~ aRtiKaL ~ ::_CoMeL TaK BiLa MaRaH_::
Abu Darda’ berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, berikan aku suatu petunjuk berupa amalan yang dapat memasukkan diriku ke dalam syurga! Baginda SAW lalu bersabda: Janganlah engkau marah!
Ja’far bin Muhammad pula pernah berkata: Marah itu adalah kunci semua keburukan. Namun apabila seseorang itu kehilangan kekuatan amrah dan lenyap harga diri secara total atau sama sekali tidak pernah marah untuk membela kebenaran, maka golongan ini dianggap tidak mempunyai akal yang sihat.
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Syafie: “Barangsiapa yang tidak marah terhadap sesuatu perkara yang benar (dibenarkan oleh Islam) maka samalah dia seperti seekor keldai”. Marah yang tercela dapat dilihat tandanya pada diri seseorang seperti wajah dan matanya yang merah, tangan dan badannya yang menggeletar menahan kemarahan, dahi yang berkerut dan sebagainya. Kesimpulannya, andaikata orang yang sedang marah melihat dirinya sendiri pasti akan malu kerana hodohnya rupa orang yang sedang marah.
Seorang yang pemarah akan melahirkan ciri-ciri seperti menggunakan lisannya mengungkap perkataan yang kotor, suka memaki atau mengungkapkan apa sahaja perkataan yang tidak dilafazkan oleh orang yang sihat akalnya.Malah apabila kemarahan memuncak boleh mengakibatkan pergaduhan atau yang lebih buruk melakukan pembunuhan.
Banyak faktor yang menyebabkan kemarahan antaranya ialah sifat ujub, terlalu suka bercanda, berdebat, khianat, cemburu atau bercita-cita tinggi memelihara harta, kekuasaan dan kedudukan.
Sikap-sikap tersebut harus dihadapi dengan sikap yang menjadi lawannya. Kemudian diiringi pula dengan usaha melenyapkan unsur-unsur marah seterusnya memutuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan. Bila amarah melanda melanda berusahalah mengatasinya dan cubalah dengan cara berikut:
Pertama : Renungilah ayat al-Quran dan Hadis tentang keutamaan menahan marah, memberi maaf, berlapang dada, dan keutamaan bersabar. Imam Bukhari meriwayatkan dari hadis Ibnu Abbas ra., salah seorang datang meminta izin untuk berjumpa dengan Umar al-Khattab ra dan Umar mengizinkannya. Orang itu berkata, “Ya Ibnul Khattab, demi Allah, anda hanya memberi sedikit kepada kami, anda tidak menghukum di antara kami secara adil...”
Kata-kata itu menimbulkan kemarahan Umar dan hampir-hampir sahaja beliau memukul orang itu. Tiba-tiba, al-Hurr bin Qais berkata, “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya, “Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh” (Q Al-Araf:199).
Setelah dibacakan ayat tersebut, serta merta hilanglag kemarahan Umar lalu beliau berkata: “Lepaskanlah orang itu”.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah memerintahkan pegawainya agar memukul orang yang melakukan kesalahan namun apabila beliau teringat ayat di atas segera khalifah Umar bin Abdul Aziz membaca firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang diampuni Allah dan masuk syurga di antaranya ialah orang-orang yang dapat menahan marahnya”. (Q Ali Imran: 134)
Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa yang dapat menahan marah sedangkan ia mampu meredakannya, kelak dia akan dipanggil Allah di hadapan seluruh makhluk hingga dipersilakan untuk memilih mana-mana bidadari yang ia inginkan”. (HR Ar Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kedua: Takutlah akan seksa Allah. Cubalah meredakan kemarahan dengan berkata, “Allah SWT sangat besar kekuasaan-Nya atas diriku. Lebih besar daripada kekuasaan aku kepada orang yang membuatku marah. Jika aku melepaskan kemarahanku kepdanya, aku tidak akan aman daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat. Padahal masa masa itu aku amat memerlukan keampunan-Nya”.
Ketiga: Menakut-nakutkan dirinya sendiri akibat permusuhan dan dendam. Sesungguhnya setiap manusia tidak akan terlepas daripada musibah atau bencana. Takutlah dengan musibah dunia apabila tidak takut dengan musibah akhirat. Hal ini dapat menghapuskan penguasaan syahwat yang menguasai marah.
Keempat: Bayangkanlah betapa hodohnya wajah dan bentuk seseorang apabila marah. Bayangkanlah juga bagaimana buruknya diri apabila berubah seperti binatang buas yang marah kerana kelaparan. Sikap ini jauh dari perilaku dan akhlak para Anbiya. Tanyalah pada diri sendiri adakah anda suka menyerupai binatang buas yang tidak berakhlak atau menghiasi diri dengan peribadi mulia?
Kelima: Renung dan fikirkan juga sikap balas dendam yang menimbulkan kemarahan. Adakah kita telah menimbangkan seadil-adilnya sebelum melepaskan kemarahan. Jangan biarkan kata-kata syaitan membisikkan ke dalam jiwa, “Orang ini telah menghinamu, mempermain-mainkan dan merendahkan darjatmu”. Sehingga jiwa manusia menjadi merasa kecil dan terhina di hadapan manusia. Ketika itu hendaklah seseorang berkata kepada jiwanya, “Engkau merasa rendah diri lantaran sikap orang itu sekarang, tetapi tidakkah engkau merasa rendah diri tentang penghinaan pada hari kiamat. Engkau amat berwaspada dengan perasaan hina di hadapan manusia tetapi tidak waspada dengan kehinaan di hadapan Allah, malaikat dan para nabi. Ingatlah bahawa bagaimanapun keadaan marahmu, pastilah Allah akan marah padamu”.
Di atas adalah sebahagian daripada panduan mengatasi marah yang berkaitan dengan hati. Bagi perkara yang berkaitan dengan amal perbuatan pula adalah seperti sebaik-baiknya orang itu diam apabila marah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila kamu marah, maka berdiamlah (jangan bergerak dan jangan bercakap)”. Seterusnya mohonlah perlindungan kepada Allah.
Begitu juga apabila marah melanda, segelah mengubah posisi kedudukan. Jika sedang berdiri, duduklah, dan bila sedang duduk, berbaringlah. Kita juga diperintahkan mengambil wudhuk ketika sedang marah. Hikmah berwudhuk ketika marah telah dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il, “Kami sedang bersama Urwah bin Muhammad. Tiba-tiba seseorang berkata padanya yang menyebabkan ia hampir pitam. Namun, dia berdiri lalu mengambil wudhuk. Setelah datang lagi beliau berkata, “Ayah saya berkata, dari datukku, ‘Atiyyah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya marah itu adalah daripada syaitan, yang diciptakan daripada api. Dan apabila salah seorang kamu marah maka berwudhuklah”. (HR Abu Daud, Ahmad dan al-Bhaghawi)
Duduk dan berbaringlah ketika marah pula merupakan sikap yang mengingatkan seseorang dengan tanah, asal dirinya. Dia akan merasa kehinaan hingga muncul sifat tawadhuk kerana sesungguhnya marah itu berasal daripada sombong. Diriwayatkan oleh Abu Sa’id dari Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mendapat sedikit kemarahan, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke tanah”. (HR Tirmidzi, Ahmad, dan al-Baghawi)
Ini adalah sebahagian cara menghindari sikap marah dalam diri. Yakinlah pada pujian Allah terhadap orang-orang yang bersabar dan menahan marah. “Orang-orang yang bertaqwa dan mendapatkan syurga di antaranya ialah orang-orang yang dapat menahan amarahnya”. (Q Ali Imran:134)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_WaNita...BuNGa @ MuTiAra_::
Bunga atau mutiara? Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga. Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali Imran ayat 102):
Maksudnnya: 'Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.'
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31): Maksudnya: 'dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka'
FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36): Maksudnya: 'Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.'
Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?
Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman? daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah? yang bimbang hati anda menjadi gelap? yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan? meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang!

Ucapkanlah ?aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia? Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku? Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.?
Renungan
Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: 'Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.? Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.
Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Katakan tidak!
Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang.

2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.

3. Wangi-wangian dan solekan.

4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang? Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?
Bagaimana sepatutnya pakaian anda?
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 'Akan ada di 'kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.'
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 'Malu dan iman adalah beriringan.'
4. Tidak disapu dengan bau-bauan.
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: "dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka"
Anda di dalam syurga
Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik." Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak.

Sabda baginda saw yang bermaksud: "Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: "Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka."(Riwayat al-Tirmizi).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_PoHon Oh PoHoN_::
Lihatlah pohon di luar jendela itu. Bukankah kau beberapa minggu ini tertarik memperhatikannya? Kau sudah lihat pohon itu dulu berdaun lebat. Lalu datang musim gugur. Daunnya menjadi kuning, rapuh, kemudian berjatuhan ditiup angin kencang. Musim dingin sudah berlalu, dan sekarang musim bunga. Kau lihat daunnya mekar, dari hari ke hari semakin lebat, dan sekarang seluruh cabangnya telah hijau kembali.Dari tahun ke tahun seperti itu. Sejak pohon itu kecil, hingga sekarang menjadi besar. Kau lihat, meskipun daunnya berjatuhan dan kembali mekar, bukan bermakna pohon itu semakin kecil. Tetapi semakin besar, semakin tinggi, semakin rendang.
Suatu hari saya mendapat cerita dari seorang sahabat dekat. Dia tinggal di kota lain di sebuah negeri empat musim. Jangan pernah tanya siapa, kerana dia tidak mahu namanya disebut-sebut. Cerita ini berkisarkan pergelutan batinnya dalam mengenal Tuhan. Mungkin ada pelajaran yang bisa kita ambil daripada kisah ini. InshaAllahu khayr…
Dia mempunyai seorang guru spiritual yang juga masih muda, namun memiliki ilmu dan hikmah yang sangat dalam. Dia bertemu dengan gurunya, lebih kurang sekali dalam sebulan. Setiap pertemuan berikutnya, sang guru selalu bertanya :“Bagaimana perkembangan dan pengalaman selama sebulan ini?
Ada bahan apa yang bisa diambil hikmahnya sekarang?”Keadaan ini berterusan. Terakhir sebelum berpisah lama dengan gurunya, dia juga sempat bertemu dan sang guru memberi tugas baru. Tugasnya adalah agar dia belajar menjadi manusia. Manusia dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu manusia sebagai wakil Tuhan, sebagai khalifah di muka bumi. Dan untuk menjadi khalifah dia harus mengenal yang diwakilinya, mengenal Tuhannya.
"Kenali sifat-sifat Tuhan. Jagalah hatimu, ucapanmu, dan akhlakmu sehingga mencerminkan sifat-sifat Tuhan. Tuhan Maha Suci, Maha Pengasih, Maha Penyayang... Tidak usah pening-pening memikirkan caranya, cukup jalani saja hidupmu dengan seadanya. Tidak usah banyak meminta. Nanti kau akan menemukan sendiri.
"Alkisah, sahabat saya ini harus pergi ke negara lain atas urusan pekerjaan. Sebelumnya dia memulai pelaburan, bisnes. Teman-temannya sudah ada yang berjaya, dan dia lihat sendiri buktinya. Dengan berbekalkan sedikit wang beberapa belas juta, dia memulakan pelaburannya. Kemudian dia berniat untuk menambah pelaburannya.
Dalam hatinya, jika pelaburan ini sukses, dia bisa melepaskan diri dari masalah kewangan, sehingga bisa beramal dan membantu orang lain dengan lebih banyak.Dia memohon petunjuk dulu kepada Allah. Apakah diperbolehkan pelaburan ini. Jika boleh, mohon dimudahkan. Jika tidak, mohon dijauhkan. Ternyata proposalnya ke bank disetujui, dengan jaminan kenderaan hasil usahanya selama ini. Pelaburan pun bertambah. Lalu dia berangkat.
Namun tidak lama setelah dia bekerja di kota baru, datang khabar buruk kalau bisnes yang diikutinya hancur. Dia kaget, dan mulai khuatir. Dia ingat hal-hal yang diajarkan oleh gurunya. Lalu dia berzikir dan berdoa. Maklum hanya itu yang bisa dia lakukan dari jauh. Tidak mungkin dia pulang dan menyelesaikannya.
Dia mengadukan semua pada Tuhan, dan berharap semoga keadaan menjadi lebih baik. Rajin sungguh dia berdoa, sehingga dia rasakan kenikmatan dalam hatinya yang jarang dirasakan sebelumnya. Hati yang terasa sejuk, seperti disiram ais ketika berzikir. Kekhuatirannya hilang, berubah menjadi syukur. Syukur kerana diberi cubaan dan diberi kenikmatan iman dalam zikirnya.Beberapa hari kemudian berita baru datang. Keadaan tidak menjadi lebih baik, tetapi lebih buruk. Modal yang dilaburkannya terancam tidak bisa kembali.
Disangkakan untung, yang mungkin terjadi adalah kerugian. Dia yang tadinya sudah tenang, kembali menjadi khuatir. Kemudian dalam kesempatan zikir setelah solat, dia pun kembali memasrahkan diri kepada Tuhan.
Dia yakin, pertolongan Tuhan sangat dekat. Di sebalik ujian, pasti ada kemudahan. Dia yakin, ujian ini tidak akan lama, dan pada akhirnya pasti Tuhan akan menyelamatkan pelaburannya.Hari berikutnya, berita datang lagi, bahawa keadaan benar-benar semakin tidak bisa dipulihkan. Hilangnya modal sudah di depan mata. Dia pun tidak bisa membohongi diri, kalau hatinya benar-benar khuatir dan putus asa. Belum pernah dia rasakan keputusan yang sedemikian dalam.
Terbayang dalam fikirannya, bahawa di bulan-bulan selanjutnya dia harus membayar hutang ke bank puluhan juta, atas sesuatu yang dia tidak pernah rasakan manfaat dan keuntungannya.Dia mulai berprasangka buruk kepada Tuhan. Dia merasa malas mengerjakan solat dan zikir, kerana ternyata kenyataan yang terjadi lain dengan yang diyakininya.
(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.[QS33:10-11]
Bukankah sebelumnya aku sudah mohon petunjuk kepada-Mu ya Tuhan? Bukankah kesejukan dan ketenangan dalam diriku berasal dari-Mu ya Tuhan? Tapi kenapa jadi seperti ini?
Dia menjadi ragu, apakah Tuhan masih akan menolongnya. Benar-benar kacau keadaan hati dan fikirannya saat itu. Namun tidak lama, hanya kurang dari setengah jam dia merasakan seperti itu. Dia pun ingat yang diajarkan gurunya,
"Segala rasa seksa, itu datangnya dari shaitan." Lalu ia pun sedar, bahawa shaitan dalam dirinya sedang mengelabui dan menutup hatinya. Mencuba agar dia berputus asa dan berpaling dari Tuhan. Melalui fikiran dan nafsu, setan menampilkan gambaran yang buruk-buruk tentang apa yang akan terjadi kemudian. Dan shaitan itu bukan siapa-siapa, tetapi bahagian negatif dari keduanya, dari dirinya sendiri.
"Dia pun berteriak kepada nafsu dan fikirannya,"Wahai nafsu dan fikiranku. Diam kau sekarang. Kalian mahu diselamatkan atau tidak. Kalau mahu, mari bersamaku berwudhu’ dan menghadap Tuhan.
"Keyakinannya kepada Tuhan tumbuh lagi. Dalam zikir dia bertanya kepada Tuhan tentang hikmah semua ini. Kesalahan apa yang telah dilakukannya. Apa yang dikehendaki Tuhan atas dirinya."Jika kau hanya mahu kenikmatan, dan menolak penderitaan, maka bukan sifat Tuhan yang kau pelihara dalam hatimu. Jika kau mahu menjadi khalifah, menjadi wakilKu, maka kau harus mahu menerima kedua-duanya dengan ikhlas.
"Sahabatku pun menangis di hadapan Tuhan. Menyesali kebodohan yang baru saja dia lakukan. Menyesali dirinya yang hampir-hampir masuk dalam golongan orang fasiq, orang-orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah."
Belum disebut beriman kamu, jika belum pernah diuji dan belum lulus ujian penderitaan.”Tangisnya pun semakin dalam. Bukan kesedihan, tetapi rasa syukur yang dalam kerana telah diuji oleh Tuhan. Diberi kesempatan untuk menjadi orang beriman. Ada harapan untuk masuk golongan orang beriman."Ya Tuhanku, dulu aku tiada, sekarang aku tumbuh dengan lengkap sempurna. Dulu aku tidak punya harta, lalu Engkau anugerahi aku, dan sekarang Kau ambil lagi milik-Mu. Kenapa aku sedih dan khuatir ya Tuhan, atas hilangnya sesuatu yang bukan milikku.
Betapa bodohnya aku ini. Betapa aku lupa siapa aku ini. Sungguh jika Engkau tidak ingatkan aku dengan ujian ini, pasti aku termasuk orang yang lupa diri selamanya. Ampuni aku ya Tuhan, atas kebodohanku ini.."
Dalam tangis dan zikirnya, dia membuka surat Alam Nasyrah.
"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu. Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap."
Tiada terkira syukur nikmat yang dia rasakan. Nikmat iman dan kedekatan dengan Tuhan. Terasa seperti dalam pelukan kekasihnya. Teringat bagaimana kekhuatiran dalam hatinya dihilangkan, dan diganti dengan syukur. Terbayang saat-saat yang penuh beban kemudian menjadi seringan kapas.
Dan sahabatku pun menjadi tidak lagi peduli dengan kerugian, kehilangan, dan kegagalan. Semua dari Allah, dan sekarang kembali kepada-Nya lagi. Dia pun segera kembali bekerja, seolah tiada masalah yang terjadi. Dia teringat perintah Tuhan agar tidak banyak berangan-angan, khuatir, memikirkan kemungkinan- kemungkinan buruk yang bakal terjadi, dan besarnya nilai kerugian yang dialami. Tidak ada waktu lagi untuk itu, yang ada adalah "mengerjakan dengan sungguh-sungguh urusan yang lain," iaitu pekerjaannya.
Beberapa hari kemudian berlalu dengan normal. Apapun berita tentang pelaburannya sudah tidak lagi menarik hatinya. Namun sebenarnya masalah masih ada. Hutang tetap hutang, dan harus dibayar! Suatu hari, datang berita lagi, setidaknya untuk saat itu modal dia benar-benar tidak bisa diharapkan kembali. Bisnes yang diikutinya sudah gulung tikar. Mereka yang mengurus bisnes tersebut sedang dalam penyelidikan polisi dan hukum. Dia pun teringat kembali, dari mana harus membayar hutangnya. Minggu depan sudah harus membayar hutang. Kalau tidak bisa, akan dimasukkan daftar hitam oleh bank dan kenderaanya disita.
Dia memang sudah tidak peduli dengan modal yang hilang. Tetapi masalah masih akan timbul seandainya dia tidak mampu melunaskan segala hutangnya pada bank.
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.” [QS3:186]
Seperti biasa, sahabat saya yang menjadi rajin mendekatkan diri kepada Allah sejak ujian ini, merenung dengan hatinya dan berzikir. Dia sudah ikhlas dan memasrahkan semua urusan kepada Tuhan. Dia sudah tidak pernah memohon agar diringankan atau dikembalikan modalnya. Dia yakin, semua memang sudah diatur oleh Allah untuknya.Kenapa harus meminta yang aneh-aneh yang mungkin di luar scenario Allah?
Oleh kerana itu, doanya hanyalah "agar diberi penerang dalam ujian ini, dan diberi akhir yang terbaik."Dalam zikirnya dia mendapat penjelasan. Ada beberapa kesalahan yang dia lakukan dalam bisnes itu. Pertama, adanya niat dalam hati untuk "bebas dari masalah kewangan yang membelenggu". Berharap memperoleh pendapatan pasif sehingga merasa cukup dari sudut material dan tidak perlu lagi khuatir soal wang.
Ternyata, hal ini bisa menggelincirkan hatinya pada kemusyrikan yang lembut. Kemusyrikan yang ditimbulkan oleh harta. Bagi Tuhan, jika dia merasa tenang kerana kecukupan material, atau "bebas financial", maka itu sama saja dengan kemusyrikan. Sebab dia merasa tenang bukan kerana Allah. Dia tenang kerana sesuatu selain Allah. Belum saatnya bagi dia untuk mengalami "bebas financial" ini, kerana pasti akan terjerumus. Suatu saat jika sudah tiba waktunya, pasti akan dianugerahi oleh Allah kebebasan ini.Namun saat itu dia sudah siap, sehingga tidak tertipu oleh kesenangan material. Ujian ini untuk mempersiapkan dirinya.
Kedua, adanya keinginan untuk bisa membantu lebih banyak orang dengan banyaknya harta yang dia miliki nanti.Bukankah ini niat yang baik?
Benar, tetapi ternyata keinginan ini bisa menipu dengan halusnya. Ada kesalahan dalam keinginan tersebut, iaitu sesungguhnya bukan dia yang membantu manusia lain, tetapi Tuhan. Jika benar terjadi dia bisa membantu banyak orang, pasti dia akan tertipu oleh rasa dirinya, oleh pengakuan dirinya. Pengakuan bahwa "aku telah beramal soleh dengan membantu banyak orang." Lalu muncul kepuasan dan kebanggaan spiritual yang tidak dia sedari. Tidak seharusnya dia memiliki rasa seperti itu, kerana semua harus dikembalikan kepada Tuhan. Dirinya dipakai oleh Tuhan untuk menolong orang lain, tetapi bukan dia yang menolong. Kesedaran ini harus tumbuh terlebih dahulu, sebelum dia benar-benar menolong orang lain nanti.
Dan ujian ini yang mengajarinya. Mengajarkan makna "Bismillah", "Atas nama Allah", "dengan nama Allah". Ertinya ketika dia membantu orang lain, saat itu dalam hatinya harus disedari bahawa yang membantu adalah Tuhan, bukan dirinya. Tuhan sedang menggunakan wadahnya untuk membantu orang lain. Dan tidak sepatutnya dia mengakui itu sebagai amal perbuatannya.
"Ya Tuhan, betapa Mulianya Engkau. Aku membeli ujian ini dengan modal yang tidak seberapa, dan itupun dari-Mu, harta milik-Mu. Namun manfaat yang kudapatkan sungguh tiada ternilai dengan apapun. Betapa bodoh jika aku masih menyesali hilangnya harta itu ya Tuhan."
Demikian katanya lirih dalam hati.Happy ending? Belum...Hutang tetap hutang, dan harus dibayar. Dia pun harus kembali ke alam nyata. Harus tersedar lagi dari tafakkur dan zikirnya, dan menghadapi bulan-bulan berikutnya dengan tekanan dan mungkin penderitaan. Apa yang telah dia dapatkan, sekali lagi, harus dibuktikan dengan kenyataan.
"Ya Tuhan, ini adalah minggu-minggu yang berat bagiku. Seperti ditiup angin dan badai kencang. Aku sudah hampir tumbang, tapi Engkau selamatkan aku. Dan sekarang pun belum usai ujian ini ya Tuhan. Aku yakin Kau pasti menolong. Aku tidak minta apapun bahkan untuk Kau ringankan beban ini.Engkau Maha Tahu akan kemampuanku dan keterbatasanku lebih dari pengetahuanku sendiri. Berilah aku petunjuk-Mu, agar aku tidak khuatir lagi menghadapi hari-hari di depanku dalan mengharungi ujian-Mu ini."
Lihatlah pohon di luar jendela itu. Bukankah kau beberapa minggu ini tertarik memperhatikannya? Kau sudah lihat pohon itu dulu berdaun lebat. Lalu datang musim gugur. Daunnya menjadi kuning, rapuh, kemudian berjatuhan ditiup angin kencang. Musim dingin sudah berlalu, dan sekarang musim bunga. Kau lihat daunnya mekar, dari hari ke hari semakin lebat, dan sekarang seluruh cabangnya telah hijau kembali.
Dari tahun ke tahun seperti itu. Sejak pohon itu kecil, hingga sekarang menjadi besar. Kau lihat, meskipun daunnya berjatuhan dan kembali mekar, bukan bermakna pohon itu semakin kecil. Tetapi semakin besar, semakin tinggi, semakin rendang.
Seperti itulah manusia yang beriman. Mereka tidak akan pernah lepas dari ujian, dari tiupan angin badai penderitaan. Kerana itulah makanan bagi keimanannya agar tumbuh subur. Namun selalu "sesudah kesulitan itu ada kemudahan", selalu ada yang bersemi, selalu ada kebahagiaan baru. Seperti pohon yang makin tinggi, iman mereka pun semakin meningkat.
Kadang-kadang ada pohon yang tumbang kerana badai dahsyat. Namun selama akar pohon itu masih masuk ke dalam tanah, sumber bahan kehidupan, pohon itu tidak akan mati. Daun dan dahannya akan selalu tumbuh. Oleh kerana itu, tancapkan hatimu, akarmu, kepada Sumber Kehidupan, kepada Dzatullah. Maka kau akan selamat.
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” [QS7:205]
Pohon tidak pernah khuatir akan kehilangan daun untuk selamanya ketika daunnya berguguran. Apakah kamu tidak malu pada pohon itu? Belajarlah darinya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ NeW ~ ::_aL aZhaR BuaT KeJutaN_::
Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Ahmad Tayyib bakal membuat satu perubahan apabila beliau menegaskan bahawa seluruh keputusan para mahasiswa Universiti Al-Azhar akan dipaparkan di laman web rasmi Universiti Al-Azhar tidak lama lagi sejurus dua minggu selepas tamatnya peperiksaan.
Prof.Dr. Ahmad Tayyib menegaskan bahawa setiap kertas jawapan para mahasiswa Universiti Al-Azhar akan disemak oleh dua orang pensyarah bagi setiap mata pelajaran. Ini adalah untuk memastikan markah yang bakal diberikan kepada setiap pelajar adalah markah yang tepat dan adil.
Untuk maklumat lanjut, sila ayarilah laman web Universiti Al-Azhar di alamat http://www.azhar.edu.eg/index.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS