~*~ Ratu Hati Sepanjang Hayat ~*~

Baca cerita nie buat pedoman......dari sahabat kita.. (forward email)
Hmm..yang ni berlaku masa I ikut pre-marriage coursemasa kat U dulu after bbrp siri ceramah..adalah satuslot dimana kitorg kena ikut group yang dipanggilusrah untuk berbincang psl marriage ni ngan 1 speakerfor each group so macam biasa..kitorg pun ikutlahusrah ni.. dapat sorg speaker lelaki (member semuapompuan).. kategori hensemler juga hehe but of coursedah kawin(waaa).
So dia ni ceritakan pengalaman dia membina rumahtanggabahagia ngan wifedia. He said.. apa yg buatkan dia saaaaaaaaaaaaaaayangsangat ngan isteri dia ni dan respect her sebab wifedia ni pandai amik hati dirinya dan mentua (mak bapaksuami).. sampaikan parents dia lagi mcm sygkan wifedia ni compared to him.. wife dia ni sorg doctor mmgslalu bz..sampaikan ada night call.. but isteri diasentiasa pastikan kebajikan suami dia terjaga..makanminum suami, wife yg sediakan.. manakala pembanturumah sediakan untuk anak-anak keperluan lainnya..pakaian.. isteri gak yg cuba sediakan (iron andprepare for example).. pendek kata.. tugas as wife..dia cuba mainkan even si isteri ni sibuk manjanggggPastu kekdg wife kuar awal g keje.. Hubby dia bangunjer, wife dah takde.. tp pastu.. mesti wife diatinggalkan notes yg melekat tu (lupa pla namanya notestu hehe)..kekdg hari ni lekat kat cermin so hubbyjumpa masa nak shave.. takpun hari lain.. kat dlmkasut hubby yg wife dia dah sediakan.. atau dlmlipatan baju yg dah disterika..and notes ni mcm biasaberisi.. perkataan sayang dan semua words cintan2belaka.. tu yg meruntun hati suami tu.. and bertambahsayangnya tu..
kitorg ahli usrah yg mendengar mmgternganga jeles rasanya terhadap wife dia yang amatdisayangi tu.. Mmg tinggi menggunung our speaker pujiwife dia..bestnyer!Beberapa hari after that.. course pun mmg dah habispun baruler kitaorg ahli2 usrah tahu.. sebenarnya..wife kpd our speaker tu dah meninggal dunia 3 tahunlalu sebab accident bersama sorg lagi anak diorg.Sedihnyaaaaaaaaa! Tapi nampak our speaker redha dgnpemergiaan siisteri dan susah nak cari penggantisampaikan masa usrah takde seorg pun boley mengagakorg yang dia ceritakan ni dah meninggal. Sbb mukanyaberseri2 masa bercerita pasal wifenya seolah terserlahseluruh kasihnya terhadap isterinya...Hmmmm bestnye menjadi isteri yg pemergiannya diredhaisuami dan sentiasa pula diingat sampai bila2. Pastisyurga menunggu,insyaAllah..Sesungguhnya perkahwinanitu antara satu jalan menuju ke syurga, jikadikemudi mengikut landasan sebenar. ALLAHUAKBAR!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*~BiCaRa HaTimU~*~



“ Boleh tak kalau kita nak mainkan hati orang?” “ Tak boleh!” “ Tapi, kan Tuhan dah cakap. Kalau ada orang ambik barang kita, kita boleh ambik barang orang tu balik.” “ Hati tak boleh disamakan dengan barang!” “ But, it’s fair and square right?”
Gadis itu mendendaminya. Bukan dendam, tetapi sayang. Oleh sebab terlalu sayang, akhirnya bertukar menjadi dendam. Yang tak mampu dizahirkan oleh kata-kata. Tak mampu ditunjukkan melalui jelingan mata. Ada mata berwarna hitam. Ada juga berwarna biru. Hijau lebih menarik perhatian. Pink pula menyakitkan jiwa. Tidak kiralah warna apupun. Tetap tidak mampu menzahirkannya. Ikutkan rasa, mahu saja gadis buat dia menangis. Biar hati dia turut teresak kesakitan. Mahu saja gadis melukai hati dia yang terlalu banyak mengguris perasaan. Gadis mahu dia turut merasai apa yang dirasai gadis. Biar hati sama-sama sakit. Biar jiwa sama-sama derita. Biar dia juga terbeban dengan permasalahan hati yang mengganggu gadis.
Gadis terlalu banyak makan hati. Bukan hati ayam yang dimaksudkan. Atau hati daging yang digoreng ibu. Tetapi hati milik gadis sendiri. Terlalu banyak. Tidak sampai infiniti tetapi sudah cukup meresahkan. Mata terlalu kerap membazirkan airnya. Gadis memang sengaja membuang air mata yang sebenarnya amat bernilai bagi insani. Itulah kehendak gadis. Agar berkurang sengsara di jiwa.
Walaupun mata gadis sudah bengkak, kelopak mata terus mengalirkan airnya. Tubuh gadis semakin layu. Berat benar derita yang gadis alami. Hakikatnya, hati gadis sebenarnya yang menderita. Hati tidak cukup tabah menghadapi dugaan berkasih. Hati begiti lemah. Gadis ingin sekali menyakiti dia sebagaimana gadis telah disakiti tetapi hati tidak mampu berbuat demikian. Hati itu lembut. Tidak sekeras gadis yang telah dirasuk amarah iblis.
Pastinya syaitan ketawa riang tatkala melihat kemarahan menguasai diri. Aku telah berjaya menundukkan hambaMu yang Kau kata begitu taat kepada perintahMu. Aku tidak memerlukan bala tentera yang banyak untuk menundukkannya. Tidak seperti Bushiful. Mahu menghancurkan Islam dengan batalionnya. Perancangan yang dianggap hebat sebenarnya mengundang kemusnahan. Berapa ratus tentera bersekutu telah mati katak akibat ketololannya? Sedang aku, dalam senyap telah membinasakan. Kau dilihat kejam kerana kebodohanmu. Tetapi aku, yang sebenarnya lebih zalim ini tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Benar… Mereka yang sememangnya kejam tidak dapat diadili sesiapa.
Sebenarnya telah lama hati gadis terhiris. Begitu lama tanpa dapat dibilang waktunya. Pabila parut lama belum hilang, datang pula parut baru. Hinggakan parut-parut pada hati yang hanya sebesar syiling lima sen bertambah saiznya menjadi setebal novel Salina tulisan A. Samad Said. Luka Siti Salina yang dikhianati Abd. Fakar lebih kurang sama besarnya dengan luka gadis. Hati memang begitu payah mahu sembuh. Hati yang hampir sembuh pula seolah-olah telah ditakdirkan untuk terhiris kembali. Dihiris, dan ditoreh sehingga berdarah. Mengalirkan darah-darah merah pekat. Lebih pekat daripada darah yang digambarkan oleh Seno Gumira Ajidarma dalam ‘Telinga’nya. Darah yang likat membasahi bumi. Parut pula makin besar sehari-hari. Tidak ada tanda mahu kecil. Hati gadis pernah menutup cinta buat makhlukan. Meskipun diri meronta-ronta ingin merasainya , tetap digagahi jiwa itu.
Cinta Tuhan cinta hakiki. Cinta Tuhan yang dicari-cari. Cinta Tuhan yang dikejar selama ini. Cinta, pergantungan yang hanya disasarkan buat Pencipta. Tangan boleh bersedekah. Kaki boleh menuju ke majlis ilmu. Dahi boleh sujud sehingga hitam jadinya. Tetapi hati… Adakah hati boleh menipu? Mulut boleh berkata-kata. Bibir yang merah boleh bergerak-gerak menyatakan cinta Ilahi. Zahir boleh menipu mata yang melihat, telinga yang mendengar, hidung yang menghidu. Akan tetapi, sama sekali tidak mampu membohongi hati yang tahu nilai satu ketaatan, dan ketaqwaan. Tidak sama sekali. Hati tidak sekali-kali dapat menidakkan penilaian Al-Khaliq. Kekhusyukan ibadah tidak dapat dinilai sewenangnya oleh penat pergerakan badan.
Hati… Bukan sebesar watermelon. Mungkin hanya sebesar telapak tangan yang sentiasa berdoa, makan, mencuri, bersedekah, dan melakukan dosa. Berdoa tanpa kesungguhan. Berdoa hanya ketika perlu. Makan tanpa mengingati dari mana datangnya rezeki itu. Mulut hanya tahu mengunyah. Mencuri dengan penuh strategi, dan konspirasi. Mana ada yang tahu? Aku adalah perompak yang tidak dapat dihakimi sesiapa. Undang-undang itu, aku yang punya. Bersedekah, lalu dihebahkan melalui media. Akulah yang memberi.
Sememangnya perlu bagi kamu untuk bersyukur… Dari jauh, hati itu kelihatan seperti simbolik sayang. Ya… Hati itu sememangnya makna bagi sayang yang tidak dapat membohongi makhlukan. Darah-darah pekat melingkari hati. Darah merah pekat itu sememangnya menakutkan, menggerunkan. Bagi Mahsuri, darahnya berwarna putih. Sebagai tanda dia tidak berdosa. Dihukum akibat fitnah yang menghancurkan. Fitnah juga yang hampir membinasakan Saidatina Aisyah. Andai hati itu dilukai, bertambah banyaklah darah yang bisa melingkari. Jika kuat hati dilukai, tidak mustahil mampu menghancurkan hati yang sedia kecil itu. Darah terus mengalir tanpa henti membasahi bumi. Peliknya darah itu hanya mahu membasahi tanah ciptaan Tuhan. Tidak mahu melekati jantung di sekitar hati. Tidak mahu mengganggu paru-paru, hempedu, pundi kencing… Begitu aneh blood ini. Parut terus bertapak di permukaan hati.
Satu masa, tika cinta Tuhan dikejar gadis, hidup gadis begitu aman, dan bahagia. Hidupnya gadis, matinya gadis hanyalah untuk Dia yang menjadikan. Dia yang berkata qunfayakun, maka terciptalah. Bangunnya menyebut nama Kekasih. Makannya mengingati Kekasih. Kerjanya merindui Kekasih. Tidurnya dengan pengharapan terhadap Kekasih. Agar diberi peluang untuk bangkit keesokannya , dan menemui Kekasih untuk kesekian kalinya. Melepaskan segala resah di jiwa. Hati juga sama-sama membantu gadis mencapai matlamatnya itu. Gadis letih. Hati turut sama letih. Lebih penat berbanding letihnya gadis. Keringat yang lebih banyak daripada yang dimiliki gadis. Gadis begitu bahagia kerana hadirnya cinta itu bukan hanya dari mulut yang sentiasa tidak benar butir bicaranya. Ya… Dari mulut yang sering berdusta. Rutinnya gadis... Bangun tidur menghadap Tuhan, hati turut sama bangun. Nafsu mendesak hati agar terus lena dibuai mimpi tetapi kekuatan spiritual milik gadis menyebabkan hasutan nafsu itu ditempis bulat-bulat. Gadis menuju ke kamar mandi. Hati ikut sama. Tiba-tiba, gadis tersentak. Hati tidak lepas untuk tersentak juga. Tetapi, gadis tidak tahu asbab sentakan itu. Sentakan sepantas halilitar itu tidak dapat dinilai gadis. Gadis terus mengambil wudhuk. Hati masih diam memikirkan sentakan tadi. Ada sesuatu yang dirasai hati. Sesuatu yang abstrak, yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Oleh kata-kata hati... Gadis tersentak lagi. Tidak dapat merasai manisnya iman. Tidak dapat mengecapi cinta Ilahi. Gadis mula mengerti. Hati yang telah lama mengerti tidak keruan. Dirasakan semakin jauh dari gadis. Makin jauh dari Ar-Rahim. Berdikit-dikit air mata gadis turun ke bumi. Semakin lama semakin rancak tangisnya.
Hati juga begitu. Cuma hati sebenarnya telah kering air mata merasai kejauhan yang baru saja disedari gadis. Hati telah lama tahu… Gadis berbicara…
Berjalan di bumi yang tandus ini penuh duri
Tanpa sedar, dan penuh lalai Usia beredar penuh kejahilan
Dan kemusnahan Mengembara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa jalan yang sejati
Tiada pembimbing penunjuk jalan yang suci
Hidup terumbang-ambing sendiri
Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasihMu
Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima disisiMu
Sebagai bekalan negeri abadi
Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yang sekian lama menutup jiwa
Hati menangis, dan terus menangis. Gadis telah lama diam tetapi hati tidak dapat diam. Gadis rasa sakit kehilangan. Hati juga rasa sakit kehilangan. Bahkan lebih hebat sakitnya berbanding gadis. Mahu saja hati menghukum gadis yang tidak tahu bersyukur. Tidak tahu menilai erti bahagia. Kebahagiaan di depan mata dibiarkan. Mata yang sedia celik itu dibutakan. Mahu dicari kebahagiaan yang tidak pasti hujungnya. Bolehkah disalahkan gadis semata-mata? Gadis boleh menipu tetapi tidak hati. Gadis boleh menolak tetapi tidak bagi hati. Mulut mampu berbohong tetapi hati hanya tahu berkata benar. Apa nak jadi? Gadis memarahi hati yang tidak pandai berdusta. Hati pula menyalahkan gadis yang hanya mengikut nafsu. Konspirasi yang dilakukan gadis, dan hati telah berada di puncaknya. Bukan konspirasi menjatuhkan pemimpin. Konspirasi sebegitu itu amat keji, dan menjelikkan. Hati akhirnya tunduk dengan kehendak gadis. Ah! Hanya alasan hati untuk menuding kesalahan kepada gadis.
Perlu diingat!!! Satu jari yang menuding, empat jari kan kembali kepada si penuding. “ Kan perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik?” “ Dah tahu, kenapa masih cari nahas?” Hati membidas. “ Tapi, Tuhan juga suruh berusaha. Tidak Aku ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya.” “ Berusaha sampai meninggalkan yang wajib? Gadis hanya pandai mengeksploitasi ayat Tuhan.” hati terus menyalahkan. “ Jangan salahkan gadis. Mana pernah gadis meninggalkan yang wajib.” “ Kenapa? Sedangkan gadis yang buat dosa,” hati melenting. “ Gadis tidak mengabaikan solat. Hatilah yang salah kerana gagal menghadirkan diri dalam pertemuan dengan Tuhan itu.” “ Sebetulnya, gadis yang membuat keputusan melulu sehingga melupakan Dia,” hati masih tidak berpuas hati. “ Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Andai hati mampu mengawal diri, pastinya gadis turut sama melepasi ujian ini,” hati akhirnya tunduk membisu.
Memang hati hanya mampu membisu. Sama sekali tidak dapat berkata-kata. Segalanya adalah untuk Tuhan sehinggalah gadis mengenali dia. Dia yang sebenarnya milik Tuhan juga. Sama seperti gadis. Yang sepatutnya hanya mengabdikan diri kepadaNya. Gadis masih ragu-ragu. Antara kehendak jiwa, dan naluri manusia. Sedang Adam diciptakan Hawa. Hati juga masih keliru. Seperti gadis, tidak tahu mana yang hendak dipilih. Tetapi, sedikit-sebanyak hati tidak mampu berdusta bahawa naluri manusia melebihi kehendak jiwa, meski gadis menafikan naluri itu. Iblis laknatullah pula semakin banyak mencucuk. Tidak salah melayan naluri manusia. Kan itu fitrah? Teruskan keperluan psikologi, dan jangan mengabaikan pengabdian diri. Gadis hampir bersetuju dengan kata-kata sahabat baru. Sahabat baru yang bertanduk dua, panjang taringnya, merah matanya. Hati yang sememangnya telah menerima makin yakin dengan pendirian baru.
Tetapi masih ada yang menghalang. Apa??? “ Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.
Hati terus membisu. Dia… Dia tidak hebat sebagaimana hebatnya ahli sufi terhadap pengabdiannya. Dia juga tidak punya kelebihan istimewa berbanding makhluk Tuhan yang lain. Yang dimiliki dia hanyalah hati yang tulus ikhlas mengasihi, dan mencintai. Gadis nampak semua itu. Hati juga telah mengerti makna di sebalik kebaikan. Sehingga akhirnya gadis tersungkur jua. Bukan hati tidak tahu bahawa cinta Ar-Rahman lebih agung jika mahu dibandingkan dengan sayangnya dia. Tetapi, hati memang tidak mampu menipu. Cinta Agung tidak dapat dilihat zahirnya sedangkan sayang manusia ada di depan mata. Cinta Agung hanya hadir dengan keyakinan jiwa sedangkan kasih dia tak perlukan keyakinan. Perlu tetapi tidak sepenuh jiwa. Hati memberontak mahu mencuba. Begitu juga dengan gadis. Mahu mencapai cinta yang boleh dipegang, tidak mustahil dibelai. Sedang gadis lupa. Cinta sebegitu tidak tentu hujungnya. Gadis tetap mengikut hawa nafsu sehingga tanpa sedar gadis telah melupakan Kekasih kekalnya. Gadis begitu bahagia. Bahagia yang tidak pernah dikecepi secara zahirnya sebelum ini. Bahagia dalam dunia ciptaan sendiri. Hidup gadis penuh dengan senyuman, dan keceriaan. Kedamaian menyelubungi jiwa. Hadirnya dia mengganti tempat Kekasih yang semakin lama dilupakan.
Alangkah malang bagi gadis andai Kekasih itu turut sama melupakannya. Melupakan walau sesaat sudah mencukupi untuk membinasakan gadis. Hadirnya dia menyebabkan hati kian lalai, dan alpa. Kali ini gadis, dan hati gagal membezakan antara Dia yang mengenali gadis, lebih daripada gadis mengenali diri gadis sendiri. Dia yang lebih tahu mana yang terbaik untuk gadis. Dia yang memberi nikmat yang tiada terbalas. Dia yang segalanya Dia... Tidak mampu dihitung oleh gadis. Dia yang telah menciptakan hati bagi gadis agar hati itu kelak dapat menyenangkan jiwa!!!
Memang gadis begitu naĂŻf untuk membezakan. Sedang dia yang baru dikenali, tidak gadis tahu isi hatinya. Hati gadis hanya mengetahui perasaan gadis. Itupun tidak sepenuhnya sebagaimana Dia yang maha tahu mengetahui isi hati, jantung, gadis. Gadis tidak sama sekali mengetahui apa yang tersirat dalam jiwa dia. Hati gadis sebenarnya gagal memberi petunjuk kepada gadis. Pastinya! Hanya Dia yang memberi jalan, dan petunjuk ke arah yang benar.
Satu hari, hati tersentak, setelah kian lama tidak tersentak. Pertamanya, ketika hati menyedari bahawa hati akan jauh dari Pencipta. Kali ini, hati tersentak lagi. Tidak seperti sebelumnya, hati gagal mentafsir erti sentakan itu. Gadis pula masih lalai, dan alpa. Gadis terus hanyut dengan dunia ciptaannya. Gadis tidak melupakan Tuhan tetapi hatinya berdikit-dikit makin jauh dari Al-Malik. Tiba-tiba, hati menangis. Ya! Hati menangis lagi tanpa alasan yang munasabah. Menangis, dan terus menangis. Tanpa diketahui puncanya. Dia akhirnya pergi meninggalkan gadis. Dia pergi tak akan kembali. Entah ke mana perginya dia? Gadis pun tidak tahu. Adakah dia sengaja mahu meninggalkan gadis atau ada sesuatu yang menyebabkan dia tidak dapat ditemui? Meski sayangnya pada gadis masih utuh, dia tetap telah meninggalkan gadis.
Gadis menangis. Tangisan penuh penyesalan. Baru gadis sedar, betapa alpanya gadis terhadap Tuhan. Baru sedikit diujiNya, gadis gagal menempuhinya. Dah jadi begini, baru teringat Pencipta? Ditinggalkan yang kekal, dikejar yang tiada pastinya. Gadis telah kalah dengan kehendak nafsu. Kehendak nafsu atau fitrah insani? Nafsu atau fitrah sama sahaja. Benarkah ia sama? Sama atau berbeza... Kedua-duanya akhirnya telah menyungkurkan gadis sehingga gadis tidak mampu untuk bangun kembali. Gadis terus menangis, dan menangis. Lebih kuat daripada tangisan hati. Lebih kuat daripada tangisan gadis yang terdahulu. Entah bila mahu berhenti. ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WaHa! KaKaK kU bAcAlAH....




"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja.
"Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata.


"Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.
"Tersenyum sang bidadari berwajah manusia."Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.

"Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??
"Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.

"Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???
"Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri."Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak.

"Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KaU LeLaK! AkU wANn!tA




KAU LELAKI, AKU WANITASusah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-


1 .lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2 .lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3 .Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.

Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita******


1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan



Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960.
Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta. Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan. Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.
Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali. Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku. Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar. Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu. Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan. Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali? Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan -semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini. Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran. Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.
TAKBIRR!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ErTie UkHuWwAh





Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kamu dalam mencari seorang teman sejati!

1. Boleh berkongsi apa sajaIndividu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.
2. MemahamiKamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa... 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!
3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!
4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu...
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
Hindari diri darinya!
1. Teman yang menjatuhkan kamuBagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!
2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.
4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.
5. Teman yang suka meniru kamu!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 PeRkArA jIkA kAmU nAk BuAt DoSa




Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang menemui Ibrahim ibn Adham. Beliau berkata kepada Ibrahim ibn Adham:

“Wahai ayah Ishak! Sesungguhnya aku terlalu banyak melakukan dosa. Tolonglah tunjukkan kepadaku apa-apa teguran yang boleh menjadi peringatan kepadaku supaya aku tinggalkan kerja-kerja dosa itu.”

“Sekiranya kamu sanggup menerima 5 perkara ini dan berkuasa melakukannya, maka tidak ada masalah kalau kamu hendak melakukan maksiat. Dan kamu sekali-kali tidak akan dibinasakan,” ujar Ibrahim ibn Adham.

“Ayuh! Bawakan cepat, apakah yang dimaksudkan itu wahai ayah Ishak!” pinta lelaki tersebut tidak sabar-sabar mahu mendengarnya.

“Ada pun yang pertama: Sekiranya kamu ingin sangat melakukan maksiat kepada Allah Azza Wajalla, maka janganlah kamu makan sedikit pun dari rezekiNya” jawab Ibrahim.

“Habis, di mana aku mahu mendapatkan makanan sedangkan segala apa yang ada di atas muka bumi ini semuanya adalah dari rezekiNya?” ujar si lelaki itu terpinga-pinga dengan ucapan Ibrahim tersebut.

“Kalau begitu, apakah patut kamu memakan rezeki pemberianNya sedangkan dalam waktu yang sama kamu derhaka kepadaNya?” soal Ibrahim.

“Tidak! Baiklah, sebutkan perkara yang kedua”, pinta lelaki tersebut.

“Kalau kamu ingin derhaka kepadaNya, maka kamu jangan cuba mendiami setiap inci pun dari bumi yang dipunyaiNya ini”, jawab Ibrahim.

“Ini lagi teruk dari yang pertama! Kalaulah bermula dari arah timur sehinggalah ke barat termasuklah yang berada di antara keduanya semuanya itu kepunyaanNya, di mana lagi aku mahu tinggal?” ucap si lelaki itu lagi.

“Kalau begitu, apakah patut kamu memakan rezekiNya kemudian kamu menetap di atas tanah kepunyaanNya dan dalam waktu yang sama kamu menderhakaiNya?” soal Ibrahim.

“Tidak patut. Baiklah, cuba bawakan yang ketiga pula”, pinta orang itu.

“Kalau kamu mahu menderhakaiNya sedang dalam waktu yang sama kamu makan dan menetap di atas bumi kepunyaanNya, maka lebih baik kamu cari satu tempat yang tersembunyi yang mana Allah sendiri tidak mampu melihatnya, di situ nanti kamu derhakalah kepadaNya menurut sesuka hatimu”, ucap Ibrahim lagi.

“Wahai Ibrahim! Bagaimana boleh berlaku demikian sedang Dia adalah Yang Maha Melihat segala apa yang tersembunyi?” ucap lelaki itu.

“Kalau begitu, apakah patut kamu makan rezeki pemberianNya, kemudian kamu menetap di atas bumi kepunyaanNya dan dalam waktu yang sama kamu berbuat derhaka kepadaNya, sedang Dialah Tuhan Yang Maha Melihat tindak-tanduk kamu dan Maha Melihat terhadap apa-apa yang kamu cuba selindungkan dariNya?” jelas Ibrahim.

“Tidak! Baiklah, nyatakan pula perkara yang keempat itu”, pinta orang itu lagi.

“Sekiranya malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kamu nanti, maka katakanlah kepadanya: ‘Tolong beri tempoh kepadaku sedikit masa lagi untuk aku bertaubat dengan taubat nasuha dan supaya aku dapat beramal dengan amalan yang soleh'”, ucap Ibrahim.

“Sudah tentu dia tak akan menerima permintaan aku itu”, kata lelaki itu.

“Kalaulah kamu sendiri tidak mampu menghalang kedatangan maut supaya memberi sedikit tempoh kepada kamu untuk bertaubat, dan kamu sendiri pun tahu bahawa apabila ia dating maka ia tidak akan memberi tempoh sedikit pun, maka bagaimana kamu akan terselamat dan bebas darinya?” kata Ibrahim lagi.

“Baiklah, berikan kepadaku perkara yang kelima itu”, pinta orang itu lagi.

“Pada hari Kiamat kelak sekiranya malaikat Zabaniah datang kepada kamu untuk membawa kamu ke dalam api neraka, maka kamu jangan ikut pergi bersamanya”, cadang Ibrahim.

“Mana mungkin dia akan membiarkan aku sedemikian dan sudah pasti para malaikat tidak akan menerima permintaan aku untuk berbuat demikian nanti”, ujar si lelaki itu.

“Habis, kalau begitu bagaimana kamu akan beroleh keselamatan dan kejayaan dari habuan neraka kalau kamu suka sangat berbuat maksiat?” soal Ibrahim.

“Wahai Ibrahim! Cukuplah semuanya. Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya”, ujarnya kepada Ibrahim ibn Adham.

Semenjak itu lelaki tersebut sentiasa sahaja menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah ke akhir hayatnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Kita Tanya ALLAH Jawab~



KITA BERTANYA :KENAPA AKU DIUJI?

ALLAH MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?

ALLAH MENJAWAB :"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

ALLAH MENJAWAB:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?

ALLAH MENJAWAB :"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :KENAPA MESTI BERSABAR?

ALLAH MENJAWAB :"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA :BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

ALLAH MENJAWAB :"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

ALLAH MENJAWAB :"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... " Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?

ALLAH MENJAWAB :".dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA :KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?

ALLAH MENJAWAB :"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." Surah At-Taubah ayat 129

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Islam Sebagai Solusi Atau Punca Keganasan






Islam Sebagai Solusi Atau Punca Keganasan

Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.
Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.
Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.
Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.
Apa yang jelas ialah penjenayah-penjenayah itu sebenarnya telah merosakkan nama agama sendiri. Mereka sebenarnya telah menyebabkan sesebuah agama itu dipandang jahat di mata orang dan telah menanam rasa kebencian kepada mereka yang soleh. Akibatnya, setiap serangan yang dikatakan mewakili 'agama' sebenarnya secara tidak langsung 'memerangi' agama mereka sendiri.Kesemua tiga agama samawi menganjurkan kasih sayang, belas dan keamanan. Keganasan jelas amat kontra dengan agama kerana ia ganas, sadis, sengsara dan menumpahkan darah. Oleh hal yang demikian, ketika menyelidiki latar belakang seorang pengganas itu mestilah diperiksa kepercayaannya bukan agamanya. Orang yang berlatarbelakang fascist, communist, racist atau materialist merupakan antara yang berpotensi menjadi penjenayah. Nama atau identiti pemetik picu tidaklah penting kerana jika mereka boleh membunuh orang yang tidak bersalah dengan memejam mata, itu tidak patut dilabelkan sebagai seorang yang beragama tetapi layak yang sebaliknya. Mereka menyerang tanpa rasa takut kepada tuhan kerana gila untuk menumpahkan darah dan melakukan kerosakan.Berdasarkan itulah, 'Keganasan Islam' amat tidak cocok dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Islam tidak bersetuju langsung dengan keganasan malah mencegah keganasan dengan menganjurkan keamanan dan kesejahteraan ke serata alam.
Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan
Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.
Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah: 208)
Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)
Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:
Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)
Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)
Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.
Tentera Salib: Manusia Tidak Bertamadun Yang Menginjak Agamanya Sendiri
Isi kandungan agama yang benar atau sistem kepercayaan adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Contoh yang tepat boleh dilihat ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian yang diputarbelitkan oleh tentera perang salib.
Tentera salib yang terdiri dari penganut Kristian Eropah yang bermatlamat untuk menjajah Holy Land (Palestin) dari tangan orang Islam di akhir abad ke-11 sebenarnya dikatakan berjuang atas nama agama. Tetapi mereka telah memanipulasi pengikutnya dengan memasuki tanah itu dengan keganasan dan kekejaman. Orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan dan banyak kampung dan kota diceroboh.
Jerusalem yang menjadi kediaman orang Islam, Yahudi dan Kristian di bawah pentadbiran Islam yang aman telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kekejaman mereka tidak berhenti setakat itu sahaja malah kota Istanbul yang merupakan kota Kristian juga diceroboh dan habis emas permata dicuri dari gereja-gereja.
Tanpa disangkal bahawa keganasan ini amat bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian yang dimaksudkan Bible ialah 'Gospel of Love'. Di dalamnya menurut Matthew, Jesus mengatakan, "Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Di dalam bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.
Yang menjadi persoalan ialah jika Kristian adalah agama yang berteraskan kasih sayang, bagaimana boleh terjadi peristiwa berdarah yang dilakukan tentera salib? Punca utama berlaku sedemikian ialah kerana tentera salib itu dibentuk dari mereka yang jahil tentang agama, yang tidak pernah membaca atau melihat Bible sepanjang hayat atau mereka yang tidak menghayati ajaran yang terkandung di dalam Bible. Mereka dihimpunkan menjadi tentera salib di bawah slogan "God wills it".
Mengikut sejarah, pada zaman itu kehidupan penganut Kristian di Timur lebih bertamadun jika dibandingkan dengan Kristian di Barat. Cuma selepas peristiwa berdarah itulah barulah Kristian Ortodoks mengambil pendekatan untuk hidup bersama orang Islam. Menurut Terry Johns, pengulas BBC, dengan berakhirnya perang salib di timur tengah 'telah mewujudkan kehidupan bertamadun dengan gabungan tiga agama di bawah satu bumbung keamanan'. Nyata bahawa tentera salib itu bukanlah penganut sejati Kristian tetapi mereka terdiri dari orang yang jahil dalam segala ilmu lalu dipergunakan untuk menjayakan sesuatu ideologi walaupun tidak wujud langsung sebarang kepentingan ideologi itu dalam agama. Kekejaman Khmer Rouge di Kemboja menjadi contoh kerana terpengaruh dengan ideologi komunis yang cenderung kepada keganasan. Sebabnya juga kerana mereka terdiri dari orang yang jahil. Mereka yang jahil ini sebenarnya keliru dengan tujuan keganasan yang kononnya digunakan untuk membanteras keganasan (atau untuk agama).
Sifat Orang Badwi di dalam Al-Quran
Pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) wujud dua bentuk penempatan di tanah Arab iaitu penduduk kota dan badwi (gurun Arab). Mereka yang tinggal di kota banyak terdedah dengan dunia luar dan kehidupan mereka lebih bertamadun. Kehidupan mereka penuh dengan nilai-nilai murni selain membudayakan hidup dengan kesusasteraan terutamanya puisi. Berbeza dengan mereka yang mendiami di gurun yang hidup berpindah randah (nomad) dengan nilai kebudayaan yang carca merba. Kesenian dan kesusasteraan langsung tidak dipedulikan menyebabkan mereka membangun tanpa nilai murni dan sifat yang luhur.
Islam yang mula berkembang di Mekah merupakan kota yang penting di semenanjung Arab. Justeru, ramailah yang memeluk Islam dan penduduk di gurun juga tidak ketinggalan memeluknya. Setelah itu timbul masalah kerana penghuni gurun ini mundur dari segi kebudayaan dan intelektual yang menghalang mereka memahami dan mendalami Islam sepenuh jiwa. Allah menyatakan hal ini di dalam Al-Quran:
Orang-orang Arab Badwi itu, lebih banyak kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah: 97)
Nyatalah bahawa orang badwi itu merupakan kumpulan yang terdiri dari orang yang kufur yang munafiq serta cenderung untuk mengengkari perintah tuhan. Di dalam zaman nabi sendiri orang-orang sebegini menjadi petulang di dalam dunia Islam. Contohnya seperti golongan 'Kharijiyyah' yang jelas bersifat luar tatasusila kerana mereka merupakan kelompok yang keluar dan memberontak dari golongan Syiah. Golongan fanatik, liar dan ekstrem ini mendakwa diri mereka Islam walaupun tidak memahami Islam sepenuhnya selain menyeleweng isi Al-Quran untuk memerangi orang Islam sendiri. Saidina Ali yang merupakan sahabat paling rapat dengan nabi sehingga diiktiraf 'pintu segala ilmu' juga dibunuh angkara aktiviti ganas golongan kharijiyyah ini.
Telah terbukti bahawa tentera salib mengganas setelah ajaran Kristian diseleweng dan disalahtafsirkan, begitu juga dengan puak-puak yang mengkhianat Islam semata-mata untuk menghalalkan keganasan. Apa yang sama antara tentera salib dan orang badwi ini ialah mereka jahil, tidak faham, kurang didikan, liar dan terpencil dari umum. Keganasan yang dilakukan mereka berpunca dari struktur sosial bukannya agama yang menuntut melakukannya.
Hari ini, dunia Barat telah menyalahertikan fungsi organisasi atau pertubuhan Islam di seluruh dunia. Bagi mereka semua organisasi atau pertubuhan itu merupakan pendukung kepada kegiatan keganasan. Persepsi ini perlu diubah walaupun terdapat badan pengadilan yang boleh membuktikan kesahihan dakwaan itu. Yang penting ialah langkah jangka masa panjang perlu dirangka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini.
Dunia Barat terutamanya Amerika yang mempunyai kuasa majoriti di dunia tidak patut mempergunakan kuasa itu untuk memerangi Islam atau orang Islam tetapi sebaik-baik dipergunakan untuk memberi khidmat bagi menyantuni keperluan dunia Islam. Teori 'benturan peradaban' (clash of civilization) yang menjadi doktrin bermula 90an ini sewajarnya dilenyapkan.
Dalam masa yang sama, umat Islam diseru bersatu bagi menyebarluaskan maklumat tentang Islam yang menganjurkan kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan kesejahteraan. Sebarang informasi yang salah boleh menimbulkan perbalahan dan menyemai semangat radikal. Selain itu, umat Islam seharusnya menonjolkan akhlak-akhlak mulia yang ditonjolkan Al-Quran.
Dari penjelasan di atas dapat difahami bahawa punca keganasan ialah kesempitan fikiran dan setentunya pendidikan merupakan jalan keluar baginya. Orang yang kesal dengan keganasan dan yang mengatakan keganasan hanya menghancurkan dan merosakkan Islam dan seluruh masyarakat seharusnya mengambil inisiatif untuk mencari alternatif mendidik masyarakat bagi membendung keganasan.
Harapan semua orang supaya dapat menyelamatkan dunia dari segala keganasan, huru-hara dan kekejaman patut diberi perhatian. Amerika Syarikat yang didominasi oleh populasi Kristian yang mendakwa negaranya 'a nation under God' sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan orang Islam. Allah juga mengatakan penganut Kristian sebagai "...paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Maidah: 82).
Dalam sejarah, orang yang jahil (tentera salib dan orang badwi) sebenarnya tidak memahami fakta sebenar sehingga menimbulkan perbalahan antara dua agama yang besar ini. Supaya kejadian ini tidak berulang, penganut Kristian dan Islam sepatutnya duduk semeja untuk saling bekerjasama. Duduk semeja bukan untuk mencari siapa salah tetapi bermusyawarah menghasilkan penyelesai masalah agar tidaklah lagi agama dikaitkan dengan sebarang keganasan. Susu sebelanga akan dibuang sekiranya dimasuki walau hanya setitik nila!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Relativiti Masa dan Hakikat Takdir







Relativiti Masa dan Hakikat Takdir

PENGENALAN

Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan bahawa semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka kepada pemikiran materialisme. Sebagaimana yang telah diketahui, materi golongan materialis menafikan fakta Penciptaan. Sebaliknya, mereka mempertahankan bahawa materi telah wujud tanpa keterbatasan masa dan akan tetap kekal sebagai sebagai satu entity mutlak selama-lamanya. Dalam perkataan lain, mereka mendewakan materi. Materialisme dengan itu ditakrifkan oleh sumber materialis;
Materialisme menerima keabadian dan kekekalan alam semesta (tanpa permulaan dan pengakhiran), iaitu tidak dicipta oleh Tuhan, dan adalah tidak terbatas di dalam masa dan ruang.1
Sebab mengapa materialisme terlalu mendewakan materi berpunca dari penafian mereka untuk mengakui kewujudan sang Pencipta. Sekiranya materi tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan: sekiranya ia mempunyai permulaan bermaksud ia telah diwujudkan dari tiada, iaitu ia dicipta.
Tidak mengejutkan, kesepakatan yang dicapai oleh dunia sains di akhir abad ke 19 mengesahkan bahawa materi bukanlah mutlak dan bahawasanya ia mempunyai permulaan; keseluruhan alam semestaberasal dari tiada dianggarkan 15 bilion tahun lalu melalui letupan sebuah titik dengan isipadu 'sifar' dan membentuk seperti yang ada sekarang dengan pengembangan sepanjang masa. Autentik fenomena ini yang dipanggil Big Bang, telah dibuktikan melalui beberapa pemerhatian yang kukuh dan eksperimen sepertimana juga pengiraan di dalam bidang fizik teori.
Hal terbaru yang diputuskan oleh sains hari ini mengesahkan fakta bahawa "alam semesta telah diciptakan dari tiada", seperti yang telah dikhabarkan di dalam Al-Qur'an dan semua agama-agama samawi. Sebagai tambahan, sains moden telah menolak materialisme dan menumpaskan mereka di dalam perjuangan yang mereka mulakan untuk menentang penciptaan.
Golongan materialis, akan tetapi, tidak dapat menerima kenyataan bahawa materi adalah diciptakan dan tidak mutlak, betapa sekalipun bertentangan dengan sains. Untuk menerima fakta ini mereka harus menerima kewujudan Allah, dan untuk beriman dengan Allah mereka harus menganut agama dan hidup secara beragama. Suatu yang secara asas digesa oleh agama ialah untuk patuh dan tunduk kepada Allah, dan ini adalah menjadi kesukaran bagi sesetengah orang yang dibutakan oleh kejahilan mereka. Di dalam Al-Qur'an, keadaan orang yang melarikan diri darihakikat kebenaran disebabkan kejahilan mereka -sekalipun kebenaran terpampang jelas- diterangkan seperti berikut:
Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hari mereka meyakininya (kebenaran). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang yang berbuat kebinasaan. Surah An-Naml:14.
Golongan materialis mempercayai bahawa masa sama seperti materi adalah mutlak: keduan-duanya wujud sejak azali dan akan kekal selama-lamanya. Kesetiaan terhadap anggapan yang salah ini, mereka cuba untuk menafikan takdir, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Bagaimanapun, hari ini, sains moden telah membuktikan bahawa sama seperti materi, masa, yang timbul dari materi, juga telah diciptakan dari tiada, dan dengan itu ia juga mempunyai permulaan. Pada masa yang sama, masa adalah fahaman yang relatif, dan bukanlah static dan tidak berubah sebagaimana yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan materialis, dan bahawa ia adalah satu bentuk persepsi yang berubah juga telah dibuktikan di abad ini. Konsep relativiti masa dan ruang juga telah dibuktikan oleh Teori Relativiti Einstein dan fakta ini membentangkan asas fizik moden yang ada hari ini.
Untuk meringkaskannya, masa dan ruang adalah dua konsep yang bukan mutlak, yang mempunyai permulaan dan telah diciptakan oleh Allah dari tiada. Allah, yang mencipta masa dan ruang, sudah pasti tidak terikat dengannya. Allah menakrif, menentukan dan mencipta setiap ketika di dalam masa di dalam masa-sifar. Ini adalah yangmenjadi intipati hakikat 'takdir', yang gagal untuk difahami oleh golongan materialis.
Semua peristiwa-peristiwa yang telah dan yang akan dialami oleh kita, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah, yang tidak terbelenggu oleh masa, dan yang mencipta masa dari tiada.
Hari ini, sains moden mengesahkan fakta yang telah dikhabarkan di dalam AL-Qur'an 1400 tahun lalu, yang amat diyakini oleh orang yang beriman. Ini menjadi saksi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Allah. Di sudut lain, pemikiran materialis, yang menafikan kewujudan Allah dan fakta penciptaan untuk berabad lamanya, telah pun ditolak di dalam setiap pelbagai bidang sains, sebuah disiplin yang sentiasa menjadi rujukannya dan yang menjadi tempat perlindungannya. Di dalam buku ini, kita akan menghasilkan bukti-bukti untuk menunjukkan bahwa dakwaan golongan materialis sebenarnya tidak mempunyai sebarang asas saintifik dan logik, dan sebaliknya, materialisme secara total telah dimusnahkan oleh bidang sains kontemporari. Subjek-subjek yang dibentangkan disini mengendungi bukti-bukti yang sangat penting mengenai intipati kebendaan dan sifat relatif masa dan ruang. Oleh hal yang demikian, kamu akan menemui beberapa fakta yang tidak pernah kamu fikir selama ini, dan akan memahami bahawa intipati kebendaan sebenarnya adalah amat berbeza dari apa yang dikemukakan oleh materialisme atau apa yang kamu fikirkan sebelum ini.
BAB 1
PENCIPTAAN ALAM SEMESTA DARI ALAM TIADA
Materialisme adalah satu pola pemikiran yang mendakwa materi sebagai satu entiti yang mutlak dan menafikan kewujudan lain selain dari material. Berasal dari zaman Greek Purba dan mendapat penerimaan masyarakat umum, khususnya di abad ke 19, dan menjadi masyhur dengan fahaman dialektik materialisme Karl Marx. Sistem pemikiran ini mendakwa bahawa kewujudan materi adalah mutlak dan akan tetap kekal wujud selamanya. Disebabkan dia mempertahankan bahawa materi bukanlah ciptaan, maka dia sekaligus menafikan kewujudan Pencipta.
Seperti yang telah kita nyatakan, fahaman materialisme mulai popular khususnya pada abad ke 19. Satu dari sebab hal ini ialah model 'static universe' yang mana kemudiannya dikemukakan untuk menjawab persoalan 'bagaimana alam semesta wujud?'. Model ini menjawab persoalan itu dengan menyatakan bahawa alam semesta bukanlah tercipta, tetapi ianya telah wujud sejak azali dan akan terus wujud selamanya. Alam semesta dianggap sebagai suatu koleksi material yang stabil, konstan dan tidak berubah, dan fahaman ini melaungkan bahawa alam semesta seperti ini tidak memerlukan kita mempercayai kepada seorang Pencipta.
Pengesahan kepada tentangan model alam semesta ini, iaitu penemuan bahawa alam semesta mempunyai permulaan dan ianya berubah, tidak mensangsikan kewujudan seorang Pencipta. Dalam bukunya "Principes Fondamentaux de Philosophic", ahli falsafah Georges Politzer materialis terkemuka telah mengakui fakta ini dalam penafiannya tentang konsep penciptaan yang berasaskan model 'alam semesta tanpa sempadan' (boundless universe);
Alam semesta bukanlah objek yang dicipta. Sekiranya ia dicipta, maka ia harus diciptakan secara serta merta oleh Tuhan dan mewujudkannya dari alam tiada. Untuk mengakui penciptaan, seorang harus mengakui, di tempat pertama, kewujudan suatu ketika di mana alam semesta tidak wujud, dan bahawa sesuatu wujud keluar dari ketiadaan. Ini adalah suatu yang tidak dapat diakui oleh sains. 2
Di akhir period yang bermula pada suku kedua abad ke 20, sains moden, telah membuktikan kenyataan yang diakui oleh golongan materialis ketika mereka mengakui; "sekiranya hal demikian, maka kita terpaksa untuk mengakui bahawa seorang Pencipta wujud', -iaitu, alam semesta mempunyai permulaan. Fakta ini telah didedahkan setelah melalui beberapa peringkat.
Pengembangan alam semesta
Pada tahun 1920, di sebuah pusat pemerhatian Mount Wilson, California, seorang ahli astronomi berbangsa Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu penemuan yang besar di dalam sejarah astronomi. Ketika membuat pemerhatian terhadap bintang-bintang melalui teleskop gergasinya, dia mendapati bahawa cahaya yang dipancarkan dari bebintang itu beralih kepada warna merah yang terletak di hujung spektrum cahaya dan bahawa peralihan ini semakin terang apabila bebintang itu semakin menjauhi bumi. Penemuan ini amat mengejutkan dunia sains ketika itu, kerana berdasarkan kepada hukum-hukum fizik yang diakui, spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya ini akan cenderung berwarna merah ketika cahaya ini bergerak menjauhi titik pemerhatian itu. Ini bererti bahawa bintang-bintang itu secara konstan bergerak menjauhi kita.
Sebelum ini, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting; bebintang dan galaksi bergerak menjauhi bukan sahaja daripada kita (bumi), tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya konklusi yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta di mana setiap sesuatu bergerak menjauhi sesama mereka ialah alam semesta itu secara konstan 'berkembang'. Untuk menerangkannya, keadaan alam semesta ini sama seperti permukaan sebiji belon yang ditiup. Sama seperti titik-titik di permukaan sebiji belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu mengembang, dan begitu jugalah objek-objek di dalam ruang angkasa juga bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika alam semesta terus berkembang.
Sebenarnya, hal ini telah disingkap secara teoritikal lebih awal. Albert Einstein, menyimpulkan dari pengiraan yang membawanya untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, telah merumus bahawa alam semesta bukanlah statik. Terkejut dengan penemuan ini, Einstein telah menambah satu faktor yang dipanggil 'pemalar kosmologi' (cosmological constant) ke dalam persamaannya dengan sengaja untuk mengelakkan persamaan ini daripada menjadi satu kesimpulan. Kerana diyakinkan oleh ahli astronomi lain bahawa alam semesta adalah statik, dia tidak ingin teori ini bertentangan dengan model ini (universe static). Pandangan ini, yang mana kemudiannya ditolak oleh Einstein sendiri -yang diakui sebagai satu kesilapan paling besar di dalam kareernya- telah pun dibuang ke dalam bakul sampah sejarah oleh penemuan-penemuan saintifik kontemporari.
Untuk pertama kali pada tahun 1922, saintis Russia Alexander Friedmann telah menemui berdasarkan Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berubah dan bahawa sekalipun terdapat sedikit perubahan di dalamnya akan menyebabkan ia berkembang atau mengendur. Sementara Friedmann sampai kepada kesimpulan ini, dia juga membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) di dalam artikel Einstein yang bertarikh tahun 1917.
Orang pertama yang menggunakan solusi yang ditemui oleh Friedmann ini ialah seorang saintis kosmik berbangsa Belgium, Georges Lemaitre (1894-1966). Dengan bergantung kepada solusi-solusi ini, Lemaitre mempertahankan bahawa alam semesta mempunyai permulaan dan ianya secara konstan berkembang seterusnya. Sebagai tambahan, dia menyatakan bahawa sisa radiasi dari saat permulaan ini dapat dikesan. (radiasi ini, yang dinamakan Kosmic Radiation Background) akhirnya di kesan melalui pemerhatian.
Penemuan Big Bang
Kenyataan bahawa alam semesta berkembang mencadangkan satu model yang sangat berbeza dari model 'static universe' yang sebelum ini mengaut sambutan umum. Pengembangan alam semesta menyatakan bahawa, apabila mengembara kembali ke dalam masa, ruang cakerawala akan dibuktikan berasal dari satu titik tunggal.
Pengiraan menunjukkan bahawa 'titik tunggal' ini yang melabuhkan segala material alam semesta seharusnya mempunyai 'isipadu sifar' dan 'kepadatan tidak terhad' (infinite density). Alam semesta ini wujud melalui letupan titik tunggal ini dengan isipadu sifar. Letupan ini dinamakan 'Big Bang' dan teori ini dipanggil berdasarkan letupan ini.
Kamu akan merasa takjub bagaimana satu titik tanpa isipadu, iaitu, tanpa sebarang ruang, dan dengan kepadatan yang tidak terbatas boleh wujud. Sebenarnya, 'satu titik tanpa isipadu dan kepadatan tanpa terhad' adalah satu bentuk ekspresi bersifat teori. Secara saintifik, satu titik yang diterangkan dengan memiliki 'isipadu sifar' adalah bermaksud satu titik tanpa sebarang isipadu. Sebenarnya, satu titik tanpa sebarang isipadu bermaksud bahawa ianya 'tidak wujud'. Oleh hal yang demikian, alam semesta diciptakan wujud dari alam tiada. Fakta ini membatalkan hipotesis materialisme iaitu 'alam semesta telah wujud tanpa permulaan'.
Percubaan 'steady state'
Fred Hoyle
Ahli astronomi yang menganut falsafah materialisme menentang teori Big Bang ini dan mengemukakan pula teori 'steady state'. Punca kepada usaha ini telah di dedahkan di dalam kata-kata A.S Eddington, "secara falsafah, fahaman suatu permulaan yang mendadak kepada alam semulajadi yang ada hari ini adalah menjijikkan bagiku". 3
Ahli matematik dan astronomi terkemuka dunia Sir Fred Hoyle adalah salah seorang yang tidak senang dengan teori Big Bang. Di pertengahan abad itu, Hoyle melaungkan teori 'steady-state', yang serupa dengan konsep 'constant universe' di abad ke 19. Sekalipun dia menerima bahawa alam semesta berkembang, Hoyle mempertahankan bahawa alam semesta tidak terbatas dalam ukuran dan abadi dalam jangka hayat. Berdasarkan kepada model ini, sama seperti pengembangan alam semesta, materi secara mendadak wujud dengan sendiri dan terhad kepada takat yang diperlukannya. Dengan satu tujuan berpura-berpura untuk menyokong 'kewujudan mutlak material' -asas falsafah materialisme- teori ini (steady-state theory) secara total berbeza dengan teori 'Big Bang', yang menyokong bahawa alam semesta mempunyai permulaan.
Golongan yang mempertahankan teori steady-state menolak Big Bang untuk masa yang lama. Dunia sains, akan tetapi berterusan menentang mereka.
Bukti baru bagi Big Bang: Dataran radiasi kosmik (Cosmic Background Radiation)
Pada tahun 1948, George Gamov hadir dengan satu lagi pendapat berhubung dengan Big Bang. Dia menyatakan bahawa selepas pembentukan alam semesta melalui satu letupan yang besar, sisa radiasi yang tertinggal dari letupan ini seharusnya wujud di ruang alam semesta. Bahkan, radiasi ini seharusnya tersebar secara seragam di ruang cakerawala.
George Gamow
Bukti ini yang mana 'seharusnya wujud' akhirnya berjaya ditemui. Pada tahun 1965, dua orang pengkaji bernama Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui gelombang ini. Radiasi ini, yang dinamakan 'cosmic background radiation', sangat berbeza dari sebarang radiasi rawak yang datang dari arah-arah khusus di angkasa lepas. Ianya suatu keseragaman yang luar biasa. Dalam perkataan lain, ianya tidak kelihatan seperti dipancarkan dari sumber tertentu akan tetapi diterap ke seluruh angkasa.
Akhirnya ia difahami bahawa gelombang haba 3 darjah Kelvin berbentuk sekata yang dipancarkan dari seluruh arah di angkasa adalah kesan dari saat pertama fenomena Big Bang. Bahkan, bentuk ini sangat hampir serupa dengan bentuk yang telah diramalkan oleh ahli saintis. Sekalipun mereka hanya mampu untuk membuat pengiraan hanya pada panjang gelombang (gelombang mikro), Penzias dan Wilson telah dianugerahkan Hadiah Nobel kerana menjadi orang pertama yang menunjukkan bukti asal Big Bang ini melalui eksperimen.
Pada tahun 1989, George Smoot dan kumpulan NASA yang diketuainya telah menghantar kapal Cosmic Background Radiation Discovery Satellite (COBE) ke luar angkasa untuk menyelidik radiasi dataran kosmik. Ia hanya mengambil masa selama 8 minit untuk pengesan sensitif di satelit ini mengesahkan pengiraan yang dibuat oleh Penzias dan Wilson. Pengesan ini secara tepat mengesahkan kesan letupan Big Bang yang telah terjadi pada permulaan pembentukan alam cakerawala.
Dianggap sebagai penemuan astronomi paling hebat sepanjang masa, penemuan ini tidak berakhir di sini. Ketika COBE1 dapat mengesan maklumat mengenai suhu pada titik tertentu di angkasa, COBE 2 pula di teruskan, dengan menemui bahawa di sana terdapat satu perbezaan suhu di antara dua titik di ruang angkasa. Ini menunjukkan bahawa haba yang dihasilkan setelah proses Big Bang semakin menyusut. Setelah kejadian ini, banyak saintis menjolokkan kejayaan COBE sebagai 'pengesahan luarbiasa Big Bang'.
Bukti selanjutnya: pemusatan Hidrogen-Helium
Satu lagi bukti penting Big Bang ialah jumlah hidrogen dan helium di ruang angkasa. Berdasarkan pengiraan terbaru, ianya diketahui bahawa pemusatan hidrogen-helium di alam semesta bersamaan dengan pengiraan secara teori pemusatan hidrogen-helium yang terhasil selepas Big Bang.
Seperti yang diketahui umum, bintang-bintang menghasilkan tenaga dengan menukarkan kandungan hidrogennya kepada helium melalui tindak balas nuklear (pelakuran nuklear). Sekiranya alam semesta tidak mempunyai permulaan dan sekiranya ianya wujud tanpa permulaan, maka semua hidrogen yang terdapat di bintang-bintang telah pun habis digunakan dan telah bertukar kepada helium. Akan tetapi, fakta bahawa gas hidrogen di (teras) bintang-bintang belum lagi habis digunakan dan bahawa bebintang masih terus menghasilkan tenaga dengan menukarkan secara berterusan gas ini kepada helium adalah bukti penting bahawa alam semesta bukanlah kekal dan sebenarnya ia mempunyai permulaan.
Kejayaan Big Bang
Semua bukti-bukti ini memaksa teori Big Bang untuk di percayai oleh masyarakat saintifik. Model Big Bang adalah kedudukan terakhir yang dicapai oleh sains dalam pembentukan dan permulaan cakerawala. Bersama-sama dengan Fred Hoyle mempertahankan teori steady-state untuk beberapa tahun, Dennis Sciama menerangkan kedudukan terakhir yang dicapai mereka setelah semua bukti bagi teori Big Bang ditemui. Sciama menyatakan bahawa dia menyertai perdebatan hangat di antara penyokong teori steady-state dan orang yang menguji teori ini dengan harapan mampu menolaknya. Dia menambah bahawa dia mempertahankan teori steady-state bukanlah kerana ia kelihatan seperti benar, tetapi kerana dia berharap ianya menjadi benar. Fred Hoyle berdiri menentang semua tentangan-tentangan ketika mana bukti-bukti menentang teori ini telah tersingkap. Sciama pergi jauh mengatakan bahawa dia permulaannya menyokong Hoyle tetapi, ketika bukti-bukti yang ada telah terkumpul, dia terpaksa untuk mengakui bahawa permainan telah tamat dan bahawa teori steady-state harus disingkirkan.4
Prog. George Abel dari Universiti California juga menyatakan bahawa bukti yang ada hari ini mendedahkan bahawa alam semesta telah wujud berbilion tahun lalu melalui proses Big Bang. Dia mengakui bahawa dia tidak punya pilihan lain selain untuk menerima teori Big Bang. 5
Dengan kejayaan Big Bang, konsep 'keabadian material' yang mendasari falsafah materialisme telah dilontarkan ke dalam timbunan sampah sejarah. Kemudian, apakah yang wujud sebelum Big Bang dan apakah kuasa yang membawa alam semesta kepada 'kewujudan' bersama-sama dengan letupan ini ketika ia masih berada dalam 'ketiadaan'. Soalan ini sudah pastinya menunjukkan, dalam kata-kata Arthur Eddington, suatu fakta yang 'tidak menguntungkan secara falsafah', iaitu, hakikat kewujudan Maha Pencipta. Seorang ahli falsafah terkemuka ateis Antony Flew menawarkan komennya berkenaan isu ini;
Terkenal, pengakuan adalah baik untuk jiwa. Dengan itu saya akan bermula dengan mengakui bahawa ateis Strato telah diaibkan dengan ijmak kosmologi kontemporari. Kerana ia kelihatan bahawa ahli kosmologi menyediakan bukti saintifik terhadap apa yang telah diputuskan oleh St Thomas yang tidak dapat dibuktikan melalui falsafah; iaitu bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Sudah lama alam semesta dianggap sebagai satu kewujudan tanpa pengakhiran, tetapi juga tanpa permulaan. Ianya tetap mudah untuk mendesak bahawa kewujudannya dan apa saja yang ditemui yang menjadi ciri-ciri asasnya seharusnya diterima sabagai satu penjelasan yang mutlak. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa ianya tetap sentiasa benar dan sudah pasti tidak mudah dan tidak selesa untuk mempertahankan kedudukan ini ketika bersemuka dengan Big Bang.6
Kebanyakan saintis yang tidak secara membuta menghindarkan diri mereka dari ateis telah mengakui peranan Pencipta maha besar di dalam penciptaan alam semesta. Sang Pencipta ini semestinya suatu zat yang mencipta materi dan masa, akan tetapi bebas dari keduanya.
Roger Penrose, seorang ahli fizik yang telah melakukan kajian ekstensif berkaitan dengan asal usul alam semesta juga telah menyatakan bahawa cakerawala tidak lah terletak hanya sekadar kebetulan, dan hal ini menunjukan ianya sudah pasti mempunyai suatu tujuan. Bagi sesetengah orang, 'alam semesta adalah sedemikian rupa', dan ianya wujud seadanya. Kita hanya wujud semata untuk meneruskan kehidupan di celah-celah ruang segalanya. Worldview seperti ini tidak akan dapat membantu kita untuk memahami alam semesta. Berdasarkan kepada pandangan Penrose, di sana terdapat banyak hal yang bekerja di dalam alam semesta yang kewujudannya tidak dapat kita fahami hari ini.7
Fakta yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an 14 abad lalu
Untuk meringkaskannya, konklusi yang jelas yang dicapai di dalam bidang astrofizik ialah bahawa keseluruhan alam semesta, bersama-sama dengan materi dan dimensi masanya, hadir untuk wujud di masa sifar bersama dengan satu letupan besar (Big Bang). Sebelum Big Bang, di sana tidak terdapat suatu apa seperti masa. Materi, tenaga, dan masa wujud dari suatu keadaan ketiadaan di mana bukan materi atau pun tenaga atau pun masa yang wujud, peristiwa ini dapat diterangkan hanya secara metafizik. Akan tetapi, hakikat yang hebat yang ditemui oleh fizik moden ini yang baru diketahui di akhir abad ini telah pun dinyatakan kepada kita di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya.
(Dialah) Pencipta langit dan bumi. Surah Al-An'aam; 101.
Teori Big Bang menunjukkan bahawa, pada permulaan, semua objek di dalam alam semesta berada di dalam satu bahagian dan kemudian terpisah. Fakta ini, yang diandaikan oleh teori Big Bang telah pun dinyatakan di dalam Al-Qur'an 14 abad lamanya, ketika mana umat manusia hanya memiliki pengetahuan yang terhad mengenai alam semesta;
Dan apakah orang-orang yang kafir itu tidak mengetahui sesungguhnya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?. Surah al-Anbiya; 30.
Seperti yang dinyatakan pada permulaan bab ini, pengembangan alam semesta adalah satu bukti yang penting bahawa alam semesta telah diciptakan dari tiada. Sekalipun fakta ini, yang telah pun wujud sejak alam semesta diciptakan, masih gagl untuk diketahui oleh dunia sains moden sehinggalah di abad ke 20 ini, Allah memaklumkan kita mengenai hakikat ini di dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu;
Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya. Surah az-Zariyat;47.
Letupan yang Menghasilkan Peraturan
Hakikatnya, Big Bang menyebabkan masalah yang lebih besar kepada golongan ateis dan materialis (kedua-dua istilah ini adalah sama), dari pengakuan di atas yang dibuat oleh ahli falsafah ateis Antony Flew. Big Bang membuktikan bukan sahaja alam semsta sebenarnya diciptakan dari tiada, tetapi juga diciptakan di dalam perancangan yang amat rapi, sistematik dan cara yang terkawal.
Kesempurnaan peraturan yang timbul selepas Big Bang, yang merupakan satu letupan, bagaimanapun seharusnya tidak menghasilkan suatu ketertiban. Semua letupan-letupan yang diperhatikan sering membahayakan, menyebabkan huru-hara, dan kemusnahan. Sebagai contoh, letupan bom atom dan hidrogen, letupan api, gunung berapi, gas semulajadi dan solar semuanya ini mempunyai kesan kemusnahan.
Akan tetapi, sekiranya kita diperlihatkan kepada suatu susunan yang amat rapi yang mengekori suatu letupan, maka kita pasti akan menyimpulkan bahawa di sana ada suatu campurtangan kuasa 'supernatural' di sebalik letupan ini dan bahawa semua serpihan yang bertebaran digerakkan dengan cara yang terkawal.
Kenyataan berikut yang dibuat oleh Sir Fred Hoyle, yang mengakui kesilapannya selepas beberapa tahun berjuang menentang teori Big Bang, menerangkan situasi ini dengan jelas;
Teori Big Bang menyatakan bahawa alam semesta bermula dengan suatu letupan tunggal. Tetapi, letupan hanyalah sekadar memisahkan materi, manakala Big Bang secara misteri menghasilkan suatu kesan yang bertentangan -dengan pembungkusan materi bersama-sama di dalam bentuk galaksi.8
Ketika menyatakan bahawa cara Big Bang yang menghasilkan suatu susunan yang bertentangan, dia mentafsirkan Big Bang dengan menyebelahi materialis dan menganggap bahawa ini adalah suatu 'letupan yang tidak dikawal'. Hakikatnya, bagaimanapun, dia menentang dirinya sendiri dengan membuat kenyatan seperti ini dengan tujuan untuk menyingkirkan kewujudan pencipta, Allah s.w.t. Sekiranya suatu susunan yang rapi timbul sebagai hasil suatu letupan, maka konsep 'letupan tidak dikawal' mesti ditolak dan ianya mesti diterima bahawa letupan ini secara luar biasa dikendalikan.
Susunan ini juga benar bagi semua peristiwa-peristiwa selepas Big Bang. Material yang timbul bersama Big Bang adalah dalam bentuk partikel yang kita panggil 'partikel atom'. Tetapi ini semua - seperti yang dinyatakan oleh Hoyle, secara 'misteri' wujud bersama-sama dan membentuk atom-atom di setiap ruang dan di setiap bahagian alam semeta. Tergubah menjadi susunan yang hebat, semua atom ini kemudian membentuk galaksi-galaksi dengan melonggok di bahagian-bahagian tertentu di ruang semesta. Dalam galaksi-galaksi, bintang galaksi ini membentuk bintang-bintang, dan di sekeliling bebintang ini, sistem bintang dan planet pula wujud. Semua jasad-jasad cakerawala ini terbentuk dengan secara luar biasa. Sekiranya kita memikirkan bahawa di sana lebih kurang 300 bilion galaksi di dalam alam semesta, dan 300 bilion bebintang di dalam setiap satu galaksi ini, kita dapat memahami dengan baik ukuran persoalan keluarbiasaan susunan dan keseimbangan ini.
Kesseimbangan Yang Sempurna
Satu lagi aspek susunan yang menakjubkan yang terbentuk di alam semesta yang terhasil dari fenomena Big Bang ialah penciptaan suatu 'alam semesta yang selamat dihuni'. Syarat-syarat bagi pembentukan suatu planet yang selamat dihuni adalah banyak dan terlalu kompleks yang memustahilkan untuk membuat tanggapan bahawa pembentukan ini adalah sekadar kebetulan.
Paul Davies, seorang profesor terkemuka dalam bidang teori fizik, telah membuat pengiraan bagaimana 'keseimbangan' langkah pengembangan selepas Big Bang, dan dia telah mencapai satu kesimpulan yang menakjubkan. Menurut Davies, sekiranya kadar pengembangan alam semesta selepas Big Bang mempunyai nisbah yang kurang, sekali pun satu dari satu bilion darab dengan satu bilion, tidak ada sejenis bintang yang selamat dihuni akan terbentuk;
Pengiraan yang teliti meletakkan kadar pengembangan amat hampir kepada nilai kritikal di antara alam semesta akan kehilangan gravitinya atau akan terus berkembang. Sedikit perlahan maka kosmos akan roboh, sedikit laju maka material kosmik akan bertebaran lebih jauh. Ianya amat menarik untuk bertanya secara tepat bagaimana getirnya kadar pengembangan begitu 'amat seimbang' untuk jatuh ke dalam satu garis pemisah di antara dua kemusnahan. Sekiranya pada masa I S (yang mana masa jenis pengembangan telah diiktiraf kukuh) kadar pengembangan berbeza dari nilai sebenarnya melebihi 10-18, ia akan mencukupi untuk melontarkan keseimbangan yang teliti ini. Letupan alam semesta yang bertenaga dengan itu berpadanan dengan ketepatan yang hampir sukar untuk dipercayai kepada kuasa pengravitiannya. Big bang bukanlah, secara pembuktian, sebarang letupan usang, tetapi letupan yang dengan indah mengatur magnitud.9
Keseimbangan yang menakjubkan di dalam alam semesta dengan ini diterangkan dalam sebuah majalah saintifik;
Sekiranya kepadatan materi alam semesta terlebih sedikit, maka alam semesta ini, berdasarkan kepada teori relativiti Einstein, akan tidak berkembang disebabkan daya tarikan partikel atom, dan akan roboh semula kepada satu titik. Sekiranya kepadatan pada permulaannya sedikit kurang, maka alam semesta akan berkembang pada kelajuan yang lebih tinggi, dan partikel atom akan gagal untuk terikat dan bertaup antara satu sama lain dan bebintang dan galaksi tidak selamanya akan terbentuk. Secara semulajadi, kita juga tidak akan wujud!!. Berdasarkan kepada pengiraan yang dibuat, perbezaan di antara kepadatan sebenar yang pertama alam semesta dan kepadatan kritikal di balik yang mana di sana tidak ada keserupaan pembentukannya adalah kurang dari satu suku juta yang keseratus. Ini sama seperti meletakkan sebatang pen di hujung matanya dan ia akan tegak berdiri sekalipun setelah satu bilion tahun. Bahkan, keseimbangan ini semakin halus sewaktu alam semesta berkembang.10
Ahli fizik terkemuka Prof. Stephen Hawking menyatakan hal ini mengenai keseimbangan di dalam kelajuan pengembangan di dalam bukunya A Brief History of Time:
Sekiranya kadar pengembangan satu saat setelah Big Bang menjadi lebih kecil sekali pun satu bahagian dari satu ratus ribu juta juta, alam semesta pasti akan roboh sebelum ia mencapai saiz yang ada sekarang.11
Sebagai sambutan terhadap subjek yang menarik ini, Paul Davies menyatakan:
Ianya amat sukar untuk menentang keindahan bahawa struktur alam semesta yang ada hari ini, secara jelas terlalu sensitif terhadap sebarang perubahan kecil, terlalu berhati-hati untuk dihasilkan ...... seolah-olah keselarasan keajaiban nilai-nilai numerik yang ditetapkan oleh alam kepada pemalar asasnya semestinya kekal sebagai bukti yang paling mendesak kepada satu unsur rekaan kosmik.12
Dalam perkaitan dengan set fakta-fakta yang sama, seorang professor Astronomi berbangsa Amerika, George Greenstein menulis dalam bukunya The Symbiotic Universe:
Setelah kita perhatikan semua bukti ini, akal berada dalam keadaan mendesak yang timbul bahawa suatu agen luarbiasa - atau, Agen- semestinya terlibat sama. (dalam pembentukan alam semesta).13
Kita pasti akan menyimpulkan, apabila kita mengkaji kehebatan sistem yang terdapat di alam semesta, bahawa kewujudan alam semesta dan cara berfungsinya yang amat seimbang rapi dan sebuah susunan yang amat kompleks untuk diterangkan dengan kuasa kebetulan. Sebagai bukti, ianya tidak mungkin bagi keseimbangan dan peraturan (hukum alam) ini untuk terbentuk dengan sendirinya dan dengan kebetulan setelah satu letupan besar. Pembentukan peraturan alam seperti ini yang menyertai satu letupan seperti Big Bang hanya mungkin terjadi sebagai suatu hasil campurtangan yang sedar di setiap peringkat. Ini adalah penciptan Allah, yang mencipta alam semesta dari ketiadaan dan yang mengawal dan menjaganya pada setiap saat.
Kehancuran Materialisme
Semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa dakwaan falsafah golongan materialis yang merupakan dogma abad ke 19 telah dibatalkan oleh sains abad ke 20. Dengan menganggap bahawa setiap sesuatu hanyalah kandungan materi semata, materialisme telah membuat kesilapan besar dengan menafikan kewujudan maha Pencipta yang telah menciptakan zat-zat materi dan mentadbirnya. dengan mendedahkan perancangan yang agung, rekaan dan peraturan yang terdapat di dalam sfera material, sains moden telah membuktikan kewujudan maha Pencipta yang mentadbir sfera material bumi, iaitu Allah. Kehebatan rekaan yang kita temui di dalam alam semesta juga wujud di dalam dunia makhluk hidupan, membawa teori evolusi Darwin yang merupakan penyokong paling kuat materialisme dimusnahkan.
Materialisme yang telah memporak perandakan sebilangan besar umat manusia untuk beberapa abad lamanya, bersembunyi di balik topeng 'sains' di abad ke 19. Akan tetapi, di abad ke 21 ini, ia akan dikenang sebagai suatu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan sains. Umat manusia membahayakan dirinya sendiri disebabkan kepercayaan khurafat seperti ini sama seperti dunia yang berada di hujung tanduk lembu, atau ianya akan musnah, dan begitu juga akan halnya yang disebabkan oleh materialisme.

BAB 2
INTIPATI SEBENAR KEBENDAAN
Sesiapa yang merenungi alam sekelilingnya dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan akan menyedari bahawa setiap benda di dunia ini -yang hidup atau tidak hidup- pasti telah dijadikan. Jadi persoalannya ialah"siapakah menjadikan semua benda ini?"
Adalah satu bukti bahawa 'Fakta Penciptaan", yang mendedahkan dirinya dalam setiap aspek kehidupan, tidak mungkin dapat muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, seekor kumbang tidak mungkin dapat mencipta dirinya sendiri. Sistem solar tidak mungkin dapat menjadikan dan menguruskan dirinya. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, manusia, bakteria, erythrocytes (butir darah merah), atau rama-rama tidak mungkin dapat menjadikan diri mereka sendiri. Kemungkinan semuanya ini telah terbentuk "secara kebetulan" adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Kita akhirnya sampai kepada konklusi berikut: setiap apa yang kita lihat telah di jadikan . Tetapi semua yang kita lihat tidak dapat menjadi "pencipta" kepada dirinya. Pencipta adalah berbeza dan lebih tinggi daripada apa yang kita lihat dengan mata kita, satu kuasa teragung yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudan dan kesannya dapat kita rasai pada setiap benda yang wujud.
Pada ketika inilah mereka yang menafikan kewujudan Allah menjadi ragu-ragu. Mereka mensyaratkan tidak akan mempercayai kewujudan-Nya melainkan sekiranya mereka dapat melihatNya dengan mata mereka sendiri. Golongan ini yang mengetepikan hakikat "kejadian", terpaksa menolak kebenaran "kejadian" yang jelas yang terdapat di alam semesta ini dan membuktikan bahawa alam semesta dan semua benda hidup di dalamnya tidak dijadikan. Teori evolusi merupakan satu contoh usaha sia-sia mereka ini.
Asas kesilapan mereka yang menafikan kewujudan Allah telah dikongsi bersama oleh ramai orang yang hakikatnya tidak menolak kewujudan Allah tetapi mempunyai persepsi yang salah terhadapNya. Mereka tidak menolak penciptaan, tetapi mempunyai kepercayaan karut terhadap di mana Allah berada. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa Allah berada di atas "langit". Mereka membayangkan bahawa Allah berada di sebalik sebuah planet yang amat jauh dan sesekali terganggu dengan "perkara-perkara duniawi". Atau mungkin dia tidak langsung terganggu; Dia menjadikan alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri dan manusia dibiarkan untuk berhadapan dengan takdir mereka sendiri.
Walaupun sesetengah mereka pernah mendengar bahawa di dalam Al-Qur'an telah tertulis bahawa Allah berada "di mana-mana", tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan maksudnya yang sebenar. Mereka beranggapan Allah berada di sekeliling seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak dapat dilihat.
Bagaimanapun, fahaman dan kepercayaan yang tidak dapat menjelaskan di mana Allah berada (dan mungkin kerana itu mereka menafikanNya), semuanya berasaskan kepada satu kesilapan yang sama. Mereka berpegang kepada satu prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian membawa kepada pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini?
Prejudis ini berkaitan dengan natural dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dilazimkan dengan andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud atau pun hanya sekadar bayangan. Sains moden telah memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan realiti yang sangat penting dan diperlukan. Di dalam helaian berikutnya, kami akan cuba menjelaskan realiti hebat ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an.
Dunia Isyarat Elektrik
Segala maklumat yang kita terima tentang dunia ini telah dihantar kepada kita melalui lima pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah bergantung kepada apa yang mata kita lihat, tangan kita yang menyentuh, hidung kita yang menghidu, lidah kita yang merasa, dan telinga kita yang mendengar. Kita tidak pernah terfikir bahawa dunia "luar" adalah berbeza daripada apa yang disampaikan oleh pancaindera kepada kita, memandangkan kita hanya bergantung kepada pancaindera ini semenjak kita dilahirkan.
Penyelidikan terkini di dalam bidang-bidang sains yang berbeza, bagaimanapun telah menemui satu pemahaman yang berbeza dan menyebabkan keraguan yang serius terhadap pancaindera kita dan dunia yang kita lalui kini.
Permulaan bagi pendekatan ini ialah bahawa kepercayaan kepada satu "dunia luar" yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah respons yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik. Kemerahan epal, kekerasan kayu, begitu juga ibu kamu, ayah, keluarga, dan segala apa yang kamu miliki, rumah kamu, kerja dan barisan-barisan buku ini hanyalah isyarat elektrik semata-mata.
FrederickVester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:
Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan", nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini .1
Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:
Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang dilihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita ….Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita.2
Untuk menjelaskan lagi subjek ini, mari kita kaji pancaindera penglihatan kita yang memberikan kita maklumat-maklumat yang paling ekstensif tentang dunia luar.
Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini di terima sebagai sebuah imej di pusat ini yang terletak di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya.
Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dngan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin itu, bahagian dalam otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.
R.L.Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan ini:
Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan satu keajaiban.3
Situasi yang sama juga berlaku kepada semua pancaindera kita yang lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke otak sebagai isyarat elektrik dan di terima di pusat otak.
Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menhantarnya ke telinga tengah; telinga tengah memancarkan getaran bunyi kepada telinga dalam dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarnya ke isyarat elektrik. Seperti mata, perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran di dalam otak. Otak tidak menerima bunyi seperti mana ia tidak menerima cahaya. Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah amat sunyi.
Namun begitu, walau bunyi yang sangat halus sekali pun dapat di terima di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ini seorang yang sihat dapat mendengar segala-galanya tanpa sebarang bunyi gemersik atau gangguan. Di dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang sesak dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam frekuensi yang luas, daripada bunyi gemersik sehelai daun sehingga desingan sebuah jet. Tetapi, sekiranya tahap bunyi di dalam otak kamu di sukat dengan sebuah alat penyukat yang sensitif pada waktu tersebut, akan didapati ia berada di dalam keadaan yang paling senyap.
Persepsi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanila atau sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di dalam rerambut halus di kawasan epitelium hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas. Tindak balas ini dihantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima sebagai bau. Semua yang kita hidu, yang wangi atau busuk, tidak lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik. Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sendiri sebenarnya tidak pernah mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi, apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek luar sejak kamu dilahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-syarat elektrik yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu.
Biasanya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian lidah depan manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit. Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Isyarat-isyarat ini di terima sebagai rasa oleh otak. Rasa yang kamu dapati ketika memakan sebatang coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak. kamu tidak akan dapat mencapai objek luar, kamu tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus, maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.
Dan di sini satu fakta menarik: kita tidak dapat memastikan persamaan yang kita rasai ketika kita mencuba sejenis makanan dan apa yang orang lain rasa apabila mencuba jenis makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita mendengar suatu bunyi dan apa yang orang lain terima apabila dia mendengar bunyi yang sama. Lincoln Barnett menyatakan bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau mendengar not C seperti yang diterimanya.4
Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat -maklumat yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek telah dihantar ke otak oleh saraf deria di atas kulit. Rasa sentuhan terbentuk di otak kita. Bertentangan dengan kepercayaan
umum, tempat di mana kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit, tetapi kita menerimanya di dalam pusat sentuhan di dalam otak kita. Hasil daripada tafsiran terhadap simulasi elektrik yang datang daripada objek kepadanya, kita merasa sentuhan yang berbeza mewakili objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, atau kepanasan atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini. Berkaitan dengan fakta ini, dua orang ahli falsafah yang terkenal, B. Russell dan L.Wittgeinstein telah memberikan pendapat mereka seperti berikut:
Sebagai contoh, samada sebiji lemon benar-benar wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud tidak dapat dipersoalkan dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan dengan lidah, sertu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna dan bentuk yang dikesan oleh mata; dan hanya sifat-sifat ini sahajalah yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak akan dapat mengetahui dunia fizik.5
Adalah mustahil untuk kita mencapai dunia fizikal. Semua objek-objek di sekeliling kita adalah satu himpunan persepsi seperti melihat, mendengar, dan menyentuh. Dengan memproses data-data di pusat penglihatan dan di pusat-pusat deria yang lain, otak kita, sepanjang hidup, tidak pernah berhadapan dengan kewujudan "asal" yang berada di luar kita tetapi dengan salinan yang terbentuk di dalam otak kita. Pada peringkat inilah, kita tersalah anggap dengan menyangka bahawa salinan-salinan ini adalah benda-benda asal di luar kita.
"Dunia Luar" Di Dalam Otak Kita
Sebagai hasil daripada penyelidikan saintifik fakta fizikal yang telah disebutkan setakat ini, kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut: semua yang kita lihat, sentuh, dengar, dan terima sebagai "benda","dunia ini", atau "alam semesta", adalah tidak lebih daripada isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak kita
Seseorang yang memakan sebiji buah, sebenarnya tidak berhadapan dengan buah tersebut tetapi dengan persepsinya di dalam otak. Objek yang dianggap sebagai "buah" oleh individu tersebut sebenarnya adalah teraan elektrik di dalam otak yang berkaitan bentuk rasa, bau, dan tekstur buah tersebut. Sekiranya, saraf rasa yang bersambung dengan otak diputuskan secara tiba-tiba, imej buah tersebut akan hilang secara mendadak. Atau berlaku pemutusan di dalam saraf yang menghubungkan deria di dalam hidung kepada otak, maka ia akan mengganggu deria bau. Ringkasnya, buah tersebut tidak lebih daripada tafsiran isyarat elektrik yang dilakukan oleh otak.
Satu lagi fakta yang perlu diambil kira iaitu deria jarak. Jarak, seperti jarak di antara kamu dengan buku ini, hanyalah satu perasaan kekosongan yang terbentuk di dalam otak kamu. Objek yang kelihatan berjarak pada pandangan seseorang juga wujud di dalam otak. Sebagai contoh, seorang yang melihat bintang-bintang di langit beranggapan bahawa ia terletak berjuta-juta tahun cahaya daripadanya. Tetapi, apa yang "dilihatnya" adalah bintang-bintang di dalam dirinya, di pusat penglihatannya. Apabila kamu membaca barisan ini, kamu sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu jangkakan; tetapi, sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Kamu melihat badan kamu dan menyangka kamu berada di dalamnya. Tetapi kamu perlu ingat bahawa badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di di dalam otak kamu.
Perkara yang sama berlaku kepada semua persepsi kamu yang lain. Misalnya, apabila kamu fikir kamu mendengar bunyi televisyen di bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami bunyi tersebut di dalam otak kamu. Kamu boleh samada membuktikan bahawa terdapatnya sebuah bilik lain di sebelah kamu, atau membuktikan bahawa bunyi tersebut datang dari televisyen di bilik itu. Bunyi yang kamu sangka datang beberapa meter daripada kamu dan perbualan seseorang yang hampir dengan kamu telah diterima di dalam pusat pendengaran yang hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kamu. Di antara ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri, depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kamu dari kanan, kiri, atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya bunyi.
Bau yang kamu terima juga seperti itu; tetapi, seperti imej sekuntum bunga ros di dalam pusat penglihatan kamu, begitu juga bau bunga ros ini di dalam pusat bau kamu: tidak ada bunga ros atau bau yang mewakilinya di luar sana.
"Dunia luar" yang disampaikan kepada kita oleh persepsi kita sebenarnya adalah himpunan isyarat-isyarat elektrik yang sampai ke otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal benda yang wujud di dalam "dunia luar". Kita tersalah anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui deria-deria kita.
Bahkan, otak kita sebenarnya yang mentafsirkan dan memberikan makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai "dunia luar". Sebagai contoh, mari kita perhatikan deria pendengaran. Sebenarnya, otak kamu yang mengubah gelombang bunyi di "dunia luar" ini kepada satu simfoni. Dengan kata lain, muzik juga adalah satu persepi yang dicipta oleh otak. Dengan cara yang sama juga, kita melihat warna, apa yang tiba ke mata kita adalah isyarat elektrik daripada jarak-jarak gelombang yang berbeza. Sekali lagi otak kamu yang menukarkannya kepada warna. Tidak ada sebarang warna di dalam "dunia luar". Samada ada epal merah atau langit biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya untuk menjadi sebegitu. "Dunia luar" bergantung sepenuhnya kepada penerima.
Sedikit kerosakan kecil pada retina mata boleh menyebabkan rabun warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, merah sebagai biru, dan beberapa warna lain sebagai tona-tona kelabu yang berbeza. Pada peringkat ini adalah tidak penting samada objek di luar berwarna atau pun tidak.
Seorang pemikir terkenal, Berkeley menerangkan fakta ini seperti berikut;
Pada mulanya, dipercayai bahawa warna, bau, dan sebagainya adalah"benar-benar wujud", tetapi kemudiannya pandangan ini telah ditolak, dan didapati bahawa ia hanya wujud bergantung kepada pancaindera-pancaindera kita.6
Kesimpulannya, kita melihat satu objek berwarna bukan kerana ia mempunyai warna atau kerana ia mempunyai bahan sokongan kewujudan di luar kita. Benda yang sebenar ialah segala kualiti yang kita gambarkan kepada objek-objek sebenarnya berada di dalam diri kita dan bukannya di "dunia luar".
Oleh itu, apa yang tinggal pada"dunia luar"?
Apakah Kewujudan "Dunia Luar"Perlu?
Setakat ini kita bercakap berulang kali tentang sebuah"dunia luar" dan sebuah dunia persepsi yang terbentuk di dalam otak kita, yang akhir adalah yang dapat kita lihat. Tetapi memandangkan kita tidak dapat mencapai "dunia luar", jadi bagaimana kita dapat pastikan bahawa dunia seperti itu benar-benar wujud?
Sebenarnya kita tidak boleh. Memandangkan setiap objek hanyalah satu himpunan persepsi dan persepsi-perspsi ini hanya wujud di dalam minda kita, lebih tepat untuk mengatakan satu-satunya dunia yang benar-benar wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah dunia yang wujud di dalam minda kita: dunia yang dibentuk, dirakamkan dan dijadikan terang di sini; dunia yang dicipta di dalam minda kita. Hanya dunia ini yang kita pasti kewujudannya.
Kita tidak akan dapat membuktikan baahawa persepsi yang kita lihat di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan. Persepsi-persepsi ini mungkin datang daripada sumber-sumber "tiruan".
Hal ini dapat diperhatikan. Simulasi yang salah dapat menghasilkan di dalam otak kita sepenuhnya bayangan "dunia material". Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat rakaman yang dapat merakamkan segala isyarat elektrik. Pertama, kita hantarkan semua data-data yang berkaitan dengan sebuah latar (termasuk imej badan) ke alat ini dengan menukarkannya kepada isyarat-isyarat elektrik. Kedua, bayangkan kamu dapat pisahkan otak kamu daripada badan. Akhirnya, kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi sebagai saraf dan menghantar data-data yang telah dirakam ke otak. Pada peringkat ini, kamu akan merasa seolah-olah kamu berada di sebuah latar tiruan. Misalnya, kamu akan mudah mempercayai bahawa kamu sedang memandu laju di lebuh raya. Adalah tidak mustahil untuk memahami bahawa kamu tidak memiliki apa-apa melainkan otak kamu sahaja. Ini adalah kerana apa yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah dunia di dalam otak kamu bukanlah sebuah dunia yang sebenar, tetapi sebuah simulasi. Tidak mustahil simulasi-simulasi ini datangnya daripada sumber tiruan, seperti sebuah perakam.
Berkaitan dengan perkara ini, seorang ahli falsafah sains terulung, Bertrand Russell menulis;
Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita, yang terbentuk, menurut ilmu fizik moden oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di hujung jari kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama, walaupun sebenarnya tidak ada meja.7
Adalah amat mudah bagi kita untuk diperdaya di dalam persepsi pasif seperti benar tanpa sebarang material berkaitan. Kita sering mengalami perasaan ini di dalam mimpi-mimpi kita. Di dalam mimpi, kita mengalami peristiwa, melihat manusia, objek dan latar yang kelihatan seperti betul. Akan tetapi, ia tidak lebih daripada persepsi-persepsi .Tidak ada perbezaan asas di antara mimpi dan "dunia sebenar"; kedua-duanya berlaku di dalam otak.
Siapa Penerima
Seperti yang telah kita terangkan setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan kita menggelarnya "dunia luar" telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting: Sekiranya semua peristiwa-peristiwa fizikal yang kita ketahui adalah semata-mata persepsi, bagaimana pula dengan otak kita? Memandangkan otak kita juga adalah sebahagian daripada dunia fizikal seperti tangan, kaki, atau objek-objek lain, ia juga sepatutnya adalah sebuah persepsi, seperti objek-objek lain
Sebuah contoh tentang mimpi dapat menerangkan subjek ini dengan lebih jelas lagi. Mari kita anggapkan kita melihat mimpi di dalam otak kita berdasarkan apa yang telah kita perkatakan setakat ini. Di dalam mimpi kita akan memiliki badan khayalan, tangan khayalan, mata khayalan, dan otak khayalan. Sekira ketika bermimpi kita ditanya, "Di mana kamu melihat?", kita akan menjawab ,"Saya melihat di dalam otak". Tetapi, sebenarnya tidak ada otak untuk diperkatakan, tetapi hanya kepala dan otak khayalan, Yang melihat imej tersebut bukannya otak khayalan di dalam mimpi, tetapi satu "kewujudan" yang jauh lebih "tinggi".
Kita tahu bahawa di sana tidak ada perbezaan fizikal di antara latar sebuah mimpi dan latar yang kita namakan dunia sebenar. Oleh itu, apabila kita ditanya di latar yang kita gelar dunia sebenar soalan di atas, "Di mana kamu melihat", adalah tidak bererti sekiranya kita menjawab "Di dalam otak saya" seperti dalam contoh di atas. Di dalam kedua-dua keadaan (dunia sebenar dan mimpi), entiti yang melihat dan menerima bukannya otak, yang hanya merupakan selonggok daging.
Apabila otak dianalisis, nampaknya tidak ada pun di dalamnya melainkan molekul-molekul lipid dan protein, yang juga wujud di dalam organisma-organisma lain. Ini bererti di dalam secebis daging yang kita gelar "otak ", tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diri sendiri".
R.L. Gregory merujuk kepada kesilapan masyarakat lakukan berkaitan dengan persepsi imej di dalam otak:
Terdapat satu pandangan yang perlu dijauh, iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya -tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya ……dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil.8
Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakah "mata dalaman" yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertindak balas?
Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima:
Sejak zaman Greek, para ahli falsafah telah memikirkan tentang "hantu di dalam mesin", "manusia kecil di dalam manusia kecil'dan sebagainya. Di manakah "saya", orang yang menggunakan otaknya? Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui? seperti yang dinyatakan oleh Saint Francis dari Assisi*, kita mengkaji apa yang kita lihat.9
*Assisi-nama sebuah bandar di Umbria, kawasan tengah itali, tempat kelahiran st Francis
Sekarang fikirkan: Buku di dalam tangan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya, semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih, dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?
Apabila kita memikirkan persoalan-persoalan ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada deria dalam mencari kehendak di dalam atom. Jelas bahawa kewujudan yang melihat, mendengar, dan merasa adalah melampaui kewujudan kebendaan. Kewujudan ini "hidup"dan ia bukannya kebendaan atau imej kebendaan. Kewujudan ini bersekutu dengan persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.
Kewujudan ini adalah "roh"
Agregat persepsi-persepsi ini yang kita gelar "dunia material" adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita adalah tidak benar, alam semesta yang kita diami dan tubuh badan yang kita miliki juga tidak mempunyai realiti material.
Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mempunyai persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Kewujudan bijak yang menulis dan membaca barisan-barisan ini bukan hanya sebuah himpunan atom-atom dan molekul-molekul -dan reaksi kimia di antaranya -tetapi sebuah" roh".
Kewujudan Yang Sebenar
Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu, apakah sumber persepsi-persepsi ini?
Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: Benda tidak mempunyai sebuah kawalan -kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang "tiruan". Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah di sebabkan oleh kuasa lain,dengan kata lain ia pasti telah dijadikan. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?.
Ini membuktikan dengan jelas kewujudan sang Pencipta yang Agung, yang telah menjadikan seluruh alam material, iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan yang meneruskan penciptaan-Nya tanpa henti. Memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya Dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.
Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan Dirinya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.
Pencipta ini ialah Allah ,dan kitab tersebut ialah Al-Qur'an.
Kenyataan bahawa langit dan bumi ini, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaan-Nya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia maha penyabar, lagi maha pengampun. (Surah Fathir:41)
Seperti yang telah kita sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada "di luar" daripada dunia material ini, berada di sebuah tempat yang jauh. Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini.
Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan hanya terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud: Segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada "di mana-mana"dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam Al-Qur'an seperti berikut:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap hidup, yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaaan-Nya). (Surah al-Baqarah: 225)
Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam ayat lain seperti berikut:
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah ) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah maha luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya ), lagi sentiasa mengetahui. (surah al-Baqarah:115)
Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah diciptakanNya di dalam apa juga bentuk. Di dalam Al-Qur'an, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut:
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata). (surah al-An'aam:103)
Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita, tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran. Kita tidak dapat melafazkan sepatah perkaataan tanpa pengetahuan-Nya, begitu juga apabila kita menarik nafas.
Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi adalah Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam Al-Qur'an menerangkan realiti ini:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaff: 16)
Apabila seseorang menyangka bahawa badannya dibina daripada "benda", dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai "dirinya", maka kawasan luar yang dianggarkanya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada apa-apa pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, maka konsep luar, dalam, atau dekat, telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia "sangat hampir" kepada mereka.
Allah memaklumkan kepada manusia bahwa Dia adalah "sangat hampir" kepada mereka di dalam ayatnya berikut:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). (surah al-Baqarah:186)
Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut:
Dan (ingatlah) ketika kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya). (surah al-Israa:60)
Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya Allah, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ini di dalam ayat-Nya:
Maka mengapa ketika nyawa samapai kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (surah Al-Waqi'ah:83-85)
Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia tidak menyedari fenomena ini kerana mereka tidak melihatnya sendiri.
Di sudut lain pula, adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih daripada kewujudan khayalan, untuk mempunyai kekuasaan dan kehendak melebihi Allah. Sepotong ayat Al-Qur'an: "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" (surah As-Saaffat:96) menunjukkan bahawa segala apa yang kita alami berlaku di bawah kawalan Allah. Di dalam Al-Qur'an realiti ini dinyatakan di dalam ayat; Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), (surah al-Anfal:17) Ia menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada Allah. Memandangkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka adalah mustahil bagi dirinya untuk melakukan perbuatan melempar itu sendiri. Realitinya, Allah yang menjalankan semua perbuatan. Oleh itu, apabila seseorang yang merasakan perbuatannya adalah milikya, ternyata dia hanya menipu dirinya sendiri.
Inilah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Allah; tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan tentunya penafian yang bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah.
Segala Yang Kamu Miliki Adalah Ilusi
Telah menjadi satu fakta sains dan mantik bahawa "dunia luar" tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah satu himpunan imej-imej yang Allah perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak termasuk atau tidak mahu termasuk di dalam konsep "dunia luar".
Sekiranya kamu memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kamu akan menyedari bahawa rumah kamu, semua perabot yang berada di dalamnya, kereta kamu - yang mungkin baru dibeli, pejabat kamu, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan, dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan dunia luar ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat, dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di sekeliling adalah sebahagian darpada "dunia khayalan" ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi yang kamu duduki sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman kamu yang subur, komputer yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia……
Ini adalah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej yang dijadikan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam Al-Qur'an :
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baik (iaitu syurga). (surah Ali Imran:14)
Kebanyakan manusia menolak agama mereka ke tepi demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk harta benda yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan kepada dunia ini dan mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan "kecantikan dan keindahan" wajah kehidupan dunia ini, sehingga gagal untuk mendirikan sembahyang, menderma kepada orang-orang miskin, dan mengerjakan ibadat sehingga menyebabkan mereka mara di hari kemudian dan berkata (berdalih) "saya ada kerja lain yang perlu dibuat", "saya ada idea", "saya ada tanggungjawab" , "saya tidak mempunyai masa yang mencukupi" , "saya ada perkara yang perlu diselesaikan" , "saya akan melakukannya di kemudian hari". Mereka menggunakan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. Pemahaman yang salah ini telah dijelaskan di dalam ayat;
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (surah ar-Ruum:7).
Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya fakta bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa megah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan mereka, tubuh-tubuh mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di tempat yang tinggi sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada ilusi. Oleh iu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah dihabiskan, dan perasaan tamak terbukti sebagai tidak berguna.
Kerana itu sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan "kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah-rumah mewah dan tanah" seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka yang terdiri daripada golongan benda yang berjalan mundar-mandir di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta mereka, asyik memperkatakan tentang kekayaan mereka, menyangka bahawa kedudukannya adalah lebih tinggi daripada orang lain dan asyik merasakan bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, patut memikirkan di manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.
Sebenarnya, pemandangan-pemandangan ini telah dilihat beberapa kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung, dan emas dan perak yang menggunung. Di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai orang, memakai pakaian yang menyebabkan orang lain tertarik dengannya …..Sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan kedudukannya di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang dilihatnya di dalam mimpinya dan apa yang dialaminya di dalam dunia ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya.
Begitu juga bagaimana manusia bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain, serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua di dalam mimpi.
Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah jugalah Pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di dalam Al-Qur'an:
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuan-Nya dan kekuasaan-Nya) akan tiap-tiap sesuatu.(surah An-Nisaa:126)
Adalah suatu kebodohan yang jelas untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan khayalan sehinggah menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkat di syurga.
Pada peringkat ini, satu fakta perlu ditegaskan: bukanlah yang dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan bahawa "segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, semuanya ini tidak beerti". Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah "segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali, tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu". Seperti yang dapat kamu saksikan terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kenyataan ini.
Walaupun seseorang tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar wujud, tetapi dia akhirnya akan mati dan di hari kemudian dia akan menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah dijadikan. Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".(surah Qaff:22), dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan lebih jelas.Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata:
"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi);" Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membelah diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku". (surah Al-Haaqqah:27-29)
Apa yang perlu dilakukan oleh orang yang bijak ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara masih berpeluang. Jika tidak, dia hanya menghabiskan seluruh hidupnya dengan mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat yang mengecewakan. Di dalam Al-Qur'an keadaan orang-orang yang mengejar ilusi-ilusi (atau fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka, telah dijelaskan seperti berikut:
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju k arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak dapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (surah An-Nuur:39)
Kecacatan logik materialis
Pada permulaan bab ini lagi telah dinyatakan bahawa material bukanlah kewujudan yang sebenar seperti yang didakwa oleh para materialis, tetapi sebaliknya ia adalah satu himpunan deria-deria yang Allah jadikan. Para materialis menentang bermati-matian realiti bukti yang akan memusnahkan falsafah mereka dan mengemukakan satu percanggahan yang tidak berasas.
Sebagai contoh, salah seorang pembela falsafah materialistik yang terkenal di abab ke-20, seorang yang bersemangat Marxis, George Politzer, memberikan "contoh bas" sebagai "bukti paling hebat" terhadap kewujudan kebendaan. Menurut Politzer, ahli-ahli falsafah yang menyatakan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi juga tetap melarikan diri apabila melihat bas dan ini merupakan bukti kewujudan fizikal kebendaan.10
Apabila seorang lagi materialis, Johnson, diberitahu bahawa kebendaan adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi, beliau cuba "membuktikan" kewujudan fizikal seketul batu dengan menendangnya.11
Sebuah contoh yang sama telah diberikan oleh Friederich Engels, mentor bagi Politzer dan pengasas materialisme akliah bersama dengan Marx, yang telah menulis, "sekiranya kek yang kita makan adalah sebuah perseepsi, ia tidak akan dapat menghilangkan kelaparan kita".12
Terdapat beberapa contoh dan kenyataaan seperti "kamu akan memahami kewujudan kebendaan apabila kamu ditempeleng di muka", di dalam buku-buku para materialis yang terkenal seperti Marx, Engels, Lenin dan lain-lain.
Pemahaman yang salah yang memberi ruang kepada contoh-contoh para materialis ini ialah tafsiran mereka yang menjelaskan "kebendaan sebagai sebuah persepsi" sebagai "kebendaan sebagai satu penipuan cahaya". Mereka beranggapan bahawa konsep persepsi hanya berkaitan dengan tanda dan persepsi seperti menyentuh yang mempunyai kaitan fizikal. Sebuah bas yang melanggar seorang lelaki menyebabkan mereka berkata: "lihat, ia berlanggar, oleh itu, ia bukannya sebuah persepsi". Apa yang mereka tidak fahami ialah semua persepsi yang dialami ketika sebuah bas berlanggar seperti kekerasan, pertembungan dan kesakitan adalah terbentuk di otak.
Contoh Mimpi
Contoh terbaik untuk menjelaskan realiti ialah mimpi. Seseorang dapat mengalami satu peristiwa dengan begitu realistik di dalam mimpinya. Dia boleh jatuh daripada tangga dan patah kaki, mengalami kemalangan kereta yang teruk, terperangkap di bawah bas, atau makan kek dan merasa kenyang. Peristiwa-peristiwa yang dialami di dalam kehidupan seharian kita juga dialami di dalam mimpi dengan keyakinan dan perasaaan yang sama kepada kita.
Seorang lelaki yang bermimpi dirempuh oleh sebuah bas mungkin akan terjaga di sebuah hospital yang juga di dalam mimpi dan menyedari bahawa dia telah lumpuh, tetapi ini hanyalah sebuah mimpi. Dia juga mingkin bermimpi bahawa dia telah mati di dalam sebuah kemalangan kereta dan malaikat telah mengambil nyawanya, dan kehidupannya di hari kemudian telah bermula. (Peristiwa ini juga berlaku dengan keadaan yang sama di dalam kehidupan ini, yang hanya merupakan sebuah persepsi sama seperti mimpi.)
Lelaki ini menerima dengan jelas imej, bunyi, rasa kekerasan, cahaya, warna dan semua perasaan yang berkaitan dengan peristiwa yang dialaminya di dalam mimpinya. Persepsi yang diterimanya di dalam mimpi adalah natural sama seperti yang berada di kehidupan "asal". Kek yang dimakannya di dalam mimpi mengenyangkannya walaupun ia hanyalah sebuah persepsi, kerana merasa kenyang juga adalah sebuah prsepsi. Tetapi, di dalam realiti, lelaki ini sedang berbaring di atas katilnya. Tidak ada tangga, tidak ada trafik, tidak ada bas untuk dilihat. Lelaki yang bermimpi ini mengalami dan melihat persepsi-persepsi dan perasaan-perasaaan yang tidak wujud di dunia luar. Kenyataan bahawa di dalam mimpi, kita mengalami, melihat dan merasa peristiwa tanpa hubungan dengan "dunia luar", menunjukkan dengan jelas bahawa "dunia luar"hanyalah kandungan persepsi-persepsi
Mereka yang mempercayai falsafah materialis, dan Marxisme akan marah apabila mereka diberitahu tentang realiti ini, iaitu intipati sebenar kebendaan. Mereka akan memetik contoh-contoh daripada pemikiran dangkal Marx, Engels, atau Lenin dan memberikan pengakuan yang emosional.
Bagaimanapun, mereka juga perlu berfikir bahawa mereka juga boleh membuat pengakuan ini di dalam mimipi mereka. Di dalam mimpi, mereka juga boleh membaca "Das Kapital", menyertai perjumpaan, bertempur dengan polis, dipukul di kepala, bahkan, merasai kesakitan luka tersebut. Apabila mereka ditanya di dalam mimpi-mimpi mereka, mereka akan merasakan bahawa apa yang telah mereka alami di dalam mimpi juga terdiri daripada "kebendaan". Tetapi, samada ianya di dalam mimpi atau dalam kehidupan sebenar, segalanya yang mereka lihat, alami, atau rasa hanya terdiri daripada persepsi-persepsi.
Contoh Sambungan Saraf Selari
Ma ci. Fakta ini, yang telah dibuktikan oleh sains abab ke-20 khususnya oleh fizik, menunjukkan dengan jelas bahawa kebendaan tidak mempunyai realiti dan semua orang sebenarnya sedang menonton "monitor di dalam otaknya".
Semua orang yang mempercayai sains, samada dia seorang Buddha atau seorang ateis, atau siapa sahaja yang berpegang kepadaa pandangan-pandangan lain, perlu menerima kenyataan ini. Seorang materialis mungkin dapat menafikan kewujudan Seorang Pencipta, tetapi dia tidak dapat menafikan realiti saintifik ini.
Ketidakupayaan Karl Marx, Friederich Engels, George Politzer dan mereka yang lain di dalam memahami satu fakta yang ringkas dan jelas ini masih amat mengejutkan walau pun tahaf pemahaman dan keupayaan sains pada zaman mereka masih tidak mencukupi. Pada zaman kita, sains dan teknologi telah maju dan penemuan-penemuan terkini telah membuatkan ianya mudah untuk memahami fakta ini. Sebaliknya, materialis merasa amat takut untuk memahami fakta ini, kerana mereka sedar bagaimana ia akan memusnahkan falsafah mereka.
Ketakutan Materialis
Untuk beberapa ketika, tidak ada jawapan balas yang bersungguh-sungguh datang daripada golongan materialis Turki menentang subjek seperti yang dibentangkan di dalam buku ini, iaitu, kenyataan bahawa kebendaan hanyalah sebuah persepsi. Ini menyebabkan kami merasakan mereka masih belum jelas dengan tujuan kami dan ia memerlukan penjelasan yang lebih terang. Tetapi, tidak berapa lama kemudian, telah terbukti para materalis tidak merasa senang dengan populariti subjek ini dan lebih daripada itu, merasa amat takut dengan perkara ini.
Untuk beberapa lama, para materialis telah mengumumkan ketakutan dan perasaan panik mereka di dalam penerbitan, persidangan dan panel anjuran mereka. Hasutan dan hujah-hujah mereka yang tidak bermaya menunjukkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis intelektual yang parah. Kemusnahan secara saintifik teori evolusi, yang menjadi asas falsafah mereka, telah memberikan kejutan yang bersangatan kepada mereka. Sekarang mereka menyedari bahawa mereka sendiri telah mula kehilangan kebendaan itu sendiri, yang merupakan tulang belakang mereka yang lebih hebat daripada Darwisnisme, dan mereka telah mengalami kejutan yang paling dahsyat. Mereka mengisytiharkan isu ini sebagai "ancaman terbesar'" kepada mereka dan ia akan "memusnahkan penipuan kultur mereka".
Salah seorang yang menunjukkan perasaan kebimbangan dan panik golongan materialis dengan cara yang paling jelas ialah Renan Pekunlu, seorang ahli akademik dan penulis Bilim ve Utopa (Sains dan Utopia) yang menyeru tanggungjawab untuk mempertahankan materialisme. Di dalam artikel yang ditulisnya Bilim ve Utopya dan panel yang disertainya, Pekuntu mengemukakan buku Evolution Deceit sebagai ancaman nombor satu kepada materialisme. Apa yang merisaukan Pekuntu lebih daripada bab yang membatalkan Darwinisme ialah bahagian yang sedang kamu baca ini, Kepada para pembaca dan (beberapa) audiens, Pekunlu menyampaikan pesanan "jangan biarkan diri kamu hanyut dengan pendoktrinan idealisme dan tetapkan kepercayaan kamu kepada materialisme", dan menunjukkan Vladimir I. Lenin, ketua revolusi berdarah Rusia, sebagai rujukan. Menasihatkan siapa sahaja supaya membaca buku lama Lenin bertajuk Materialism and Empirio-Critism, apa yang dilakukan oleh Pekunlu ialah mengulangi semula kenyataan Lenin "jangan fikirkan isu ini, atau kamu akan kehilangan jejak materialisme dan dihanyutkan oleh agama". Di dalam sebuah artikel yang ditulisnya di dalam terbitan awal, beliau telah memetik ayat-ayat berikut daripada Lenin:
Sekali kamu menafikan realiti objektif, yang memberikan kita persepsi, kamu telah pun kehilangan segala senjata untuk menentang fideisme*, apabila kamu telah tergelincir kepada agnostisme* atau subjektivisme*- dan itulah yang fideisme perlukan. Satu cangkuk tersangkut, dan burung akan terlepas. Dan Marchist kita telah terjebak di dalam idealisme, iaitu, di dalam cecair fideisme yang bijak; mereka jadi terjebak apabila mereka mengambil "persepsi" bukan sebagai imej dunia luar tetapi sebagai satu "elemen" khas. Ia bukan persepsi sesiapa, bukan minda sesiapa, bukan roh sesiapa bukan kehendak sesiapa.14
Kenyataan ini menunjukkan fakta yang Lenin telah sedari dan ingin membuangnya daripada mindanya dan minda "rakan-rakan" nya menggangu golongan materialis kini di dalam cara yang sama. Bagaimanapun, Pekunlu dan para materialis lain menghadapi kesedihan yang hebat; kerana mereka menyedari bahawa fakta ini kini telah menjadi lebih jelas, pasti dan meyakinkan berbanding 100 tahun dahulu. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah dunia, subjek ini telah dijelaskan dengan cara yang paling menarik.
Walaubagaimanapun, gambaran asasnya ialah bahawa sejumlah besar para materialis masih mengambil kedudukan yang dangkal menentang kenyataan bahawa "kebendaan tidak lebih daripada ilusi". Subjek yang dijelaskan di dalam bab ini merupakan subjek paling penting dan paling menarik yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya. Tidak ada peluang bagi mereka untuk berdepan dengan sebuah subjek yang begitu genting sebelum ini. Tetapi, reaksi saintis-saintis atau gaya yang mereka gunakan di dalam ucapan-ucapan dan artikel-artikel mereka masih menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pemahaman mereka.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa reaksi sebahagian materialis di dalam subjek yang dibincangkan di sini menunjukkan bagaimana ketaksuban mereka terhadap materialisme telah melemahkan pemikiran logik mereka dan kerana inilah, mereka masih tidak dapat memahami subjek ini. Sebagai contoh Alaattin Senel yang juga seorang ahli akademi dan seorang penulis Bilim ve Utopya, memberikan isyarat yang sama dengan Renan Pekunlu dengan mengatakan "lupakan tentang kemusnahan Darwinisme, ancaman sebenar ialah yang ini", dan membuat tuntutan seperti berikut "jadi buktikan apa yang kamu katakan" tanpa menyedari falsafahnya sendiri tidak mempunyai sebarang asas. Apa yang lebih menarik lagi ialah penulis ini sendiri telah menulis kenyataan-kenyataan yang menunjukkan bahawa dia tidak dapat mamahami fakta ini yang dianggapnya sebagai sebuah ancaman.
Contohnya, di dalam sebuah artikel yang membincangkan secara eksklusif subjek ini. Senel menerima bahawa dunia luar diterima di dalam otak sebagai suatu imej. Bagaimanapun, dia kemudian mendakwa bahawa imej-imej telah terbahagi kepada dua seperti seorang yang mempunyai hubungan fizikal dan seorang yang tidak mempunyainya. Untuk menyokong dakwaannya, dia memberikan "contoh telefon". Ringkasnya, dia menulis: "saya tidak tahu sama ada imej di dalam otak saya berhubung dengan dunia luar atau tidak, tetapi perkara yang sama berlaku ketika saya bercakap di dalam telefon. Apabila saya bercakap di dalam telefon, saya tidak dapat melihat orang yang sedang bercakap dengan saya tetapi saya dapat meyakinkan perbualan ini apabila saya bertemu dengannya kemudian."15
Dengan berkata demikian, penulis ini sebenarnya maksudkan begini: "sekiranya kita meragui persepsi kita, kita boleh melihat kebendaan itu sendiri dan memeriksa kebenarannya". Tetapi, ini adalah satu bukti yang tersalah konsep kerana adalah mustahil bagi kita untuk mencapai kebendaan itu sendiri. Kita tidak akan keluar daripada minda kita dan mengetahui apa yang ada "di luar". Sama ada suara di dalam telefon tersebut mempunyai hubungan atau tidak dapat dipastikan oleh orang yang berada di telefon. Bagaimana pun, kepastian ini juga adalah khayalan-khayalan yang dialami oleh minda.
Lagi pun, mereka juga dapat mengalami perkara yang sama di dalam mimpi-mimpi mereka. Sebagai contoh, Senel mungkin melihat di dalam mimpinya bahawa dia sedang bercakap di telefon dan kemudian memastikan perbualan tersebut dengan orang yang bercakap dengannya. Atau mungkin Pekunlu di dalam mimpinya merasa berhadapan dengan "satu ancaman yang serius"dan menasihatkan orang ramai supaya membaca buku-buku lama Lenin. Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, materialis-materialis ini tidak akan dapat menafikan kenyataan bahawa peristiwa-peristiwa yang mereka alami dan orang-orang yang mereka berbual dengannya di dalam mimpi mereka adalah tidak lebih daripada persepsi-persepsi.
Jadi, kepada siapa seseorang dapat meyakinkan sama ada imej-imej di dalam otaknya mempunyai kaitan atau tidak? Kepada kewujudan bayangan di dalam otaknya lagi? Tidak diragukan lagi, adalah mustahil bagi para materialis untuk mencari satu sumber maklumat yang dapat menghasilkan data-data berkaitan dengan otak dan meyakinkannya.
Dengan menganggap bahawa semua persepsi telah terbentuk di dalam otak tetapi mendakwa bahawa seseorang itu dapat melangkah "keluar" daripadanya, menunjukkan bahawa kapasiti perseptif orang tersbut amat terhad dan dia mempunyai pemikiran yang menyeleweng.
Bagaiamanapun, fakta yang diberitahu di sini dapat difahami oleh seorang yang mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang normal. Setiap orang yang saksama akan mengetahui, berkaitan dengan apa yang telah kami sebutkan, bahawa adalah mustahil untuk dirinya menguji kewujudan dunia luar dengan pancainderanya. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka yang taksub dengan materialisme telah memesongkan kapasiti pemikiran manusia. Kerana itulah, para materialis kini menunjukkan kecacatan logikal yang parah seperti mana mereka membimbing mereka dengan cuba "membuktikan" kewujudan kebendaan dengan menendang batu dan makan kek.
Perlu disebutkan di sini bahawa ini bukannya sebuah situasi yang memeranjatkan; kerana, ketidakupayaan untuk memahami merupakan sifat semula jadi orang-orang yang tidak beriman. Di dalam Al-Qur'an, Allah menerangkan akan terdapatnya "kaum yang tidak berakal" seperti di dalam ayat:
Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal. (surah Al-Maidah:58)
Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah
Keadaan panik telah merebak di kalangan golongan materialis Turki seperti contoh-contoh yang telah kita berikan yang menunjukkan bahawa golongan materialis kini sedang berhadapan dengan kekalahan yang tidak pernah mereka alami sepanjang sejarah. Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi telah dibuktikan oleh sains moden dan ia telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, jujur dan bertenaga. Apa yang tinggal pada para materialis ini ialah menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini secara membuta tuli dan bergantung dengannya.
Di dalam sejarah kemanusiaan, pemikiran materialis sentiasa wujud. Di sebabkan terlampau yakin dengan diri mereka dan falsafah yang mereka anuti, mereka telah memberontak menentang Allah yang telah menjadikan mereka. Senario yang mereka aturkan ini mempertahankan bahawa kebendaan tidak mempunyai permulaan dan penamat, dan semua ini tidak mungkin ada seorang pencipta. Ketika mereka menafikan Allah hanya kerana keangkuhan mereka, mereka beralih kepada kebendaan yang mereka kira mempunyai kewujudan yang sebenar. Mereka terlalu meyakini falsafah ini sehingga mereka menyangka adalah mustahil untuk mengemukakan satu contoh yang bertentangan dengannya.
Kerana itulah fakta-fakta yang disebutkan di dalam buku ini yang mengandungi natural kebendaan sebenar telah mengejutkan mereka. Apa yang telah disebutkan di sini telah memusnahkan asas falsafah mereka dan tidak meninggalkan sebarang asas untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan mereka, kehidupan, keangkuhan, dan penafian, telah musnah secara mendadak. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan tidak ada?
Di antara sifat-sifat Allah ialah perencenaanNya menentang orang-orang yang tidak beriman, Ia disebutkan di dalam ayat berikut:
"mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya" (surah Al-Anfal:30)
Allah memerangkap materialis dengan membuat mereka mendakwa bahawa kebendaan itu wujud dan dengan itu ia telah memalukan mereka dengan cara yang tidak disedari. Materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, meningkatkan keangkuhan mereka menentang Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil terhadap rasa ketidakpercayaan mereka. Ketika melakukannya, mereka bergantung penuh kepada kebendaan. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah mengumumkan kenyataan yang dialami oleh orang-orang kafir ini sebagai kesan kepada kebodohan mereka:
(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad, tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya. (surah At-Tur:42)
Ini merupakan kekalahan paling besar di dalam sejarah. Apabila keangkuhan mereka makin meningkat, materialis telah diperdaya dan mengalami kekalahan yang teruk di dalam peperangan yang mereka aturkan untuk menentang Allah dengan mengemukakan sesuatu yang ganjil untuk menentang-Nya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat:
Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. (surah Al-Anaam:123)
Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang sama:
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (surah Al-Baqarah:9)
Apabila orang-orang kafir berkomplot, mereka tidak menyedari fakta penting yang disebutkan di dalam ayat di atas "mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya". Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah khayalan yang direka untuk diterima oleh mereka, dan segala komplot yang mereka aturkan adalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti juga dengan perbuatan-perbuatan mereka yang lain. Kebodohan mereka telah menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian dengan Allah dan, oleh itu, mereka terperangkap di dalam pelan jahat mereka sendiri.
Seperti orang-orang kafir yang hidup di masa silam, mereka yang hidup kini juga menghadapi realiti yang akan menghancurkan perancangan-perancangan jahat mereka hingga ke dasarnya. Di dalam ayat;
…..kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.(Surah An-Nisaa:76)
Allah telah menjelaskan bahawa komplot ini telah pun musnah sejak hari ia direncanakan, dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman di dalam ayat;
"Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun". (surah Ali Imran:120)
Di dalam ayat lain pula Allah menegaskan;
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fartamorgana) di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disngkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (surah An-Nuur:39)
Materialisme juga telah menjadi "fatamorgana"untuk penderhakan seperti yang disebutkan di dalam ayat ini; apabila mereka mendapatkannya, mereka dapati ia hanyalah sebuah ilusi. Allah telah menipu mereka dengan sebuah fatamorgana, dan memperdayakan mereka untuk menerima seluruh himpunan imej-mej ini sebagai benar. Semua orang-orang yang "mulia" ini, profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli fizik, dan semua yang lain tidak mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu seperti kanak-kanak dan telah dimalukan kerana mengambil kebendaan sebagai tuhan. Mendakwa himpunan -himpunan imej-imej sebagai benar, mereka telah meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka di atasnya, terlibat di dalam perbincangan -perbincangan yang serius, dan diterima sebagai wacana "intelektual' terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk menawarkan satu argumen tentang kebenaran alam semesta dan, lebih penting, mereka bertelagah tentang Allah dengan kebijaksanaan mereka yang terhad. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat berikut:
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangka tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (surah Ali Imran :54)
Mungkin kita dapat melepaskan diri daripada beberapa komplot; tetapi, perancangan Allah menentang orang-orang kafir adalah sangat kemas sehinggakan tidak ada jalan keluar bagi mereka. Tidak kira apa yang mereka lakukan atau kepada sesiapa mereka merayu, mereka tidak akan dapat menemui seorang pun pembantu selain daripada Allah seperti yang Allah ingatkan di dalam Al-Qur'an:
"Dan mereka pula tidak akan memperolehi sesiapa pun -selain daripada Allah-yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka."(surah An-Nisa:173)
Materialis tidak pernah menyangka akan terjatuh ke dalam perangkap seperti itu. Memiliki semua perolehan abab ke 20 untuk kegunaan mereka, mereka menyangka akan dapat meningkatkan kedegilan mereka di dalam penafian mereka dan mengheret manusia untuk kufur. Mentaliti orang-orang kafir ini dan penyudah mereka telah digarapkan seperti berikut di dalam Al-Qur'an:
Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. (surah An-Naml:50-51)
Ayat ini memberi makna: materialis telah menyedari bahawa segala yang mereka miliki adalah sebuah ilusi, oleh itu apa yang mereka miliki akan musnah. Seperti mana mereka meyaksikan harta-harta mereka, kilang-kilang, emas, wang ringgit, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan, dan status, sehinggakan tubuh badan mereka, apa yang mereka sangka wujud telah tergelincir jatuh daripada tangan mereka, mereka telah "hancur" seperti yang disebutkan di dalam ayat ke -51 surah An-Naml. Pada peringkat ini, yang ada bukanlah kebendaan tetapi hanya roh.
Tidak diragui lagi, menyedari hakikat ini merupakan perkara yang paling menakutkan kepada materialis. Kenyataan bahawa segala yang mereka miliki hanyalah ilusi, adalah sama seperti, dengan perkataan mereka sendiri, "mati sebelum mati" di dunia ini.
Fakta ini meninggalkan mereka hanya dengan Allah, seperti di dalam ayat Al-Qur'an:
"biarkan Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak)' surah Al- Muddathir:11)
Allah menegaskan kepada kita bahawa setiap manusia sebenarnya bersendirian dalam kehadiran-Nya. Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat lain:
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu ….(surah Al-An'aam:94)
Dan mereka masing-masing akan datang manghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. (surah Maryam:95)
Dengan kata lain, ayat-ayat di atas memberi makna: orang yang mengambil kebendaan sebagai tuhan mereka telah datang daripada Allah dan kembali kepada-Nya. Mereka terpaksa menyerah ketentuan mereka kepada Allah sama ada mereka akur atau tidak. Kini mereka sedang menanti hari perhitungan di mana semua orang akan dipanggil untuk dihisab. Walau betapa keras sekali pun mereka enggan untuk memahaminya …….
Konklusi
Subjek yang kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu sepanjang hidup. Dengan membuktikan bahawa seluruh dunia material sebenarnya adalah sebuah "kewujudan khayalan", subjek ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan untuk memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.
Mereka yang memahami subjek ini menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang. Dunia ini disangkakan oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di jalan-jalan, mereka terlibat di dalam pergaduhan di pub-pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di café mewah, mereka yang bermegah dengan harta benda mereka, atau mereka yang memperuntukan hidup mereka untuk tujuan yang kosong. Dunia ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Semua mereka yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka: tetapi mereka tidak menyedarinya.
Konsep ini amat penting untuk meruntuhkan falsafah materialis yang menafikan kewujudan Allah dan menyebabkan ia binasa. Kerana itulah golongan materialis seperti Karl Marx, Engels dan Lenin merasa panik, meradang dan mengingatkan pengikut-pengikut mereka supaya "tidak memikirkan" konsep ini apabila ia di beritahu kepada kamu. Tambahan pula, mereka ini berada pada keadaan kelemahan mental sehinggakan mereka tidak dapat memahami kenyataan bahawa persepsi terbentuk di dalam otak. Mereka mendakwa dunia yang mereka lihat di dalam otak adalah "dunia luar" dan mereka tidak dapat memahami bukti-bukti jelas yang bertentangan dengannya.
Ketidaksedaran ini disebabkan oleh kelemahan akal yang Allah timpakan ke atas orang-orang kafir. Seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, orang-orang kafir ini ; "Mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (surah Al-A'raf:179)
Kamu dapat menjelajah melangkaui peringkat ini dengan menggunakan kuasa ta'amul kamu sendiri. Untuk itu, kamu perlu memberi tumpuan, kekal dengan perhatian kamu, dan fikirkan cara kamu melihat objek skeliling kamu dan bagaimana kamu merasa sentuhan mereka. Sekiranya kamu memikirkan dengan teliti, kamu akan dapt merasai kewujudan bijak yang melihat, mendengar, menyentuh, memikirkan, dan membaca buku ini pada ketika ini hanyalah roh dan melihat persepsi-persepsi yang digelar "kebendaan" pada sebuah skrin. Sesipa yang berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (wahdatul wujud).
Realiti ini telah difahami oleh sejumlah teis*atau ahli-ahli falsafah sepanjang sejarah. Intelektual Islam seperti Imam Rabbani, Muhyiddin Ibnu Arabi dan Mawlana Jami menyedari kenyataan ini berdasarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur'an dan dengan menggunakan kekuatan pemikiran mereka. Beberapa ahli falsafah Barat seperti George Berkeley telah mencapai realiti yang sama melalui pemikirannya. Imam Rabbani menulis di dalam buku beliau Maktubat bahawa seluruh alam material ini adalah sebuah "ilusi" dan andaian (persepsi)' dan sesungguhnya kewujudan yang ialah Allah:
Allah.....Intipati kewujudan ini yang dijadikan-Nya daripada tiada….. Dia menjadikanya segalanya dalam lingkungan deria dan ilusi…… Kewujudan alam ini adalah pada lingkungan deria dan ilusi, dan ia bukannya material…..Sebenarnya, tidak ada yang lain di luar sana melainkan Kewujudan Yang Agung (iaitu Allah).16
Imam Rabbani menyatakan dengan jelas bahawa segala imej yang diperlihatkan kepada manusia hanyalah sebuah ilusi, dan mereka bukannya asal di dalam "dunia luar":
Lingkungan khayalan-khayalan ini telah digambarkan di dalam bentuk imaginasi. Ia kelihatan lebih luas daripada apa yang digambarkan . Tetapi dengan mata minda. Di luar sana, ia kelihatan seolah-olah ia dilihat dengan mata kepala. Tetapi, sebenarnya tidak. Ia mempunyai sama ada reka bentuk atau lekapan di luar. Tidak ada keadaan untuk dilihat. Seperti juga pantulan wajah seseorang di cermin. Tidak ada konstansi di luar. Tidak dapat diragui lagi, kedua-dua konstansi dan imej ini berada di dalam IMAGINASI. Allah lebih mengetahui segala-galanya.17
Mawlana Jami menyatakan kenyataan yang sama yang didapatinya berdsarkan tanda-tanda di dalam Al-Qur'an dan dengan menggunakan akal fikirannya: "segalanya di dunia ini adalah deria-deria dan ilusi-ilusi. Ia adalah seperti refleksi di depan cermin atau bayang-bayang".
Bagaimanapun, jumlah mereka yang memahami fakta ini sepanjang sejarah adalah amat terhad. Cendekiawan hebat seperti Imam Rabbani mencatatkan bahawa mungkin agak sukar untuk memberitahu fakta ini kepada masyarakat kerana ramai yang tidak dapat memahaminya.
Pada zaman kita ini, fakta ini telah diempiriskan oleh bukti-bukti yang dikemukakan oleh sains. Kenyataan bahawa alam ini adalah sebuah kewujudan bayangan telah digarapakan dengan cara yang sangat konkrit, jelas dan terang untuk pertama kalinya di dalam sejarah.
Oleh itu, kurun ke -21 akan menjadi suatu 'turning-point' apabila manusia akan dapat memahami realiti-realiti ketuhanan dan terarah untuk menuju kepada Allah, satu-satunya Kewujudan . Pada abab ke -21 ini, ialah untuk pegangan materialistik abab ke-19 ditolak ke dalam tong sampah sejarah. Kewujudan dan ciptaan Allah akan dapat dicapai, fakta-fakta seperti ruang kosong dan masa sifar akan dapat difahami, manusia akan membebaskan diri mereka daripada kelubung kekunoan, penipuan dan khurafat yang mengelilingi mereka.
Adalah mustahil untuk hala tuju ini disekat oleh sebarang kewujudan bayangan.
Bab 3
RELATIVITI MASA DAN HAKIKAT TAKDIR
Semua yang telah diterangkan di atas menunjukkan sebuah "ruang tiga-dimensi" sebenarnya adalah tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasi oleh persepsi-persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang kosong". Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab musabab dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia material tiga-dimensi yang sah.
Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal. Ini juga merupakan kepercayaan karut seperti yang pertama juga.
Persepsi Masa
Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode perbandingan satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain. Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa. Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya. Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, tidak akan ada yang dipanggil persepsi masa.
Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat seseorang memasuki sebuah billik melalui pintu dan duduk di atas kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu, berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya sesorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini.
Penjelasan Saintifik Ruang Kosong
Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang cendekiawan terkenal dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik, telah mengeluarkan kenyataan berkut di dalam bukunya Le Jeu Des Possibles (The Possible and the Actual):
Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan kita membayangkan sebuah dunia yang masanya bertundur ke belakang. Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat keluar daripada air. Tetapi, di dalam sbuah dunia yang masa mempunyai sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemprosesan otak kita dan bagaimana memori mengumpul maklumat berfungsi secaraa songsang. Masa silam dan masa depan akan menjadi sama dan dunia akan muncul kepada kita seperti mana ia muncul kini.18
Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristwa tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia adalah relatif sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya sejenis persepsi.
Relatif masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting abad ke-20, Albert Einstein, Lincoln Barnett, menulis di dalam bukunya the Universe and Dr Einstein:
Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak konsep masa yang mutlak sebagai suatu yang kukuh, masa sejagat yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan aturan objek-objek material, maka masa pula adalah atuan peristiwa-peristiwa. Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik, melalui perkataan Einstein sendiri. "Pengalaman seorang individu", menurut Einstein, "muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa"; di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal" dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah nombor-nombor yang meggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan peristiwa-peristiwa yang awal. 19
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: Ruang dan masa adalah intuisi, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz, Menurut Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".20
Memandangkan masa mengandungi persepsi ia bergantung sepenuhnya ke atas penerima dan ia adalah relatif.
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semulajadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".21
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.
Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa hari kemudian, jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita lakukan tidak akan mempunyai erti.
Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan relatif. Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-oalah ia berada pada tahap "berhenti".
Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua oang kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anak lelakinya berusia tiga tahun; maka, apabila dia kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya akan berusia 33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.22
Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan perjalanan mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah latar yang masa menjadi singkat, degupan jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.
Relativiti Di Dalam Al-Qur'an
Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah perspsi yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak ditemui hanya pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan kepada manusia di dalam Al-Qur'an 14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa rujukan di dalan Al-Qur'an berkaitan dengan relativiti masa.
Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Qur'an:
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (surah Al-Isra:52)
Dan (Ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia. (surah Yunus:45)
Di dalam bebrapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (surah Al-Mukmunun:112-114)
Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Dan mereka meminta kepada kamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (surah Al-Hajj:47)
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing -masing terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah ) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (surah Maarij:4)
Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyatan bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini di dalam abab ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Qur'an, merupakan tanda bahawa Al-Qur'an telah diturunkan oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.
Banyak kenyataan-kenyataan di dalam Al-Qur'an menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita ini, sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi. Sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebut di dalam Al-Qur'an, berada di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka telah tertidur;
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (surah Al-Kahfi:11-12)
Dan demikanlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab : "kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia beramah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau. (surah Al-Kahfi:19)
Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah juga membuktikan bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:
Atau (tidakkah engaku pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri telah runtuh segala bengunannya, orang itu berkata : "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? "lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "berapa lama engkau tinggal (di sini ? "Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatilah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebgai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutnya dengan daging". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(surah Al-Baqarah:259)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan masa dan juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh masa yang Allah memerintahnya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak (seperti yang para materialis lakukan di dalam mentaliti mereka yang lemah), adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Takdir
Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting. Relativiti masa boleh berubah sehingga satu period masa yang kelihatan berbilion tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat sahaja di dalam dimensi lain. Taambahan pula, satu jangka masa yang besar berkembang daripada permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin tidak tinggal walau sesaat melainkan hanya sedetik di dalam dimensi lain.
Ini adalah intipati sebenar konsep takdir- sebuah kosep yang tidak dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para materialis yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa hadapan. Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimanapun, "peristiwa-peristiwa yang belum berlaku" belum berlaku kepada kita. Allah tidak tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya. Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat.
Lincoln Barnett menjelaskan bagaimana Teori Asas Relatif memandu kita kepada hakikat di dalam buku the Universe and Dr Einstein: menurut Barnett, cakerawala ini dapat "dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu kebijaksanaan kosmik" 23 Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai "kebijaksanaan kosmik" adalah kebijaksanaan dan ilmu Allah, yang menguasai seluruh alam. Sebagai mana kita dapat melihat dengan mudah seorang pemerintah yang awal, pertengahan dan yang terakhir, dan segala unit yang di antaranya, semuanya, Allah mengetahui waktu kita hidup seperti satu detik daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Manusia hanya mengalami kemalangan apabila masanya sampai dan mereka menyaksikan takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.
Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah terhadap takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah menyiapkan "takdir" kepada setiap orang tetapi kadang-kadang takdir-takdir ini boleh diubah oleh mereka. Contohnya, apabila seseorang pesakit hidup semula masyarakat akan beranggapan bahawa "dia telah menewaskan takdirnya". Tetapi, sebenarnya tidak ada orang yang dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula itu sebenarnya tidak mati kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian juga takdir mereka yang menipu diri mereka dengan menyatakan "saya telah menewaskan takdir saya", dia juga telah ditakdirkan untuk berkata demikian dan mempertahankan pemikiran tersebut.
Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah, yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di dalam Al-Qur'an di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan manusia berikan kepada Allah di hari akhirat telah dijelaskan seolah-olah ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing ). Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan ); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.(surah Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahanam dengan berpasukan-pasukan,…..(surah Az-Zmar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan …….(surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain yang membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tipa-tiap orang (ke padang mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi. (surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) (surah Al-Haaqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (surah Al-Insan:12-13)
Dan mereka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya. (surah An-Nazi'at:36)
Maka pada hari itu, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. (surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita ) telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Qur'an. Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam keadaan masa sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa telah berjalan dan telah pun tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Qur'an dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (surah Yunus:61)
Kebimbangan Materialis
Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya landasan sebenar kebendaan, masa sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah atau sebuah pemikiran, tetapi adalah sebuah kebenaran yang tidak dapat dinafikan lagi. Di samping ia juga adalah sebuah kenyataan yang teknikal, bukti-bukti rasional dan logik juga tidak memberikan alternatif lain ke atas isu ini: cakerawala ini adalah sebuah ilusi keseluruhannya bersama semua benda yang di dalamnya dan manusia yang tinggal di dalamnya. Ia adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi.
Para materialis merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai contoh, sekiranya kita berbalik kepada contoh bas Politzer: walau pun Politzer secara teknikalnya mengetahui bahawa dia tidak dapat melangkah keluar daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya di dalam beberapa keadaan. Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa hanya berlaku di dalam otak sehinggakan pelanggaran bas, tetapi apabila perlanggaran ini berlaku, segalanya akan keluar daripada otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan logikal pada peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan yang sama telah dilakukan oleh golongan materialis lain seperti seorang falsafah materialis Johnson yang menyatakan "saya menyepak batu, kaki saya sakit, oleh itu ia wujud" dan dia tidak dapat memahami bahawa kejutan yang dialami selepas impak bas tersebut juga adalah sebuah persepsi.
Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat memahami subjek ini adalah kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka temui jika mereka memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek ini telah labelkan sebagai "tidak boleh dikaji"oleh sebahagian saintis:
Bersama dengan reduksi ahli-ahli falsafah bahawa semua realiti objek adalah sebuah bayangan -dunia persepsi, saintis telah menyedari keterbatasan deria-deria manusia.24
Sebarang rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi akan menambahkan ketakutan kepada seorang materialis, kerana ia adalah satu-satunya kepercayaan yang diyakininya sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya telah mengambilnya sebagai idola untuk disembah, kerana dia menyangka dia telah diciptakan oleh kebendaan dan masa (melalui evolusi).
Apabila dia merasakan bahawa alam yang disangka dia tinggal di dalamnya, dunia ini, tubuhnya sendiri, orang lain, para ahli falsafah lain yang dia terpengaruh dengan idea-idea mereka, dan ringkasnya, segalanya, adalah sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan oleh kengerian semua ini. Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai, dan mencari jalan keluar kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba. Dia merasakan putus asa seperti mana yang akan di alaminya di Hari perhitungan di dalam keadaan yang sebenar seperti yang telah disebutkan di dalam ayat:
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah). (surah An-Nahl:87)
Oleh itu, materialis ini cuba meyakinkan dirinya sendiri pada realiti kebendaan, dan mereka-reka "bukti" seperti; melagakan penumbuknya ke dinding, menendang batu, menjerit, berteriak, tetapi mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada realiti.
Seperti mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda mereka, mereka juga mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka juga menyedari sekiranya hakikat semula jadi kebendaan diketahui umum secara keseluruhanya, keprimitifan falsafah mereka dan penipuan mereka kepada dunia akan didedahkan, dan tidak akan ada lagi landasan yang tinggal yang membolehkan mereka merasionalkan pandangan mereka. Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa mereka merasa amat terganggu dengan fakta-fakta yang disampaikan di sini.
Allah menyatakan bahawa ketakutan orang-orang kafir ini akan dilihat di hari akhirat kelak. Di hari perhitungan, mereka akan disapa seperti berikut:
Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah)?". (surah Al-Anaam:22)
Kemudian, orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka, anak-anak dan golongan-golongan yang rapat dengan mereka yang mereka anggap sebagai benar dan menganggapnya sebagai saingan kepada Allah, meninggalkan mereka dan musnah. Allah mengkhabarkan berita ini di dalam ayat:
Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu. (surah Al-Anaam:24)
Keuntungan Orang-Orang beriman
Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula berlaku kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira apabila mengetahui rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini adalah kunci kepada semua persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia
akan terbuka, seseorang akan dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya sebelum ini.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga, neraka, hari akhirat, perubahan dimensi, dan persoalan-persoalan penting seperti, "di mana Allah?", "apakah benda sebelum Allah?", "siapa yang menjadikan Allah?", "berapa lamakah kehidupan di alam barzakh berlangsung?", "Di manakah syurga dan neraka?", dan "di manakah syurga dan neraka berada kini?", semuanya akan dapat dijawab dengan mudah. Akan dapat difahami dengan sistem apakah yang Allah gunakan untuk menjadikan seluruh alam daripada tiada. bahkan, dengan rahsia ini, persoalan "bila", dan "di mana" tidak akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak akan ada masa dan ruang yang tinggal. Apabila ruang kosong difahami, maka akan dapat difahami bahawa neraka, syurga, dan bumi sebenarnya berada pada tempat yang sama. Sekiranya masa sifar difahami, maka aka dapat difahami bahawa segalanya berlaku pada waktu yang sama; tidak ada apa yang dinantikan dan masa tidak bergerak, kerana segalanya telah sedia berlaku dan berakhir.
Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga kepada orang yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan, kerisauan, dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa hanya ada seorang Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal seperti yang dikehendaki-Nya dan apa yang perlu dilakukan oleh manusia ialah berpaling kepada-Nya, dan menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah.
(ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yanag ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Ali-Imran:35)
Memahami rahsia ini merupakan keuntungan yang paling hebat di dunia
Dengan rahsia ini, satu lagi realiti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an akan ditemui: kenyataan bahawa "Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya", (surahQaaf:16). Seperti yang diketahui, urat leher berada di dalam badan. Apakah lagi yang lebih rapat kepada seseorang daripada dalamannya sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh hakikat ruang kosong. Ayat ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia ini.
Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas bahawa tidak ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada Allah. Tidak ada yang lain selain Allah; Dialah satu-satunya Kewujudan mutlak (wahdatul wujud) yang menjadi tempat berserah diri, memohon pertolongan, dan berharap untuk dikurnai.
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.Surah Al-Baqarah: 32


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS