~ GeMa SyaWaL ::_1 SyaWaL ???_::
Sabtu, 13 Oktober 2007, akan menjadi hari raya Aidil Fitri di sebahagian besar Negara Islam. Itulah kesimpulan yang dikeluarkan berdasarkan perhitungan ilmu falak untuk beberapa negara seperti Mesir, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrein, beberapa Negara Eropah dan Amerika Utara. Berbeza di Arab Saudi, Algeria, Libya, Turki, meskipun juga berdasarkan ilmu falak, tanggal 1 Syawwal 1428 H jatuh pada hari Juma’at, 12 Oktober 2007. Untuk wilayah seperti Indonesia, Malaysia dan Afrika Selatan, hilal sudah terlihat pada hari Juma’at, 12 Oktober 2007.
Informasi di atas diperolehi dari Lembaga Islam Pemantau Hilal yang berpusat di Abu Dhabi. Disebutkan bahawa pada 13 Oktober merupakan hari pertama bulan Syawwal di sebahagian besar Negara Islam, berdasarkan ilmu falak. Di Mesir, DR. Shalah Muhammad Mahmud, Pengarah Institusi Kajian Ilmu Falak dan Geografi, berkata, “Berdasarkan perhitungan ilmu falak, hari pertama Aidil Fitri jatuh pada hari Sabtu 13 Oktober yang akan datang. Dengan demikian jumlah bilangan hari pada bulan Ramadhan tahun ini adalah 30 hari”.
Sementara itu di Sudan, Dr. Muawiyah Shadad, Ketua Pasukan Falak di Universiti Khortum menyebutkan bahawa hari Sabtu juga merupakan hari pertama Aidil Fitri, berdasarkan perhitungan ilmu Falak. Beliau juga menyatakan bahawa bulan Ramadhan tahun ini berjumlah 30 hari. Hal yang sama juga disampaikan oleh seorang ahli ilmu falak dan pensyarah fizik di Universiti Bahrain, Dr. Wahib Isa Nashir, menyatakan bahawa hari Sabtu merupakan hari pertama Aidil Fitri, berdasarkan keputusan yang pernah disepakati di Jeddah pada tahun 1998.
Namun demikian, di Palestin, Syaikh Muhammad Husein Mufti Al-Quds dan beberapa wilayah di sekitar Palestin mengatakan bahawa Hilal bulan Syawwal akan terjadi pada hari Khamis, bertepatan dengan tanggal 29 Ramadhan 1428 H. Sebagaimana di Arab Saudi, tokoh ilmu Falak Muhammad Raudhani berkata, Aidil Fitri jatuh pada hari Juma’at tanggal 12 Oktober 2007. Suara yang sama juga disampaikan oleh Pasukan Hilal yang berada di bawah Kementerian Urusan Agama dan Wakaf di Algeria.
Lajnah Islam Pemantau Hilal dalam keterangan yang disampaikan kepada Islamonline menyebutkan bahawa tanggal 13 Oktober merupakan hari pertama Aidil Fitri di sebahagian besar Negara Islam.
Namun begitu, disebutkan pula bagi Negara yang memulakan puasa pada hari Khamis maka pada hari Khamis tanggal 11 Oktober merupakan hari ke 29 Ramadhan, dan oleh itu, Aidil Fitri di tempat itu adalah hari Juma’at keesokan harinya. Hal ini disebutkan terjadi di sebahagian wilayah seperti di Indonesia, Malaysia, dan selatan Afrika, hilal boleh dilihat dengan mata secara langsung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: