~ aRtiKaL ~ ::_RaMadHaN,SeMaKin MeNinGgaLkaN KiTa_::
Dahulu sebelum kedatangannya, kita sering berdoa kepada Allah dengan penuh harapan, ‘allhumma balligna Ramadhan’, ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Satu doa yang di ajarkan nabi kepada para sahabat, tanda ketulusan hai seorang mu’min, menanti dan menunggu saat-saat manis untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan janji-janji rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.
"Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. " (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
"Segala amal kebaikan manusia adalah untuknya; satu kebaikan akan dibalas sepuluh hingga 700 kali-lipat. Allah SWT berfirman: "Kecuali puasa, karena ia adalah milikKu dan Aku pula yang akan membalasnya, ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya karena Aku." Ada dua kebahagiaan yang diperuntukkan bagi orang yang berpuasa; kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum bagi Allah daripada aroma minyak misik.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Ramadhan adalah bulan tarbiyah yang amat bermakna kepada para daie kerana pada saat-saat ramadhanlah mereka sentiasa berdampingan dengan Al-Quran dan bermunajat di malam hari merintih atas dosa dan maksiat yang di lakukan. Ramadhan yang sarat dengan kelebihannya, menyentuh hati mereka yang beriman untuk menolak dirinya ke medan memburu cinta dan kasih sayang Allah yang tidak pernah putus.
Tetapi ikhwah dan akhawat, itu beberapa lama lepas, yang kita janjikan untuk laksanakan sempena Ramadhan yang datang, peluang yang di sediakan Allah untuk hambanya, bukan untuknya kerana kita yang memerlukan Ramadhan. Bagaimanakah kedaan diri kita sekarang.
Sedar tidak sedar, Ramadhan semakin melewati kita dalam beberapa jarak masa lagi. Habis selang masa ini, mungkin atau tidak, wallaua’lam, kita terpaksa menanti 300 hari lagi untuk bertemu dengannya kembali dan mengulangi janji yang sama. Bagaimana iman kita sekarang, masihkan ada baki perasaan cintakan tangisan menghadap Allah, atau kita semakin larut dengan suasana dunia semasa, suasana dunia yang sering menghimpit kita.
Adakah jauh di lubuk hati, kita merasakan Ramadhan semakin ingin meninggalkan kita, atau semuanya sama sahaja? Rahmat agung yang melebihi 1000 malam, adakah masih berbekas didalam hati kita.
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Lailatul qadar terletak pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah ra yang berkata : “Sesungguhnya rasulullah apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan : “ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana lailatul qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan” (HR Bukhari dan Muslim).
“ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki” (HR Bukhari dan Muslim).
Ikhwah dan akhwat sekalian,
Saat-saat akhir itu semakin menghampiri kita dan ia amat dekat sekarang. Majulah untuk memburu keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada lagi yang lebih berharga dan bernilai melainkan rahmat dan maghfirah Allah kepada kita sepanjang hayat ini.
Bagaimana pula dengan usaha dakwah antum, menegakkan risalah Allah ini. Ramadhan semakin lewat pergi, saat di mana kebanyakan manusia cuba untuk menjadi abdi kepada Allah, tidakkah kita menggunakan peluang ini dengan sebaiknya?
Sebelum Ramadhan kali ini pergi, lihatlah sejauh manakah perkembangan dan improvement tarbiyah Ramadhan kali ini terhadap akhlak kita, mampukah ia menjadi daya penolka yang kuat untuk menempuh bulan-bulan seterusnya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: