~ aRtiKaL ~ ::_Hukum Brain Death Menurut Syara'_::

Para fuqaha masa kini berselisihan pendapat dalam masalah ini.Dikalangan mereka ada yang mengatakan bahawa orang yang mengalami mati otak dianggap mati, ada yang berpendapat masih belum mati akan tetapi berada dalam hayat al-mazbuh dan pendapat yang menganggap mati otak sebagai tanda kematian.

Pandangan Yang Tidak Menganggap Mati otak Sebagai Tanda Kematian

a) Syiekh Jad al-Haq Ali jad al-Haq ( mantan syiekh Al-azhar )

As-Syiekh menegaskan bahawa mati mengikut pandangan syarak ialah apabila berlakunya perpisahan antara roh dan jasad.Dengan keluarnya roh menyebabkan seluruh anggota luar dan dalam manusia terhenti.akan tetapi sebahagian dari anggota tubuh tidak menjadi matinya manusia.Bahkan dengan mati sebahagian dari anggota ini masih lagi manusia boleh bernafaz dan terdapat denyutan pada jantungnya.

Daripada pandangan syeikh Jad al-Haqjelas bahawa orang yang mengalami mati otak masih berjalan denyutan jantungnya.Dengan ini hidup orang yang mengalami mati otak adalah hidup mustaqirrah ataupun mestamirrah.

b) Majma’ al-feqh ( Robithah Alam Islami )

Dalam perbahasan tentang tajuk ini sebagaimana yang di bentangkan di Mekah (1408 hijrah ) harus mencabut defibrillator ( ajhizah in’ asy ) pada orang yang mengalami mati otak, bahkan mati otak tidakdi istilahkan sebagai punca utama kematian akan tetapi mestilah di lihat pada denyutan nadi dan jantung.

c) Dr Said Ramadhan Al-Buthi

Dalil yang muktamad untuk menetapkan kematian ialah terhentinya denyutan jantung nadi dan jantung tidak mampulagi untuk berfungsi.Akan tetapi mesti di lihat dari beberapa sudut seumpamanyaseseorang yang mengalami kematian dengan terkejut ( faj’ah ), maka mesti tunggu sehingga yakin akan kematiannya.Jadi, mati otak tidaklah di anggap sebagai dalil yang pasti ( dalil al-qat’ie ) pada hokum syarak yang menandakan seseorang telah mati walaupun ia di anggap dari sudut perubatan sebagai tanda utama kematian.

Daripada dalil yang dikemukakan oleh dr al-Buthi dapat dinyatakan bahawamati otak tidak boleh di anggap dari segi syarak sebagai mati kerana ukuran yang sebenar ialah bergantung pada terhentinya denyutan jantung dengan tidak lagi mampu berfungsi.Begitu juga ukuran yang mengatakan bahawa orang yang mengalami mati otak akan pasti mengalami kematian adalah mengikut kacamata ilmu perubatan dan bukan nas syarak.

PANDANGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA MATI OTAK TERMASUK HUKUM AL-MAZBUH

Sebagaimana tertulis dalam ketetapan nadwah al-hayat al- insaniah bidayatuha wa nihayatuha yang berlansung pada 24 Januari 1985 tentang perbincangan ini mengatakan : setelah dikaji dengan teliti oleh pakar perubatanbahawa orang yang telah diyakini mengalami mati otak sudah tidak mempunyai harapan lagi untuk hidup,oleh itu boleh di uruskan beberapa perkara yang berkaitan dengan kematian, adapun pengurusan terakhir yang melibatkan mandi, kafan dan pengkebumian hendaklah ditangguhkan sehingga yakin seluruh angota asas dalam badan mula tidak berfungsi. Keadaan ini diibaratkan seumpama orang yang mengalami hayat mazbuh.

PANDANGAN YANG MENGATAKAN MATI OTAK ADALAH SEBAB KEMATIAN

a) Dr Ahmad Syarafuddin

Beliau adalah antara orang yang pertama mengkaji tajuk ini dan membuat penilaian dari sudut hukum syarak.Beliau mengatakan bahawa orang yang mengalami mati otak adalah mati di sisi syarak.Beliau berpandangan lagi bahawa asas ketentuan hidup manusia boleh di nilai dari sudut manusia dapat merasai dan mempunyai kekuatan untuk berhubung dengan kehidupan didunia.Sudah pasti bagi orang yang mengalami mati otak tidak lagi mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk memandu anggota yang lain,dengan itu kehidupannya mula berakhir.

Daripada pandangan yang telah di kemukakan diatas seolah-olah Dr Ahmad menjadikan kemampuan dan kekuatan untuk berhubung dengan dunia luar adalah petanda kepada kehidupan seseorang, namun apabila di pandang dari sudut syarak, petanda kematian adalah bukan dengan sebab hilangnya deria sedar dan mempunyai kemampuan akan tetapi dengan keluar roh dari jasad manusia.

b) Majlis Majmak Feqh Islami

Fatwa yang dikeluarkan dalam muktamar ke-3 tahun 1986 bertarikh 3 julai 1986 menyatakan bahawa mati otak adalah di anggap mati di sisi syarak.Di sebut dalam fatwa akan berikut:-

~ Seseorang itu boleh di anggap mati dan boleh dijalankan penyelenggaraan mayat keatasnya apabila terhenti nafas dan jantungnya dari berfungsi beserta pakar perubatan telah bersepakat bahawa sudah tiada harapan lagi untuk hidup.

~ Seseorang itu boleh dianggap mati apabila telah mengalami kematian pada otaknya sekalipun jantungnya masih berdenyut dengan bantuan alat bantu oksigen serta pakar perubatan memutuskan bahawa sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup.

Islam telah menyatakan bahawa kematian berlaku apabila roh mula berpisah dari jasad manusia sebagaimana firman Allah maksudnya:-

Allah memegang jiwa (orang )ketika matinya dan ( memegang ) jiwa ( orang ) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa ( orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwayang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian ia terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir

Para ulamak kini mengkaji adakah mati otak juga boleh di samakan dengan keadaan roh keluar meninggalkan jasad.Manusia hanya mengetahui tanda-tanda luar ( zahir ) berlakunya kematian.Namun, dengan adanya alat-alat moden yang di cipta khas untuk merawat pesakit pada akhir ini membolehkan manusia mampun untuk merawat tanda-tanda kematian seseorang walaupun tanda-tanda yang disebutkan masih belum jelas.
Dari segi adat, apabila jantung seseorang itu sudah tidak berdenyut dan tidak lagi bernafas, maka beliau dianggap telah mati.Namun petanda initidak boleh di jadikan dalil pemutus berdasarkan sebab yang telah dikemukakan sebelum ini.Akan tetapi sekiranya seseorang mengalami mati otak maka ia merupakan petanda utama orang tersebut akan menemui ajalnya,ini berdasarkan kata sepakat yang di keluarkan oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan bahawa ia adalah the end of life ( nuqtah al-la audah ) yang akan menamatkan denyutan jantung dari berfungsi sejurus selepas ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

nurul said...

thanks for sharing such a good info =)