~ PiAla DuNiA ~ ::_ArGeNtiNa PiLihanKu_::

Sekiranya Brazil merupakan pasukan favourite menjuarai Piala Dunia kali ini, pasukan Argentina dijangka memberi saingan sengit sepanjang kejohanan tersebut. Juara dunia dua kali ini (1978 dan 1986) yang menyertai kejohanan buat kali ke-14 dibimbing oleh Jose Pekerman. Argentina merupakan negara pertama dari benua Amerika Selatan menempah tempat ke pusingan akhir selepas kemenangan ke atas Brazil 3-2 di Buenos Aires.
Pasukan ini dianggotai oleh pemain berpengalaman dan muda, kebanyakannya anggota pasukan yang merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik sebelum ini. Dengan dianggotai oleh pemain berbakat seperti Hernan Crespo yang dijangka menyumbangkan gol, pasukan Argentina akan dibarisi oleh bintang muda seperti Lionel Messi dan Juan Roma Riquelme.
Jurulatih: Jose PekermanPekerman
menjadi jurulatih pada 2004 selepas pembimbing terdahulu, Marcelo Bielsa meletakkan jawatan secara mengejut. Beliau sebelum ini bertindak sebagai jurulatih skuad bawah 20 tahun dalam tiga kejuaraan Piala Dunia Belia.Jurulatih berusia 56 tahun ini pernah ditawarkan jawatan tersebut pada 1998 tetapi menolak atas alasan tidak memiliki pengalaman yang mencukupi.
Bintang utama: Juan Roman Riquelme
Pemain kelab Villareal dari Sepanyol ini memiliki kawalan bola yang kemas, hantaran tepat serta penyudah yang baik. Dia menganggotai skuad Argentina bawah 20 tahun pada kejohanan Piala Dunia Remaja pada 1997 dan berjaya membawa kelabnya sekarang ke peringkat separuh akhir Juara Liga Eropah musim lalu.
Skuad: 1. Roberto Abbondanzieri; 12. Leonardo Franco; 23. Oscar Ustari; 2. Roberto Ayala; 3. Juan Sorin; 6. Gabriel Heinze; 13. Lionel Scaloni; 15. Gabriel Milito; 17. Leandro Cufre; 21. Nicolas Burdisso; 5. Esteban Cambiasso; 8. Javier Mascherano; 10. Juan Riquelme; 16. Pablo Aimar; 18. Maxi Rodriguez; 22. Luis Gonzalez; 7. Javier Saviola; 9. Hernan Crespo; 11. Carlos Tevez; 14. Rodrigo Palacio; 19. Lionel Messi; 20. Julio Cruz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: