~ SiNaR RaMadHan ~ ::_5 KuNci NiKmaT PuAsA_::
Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
--@ Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada kesesatan.Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
--@ Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
--@ Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.
--@ Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya. Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
--@ Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_MaTaWaNg DiNaR_::
Asas sistem mata wang dalam Islam ialah sistem dwi-logam - emas (Dinar Emas) dan perak (Dirham). Sistem inilah yang diamalkan di dalam Daulah Islamiah bermula dari zaman Rasulallah Salallahu Alaihi Wassalam sehinggalah kepada berakhirnya Daulah Othmaniah pada awal abad ke-20 Masihi (1924).
Setelah dilupakan kira-kira tiga suku abad, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam.
Memang diakui bahawa sistem kewangan dunia hari ini tidak stabil. Sistem kadar pertukaran terapong atau dikenali juga sebagai sistem kadar pertukaran anjal terdedah kepada serangan spekulasi.
Rakyat negara-negara Asia Tenggara khasnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura tentunya tidak dapat melupakan serangan spekulasi ke atas mata wang mereka pada pertengahan tahun 1997 yang telah membawa kepada krisis kewangan yang terbesar di dalam sejarah moden negara-negara ini.
Krisis ini telah memiskinkan negara-negara berkenaan dengan nilai pertukaran mata wang masing-masing berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat mengalami susut nilai sebanyak antara 30-60%, pendapatan negara dan pendapatan per kapita merosot, pasaran modal musnah dan inflasi memuncak. Negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina terpaksa berhutang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Proses pemulihan ekonomi memakan masa yang cukup panjang. Nilai pertukaran ringgit Malaysia, misalnya, yang telah jatuh dari sekitar USD1.00 = RM2.75 sebelum krisis kepada RM3.80 selepas krisis masih tidak mampu dikembalikan kepada kadar pertukaran asalnya dan mungkin tidak akan kembali ke tahap itu dalam tempoh ke hadapan yang boleh diduga. Amatlah tidak munasabah apabila ekonomi sudah bekembang pesat nilai matawang menjadi semakin murah.
Walaupun disedari bahawa di bawah sistem kadar pertukaran terapong yang diamalkan sekarang tiada negara yang merasa selamat dari serangan spekulasi, negara-negara di dunia tetap mengamalkan sistem ini kerana belum muncul lagi satu sistem alternatif yang lebih baik. Kemunculan gerakan 'kembali kepada Dinar Emas' sejak akhir-akhir ini berpotensi untuk menawarkan kepada dunia satu sistem kewangan yang lebih stabil.
Namun, kemunculan gagasan ini diperhatikan oleh masyarakat dunia khasnya dunia Barat dan kuasa-kuasa besar ekonomi dengan penuh kesangsian kerana ia dianggap sebagai satu unsur yang bersepadu dengan kemunculan semula fundamentalisme Islam. Ironinya, dunia Barat tahu bahawa sistem matawang dinar emas mampu membawa kestabilan kepada sistem kewangan dan ekonomi dunia - sejarahnya yang panjang telah membuktikan kebenaran ini - namun, realiti dan percaturan politik antarabangsa memenangkan pertimbangan bahawa sesuatu yang Islamik harus diletakkan di tempat duduk belakang.
Gerakan "kembali kepada Dinar Emas" diasaskan - harus diiktiraf - oleh Profesor Omar Ibrahim Vadillo, orang yang mengasaskan Pertubuhan Murabitun Antarabangsa di Afrika Selatan seawal tahun 1983 lagi. Gerakan ini amat dikenali di Eropah tetapi di negara-negara Islam ianya kurang terserlah.
Setelah berkali-kali beliau datang ke Malaysia dan menghuraikan mengenai sistem ini kepada pemimpin tertinggi Malaysia, akhirnya idea ini mendapat sokongan Tun Mahathir Mohamad (kini bekas Perdana Menteri Malaysia) dan Tun Mahathir telah mempromosikannya di kalangan negara-negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mulai tahun 2002.
Berita bahawa Malaysia akan mula menggunakan Dinar Emas Islam dalam penyelesaian pembayaran dua hala dengan rakan-rakan dagangnya mulai pertengahan tahun 2003 tersebar luas di seluruh dunia. Walau bagaimanapun berita sama ada idea ini telah terlaksana belum lagi kedengaran. Sebaliknya, apa yang diketahui ialah ada tanda-tanda kurang minat di pihak pengganti Tun Mahathir untuk terus mempelopori dan mengembangkan gagasan ini.
Komen yang biasa oleh pemerhati-pemerhati ialah: 'Mahathir announced that Malaysia was to start using the dinar in mid-2003, but when in 2003 Abdullah Ahmad Badawi replaced him as Prime Minister of Malaysia, his idea stalled.' (lihat 'Islamic Dinar' di dalam Wikipedia, the Free Encyclopedia).
Malah, mulai awal tahun 2004 Malaysia telah kembali kepada sistem kadar pertukaran terapung menggantikan sistem kadar pertukaran dikekang yang telah diamalkan sejak tahun 1998 sebagai langkah menepis serangan spekulasi. Ini sekali lagi mendedahkan Ringgit Malaysia kepada serangan spekulasi.
Ini boleh dianggap satu langkah ke belakang dalam usaha untuk melindunigi (to shield) ringgit Malaysia dari serangan spekulasi yang mungkin sekali lagi boleh memiskinkan kita seperti mana yang berlaku dalam tahun 1997-98. Spekulator boleh memusnahakan ekonomi dalam masa yang singkat (overnight).
Mata wang di dalam Islam dikenali sebagai 'wang komoditi' (commodity money) kerana nilai mukanya (its face value) sama dengan nilai intrinsik (its intrinsic value), iaitu, nilainya sebagai komoditi. Ini berbeza dengan wang kertas yang dipakai hari ini - nilai muka wang kertas biasanya jauh lebih besar daripada nilai kertas itu sendiri. Dari segi hukum, Islam menerima dan mengamalkan wang komoditi sahaja. Nilai wang komoditi ini ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran bagi komoditi berkenaan. Komoditi yang ditetapkan dalam Islam sebagai wang ialah emas dan perak.
Sistem Penyelesaian Pembayaran Berasaskan Dinar Emas
Dalam tahun 2002, dua persidangan penting berlangsung di Malaysia melibatkan perwakilan daripada Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic conference (OIC). Persidangan pertama mengenai 'Stable and Just Global Monetary Systems' (Sistem Kewangan Sejagat yang Stabil dan Adil) diadakan pada bulan Ogos dan disusuli dengan persidangan mengenai 'The Gold Dinar in Multilateral Trade' (Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala) dalam bulan Oktober.
Dalam persidangan pertama telah diumumkan bahawa Dinar Emas akan digunakan sebagai alat penyelesaian pembayaran dua hala antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang bersetuju dengan Malaysia untuk menggunakan sistem penyelesaian pembayaran dua hala ini mulai pertengahan tahun 2003. Matalamat jangka panjang ialah untuk menjadikan Dinar Emas sebagai alat penyelesaian pembayaran pelbagai hala di kalangan negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam.
Di peringkat kerajaan, gagasan untuk 'Pulang kepada Dinar Emas' ini dipelopori oleh Tun Mahathir Mohamad yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Beliau bersara pada bulan November 2003 setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Namun, adalah dipercayai bahawa 'orang teknikal' di belakang gagasan ini ialah Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet Perdan Menteri Abdullah Badawi kini.
Ini memandangkan bahawa gagasan ini dibina di sekitar perjanjian pembayaran dua hala dan pelbagai hala yang beliau mulakan pada akhir tahun 1980an semasa bertugas di Bank Negara Malaysia. Matawang penyelesaian di dalam perjanjian berkenaan ialah Dolar Amerika Syarikat (USD). Dalam gagasan terkini 'Kembali kepada Dinar Emas' dicadangkan Dinar Emas dijadikan sebagai matawang penyelesaian menggantikan USD.

Apakah perkembangan terkini gagasan 'Kembali kepada Dinar Emas' ini?
Jude Wanniski, seorang pemerhati perkembangan pasaran kewangan dan pakar 'supply-side economics' telah membuat kenyataan berikut mengenai perkembangan gagasan 'Kembali kepada Dinar Emas' ini: "But after a few speeches and press releases on this subject, he (Tun Mahathir Mohamad) has disappeared, practically dropping out of sight." (lihat 'Where Is That Gold Dinar?' oleh Jude Wanniski di dalam Aljazeera.net, 24 November 2004). Kenyataan ini meringkaskan status gagasan, iaitu, tiada kesinambungan, tiada minat untuk mengembangkannya dan seolah-seolah telah dilupakan sama sekali oleh pemimpin baru Malaysia.
Gagasan Tun Mahathir sebenarnya belum sampai ke tahap untuk mengembalikan Dinar Emas sebagai matawang yang berfungsi sebagai alat 'perantaraan pertukaran' (a medium of exchange) tetapi hanyalah sebagai unit akaun untuk penyelesaian pembayaran antarabangsa di antara bank-bank pusat (central bank) Negara-negara OIC yang berdagang antara satu sama lain.
Modus operandi daripada penggunaan Dinar Emas ini dikemukakan oleh Nor Mohamed Yackop pada persidangan dalam bulan Ogos 2002 dengan mengambil perdagangan dua hala di antara Arab Saudi dan Malaysia sebagai contoh seperti berikut: Pengeksport Malaysia akan di bayar di dalam Ringgit Malaysia (RM) oleh Bank Negara Malaysia bila jatuh tarikh pembayaran untuk eksport berkenaan. Pada masa yang sama pengimport juga akan membayar Bank Negara nilai import berkenaan dalam nilai RM (RM equivalent). Bank Pusat Arab Saudi juga menggunakan mekanisma yang sama.
Katalah penyelesaian pembayaran dibuat tiap-tiap tiga bulan sekali. Pada tarikh jatuh kitaran tiga bulan ini, jumlah eksport Malaysia ke Arab Saudi bermjulah 2 juta Dinar Emas dan jumlah eksport Arab Saudi ke Malaysia pula berjumlah RM1.8 Dinar. Ini bermakna, dalam kitaran 3 bulan ini Arab Saudi mengalami defisit perdagangan dengan Malaysia sebanyak 0.2 juta Dinar Emas. Maka. Bank Pusat Arab Saudi kena bayar Bank Pusat Malaysia sebanyak 0.2 juta Dinar Emas.
Bagaimanakah penyelesaian pembayaran boleh dibuat?
Katakan Bank Pusat Arab Saudi ada emas di dalam Custodian's Accaount miliknya dengan Bank of England. Bank Pusat Malaysia juga memiliki akaun yang serupa di Bank yang sama. Penyelesaian pembayaran terlaksana bilamana Bank Pusat Saudi memindahkan emas seberat 0.2 juta auns dari Custodian? Account milikinya di Bank of England kepada Custodian's Account milik Bank Pusat Malaysia di Bank yang sama. Kalau Malaysia mengalami defisit, ia akan memindahkan Dinar Emas ke akaun Bank Pusat Arab Saudi.
Perkara penting yang perlu diperhatikan di dalam sistem penyelesaian pembayaran ini ialah hanya jumlah yang relatif kecil Dinar Emas diperlukan untuk menyokong jumlah nilai perdagangan yang relatif besar: 0.2 juta auns emas (bernilai 0.2 juta Dinar Emas) menyokong jumlah perdagangan sebesar 3.8 Dinar Emas, iaitu, 19 kali ganda.
Idea Tun Mahathir Mohamad sebenarnya merupakan satu cadangan untuk kembali kepada Sistem Bretton Woods atau dikenali juga sebagai sistem piawaian emas. Sistem Bretton Woods diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua hasil pertemuan Negara-negara Bersekutu di Bretton Woods, Amerika Syarikat. Mereka bersetuju mengekang kadar pertukaran matawang antarabangsa kepada emas bagi memudahkan perdagangan antarabangsa. Nilai dolar Amerika misalnya, ditetapkan pada USD1.00 = 1/35 auns emas. Ini bermakna sesiapa sahaja yang menyerahkan USD1.00 kepada Federal Reserve dan mahukan emas, ia akan diberi emas seberat 1/35 auns. Juga emas akan bertukar tangan di antara negara-negara dalam 'book entries' dan emas fizikal.
Walau bagaimanapun, sistem ini telah dimusnahkan oleh Presiden Nixon mulai 15 Ogos 1971 bila mana nilai pertukaran USD diapongkan, iaitu, membiarkan nilai pertukaran ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan tanpa sandaran emas. Hari ini tiada lagi matawang di dunia yang disokong oleh emas (gold-back currencies).
Apa yang dipanggil sebagai regim kadar pertukaran anjal (flexible exchange rate regime) ini terus diamalkan sehingga hari ini. George Soros dalam penelitiannya mendapati bahawa 'freely floating exchange rates are cumulatively destabilising.' Beliau merumuskan: 'Exchange rate misalignments have become a major source of disruption for the world economy. They make it unsafe to make long-term investments, they endanger the value of investments already made, and they are at the root of protectionist sentiment in the United States. The market mechanism fails to bring currencies back into alignment. On the contrary, speculation tends to exaggerate currency moves. As we have seen, the system of freely floating currencies is cumulatively distabilising.' (lihat George Soros, 'The Alchemy of Finance,' John Wiley and Son, New York, 1987). Beliau telah mengambil manfaat dari ketidakstabilan ini dengan berspekulasi di dalam pasaran matawang antarabangsa dan telah berhasil meraih keuntungan besar.
Apa penyelesaiannya? Goerge Soros menawarkan beberapa penyelesaian termasuklah mengamalkan polisi 'target zones' (menentukan jeda pergerakan kadar pertukaran), kembali kepada sistem kadar pertukaran tetap (fixed exchange rate system) tanpa atau dengan piawaian emas, mewujudkan satu matawang antarabangsa dan pulang kepada emas kerana kata beliau: 'Gold has served as a stabilizer throughout history and it may play that role again in one form or another...' (lihat 'Alchemy of Finance').
Jelas bahawa di sana ada sokongan kepada gagasan 'kembali kepada Dinar Emas' sebagai jalan keluar kepada permasalahan yang menghantui sistem kewangan dunia hari ini. Namun, IMF melarang mana-mana negara ahlinya dari menggunakan emas sebagai matawang.
Apa Dia Dinar Emas Islam?
Gerakan 'kembali kepada Dinar Emas' memilih untuk kembali mengguna dan mengekalkan piawaian yang telah ditetapkan 1400 tahun dahulu oleh Omar Al-Khattab, Khalifah Islam Kedua (632 Masihi) seperti berikut:
* Dinar emas Islam mempunyai berat khusus, iaitu, 4.25 gram emas 22 karat (917) bagi satu Dinar.
* Dirham Islam mempunyai berat khusus, iaitu, 3.0 gram perak tulin bagi satu Dirham.
* Syedina Omar Al Khattab juga menetapkam bahawa berat 7 Dinar bersamaan berat 10 Dirham. Disebut juga berat 10 Dirham bersamaan berat 7 mithqal emas (berat Dinar). Ini bermakna kadar pertukaran di antara Dirham dan Dinar emas ialah satu Dirham bersamaan 0.7 Dinar.
* Berat satu mithqal emas bersamaan 72 butir barley. Maka berat satu Dirham bersamaan 50.4 butir barley.
* Harga Dinar Emas dan Dirham ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.
Piawaian ini dikenali sebagai 'Piawaian Omar Al Khattab' dan piawaian inilah yang berkuatkuasa dari zaman beliau sampailah kepada Kahlifah terakhir kerajaan Othmaniah (1924).

Kegunaan Dinar Emas Islam
Dalam Daulah Islamiah Dinar Emas adalah alat perantaraan pertukaran (a medium of exchange). Ia adalah wang (money) dan ia adalah matawang (currency). Wang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang diteirma sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual-beli dikenali sebagai 'legal tender.'
Selain dari berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran, wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai (measurement of value), alat bayaran tertangguh (instrument of deferred payment), iaitu, alat pembayaran hutang, unit akaun (unit of account) dan alat penyimpan nilai (store of value). Kepada fungsi ini boleh ditambah dua lagi fungsi, iaitu, alat spekulasi dan alat empayar (tool of empire).
Dalam Daulah Islamiah, Dinar Emas juga adalah alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah di bawah hukum-hukum Islam seperti hudud dan lain-lain. Dengan ketiadaan Dinar Emas, semua ini diselesaikan dengan wang kertas dan di Malaysia tentulah dengan ringgit Malaysia. Untuk menentukan semua penyelesaian ini memenuhi ciri-ciri dan tuntutan hukum dan Syariat Islam, maka 'kembali kepada penggunaan matawang Dinar Emas Islam' adalah satu gerakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.
Gagasan yang hendak dilaksanakan oleh Tun Mahathir ialah menjadikan Dinar Emas sebagai alat penyelesaian pembayaran perdagangan antarabangsa bagi menggantikan dolar Amerika Syarikat. Ini tidak termasuk gagasan untuk menggunakan Dinar Emas sebagai wang dan matawang bagi menggantikan wang kertas dan koin, iaitu, dalam kontek Malaysia, wang kertas ringgit Malaysia yang dipakai sekarang. Tiada tanda-tanda yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia akan menggunakan Dinar Emas dan Dirham bagi menggantikan ringgit Malaysia. Lagi pun di sana adalah larangan oleh Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) yang tidak membenarkan mana-mana negara di dunia (yang menjadi ahli IMF) menggunakan emas sebagi matawang. Mungkin inilah yang menjadi halangan besar untuk negara-negara Islam menghidupkan kembali sistem Dinar Emas Islam.
Perlu diingat bahawa hanya satu matawang yang sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia, iaitu, ringgit Malaysia. Lain-lain matawang? semua matawang selain daripada ringgit Malaysia ? tidak sah diperlakukan dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai perataraan jual-beli dalam mana-mana wilayah Malaysia. Kalau ada mana-mana pihak menggunakan Dinar Emas dan Dirham di Malaysia sebagai alat pertukaran (medium of exchange) maka perbuatan itu menyalahi undang-undang negara Malaysia.
Jika kita memiliki Dinar Emas, maka Dinar Emas itu hendaklah ditukarkan kepada ringgit Malaysia dahulu dan ringgit itulah yang digunakan untuk berjual-beli. Kadar pertukaran di antara Dinar Emas ialah harga semasa (spot price) emas di dalam pasaran emas, tempatan atau antarabangsa. Kalau piawaian Omar Al-Khattab digunakan maka satu Dinar Emas beratnya bersamaan 4.25 gram. Kalau pada hari ini (20 September 2006) harga emas di Pasaran Logam London bersamaan RM100.00 per gram, maka kadar pertukaran 1 Dinar Emas bersamaan RM425.00. Kadar pertukaran ini akan berubah-ubah mengikut harga pasaran emas.
Ada saranan supaya dibuat piawaian baru di mana satu Dinar Emas bersamaan berat satu auns emas 24 karat memandangkan bahawa harga emas antarabangsa hari ini disebut dalam USD per troy auns emas 24 karat. Ini akan memudahkan pengiraan kadar pertukaran di antara Dinar Emas dengan mana-mana matawang di dunia. Misalnya, kalau pada hari ini (20 September 2006) harga se auns emas ialah USD300.00 (spot price), maka satu Dinar Emas bersamaan USD300.00. Kadar pertukaran Dinar Emas dengan semua matawang lain boleh dikira mengikut kadar pertukaran semasa (spot price) atas 'real-time basis.'
Sebenarnya menentukan berat Dinar Emas dan Dirham dalam gram atau auns merupakan pilihan. Proses conversion dari auns ke gram dan sebalik sudah cukup untuk menyelesaiakan perkiraan seperti berikut:
* Satu Dinar Emas = 4.25 gram 22 karat emas.
* Satu kilogram emas = 32.15 troy auns 24 karat emas.
* Atau 1000 gram emas = 32.15 troy auns 24 karat emas.
* Maka Satu gram emas = 0.03215 troy auns 24 karat emas.
* Maka Satu Dinar Emas = 4.25 X 0.917 (X 0.03215) = 0.1253 troy auns.
* Kalau harga spot emas = 438.9 euro per auns, Maka harga Satu Dinar Emas = 438.9 X 0.1253 = 55 euro
* Atau, kadar conversion = 483.9/55 = 7.98 Dinar/auns.
Formula untuk mengira conversion rate adalah seperti berikut:
* (31.1034768 g/oz)/((4.25g/dinar)(22k/24k)) = 7.98 dinar/oz.
Dalam hukum Islam tiada konsep wang kertas dalam pengertian wang kertas yang kita ketahui hari ini, iaitu, wang kertas yang merupakan surat hutang atau surat janji mahu bayar hutang atau surat IOU. Oleh yang demikian, pengertian sebenar kepada 'menghidupkan semula sistem wang Dinar Emas Islam' ialah menggantikan wang kertas dan koin yang beredar di dalam ekonomi sekarang dengan wang Dinar Emas dan wang Dirham yang benar-benar dibuat dari, masing-masing, emas dan perak. Kalau hari ini kita membawa wang kertas ringgit Malaysia dan koin di dalam saku dan dompet kita, maka dengan hidupnya kembali matawang Dinar Emas Islam, yang kita bawa dalam saku dan dompet kita ialah emas dan perak secara fizikal.
Wang simpanan kita di dalam akaun bank kita pula benar-benar emas dan perak. Kalau kita ada baki 1000 Dinar Emas di dalam akaun kita di bank maka di dalam peti kebal bank itu ada emas seberat 4250 gram di bawah nama kita. Bila kita mengeluarkan simpanan bakinya akan turun dan bila kita tambah simpanan, bakinya akan naik.
Sudahkah ada mana-mana negara Islam yang menggunakan Dinar Emas Islam sebagai matawang menggantikan wang kertas?
Belum ada mana-mana negara Islam yang mengamalkan sistem matawang seperti ini setakat hari ini. Saranan Malaysia untuk menyelesaikan pembayaran perdagangan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan kongsi perdagangannya di kalangan negara ahli OIC belum sampai ke tahap mewujudkan Dinar Emas dan Dirham Perak Islam yang beredar dalam ekonomi sebagai legal tender atau alat perantaraan pertukaran. Tahap inilah dilarang oleh IMF.
Dinar Emas Islam telah dilancarkan di Amiriyyah Arab Bersatu (UAE) pada 7 November 2001 oleh Islamic Mint bergabung tenaga dengan Thomas Cook Rostamani Exchange Company dan Dubai Islamic Bank. Setakat yang diketahui, inilah Dinar Emas Islam yang pertama dilancarkan dalam sejarah dunia moden melalui saluran yang diiktiraf secara rasmi.
Dinar Emas Islam ini boleh diperolehi dari cawangan-cawangan Thomas Cook Rostamani Exchange Company dan Dubai Islamic Bank di kesemua 7 negara Amiriyyah Arab Bersatu.
Sejauh yang diketahui Dinar Emas Islam yang dilancarkan di UAE itu bukanlah wang tetapi hanyalah sebagai alat pelaburan. Juga ia dilihat sebagai comemorative coin dan bernilai kepada sesiapa jua yang hobinya menyimpan koin termasuk koin emas dan perak. Bagaimana pun pengenalan semula Dinar emas Islam ini sudah cukup bermakna kalau ada pihak yang akan menggunakannya bagi membayar zakat dan mahar perkahwinan.
Printis gerakan 'kembali ke Dinar Emas Islam,' Umar Ibrahim Vadillo telah menubuhkan syarikat urusniaga Dinar Emas bernama e-dinar Ltd. berpengkalan di Labuan. Syarikat e-dinar ialah satu sistem pertukaran yang membolehkan pemindahan emas dan perak secara elektronik di antara akaun. Setiap akaun ada baki dinar emas dan dirham secara fizikal. Kalau baki dalam akaun ialah 1000 Dinar Emas Islam maka di dalam bilik simpanan selamat disimpan emas seberat yang bersamaan dengan 1000 Dinar. Kalau satu Dinar beratnya 4.25 gram, maka di dalam peti selamat ada disimpan 4250 gram emas.

Dinar Emas Kelantan
Ada maklumat yang menyatakan Dinar Emas digunakan secara persendirian (private) di lebih 22 buah negara. Dinar Emas sekarang ditempa (minted) di empat negara. Juga di sana sudah wujud perniagaan jual beli Dinar Emas dan Dirham melalui internet. Oleh itu pelancaran Dinar Emas Kelantan selaras dengan perkembangan ini.
Kelantan mengikut bukan memimpin. Apa yang diumumkan oleh YB Dato' Paduka Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat kelantan ialah untuk menawarkan Dinar Emas dan Dirham sebagai alat tabungan dan pelaburan, bukan, sebagai legal tender. Reaksi gelabah dan negatif Perdana Menteri Malaysia amat tidak diduga. Usaha ini harus dilihat sebagai langkah untuk menjelmakan impian Tun Mahathir Mohamad ke alam nyata.
Penerbitan Dinar Emas Kelantan bukan sebagai alat perantaraan pertukaran (medium of exchange). Ia tidak diterima untuk membayar barang-barang yang kita beli di pasar atau di kedai. Juga tiada penjual yang boleh menerima bayaran dalam bentuk Dinar Emas Kelantan bagi barangan yang dijual. Sesiapa yang memiliki Dinar Emas Kelantan maka hendak ianya ditukarkan dahulu kepada ringgit Malaysia mengikut harga emas semasa (spot price) berdasarkan formula yang diterima pakai apabila hendak berjual beli.
Maka ringgit itulah yang digunakan untuk membeli barangan dan diterima apabila menjual barangan. Hanya ringgit Malaysia yang diiktiraf sebagi legal tender di dalam wilayah Malaysia. Matawang lain tidak sah digunakan sebagai alat pertukaran.
Maka, Dinar Emas Kelantan bolehlah digunakan sebagai alat simpanan (savings instrument), membayar zakat, membayar mahar perkahwinan dan sebagai hadiah (untuk ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kakitangan cemerlang dan sebagainya). Dalam Daulah Islamiah, ia boleh digunakan untuk membayar denda di bawah pelbagai hukum Islam. Disini dijelaskan dua keguanaan utama.

* Alat Simpanan
Simpanan atau tabungan adalah lebihan pendapatan di atas perbelanjaan. Kalau pendapatan kita RM10,000 sebulan dan kita berbelanja RM9,000 sebulan maka kita ada lebihan sebanyak R1,000. Bagaimanakah hendak menyimpan lebihan pendapatan ini?
Banyak pilihan. Kita boleh menyimpan di bawah bantal tanpa mendapat apa-apa pulangan malah terhakis pula nilai atau kuasa belinya oleh inflasi dan bayaran zakat (kalau cukup syarat-syaratnya), mendepositkan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan, akaun deposit berjangka, dalam unit amanah saham dan pelbagai lagi bentuk pelaburan yang menawarkan konfigurasi risk-reward yang berbeza.
Bila wujud Dinar Emas Islam, bolehlah wang lebihan RM1,000 itu dilaburkan di dalam Dinar Emas. Risikonya ialah harga emas boleh naik atau turun atau kekal, samalah seperti melabur dalam komoditi-komoditi yang lain. Bukti empiris menunjukkan bahawa harga emas cukup stabil dalam jangka panjang dan bebas dari turun naik yang ekstrim dalam jangka pendek dan sederhana. Ia cukup adil sebagi pelindung kuasa beli.
* Membayar Zakat
Dari segi hukum, zakat hanya boleh dibayar dalam "tangible merchandise." Dari segi sejarah Daulah Islamiah, zakat sentiasa dibayar dalam Dinar Emas dan Dirham. Kerajaan Othmaniah sehinggalah kepada Khalifah ynag terakhir tidak membenarkan zakat dibayar dengan wang kertas. Fatwa Sheikh Mohammad Alish (1802-1881), Qadi Besar Mazhab Maliki selalu disebut dalam hal ini.
Menurut beliau kalau kita membayar zakat dengan wang kertas (fulus) maka hanya nilainya sebagai merchandise ('ain), iaitu, nilai kertas itu sebagai kertas yang diambil kira. Nilai nominal wang kertas itu tidak relevan sebagai bayaran zakat.
Oleh itu, dengan adanya Dinar Emas Kelantan, bolehlah zakat dibayar dengan Dinar Emas dan Dirham perak.
Kesimpulan
Dunia Islam dengan penduduknya melebihi 1.3 bilion umat nampaknya mahu kembali kepada sistem matawang dwi-logam hasil dari kesedaran bahawa khazanah umat Islam dari hasil penjualan minyak khasnya, yang tersimpan di institusi kewangan barat dalam bentuk wang kertas IOU boleh, pada bila-bila masa, bertukar menjadi debu. Juga di bawah sistem kadar pertukaran terapong yang diamalkan dunia sekarang, serangan spekulasi ke atas mata wang seperti yang telah berlaku dalam tahun 1997-98 boleh memiskinkan mana-mana negara.
Oleh itu gerakan 'kembali kepada Dinar Emas Islam' patut dilihat secara positif terutamanya bila dilihat di sana ada bukti yang jelas - empiris dan sejarah - bahawa harga kedua logam ini stabil dalam jangka panjang dan turun naiknya tidak ekstrim dalam jangka pendek dan sederhana.
Bermula dengan mengeluarkan Dinar Emas Islam dan Dirham sebagai alat pelaburan adalah satu langkah yang strategik dalam usaha menyelamatkan nilai harta dari dihakis inflasi dan devaluasi matawang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_Ya RaMaDhaN_::
Alangkah indahnya bagi jiwa mu’min, menantikan kedatangan Ramadhan, dengan hati yang penuh khusyuk dan tawadhuk. Jiwa mu’min merasakan terpanggil dengan bahang kehangatan Ramadhan yang bakal di tempuhinya.
Bahkan, senantiasa hatinya berkata; “Ya Allah sampaikan kami di bulan Ramadhan”.
Syahdunya seruan ini, menggamit-gamit panggilan Ramadhan, bagaikan suara lebah yang saling bertautan, bersama alunan zikir dan Al-Quran, menanti kedatangannya. Begitulah, Rasulullah sendiri selalu berdoa, “Ya Allah sampaikan kami di bulan Ramadhan”.
Begitulah Rasulullah Saw. dalam memberikan semangat untuk menghadirkan bulan Ramadhan di dalam hati para sahabatnya dan umat Islam waktu itu. Sehingga kedatangan bulan Ramdhan tidak disikapi sama seperti bulan-bulan lainnya atau kedatanganya bukanlah hal rutin. Namun kedatangan ramadhan disambut dengan penuh makna dan suka cita.kerana didalamnya terdapat malam seribu bulan, dibukanya pintu surga, ditutupnya pintu neraka.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa (QS 2:183)
Jiwa beriman, ternanti kedetangan Ramadhan, kerana inilah masanya untuk menambahkan ketaatan kepada Allah, walau dalam apa jua keadaan, dengan komitmen Ubudiyah yang berterusan dan mantap. Ramadhan, bulan untuk melatih diri dengan pelbagai aktiviti, buat melatih sifat taqwa, membuang sifat-sifat yang keji yang membantut perkembangan diri dan dakwah.
Ramadhan yang penuh berkah harus kita jadikan sebagai momentum untuk menyelamatkan masyarakat den
gan melakukan taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah), baik dengan taubat, munajat dan menjalankan sejumlah peribadatan maupun dengan khidmat yakni memberikan pelayanan yang terbaik kepada masyarakat agar kehidupan kita betul-betul dapat dirasakan manfaatnya bagi orang lain dan perbaikan masyarakat dapat kita wujudkan dari waktu ke waktu, baik perbaikan diri, keluarga, masyarakat maupun bangsa dan negara.
Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan sedekah;
”Tidak akan berkurang harta seseorang yang diinfakkan di jalan Allah“. Apalagi di bulan Ramadhan, Rasulullah Saw. menjadi lebih dermawan, Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas, beliau berkata : “keadaan Rasul lebih dermawan dari pada bulan-bulan lainnya ketika bertemu Jibril ”
Harta merupakan titipan Allah Swt. Manusia hanya diberikan amanah untuk menerimanya sebagai ujian baginya, apakah ia menjadi orang yang syukur nikmat atau sebaliknya. Oleh sebab itu shodaqoh merupakan bukti keimanan seorang muslim. Pada hakikatnya harta yng dikeluarkan untuk shodaqoh, infaq apalagi zakat tidak akan mengurangi hartanya tetapi justru akan memberikan berkah.
Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan bangun malam;
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji..(QS Al-Isra': 79)
Dari Abi Hurairah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam".(HR Muslim)
Rasulullah SAW ditanyakan tentang shalat yang paling utama setelah shalat maktubah (shalat wajib 5 waktu), beliau SAW menjawab,"Shalat di tengah malam.".(HR Jamaah kecuali Bukhari)
Dari Amru bin Abasah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Jarak paling dekat antara Tuhan dengan hamba-Nya pada saat malam di bagian akhir. Bila kamu mampu menjadi salah satu diantara orang yang mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.".(HR Tirmizy dan beliau menshahihkannya).
Inilah masanya untuk melatih memperbanyakkan zikir dan doa;
Puasa bukan hanya menahan lapar dan haus saja, tetapi puasa juga menahan nafsu (syahwat) termasuk syahwat kalam. Seorang yang berpuasa hendaknya menahan pembicaraannya dari berkata yang tidak bermanfaat, ghibah (membicarakan saudaranya), mengejek orang lain, dan sebagainya. Sebab perbuatan tersebut dapat merosak puasa. Rasul bersabda : “Puasa itu benteng, oleh sebab itu maka janganlah berhubungan suami dengan istri (jimak) di waktu puasa dan janganlah berbuat dosa, apabila seseorang mengajak berkelahi atau menghardik maka katakanlah kepadanya ; saya sedang berpuasa, saya sedang berpuasa … (HR. Bukhori)
Dan banyak lagi di medan tarbiyyah ini.
Latih diri dengan Al-Quran buat bekalan bagi seorang daie. Bagi remaja, masa untuk meninggalkan bacaan komik atau apa-apa yang tidak bermanfaat, mengisi ruang dan peluang untuk menjadi abdi kepada Allah. Tolong-menolong, bertukar jamuan, ia merapatkan ukhuwah.
“Ya Allah sampaikan kami di bulan Ramadhan”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_MenJelanG RaMaDhan_::
Saudara-saudara sesama Muslim,
Ibadat kedua yang diwajibkan kepada anda oleh Allah ialah puasa. Puasa bererti berhenti dari makan, minum dan hubungan seks pada waktu siang hari. Sebagaimana halnya solat, ibadat ini juga diwajibkan dalam syari'ah kepada semua rasul-rasul. Semua ummat yang telah lalu juga berpuasa seperti halnya ummat Muhammad saw.
Tetapi mengenai peraturan-peraturan dalam menjalankannya, jumlah dan jangka masa untuk berpuasa terdapat perbezaan di antara berbagai syari'ah. Bahkan sampai hari ini, kita lihat bahawa puasa tetap dilaksanakan dalam kebanyakan agama dalam suatu bentuk, walaupun para penganutnya telah mengubah bentuknya dengan menambahnya dengan hal-hal ciptaan mereka sendiri. Dalam al-Qur'an telah dinyatakan:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
(Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:183)

Dari ayat ini jelas bahawa semua syari'ah yang dikirimkan oleh Allah tidaklah kosong dari kewajipan ibadat puasa ini.
MENGAPA PUASA DIWAJIBKAN?
Marilah kita renungkan apakah kepentingan puasa, hingga Allah mewajibkannya kepada setiap ummat di setiap masa:
1. Tujuan penghambaan seumur hidup kepada Allah
Sudah berkali-kali saya terangkan kepada anda bahawa tujuan Islam yang sebenamya adalah menjadikan seluruh kehidupan manusia menjadi ibadat kepada Allah. Manusia dilahirkan sebagai budak Tuhan, dan perbudakan, yakni penghambaan kepada Tuhan, telah terkandung dalam wataknya yang asli. Kerana itu, manusia tidak boleh bebas sedikit pun dari 'ibadat, penghambaan kepada Tuhan dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya manusia harus memeriksa jalan mana yang harus ditempuhnya untuk memperolehi redha Tuhan, dan jalan mana yang harus dijauhinya agar tidak terkena murka dan kutukanNya. Dengan demikian, prinsip yang harus dipegang oleh seorang Muslim adalah mengikuti jalan yang menuju redha Allah dan menjauhi jalan yang menuju kemurkaanNya. Seorang Muslim haruslah menempuh cara yang disetujui Allah dan menjauhi cara-cara yang tidak diperkenankanNya. Apabila seluruh hidupnya teiah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan penghambaannya kepada Junjungannya dan memenuhi tujuan yang terkandung dalam ayat,
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". (Al-Qur'an, adz-Dzariyat,51:56)
2. 'Ibadat: latihan penghambaan
Saya telah menyatakan hal ini sebelumnya, bahawa tujuan yang sebenarnya dari kewajipan-kewajipan agama, seperti solat, haji, puasa, dan zakat yang telah diwajibkan kepada kita, adalah untuk melatih kita untuk menjalankan 'ibadat yang besar. Bahawa pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah wajib, tidak bererti — apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud lima kali sehari, telah menanggung lapar dan haus dari fajar hingga matahari terbenam selama tiga puluh hari di bulan Ramadhan, dan, bila anda kaya, telah memberikan zakat dan menunaikan haji sekali dalam hidup — anda telah selesai menunaikan kewajipan anda kepada Allah. Dan juga tidak bererti bahawa setelah melakukan itu semua anda lalu bebas dari penghambaan kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang anda sukai. Padahal, sesungguhnya tujuan yang dasar diwajibkannya kewajipan-kewajipan agama tersebut adalah untuk melatih anda dengan cara yang sedemikian rupa, agar kelak anda mampu mengubah seluruh hidup anda menjadi suatu "ibadat" yang tetap teratur kepada Allah. Nah, marilah sekarang, dengan mengingati tujuan ini, kita lihat bagaiman puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan "ibadat" yang full-time ini.
3. Puasa adalah "ibadat yang tersembunyi"
Semua kewajipan agama, selain puasa, dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata. Misalnya, dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku' dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam haji, orang bepergian jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Semua amalan-amalan keagamaan ini tidak dapat disembunyikan. Apabila anda mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila anda tidak mengerjakannya di depan orang-orang lain, mereka pun akan tahu juga bahawa anda tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah "ibadat" yang tidak nampak secara nyata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bahawa seseorang berpuasa atau tidak. Seseorang mungkin sahaja ikut sahur bersama-sama orang-orang lain dan tidak makan serta tidak minum apa pun dengan terang-terangan sampai tibanya waktu berbuka, Tetapi apabila dengan diam-diam ia makan atau minum sebelum waktu berbuka, hanya Allah lah yang mengetahui bahawa ia tidak berpuasa. Sedangkan orang lain akan mengira bahawa ia berpuasa, padahal sebenarnya tidak.
4. Puasa: Tanda kekuatan iman
Ingat-ingatlah kedudukan puasa dalam fikiran anda, dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah yang Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Ia benar-benar berpuasa, ia tidak makan atau minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca dan musim panas yang keras sekalipun, atau ketika kerongkong mengering kerana terasa amat haus, ia tidak minum air setitis pun.
Dalam keadaan lapar yang sangat, atau ketika hidup seolah-olah mati layu, ia tidak terfikir untuk makan sedikit pun! Lihatlah betapa kuat keyakinannya bahawa tidak ada satu pun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun mungkin dapat disembunyikan dari seluruh mata dunia! Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Tuhannya itu, dan tidak mahu melakukan sesuatu pun yang dapat membatalkan puasanya!
Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, sehingga selama satu bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetik pun keraguan akan hidup sesudah mati memasuki hatinya! Seandainya ia punya keraguan tentang hidup yang akan datang, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan dapat menyelesaikan puasanya. Apabila keraguan timbul, akan sulit bagi seseorang untuk tetap berpegang kepada niatnya untuk tidak makan dan minum apa pun selama menjalankan puasanya.
5. Latihan terus-menerus sebulan penuh
Dengan cara begini, Allah menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam satu tahun, dan bila ia lulus dalam ujian ini, maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi, puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda mempercayakan sesuatu kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji kejujurannya.
Apabila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanat akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanat. Sama halnya, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama satu bulan penuh, dua belas jam atau empat belas jam dalam sehari.
Dan bila anda lulus dalam ujian ini, maka dalam diri anda akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa lain, kerana takut kepada Allah. Kerana itu, dengan menyedari bahawa Allah Maha Mengetahui akan hal-hal yang tersembunyi, haruslah anda menahan diri untuk tidak melanggar hukumNya, walaupun dengan cara rahsia; dan dalam setiap kesempatan anda harus selalu ingat akan suatu hari di mana segala rahsia akan dibongkarkan, dan semua orang akan dibalas kebaikan dan kejahatannya, tanpa memandang siapa dia. Inilah makna ayat:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".
(Al-Qur'an, al-Baqarah, 2:183)
6. Latihan kepatuhan yang lama
Selanjutnya masih ada kekhususan lain dari puasa. Puasa memaksa seseorang untuk mematuhi perintah syari'ah secara terus menerus, tanpa berhenti, dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah berlangsung beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan satu kali dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang-orang yang kaya sahaja.
Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana, puasa adalah suatu latihan untuk mengikuti syari'at Muhammad dalam waktu satu bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda harus bangun pagi-pagi sebelum fajar untuk makan sahur, berhenti makan dan minum tepat pada waktu yang tertentu, mengerjakan dan tidak mengerjakan pekerjaan ini dan itu selama siang hari, berbuka pada petang hari tepat pada waktu yang tertentu, lalu makan dan istirehat sebentar, terus cepat-cepat bergegas untuk solat tarawih.
Dengan cara begini, setiap tahun dalam waktu satu bulan penuh, dari pagi sampai petang hari, dan dari petang hari sampai pagi, seorang Muslim diikat terus-menerus dengan peraturan-peraturan seperti seorang tentera dalam jawatan ketenteraan, kemudian setelah itu ia dilepaskan selama sebelas bulan untuk melaksanakan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut, dan bila temyata ada kekurangan dalam hasil latihannya itu, hal itu akan dapat dihilangkan dalam latihan tahun depannya.
7. Situasi persekitaran yang sangat menunjang untuk latihan
Latihan semacam ini tidaklah akan efektif bila dilakukan terhadap individu-individu secara terpisah-pisah. Dalam ketenteraan, anda lihat bahawa perbarisan tidaklah dikerjakan sendiri-sendiri oleh perajurit. Seluruh perajurit harus bangkit di saat trompet dibunyikan agar mereka terbiasa bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang pada diri seorang perajurit dapat dibantu oleh perajurit yang lain.
Sama halya, bulan Ramadhan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam telah diperintah untuk berpuasa bersama-sama. Perintah ini telah mengubah ibadat individual menjadi ibadat yang kolektif. Sebagaimana halnya satu, bila didarab dengan sepuluh ribu maka hasilnya akan menjadi sepuluh ribu, demikian pula keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan satu orang, akan menjadi sejuta kali ganda bila puasa itu dilakukan oleh sejuta orang bersama-sama.
Bulan Ramadhan mengisi seluruh suasana dengan semangat kesalehan dan kebajikan. Di dalam lingkungan seluruh bangsa, kesalehan tumbuh dengan subur. Setiap orang tidak hanya mencuba untuk menghindari dosa, tapi juga berusaha membantu saudara-saudaranya yang menemui kesulitan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu untuk berbuat dosa dalam. berpuasa, sebaliknya semuanya terdorong untuk berbuat sesuatu kebaikan, untuk memberi makan kepada orang miskin, untuk memberi pakaian kepada yang tidak mempunyai pakaian, untuk menolong orang yang sengsara, untuk ikut serta dalam kebaikan-kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan dengan terang-terangan.
Suasana kebaikan dan kesalehan yang menyeluruh tercipta dan musim berkembangnya kegiatan bermanfaat pun datanglah, sebagaimana anda lihat pada setiap tanaman, yang tumbuh dengan suburnya di setiap puncak musimnya dan menutupi seluruh kebun dengan kelebatan dan kerimbunannya.
Kerana alasan inilah Rasulullah saw mengatakan bahawa:
"Setiap perbuatan manusia memperolehi pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik, diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda”.
Tetapi Allah mengatakan:
"Puasa itu khusus bagiKu, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki."
Dari hadis ini, kita ketahui bahawa semua perbuatan baik, berkembang pahalanya menurut nisbah niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya.
Akan tetapi dalam hal puasa, perkembangannya tidak terbatas. Bulan Ramadhan adalah musim bagi berkembang suburnya kebaikan dan kesalehan, dan dalam musim ini tidak hanya satu, Tetapi puluhan ribu bahkan puluhan juta orang bersama-sama menyirami kebun kebajikan ini, dan kerananya kebajikan boleh berkembang tidak terbatas. Semakin banyak anda .mengerjakan perbuatan baik dengan niat yang ikhlas di dalam bulan ini, semakin besar pula berkah yang akan anda perolehi, dan meratakan berkahnya kepada saudara-saudara anda yang lain.
Dan bila anda memelihara kesan-kesan bulan puasa ini selama sebelas bulan berikutnya, maka kebun kebajikan itu pun akan terus berkembang selama itu pula, dan proses perkembangan ini akan terus berlanjut tidak terbatas. Adalah salah anda sendiri, bila anda membatasinya dengan menghentikan perbuatan baik anda.
DI MANA HASIL IBADAT ITU SEKARANG?
Mendengar uraian tentang hasil-hasil puasa tersebut di atas tadi, anda tentu akan bertanya-tanya: "Di mana hasil puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, Tetapi hasil yang anda ceritakan tadi tidaklah nampak! Saya sudah mengatakan kepada anda, sebab dari situasi ini, yakni setelah melepaskan komponen-komponen Islam satu dari yang lain, dan menggantinya dengan hal-hal yang baru dan asing bagi Islam, maka anda tidak akan boleh mengharapkan dapat memetik hasil-hasil itu, seperti apabila keseluruhan sistem Islam itu masih utuh dan belum cacat.
Di samping itu, sebab-yang kedua adalah kerana pandangan anda tentang "ibadat" telah berubah. Sekarang anda .meyakini bahawa semata-mata menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga petang, adalah "ibadat", dan kerananya anda lalu beribadat dengan fikiran dan cara yang demikian pula, anda juga hanya memandang bentuk luar dari berbagai macam penyembahan sebagai "ibadat", dan 99% atau bahkan lebih di antara anda tidak sedar akan ruh "ibadat" yang seharusnya menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda.
Itulah sebabnya mengapa ibadat-ibadat yang anda laksanakan itu tidak menghasilkan manfaat yang sepenuhnya, kerana sebenarnya dalam Islam segala sesuatu adalah tergantung pada niat, pemahaman dan wawasan (perception).
Petikan daripada Buku Dasar-dasar Islam oleh Al-Maududi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_AhLaN WaSahLan Ya RaMaDhaN_::

Sedar ataupun tidak, bulan suci mulia yang telah kita tinggalkan lalu dengan penuh pengabdian dan keazaman untuk peningkatan sebagai seorang Muslim yang benar-benar menyerah, tunduk patuh kepadaNya bakal menjelang tiba.
Maha Suci Allah yang telah mengurniakan umur yang setahun lebih panjang dengan mengurniakan kita sekali lagi Ramadhan, untuk kita koreksi diri, pertambahkan iman dan persiapkan kekuatan dan bekalan. Seperti doa yang biasa kita ucapkan; Allahumma Ballighna Ramadhan. Seperti doa yang diajarkan Rasulullah saw kepada kita;
Apabila Rasulullah saw melihat anak bulan Rejab, baginda membaca,
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, rahmatilah kami dengan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan kepada kami Ramadhan. (Hadith riwayat at-Tabrani dan Ahmad)
Betapa besar kurniaan Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan, dimana Rasulullah telah mengajarkan kita untuk berdoa agar kita dihidupkan sehingga sampai bulan Ramadhan, supaya bulan itu dimanfaatkan untuk kita menjadi seorang hamba yang patuh kepadaNya.
Bagi para daie ilallah, peluang mengecapi Ramadhan sememangnya ditunggu, di kala tamatnya Ramdhan yang lepas dengan penuh tangisan ketakwaan dan air mata keinsafan. Bulan bukan sekadar nikmat, tetapi penuh ujian serta peluang amal dakwah untuk mendekatkan manusia pada jalan Allah swt.
Persediaan dan perancangan perlulah dilakukan untuk kita memaksimumkan segala peluang yang di bulan Ramadhan ini. Sebagaimana yang dimaklumi, amal kebajikan akan diganjarkan setingkat lebih tinggi jika ia dilakukan pada bulan Ramadhan. Yang sunat diberi pahala wajib. Yang wajib digandakan dengan gandaan sesuai dengan kurniaan Allah swt Yang Maha Kaya.
Antara persiapan yang perlu dilakukan menjelang Ramadhan ialah:
1) Memahirkan diri dengan segala rukun,sunat,harus,makruh yang berkaitan dengan puasa di bulan Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.
2) Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajjud, untuk mendekatkan diri pada Allah, dan membiasakan tahajjud di bulan Ramadhan.
3) Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang telah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.
4) Menyediakan diri dengan kurang makan dan berpuasa, namun perlu diingat dengan sabda Nabi saw dari Abu Hurairah;قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا تقدموا رمضان بصوم يوم ولا يومين إلا رجل كان يصوم صوما فليصمه
Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa (riwayat Muslim)
5) Strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran. Pada bulan ini kita mempunyai kelebihan kerana musuh ketat manusia telah di rantai, sebagaimana sabda Rasulullah saw dari Bau Hurairah;‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين
Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (riwayat Muslim)
6) Melatih diri semua sifat Islamiah seperti sabar, kurang bercakap lagha dan keji, menjauhi mengumpat dan mengata, dan perbanyakkan senyuman kepada semua sahabat.
Jadi sahabat sekalian, sematkan azam masing-masing untuk kita memperbanyakkan amalan fardhi dan amalan dakwah kita di bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Persiapkan mental mulai sekarang dan tekunlah istiqamah dengannya.
Doa kita..Allahumma Balligna Ramadhan…amen….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_IsTiQoMah, DaYa KeKuaTan MuSliM..._::
Istiqomah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu Muslim.
Sifat yang mulia ini adalah salah satu daripada sifat yang sangat dituntut oleh Islam. Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang yang menyengutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain)," (Surah Fussilat, ayat 6).
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Katakanlah, aku beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu." (Hadis riwayat Muslim).
Istiqamah adalah daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam. Ia merangkumi amalan hati; lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah sama ada fardu ain atau kifayah memerlukan istiqamah.Ada beberapa perkara yang boleh menjana sikap istiqamah dalam diri setiap individu Muslim antaranya:
-->Ilmu dan maklumat yang mantap
Kekuatan ilmu adalah perkara utama dalam menjana istiqamah. Melalui ilmu akan menumbuhkan keyakinan dan keimanan yang kukuh. Oleh itu, ilmu pengetahuan adalah perkara yang mesti dipelajari terlebih dulu sebelum ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.
Perkaitan di antara ibadah dan istiqamah dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan juga supaya orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepada-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus." (Surah al-Hajj, ayat 54).
-->Bersahabat dengan orang yang beristiqamah
Sahabat adalah cermin bagi seseorang seperti dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang bermaksud: "Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri)." (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang berjiwa istiqamah akan sentiasa berbuat kebajikan, nasihat-menasihati dan tidak mudah berputus asa serta sabar dalam melaksanakan ibadah. Justeru, kita perlu berhati-hati memilih sahaba kerana implikasi bersahabat amat besar dalam mempengaruhi mentaliti dan moral kita.
-->Menghayati sirah orang yang beristiqamah
Sirah dan sejarah hidup orang yang beristiqamah wajar dikaji dan diamalkan dalam diri kita. Dengan cara ini, pengaruh positif mereka bakal meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang untuk menimbulkan keazamannya dalam meneladani kehidupan mereka.
Sikap istiqamah mereka terpancar dari sudut keilmuan seperti kegigihan dalam menuntut serta menyampaikan ilmu dan menulis karya ilmiah yang agung. Selain itu, umat Islam perlu sentiasa menghayati ketahanan daya istiqamah pejuang terdahulu dalam jihad.
-->Mujahadah melawan hawa nafsu
Antara faktor yang dapat membantu kita untuk mencapai sikap istiqamah ialah mujahadah iaitu mengarahkan hati untuk berjuang melawan runtunan nafsu yang merangsang ke arah kejahatan.
Di samping itu, keinginan nafsu serta kehendak duniawi wajar dibimbing sehingga ia menjurus ke arah kebaikan dan keikhlasan kerana Allah semata-mata.
-->Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Umat Islam perlu berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa juga urusan hidup, sama ada pada saat senang mahupun pada waktu ditimpa kesusahan. Dalam hal ini ulama hadis, al-Imam al-Syaukani menyatakan bahawa doa adalah darjat ibadah paling tinggi dan mulia.
Justeru, umat Islam perlu menggunakan senjata rohaniah ini untuk memohon petunjuk Allah supaya segala tuntutan akan dapat direalisasikan secara istiqamah dan dengan penuh keikhlasan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_PeRaNg LuBnan,PeLaJaraN BuaT ZioNis!!!_::
" with the victory of Hizbullah, a terrible beauty is born" George Galloway, The Guardian, 31/8/2006
Peperangan di Lubnan telah mengajar kita beberapa hakikat. Bagi sesiapa yang melihat peperangan ini sekadar sebuah peperangan seperti peperangan-peperangan di dunia yang lain, mereka tidak kan dapat mempelajari apa-apa.
Namun, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu Palestin dan isu penjajahan Zionis ke atas bumi umat Islam di Asia Barat ini, banyak perkara yang boleh dipelajari. Para pejuang kemerdekaan dan juga para pejuang Islam akan mendapati bayak sekali yang dapat mereka pelajari daripada peperangan yang memakan masa sebulan lebih ini. Artikel ini akan cuba mengupasnya....
1)Zionis tidak sekuat yang dipropagandakan.
Zionis yang dikatakan sebagai mempunyai tentera keempat terkuat di dunia telah kalah dengan sekumpulan pejuang yang berpuluh kali ganda lebih lemah daripada mereka.
Jika tidak kerana resolusi 1701 PBB, nescaya tentera-tentera Zionis akan dimalukan lebih teruk lagi. Bukan hanya mereka tidak mencapai matlamat utama peperangan yang mereka sendiri lancarkan, malah mereka terpaksa menghadapi kemusnahan yang amat hebat.
Bukan sekadar kemusnahan di pihak ketenteraan, malah yang lebih dahsyat lagi ialah kemusnahan di dalam sempadan mereka sendiri. Wilayah-wilayah utara jajahan Zionis buat pertama kalinya dihujani dengan roket-roket Hizbullah. Sistem pertahanan yang mereka banggakan itu ternyata amat rapuh bila berhadapan dengan roket-roket Hizbullah. 500,000 rakyat Zionis yang terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka tidak akan dapat melupakan mimpi ngeri ini.
Kesimpulannya, rejim Zionis tidaklah sehebat yang disangkakan. Jika Hizbullah yang merupakan para pejuang gerila dapat mengalahkan mereka di dalam peperangan selama sebulan lebih ini, maka bayangkanlah jika negara-negara umat Islam bersatu. Kemenangan Hizbullah dan kekalahan Zionis di dalam peperangan kali ini jelas membuktikan umat Islam mampu untuk mengalahkan rejim Zionis jika mereka seirus dan bersatu. Apakah negara-negara umat Islam telah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku ini?
Rejim Zionis tidak sekuat mana !
2)Persiapan jangkamasa panjang penting di dalam perjuangan.
Seperkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pejuang kemerdekaan ialah kecekalan Hizbullah di dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi Zionis. Hizbullah tidak leka dengan kemenangan mereka menghalau Zionis dari selatan Lubnan pada Mei 2000 yang lalu. Semenjak detik tersebut, Hizbullah yang telah mahir bertempur dengan Zionis semenjak tahun 1982 lagi telah mempelajari segala strategi ketenteraan Zionis.
Hal ini telah diperakui oleh jurucakap Hizbullah yang telah diwawancara oleh wartawan al-Jazeera. Peluang untuk menghadapi tentera Zionis merupakan sesuatu yang amat mereka nanti-nantikan semenjak tahun 2000. Rejim Zionis yang angkuh dan merasakan mereka mempunyai segala kekuatan, ternyata terpaksa mengahadapi tentangan yang tidak pernah mereka jangkakan.
Kebanyakan tentera Zionis, malah anggota komando Golani mereka pun terpaksa mengakui bahawa mereka terkejut. Sumber perisikan mereka bagaikan tidak boleh dipercayai lagi. Hizbullah jauh lebih bersedia dan jauh lebih hebat daripada para pejuang Palestin di Gaza. Mereka terlupa bahawa bahawa sumber persenjataan para pejuang Palestin amat terhad berbanding dengan Hizbullah.
Kesimpulannya, perancangan yang berstrategi dan persiapan jangkamasa panjang adalah penting di dalam mana-mana perjuangan menuntut kemerdekaan. Kesabaran di dalam bertindak dan juga proses pengkajian yang tidak jemu-jemu telah memberikan natijah yang amat bernilai kepada Hizbullah.
3)Kesatuan rakyat membantu kelicinan perjuangan.
Seperkara yang tidak pernah diduga oleh Zionis ialah kesatuan rakyat Lubnan. Walaupun masyarakat Lubnan pernah dirobek-robekkan oleh peperangan saudara 1975-1990, namun kesatuan yang mereka tunjukkan pada hari ini amat tidak diduga. Seperti yang sentiasa diulang-ulang oleh Perdana Menteri mereka, Fouad Saniyora dan juga wakil Hizbullah di parlimen Lubnan, Nabih Berri, mereka tidak akan mengulangi kesilapan di masa lalu. Peperangan ke atas Lubnan 2006 ini telah membuktikannya.
Walaupun bukan semua rakyat Lubnan yang turun padang untuk bersama Hizbullah, namun keputusan mereka bersama untuk menentang Zionis amat bermakna. Bukan setakat mereka tidak mengutuk tindakan Hizbullah, malah mereka bersama-sama menolak propaganda Zionis yang cuba untuk menghasut kerajaan Lubnan agar menikam Hizbullah dari belakang. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, Presiden Lubnan yang Kristian, Emil Lahoud juga turut mempertahankan kesatuan rakyat dan bersama rakyatnya di dalam mengutuk dan menentang penjajahan Zionis kali ini.
Jikalau lewat peperangan saudara dahulu, golongan Kristian Maronites telah digunakan oleh rejim Zionis untuk membantai umat Islam di Lubnan, kini tidak lagi.Sokongan kaum Sunni melalui persepakatan kumpulan-kumpulan Islam Sunni untuk membantu Hizbullah juga jelas menunjukkan kesatuan ini. Melalui gerakan Islam Sunni terbesar, iaitu Jamaah Islamiyyah Lubnan, pelbagai kumpulan sunni telah bersatu.
Ibrahim Masri, naib ketua gerakan tersebut telah membuat kenyataan terbuka menyokong Hizbullah di dalam peperangan ini. Mereka juga telah mengerahkan sukarelawan mereka untuk bersiap sedia membantu Hizbullah jika diperlukan.
Syed Hassan Nasrullah juga cerdik dan bijak di dalam membuat kenyataan-kenyataan beliau di dalam peperangan ini. Beliau tidak merujuk kepada Hizbullah ketika berucap, tetapi sering menggunakan perkataan "rakyat Lubnan".
Beliau bertindak menjadi jurucakap rakyat Lubnan. Beliau juga akan muncul dengan bendera Lubnan di belakangnya. Penampilan ini banyak mempengaruhi semangat patriotik dan kesatuan rakyat Lubnan. Beliau berjaya mengajak rakyat Lubnan untuk merasakan bahawa peperangan yang berlaku adalah di antara rakyat Lubnan dengan penjajah Zionis dan bukannya di antara Hizbullah dengan rejim Zionis.
Hanya dengan bersatu , rejim Zionis dapat dihapuskan !
Kesimpulannya, kesatuan rakyat sesebuah negara di dalam menghadapi penjajahan asing. Kewujudan pengkhianat dan tali barut penjajah di dalam negara yang diserang akan membantutkan usaha penentangan.
Perpecahan yang berlaku di Palestin adalah contoh yang paling baik. Kita telah lihat bagaimana rakyat Palestin telah menghadapi kesukaran untuk menumpukan seluruh usaha untuk menentang Zionis kerana kewujudan agen-agen Zionis dan juga tali barut mereka di kalangan rakyat Palestin.
4)Sikap AS dan Kristian Zionis.
Peperangan kali ini telah membuktikan kepada dunia betapa golongan Kristian Zionis adalah golongan yang paling inginkan peperangan. Berdasarkan impian mereka untuk mewujudkan peperangan besar "Armagedon", mereka telah cuba untuk menjadikan peperangan Lubnan ini merebak di seluruh Timur Tengah.
Kumpulan ini juga secara terang-terangan telah menyokong rejim Zionis dan menyalurkan sumbangan kepada rejim tersebut. Bayangkan, di dalam tempoh dua jam sahaja mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak USD 2 juta untuk dihantarkan kepada rejim Zionis.
AS yang dikuasai oleh golongan Kristian Zionis juga tidak segan silu menunjukkan belang mereka lewat peperangan ini. Melalui Bush dan juga Rice, AS yang dikuasai oleh lobi Zionis telah melindungi dan juga mempertahankan rejim tersebut.
Bayangkan, di kala rakyat Zionis pun menyalahkan Olmert kerana kekalah di dalam peperangan kali ini, Bush dengan tidak segan silu menyatakan bahawa Hizbullah telah kalah perang dan rejim Zionis telah menang.
Pelajaran paling utama dapat kita pelajari lewat peperangan ini, AS adalah pelindung "Israel". Selagi kongres mereka dikuasai oleh lobi Zionis, samada golongan Kristian mahupu Yahudi Zionis, selagi itulah mereka akan memainkan peranan sebagai pelindung kepada rejim Zionis Israel. Hal ini perlu diambil perhatian oleh mana-mana negara yang masih lagi ingin berbaik sangka kepada AS dan ingin membina jambatan dengan mereka.
Mengharapkan AS untuk memberikan kedamaian di rantau Asia Barat adalah umpama mengharapkan Iblis bertaubat. Mengharapkan AS memberikan kemerdekaan kepada rakyat Palestin adalah seumpama mengharapkan Iblis menyuruh pelaku maksiat bertaubat.
5)Kelemahan PBB.
PBB sememangnya lemah. Mereka terpaksa menantikan isyarat dan lampu hijau daripada AS untuk mengeluarkan sebarang resolusi. Bukan sekadar mereka tidak mampu untuk meluluskan "kutukan" terhadap keganasan Zionis yang telah membunuh lebih 60 orang rakyat awam termasuk 15 kanak-kanak cacat di Qana lewat peperangan baru-baru ini, malah mereka juga tidak mampu untuk m,enghentikan peperangan tersebut.
Jika tidak kerana rejim Zionis telah menerima kekalahan teruk dan terpaksa meminta AS memaksa PBB untuk meluluskan 1701, nescaya mereka tidak mampu melakukan apa-apa berhubung peperangan berkenaan. Mereka juga tidak dapat mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan kebiadaban Zionis yang masih lagi melancarkan serangan walaupun resolusi 1701 telah diluluskan. Mereka juga tidak dapat memaksa tentera Zionis untuk terus meninggalkan selatan Lubnan walaupun resolusi telah diluluskan.
Sehingga artikel ini ditulis, masih lagi terdapat saki baki tentera Zionis di dalam kawasan selatan Lubnan.Lihatlah juga kelemahan mereka untuk memaksa Zionis mematuhi resolusi-resolusi berhubung dengan mereka. Samda resolusi 194, 242, 425 dan lain-lain resolusi. PBB bukanlah badan yang boleh diharapkan.
Jika ada sesiapa yang masih mengharapkan PBB untuk melakukan sesuatu ke atas rejim Zionis, mereka hanya bermimpi. Jika ada sesiapa yang masih mengharapkan PBB untuk menyelesaikan isu Palestin, mereka juga hanya berangan-angan kosong. Mengharapkan PBB untuk berlaku adil dan mengambil tindakan ke atas Zionis adalah umpama mengharapkan raksasa "Nessie" muncul di tasik Lock Ness, Scotland.
6) Kelemahan OIC.
Jika ada sesiapa yang meletakkan harapan kepada OIC untu menyelesaikan masalah umat Islam, mereka ini adalah ibarat mengharapkan Superman akan muncul untuk menyelamatkan dunia. Ibarat Superman yang menjadi hero di alam khayalan, OIC bukan hanya sekadar tidak menjadi hero di alam nyata dan di alam khayalan, mereka langsung tidak boleh diharapkan.
OIC hanyalah "coffee house" bagi para diktator-diktator untuk menghabiskan percutian mereka. Apakah yang OIC telah lakukan dan boleh lakukan berhubung isu-isu umat Islam?, Masjid al-Aqsa yang kini di dalam bahaya pun tidak mendapat pembelaan OIC. Di dalam isu peperangan ke atas Lubnan, hanya isu pembaik pulihan Lubnan selepas dihancurkan sahaja yang mampu mereka bincangkan.
OIC juga beriya-iya hendak menhantarkan tentera untuk menyertai UNIFIL, entah apa tujuannya. Tidakkah mereka sedar, kewujudan UNIFIL pada kali ini hanyalah untuk membersihkan selatan Lubnan dari kewujudan Hizbullah? . Tidakkah mereka lihat itu hanyalah sebagai khidmat kepada rejim Zionis?
Kekalahan Zionis di dalam peperangan di Lubnan ini menunjukkan umat Islam pasti akan mengecapi kemenangan memerdekakan bumi Palestin dan juga Masjid al-Aqsa.
Daripada Malaysia dan negara-negara OIC yang lain menghabiskan duit rakyat mereka untuk menghantar tentera menyertai UNIFIL, adalah lebih bermakna jika mereka menghantarkan tentera-tentera untuk mengawal Masjid al-Aqsa. Al-Aqsa bukan hanya sekaar dipandang sepi, malah terus dilupakan apabila isu peperangan di Lubnan ini muncul.
7)Agen-agen Zionis di dalam negara-negara umat Islam.
Ketika persidangan tergempar PBB diadakan di Putrajaya berhubung isu Lubnan, hanya 17 buah negara sahaja yang telah hadir daripada 57 negara-negara anggota. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem "Syriana", apa yang berlaku akan dapat mereka fahami. Kebanyakan rejim-rejim Arab dan juga rejim-rejim yang menguasai negara-negara umat Islam adalah agen Zionis dan agen AS.
Mereka tidak berani membuat apa-apa keputusan kecuali mereka terlebih dahulu mendapat keizinan daripada AS. Jika mereka membuat apa-apa keputusan yang berani, AS akan segera menggertak mereka.
Olmert, di dalam salah sebuah kenyataan medianya sewaktu peperangan berlangsung dengan bangga telah menunjukkan faks yang beliau terima daripada salah seorang pemimpin Arab yang menyatakan sokongan kepada rejim Zionis. Beliau telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa peperangan yang beliau lancarkan itu mendapat restu hatta dari orang Islam sendiri. Beliau juga mendakwa, Zionis hanya ingin menghapuskan Hizbullah dan bukannya rakyat Lubnan.
Malangnya fakta menunjukkan "peperangan yang dilancarkan terhadap Hizbullah" ini telah mengorbankan lebih seribu nyawa rakyat awam Lubnan yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga tua.Selagi golongan talibarut AS dan Zionis masih lagi wujud di negara-negara umat Islam, selagi itulah umat Islam tidak akan dapat mengalahkan penjajah Zionis.
Selagimana golongan pengkhianat ini wujud di tampuk pemerintahan negara-negara umat Islam, selagi itulah umat Islam akan kekal mundur dan ditindas. Selagimana golongan ini wujud, selagi itulah Masjid al-Aqsa akan sentiasa berada di dalam bahaya.
Seperti yang pernah dikatakan oleh George Galloway, "Don't blame the Arabs, they are lions, but they are being led by the donkeys".
8)Islam akan kembali menang.
Rejim Zionis telah kalah perang!, itulah hakikat yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana manusia yang berakal. Sepertimana yang Allah SWT telah janjikan di dalam ayat ke-7 surah al-Isra, umat Islam pasti akan memperoleh kemenangan.
Sepertimana hadis-hadis Rasulullah SAW juga menjanjikan kemenangan bagi umat Islam di dalam pertempuran mereka dengan Yahudi di akhir zaman, dan juga kemakmuran Baitul Maqdis di bawah pemerintahan umat Islam, ianya semakin hampir.Kekalahan Zionis di dalam peperangan di Lubnan ini menunjukkan umat Islam pasti akan mengecapi kemenangan memerdekakan bumi Palestin dan juga Masjid al-Aqsa.
Hanya waktunya, dan juga para pejuang yang sesuai sahaja sedang dinantikan. Salahudin al-Ayubi telah membuktikannya. Qutz telah membuktikannya. Tentera Jordan pernah membuktikannya lewat peperangan Karamah. Tentera Mesir juag telah membuktikannya lewat peperangan Ramadan 1973. Hizbullah telah membuktikannya sebanyak dua kali, pada Mei 2000 dan juga pada eperangan 2006 baru-bari ini. HAMAS dan para pejuang Palestin juga telah membuktikannya lewat pengunduran Zionis dari bumi Gaza pada Ogos 2005. Kini giliran umat Islam seluruh dunia pula untuk menempa sejarah.
Walau bagaimanapun, kualiti para pejuang untuk mengalahkan Zionis juga perlu dititik beratkan. Bukan semua orang mampu mengalahkan Zionis. Hanya mereka yang cekal dan mempunyai motivasi yang tinggi bersumberkan keimanan sahaja yang akan dapat meneruskan perjuangan ini.Jangan toleh ke kiri dan ke kanan, lihat kepada diri kita sendiri. Adakah kita telah bersedia untuk mengukir sejarah tersebut?
9)Zionis akan hancur.
Ketika empayar Rom hancur, ramai yang tidak dapat menerimanya. 100 tahun, ataupun 200 tahun sebelum itu, Rom adalah gergasi dan empayar yang menguasai Eropah. Di zaman kegemilangan tersebut, tidak ada sesiapapun yang akan percaya bahawa empayar gagah tersebut itu akan jatuh.
Jika ada sesiapa yang bercakap mengenainya, pasti ramai yang akan mengatakan orang tersebut gila atau hilang akal. Hakikatnya, selepas kejatuhan empayar itu, tiada sesiapa yang dapat menafikannya.
Jangan toleh ke kiri dan ke kanan, lihat kepada diri kita sendiri. Adakah kita telah bersedia untuk mengukir sejarah tersebut?
Hal yang sama berlaku kepada Empayar Parsi di zaman silam. Perkara yang sama juga berlaku kepada Empayar Islam. Hal yang serupa juga berlaku kepada Empayar British yang pada satu waktu dahulu menguasai timur dan barat.
Realiti yang serupa juga berlaku kepada Empayar Uni Soviet pada tahun 1989. Apa yang berada di atas pasti akan turun ke bawah. Itulah sunnah alam.Kekalahan Zionis di dalam peperangan yang mereka sendiri lancarkan ke atas Lubnan baru-baru ini sedang membawa satu hakikat untuk difahami oleh semua. Rejim Zionis semakin lemah. Rejim Zionis boleh dikalahkan.
Rejim Zionis tidaklah sehebat yang disangka. Mereka hanya nampak hebat kerana negara-negara umat Islam lemah. Rejim Zionis tidak akan menjadi hebat jika umat Islam mengenali potensi masing-masing.
Sinai 1973, Selatan Lubnan 2000, Gaza 2005, dan kini Lubnan 2006 telah menyaksikannya. Penjajahan Zionis, sepertimana siri-siri penjajahan kolonialis lain sebelum ini pasti akan berakhir. Mileneum baru ini sedang menantikannya. Segalanya terletak di tangan umat Islam. Jika mereka tidak mulakan sekarang, bila lagi?Jika anda tidak mulakan sekarang, bila lagi?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_SiaPa PeMbeLa GAZA???_::
Ketika para pejuang Palestin menawan tentera Zionis, Koperal Gilad Shalit, mereka telah menawarkan kepada rejim Zionis satu tawaran yang cukup adil. Gilad yang telah ditawan sebagai tawanan perang (Prisoners of War) tertakluk kepada undang-undang antarabangsa berkaitan perang dan tahanan perang. Pihak pejuang Palestin menawarkan pertukaran tawanan (Prisoners swap) seperti yang lazimnya dilakukan sewaktu peperangan untuk melepaskan para tahanan perang.
Pihak pejuang menuntut agar kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah 18 tahun dari kalangan rakyat Palestin yang berada di penjara-penjara Zionis dibebaskan. Tahanan wanita dan kanak-kanak yang berjumlah lebih 500 orang itu menantikan pembelaan para pejuang Palestin buat sekian lama.
Malangnya, pihak rejim enggan menerima norma dan etika peperangan yang bertamadun. Bukan sekadar mereka enggan menerima tawaran tersebut, malah mereka telah melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin setiap hari demi membebaskan Gilad.
Operasi Summer Rains
Rejim Zionis telah melancarkan operasi "Summer Rains" (Hujan musim panas) yang bertujuan menghukum rakyat Palestin untuk memulangkan semula Gilad Shalit. Bermula pada 28 Jun, pasukan tentera Zionis telah memasuki ke kawasan Khan Yunis di utara Gaza untuk menjayakan operasi berkenaan.
Pihak tentera rejim juga telah menghantar empat buah jet pejuang F-16 untuk terbang di paras rendah di atas istana kediaman Bashar al-Asad, presiden Syria di Latakia. Menurut jurucakap tentera Zionis (IDF), ianya bertujuan untuk memberi amaran kepada Bashar agar tidak menyebelahi HAMAS. IDF juga telah menyuruh Mesir agar tidak menyebelahi rakyat Palestin.
Kerajaan Mesir telah bertindak pantas dengan menghantar 2,500 pasukan keselamatannya ke sempadan Mesir-Palestin di Refah. Tujuannya adalah untuk menghalang sebarang usaha membawa masuk Gilad ke dalam Mesir melalui sempadan tersebut dan juga untuk menghalang kemasukan rakyat Palestin yang ingin menyelamatkan diri dari keganasan tentera Zionis. Kerajaan Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakan dan sahabat paling setia rejim Zionis di dalam menekan rakyat Palestin.
Di dalam operasi tersebut, beberapa jam yang awal telah menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka. Rumah-rumah seperti lazimnya menjadi mangsa bedilan roket-roket Zionis. Jambatan-jambatan utama yang menghubungkan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain juga turut dimusnahkan. Stesyen janakuasa eletrik turut tidak ketinggalan menjadi sasaran.
Natijahnya, 65%daripada Gaza telah mengalami keputusan bekalan eletrik dan terpaksa bergelap. Sebanyak sembilan roket telah dilancarkan ke arah stesyen janakuasa tersebut yang telah menyebabkan kemusnahan keseluruhan stesyen berkenaan. Lapangan terbang Gaza dan beberapa tempat awam yang didakwa sebagai kem latihan HAMAS juga turut musnah. Antara tempat yang dikatakan kem latihan HAMAS adalah padang-padang permainan, sekolah-ssekolah, klinik-klinik, universiti Islam Gaza, bangunan-bangunan kerajaan dan juga umah-rumah warga Palestin.
Di dalam operasi "Summer Rains" menyaksikan bagaimana tentera rejim telah menjadikan infrastruktur awam dan juga warga awam sebagai sasaran utama mereka.
Sebagai serangan balas, pada 29 Jun, Barisan Popular Perjuangan (Popular Resisstance Committees) telah menculik seorang warga Israel yang kemudiannya dibunuh apabila tentera rejim bertindak. Tubuh warga Israeli, Eliyahu Asheri (18 tahun) dijumpai di dalam kereta yang terbiat di Ramallah. Menurut sumber perisikan Zionis, Eliyahu telah ditangkap oleh para pemuda Fatah dari pasukan keselamatan Palestin dan bukannya oleh PRC.
Briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah juga telah menangkap seorang warga Israel, Noach Moskovich di dalam sempadan "Israel", di bandar Rishon Le Zion. Beliau akhirnya turut dibunuh apabila tentera Zionis meula mengganas di Gaza. Briged berkenaan menggugut akan menyerang kepentingan-kepentingan Zionis di luar negara jika mereka berterusan menyerang Gaza.
Bagi pihak al-Qassam pula, mereka hanya melancarkan serangan-serangan roket al-Qassam ke arah "Israel". Beberapa roket mereka berjaya mengenai sasaran. Roket-roket tersebut telah berjaya sampai ke Ashkelon, sasaran paling jauh yang berjaya dicapai oleh roket al-Qassam.
Selain daripada itu, kawasan Negev (selatan Gaza) dan juga Netivot (utara Gaza) juga telah berjaya dihujani oleh roket-roket al-Qassam. Sebagai reaksi, pihak tentera rejim telah menyerang kawasan utara Gaza, Beit Hanun dan Beit Lahiya yang dikatakan sebagai kawasan di mana roket-roket tersebut dilancarkan.
Penculikan para menteri Palestin
Pada 29 Jun, rejim Zionis telah menangkap 64 pegawai-pegawai kerajaan Palestin. 26 dari kalangan mereka adalah ahli parlimen, dan lapan daripada mereka merupakan menteri-menteri kabinet. Antara mereka yang diculik oleh tentera Zionis ialah, menteri kewangan, Abdul Razaq, Menteri Buruh, Muhammad Barghouti, Menteri Hal Ehwal Agama, Nayef Rjoub, Mneteri al-Quds, Datuk bandar Qalqilya, ahli parlimen al-Quds timur, Muhammad Abu Tir.
Manakala yang terkini selepas peperangan ke atas Lubnan dilancarkan pula ialah Ketua Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik dan juga timbalan perdana menteri Palestin. Usaha jahat rejim ini bertujuan untuk melumpuhkan kerajaan Palestin di bawah pimpinan HAMAS dan juga untuk menggantikannya dengan wakil-wakil yang pro-Zionis.
Mereka yang diculik juga diletakkan di dalam penjara-penjara tentera dan ramai di antara mereka yang telah disiksa dan didera. Malangnya tidak ada satu negara pun yang tampil untuk membela nasib rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas rejim Zionis ini.
Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri.
Tentera rejim juga turut berusaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin dengan percubaan meracun beliau dan juga membedil pejabat Perdana Menteri. Bangunan kementerian luar juga telah dibedil sebanyak dua kali sehingga memusnahkan langsung bangunan berkenaan. Bangunan kementerian dalam negeri tidak ketinggalan menjadi sasaran keganasan Zionis.
Selain daripada bangunan-bangunan kementerian, rumah-rumah para menteri dan para pegawai kerajaan pro-HAMAS juga turut diserang dan dibedil. Sebagai contohnya, pada 6 Julai 2006, pasukan komando Golani milik IDF telah menyerang kawasan penempatan Palestin di Beit Lahiya secara membuta tuli.
Mereka telah menyerang kawasan-kawasan perumahan dengan kereta kebal-kereta kebal, helikopter Apache dan juga para komando yang dilengkapi persenjataan yang canggih. Hasilnya, para komando tersebut telah menawan Dugit, Nisanit dan Elei Sinai di utara Gaza.
Kesan kepada rakyat Palestin
Sehingga kini, menurut pihak berkuasa Palestin (PA), kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin mencapai lebih ratusan juta dollar. Sebanyak 15 juta dollar diperlukan untuk membaiki satu-satunya stesyen janakuasa eletrik di Gaza yang telah dimusnahkan oleh rejim Zionis. NGO-NGO alam sekitar Palestin pula di dalam laporannya mengatakan, "Tahap kesihatan rakyat dan juga infrastruktur berkaitan dengan kesihatan juga turut membimbangkan. Bekalan ubat-ubatan kehabisan, air yang bersih semakin kehabisan, kemusnahan di jalan-jalan raya, pencemarah alam sekitar, kawasan pertanian yang turut dimusnahkan, pokok-pokok yang dicabut, dibakar dan dimusnahkan adalah sebahagian daripada bencana alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis".
Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol. 22 hospital di Gaza dijangkakan akan lumpuh jika keadaan berterusan memandangkan mereka terpaksa bergantung kepada generator sebagai sumber kuasa. Jika petrol sudah habis, maka generator-generator tersebut tidak akan boleh berfungsi seperti biasa. Mereka juga keputusan bekalan ubat-ubatan yang asasi. Sebanyak 250 pesakit yang menerima rawatan dialisis juga berpotensi untuk meninggal dunia akibat keadaan yang runcing tersebut.
Pada 29 Jun, pegawai bahagian kemanusiaan dan bantuan kecemasan di PBB, Jan Egeland telah menggesa agar pihak rejim Zionis membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Hanya selepas 2-3 Julai, barulah bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Karni. Bekalan petrol yang dibeli dari "Israel" sahaja hanya dibenarkan masuk melalui sempadan Nahal Oz di utara Gaza. Hanya selepas sehari dibuka, rejim Zionis menutup sempadan Karni semula.
Hanya pada 24 Julai, pihak rejim membuka sebahagian sahaja daripada sempadan Karni dan menutupnya semula mengikut selera mereka. Pihak tentera Zionis juga turut memberi amaran kepada warga awam Palestin bahawa mereka akan berterusan melancarkan serangan selagi tentera mereka yang ditawan itu tidak dibebaskan.
Natijah daripada penutupan sempadan-sempadan Gaza, penduduk Gaza kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan juga petrol.
Pada 20 Julai, wakil hal ehwal hak asasi manusia di PBB, Paul Hunt telah menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza adalah satu jenayah perang. Tindakan mereka juga mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Beliau juga menyeru agar ada pihak yang tampil untuk membawa rejim Zionis ke muka pengadilan untuk dibicarakan sebagai penjenayah perang. Tindakan rejim Zionis memusnahkan stesyen janakuasa eletrik di Gaza adalah tindakan yang akan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat Palestin di Gaza. Perbuatan tersebut menurut Hunt adalah bertentangan dengan International Bill of Rights dan semua undang-undang berkaitan hak asasi manusia.
Persoalannya di sini, setelah Hunt menyeru mana-mana pihak untuk tampil membawa Zionis ke muka pengadilan, ke manakah perginya umat Islam?, ke manakah para pemimpin umat Islam?, ke manakah OIC?, ke mana jugakah negara-negara antarabangsa yang kononnya membela keadilan dan kebenaran. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_RaHsiA TerSiraT SyaAbAn_::
Syaaban antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT, bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
Justeru, Baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat. Nabi kita Muhammad SAW meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah SWT pada bulan yang agung ini.Namun, Rasulullah pernah menegaskan bahawa kedatangan Syaaban tidak begitu diraikan dan disambut dengan penuh kesyukuran, ramai Muslim yang leka, lalai dan alpa untuk merebut ganjaran serta kelebihan yang Allah SWT sediakan sepanjang bulan ini.
Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah SWT pada Ramadan.Adat Jahiliyah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan serta memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.
Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya Rasulullah mengenai Syaaban kerana aku tidak pernah lihat Baginda banyak berpuasa sunat seperti Syaaban.Baginda menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah SWT. Dengan itu aku amat suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa'i)
Maksud hadis di atas jelas menunjukkan segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat oleh malaikat tiap hari manakala amal ibadat Syaaban boleh dikatakan sebagai laporan tahunan disediakan malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah. Setiap Muslim wajib menginsafi bahawa segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati dan sebagainya akan dicatatkan malaikat tidak kira sama ada yang besar mahu pun yang kecil.
Hal ini jelas menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18)
Oleh itu, setiap Muslim seharusnya menyedari dan menginsafi betapa ketatnya pengawasan Ilahi terhadap sekalian makhluk-Nya.Menginsafi pengawasan malaikat iaitu Malaikat 'Atid dan Raqib di samping pengawasan secara langsung daripada Allah SWT mudah-mudahan manusia mempunyai deria kesedaran dan keinsafan menghentikan amalan buruk.
Pada masa sama, memberi dorongan serta semangat untuk melaksanakan kebajikan dan amalan salih yang dianjurkan Islam.Rasulullah adalah teladan umat Islam dalam segala lapangan hidup, maka mereka digalakkan banyak berpuasa sunat pada Syaaban seperti berpuasanya Rasulullah. Selepas Syaaban akan dituruti Ramadan yang diwajibkan kepada umat Islam berpuasa dan puasa pada Syaaban ibarat latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa pada Ramadan nanti.
Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa, tentu kurang rasa penat dan tidak pula terkejut serta berasa berat hati untuk berpuasa pada Ramadan.Terdapat banyak hadis memberi perangsang kepada umat Islam supaya mengikut sunnah Rasulullah SAW antaranya Saidatina 'Aisyah pernah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadan, beliau juga tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa hampir sebulan penuh melainkan Syaaban. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Saidatina Ummu Salmah pula berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Syaaban dan Ramadan. (Hadis riwayat Nasa'i)
Berdasarkan himpunan hadis itu dapat disimpulkan bahawa Islam menggalakkan umatnya melaksanakan ibadat puasa sunat Syaaban lebih-lebih lagi puasa adalah ibadat yang sangat dituntut dilakukan pada Syaaban.
Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadan, bulan ini sudah tentu akan melatih Muslim berpuasa menjelang ketibaan ujian berat pada Ramadan nanti.Justeru, ada kalangan ulama berpendapat puasa pada bulan ini disifatkan yang paling afdal atau baik selepas berpuasa pada Ramadan.
Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan Syaaban, Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Allah SWT melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang berzina.”Dalam hadis lain yang diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: “Allah SWT memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Ahmad)
Demikianlah himpunan hadis yang menggambarkan secara umum kepada kita kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini. Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah SAW yang memperbanyakkan puasa sunat.
Setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana terdapat hadis menyatakan bahawa Allah SWT sedia memberi keampunan hamba-Nya yang bertaubat sepanjang Syaaban yang penuh rahmat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS