WaRkaH buAt KeKasiHkU

Segala pujian ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan namanya ku mulai suratku ini. Selawat dan salam ku hulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullahs.a.w., keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya ku atur risalah ini... khas untukmu wahai kekasih!.....
Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai kekasih ku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batin mu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu.
Ku akur kekuranganku tentangmu, maka di awal suratku ini ku susun sepuluh jari meminta maaf darimu, kalau-kalau penaku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu, atau meleset daripada hakikat dirimu.Aku tahu sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang menulis tentang dirimu.
Bukan aku! Orang yangberlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan buatmu, kerana aku pun tahu yang engkau begitu kepingin menatap coretanku.
Sementelahan pula aku bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil rahsia dirimu, apa lagi mengkoreksi lahir batinmu. Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku di sini untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang sering timbul tenggelam dalam benakku. Dan, kalau sesekali aku tersinggung tenang dirimu berdasarkan nas Tuhanku dan Tuhanmu, atau nabiku dan nabimu, kau tentu menerima bukan?
Wahai Kekasihku.....................
Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa’ ayat 1.Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assiba’iy m/s15, riwayat Ahmad.
Sering kali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang mereka!
Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan seringkali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan syaitan! Ah, aku kesal.
Wahai Kekasihku............
Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama rama igadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta!
Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad‘pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA dalam sebuah bukunya.... “cinta itu suatu penyakit.Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh! Ganjil bukan?”
Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta. Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit mempertahankannya. “Mempertahankan hak peribadi”,katanya.
Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orangitu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu didada!
Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!
Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!
Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf(perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: “Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” .......... jangan-jangan dikau yang ku cintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di duniaini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh! Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana selama-lamanya!
Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketika nafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadis ku rebah dalam pelariannya lalu disambar helang kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas kesilapannya membuka gawang!
Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk menjadi penyambung generasi yang berhemah. Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan nilai keperempuanan mu di dunia sebelum memusnahkan jasadmu dan jiwamu di akhirat.
Wahai Kekasihku.........
Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada lagi payung selain payungNya.
Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi? Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat nanti. Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu. Dan biarlah kau juga seumpamaku.....
Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang menamakan kau Fatimah Az-Zahra’ atau Maryam Al-Butuul,atau Nasibah, atau Rabi’ah Adawiyyah, atau ZainabAl-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya. Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah ‘rupa paras’nya yang menawan.Biar ku petik secebis ‘rupa paras’ mereka untuk modelmu.
Nama Rabi’ah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan‘rupa paras’ berikut ini: ‘Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.
Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu,Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
Wahai Kekasihku..........
Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah duabibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat ‘malu’........ satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu dalam penjaranya.
Malulah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Apabila kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu.” Dengan kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.
Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu!
Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa!
Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Wal’iaazubillah!Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,di akhirat merana.
Wahai Kekasihku..................
Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyyah yang berupa paras seperti ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu. Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. *****a di sini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badandan ‘diet’ jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:
Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.
Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli, bukan tiruan.Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:
a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidupdalam lingkungan syara’.
e) Sentiasa redha dengan qada’ Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan.
Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-up mu dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.
Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan racun.
Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:
a) Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat. Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.
Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.
Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu. Antara bahan yang diperlukan ialah:
a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang mulia.
Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga di nama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah. Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.
Keempat: Beberapa peringatan. Senjata lidah ialah bahasa.
Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup aman bahagia. Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta. Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.
Dengan ini aku kira cukuplah ‘diet’ atau penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arahitu, sesungguhnya serbat yang ku kumpulkan itu bisa menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.
Wahai Kekasihku..................
Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini kesiapan yang tidak dapat ku temui. Besarlah harapan ku dari padamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yangbaik.
Dan....ingatlah bahawa:“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orangmukmin.” (An-Nur: 3)
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).....” (An-Nur: 26)
Sekian, buatmu wahai kekasihku...........................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:..PeRiHaL Zam-ZaM:..

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah: Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut.
Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik.
Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.
Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.
Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah.
Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


:..KroNoLoGi JeReBu DeLe el-QuRaN..:


JEREBU Atau Asap Yang Melanda Negara?!
Fakta al-Quran (rujukan: Tafsir ar-Rahman)

Kemungkaran
“Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan, bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan agama.” (ad-Dukhan: 9)

Jerebu
“Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata.” (ad-Dukhan: 10)

Darurat
“Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang ingkar itu) sehingga mereka berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan.” (ad-dukhan: 11)

Solat Hajat dan Doa
“Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami beriman’.” (ad-Dukhan: 12)

Kemungkaran dan Keingkaran Yang Berterusan
“Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan (yang cukup).Kemudian mereka berpaling…” (ad-Dukhan: 13 dan 14)

Fakta Semasa Yang Sinonim telah berlaku di malaysia...
1. Jerebu yang melanda Negara pada ketika ini adalah asap pada hakikatnya. Yang dibawa oleh angin daripada negara jiran, Indonesia. Tahap ketebalan asap yang melanda
negara pada masa ini, adalah yang paling teruk dalam sejarah. Sehinggalah langkah darurat terpaksa dilaksanakan.

2. Jelas pada ketika ini, kemarau sedang melanda Negara kita.

3. Empangan-empangan utama yang membekalkan air di seluruh negara sedang berada di paras yang kritikal. Pada ketika ini, negara kita tidak sepatutnya berada pada musim kemarau tetapi sebaliknya.

4. Fenomena sebelum jerebu pula, kita pun tahu… bahkan seluruh negara tahu.
Konsert konsert di sana sini, terutamanya gelombangg akademi fantasia (AF). Bukan sekadar kemungkaran berpeluk-pelukan, berpegang-pegangan tangan (lelaki dan perempuan), tetapi juga terdapatnya unsur-unsur penghinaan terhadap hukum syariat. Contohnya fenomena dakwah yang dicampur-adukkan dengan maksiat yang cuba dibawa oleh salah seorang peserta AF. Kemudiannya, unsur-unsur penghinaan terhadap profession Qari, Bilal, dan syariat bertudung.

5. Unsur-unsur penghinaan yang lain adalah seperti, isu-isu IFC, isu
kondom dan jarum percuma, dan fatwa menghalalkan pelacuran demi untuk menyara keluarga.Kemudiannya ditambah lagi dengan kemungkaran tidak menunaikan solat, zina, anak luar nikah, subsidi minyak, ajaran sesat yang tidak dibendung, isu JAWI menyerbu DISCO dan pelbagai lagi.

6. Dan sebaik sahaja negara dilanda musibah jerebu ini, kerajaan mengisytiharkan supaya diadakan solat hajat di seluruh negara bagi memohon
hujan dan minta diredakan jerebu yang melanda.

7. Namun pada hakikatnya, dalam kita berdoa, apakah kemungkaran-kemungkaran yang berlaku itu telah dihentikan? Semua orang tahu, tentu sekali tidak. Malahan telah
pun berterusan dan bertambah lagi. Na’uzubillah… Sekadar satu renungan,dan “sesungguhnya, ALLAH lah yang lebih mengetahui…”

Muhasabah Diri:
“Sesungguhnya Kami telah menunjukkan jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (al-Insaan: 3)

“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah(pula sama) orang-orang yang beriman mengerjakan amal soleh dengan orang-orang yang derhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.”(al-Mu’min: 58)

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Imam Abu Hassan Asyaari RH dan Sifat 20~



Imam Abu Hassan Asyaari RH dan Sifat 20


Kebelakangan ini, pengajian tauhid berasaskan sifat 20 yang diperkenalkan oleh Imam Abu Hassan Ashaari menimbulkan banyak kontroversi.
Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pengajian tauhidberasaskan sifat 20 ini. Mereka kata sifat Tuhan bukan 20 sahaja. Pada mereka penyusunan sifat Tuhan seperti sifat 20 ini adalah satu perkara bidaah. Rasul pun tidak pernah mengajar tauhid seperti itu.Mereka kata segala sifat Tuhan terkandung di dalam Al Quran.


Untuk mengetahui sifat-sifat Tuhan, ayat-ayat yang memperkatakan tentang sifat-sifat Tuhan itu patut dibaca dan dijadikan panduan. Ianya adalah lebih dari 20. Ada pula pihak yang berpendapat bahawa mempelajari tauhid melalui sifat 20 ini, paling baik pun hanya boleh membuatkan seseorang itu tahu tentang sifat-sifat yang wajib bagi Tuhan. Mungkin kalau didalami lagi dapat juga tahu 20 sifat yang mustahil bagi Tuhan dan satusifat yang harus bagi-Nya. Namun ianya hanya setakat tahu. Setakat boleh menjadi orang yang a’alim billah iaitu orang yang alim atau yang ada ilmu tentang Allah dan tidak lebih daripada itu.
Mereka berkata bahawa sifat 20 ini tidak mampu membawa kepada kefahaman, lebih-lebih lagi kepada penghayatan dan penjiwaan. Oleh itu sifat-sifat Tuhan itu tidak dapat dihayati atau dijiwai dan tidak dapat dirasakan di hati. Mereka mengatakan sifat 20 ini tidak mampu membawa manusia supaya merasa bertauhid atau membuatkan manusia berjiwa tauhid. Ia hanya mampu setakat membuatkan manusia itu berfikiran tauhid.


Orang yang berfikiran tauhid ini mungkin tauhidnya sah disisi agama. Tapi tauhidnya hanya di fikiran, belum dihati. Dia hanya tahu Tuhan tetapi tidak kenal dan tidak dapat perasaan berTuhan. Justeru itu dia tidak ada kekuatan untuk bermujahadah memperbaiki diri dan membersihkan hati. Dia selalu lupa dan alpa tentang Tuhan.
Berbeza dengan orang yang sudah menghayati tauhid atau orang yang berjiwa tauhid. Mereka ini sentiasa merasa berTuhan. Mereka sentiasa merasakan Allah itu wujud, melihat, mendengar dan mengetahui tentang hal mereka zahir dan batin. Mereka sentiasa merasakan kehebatan, kekuasaan, keagungan dan perkasanya Tuhan. Allah tidak lekang dari hati-hati mereka. Mereka ini digelar orang yang ‘aarif billah iaitu orang-orang yang betul-betul kenal Allah dengan hati dan perasaan mereka.


Sebenarnya kalau kita teliti apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak ini, memang ada kebenarannya. Namun kita tidak boleh mebuat pertimbangan tentang betul atau salah, berkesan atau tidak berkesannya pengajian tauhid melalui sifat 20 ini tanpa kita melihat dan mengambil kira tentang keadaan yang wujud di zaman Imam Abu Hassan Ashaari yang mengasaskan pengajian sifat 20 ini. Bukan Imam Abu Hassan Ashaari tidak mampu mengenengahkan bentuk ilmu tauhid yang lebih berkesan dan mendalam dari sifat 20 itu tetapi dia tertakluk kepada suasana dan keadaan di zamannya dan dia perlu menyesuaikan pendekatannya dengan suasana dan keadaan yang wujud di zamannya itu.
Imam Abu Hassan Ashaari adalah seorang mujaddid (orang yang memperbaharui agama atau reformis). Masalah utama yang dihadapi di zamannya ialah masalah kerosakan akidah umat Islam. Aqidah umat Islam ketika itu rata-rata telah dilanda kesesatan, dirosakkan dan diselewengkan oleh berbagai-bagai unsur dan fahaman yang wujud di waktu itu termasuklah fahaman Jabariah, Qadariah dan berbagai-bagai lagi fahaman yang dibawa oleh puak Muktazilah yang banyak bersandarkan kepada hujah akal. Ia sudah sampai ke tahap krisis yang sangat besar dan umat Islam ketika itu berhadapan dengan wabak kerosakan dan penyelewengan aqidah yang berleluasa.


Di waktu itu, soal penghayatan aqidah sudah menjadi perkara kecil dan orang yang mahu terlibat dengan usaha penghayatan aqidah ini tidaklah ramai. Soal utama ketika itu ialah untuk memelihara dan menyelamatkan aqidah orang ramai dan masyarakat umum supaya tidak tergelincir dan tidak dipengaruhi oleh fahaman-fahaman Muktazilah yang sesat. Inilah yang menjadi soal pokok dan soal utama di waktu itu yang mengatasi segala soal dan masalah yang lain. Inilah senario yang menjadi sebab munculnya sifat 20 ini.
Justeru itu kita lihat, sifat 20 ini, susunannya sungguh rapi, ringkas, mudah difahami, mantap dan walaupun hanya 20 sifat Tuhan yang diketengahkan, ia sudah mampu dan memadai untuk menangkis segala fahaman karut marut dan khurafat yang dibawa oleh fahaman-fahaman Jabariah, Qadariah dan Muktazilah. Kita dapat lihat bahawa sifat 20 ini mempunyai suatu kuasa keramat yang mampu memelihara aqidah umat Islam dan dapat memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menangkis segala serangan-serangan syaitan dan konco-konconya untuk merosakkan aqidah, meragukan dan menanam perasaan was-was dalam hati-hati umat.

Di sinilah letaknya kekuatan sifat 20 yang diajar oleh Imam Abu Hassan Ashaari ini. Ia sangat berkesan untuk menanam aqidah dalam fikiran manusia secara mudah dan ia sangat berkesan untuk mempertahankan aqidah manusia itu dari serangan-serangan yang boleh merosakkannya. Sifat 20 ini sebenarnya telah berjaya mencapai maksud yang dikehendaki oleh Imam Abu Hassan Ashaari dengan cemerlang dan jayanya. Umat Islam keseluruhannya harus bersyukur dan berterima kasih atas usaha Imam Abu Hassan Ashaari ini.
Soal mendalami, menghayati dan menjiwai ketauhidan itu adalah satu perkara yang lain. Sifat 20 adalah asas. Ia bukan untuk penghayatan dan penjiwaan ketauhidan ini, Allah akan menghantar mujaddid yang lain pula kepada kita. Kita hanya perlu mencarinya.

PERCIKAN MINDAMejar [R] Abu Dzaren TaharemPenerbitan Minda Ikhwan, BCH - Disember 2004

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ CeRmiN DiRi ~



Abdullah Gymnastiar dalam renungan "Cermin Diri"……

Tatkala kudatangi sebuah cerminTampak sesosok wajahYang telah kukenal dan sering kulihatNamun aneh………
Sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihatTatkala kutatap wajah….
Hatiku bertanya……..
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya?
Bersinar di surga sana?Ataukah………
Wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahannam
Tatkala ku tatap mata……Nanar hatiku bertanya…..
Mata inikah yang akan menatap penuh kelezatan dan kerinduan?
Menatap Allah..? menatap rasulullah..? menatap kekasih-kekasih Allah kelak…?Ataukah………..Mata ini yang akan terbeliak..melotot…menganga…terburai menatap neraka jahannam.?
Akankah mata yang penuh maksiat ini akan menyelamatkan…??
Wahai mata……….Apa gerangan yang kau tatap selama ini…….????????
Tatkala kutatap mulut…….Apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh kerinduan "Lailahaillallah"Saat sakaratul maut menjemput
Ataukah……..Menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur…
Mengeluarkan jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar……Ataukah….
Mulut ini menjadi pemakan buah jakun jahannam??
Yang getir, penghangus, penghancur setiap usus….
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang,,…..??
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan??
Berapa banyak hati yang remuk karena kata-katamu mengiris tajam..??
Berapa banyak kata-kata manis, semanis madu yang engkau ucapkan untuk menipu??
Betapa jarang engkau jujur…
Betapa jarangnya engkau syahdu, memohon agar tuhan mengampunimu….
Tatkala ku tatap tubuhku…..Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya?
Bersinar, bersuka cita??Bercengkerama di surga……?????
Ataukah……..Tubuh yang akan tercabik-cabik, hancur, mendidih di dalam lahar membara..??Terpasung tanpa ampun, derita yang tak pernah berakhir…
Wahai tubuh……..Berapa banyak maksiat yang engkau lakukan…??
Berapa banyak orang-orang yang kau dzalimi dengan tubuhmu……??/
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang kau tindas dengan kekuatanmu…??
Berapa banyak perindu pertolongan yang kau acuhkan padahal engkau mampu…??
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas..??/
Wahai tubuh…seperti apa gerangan isi hatimu.???
Segagah otot mu??Atau selemah daun-daun yang mudah rontok…..
Apakah hatimu seindah penampilanmu??Atau sebusuk kotoran-kotoranmu……
Betapa beda apa yang tampak di cermin dengan apa yang tersembunyi….
Aku telah tertipu……..Aku tertipu oleh topeng…..
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng belaka…
Betapa yang indah hanyalah topeng…
Sedangkan aku hanya seonggok sampah busuk yang terbungkus…
Aku tertipu…
Aku malu ya Allah………..Allah……..SELAMATKAN AKU…….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tudung Emak Kita Dulu Tudung Perempuan Kita Sekarang...

Sempena bulan merdeka ini marilah kita lihat perbezaan wanita bertudung. Yalah, setelah 48 tahun merdeka adakah ia bermakna kita lebih bebas berpakaian dan merosakkan imej bertudung di sisi agama?

MENGENANG tahun 80-an lalu, memang tidak ramai wanita bertudung. Bagi yang berani bertudung, terpaksa tabah melalui cabaran besar. Cabaran utama ialah menjadi bahan umpatan masyarakat. Paling popular waktu itu wanita bertudung dikatakan berkepala botak, menghadapi masalah rambut gugur. Wanita bertudung juga dikaitkan dengan hantu atau pengamal ilmu salah. Mungkin masih ada yang ingat fenomena hantu KUM-KUM!

Bertudung juga dituduh fanatik, sesat dan ketinggalan zaman. Begitulah kejahilan awal masyarakat tentang kewajiban menutup aurat. Rasanya sekarang tidak lagi. Namun bertudung waktu itu umpama pemelihara tingkah laku wanita secara tidak langsung.

Wanita bertudung waktu itu: (80-an - awal 90-an)

1. Terlalu sedikit jumlahnya.
2. Bertudung kerana sudah tahu hukum.
3. Lebih menjaga tingkah lakunya.
4. Jika dahulu dia bergaul bebas dengan lelaki, apabila sudah bertudung, dia mula menjaga tata susila lelaki dan perempuan mengikut Islam.
5. Memakai baju yang labuh dan longgar saja.
6. Tidak lagi menghadiri parti-parti harijadi yang pada zaman itu cukup popular dan menjadi arah aliran. Kebanyakan parti waktu itu lengkap mengundang band dan ada pesta tari menari.
7. Lebih cenderung mendalami ilmu Islam.
8. Tutur kata semakin lembut dan lunak, bibir tersenyum sebagai sedekah sesama muslim.
9. Wanita bertudung sangat dihormati lelaki. Hendak dekat pun mereka risau. Maruah wanita bertudung terlalu tinggi.
10. Amat menjaga solatnya.

Wanita bertudung alaf baru:

1. Terlalu ramai jumlahnya malah lebih ramai daripada yang tidak bertudung. Alhamdulillah!
2. Tetapi bertudung kerana ia uniform sekolah.
3. Tetap berfesyen sakan walau bertudung. Fesyen nampak perut dan seluar dalam juga tidak terkecuali. Prinsipnya, kepala mesti tutup, nampak buah dada atau montoknya punggung? Itu no hal!
4. Walau bertudung, tingkah laku seperti rockers dan terkinja-kinja menari ketika menyaksi konsert merdeka atau tahun baru bukanlah halangan. Ada yang siap dijulang-julang lagi oleh teman lelaki sewaktu menyaksi pertunjukan bunga api di KLCC.
5. Bukan mahram berpegangan tangan, berasmara di taman rekreasi juga perkara biasa bagi bwanita bertudung sekarang.
6. Lelaki pun tidak menghormati wanita bertudung lagi. Bukan setakat dekat, mereka bertepuk bertampar dengan wanita bertudung. Ramai yang berzina dengan wanita bertudung. Maruah wanita bertudung kini di tapak kaki.
7. Kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Bertudung mengikut mood dan majlis.
So pe pandanpat al-akh/al-ukht tentang masalah ini. Send kan komentar supaya kita sama2 dapat melakukan pengizzahan.
Ila LiQa MaaL sAlaMaH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:ReJab Oooooo ReJaB:
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana AllahS.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan kali ini kita menyorok fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
* Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
* Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan di lipat gandakan pahalanya.
* Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
* Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
* Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
* Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
* Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
* Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
* Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru"Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
* Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat dititian Siratul Mustaqim.
* Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
* Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
* Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
* Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah didalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah didalam syurga.
* Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
* Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
* Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa darijasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
* Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
* Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
* Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
* Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari,sekurang-kurangnya sebuku roti.Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab,diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah.S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan,Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulanRejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam(Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telahdi"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah keBaitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik keatas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku didalam satu malam sahaja.
Firman Allah SWT:"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram keMasjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daritanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah Al Israa': 1)
DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dantaat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya:"Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh AllahS.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::! Amboiiiiiiiiiii Pendek Skirt Pramugari...::






! Amboiiiiiiiiiii Pendek Skirt Pramugari...
Untuk senang bergerakkah? Atau itu kelebihan naik Airasia? Bagaimana kalau kecemasan...

KERANA tambangnya lebih murah daripada penerbangan lain, maka terbang bersama Airasia bagaikan pengangkutan rasmi kebanyakan kita. Sama ada perjalanan kerana bekerja atau bercuti, ke Sabah, Sarawak atau ke Indonesia, majoriti memilih Airasia. Ramai yang kata, biarlah bersempit sedikit, asal dapat menjimatkan wang. Lebih elok duit itu digunakan untuk shopping saja. Tiada salahnya berfikir begitu.

Dengan adanya pilihan, wajar kita mengucap tahniah kepada Airasia. Sekurang-kurangnya ada syarikat yang berniaga untuk untung saja, tidak seperti syarikat lain yang berniaga untuk untung dan mencekik darah sekaligus.

Kali ini saya nak menarik perhatian tentang Airasia, ingin menyentuh tentang uniform anak kapal wanitanya. Yang lelaki tiada masalah, hebat bergaya, kemas dan terpelihara segalanya. Namun kenapalah peramugari tidak dipelihara sama? Periharalah uniform mereka itu. Agaknya, ketika mencipta uniform itu, apakah kriteria yang diambil kira? Kalau mengambil pengiraan kami, seperti peramugara, peramugari juga perlu mengenakan pakaian sopan, kemas (cantik?) dan mudah bergerak dengannya. Bermakna hendak membongkok, menjengkit, menunduk, berjalan dan berlari, semua itu mudah dilakukan.

Mungkin ramai yang kata, dengan skirt pendek atas lutut dan ada belah 10 cm di tepinya, dikenakan pula dengan jaket merah yang sangat ketat, tiada masalah untuk membongkok, menjengkit, menunduk, berjalan dan berlari. Memang tiada masalah tetapi sebagai orang Malaysia, yang kebanyakan kakitangannya Melayu dan Islam, adalah lebih manis dan terpelihara jika tidak berskirt pendek begitu. Kami tidak mengatakan perlunya peramugari itu bertudung litup, berjubah atau berpurdah. Sekadar mengenakan jaket labuh longgar dan seluar longgar, tidakkah itu lebih praktikal. (Kalau bertudung lagi baik). Ditakdirkan berlaku kecemasan, bayangkan bagaimana peramugari mahu membantu menyelamatkan orang dengan skirt pendek berbelah begitu!

Dahulu pernah pakaian peramugari MAS ditegur, berkebaya dengan kain berbelah. Betul, pakaian itu melambangkan budaya negara namun di waktu sama, sebagai negara Islam, aspek itu tidak harus diketepikan di samping mengira praktikal kesesuaiannya. Sekadar mengguna corak batik sudah cukup melambangkan budaya kita, tidak kiralah rekaan bajunya bagaimana. Nah, di situ kita boleh mereka baju yang memelihara aurat wanita Muslim atau setidak-tidaknya yang lebih sopan. Kita 'kan negara Islam. Tidak perlu baju ketat menampak susuk tubuh dan terselak-selak pula kain belahannya!
Pramugari yang terlampau....
iLa LiQa Maal SalaMah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

! Mawi :- UstaZ YanG keCunDang :-




Mawi - 'ustaz' yang kecundang?
Jadi jangan terlebih cinta padanya. Taksub padanya bukanlah suatu penangan yang baik.
FENOMENA pengagungan Asmawi Ani peserta Akademi Fantasia 3 dan kemudiannya disms kan sebagai juara sepatutnya membimbangkan kita semua. Kita risau ketokohan Nawi dinobat sebagai idola Islam Hadhari. Difahamkan golongan agamawan kita pun jatuh hati dengan Mawi. Sebenarnya fenomena ini bukan tentang kebangkitan Mawi tetapi kebangkitan ekonomi rakyat Malaysia yang sudah berduit belaka. Mereka dikatakan membelanjakan RM50-RM1500 demi menghantar undian. Memang kita semua kaya-kaya sebab itulah kerajaan tidak teragak-agak menaikkan harga barang atau petrol.

Mengapa kita harus berbangga dengan Mawi SEDANGKAN:

1. Antara kelas yang disukai ialah kelas menari; kelas yang menggabungkan dia dengan bukan mahram dan mereka diajar tarian laga-laga badan dan laga-laga kaki. Dia terpaksakah? Atau mudahkah memaksa Nawi?

2. Tumpas kerana berpegang-pegang tangan dengan peserta wanita, menjulang dan pelbagai aktiviti sentuhan lainnya. Memanglah kelas tetapi ia kelas yang mengarut!

3. Sembahyang hajat untuk kemenangan Mawi oleh tunangnya. Ini pun merisaukan kita juga kerana fungsi sembahyang hajat dibuat tanpa mengira tujuannya. Apa sebenarnya perkara yang membenarkan kita sembahyang hajat dalam Islam? Sepatutnya tunang, orang agamawan dan peminat Mawi di luar sana sembahyang hajat supaya Mawi meninggalkan Akademi Fantasia, keluar daripada banglo atau dunia yang ada unsur-unsur maksiat di dalamnya; tari menari lelaki perempuan, pegang-pegang dan dicubit oleh guru perempuan, bukan mahram tu...
Tunang Mawi sepatutnya sembahyang hajat untuk Mawi kembali menjadi bilal, misalnya.

4. Mawi mungkin tidak hilang identiti mukmim tetapi dia dilihat terang-terangan oleh seluruh negara, identiti mukmimnya digoyah demikian rupa. Disuruh menari berpasangan, pegang tangan dan menjulang wanita, dia lakukan juga. Identiti Islam dipermainkan sedemikian rupa. Identiti Islam tidak dihormati dan Mawi tidak minta dikecualikan demi menegakkan prinsip dan ketakutannya pada Tuhan. (adakah dia pernah minta dikecualikan? jika ada sila nyatakan dalam komen)

5. Ada yang mengatakan Mawi dalam keadaan DARURAT kerana dia terikat dengan peraturan dan kehendak Astro. Ini juga merisaukan kita kerana darurat sekali lagi diletak sesuka hati, sesedap rasa oleh masyarakat demi membenarkan apa yang jelas tidak boleh dilakukan.

6. Menyebabkan orang Islamik pun keliru! Mawi diharapkan dapat berdakwah tetapi ini akan membangkit pelbagai kekeliruan lagi kerana dengan imej ustaz, innocent dan islamik, Mawi juga menunjukkan kegoyahannya yang suka dengan setiap aktiviti di akademi. Apakah dalam Islam kita boleh buat separuh-separuh? Separuh kebaikan dan separuh kejahatan. Siang membantu anak yatim dalam kerja-kerja amal dan malam berdangdut di kelab?

7. Masyarakat heboh mempertikaikan tentang profesional seorang penyanyi. Mesti kena pandai menari, pandai public relation, berkomunikasi, kawal suara dan paling penting jangan lupa lirik! Masyarakat lupa mempertikaikan profesionalisme sebagai seorang muslim seperti jaga batasan lelaki perempuan, tidak terikut budaya kafir, tidak membazir (masa dan wang) dan paling penting jangan lupa solat!
MaTlaMat TaK MenGhaLaLkAn CaRa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS