~ IsU ~ ::_Nikah Misyar, Syara’ & Adat_::
Masalah nikah Misyar hangat diperbincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini. Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra berhubungkait dengan isu ini.Saya ingin mengajak para pembaca untuk meneliti pandangan ulama Islam berhubung dengan masalah ini. Berikut adalah terjemahan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Darul Iftak Al-Misriyyah (Majlis fatwa Mesir) daripada teks asal dalam bahasa Arab yang diambil daripada web islamonline.net.
Terjemahan :
Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’.
Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:
1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.
2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.
Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A
Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)
Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang diberkati dengan kalimah Allah.
Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:
“ Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”
Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)
Melalui perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat ayat 56 hingga 58)
Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.
Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu: keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu.
Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:
1.Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)
Istilah Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.
2.Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)
Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.
3.Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.
Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.
Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU~ ::_PaK LaH YaNg BiaDaB!!!_::
Biadab,bodoh dan memalukan negara adalah kata-kata paling secocok untuk saya nyahkan pada Pak Lah dan tali barutnya. Tindakan kerajaan Malaysia yang menjemput Farouk Kaddoumi bekas menteri luar Palestin yang kalah dalam pilihanraya yang lepas dari parti Umno Palestin sebagai mewakili Kerajaan Hamas Palestin untuk memberikan ucaptama adalah menyalahi serta menghina kedaulatan nagara Palestin.
Bagaimana ini boleh berlaku? Apakah ada hubungan istimewa antara kerajaan Malaysia dengan bekas kerajaan FATAH yang ditolak oleh rakyat Palestin kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa secara berleluasa?Saya kira Kerajaan Malaysia perlu memohon maaf kepada Kerajaan HAMAS Palestin atas kesilapan yang sangat dikesali ini.Bagaimana Malaysia nak menjadi juara isu Palestin jika ia tidak dapat membezakan antara kerajaan yang sah dan yang tidak?
Pak Lah jangan nak jadikan Palestin seperti Umno di Malaysia yang bodoh benggang dalam mengamalkan sistem demokrasi.Sebagai contoh,apabila Umno kalah dalam pilihanraya di Kelantan dan Terengganu,apa yang rejim laknatullah ni buat?Wujud lah dwi-pentadbiran dalam sesuatu negeri,JKKK dan banyak lagi badan yang menjadi tali barut Umno yang pengecut serta tidak mengaku akan kekalahan dalam pilihanraya. Wang yang sepatutnya menjadi hak rakyat menjadi milik ketua Umno bahagian dan kepala pengatnya sahaja.Wang yang menjadi milik kerajaan negeri di agihkan kepada JKKK,apakah jadahnya ni?Ni lah yang di ajar Pak Lah kepada FATAH Palestin!!!
Sekarang Umno Palestin ni yang tak dapat menerima erti kekalahan serta penolakan rakyat membina pentadbiran kedua di Palestin.Angkatan keselamatan masih Umno Palestin nak kawal,huru-hara di semenanjung Gaza adalah angkara Gengstar Umno Palestin,FATAH.Saya menyeru wahai Pak Lah,jangan kacau politik negara orang jika kita tidak suka orang kacau politik negara kita..
Harakah Wed May 31, 06 11:09:30 AM....
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, sepatutnya Kerajaan Malaysia menghormati Kerajaan Palestin pimpinan Hamas yang dipilih rakyat secara demokratik dalam pilihan raya Januari lepas, sebagai wakil rasmi negara berkenaan.Menurutnya, apa yang berlaku jelas menunjukkan kegagalan Abdullah sebagai Pengerusi NAM dan Pengerusi OIC.
"Adalah amat memalukan apabila Menteri Luar Palestin, Mahmoud Zahar dan delegasinya bertindak memboikot sidang NAM apabila Farouk Kaddoumi turut diundang oleh kerajaan, tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip yang diamalkan oleh PBB," tegas beliau.
Semalam, Menteri Luar Palestin, menegaskan beliau dan delegasi kerajaan Hamas memboikot sidang khas NAM setelah Malaysia sebagai tuan rumah persidangan mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Farouk Khadoumi.
Zahar menyatakan, beliau kesal tindakan Malaysia sebagai Pengerusi NAM turut menjemput wakil PLO itu malah memberi kesempatan untuk berucap dalam persidangan semalam, sedangkan Farrouk bukanlah wakil kerajaan yang sah.
"Saya adalah Menteri Luar Palestin yang sah, yang dipilih secara sah melalui pilihan raya yang adil. Seharusnya saya yang mewakili kerajaan untuk berucap," katanya ketika menemui Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selepas beliau keluar dari sidang tersebut.
Dalam pilihan raya umum yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa Januari lepas, Pergerakan Hamas berjaya memenangi 76 daripada 132 kerusi Parlimen, sekaligus menewaskan kerajaan pimpinan Fatah yang diterajui oleh Presiden, Mahmoud Abas.
Menurut Ustaz Hadi, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar seharusnya bertanggungjawab apabila berlaku insiden memalukan dengan pengakuan Kaddoumi bahawa beliau adalah Menteri Luar Palestin dan wakil sah kerajaan mereka.
"Dari segi diplomatiknya, Abdullah dan Syed Hamid Albar (Menteri Luar) telah melakukan kesilapan yang besar yang bertentangan dengan norma demokrasi," tegas beliau.Beliau menegaskan, PAS bersama rakan-rakan NGO akan terus menyatakan sokongan terbuka kepada Kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan menggesa Malaysia menghormati kedaulatan negara dan mengiktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin sendiri.
Katanya, PAS akan meneruskan kempen Tabung Bantuan Selamatkan Kerajaan Hamas yang dilancarkan 13 Mei lepas dan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu rakyat Palestin.Menurutnya semua sumbangan yang diterima melalui PAS setakat ini sudah disalurkan ke Kerajaan Palestin.,khusus untuk membantu kebajikan rakyat, perubatan, bantuan anak-anak yatim serta pendidikan.Rakyat Palestin sekarang ini katanya, terpaksa berhadapan dengan boikot dan sekatan yang diterajui Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_PrOtEs KeNaIkan HaRga MiNyaK & LeTriK _::
Sekali lagi rakyat digegarkan dengan tindakan ganas dan kejam anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang menjadikan peserta perhimpunan aman membantah kenaikan minyak umpama haiwan.Seramai 18 aktivis termasuk dua wanita ditangkap dalam perhimpunan tersebut antaranya; Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Setiausaha DAP,Ronnie Liu; Timbalan Ketua Penerangan Pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shahrin; Zulkifli Nordin; AJK Lajnah Pengguna PAS Pusat, Wardah Abdullah dan aktivis keADILan,Nora.
Bantah kenaikan harga minyak, elektrik
Perhimpunan aman itu bermula jam 10 pagi di hadapan Dataran KLCC, dipengerusikan oleh Badrul Hisham dan diikuti dengan ucapan Ketua Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.Orang ramai mula berhimpun pada jam 9.30 pagi bagi melahirkan bantahan ekoran kenaikan harga minyak diikuti kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini.
Dalam ucapan itu Dr Hatta berkata, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak dan terkini diikuti pula dengan kenaikan tarif elektrik.Kata beliau,apabila harga minyak naik semua harga barang-barang ikut naik dan ini telah menjejaskan kehidupan rakyat terutama mereka yang bergaji kecil apatah lagi mereka yang tidak bergaji.Menurutnya, negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi tidak menaikkan harga sebaliknya kerajaan itu menurunkan harga apabila harga minyak dunia naik.
Tambah beliau, negara tersebut berkongsi keuntungan dengan rakyat contohnya harga 90 sen diturunkan menjadi 62 sen. "Harga minyak dunia naik sepatutnya rakyat memperolehi keuntungan dan tidak munasabah rakyat yang terpaksa menanggung," katanya.
Polis guna 'water cannon' pada orang ramai
Ketika Dr Hatta berucap, helikopter berpusing di atas kawasan perhimpunan sebanyak tiga kali dan serendah lima kaki. Beliau terpaksa menghentikan ucapan kerana ketika itu akibat angin bertiup kencang menyebabkan daun-daun kering berterbangan dan suasana bising.
Laungan `hidup-hidup, hidup rakyat, jatuh-jatuh harga minyak, turun-turun harga minyak, Pak Lah-pak Lah turun, Najib-Najib turun'. Laungan itu berterusan sehingga helikopter beredar daripada kawasan tersebut.Wakil mahasiswa, Lim Sok Swan turut mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak.
( Ustaz Nasharuddin sedang melihat kecederaan akibat dibelasah polis seperti yang dialami oleh salah seorang yang menyertai perhimpunan aman pagi tadi )
Pada jam 10.41 pagi pihak polis mula memberi amaran dan melaungkan perkataan;`Diminta perhimpunan dihentikan serta merta atau kami akan huraikan dengan kekerasan.'Ketika amaran diberikan wakil DAP, Ronnie Liu sedang berucap.
Sebanyak tiga kali amaran diberikan dan ketika Ronnie berucap dalam bahasa Mandarin tepat jam 10.46 pagi, trak `water cannon' mula membuat semburan air ke arah peserta protes.Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Presiden Jim, Zaid Kamaruddin; Badrul Hisham ; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Idris Ahmad dan peserta protes tidak berganjak dari tempat mereka membuat perhimpunan. Mereka hanya berganjak apabila anggota FRU menyerbu dan menangkap Salahuddin, Badrul Hisham, Ronnie Liu dan aktivis lain dengan keadaan mereka yang basah.
Zahir dibelasah di hadapan keluarga sendiri, orang ramai
Keganasan FRU tidak dapat disangkal apabila menangkap seorang peserta protes umpama menangkap seekor binatang buas. Lebih 15 orang menangkap seorang peserta protes.
Perlakuan ganas itu juga berlaku terhadap Timbalan Setiausaha Agung KeADILan, Zahir Hassan, yang ditangkap di tengah jalan raya dan dibelasah ketika beliau bersama isteri dan anaknya mahu menyeberang jalan menuju ke bangunan Avenue.Zahir dipukul di muka,di belakang badan dan (ketika berita ini ditulis) beliau sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan akan terus dibawa ke IPK, Jalan Hang Tuah.
Dalam kejadian tersebut, beberapa orang anggota FRU menarik Zahir keluar daripada kepungan isteri, anak dan peserta protes lain. Dua orang FRU memapah Zahir untuk terus ditahan.Sebelum itu, Ustaz Nasharudin, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad dikepung FRU dan dihalau supaya bersurai ketika FRU berlaku ganas terhadap peserta perhimpunan aman.
Ribuan orang berkumpul sejak 9.30 pagi untuk melahirkan bantahan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan hampir semua barangan keperluan harian dan tarif elektrik naik secara mendadak. Anggota FRU dan polis bersurai jam 11.25. Ketika mereka bersurai peserta protes melaungkan perkataan; "hidup rakyat, reformasi, FRU kaki pukul, FRU kaki pukul'.Ekoran tangkapan 18 orang peserta protes itu, perhimpunan aman akan tetap diadakan.
Protes diteruskan, laporan Suhakam dan polis akan dibuat
Menurut Dr Hatta, dijangkakan ini merupakan bantahan kenaikan harga minyak yang terakhir tetapi disebabkan tindakan ganas pihak berkuasa demonstrasi akan diteruskan.
Ustaz Nasharuddin yang ditemui selepas beliau dihalau oleh FRU kesal dengan tindakan zalim kerajaan yang di luar perikemanusiaan dan tidak menghormati suara rakyat yang mengadakan perbincangan secara aman. “Kita akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkenaan dengan tindakan zalim ini dan rakyat tengok sendiri bagaimana rakyat dipukul. Jika suruhanjaya yang ditubuhkan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kita akan buat laporan Polis," katanya.
Sementara itu Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kesal dan berkata, Penambahbaikan Suruhanjaya Polis Diraja Malasia tidak memberi kesan kepada kerajaan.“Saya sedih dengan tindakan zalim FRU yang mengganas sedangkan rakyat berhimpun secara aman untuk menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak,”katanya.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata, kerajaan hari ini gagal dalam menguruskan wang negara dan kerajaan seharusnya menurunkan harga minyak bukannya menangkap dan memukul rakyat.
Beliau mempersoalkan, jika kerajaan memberi alasan membatalkan jambatan bengkok kononnya protes daripada rakyat mengapa kerajaan tidak menurunkan harga minyak melalui protes yang dilakukan oleh rakyat.“Rakyat harus sedar dengan kuasa yang ada pada rakyat hutang Syarikat besar kepada TNB dipindahkan kepada rakyat sebab itu kerajaan tidak mengumumkan kenaikan takif elektrik pada waktu pilihan raya Sarawak kerana ia tahu kuasa rakyat boleh mengalahkan BN pada pilihanraya itu,”katanya.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat sedih dengan tindakan zalim kerajaan terhadap rakyat yang hanya menyuarakan pendapat tetapi sebaliknya dilayan macam binatang."Kemungkinan kita akan mengadakan lagi bantahan supaya kerajaan sedar akan suara yang ada pada rakyat,"katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_DiNaR EmaS KeLaNtaN,ImPiAn @ ReAliTi !!! _::
Kerajaan negeri Kelantan tetap akan melaksanakan cadangan penggunaan dinar emas dan dirham perak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak membenarkan negeri Kelantan mengeluarkan mata wang sendiri.
Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Kelantan akan menghantar Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakatnya, Datuk Husam Musa bertemu Perdana Menteri bagi memperjelaskan cadangan negeri itu mempraktikkan penggunaan dinar emas dan dirham perak. Tok Guru menjelaskan, pada pertemuan itu nanti Husam akan memperjelaskan secara terperinci mengenai cadangan tersebut dan diharap Kerajaan Pusat dapat memahami maksud sebenar penggunaan dinar dan dirham itu.
Kerajaan Kelantan akan menjadi negeri yang pertama memperkenalkan penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dalam tempoh tiga bulan lagi. Katanya pajak gadai berasaskan sistem Islam, Ar-Rahnu sebagai platform pertamanya menggunakan mata wang itu yang kemudiannya akan diperluaskan seperti membayar gaji kakitangan awamnya dengan mata wang tersebut sebagai satu simpanan tunai kepada kakitangan terbabit yang menyimpannya di bank tempatan berasaskan akaun emas.
Menurut Husam langkah itu tidak bertujuan menjadikan dinar dan dirham sebagai mata wang rasmi Kelantan dan kakitangan awam terbabit boleh memilih untuk menerima gaji dalam bentuk dinar atau pun ringgit seperti yang diamalkan sekarang.
Penggunaan dinar emas tidak akan dapat digugat oleh mana-mana mata wang termasuk dolar Amerika kerana emas adalah satu komoditi dan mempunyai harga yang sangat stabil, katanya. Kenyataan Husam itu bagaimanapun mendapat reaksi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pertama yang tidak membenarkan Kelantan mengeluarkan mata wang sendiri menggunakan dinar itu.
Sedutan daripada ucapan Dato' Husam Musa.
Seminar ini diadakan di atas impian Tuan Guru, Dato' Menteri Besar, untuk melihat sebuah bank berasaskan prinsip mudharabah yang walaupun impian ini memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan tetapi ini adalah sebuah impian YAB Menteri Besar dan insya-Allah pada suatu masa impian ini akan dilaksanakan sama seperti program-program yang telah kita laksanakan sebelum ini.
Allah SWT telah memberi izin kepada kita mencari keuntungan melalui jalan yang halal iaitu berjual beli yang sangat luas dan Allah mengharamkan riba. Dan telah menjadi satu cara Allah bila Dia on satu perkara dan off satu perkara tanpa Dia tidak memberi satu jalan keluar.
Riba kita tak perlu ulas kesan negatifnya kepada ekonomi dunia keseluruhannya, termasuk statistik -statistik dunia yang menunjukkan negara kurang maju yang meminjam dari negara maju berakhir dibelit oleh pinjaman-pinjaman yang besar.
Hari ini Amerika memerlukan pinjaman 2 billion US setiap hari untuk membiaya belanjawan defisitnya. Seluruh dunia tahu kita perlu keluar dari belitan riba tetapi dunia tidak mempunyai jawapan selain Islam yang memberi jawapan terhadap sistem ini, tetapi malangnya kuasa negara Islam yang sebenar telah runtuh dan oleh kerana itu kita dalam proses memulihkan semula, bukan sahaja kuasa pemerintahan, malah seluruh sistem yang telah diasaskan oleh Islam.
Apa yang telah digembar-gemburkan seperti proses globalisasi, free trade, sebenarnya pada zaman keemasan Islam telah pun di’globalise’kan oleh Islam. Pada waktu itu, mata wang tunggal ialah emas, yang dipanggil sebagai dinar diterima pakai di seluruh negara Islam. Oleh kerana itu, kita tidak ada masalah currency. Kita mempunyai single currency based on gold atau berasaskan emas.
Dan kita pada asasnya memiliki single citizenship yang tidak memerlukan batas-batas yang memerlukan visa ataupun pasport untuk memasuki mana-mana wilayah-wilayah Islam yang luas bahkan di luar wilayah Islam.
Sebab itu, wujud Jalan Sutera dan perdagangan laut sehingga ke kepulauan Maluku. Maluku adalah berasal dari root bahasa Arab al-Mulk atau al-Malik, yang kemudiannya menjadi Maluku, sebagai simbol Islam menguasai jalan perdagangan ini dan kebebasan perdagangan telah berlaku pada waktu itu.
Dan kemudiannya hanya apabila Islam runtuh, penjajah-penjajah telah memperkenalkan sempadan-sempadan berasaskan Negara Bangsa atau Nation State. Dan pada waktu itu, diperkenalkan visa yang kadang-kadang hendak memasuki negara Islam dengan negara Islam yang lain memerlukan 14 hari permohonan visa yang menghalang secara automatik pergerakan perdagangan bebas dan kemudian diperkenalkan mata wang berasaskan negara bangsa tersebut yang telah membataskan lagi kelancaran perdagangan bebas pada waktu itu bagi membolehkan penjajah menguasai perdagangan dunia.
Oleh kerana itu, sebenarnya, globalisasi dari satu segi sebenarnya adalah satu kebangkitan Islam yang universal, yang akan memulihkan semula perdagangan bebas sebenar, yang adil dan saksama kepada masyarakat dunia. Dan dalam konteks ini, kita memerlukan pemulihan currency kita iaitu dinar yang berasaskan pada emas, dan perak iaitu dirham. Dalam sistem kewangan Islam, bagi memastikan tidak ada unsur riba, wang itu sendiri mestilah mata wang yang sebenar.
Bukan satu issuance paper money, keluaran wang kertas yang kemudiannya diperakukan sebagai gambaran nilai yang sebenarnya adalah satu ilusi. Oleh kerana itu, saya yakin kita memerlukan pemulihan penggunaan mata wang kita. Satu masa, pada peringkat kerajaan kita seolah-olah seakan-akan sudah memahami kepentingan dinar dan dirham. Dinar ialah 4.3 gram emas iaitu ukuran yang telah ditetapkan pada Zaman Saidina Umar al-Khattab dan dirham ialah 7 gram perak. Dan satu dinar bersamaan 7 keping dirham.
Tetapi kemudian, selepas pertukaran perdana menteri baru, tajuk ini telah lenyap. Kerajaan Kelantan Alhamdullilah atas arahan YAB Tuan Guru telah mengambil inisiatif mengadakan satu jawatan kuasa untuk memulakan penggunaan dinar dan dirham melalui outlet ar-Rahn yang telah kita tubuhkan.
Suka saya memberikan sedikit latar belakang kepada kepentingan ar-Rahn dalam sistem kewangan negeri Kelantan. Saya masih ingat di Jalan Sultan Ibrahim suatu masa dahulu ada beberapa kedai pajak gadai di situ yang sentiasa dikerumuni oleh orang Islam. Dan kedai pajak gadai ini mengasaskan perniagaaan mereka pada; pertama, interest di mana barangan yang ditukarkan sebagai pajakan dikenakan interest yang sangat tinggi, lebih kurang sistem along sekarang.
Yang kedua, mengenakan penilaian yang sangat rendah, misal kata barang seribu, dinilaikan sebanyak 300 ringgit dan dikenakan pinjaman tiga ratus ringgit, dikenakan interest yang sangat tinggi yang menyebabkan akhirnya yang menggadai tidak mampu untuk menebusnya yang akhirnya menyebabkan sebahagian harta orang Islam ditelan oleh sistem ini.
Hanya apabila YAB Tuan Guru pada waktu itu menjadi Menteri Besar dan atas bantuan Dato’ Hj. Halim yang ketika itu Timbalan Menteri Besar telah menyusun satu sistem ar-Rahn ini dan sehingga hari ini, kita telah mengeluarkan pinjaman atau aliran keluar masuk wang berjumlah 500 juta ringgit.
Dan ini membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah dalam bentuk gadaian barang kemas mereka yang tidak dikenakan interest, kita tukar kepada sistem bayaran simpanan, dan tidak ada sistem lesapan dan dengan penilaian yang sebenar. Dan ini telah berjaya menyelamatkan kewangan masyarakaat Islam Kelantan, tetapi lebih penting daripada itu, pada pendapat saya ialah melalui ar-Rahn telah memperkukuhkan sistem simpanan nilai rakyat Kelantan dalam bentuk emas.
Ini yang penting sekali kerana emas sahaja yang boleh menentang inflasi ataupun emas dan perak yang mempunyai nilai di atas dirinya sendiri dapat menentang inflasi.
Misalnya, dalam tahun 2005 emas di peringkat antarabangsa telah meningkat 30% sedangkan mata wang dolar telah merosot lebih besar daripada itu. Jika kita menyimpan wang di bank sekalipun, walaupun kita mendapat interest, ia ditelan oleh inflasi yang terus meningkat dan kejatuhan matawang kertas. Dan jalan yang paling selamat ialah kita simpan dalam bentuk Emas. Dan satu daripada bentuk emas itu ialah dalam bentuk kepingan yang dipanggil dinar.
Insya-Allah apabila persiapan ini selesai, kita akan memulakan peringkat yang paling awal, paling kecil sekali dengan menjadikan ar-Rahn sebagai outlet menjual dan membeli dinar. Dan Insya Allah kemudiannya kita boleh kembangkan untuk memberikan pilihan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan untuk menerima gaji mereka sama ada dalam bentuk ringgit sebahagiannya, dan sebahagian lagi dalam bentuk dinar. Dan dengan itu, memerlukan bank-bank yang mempunyai simpanan wang emas.
Walaupun hari ini, keseluruhannya bank Islam tidak mempunyai akaun ini, tetapi saya yakin apabila sistem ini kita mulakan, bank dengan sendirinya memerlukan pembukaan akaun dalam bentuk emas yang akan kita gunakan dalam unit Dinar dan Dirham.
Dari sini, mungkin kita boleh perkembangkan lagi menjadikan sebahagian daripada bayaran yang diterima oleh kerajaan seperti premium pembalakan, sebahagiannya secara opsyen dibayar dalam bentuk dinar dan dengan sendirinya kita dapat memberikan satu simpanan nilai yang berkembang mengikut kadar inflasi sesebuah negara.
Insya-Allah perkara ini dalam proses, dan atas hasrat YAB Tuan Guru juga, kita telah berbincang dengan beberapa bank tempatan untuk memulakan satu akaun amanah bagi membolehkan rakyat Kelantan khususnya dapat melabur dalam akaun amanah ini untuk kita majukan beberapa projek dalam negeri Kelantan seperti pembangunan Bandar Baru Tunjong di mana pengambilan tanah sedang berlaku dan rakyat yang mempunyai wang dari jualan tanah mereka dan kita galakkan mereka melabur dalam akaun amanah ini untuk dilaburkan semula dalam bentuk pembangunan harta tanah di bandar tersebut.
Atas dua tiga konsep ini, kita berharap kita memulakan langkah utama lagi praktikal kepada dinar dan dirham,dan InsyaAllah pada suatu masa kita akan dapat menggantikan peranan US Dolar atau Euro pada masa akan datang. Di peringkat kerajaan Malaysia, saya ingat yang boleh mereka lakukan secara immediate ialah untuk membolehkan untuk jamaah haji diberikan satu kad online yang mencatitkan milik keping dinar mereka miliki sebagai deposit haji dan mereka boleh “cash”kan dinar ini di Arab Saudi dengan tidak memerlukan lagi conversion kepada dollar.
Saya berharap pada persidangan ini cita-cita YAB Tuan Guru untuk merealisasikan sebuah bank yang benar-benar berasaskan mudharabah dengan bantuan rakan-rakan kita sebagai panelis dan yang terakhir sekali saya difahamkan walaupun kita sudah memulakan sistem perbankan Islam agak alam tetapi dari segi regulation yang mengawal perbankan Islam saya difahamkan sesetengah bankers bahawa banyak lagi regulasi yang tidak memberikan invironment yang kondusif bagi bank-bank Islam berkembang selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang sebenar, bahkan saya difahamkan beberapa produk bank Islam pada keseluruhannya masih perlu dikaji.
Kita berharap kerajaan Malaysia tidak statik dalam isu regulation perbankan Islam. Mesti dinamik bukan sahaja perbankan Islam itu mesti berkembang tetapi peraturan-peraturan yang mengawasinya dan memberikan ruang hidup untuk perbankan Islam ini mesti diberikan nafas yang dinamik untuk dipertingkatkan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dan dengan itu, barulah bank Islam dapat akhirnya benar-benar menjadi Islamic Banking, bukan hanya pada namanya. Hanya dengan itu, kita dapat lipat-gandakan kekuatan kewangan umat Islam.
Adakah impian murni Kerajaan Negeri Kelantan untuk memperkenalkan matawang Islam berjaya di realisasikan,sama-sama kita doakan agar segala perancangan yang di atur dapat berjalan lancar dan dapat di laksanakan dengan segera, insyaAllah.
::_Membangun Bersama Islam, Kelantan Negeri Islam_::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ExaM ~ ::_JaDuAl ImTiHan Syariah SemeSteR 2_::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ExAm ~ ::_KeLeBiHan PeNunTut IlMu_::
Islam merupakan agama samawi yang memberikan perhatian yang cukup tinggi terhadap ilmu pengetahuan, bahkan ia juga menyeru dan meransang umatnya serta memberi kedu dukan yang tinggi bagi sesiapa yang melibatkan diri dengan ilmu pengetahuan. Bagi sesiapa yang pernah menyelidiki agama-agama sebelum kelahiran Islam atau membaca kitab-kitab suci mereka, maka bertambahlah kepercayaan pengkaji tersebut terhadap keagungan dan kemurnian Islam dalam perkara ini.
Sekiranya anda membaca kitab suci agama Kristian (Perjanjian lama atau baru), retina mata anda hampir-hampir tidak akan bersua dengan kalimah-kalimah seperti akal, fikiran, perhati, dalil, ilmu, hikmah ataupun pecahan daripada kalimah-kalimah ini dan seumpamanya.
Para pengkaji al-Quran telah merumuskan beberapa penemuan kajian mereka berkaitan dengan aspek ilmu dan pengetahuan ini, sebagaimana yang tertera pada jadual di bawah:

Kalimah Sebutan
::_Ilmu ::_80 kali
::_Akal ::_Ratussan kali
::_Kata terbitan kalimah ilmu ::_49 kali
::_alBab (yang berakal) ::_16
::_Nuha (akal) ::_2
::_Fikir dan kata terbitannya ::_18
::_Faqih dan kata terbitannya ::_21
::_Hikmah ::_20
::_Dalil
::_7

Malah banyak lagi kalimah yang boleh disamakan dengan kalimah ilmu seperti ‘lihatlah’, ‘perhatikanlah’.
Jika diperhatikan pula dalam sunnah Rasulullah, kita dapati para ulama telah menyusun dengan baik setiap kupasan ilmu mengikut bab dan bahagian masing-masing di dalam kitab mereka. Terdapat bahagian khusus berkaitan dengan ilmu seperti ‘Kitabul Ilmi’ dan ‘Kitabul Thaharah’.
Terdapat begitu banyak hadis yang dibicarakan dalam bab ilmu ini termasuklah 30 buah hadis yang dmuatkan di dalam kitab hadith Sahih Bukhari, begitu juga di dalam kitab ulamak hadis yang lain seumpama Kitab karangan Ibnu Muhammad bin Sulaiman yang menghimpunkan 150 buah hadis dalam kitab ilmu.
Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi hadis yang berkaitan dengan ilmu tetapi tidak diletakkan dalam bab ilmu seperti hadith yang berkaitan dengan urusan dunia yang diserahkan kepada umat Islam untuk menguruskanya.
Dengan pendedahan ini menunjukkan bahawa Islam tidak menolak ilmu dan pengetahuan, bahkan Islam amat menyanjung tinggi penuntut ilmu dan penyebar ilmu. Terdapat banyak hadith Nabi s.a.w dan ayat Al-Quran yang menerangkan kelebihan ilmu dan kedudukan ulamak di sisi Allah dan manusia, di dunia atau akhirat.
Firman Allah SWT:
“Katakanlah: Adakah sama orang–orang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang- orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang- orang yang berakal sempurna.” [Azzumar:9].
Firman Allah SWT:
“Allah menerangkan (kepada makhluknya dengan dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan yang yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian ), tiada Tuhan (yang berhak di sembah ) melaikan Dia, yang Maha Kuasa lagi Bijaksana.” [Ali Imran:18]
Betapa jelas, Allah meletakkan orang yang berilmu di tempat ketiga yang menyaksikan keesaan Allah selepas para malaikatnya. Ini menunjukkan betapa besar dan tingginya kedudukan orang berilmu di sisi Allah.
Allah SWT berfirman lagi bagi menunjukan kemuliaan orang yang berilmu:
“Sebenarnya orang yang menaruh takut dan bimbang (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.” [Faatir:28]
Takut merupakan buah kepada makrifah, sesiapa yang mengenali Allah, maka dia akan takut kepadaNya dengan sebenar-benar takut. Manakala mereka yang jahil tentang ketuhanan Allah, mereka tidak takut kepadaNya, seumpama seorang kanak-kanak yang memegang bara api sehingga melecur tangannya kerana tidak tahu apa yang dipegang olehnya.
Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang menuntut, menjaga dan menyebar ilmu kerana Allah. Bukan itu sahaja, Islam menyatakan juga mereka yang terlibat dengan ilmu ini lebih baik dan mulia daripada melakukan ibadah seribu rakaat solat sunat dan ganjaran pahala mereka juga sama dengan mereka yang keluar berjihad di jalan Allah SWT.

Kondisi kita kini selaku penuntut ilmu di sebuah institusi Islam tertua di dunia, Al-Azhar yang merupakan benteng dan tembok Islam di waktu ini merupakan satu keberuntungan. Al Azhar memelihara warisan ilmu-ilmu Islam disamping memberi pengetahuan dan ilmu semasa kepada penuntutnya. Para pensyarah, tenaga pengajar dan ulama dari universiti ini menjadi rujukan di seluruh dunia. Tidakkah kita berasa bertuah dapat menuntut di pusat pengajian ini?
Semestinya tanggungjawab untuk belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh, meng’ilmamkan’ apa yang dipelajari seterusnya mengamal dan menyebarkan ilmu yang telah dikuasai dapat kita hayati. Tanggungjawab ini lebih terasa dan memang perlu berasa demikian kerana ilmu yang kita pelajari ini adalah ilmu Agama Islam yang berteraskan warisan ilmu Islam sejak zaman- berzaman.
Sekiranya diperhatikan kepada hukum Fardhu Kifayah, di kalangan ummat Islam mestilah ada seorang ‘alim’ yang dapat menyelesaikan permasalahan mereka dalam perkara akhirat mahupun dunia. Jarak yang ditentukan oleh para ulama ialah sejauh 2 marhalah mesti ada seorang ‘alim’ yang dapat menjalankan tugas ini.
Sempena imtihan yang bakal menjelang ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali tujuan kita belajar di Al-Azhar ini, disamping memikir dan membincangkan bagaimana kaedah yang terbaik untuk memantapkan penguasaan ilmu kita. Khazanah ilmu inilah yang menjadi bekalan sewaktu kita bergelanggang dalama arena dakwah di tanahair kelak. Bersabarlah seketika dalam menuntut ilmu di usia muda. Peluang seperti ini tidak akan berulang untuk kali yang keduanya seumur hidup manusia.

Imam Syafi’e pernah bersyair:
Sesiapa tidak mahu merasai kepahitan belajar yang seketika cuma # ia akan meneguk kehinaan jahil di sepanjang kehidupannya.
Sesiapa yang luput mempelajari ilmu di waktu muda # Maka bertakbirlah empat kali (sebagai simbolik) di atas kewafatannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtIkaL ~ ::_TM PeMaNgKin KeCeMeRlaNgan UmAt_::
Martabat dan maruah umat akhir-akhir ini dipudarkan oleh berbagai faktor. Ada yang berpunca daripada kelemahan akidah kerana kejahilan dan kurang komitmen. Ada pula yang disebabkan oleh fahaman dan amalan kebendaan yang begitu menguasai kehidupan mereka. Selain daripada itu, sistem perundangan kemanusiaan yang lemah serta sistem sekular dan liberal tidak kurang juga dipersalahkan.
Kepudaran martabat itu juga disebabkan oleh dasar politik yang korup, nepotisme, kronisme dan sebagainya. Dasar penyiaran langit terbuka dan media massa yang membuka ruang seluas-luasnya untuk penyerangan budaya asing terhadap jatidiri dan fitrah umat. Dasar ekonomi kapitalis dan liberalis, kepimpinan yang sukar dicontohi, kekurangan keupayaan ulama dan wadah mereka kerana kelemahan dalaman dan penindasan golongan sekular, trend globalisasi kuasa besar yang memaksakan sistem dan nilai-nilai mereka kepada umat Islam, semuanya menjadi halangan untuk melonjakkan digniti, kualiti dan martabat umat Islam.
Menyedari faktor-faktor penghambat kemajuan dan kecemerlangan umat itu begitu banyak maka usaha untuk mengembalikan kegemilangan maruah mereka bukan suatu perkara yang mudah. Ia melibatkan berbagai aspek kehidupan, prasarana dan mekanisme. Ia berkaitan dengan konsep mental, budaya, pendidikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Sains, teknologi dan tekologi maklumat adalah salah satu pemangkin kepada usaha-usaha tersebut.
Pengertian Teknologi Maklumat
Teknologi Maklumat(TM) pula bila dilihat dari perspektif proses boleh diertikan sebagai satu proses dan teknologi bersepadu untuk memperolehi, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam bentuk suara (voice), gambar (imej/grafik), teks dan angka dengan menggunakan alat-alat elektronik. Teras kepada perkembangan TM adalah teknologi elektronik, komputer dan komunikasi. Ianya boleh dalam bentuk sehala atau dua hala serta boleh dalam bentuk sebaran umum atau dikhususkan kepada pihak tertentu sahaja. TM menjadi alat untuk sebaran am, bantuan dalam mempercepatkan proses dan penghubung antara dua pihak atau lebih.
Ringkasnya TM adalah merupakan satu mekanisme atau cara interaksi (perhubungan) antara manusia dengan manusia, manusia dengan mesin serta manusia dengan alam. Beberapa komponen yang berkaitan dengan TM dan perhubungan berkomputer adalah rangkaian pengangkutan maklumat asas, perisian dan peralatan telekomunikasi atau penerimapancar (transceiver). Secara keseluruhannya, TM tidaklah terhad kepada pencapaian internet dan multimedia sahaja kerana penggunaannya melibatkan urusan dalam semua bidang.
Teknologi Maklumat dan Dimensi Pembangunan Kecemerlangan Ummah
Kemerlangan membawa maksud pencapaian yang paling tinggi dan membanggakan dalam berbagai lapangan hidup. Dari sudut matlamat pendidikan manusia alaf baru maka umat perlu cemerlang dalam berbagai lapangan berikut:
Kemahiran dan keupayaan akademik:
1. Kemahiran menulis untuk memungkinkan individu berkomunikasi secara berkesan.
2. Kemahiran membaca dan memahami.
3. Kemahiran matematik, logik dan berfikir
4. Metedologi pengetahuan ilmiah merangkum sains gunaan
5. Kemahiran menggunakan komputer dan peralatan teknologi lain.
6. Daya penggunaan yang berkesan terhadap prasarana teknologi untuk meraih maklumat dan menggarapinya.
7. Keupayaan membuat kajian dan menafsirkan maklumat serta mengaplikasikannya
8. Mengatahui sejarah nasional dan sistem pemerintahan dalam masyarakat untuk dapat berperanan dengan jayanya dalam masyarakat Islam yang demokratik.
9. Mengenal sejarah dunia dan isu-isu antarabangsa.
10. Memahami geografi dunia
11. Menguasai beberapa bahasa asing.
Kemahiran Individual dan (Jama’i )
1. Kemahiran perhubungan lisan dan tulisan
2. Kemahiranberfikir secara kritis, berhujjah dan menyelesaikan masalah.
3. Keupayaan mengawal diri, bertindak secara bertanggungjawab, beriltizam dengan prinsip-prinsip akhlak.
4. Keupayaan menyesuaikan diri dan bersifat anjal
5. Kemahiran berinteraksi secara kritis dan bertanggungjawab dengan orang lain; samada dalam bertutur atau mendengar, di samping keupayaan untuk bertindak sebagai individu dalam kumpulan .
6. Menghargai titikpeluh usaha, memahami etika kerja, keperluan penglibatan individu dan memiliki disiplin kendiri yang baik
7. Prihatin terhadap kehidupan (optimistik terhadap kehidupan) di samping mempunyai matlamat pembelajaran sepanjang hayat.
Kemahiran dan Keupayaan Madani:
1. Menyedari dan menghargai kepelbagaian dan kemajmukan budaya di samping keperluan menanggapi sesuatu dari perspektif internasional dan Islamic.
2. Kemahiran berunding dan menyelesaikan pertikaian.
3. Menghargai sifat amanah dan mengamalkannya.
4. Boleh bersefahaman dan menghargai orang lain di samping menghargai kepelbagaian dan perbezaan yang wujud.
5. Keupayaan memikul tanggungjawab atas tindakan yang dilakukan.Dan lain-lain.
Kemerlangan juga amat berkait dengan konsep umat yang berkualiti khasnya dalam lapangan pekerjaan. Kualiti atau mutu pula bermula dari peringkat idea atau wawasan, konsep dan falsafah. Ini adalah kerana pemikiran, idea dan falsafah itulah yang menerbitkan tindakan luaran serta budaya. Pemikiran yang paling tinggi ialah pemikiran yang lahir dari sumber yang paling tinggi iaitu wahyu Allah s.w.t. Manakala wawasan yang paling unggul ialah wawasan yang berasaskan kepada iman dan tauhid.
Kualiti dalam bidang pekerjaan atau perkhidmatan merangkum ciri-ciri yang berikut:
1- Nilai atau martabat sesuatu konsep atau wawasan yang tinggi.
2- Nilai Productivity yang baik.
3- Perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan.
4- Prasana perkhidmatan yang canggih.
5- Persekitaran kerja yang sihat dan ceria.
6- Akhlak dan etika penjawat yang sopan dan mulia. Dan lain-lain.
Untuk lebih menjurus maka perbincangan dalam kertas ini akan menyorot beberapa kerangka Pembangunan Kecemerlangan Ummah yang boleh dilonjakkan oleh Teknologi Maklumat. Ia merangkum tajuk-tajuk kecil seperti berikut:
• TM dan Pembangunan Akidah
• TM dan Pembangunan Pendidikan
• TM dan Perkhidmatan Masyarakat
• TM dan Pengekangan fahaman dan amalan kebendaan
• TM dan Pembenterasan fahaman sekularisme
• TM dan Reformasi Sistem Politik
• TM dan Pemurniaan Media Massa
• TM dan Penampilan Sistem Ekonomi Islam
• TM dan Penyerlahan Kepimpinan Islam Contoh
• TM dan Peningkatan Keupayaan Ulama
• TM dan Usha Pencorakan Faham Ilmu Serta Mensejagatkan Wawasan Islam
TM dan Pembangunan Akidah
Teknologi Maklumat dengan segala kelebihannya membolehkan penggunaan kepelbagaian deria manusia dirangsang dan digerakkan dalam proses pembelajaran. Deria-deria tersebut digerakkan ke arah membangun domain batiniyyah agar tercapai martabat ubudiah yang tinggi kepada Allah. Ia berupaya menggilap potensi dalaman manusia untuk melaksanakan fungsi sebagai Khalifah Allah di muka bumi. TM dengan ilmu dan maklumat dalam bentuk suara (voice), gambar (imej/grafik), teks dan maklumat berangka (numeric) serta rangkaian jaringannya memungkinkan sesuatu yang unik dalam sejarah peradaban manusia terutamanya dalam kesedaran beraqidah.
Sumber-sumber internet seperti halaman web http://www.flash.net/~royal/home.html, http://www.islam101.com/dawah/islam_intro0.html dan http://www.unn.ac.uk/societies/islamic/quran/naeindex.htm boleh membantu pengajaran guru dalam bidang tauhid atau akidah. Selain dari itu CD Rom yang mengandungi perisian akidah seperti “Azamatullah Tatajalla Fi Khalqihi”, Asas-Asas Didikan Islam, juga dapat mengukuhkan lagi pengajaran guru. Pembelajaran secara on-line seperti yang disediakan oleh Islam101.com dan Universiti-Universiti Maya atau Siber juga memudahkan para pelajar mempelajari tauhid dan ilmu-ilmu Islam secara berterusan.
TM dan Pembangunan Pendidikan
Pendidikan sering dilihat sebagai agen perubahan. Melalui Teknologi Maklumat, agenda perubahan masyarakat akan lebih cepat dan meluas fokus capaiannya. Manakala dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, ia membantu tahap penguasaan ilmu, kemahiran dan juga proses penghayatan(sekiranya benar cara pelaksanaannya). Peralatan teknologi maklumat komunikasi membekalkan kemampuan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampai data maklumat dan ilmu secara pantas dan tepat.
Ini dapat dilihat di dalam internet dan aplikasinya, perkakasan multimedia, hypermedia dan lain-lain di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan penggunaan teknologi ini memperkembangkan potensi dan kemahiran pelajar di dalam menguasai ilmu, menyusun maklumat dan juga menyelidik fakta spesifik secara pantas dan efektif. Belajar secara pantas, tepat dan efektif adalah satu keutamaan umat Islam yang perlu dicapai. Prof. Dr. Mohd Kamal Hasan dalam bukunya "Moral and Ethical Issues in Human Resources Development" mengatakan "the ability to learn faster than your competitors maybe the only sustainable competitive advantage".
TM dan pembelajaran Bestari merupakan satu keperluan dalam sistem pendidikan abad ini. Proses pembelajaran dan pengajaran bestari seharusnya direalisasikan dalam budaya sekolah masa kini.
Dalam sebuah kelas yang bercirikan Teknologi Maklumat, persekitaran elektroniknya membantu proses pendidikan(pengajaran dan pembelajaran). Kelas tersebut secara umumnya disokong oleh kombinasi elemen-elemen berikut:
1. pengkalan komputer untuk pengajar/guru
2. sistem multimedia yang berkeupayaan mempersembahkan pelbagai jenis informasi seperti teks, data, grafik, animasi, audio dan video
3. pengkalan data pendidikan di dalam kelas
4. komputer bagi para pelajar
5. suatu rangkaian jaringan tempatan(LAN) dan jaringan kawasan luas(WAN) yang membolehkan komunikasi di antara komputer dan pengkalan data komputer; perkongsian imej dan bahan
6. suatu sistem yang menyediakan kemudahan penyimpanan, perkongsian dan penghantaran dokumen dan data
7. suatu sistem komunikasi yang menghubungkan kelas kepada sumber pendidikan di luar kelas.
Teknologi Maklumat dalam pendidikan telah memainkan peranan yang lebih luas dari sekadar merubah suasana kelas atau sekolah. Ia memungkinkan pembelajaran dari jarak jauh, pencapaian khazanah ilmu dari pelayan atau server yang berkapasiti tinggi, membeli-belah secara on-line dan sebagainya.
TM dan Perkhidmatan Masyarakat
Terdapat berbagai ruang perkhidmatan dalam masyarakat yang boleh ditingkatkan kemudahan dan penggunaannya melalui aplikasi teknologi maklumat . Kita kini mempunyai tele-medicin , tele-info, tele-kuiz dan berbagai lagi tele. Kita juga akan mengorakkan langkah untuk merealisasi 7 flagship yang telah digariskan oleh pehak-pehak yang bertanggongjawab.
Sudah tentu hal-hal tersebut akan membawa banyak perubahan dalam amalan kehidupan umat. Kendatipun demikian umat Islam harus waspada dan cermat agar tidak terjebak dalam perangkap penjajahan bentuk baru yang akan menghakis keupayaan, kekayaan dan jatidiri mereka secara eletronik dan digital.
Mereka hendaklah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi untuk dapat mengatasi berbagai kerenah abad 21; dari masalah mellinium bagnya sampailah kepada masaalah jenayah kolar putih, biru dan sebagainya. Kaedah kebaikan telah meningkat maju dan canggih dan demikian juga halnya dengan kaedah keburukan. Ia ikut meningkat dengan berbagai teknik baru yang menghasilkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada indibidu, masyarakat dan kerajaan.
TM dan Pengekangan fahaman dan amalan kebendaan
Melalui talian ekonomi digital, credit card atau kad pintar homepage dan sebagainya manusia moden mencari kekayaan dengan cara yang amat mudah dan pantas. Budaya kepenggunaan yang negatif meresap masuk dalam masyarakat umat Islam.
Perniagaan elektronik menjangkau berbilion-bilion ringgit. Umat Islam mula belajar hidup bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan kebendaan. Dalam masa yang sama berbagai program tv digital, dari seluruh pelosok dunia yang boleh dicapai dengan mudah secara plug-in atau secara download dan lain-lain menyebabkan kebanjiran budaya hedonisme dan menularnya gejala lepak, perbualan kosong dan jenayah internet.
Bagaimanakah fahaman ini dapat dikekang dan bagaimana penyiaran dan pendidikan boleh ditingkatkan sehingga masyarakat siber dan umat Islam umumnya lebih bijak dan terdidik untuk melindungi jatidiri atau fitrah Islamiah mereka di samping bijak pula dalam berbelanja. Inilah yang mesti dijawab dan diusahakan oleh kaum bijak pandai IT Islam dan kerajaan.
TM dan Pembenterasan fahaman sekularisme
Faham sekularisme sudah cukup lama bercokol, mencengkam dan menghantui negara-negara umat Islam. Ada negara yang menyingkirkan Islam seluruhnya dari menjadi asas kebijaksanaan politik negara berkenaan. Ada negara yang membatasi pengaruh ajaran Islam dengan had-had tertentu.
Ada pula yang membiarkan beberapa sistem atau aplikasi ajaran Islam berjalan seiring dengan sistem sekular. Namun Islam terus dihimpit oleh fahaman-fahaman ini dalam berbagai negara umat Islam. Bagaimana TM boleh menyerlahkan kebatilan fahaman dan amalan seperti ini dalam masyarakat umat Islam.
Bagaimana pula umat Islam melalui TM boleh diajak kembali kepada ajaran Islam yang syumul dan tuntas samada melalui tv digital, multimedia, internet, informasi, telekomunikasi dan sebagainya. Inilah soalan yang meminta jawapan yang mendesak.
TM dan Reformasi Sistem Politik
Menjelang alaf baru arus reformasi melanda beberapa buah negara Islam. Ia adalah suatu yang lumrah dalam kehidupan bangsa dan umat yang dinamis. Kebobrokan sistem politik nepotisme, korup, dan mengamalkan dasar ekonomi kronisme dan keburukan dasar politik diktator dan amalan kepura-puraan memang perlu ditamatkan segera untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Isu-isu mengenai keadilan politik bukan suatu yang tidak berkaitan dengan Teknologi Maklumat bahkan ia amat kait mengait. Kerapkali kegawatan sosial serta kejatuhan ekonomi disebabkan oleh kemelut politik dan dasar politik yang tidak lagi sesuai dengan tatacara yang adil dan tuntutan aspirasi rakyat. Oleh itu apa jua usaha dan mekanisme perlulah diarahkan untuk menangani permasaalahan ini.
Bagaimanakah pula TM boleh mengembangkan kesedaran Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menyebarluaskan semangat untuk melakukan perubahan untuk membela nasib majoriti yang tertindas, menyampaikan maklumat dan hakikat yang selalu disembunyikan oleh penguasa sekular dan regim diktator di negara mereka, bagaimanakah kualiti sistem sosio-politik dalam masyarakat boleh ditingkatkan, inilah persoalan yang perlu dijawab oleh khalayak yang menguasai teknologi maklumat dalam rangka meraih kecemerlangan hidup.
TM dan Pemurnian Media Massa
Alat penjajahan budaya, dan pemusnahan semangat perjuangan Islam yang berkesan pada zaman ini antara lain ialah media massa. 33 saluran tv, berpuluh saluran radio, institusi perfileman, akhbar , majalah dan sebagainya telah lama menjadi agen sosialisasi yang kerap bercanggah dengan cita-cita dan idealisme Islam.
Segala kekarutan, filem maksiat, persembahan seni yang lagha dan lahu, drama yang merendahkan martabat alim ulama, sukan yang melalai dan mengasyikkan orang ramai, komentar-komentar dan makalah-makalah yang memihak kepada kebatilan, berita-berita yang menindas dan memperkecil-kecilkan perjuangan Islam adalah disalurkan melalui media massa. Walaupun tidak dinafikan ada perkara-perkara yang positif disiarkan melalui media massa namun pada umumnya perkara-perkara yang negatif mengatasi perkara yang positif.
Oleh itu mampukah TM membetulkan perkara ini . Mampukah ia menyaring dan melakukan reformasi total tanpa reformasi fahaman , dasar dan sistem penyiaran negara. Jika ia mampu berbuat demikian maka itu adalah salah satu langkah untuk meraih kecemerlangan umat.
TM dan Penampilan Sistem Ekonomi Islam
Sistem ekonomi dunia kini didominasi oleh sistem liberal, kapitalis. Sistem ini dilandaskan kepada riba, spekulasi, monopoli, pasaran bebas yang dimonitor secara halus dan lihai oleh para spekulator, pemegang dana dan pemodal-pemodal besar antara bangsa. Sistem ini sejajar dengan fahaman meterialisme yang menjana dan memperkukuh kuasa imprialisme sejagat. Sistem tersebut juga dapat memanfaatkan TM dan mengeluarkan aplikasi canggih untuk kelicinan dan kelangsungan hayatnya.
Dengan itu manusia yang bercokol disebaliknya dapat memporakperandakan ekonomi negara-negara dunia ketiga dan dunia Islam khasnya. Mampukah TM menjelaskan perkara ini secara meluas dan berkesan dikalangan umat Islam khasnya.
Mampukah TM merumus dan menyebarluaskan fahaman dan sistem ekonomi, sistem monetary, fiscal policy alternatif untuk umat Islam. Yang lebih penting berdayakah TM untuk menolak umat Islam agar mengalihkan paradigma ekonomi mereka kepada paradigma ekonomi Islam supaya mereka dapat membebaskan diri dari kongkongan dasar dan sistem kapitalis Barat.
TM dan Penyerlahan Kepimpinan Islam Contoh
Role model kepimpinan yang paling unggul bagi umat ialah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Baginda adalah pemimpin yang memperjuangkan dasar Islam yang syumul dan prihatin terhadap kebajikan rakyat. Baginda bukan pejuang nasionalist, pancasilais, kamalis atau sosialis. Baginda adalah pejuang Islam tulin. Baginda tidak memperjuangkan Islam dengan mengharamkannya. Baginda tidak mendakwa moderate dengan penyingkiran sistem undang-undang Islam dan hukum hudud!. Baginda tidak memperjuangkan selain dasar dan fahaman Islam.
Mampukah TM menyerlahkan hakikat ini. Berdayakan TM menonjolkan wadah perjuangan dan figure kepimpinan Islam yang sebenarnya yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Mampukah TM mendedahkan kepalsuan kepimpinan duniawi yang fanatik, boros, dan kronis. Mampukah ia menjana kepimpinan baru Islam yang tidak mudah keliru dan tidak mudah pula menjadi alat kepada penguasa sekular menumpaskan perjuangan Islam?.
Andaikata ia berupaya ia berbuat demikian maka itu bermakna kita sudah mengorak selangkah lagi dan maju ke arah meraih kecemerlangan umat.
TM dan Peningkatan keupayaan ulama
Selain daripada itu usaha meningkatkan martabat umat berkaitan sekali dengan peningkatan kualiti ulama. Ini adalah kerana ulama sebagai pemimpin umat diperingkat grassroot dan juga diperingkat atasan. Mereka mewakili wawasan yang dibawa oleh Rasulullah. Oleh itu mereka hendaklah diberi persiapan yang kukuh untuk menghadapi berbagai cabaran dalam abad-abad yang akan datang.
Mereka perlu ditrampilkan dalam berbagai aplikasi dalam bidang teknologi maklumat. Dengan keupayaan ilmiah dalam berbagai ilmu Islam disamping penguasaan yang baik terhadap teknologi informasi terkini ulama dapat memainkan peranan yang jauh lebih berkesan dari rakan sebaya mereka yang tidak mendapat pendedahan sewajarnya dalam bidang TM.
Para ulama perlu diiktiraf dan diberi status dan martabat yang layak bagi mereka. Amalan menjatuhkan nama baik dan maruah mereka kerana hal-hal yang remeh, perlu dibenteras. Mereka perlu diberi hak untuk bergiat cergas dalam mencorakkan arus sosio-politik negara. Mereka mewarisi perjuangan Rasulullah, penggilap jatidiri umat dan benteng dari gelombang murtad yang mengancam generasi muda dan tua umat Islam.
TM dan usaha mencorakkan fahaman ilmu dan mengglobalkan wawasan Islam
Penjajahan budaya, ekonomi, ketenteraan, teknologi dan sebagainya bermula dari penjajahan konsep budaya, falsafah dan faham ilmu. Fahaman kebaratan dan memandang remeh saranan agama dalam hal-hal seperti ini telah melembagakan insititusi keilmuan dan budaya yang sekular dan menyimpang jauh dari lunas-lunas Islam.
Institusi-institusi ini pula melehirkan anak didik dan kader-kader baru yang menatar fahaman yang serba kebendaan tersebut. Ini menimbulkan konflik yang berlarutan dalam diri umat Islam itu sendiri.
Dengan itu berlakulah perpecahan dan peperangan sesama sendiri dengan diapi-apikan pula oleh kuasa penjajah dan zeonist yang suka melihat umat Islam lemah dan berpecahbelah. Oleh itu dalam rangka mengukuhkan perpaduan umat Islam usaha menjernihkan minda umat dari fahaman yang serba kebaratan dan kebendaan perlu dikembangkan dan disebarkan oleh TM milik kita.
Umat Islam perlu juga mengembangkan perspektif Islam dalam bidang ilmu pengetahuan ini agar nilai-nilai Islam yang unggul dan universal dapat mengukuh dan dapat disebarluaskan ke seluruh pelusuk dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ ::_BeRbAkTi KePaDa iBu BaPa SeNiLai BeRjiHad_::
Kita kerap mendengar keluhan dan rungutan anak yang kurang sabar menjaga ibu bapa mereka yang uzur. Beban kerja di pejabat, urusan membina rumah tangga dan mendidik anak menjadi tekanan bagi mereka. Apalagi jika ditambah dengan tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tua.
Jika ditanya pada generasi yang hidup pada zaman moden ini terhadap suatu pilihan, adakah mereka suka hidup serumah dengan ibu bapa atau berpisah - mungkin kebanyakan mereka memilih untuk berpisah daripada bercampur serumah dengan ibu bapa atau mentua. Tidak salah jika mereka mempunyai keinginan untuk hidup mandiri. Tetapi, yang menjadi masalah adalah bagaimana jika ibu bapa kita telah uzur dan perlukan penjagaan dan perhatian anaknya.
Sesiapa saja yang menerima kehadiran ibu bapa di dalam rumah mereka tentu memerlukan kekuatan dan kekentalan jiwa iaitu 'kesabaran'. Kita hendaklah sentiasa ingat kepada ganjaran yang Allah berikan sebagai balasannya. Untuk memastikan niat itu sentiasa terjaga dalam batas ikhlas kerana Allah, eloklah diperhatikan beberapa panduan untuk mendapatkan kekuatan dalaman bagi memelihara ibu bapanya yang uzur.
Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.
Tangan yang membelai dengan penuh kasih, pandangan mata yang menghantar sinar kegembiraan, kata-kata yang manis dan wajah yang reda lahir dari hati yang ikhlas. Begitulah gambaran ideal adab seorang anak. Tunjukkan kepada anak kita begitulah cara melayan orang tua. Kelak mereka akan terbiasa dengan ajaran itu.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan." (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)
Tetapi, jika layanan buruk yang diberi, rungutan dan kesalan yang selalu didengar, adakah kita bersedia menerima perlakuan yang sama seperti itu daripada anak kita sendiri nanti? Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba-Nya. Jika tidak dibalas di dunia, pasti di akhirat balasan akan diterima.
Yakin dengan pahala daripada Allah.
Kedudukan ibadat yang paling tinggi di sisi Allah adalah tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Adakah anda tahu ibadat apakah yang kedudukannya sama tinggi dengan yang pertama dalam pandangan Allah ini?
Semaklah firman Allah yang mafhumnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan mengatakan kepada mereka (perkataan kasar) sekalipun perkataan: "Ha" dan janganlah engkau menengking dan menerjah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Surah al-Isra', ayat 23)
Ibnu Abbas menerangkan: “Sesungguhnya ada tiga ayat dalam al-Quran yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain dari sudut kewajipan mengamalkannya. Pertama adalah perintah taat kepada Allah dan taat kepada Rasul, kedua-duanya tidak boleh dipisah, mesti dilakukan bersama-sama dalam mentaatinya. Kedua perintah dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Ketiga adalah perintah bersyukur kepada Allah dan bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa. Kedua-duanya mesti dilaksanakan bersama tidak boleh dipisah. Bersyukur kepada Allah tetapi tidak bersyukur kepada ibu bapa, ia tidak akan diterima Allah.
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)
Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu.
Sentiasa ingat ancaman kepada si penderhaka.
Ancaman pertama adalah berdosa seperti orang yang menyekutukan Allah SWT. Hal ini disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: "Mahukah sekiranya aku menyebutkan kepadamu mengenai sebesar-besarnya dosa besar? Iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ancaman kedua adalah haram baginya syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebajikan dan orang yang ketagih minuman keras." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ancaman ketiga adalah doa ibu bapa tiada hijab antaranya dengan Allah SWT. Jika mereka berasa dikhianati oleh anak-anak atau tidak dipedulikan sehingga membuat mereka marah dan sakit hati, apa-apa saja ucapan yang keluar dari mulut kedua-duanya yang berupa kekesalan akan didengar Allah dan apa-apa permintaan akan dimakbulkan-Nya.
Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah)
Hanya rahmat Allah saja yang menguatkan hati kita untuk bersikap sayang dan kasih kepada keduanya. Sesiapa yang telah dicabut rahmat Allah dari dadanya, dia akan melupakan kedua orang yang paling berjasa dalam hidupnya tanpa rasa bersalah!
INTI PATI
  • Yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.
  • Yakin dengan pahala daripada Allah.
  • Sentiasa ingat ancaman kepada si penderhaka.
  • Hanya rahmat Allah saja yang menguatkan hati kita untuk bersikap sayang dan kasih kepada keduaduanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_ IkHtiLaT!!!_::
Ikhtilat merupakan satu masalah yang sering ditimbulkan tanpa ada penghujungnya, secara umumnya ia di ta’rifkan sebagai percampuran antara lelaki dan wanita walaupun mereka adalah bersaudara. Dalam menjelaskan ikhtilat ulamak menjelaskan bahawa ianya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Ianya boleh berlaku samada di tempat sunyi atau terbuka yang mana kesannya boleh membuka ruang untuk benih-benih penzinaan bercambah di dalam masyarakat.
Namun pada hari ini ikhtilat tidak dirasakan sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang agamawan, ia seolah-oleh sudahpun menjadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan hidup berpasang-pasangan merupakan satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan sahaja kepada manusia bahkan haiwan juga dijadikan secara berpasang-pasangan. Namun begitu ianya dipagari syariat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.
Dalam permasalahan ini bukanlah bermaksud lelaki dan wanita itu tidak boleh bercampur antara satu sama lain bahkan ianya hendaklah berlandaskan syariat kerana muamalah di antara kedua-duanya merupakan tuntutan kehidupan.
Suasana dan biah kita di sini juga nampaknya tidak dapat lari daripada ikhtilat di antara ikhwah dan akhawat terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam persatuan. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk mengatasinya? Adakah kita perlu menghalang percampuran tersebut seterusnya membubarkan persatuan yang ada kerana ia adalah punca kepada ikhtilat atau bagaimana?.
Tidak dinafikan, tugas dalam persatuan menuntut kita untuk berhubung antara satu sama lain, namun begitu batasan syarak wajib dijaga dengan sempurna agar tidak tertewas dengan pujukan syaitan dan runtunan hawa nafsu.
Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala:
Yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.
Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.
Firmah Allah Taala:
Yang bermaksud:
“Wahai nabi, suruhlah isteri-ister mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.
Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.
Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku pelajar agama lebih-lebih lagi pelajar Al-Azhar.
Jalan penyelesaian telah jelas di hadapan mata, kerana kita semua adalah orang berakal, jangan mencari helah dan alasan untuk meninggalkan arahan syariat yang telah nyata. Teruskanlah beramal dengan tuntutan tersebut dan juga iringi amalan dengan landasan sebenar dan mengikut biah yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W dan syariat Islam.
Wahai sahabat-sahabat, insafilah diri, tepuk dada tanya iman, bukannya tepuk dada tanya selera kerana selera sememangnya sinonim dengan hawa nafsu. Justeru itu, bersamalah kita mengorak langkah mencari kebenaran berlandaskan syariat dan menghidupkan semula tuntutan sunnah bukannya beriringan menuju tuntutan kemodenan dunia yang jauh melencong dari jalan yang benar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTikAl ~ ::_JaMaAh MeNgUnDaNg RaHmAh_::
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puja dan puji hanya selayak untukNya Rabbul Izzati. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad al-Mustofa penyudah sekalian para nabi dan rasul, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, tabiit tabi’ein dan seterusnya kepada para pejuang yang terus thabat dan istiqomah dalam meneruskan gerakan Dakwah Islamiah di seantero persada ini.
Sesungguhnya Islam adalah satu cara hidup yang mampu dilaksanakan oleh manusia dalam ruang lingkup yang ada pada dirinya. Kenyataan ini telah diperkukuhkan lagi oleh al-Marhum Syed Quth dalam salah sebuah kitab karangan beliau yang berjudul “Hadha Ad-Deen” (Islam sebagai satu sistem yang praktis sangat mengambil kira sifat-sifat kemanusian yang ada pada manusia).
Allah Taala telah berfirman:
Yang bermaksud : “pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu akan agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu jadi agama bagimu”.
Ayat ini jelas mununjukkan kepada semua umat Muhammad bahawa Syariat Islamiah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W telah lengkap dan sempurna mencakupi segala bidang serta bertepatan dengan peredaran zaman. Maka bagi sesiapa yang menyatakan Islam itu jumud atau tidak sesuai untuk generasi abad ini adalah salah dan terpesong jauh dari landasan hakiki.
Thomas Carlyle, ahli falsafah Inggeris yang termasyhur telah menyatakan:
“Islam that we must submit to god, that our whole strength lies in resigned submission to him, whatsoever he to do us. For this world and for the other. The thing he sends to us, were it death and worse than denth shall be god”
(Islam itu adalah bahawa kita harus menyerah kepada Allah. Seluruh kekuatan kita adalah terletak dalam penyerahan yang sepenuhnya hanya kepadaNya, biar bagaimanapun juga Dia berbuat terhadap kita. Baik untuk di dunia ini mahupun di akhirat. Segala yang disampaikanNya kepada kita yang berupa maut atau lebih buruk dari maut, semuanya itu adalah kebaikanNya, adalah yang terbaik kita menyerah sepenuhnya kepada Allah). Ketahuilah bahawa ini adalah satu-satunya peradaban yang hakiki untuk setiap hamba Allah.
Namun demikian sahabat dan sahabiah seperjuangan, telah sempurnakah Islam kita di ketika ini dengan kedudukan jamaah kita yang kian goyah? Bila disebut sahaja kalimah ini tentu sahaja masih ada di kalangan kita yang menjuruskannya kepada solat berjamaah semata-mata atau satu cara hidup yang cuba mengongkong kebebasan hidup insani dengan pelbagai manhaj yang telah disusun atur. Tetapi mesej budaya jamaah yang ingin disampaikan di ruangan ini adalah menfokuskan kepada konsep kesatuan atau kebersamaan kita dalam menghadapi mehnah jua tribulasi yang datang melanda tanpa belas kasihan.
Allah telah memberi peringatan kepada kita agar bersatu melalui firmanNya:
Yang bermaksud:
“berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (agama Allah) dan janganlah kamu berpecah belah”.
Begitulah juga pesan Sandina Umar Al-Khattab R.A buat bekalan hidup kita “
Tiada Islam tanpa Jamaah. Tiada Jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa taat.
Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah, seharusnyalah kita selaku tolibul ilmi ma’ruf dengan terperincinya berkenaan dengan budaya jamaah yang ingin dipupuk sesama kita oleh pihak yang berwajib dengan berlandaskan al-Quran dan Sunnah tanpa sekelumit pun rasa ragu. Cubalah kita buka minda, bangkitlah dari lena yang panjang, betapa Islam sekarang kian diperkotak-katikkan dan amat memerlukan kepada pembelaan dari para pejuangnya.
Andainya bukan kita siapa lagi yang akan mara kehadapan sebagai pejuang bagi menebus maruah Islam yang kian dirobek oleh tangan-tangan mereka yang telah dikuasai oleh syaitan laknatullah.
Dr. Umar Sulaiman al-Ashqar telah menyatakan bahawa antara punca kemunduran umat Islam adalah melalui perpecahan samada dari sudut aqidah, perundangan mahupun politik. Jika kita tinjau dengan teliti, pernyataan tersebut telah benar-benar berlaku dalam politik kemahasiswaan di bumi anbia’ ini. Betapa perpecahan ahli semakin membarah hinggakan ada segolongan dari kita yang sanggup menjadi gunting dalam lipatan dengan menggadaikan maruah diri semata-mata kerana maddiyah jua sikap ketidakpuasan hati.
Andainya kita seorang yang berhikmah, seharusnya setiap keputusan yang diambil adalah diasaskan dengan pemikiran positif. Segala tindakan yang dipandu oleh hawa nafsu pasti akan membuahkan risiko negatif yang bakal ditempuhi walaupun hadirnya tanpa diundang. Muhasabahkanlah diri, betapa natijah yang terhasil nanti bukan hanya untuk individu tertentu malah tempiasnya akan menular kepada kita semua.
Firman Allah Taala:
Yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat balasannya, dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebarat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula”.
Cukuplah dengan peristiwa berdarah Uhud sebagai pengiktibaran untuk diimbas kembali segala kesilapan kita. Kemenangan tidak mungkin akan tercapai dengan hanya niat yang baik atau bersandarkan golongan yang bergelar Islam semata. Bilamana tentera Islam cuai dan telah mengabaikan arahan serta penyusunan yang ditetapkan Rasulullah S.A.W, maka kekalahan telah menjadi milik mereka walaupun pada awalnya telahpun di ambang kemenangan. Begitulah jua yang berlaku di kalangan kita andai tiada wala’ kepada pimpinan.
Firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam satu barisan teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”.
Ayat ini cukup jelas kepada kita, bahawa di antara sifat oarang yang dicintai Allah Taala adalah sifat berjuang di jalanNya dalam satu kesatuan atau “bil jamaah”.

Justeru itu, marilah sama-sama kita bersatu bagi menatijahkan suatu kejayaan yang terbaik di samping Rahmat Allah Pencipta Sekalian Alam.
Sebagaimana FirmanNya:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka”.
Setelah kita menyedari bahawa kita tidak dapat lari daripada mehnah hidup di dunia ini, perlulah kita bersabar dalam menghadapinya serta sentiasa mengharap bantuan daripada Allah. Berusaha sedaya mungkin untuk merubah ‘dunia kelam’ yang kita cipta sebelum ini agar kembali sirna. Jangan sekali-kali berputus asa daripada Rahmat Allah.
Orang yang memutuskan harapan daripada pertolongan Allah merupakan orang yang tak mahu bersandar kepada kekuasaaan Allah. Jangan mudah terpedaya dengan kemewahan dunia yang ditaburkan, kerana itu semua hanya mengaburi mata kita agar terpesong dari landasan yang hakiki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS