~ TaUjiHaH ~ ::_GeNeRaSi Al-MuZaMmiL_::
Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dari Ummul Mukmin Aisyah ra bahwa Allah telah mewajibkan qiyamullail kepada Rasulullah Saw. di awal surat ini. Beliau dan para sahabat telah menegakkannya di sebagian malam sehingga kaki-kaki mereka bengkak. Setelah genap dua belas bulan, Allah memberikan keringanan dengan diturunkannya ayat kedua puluh dari surat ini pula. Maka berubahlah hukum qiyamu lail yang tadinya wajib menjadi satu ibadah yang sunnah.
Surat Al Muzammil turun pada marhalah bina’. Marhalah penggemblengan ruh. Para sahabat merupakan calon dai dan mujahid digembleng dengan gemblengan yang berat. Selama satu tahun mereka harus bangun di tiap tengah malam untuk berdiri shalat berjam-jam. Mereka dituntut untuk taat, tunduk, patuh dan berpegang teguh pada perintah Allah dan Rasul-Nya.
Kewajipan qiyamullail bukanlah sekadar berdiri sholat berjam-jam lamanya. Tetapi ia merupakan tarbiyah imaniyah. Yakni, tarbiyah untuk selalu berhubungan dengan Yang Maha Pencipta, untuk bermunajat ke pada-Nya. Ia merupakan wasilah untuk mendekatkan diri, berdzikir dan bertawakkal kepada-Nya.
“Sebutlah nama Rabb-mu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketaatan, (Dialah) Rabb masyriq dan maghrib, tiada Illah melainkan Dia. Maka ambillah Dia sebagai pelindung.” (QS. Al Muzammil: 8-9)
Sungguh!! Berdzikir kepada Allah taat, tunduk dan patuh kepada-Nya, bertawakkal dan beribadah hanya kepada-Nya, merupakan senjata yang ampuh di medan dakwah yang penuh dengan rintangan dan cubaan. Semuanya akan menjadikan para calon du’at dan mujahid terbiasa untuk bersabar atas cubaan yang datang secara berterusan. Mereka akan terbiasa menanggung derita dan istiqamah dalam mempertahankan haq. Ini semua merupakan satu satunya senjata pada marhalah bina’. Marhalah yang belum diizinkan untuk menghadapi kaum kafir secara langsung.
“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik” (QS. Al-Muzammil : 10).
Sungguh seorang da’i atau mujahid yang diatas pundaknya terbebankan panji-panji dakwah, pasti akan mendapati cubaan, siksaan dan intimidasi, dan tentu sangat memerlukan senjata untuk mengukuhkan mereka.
Senjata yang meneguhkan hati dan jiwa mereka. Mereka hanya akan mendapatkannya jika dalam marhalah bina’ mereka telah digembleng dengan gemblengan Al Muzammil. Dan harakah islamiyah jika tidak menggembleng generasinya dengan gemblengan Al-Muzammil, mereka akan berjatuhan di tengah jalan ketika mereka dihadapkan pada cubaan dan intimidasi.
Generasi Al Muzammil harus dibina dibawah konsep Qur’ani. Dan tidaklah cukup jikalau Al Qur’an hanya dijadikan sebagai pusat dan sumber intelektualiti belaka. Tetapi Al Qur’an harus dihafal. Khusus bagi mereka yang masih berumur muda.
Perlu diingat makna qiyamul lail tidak akan pernah menjadi realisasi selama calon da’i atau mujahid tidak hafal ayat-ayat Al Qur’an kecuali beberapa ayat saja. Bagaimana ia akan merasakan nikmatnya bermunajat, sedangkan ia hanya hafal beberapa ayat dari Al Qur’an dan diulangnya tiap rakaat sholatnya? Bagaimana ia akan merasa khusyu’? Sungguh !! betapa nikmat, tatkala kaki berdiri tegak untuk memulai munajat, hati tergerak disinari ayat-ayat Ilahi, yang kemudian dibiaskan ke dalam penglihatan, pendengaran, jiwa dan kehidupan.
Penghasilan generasi Al Muzammil yang mantap adalah sesuatu yang amat penting untuk kesinambungan dakwah. Generasi pemuda yang memiliki sebahagian Al Quran di dadanya amat-amat diperlukan untuk memimpin arus harakah Islamiyyah dalam era moden ini, yang penuh dengan kegelapan yang memerlukan kekuatan rohaniyyah para duat untuk menjulang risalah Allah.
Inilah yang akan menjadi bekal mereka, yakni Al-Quran. Dengan bekal ini, mereka akan bisa meneguk nikmatnya bermunajat, qiyamul lail dan bertaqorrub kepada-Nya.
Inilah potret generasi Al Muzammil, seorang pemuda yang telah melalui hari-harinya dengan kecintaan pada ibadah, ketaatan , dan taqorrub kepada-Nyaa. Pemuda yang selalu bertilawah dengan tartil, yang setiap malam air mata mengucur deras dari pelupuk matanya. Mentadabburi ayat-ayat-Nya. Pemuda yang Al Qur’an terukir di hati dan fikirannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ DeMaN PiaLa DuNia ~ ::_ApA Ni!!!!!_::
Melampau.. Jika anda sangka model di atas memakai baju sebagai tanda sokongan terhadap pasukannya di Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia itu adalah tidak benar. Keangungan dua negara islam diperlekehkan dengan mengecat warna bendera (Tunisia & Arab Saudi) di atas badan kedua-dua model tesebut tanpa 'seurat benang' apatah lagi kalimah ᇡ凡Ǡǡᥠ㥣ϑǓ桠ǡ pada bendera Arab Saudi.Gambar ini di perolehi daripada HARAKAH.
Apakah pandangan anda tentang isu ini???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ iSu ~::_IsRael RaNcaNg SeRanGan KeAtAs GaZa _::
Beribu-ribu askar dan kereta kebal Israel ditempatkan di sempadan Gaza hari ini sebagai persiapan untuk melancarkan serangan besar-besaran untuk membebaskan seorang askar kerahannya yang diculik.Berpuluh-puluh buah kereta kebal dan kenderaan pengangkut perisai Israel ditempatkan di kawasan Mefalsim dekat pusat menyeberang Kerem Shalom antara Genting Gaza dan negara Yahudi itu.Radio tentera Israel melaporkan dua buah rejim infantri membabitkan kira-kira 5,000 askar dan dua buah batalion perisai turut ditempatkan di situ.Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice menggesa Israel supaya memberi peluang kepada usaha-usaha diplomasi untuk membebaskan Shalit.“Cubalah berusaha untuk menyelesaikan krisis ini secara tenang. Jangan burukkan lagi keadaan, sebaliknya berilah peluang kepada diplomasi untuk mendapatkan pembebasan askar yang diculik itu,’’ kata Rice kepada para pemberita semalam semasa dalam perjalanannya ke Pakistan.
Askar itu, Korporal Gilad Shalit, 19, yang turut memegang kerakyatan Perancis, ditangkap dalam satu serangan nekad yang dilancarkan oleh tiga buah kumpulan pejuang Palestin ke atas sebuah pos kawalan tentera Israel di sempadan Genting Gaza kelmarin.
Dua orang askar Israel yang lain dan dua pejuang Palestin turut terbunuh dalam serangan itu yang merupakan serangan paling hebat pernah dilancarkan di kawasan berkenaan sejak Israel berundur dari Genting Gaza hampir setahun lalu.
Penempatan besar-besaran itu dilakukan selepas Israel menolak bulat-bulat tuntutan puak pejuang Palestin supaya dibebaskan kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin sebagai pertukaran dengan maklumat mengenai Shalit.
Semasa menolak tuntutan itu, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, “operasi tentera akan dilancarkan secara besar-besaran.’’
“Tiada sebarang rundingan, tawar-menawar atau perjanjian yang akan diadakan. Kami tidak akan menunggu lama kerana kami tidak akan membiarkan Hamas mengugut kami,’’ katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasil daripada sumbangan cendekiawan Arab dan Islam seperti yang telah dinyatakan pada rencana lalu, misalnya Hunayn dan Masawayh, menjadikan bidang farmasi semakin maju mengatasi sumbangan orang-orang Yunani dan Rom. Malah ini telah mempengaruhi perkembangan yang sama di Eropah pada zaman kebangkitannya. Dalam masa yang sama lebih ramai cendekiawan Islam menulis dalam bidang farmasi khasnya dan perubatan amnya. Contohnya Shanaq, Jabir b. Hayyan, al-Zahrawi, al-Biruni dan al-Mubarak.
Bidang Toksikologi dan Alkimia
Selain daripada bidang farmasi dan farmakologi, bidang toksikologi iaitu kajian tentang bahan-bahan racun dan bidang alkimia turut dibangunkan. Asal-usul bidang ini dapat disorot kembali pada masyarakat Yunani, ataupun sebelumnya, yakni pada masyarakat kuno. Melalui bidang alkimia misalnya berbagai teknik, peralatan dan proses telah digunakan untuk membangunkan kaedah untuk mengolah bahan logam. Mereka cuba menukarkan bahan-bahan logam yang kurang berharga kepada emas dan perak dengan menggunakan ilmu alkimia tadi.
Walaupun kejayaan yang dicapai tidak begitu menggalakkan namun berbagai ilmu baru telah digali dan digunakan akhirnya memberi manfaat kepada farmasi. Ramai penulis mencatatkan kejayaan mereka dalam berbagai bentuk teks, bab maupun dijadikan sebahagian daripada penerbitan perubatan yang menekankan tentang aspek racun dan penawarnya. Hal seperti ini terus menggalakkan pertumbuhan toksikologi yang kemudiannya menjadi satu cabang daripada bidang farmasi dan farmakologi. Boleh dikatakan semua bidang ini mempunyai kaitan yang begitu rapat sekali.
Mulai awal abad ke-9, sekumpulan ahli alkimia berkembang. Mereka kemudiannya wujud sebagai kumpulan yang berasingan, lain daripada pengamalan seni merawat. Selepas itu mereka mula merahsiakan amalan mereka dan kesudahan menjadi taksub sehingga ramai yang mengesyaki usaha-usaha yang mereka lakukan. Al-Kindi misalnya (meninggal sekitar 874) meragui tuntutan ahli alkimia sedemikian dan menganggap hasil kerja mereka sebagai palsu dan memperdayakan. Namun melalui seorang tokoh bernama al-Razi (865-925) aktiviti bersangkutan alkimia mula mendapat restu semula dan menjadi petanda mercu bagi bidang tersebut. Malah al-Razi mampu menafikan keraguan yang dilemparkan oleh al-Kindi tentang alkimia.

Al-Razi, Ahli Alkimia, Farmasi dan Perubatan
Al-Razi, merupakan seorang ahli perubatan yang disanjung tinggi dalam sejarah Islam. Beliau merupakan penulis yang berkaliber dan banyak menghasilkan karya dalam berbagai bidang. Beliau juga meletakkan alkimia pada peringkat yang lebih saintifik lagi rasional. Kebanyakan hasil penulisannya mempunyai hubungan rapat bukan sahaja dengan bidang alkimia, tetapi juga farmasi dan perubatan malah boleh dikatakan bahawa beliau banyak mempengaruhi perkembangan alkimia, farmasi dan perubatan sepanjang zaman pertengahan. Dua penulisannya tentang alkimia yang lebih mendapat perhatian adalah al-Asar dan Sirr al-Asrar. Kedua-dua buku ini dianggap karya terbaik pada zaman tersebut khususnya Sirr al-Asrar.
A-Razi juga membuat beberapa pengkelasan bahawa bahan-bahan galian serta peralatan dan radas yang digunakan; begitu juga dengan arahan yang begitu terperinci. Semua ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu yang mendalam berkaitan tatacara, bahan serta teknologi yang terlibat. Ada sumber yang mengatakan bahawa al-Razi mempunyai lebih daripada 100 penulisan, kebanyakan melibatkan sains tabii dan seni perawatan. Ini termasuk komentar abstrak dan penafian berkaitan bidang tersebut. Malah beliau berani memperbetulkan serta menegur pendapat handalan berkaitan seperti Galen, walaupun beliau banyak menghargai sumbangannya.
Isi Buku Sirr al-Asrar:
::_Ilmu dan pencarian ubat-ubatan daripada sumber tumbuhan, haiwan dan galian, serta simbolnya dan jenis terbaik bagi setiap satu untuk digunakan dalam rawatan.
::-Ilmu dan peralatan serta radas yang penting bagi alkimia serta apotek.
::_Ilmu dan tujuh tatacara serta teknik alkimia yang melibatkan pemperosesan raksa, belerang (sulfur), arsenik serta logam-logam lain seperti emas, perak, tembaga, plumbum dan besi.
Dalam bukunya Shukuk ala Nazariyat Jalinus beliau menyatakan kesangsiannya tentang ketepatan beberapa konsep, teori dan tatacara baik dari segi perubatan, fisiologi maupun terapeutik yang diutarakan oleh Galen. Selama ini ramai pengikut yang mengikut sahaja teori Galen secara membuta tuli. Penulisan Masayah tentang pemakanan yang terdahulu daripadanya juga tidak terlepas daripada kritikan al-Razi. Beliau juga meneylar kepalsuan tindak tanduk sesetengah doktor dan pengamal perubatan yang sering mengaburi mata orang baik di kota ataupun di desa. Oleh itu mengikut al-Biruni, sumbangan al-Razi pada zamannya terserlah dalam bidang farmasi, farmakologi dan terapi perubatan bukan sahaja di tanah wilayah Islam, tetapi juga Barat dan Byzantium. Sumbangan terakhir beliau dan paling besar adalah ensiklopedia perubatan, al-Hawi fi al-Tibb yang memuatkan semua ilmu perubatan terdapat pada zamannya.
Al-Zahrawi, Doktor dan Ahli Bedah
Farmasi Arab terus berkembang ke Sepanyol dan juga Afrika. Di wilayah-wilayah ini juga terdapat cendekiawan Islam yang tidak asing dalam sumbangan mereka. Umumnya mereka meningkatkan lagi kajian tentang materia medika, farmakologi dan terapi perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi daripada yang telah dicapai oleh orang Yunani dan sebelumnya.
Antara nama-nama terkenal ialah Abu al-Qasim al-Zahrawi atau dikenali sebagai Abulcasis dalam penulisan Barat. Al-Zahrawi adalah seorang doktor bedah di Sepanyol pada abad ke-10. Ensiklopedia perubatanya, al-Tasrif, yang begitu komprehensif serta mengandungi banyak pemerhatian baru menjadikan penulisan tersebut satu penulisan teragung pada ketika itu. Hasil karya al-Zahrawi ini terus dikembangkan di Barat melalui terjemahan dan edaran pada abad ke-12 dan selepas itu.Satu kelebihan al-Zahrawi adalah cara beliau membincangkan tentang bahan-bahan ubat-ubatan.Al-Zahrawi juga mencatatkan tentang sinonim alatan dan ubat, berat timbang serta sukatannya, `pemeraman ubat’, dan bila ubat boleh disalih gantikan dengan yang lain. Penulisannya yang lain merangkumi bukan saja bidang farmasi tetapi pemakanan serta terapeutik. Malah beliau juga amat memberatkan tentang apa yang diperlukan oleh para doktor terhadap bidang perubatan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada pesakit.
Al-Biruni, Ahli Farmasi dan Pendita
Abu al-Rayhan al-Biruni (973-1048) merupakan cendiakawan yang amat disegani dalam bukunya, al-Saydanah fi al-Tibb, al-Biruni mendefinasikan ahli farmasi (yakni al-Saydanani) sebagai seorang perofesional yang mengkhusus dalam pengumpulan semua ubat, memilih bahan atau sebatian yang terbaik, serta menyediakan ubat terbaik daripadanya mengikut kaedah dan teknik paling tepat seperti yang disyorkan oleh pakar dalam seni perawatan. Dengan demikian farmasi menjadi bebas daripada perubatan sebagai satu bidang kajian dan amalan. Selain itu farmasi berupaya berfungsi sebagai `alat’ untuk membantu dalam penyembuhan, tetapi bukannya sebahagian daripada perubatan.
Sejajar dengan definasi ini, beliau juga menekankan tentang latihan serta pengalaman yang mendalam yang diperlukan supaya ahli farmasi itu betul-betul mahir dalam bidangnya sehinggakan tiada sesiapa yang boleh mengambil alih profesion mereka. Mengikut beliau, ahli perubatan mesti memajukan pengetahuan teori dan pengalaman, kemudian menyerahkannya kepada ahli farmasi berjiwa rakyak untuk mereka menjalankan khidmat profesional yang cemerlang.
Menurut Al-Biruni farmasi adalah satu seni untuk mengenali jenis, bentuk dan sifat fizikal bahan-bahan asas, serta seni mengetahui bagaimana membancuh untuk menjadikannya sebagai ubat mengikut preskripsi doktor. Ahli farmasi mesti berupaya mengganti atau mengenepikan satu ubat dengan yang lain. Namun, mengikut beliau, ilmu bagaimana ubat bertindak pada tubuh manusia, yakni farmakologi, adalah lebih penting daripada kemahiran membancuh ubat semata-mata. Tanpa ilmu ini, seseorang itu tidak akan dapat mencapai matlamat profesionalnya.
Al-Mubarak, Ahli Toksikologi
Al-Husayan b. al-Mubarak, melalui penulisannya, Mundiqh sektiar tahun 1091, telah menonjolkan dirinya sebagai tokoh toksikologi. Beliau menerangkan bahawa terdapat dua perkara yang perlu dihindarkan sedapat yang boleh.
Al-Biruni mengkelaskan bahan-bahan yang dimakan kepada
tiga bahagian iaitu:
::_Bahan makanan yang disesuaikan kepada fungsi tubuh dan dihadam serta digunakan untuk mengganti apa yang telah hilang. Oleh itu, bahan makanan mula-mula sekali terjejas oleh tubuh dan kemudian menjejasnya untuk kebaikan sendiri (termasuk penyuburan badan).
::_Bahan racun yang bertindak ke atas fungsi badan ke tahap paling tinggi dan menyebabkan penyakit atau kematian, bergantung kepada ketoksikan dan potensi racun tersebut,
selain daripada ketahanan badan. Beliau menerangkan bahawa ahli toksikologi merupakan satu kelas profesional istimewa yang berupaya merawat
pesakit dengan menggunakan bahan racun.
::_Bahan ubat, terletak antara bahan makanan dan bahan racun, dan efikasi serta kelebihannya sebagai penyembuh bergantung kepada kepintaran, kemahiran dan keterampilan seorang doktor yang mempreskripsikannya. Oleh sebab itu, untuk merawat pesakit, doktor akan lebih gemar menggunakan bahan makanan. Jika ada keperluan, mereka menggunakan ubat asas. Mereka tidak menggunakan ubat bancuhan melainkan perlu.
Kaedah perbincangan bahan-bahan ubat-ubatan Zahrawi
::_Penggurusan, pembasuhan dan pembakaran bahan-bahan galian seperti plumbum, kuprum, arsenik dan juga garam atau sebatian yang diperbuat
daripada bahan-bahan tersebut.
::_Pengekstrakan, pengumpulan, penapisan dan pengawetan bendalir
daripada bahan-bahan tersebut.
::_Pengurusan ubat-ubatan daripada sumber haiwan seperti pembakaran kulit kerang/kepah dan tanduk, pengolahan kulit haiwan, dan pengeringan
hempedu untuk rawatan mata.
Pertama, berbentuk rohani seperti perasaan benci, dengki, hasad dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, berbagai kesulitan dan penyakit untuk jasmani dan rohani dapat dielakkan.
Kedua, bahaya berkaitan racun yang boleh mendatangkan maut untuk tubuh dalam masa yang paling singkat. Racun merupakan senjata terselindung di tangan musuh untuk membalas dendam dan membunuh. Al-Mubarak prihatin tentang keselamatan gurunya, Wizir al-Mufaddal, yang sering terdedah kepada orang ramai. Oleh itu, beliau memutuskan untuk menulis sebuah buku (yang didekasikan kepada al-Mufaddal) tentang semua jenis racun dan keracunan dalam makanan, minum dan barangan untuk dihidu.
Kemudian beliau menyarankan pula penawarnya mengikut yang terdapat dahulu kala dari merata tempat. Beliau juga menghuraikan tentang tanda-tanda keracunan serta sifat fizikal bahan yang beracun. Penulisannya, dalam tiga bab, umumnya adalah untuk raja-raja dan pegawai tertinggi di mana pengetahuan ini penting untuk keselamatan mereka.
PERSONALITI DALAM BIDANG TOKSIKOLOGI
SHANAQ
Penulisan : al-SumumIsinya memasukkan perbincangan mengenai racun dan bagaimana racun boleh dikesan. Kaedah pengesanan yang dimuatkan sama ada dengan cara melihat, merasa, menyentuh atau melalui simptom-simptom toksikologi. Turut menghuraikan tentang minuman beracun, makanan, pakaian, ubat-ubatan, kulit mata dan narkotik.
IBN WAHSHIYAH
Menghasilkan penulisan dengan pendekatan serupa seperti Shanaq. Turut menulis tentang alkimia, astrologi dan sihir.
ABU MUSA JABIR B. HAYYAN AL-SAFI AL-KUFI
Menulis buku tentang racun dan penawarnya dengan pendekatan yang moden. Buku enam bab ini mengandungi kaedah mengenalpasti bahan racun mengikut jenis dan asalnya, cara tindakannya, dos, cara pemberian dan penggunaannya serta orang sasaran. Turut dicatatkan tentang anatomi manusia, empat bendalir berkaitan serta penglibatan ubat-ubatan kepadanya.
Kesimpulan
Tokoh-tokoh seumpama inilah yang sebenarnya menghidupkan ilmu farmasi itu khasnya dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan amnya. Ramai juga di antara mereka begitu prihatin tentang soal-soal etika, kemahiran, latihan serta keterampilan yang perlu ada demi untuk kebaikan pesakit masing-masing.
Mulai abad ke-9, dunia Arab dan Islam telah berjaya membina jambatan ilmu yang menghubungkan sumbangan Yunani dan orang-orang seperti Galen dengan dunia farmasi moden sekarang ini. Malah tahap ilmu yang diperolehi daripada tamadun Yunani khasnya terus dipertingkatkan dan usaha ini berterusan sehinggalah ke abad ke-13 melalui berbagai karya asal, terjemahan ataupun pemantapan ilmu pada zaman-zaman berikutnya. Kemuncak sumbangan dunia Arab-Islam dalam farmasi boleh dikatakan tercapai dengan siapnya satu panduan praktik farmasi pada tahun 1260.
Penulisan bertajuk Minhaj itu diusahakan oleh Abu’l-Muna al-Kohen al-Attar dari Mesir. Al-Attar seorang ahli farmasi berpengalaman. Dalam Minhaj, al-Attar memuatkan pengalaman hidupnya serta ilmu dalam seni apotek, atau seni pembancuhan ubat. Sebahagian besar buku itu menghuraikan tentang etika farmasi, judul dalam sejarah profesion kesihatan.
Sementara itu, di bandar-bandar seperti Baghdad, amalan farmasi dimantap dengan rapi sehingga ahli farmasi mendapat perlindungan dan sanjungan daripada pemerintah serta pengguna ketika itu. Lagipun, melalui sebaran perdagangan dunia Islam yang kian meluas, dan tarikan untuk rempah ratus dan bahan ubat, membawa kedudukan yang begitu tinggi kepada profesion farmasi khasnya, dan kesihatan amnya. Dan sebenarnya bidang farmasi Barat adalah berakar umbi daripada farmasi Arab dan Islam.
Malangnya, kurang daripada satu abad selepas al-Attar, amalan farmasi menjadi beku dan kaku, dan terus merosot dengan jatuhnya tamadun Arab pada abad ke 19. Sejak dari itu, farmasi mula bertapak dengan pesatnya di Eropah khasnya dan Barat amnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ InFo ~ ::_PaUtan HaTi_::
Syukur Alhamdulillah kita dah selamat menduduki imtihan, semoga kita semua tergolong antara di antara hamba-hambaNya yang berjaya dunia & akhirat nanti. Tatkala kita yang single ni dok sibuk nak rehatkan tubuh dan minda di program Minggu Mahabbah Keluarga Tanta, ada juga kawan-kawan kita yang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun sama kita mengucapkan Selamat Pengantin Baru khususnya kawan-kawan group kat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra...sape ye he2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ PiAla DuNiA ~ ::_ArGeNtiNa PiLihanKu_::

Sekiranya Brazil merupakan pasukan favourite menjuarai Piala Dunia kali ini, pasukan Argentina dijangka memberi saingan sengit sepanjang kejohanan tersebut. Juara dunia dua kali ini (1978 dan 1986) yang menyertai kejohanan buat kali ke-14 dibimbing oleh Jose Pekerman. Argentina merupakan negara pertama dari benua Amerika Selatan menempah tempat ke pusingan akhir selepas kemenangan ke atas Brazil 3-2 di Buenos Aires.
Pasukan ini dianggotai oleh pemain berpengalaman dan muda, kebanyakannya anggota pasukan yang merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik sebelum ini. Dengan dianggotai oleh pemain berbakat seperti Hernan Crespo yang dijangka menyumbangkan gol, pasukan Argentina akan dibarisi oleh bintang muda seperti Lionel Messi dan Juan Roma Riquelme.
Jurulatih: Jose PekermanPekerman
menjadi jurulatih pada 2004 selepas pembimbing terdahulu, Marcelo Bielsa meletakkan jawatan secara mengejut. Beliau sebelum ini bertindak sebagai jurulatih skuad bawah 20 tahun dalam tiga kejuaraan Piala Dunia Belia.Jurulatih berusia 56 tahun ini pernah ditawarkan jawatan tersebut pada 1998 tetapi menolak atas alasan tidak memiliki pengalaman yang mencukupi.
Bintang utama: Juan Roman Riquelme
Pemain kelab Villareal dari Sepanyol ini memiliki kawalan bola yang kemas, hantaran tepat serta penyudah yang baik. Dia menganggotai skuad Argentina bawah 20 tahun pada kejohanan Piala Dunia Remaja pada 1997 dan berjaya membawa kelabnya sekarang ke peringkat separuh akhir Juara Liga Eropah musim lalu.
Skuad: 1. Roberto Abbondanzieri; 12. Leonardo Franco; 23. Oscar Ustari; 2. Roberto Ayala; 3. Juan Sorin; 6. Gabriel Heinze; 13. Lionel Scaloni; 15. Gabriel Milito; 17. Leandro Cufre; 21. Nicolas Burdisso; 5. Esteban Cambiasso; 8. Javier Mascherano; 10. Juan Riquelme; 16. Pablo Aimar; 18. Maxi Rodriguez; 22. Luis Gonzalez; 7. Javier Saviola; 9. Hernan Crespo; 11. Carlos Tevez; 14. Rodrigo Palacio; 19. Lionel Messi; 20. Julio Cruz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS