dan memperbanyak Infaq Shadaqah di bulan an Ramadhan lebih banyak pahalanya daripada bulan2 selainnya. "Sebaik2 shadaqoh adalah ialah pada bulan Ramadhan. "(HR At Tarmizi). Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Adalah Rasulullah SAW orang yang paling dermawan adalah berinfaq, dan adalah lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan. "(HR.Bukhari)

5.Melakukan Umrah Bagi Ummat islam ummat islam yang mampu dianjurkan untuk berumrah di bulan Ramadhan. "Melakukan ibadah Umrah di bulan Ramadhan pahalanya seperti melakukan haji bersamaku." (HR Bukhari)"

6.Melakukan I'tikaf Yang dimaksud i'tikaf adalah tinggal dimasjid dengan niat ibadah kepada Allah Ta'ala dan tidak keluar dari masjid kecuali karena keperluan darurat atau udzur. Waktu i'tikaf adalah sepeuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Berkata Aisyah RA: "Adalah Rasulullah SAW beri'tikaf pada malam-malam sepuluh terakhir bulan ramadhan hingga wafat, kemudian dilanjutkan oleh ister-isteri beliau, sepeninggal nabi SAW." (HR. Bukhari, Muslim)
I'tikaf dilakukan juga dalam rangka bertaharri (menanti-nanti) Lailatul Qadr. Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa menghidupkan Lailatul Qadr (dengan shalat dzikir dan tilawah Al-Qur'an) karena dilandasi oleh iman dan mengharap pahala dari Allah, ia diampuni dosanya yang telah dilakukan." (HR Bukhari)


7.Menjaga Lidah Menjaga lidah dari berbicara dusta , mengumpat , mencaci maki, berbuat dosa, mengadu domba dan hal-hal yang tidak baik lainnya. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa tidak mau meninggalkan berbohong dan berbuat dosa, maka Allah tidak memerlukan dia untuk meningglakan makanan dan minumannya" (HR Bukhari)


8.Tidak Memperturutkan Hawa Nafsu Jangan perturutkan hawa nafsu seperti, cepat marah dan naik darah. Rasulullah SAW bersabda : "Puasa itu adalah perisai.Karena itu jika salah seorang diantara kalian berpuasa, maka janganlah berbuat maksiat dan jangan marah. Dan kalau ia dicaci atau diperangi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata : aku sedang berpuasa." (HR. Bukhari dan Muslim)


9.Menjaga diri Menjaga diri dari segala macam keinginan, termasuk keinginan kepada hal-hal yg halal. Karenanya seseorang yang sedang berpuasa hendaklah ia menjaga pandangan, pendengaran dan ucapan seperti yang pernah dikatakan oleh Jabir bin Abdillah ra: "Kalau kamu berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga telingamu, matamu, dan lidahmu dari berbicara dusta dan dosa. Serta tinggalkanlah tindakan yang menyakitkan pembantu. Khusyuklah dan tenanglah ketika berpuasa dan janganlah kamu menjadikan hari berpuasamu sama dengan waktu tidak berpuasa."


10. Mengeluarkan Zakat Fitrah. Zakat fitrah merupakan zakat yang dikeluarkan pada saat tutup bulan Ramadhan. Zakat fitrah ini berupa bahan makanan pokok sehari-hari, seperti kurma, beras, gandum dsbnya.
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata :"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci, bagi orang yang berpuasa, dari laghwun (perbuatan sia-sia) dan omongan yang kotor serta makanan bagi orang miskin. Barangsiapa yang melakukannya sebelum sholat ied, maka itu adalah zakat yang diterima, dan barangsiapa yang melakukannya setelah sholat, maka itu adalah shodaqoh." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


11. Berniat Terakhir, jangan lupa berniatlah dengan ikhlas semata-mata karena Allah Azza wajalla. Karena diterima tidaknya suatu amal perbuatan seorang mukmin tergantung pada niatnya. Allah SWT berfirman : "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan menuanikan ketaatan kepada-Nya (dalam menjalankan) agama dengan lurus." (QS 98:5)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- CINTA.....ApAbiLa FiTraH MenJaDi FiTnAh.. -:

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai..aduss romatiknya!~Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..
CINTA FITRAH SEMULA JADI
Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
CINTA YANG MEMBAKAR DIRI
Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”
PERATURAN CINTA
Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Dan ..last sekali………..
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah..=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS