~ iSu ~::_IsRael RaNcaNg SeRanGan KeAtAs GaZa _::
Beribu-ribu askar dan kereta kebal Israel ditempatkan di sempadan Gaza hari ini sebagai persiapan untuk melancarkan serangan besar-besaran untuk membebaskan seorang askar kerahannya yang diculik.Berpuluh-puluh buah kereta kebal dan kenderaan pengangkut perisai Israel ditempatkan di kawasan Mefalsim dekat pusat menyeberang Kerem Shalom antara Genting Gaza dan negara Yahudi itu.Radio tentera Israel melaporkan dua buah rejim infantri membabitkan kira-kira 5,000 askar dan dua buah batalion perisai turut ditempatkan di situ.Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice menggesa Israel supaya memberi peluang kepada usaha-usaha diplomasi untuk membebaskan Shalit.“Cubalah berusaha untuk menyelesaikan krisis ini secara tenang. Jangan burukkan lagi keadaan, sebaliknya berilah peluang kepada diplomasi untuk mendapatkan pembebasan askar yang diculik itu,’’ kata Rice kepada para pemberita semalam semasa dalam perjalanannya ke Pakistan.
Askar itu, Korporal Gilad Shalit, 19, yang turut memegang kerakyatan Perancis, ditangkap dalam satu serangan nekad yang dilancarkan oleh tiga buah kumpulan pejuang Palestin ke atas sebuah pos kawalan tentera Israel di sempadan Genting Gaza kelmarin.
Dua orang askar Israel yang lain dan dua pejuang Palestin turut terbunuh dalam serangan itu yang merupakan serangan paling hebat pernah dilancarkan di kawasan berkenaan sejak Israel berundur dari Genting Gaza hampir setahun lalu.
Penempatan besar-besaran itu dilakukan selepas Israel menolak bulat-bulat tuntutan puak pejuang Palestin supaya dibebaskan kesemua tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin sebagai pertukaran dengan maklumat mengenai Shalit.
Semasa menolak tuntutan itu, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, “operasi tentera akan dilancarkan secara besar-besaran.’’
“Tiada sebarang rundingan, tawar-menawar atau perjanjian yang akan diadakan. Kami tidak akan menunggu lama kerana kami tidak akan membiarkan Hamas mengugut kami,’’ katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: