~ RaiDaH ~ ::_CheLseA JuaRa BerGaYa 2005/2006_::
Chelsea merayakan pesta dengan sempurna.The Blues merangkul gelaran juara Liga Inggris setelah menundukkan musuh mereka, Manchester United, 3-0. Chelsea sebenarnya cuma memerlukan satu mata untuk mengesahkan gelaran juara yang juga mereka raih musim lepas.
Namun pasukan Jose Mourinho tampil dengan bergaya dan John Terry serta rakan-rakannya meraih kemenangan meyakinkan dengan tiga gol tanpa balas.Tambahan tiga angka membuatkan Chelsea menjadi 91 dari 35 perlawanan.
Pesta juara yang diraih Chelsea tahun ini boleh dikatakan sangat manis, selain diraih di depan musuhnya sendiri di Stamford Bridge.
Empat minit bola seudah meleret di dalam gawang Edwin van Desar hasil tandukan William Gallas. Dari tendangan sudut, bola liar yang mengarah ke tiang jauh disasarkan ke gawang oleh bek Perancis itu.
Sementara itu Chelsea tak mengurangkan serangannya walaupun unggul 1-0. Kerjasama Arjen Robben dan Frank Lampard membuka ruang rembak untuk Micheal Essien, namun tendangannya dari luar kotak penalti melenceng.

The Blues bahkan mampu menggandakan kedudukan pada minit ke 61. Di tengah kawalan Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Mikael Silvestre, Joe Cole mampu berkelit dan meliatkan tubuhnya untuk meloloskan diri dan melepaskan tembakan ke sudut sempit yang gagal dihadang Van de sar.
Gol ketiga Chelsea datang dari kaki Ricardo Carvalho 12 minit kemudian. Berdiri bebas di dalam kotak penalti, tendangan deras bek Portugal itu setelah mendapat umpan dari Cole kembali menggegarkan jala Van der Sar. Senyum Roman Abramovich dari ribuan penonton pun makin melebar.

Akhirnya Chelsea berjaya merangkul gelaran tahun ini dengan penuh bergaya. Adakah Chelsea mampu mempertahankan gelaran juara tahun hadapan? Dengan 3 nama akan terbang melayang, 3 nama besar akan mendarat bersama Chelsea musim 2006/2007 dengan Michael Ballack menunggu tandatangan kontrak sahaja untuk posisi tengah.
Posisi penyerang di ura-urakan akan di isi oleh Adriano @ Sheva @ Zlatan Ibrahimovic ataupun Henry, namun nama Adriano yang rapat untuk bersama Chelsea. Satu lagi posisi yang akan di lengkapkan ialah pertahanan dengan nama Ashley Cole berada teratas untuk bergabung bersama pasukan The Blues tahun hadapan.
Semoga Chelsea konsistan untuk merangkul kesemua gelaran eropah tahun hadapan dan membuatkan musuh ketat seperti MU, Liverpool dan Arsenal menanggis kempunan dalam perebutan gelaran liga musim 2006/2007 nanti.
Hidup The Blues.....jangan jeles ye penyokong fanatik musuh MU he2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ UnDaNg2 ~ ::_Masyarakat kucar kacir jika tolak undang-undang moral_::
Mahkamah Persekutuan pada 4 April lalu, menolak permohonan dua remaja untuk mengisytiharkan tuduhan terhadap mereka yang didakwa berkelakuan tidak senonoh kerana berpeluk dan bercumbuan di tempat awam sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan. Alhamdulillah mahkamah tertinggi di Malaysia memutuskan Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan peraturan berkaitan moral dan menolak hujah bahawa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Persepsi bahawa undang-undang tidak boleh mengawal moral seseorang berdasarkan pandangan sarjana Barat. Pandangan ini berkembang kerana Barat meletakkan kebebasan asasi manusia itu tanpa batasan. Mereka mengatakan terletak pada individu itu sendiri untuk menjaga moral mereka dan kerajaan tidak mempunyai hak mencampuri urusan peribadi mereka. Sebenarnya, tidak semua yang berlaku di Barat benar dan sesuai digunakan di Malaysia.
Masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Barat kerana nilai moral amat dititikberatkan di sini. Malah, semua agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia menganjurkan moral yang tinggi. Dengan adanya moral yang tinggi, disiplin dan jati diri akan dapat ditingkatkan.Janganlah kita alpa bahawa kesopanan dan kesusilaan adalah salah satu daripada prinsip Rukun Negara.
Adakah berpelukan dan bercumbu-cumbuan di khalayak ramai secara terbuka selaras dengan prinsip Rukun Negara? Budi pekerti serta moral yang mulia adalah perkara asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah di dunia ini. Seseorang yang mempunyai moral tinggi berupaya menjadi teladan kepada orang lain.
Tiada agama di dunia ini yang berkompromi dalam isu moral berkaitan keruntuhan akhlak umatnya. Contohnya, sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak di negara itu kerana menyebabkan keruntuhan moral golongan remaja. Ini membuktikan agama lain juga mementingkan moral.Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral, manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Unsur ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak adalah masalah serius di negara ini. Dalam membuat sesuatu keputusan, orang ramai sepatutnya merujuk kembali kepada Islam. Jika undang-undang moral melanggar Perlembagaan Persekutuan dan hendak dihapuskan, maka prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan juga perlu dihapuskan.Hujah yang digunakan bagi mempertahankan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam kerana ia adalah hak asasi yang tidak boleh diganggu gugat oleh undang-undang.
Persoalannya di manakah hak bercumbuan dan berpelukan di khalayak ramai itu diiktiraf sebagai hak asasi. Tiada sebarang undang-undang mengiktiraf perbuatan tidak senonoh itu sebagai hak asasi. Kita mesti lebih bertanggungjawab kepada masyarakat di dalam perbuatan kita supaya ia tidak memberi pengaruh negatif kepada orang awam, terutama kanak-kanak. Bagaimana pula hak orang yang lalu lalang di situ untuk melihat perkara tidak senonoh di hadapan mata mereka?
Bagaimana pula hak keluarga yang ingin bersiar-siar dengan anak kecil mereka dengan aman damai, tiba-tiba terlihat perlakuan tidak senonoh di hadapan mata? Apakah keluarga ini tidak mempunyai hak untuk tidak melihat perbuatan tidak senonoh itu? Kita perlu membezakan suasana masyarakat Malaysia yang penuh dengan adat ketimuran, budi bahasa dan kesopanan yang berpaksikan kepada agama dengan kemelut masyarakat Barat yang tidak menitikberatkan nilai budaya dan agama.
Sebenarnya banyak undang-undang yang digubal mempunyai hubung kait dengan moral. Umpamanya, kesalahan merogol, sebelum rogol dikanunkan menjadi kesalahan ia sebenarnya suatu perbuatan yang tidak bermoral. Perbuatan merogol akan mendatangkan mudarat kepada mangsanya.Begitu juga ahli keluarga dan masyarakat. Anak gadis akan takut keluar rumah dan tidak mempunyai jaminan hak mereka akan dibela.
Jika kita menolak undang-undang mengawal moral, kita juga terpaksa menolak undang-undang sebegini. Hasilnya masyarakat akan menjadi kucar kacir dan tiada jaminan keselamatan kepada masyarakat. Jika pun seseorang itu ingin melakukan perbuatan yang tidak bermoral, perlakuan itu hendaklah dilakukan secara tertutup supaya tidak mengganggu orang lain – walaupun hakikatnya ia juga tidak patut dilakukan dalam keadaan begitu.
Bagi umat Islam, perbuatan tidak bermoral atau tidak berakhlak ini tidak boleh dilakukan walaupun di tempat sunyi, apatah lagi di tempat yang terbuka.Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang bijak dan betul di dalam kes ini.
Bagi menangani gejala sosial sekarang, apakah kita hanya boleh melihat tanpa mengambil sebarang inisiatif bagi mengekang penularan budaya yang tidak senonoh ini? Dengan penguatkuasaan undang-undang mengawal moral yang terlalu longgar sekarang ini telah menghasilkan masyarakat yang kucar kacir dan diulit dengan kebimbangan akan keselamatan mereka. Tiba masanya pihak berkuasa tempatan mempertahan dan memperkasa undang-undang berkaitan moral ini.
Mereka tidak perlu gusar kerana tindakan mereka tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Laksanakan pengawalan moral ini dengan berhemah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Namun, kita agak kecewa dengan beberapa perkara dalam draf garis panduan yang akan dimasukkan dalam Undang-undang Kecil Taman PBT sebagai panduan kepada penguat kuasa ketika menjalankan tugas. Draf itu antara lain hanya membenarkan PBT mengambil tindakan terhadap individu atau pasangan yang berbogel atau membuka pakaian untuk melakukan sesuatu yang menjurus kepada perlakuan seksual di tempat awam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, semalam dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak mahu PBT bertindak sebagai polis akhlak kerana ia akan menjejaskan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007. Adakah kita mahu menunggu keadaan yang begitu memalukan saja barulah kita ingin mengambil tindakan. Di manakah fungsi undang-undang sebagai pencegah perbuatan salah hendak diletakkan.
Ibaratnya seperti kesalahan membunuh. Jika kita hanya mengkanunkan kesalahan membunuh tanpa melarang kesalahan lain seperti membawa senjata di tempat awam dan mencederakan orang lain – adakah larangan membunuh ini akan mencapai objektifnya?
Kerajaan juga jangan mementingkan sektor pelancongan saja sehingga sanggup menggadaikan budaya bangsa. Rakyat Malaysia tentunya tidak selesa melihat pelancong yang datang bercumbuan dan berpelukan di tempat awam. Pelancong asing datang ke Malaysia kerana ingin menyaksikan keindahan budaya kita, tetapi jika kita sendiri yang mencemar budaya bangsa, apakah pelancong ini akan datang ke Malaysia?
Peraturan menangani masalah moral ini tidak harus dilihat sebagai mengimplementasikan undang-undang Islam terhadap bukan Islam kerana semua agama mahukan umatnya hidup dalam keadaan berakhlak mulia serta menganjurkan budi pekerti dan moral yang tinggi.
INTI PATI
  • Persepsi bahawa undang-undang tidak boleh mengawal moral seseorang berdasarkan pandangan sarjana Barat kerana Barat meletakkan kebebasan asasi manusia itu tanpa batasan.
  • Budi pekerti serta moral yang mulia adalah perkara asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah di dunia ini.
  • Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral, manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Unsur ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain.
  • Kita mesti lebih bertanggungjawab kepada masyarakat dalam perbuatan kita supaya ia tidak memberi pengaruh negatif kepada orang awam, terutama kanak-kanak.
  • Peraturan menangani masalah moral tidak harus dilihat sebagai mengimplementasikan undang-undang Islam terhadap bukan Islam kerana semua agama mahukan umatnya hidup dalam keadaan berakhlak mulia serta menganjurkan budi pekerti dan moral yang tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ iSu ~ ::_IrAn ArAh PoToNg TaNgAn_::
Tiga pemimpin Iran hari ini memberi amaran keras untuk bertindak balas jika diserang termasuk Presidennya, Mahmoud Ahmadinejad yang mengarahkan angkatan bersenjata Iran bersiap sedia untuk “memotong tangan mana-mana penceroboh” yang menyerang.
Beliau berkata demikian hari ini dalam ucapan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera kebangsaan.Bagaimanapun di Washington, Presiden George W. Bush berkata, “semua opsyen ada di atas meja” untuk menghalang pengeluaran senjata atom Teheran, tetapi mahu penyelesaian diplomatik.“Kami bekerja keras untuk tujuan itu,” katanya.
Kenyataan Mahmoud itu turut disuarakan oleh Duta Teheran ke Rusia dan bekas Presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani yang menegaskan Iran bersedia untuk menghadapi peperangan jika diserang berhubung program nuklearnya
.
Mahmoud yang menyaksikan satu perarakan tentera di selatan ibu negara menyeru tentera Iran supaya sentiasa bersiap sedia dengan peralatan secukupnya dan menguasai teknologi terkini untuk menangkis sebarang serangan.
“Tentera Iran kuat berkhidmat untuk menjaga keamanan dan keselamatan dan tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa. Dalam menghadapi musuh, tentera umpama meteorit dan akan memotong tangan mana-mana penyerang dan memalukan mereka,” katanya.
Di Moscow, Duta Iran Gholamreza Ansari dipetik oleh agensi berita Rusia sebagai berkata, Iran bersiap sedia untuk berperang jika diserang tetapi sedang melakukan usaha maksimum bagi menamatkan kebuntuan berhubung program nuklearnya menerusi rundingan. “Satu cara untuk mengelakkan perang adalah dengan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang peperangan,” kata beliau menjelang rundingan enam kuasa besar di Moscow mengenai isu nuklear Teheran itu.
“Iran terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan tiada perang meletus di rantau ini, tetapi sentiasa bersedia untuk menghadapi konflik bersenjata jika sengketa berlaku,” tambah Gholamreza.
Di Bandar Kuwait, Akbar Hashemi menyatakan kesediaan Iran sambil memberikan amaran tentang kemungkinan diserang.“Kami tidak berkonfrontasi, namun jika ia menyusahkan kami, kami telah bersedia untuk itu,” kata beliau.
Republik Islam itu enggan mematuhi tuntutan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya Teheran membekukan kegiatan pengayaan uranium selewat-lewatnya pada akhir bulan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_RaSuAh, KrOniSme AkAn GaGalKan RMK9...Anwar_::
Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) yang baru dibentang Perdana Menteri dua minggu lalu dikatakan akan gagal jika amalan rasuah, kronisme dan kebertanggungjawaban terus menghantui pentadbiran negara.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, RMK9 yang dibentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik tetapi malangnya, beberapa pendekatan yang diamalkan sebelum ini dibimbangi akan mengagalkan RMK9.
"Masalah di negara ini bukan dana, tetapi keyakinan pelabur dan rakyat berhubung isu yang terus menerus menghantui kita dalam membangunkan negara iaitu soal rasuah kroni yang dikaitkan dengan isu keberpertanggungjawaban," katanya ketika ditanya mengenai RMK9.
Sepertimana yang diketahui umu, dari badan kehakiman hinggalah kepada badan kerajaan serta syarikat perniagaan secara menyeluruh berlakunya rasuah, katanya.
Ini kerana amalan rasuah ini berpunca dari atas iaitu kelompok pemimnpin yang sekaligus tidak memberi perhatian serius ke atas usaha menyelesaikan permasalahan ini, katanya.
Sehingga kini Anwar melihat tiada persediaan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing berikutan tiadanya kesediaan membuat anjakan kepada dasar yang diamalkan.
"Ianya termasuk soal Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sebagai Melayu saya tidak mahu Melayu terus terhimpit dengan kemiskinan dan tersisih dari arus pembangunan dari sudut perniagaan.
"Tetapi sebagai orang yang pernah duduk dalam kerajaan, DEB nyata hanya menguntungkan kelompok kecil pemimpin Umno yang menggunakan dasar Bumiputera untuk mendapatkan kekayaan berbilion ringgit.
Malah lebih parah lagi kerana dasar yang dilaksana sedemikian rupa akan meletakan Malaysia dalam 'tahap kedua", katanya.
Sepanjang perlaksanaan DEB sebelum ini ianya dilihat tidak memilihsyarikat yang berpotensi dan cekap untuk menjalankan projek pembangunan sebaliknya dasar kroni diteruskan, katanya.
Dalam pada itu Anwar turut menyentuh isu pembatalan projek mega jambatan bengkok oleh kabinet Abdullah beberap hari lalu.
Anwar menyambut baik pembatalan projek itu yang pada pendapatnya perlu dilakukan kerana jika diteruskan ianya hanya akan mengayakan kelompok tertentu yang mendapat tender projek tersebut.
Malah katanya, keputusan itu tetap dalam keadaan pada asalnya projek mega itu yang direncana bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah satu projek yang dibuat tanpa terlebih dahulu mengadakan rundingan dengan negara jiran, Singapura.
"Ini bukan soal politik dalam tetapi ini prinsip," katanya.
Begitupun dalam mengulas soal pertikaian Mahathir terhadap keputusan Abdullah itu beliau bersyukur kerana akhirnya bekas PM itu mula mengenali erti demokrasi bila dilihat mengkritik keputusan itu, katanya sambil ketawa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArtiKal ~ ::_PeMiKiRaN PoLiTiK & eKoNoMi Al-MaUdDuDi_::
Biodata Al-Maududi
Abul A’la al Maududi berketurunan maudud (seorang perawi hadith Rasulullah S.A.W) yang dating bersama dengan Muhammad bin Qasim untuk membuka India. Keraa itu beliau lebih dikenali sebagai AL-Maududi. Dilahirkan di Auranyabad, Hyderabad, Deecan India. Pada 25 September 1903.
Al-Mauddudi seorang yang mempertahankan habis-habisan keunggulan syariah Islamiyah berbeza dengan datukinya, Sayed Ahmad Khan yang mendorong kuat sekularisme. Ini terjadi kerana perbezaan tarbiyah serta pendidikan. Al-Maududi mendapat pendidikan dari bapanya dan ulamak semasa zaman tersebut. Kemahiran Al-Mududi menuturkan bahasa arab urdu parsi dan English tanpa sebarang pendidikan formal bukan sahaja menyebabkan orang memandangya sebagai seorang yang self-educated tetapi juga kehebatannya diiktiraf antarabangsa.. inilah yang membezakan ulamak masa tersebut dengan Al-Maududi.
Al-Maududi memulakan bidang pekerjaan nya sebagai wartawan untuk akhbar Muslim. Kerana kecekapannya, beliau dinaikkan pangkat ke pengarang dan seterusnya ketuapengarang bagi akhbar muslim yaknilidah rasmi persatuan ulamak India. (Jama’at ulama-I Hind) . Seteleah akhbar itu laris, dan pertubuhan tersebut mula memntingkan keuntungan, Al-Maududi meninggalkan akhbar tersebut dan dilantik sebagai ketua Dar al-Salam academy, iaitu pusat penyelidikan Islam di Gudaspur.
Pengalaman dalam bidang penulisan dan kewartawanan telah membantu mem[perlengkapkan Al-Maududi untuk terjun kedalam bidang politik dan harakah Islamiyyah dengan menubuhkan jama’at Al-Islami dan terus aktif hingga ke akhir hayatnya (1979).
Al Maududi telah menulis lebih daripada 138 buah karya termasuk rencana ilmiyah , risalah dan kitab.

Al-Maududi sebagai Mujadid
Menurut Al-Maududi mujadid ialah istilah yang diberikan kepada orang-orang yang menjalankan kegiatan /melaksanakan usaha memperbaharui menghidupkan kembali dan menjernihkan semula Islam yang memenuhi konsep tajdid dalam ertikata yang sebenarnya. Menurut Al-Maududi ‘mujadid’ tidak boleh disamakan istilah modernist, reformist ,revivalist dan etc yang digunakan oleh sarjana barat untuk meluluskan kegiatan yang sama di kalangan mesyarakat barat dan primitif apabila kerajaan mereka tidak diminatilagi. Jika kita terima perkataan mujadid sama dengan terminology di atas,Dikhuathiri kita akan terperangkap dengan implikasi daripada istilah yang mereka gunakan.
Al-Maududi menyenaraikan sepuluh ciri-ciri mujadid seperti berikut:
  • Kepintaran ,kecerdikan dan kewarasan maha penting bagi seorang mujadid untuk membolehkan ia menghadapi segala keadaan dengan tabah dan sabar
  • Bersikap dan berfikiran luas , tanpa fanatik kepada mana-man amazhab. Malahan mujadid lebih mengutamakan jalan yang besar.
  • Berkeupayaan untukmengeluarkan umat Islam darilembah kesesatan dan membawa mereka kealam kebenaran dan petunjuk.
  • Berkeupayaan membezakan ajaran Islam yang suci murni daripada ajaran yang mendatang yang mencemarkan kejernihan Islam.
  • Benar-benar beriman dan Islam sama ada dalam tutur kata ,laku atau perbuatanya
  • Ijtihadnya luar biasa sehingga boleh mengatasi kebolehan orang lain daripada segi ketepatannya.
  • Kepimpinanya bermutu tinggi dan dapat menyatupadukan umat Islam
  • Berani menghadapi dan mengatasi segal cabaran dan rintangan yang didatangkan oleh sesiapapun.
  • Berfikrian luas dan bebas yang tidak terikat kepada pemikiran sezaman atau sebelumnya
  • Pemikiran dan pandangannya tajam dan jauh

Terdapat 3 matlamat utama perjuangan mujadid bagi Al-Maududi

  • Menyedarkan dan menginsafkan umat Islam khasnya seluruh manusia amnya, bahawa islam merupakan alternatif tunggal sebagai penyelesai segala permasalahan hidup ini
  • Mendaulatkan kalimah Allah (S.W.T) di bumi ini,
  • Kegigihan dan perjuangan semata-mata beribadat kepada Allah(S.W.T)

Gelaran mujadid diberikan kepada Al-Maududi disandarkan kepada beberapa sebab:

  • Sumbangan yang besar dalam kegiatan ilmiah, politik dan harakah Islamiyyah
  • mempunyai visi yang tepat teruatama untuk menyelesaikan maslahat umat islam dan politik
  • Penglibatan beliau dengan gerakan khalifah (pertubuhan politik Islam yang berjuang untuk menegakkan pemerintahan islam (khalifah ) di India
  • Menubuhkan parti baru (jama’at Islami yang baginya merupakan alternatif tunggal untuk menyelamatkan masa hadapan umat Islam di India.
  • Memperjuangkan perlaksanaan xyariah Islam sepenuhnya jika Pakistan berjaya ditubuhkan .

Bagi Al-Mauddui penglibatannya dalam politik Islam setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang kewartawanan adalah berpegang kepada prinsip setiap umat Islam mesti aktif dalam apa sahaja kegiatan yang dapat merealisasikan kalimah Allah S.W.T. Dalam konteks semasa, politik adalah media yang tidak dapat dielakkan untuk mengelakkandari ia dikuasai oleh golongan yang zalim, tidak beriman dan beramal saleh. Al-Maududi juga mengeaskan jihad/revolusi kadangkala perlu untuk menghapuskan pemerintah yang zalim. Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakkan umat Islam melancarkan revolusi berdarah dalam penegakan daulah Islamiyah, jika ada jalan damai. Hikmah mesti diutamakan berdasarkan tempat suasana dan keadaan.
TEORI POLITIK ISLAM
Penting memahami konsep politik Islam
Al-Maududi menegaskan pentingnya memahami konsep politik Islam supaya Islam tidak diberi pelbagai erti mengikut nafsu dan minat golongan yang mendefinisikannya.Prinsip-prinsip umum Islam bagi Maududi perlu menekankan 2 aspek ini:
::_Islam merupakan suatu adunan daripada beraneka jenis idea yang tidak ade kaitan diantara satu sama lain.
::_Islam adalah system yang tersusun dan mempunyai prinsip- prinsip yang tetap.
Menurut Maududi, prinsip utama Islam adalah tauhid. Itulah risalah yang dibawa oleh setiap nabi dan Rasul iaitu mentauhidkan Allah S.W.T.

Hubungan ilah dan robb dengan politik Islam
Ilah ditafsirkan oleh maududi sebagai objek penyembahan (ma’bud). Justeru itu hubungan manusia degan Allah adalah seperti hubungan hamba dengan tuanNya atau penyembah dengan yang disembah.
Robb pula menurut Maududi berasal daripada perkataan arab yang membawa erti sebagai yang mencipta, yang mengatur, mentadbir dan memelihara kesempurnaan ap ajua yang dicipta. Rabb juga membawa erti pemilik. Pemiliklah yang mempunyaikuasa untuk memberi perlindungan kepada hakmiliknya. Implikasi daripada pengertian ilah dan rab ini kepada kehidupan manusia amat besar sekali. Adew yang menjadikan benda atau raja sebagai tuhan sehingga menyamakan hubungan ilah dan rab dengan raja dan rakyat.
Al Maudusi menyimpullkan bahawa terdapat amalam meluas masa kini iaitu hubungan raja dan rakyatnya hampir menyamai konsep ilah dan rob. Beliau juga mengeaskan penyesatan manusia juga adalah dilakukan oleh manusia sendiri yang didorong factor menekalkan kekuasaan untuk mencari pangkat. Kekayaan dan sbagainya. Justeru itu, Maududi benar-benar menekankan betapa pentingnya manusia mempunyai akidah yang mantap dan benar iaitu berimankepada Allah (s.W.T).

Prinsip politik Islam
Al-Mauudi membuat kesimpulan bahawa prinsip-prinsip pemerintahan islam mestilah seperti berikut :-
1. Puncak segala kekuasanan adalah Allah S.W>T yang maha berkuasa. Tidak seorang atau suatu golongan pun didalam sesuatu negara yang mengatasi undang-undang yang digubalnya.
3. Allah S.W.T adalah pemberi hokum dalam erti kata yang sebenarnya. Padanya terletak kekuasaan mutlak mengadakan undang-undang. Orang yang beriman adalah terikat erat dengankekuasaan Allah (S.W.T) dan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan undang-undang ciptaan-Nya.
4. Pembentukan negara Islam mestilah diasaskan kepada undang-undang ciptaan Allah (S.W.T) yang disampaikan oleh Allah melalui rasulNya .
Struktur negara islam
Ketua negara: negara islam diketuai oleh seorang ektua negara yang dinamai khalifah, amir, imam atau sebagainya. Ia adalah pemegang amanah Allah S.W.T untuk melaksanakan undang-undang syariah dan segala yang ebrkaitan dengan urusan dalam dan luar negeri. Ini bererti bahawa kedaulatan tertinggi didalam negara Islam bukanlah khalifah tetapi Allah (S.W.T). Orang yang dilantik menjadikhalifah mestilah lelaki,waras, dewasa, paling alim, beriman dan bertaqwa.Al MAududi menekankan konsep yang semua orang adalah khalifah dalam erti kata yang sebenarnya yang setiap dari mereka mempunyai tanggungjawab untuk membuktikan iradah Allah (S.W.T) menydari hakikat itu tidak patut timbul konsep dictator didalam negara Islam kerana setiap orang mempunyai hak sebagai pemimpin. Ketua negara mesti bersedia untuk dikritik dan kedudukanny dari segi undang-undang adalah sama sahaja dengan rakyat yang tetap berada di bawah kekuasaan undang-undang Allah S.W.T.
Majlis syura: ditubuhkan untukmenjadi tempat rujukan dan tempat perundangan khalifah dengan orang-orang yang arif tentang undang-undang Allah.walaubagaimanapun ketua negara mempunyaikuasa tertentu untuk menentukan keputusan yang benar dan sebaliknya.didalam satu perlantikan jawatan dalam negara Islam.Almaududi menjelaskan tidak seorang pun yang boleh mencalonkan dirinya dan tidak juga boleh menjalankan kempen untuk menjawat jawatan tersebut. Tindakan ini bagi al-Maududi merupakan penyelewengan.Dalam majlis syura tidak boleh wujud parti atau golongan dikalangan ahlinya. Selanjutnya al-Maududi menyenaraikan prinsip-prinsip majlis syura seperti berikut:
::_ketua atau pengerusi majlis itu dan semua ahlinya mestilah dipilih secara bebas oleh rakyat
::_kebebasan untuk mengeluarkan pendapat dan kritik adalah diberikan kepada rakyat dan wakil wakil mereka.
::_rakyat mestilah diberitahu secara jujur dan tepat berkaitan dengan keadaan yang sebenarnya yang sedang berlaku dinegara Islam bagi membolehkan rakyat menilai sama ada kerajaan menjalankan pemerintahan dengan sempurna atau sebaliknya.
::_rakyat adalah penentu orang yang harus menjadi pemerintah yang mendapat sokongan adalah berhak memegang jawatan masing-masing. Apabila rakyat hilang kepercayaan mereka mesti mengundurkan diri.
Badan kehakiman: kehakiman mempunyai kuasamutlak dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif (pentadbiran dan pemerintahan). Hakim mempunyai tugas untuk memastikan undang-undang Allah dilaksanakan.Hakim mestilah bebas daripada sebarang ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan sebagainya apabil amenjalankan tugasnya di mahkamah. Setiap lapisan rakyat berhak untuk mendapat layanan yang sama.
Rakyat : Al-Maududi menjelaskan bahawa rakyat mempunyai kewajipan yang tertentu kepada negara iaitu:
::_menumpahkan segala ketaatan kepada pemerintahan Islam yang tulen dan adil.
::_menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pemerintah dengan jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah taala.
::_bertanggungjawab memberikan kerjasama kepada pemerintah dn berkorban apa sahaja ketika menghadapai ancaman sama ada dari dalam ataupun luar negeri sama ada harta, tenaga atau nyawa (jihad)

PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM.

Sumber perlembagaan negara Islam
::_Al-Qur’an

::_Sunnah
::_Amalan Khulafa’ Ar-Rasyidin
::_Pendapat golongan mujtahid

Masalah penggubalan negara Islam
::_keganjilan istilah- istilah lama perlu di tukar supaya ianya mudah difahami oleh rakyat
::_keganjilan susunan kitab-kitab fikah lama
::_kelemahan dalam sistempendidikan
::_ijtihad orang yang jahil

Asas-asas perlembagana Negara Islam
Al-Maududi selanjutnya menetengahkan asas-asas perlembagaan negara Islam yang berlegar disekitar persoalan yang disenaraikan berikut:-
1.hak pemerintahan
2.batas kekuasaan pemerintah
3.kuasa dan tugas organisasi negara
4.tujuan negara
5.penyususnan negara
6.kelayakan pemerintah
7.kewarganegaraan
8.hak warganegara dan tanggungjawabnya
9.tanggungjawab dan hak negara
HAK rakyat
Al maududi telah menyenaraikan 7 hak asasi manusia yang dijamin oleh pemerintahan Islam:-
::_hak untuk hidup
::_keselamatan nyawa
::_kehormatan wanita
::_hak keperluan asasi
::_hak kemerdekaan
::_hak mendapatkan keadilan
::_hak persamaan sesama manusia

Hak Rakyat
Walaupun al-maududi membincangkan hak asasi manusia, yang dijamin islam, beliau masih lagi rasa belum mencukupi jika belum mebincangkan hak rakyat dalam negara Islam

  • keselamatan nyawa dan harta
  • perlindungan kehormatan
  • kehormatan peribadi
  • kebebasan peribadi
  • keselamatan daripada sebarang kekejaman
  • kebebasan mengeluarkan pendapat
  • kebebasan berpersatuan
  • keselamatan sentimen beragama
  • keselamatan daripda dipenjara tanpa hak
  • hak untuk mendapatkan keperluan asasi
  • persamaan disisi undang-undang
  • kebebasan beragama
  • pemerintah juga tidak terkecuali daripada undang-undang
  • hak untuk mengelakkan dosa
  • hak turut serta dalam urusan negara

Hak Musuh Dalam peperangan
1. hak golongan bukan tentera
2. hak golongan tentera
::_seksaan dengan api
::_keselamatan yang cedera
::_tahanan perang tidak boleh dibunuh
::_musuh yang terikat tidak boleh dibunuh
::_dilarang mencuri dan memusnahkan di negeri musuh
::_kesemalatan harta
::-keselamatan mayat
::_memulangkan amyat
::_larangan pembatalan perjanjian.
::_Pengisytiharan perang

KEDUDUKAN NON-MUSLIM
Perbezaan warganegara Muslim dan No-Muslim
Non-Muslim dibahagikan mengikut syariah kepada tiga bahagian
1. mereka yang menjadi warganegara Islam melalui perjanjian damai
2. mereka yang menjadi warganegara islam melalui peperangan iaitu setelah dikalahkan
3. merekea yang menjadi warganegara Islam melalui cara-cara lain seperti dilahirkan didalam negara Islam dan sebagainya.
Hak-hak umum non-muslim
Al-Maududi menjelaskan bahawa pada umumnya daarah golongann non-muslim (dzimmi ) adalah suci sama seperti kedudukan warga negaraa Islam.daarah mereka haram ditumpahkan. Justeru jika berlaku pembunuhan keatas mereka, maka pemerintahan islam diwajibkan membunuh balas pembunuhnya.
Kedudukan golongan dhimmi atau non-muslim daripada segi undang-undang jenayah Islam adalah sama sahaja dengan yang ebragama Islamhukuman yang sama juga dikenakan. Tetapi dalam kes minuman arak, golongan dhimmi dikecualikan, begitu juga dengan persamaan daripada segi undang-undang awam.
Al-Maududi selanjutnya menjelaskan bahawa didalam negara Islam barangand an cara perdagangan yang diharamkan Islam dilarang bukan sahaja kepada warganegara yang ebragama Islam tetapi juga kepada yang tidak beragama Islam seperti ribatetapi mereka terkecuali dalam kes minuman keras dan daging babi.
Islam telah mewajibkan umat Islam agar memelihara dan berpegang teguh dengan perjanjian yang mereka persetujui dengan non muslim. Sebaliknya islam nenberikan kelonggaran sama ada untuk terus berpegang kepada perjanjian itu atau memusnahkannya. Islam selanjutnya memberi kelonggaran kepada non-Muslim , iaitu merka tetapmempunyai hak sebagai golongan dhimmi meskipun gagal membayar jizyah atau menghina rasulullah (S.A.W),membunuh seorang Islam, mencemarkan kehormatan umat Islam dan sebagaiya.
Namun demikian. Hak sebagai glolongan dhimmi akan terlucut dalam dua keadaan ini:
::_Apabila mereka menyertai musuh Islam dan meninggalkan negara Islam
::_Apabila mereka melancarkan pemberontakan san kegiatan untuk menggulingkan kerajaan Islam.
Non-Muslim juga diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan dasar dan amalam-amalan yang berkaitan dengan urusan peribadi mereka.
Non Muslim berhak didaili di mahkamah syari’ah atas persetujuan kedua-dua belah pihak yang bersengketa.selaanjutnya jika kes itu yang ebrkaitan dengan undang-undang peribadi melibatkan muslim dan non-muslim mereka akan diadili di mahkamah syariah. Islam juga memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Non-Muslim untukmemilih kepercayaan mereka, menjalankan upacara keagamaan dan mengadakan perayaan agama mereka khususnya di tempat kediaman mereka, tetapi dikawasan yang didiami oleh warganegara beragama Islam, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.
Islam selanjutnya memberikan kebebasan kepada Non-Muslim mendirikan tempat ibadat ereka di tempat kediaman mereka. Di kawasan yang didiami oleh warganegara yang beragama Islam, bangunan ibadat yang telah sedia ada tidak boleh dirobohkan.malah apabila buruk, ia boleh diperbaiki atau dibina semula diatas tapak yang sama. Tetapi mereka tidak boleh membuat bangunan tempat ibadat yang lain di tempat-tempat lain.
Mereka juga dibenarkan membina bangunan-bangunan ibadat mereka di tempat yang penduduk yang majoritinya bukan beragama Islam dan juga di kawasan yang satu masa dulu pernah didiami oleh warganegara yang beragamma Islam dan upacara ibadat islam tetapi kemudian ditimnggalkan.
Islam juga melarang pemerintah Islam menggunakan paksaan untuk memungut jizyah dan kharaj daripada golongan dhimmi . sebaliknya cara yang lemah lembut dan baik amat digalakkan.bayaran yang berlebihan di luar kemampuan golongan dhimmi juga dilarang.Sekalipun mereka gagalmembayarnya, pemerintah Islam tidak berhak merampas harta mereka dan melelongnya.
Non Muslim yang ditimpa kemalangan bukan seadar dikecualikan daripada membayar jizyah, malahan mereka berhak untuk mendapatkan bantuan darpada institusi bait al-mal. Bantuan juga diberikan kepada orang orang tua, orang-orang cacat, orang-orang sakit dan penganggur dari kalangan non-muslim.
Al-Maududi juga menjelaskan bahawa cukai perniagaan tetap dikenakan kepada golongannon-muslim iaitu perniagaan yang melebihi 200 dirham kadar cukai yang dikenakan ialah 5% kepada non muslim dan 2.5% kepada yang muslim. AL-Maududi menekankan yang ini bukanlah ketetpan dari Al-Quran tetapi berdasarkan ilmu tafsir semasa.

Hak-hak khusus non-Muslim
::_perwakilan politik
::_kebebasan untuk mengeluarkan pendapat
::-pendidikan
::-perkhidmatankerjaan
::_perniagaan dan bidang professional

Pembelaan ke atas golongan non-Muslim
Disepanjang sejarah perkembangan Islam,sejak zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, kedudukan yang istimewa golongan non-Muslim tetap terjamin. Jika berlaku penyelewengan dikalangan pemerintah-pemerintah Islam yang ebrakhir dengan ekkejaman dan penindasan keatas golongan non-Muslim akan lahir golongan Qadi (hakim) yang membela nasib mereka. Pemerintah-pemerintah Islam diperingatkan tentang kesilapan dan kesalahan mereka.
MASALAH EKONOMI DAN PENYELESAIAN MENURUT ISLAM
Kapitalisme punca keburukan ekonomi dalam Islam
Kepincangan ekonomi yang disebabkan kapitalisme disenaraikan oleh Al-maududi seperti berikut:
1. Gaji buruh amat rendah sekali kerana setiap negara berusaha untuk emmasarkan barangan keluarannya dalam kadar yang maksimum, tetapi dengan harga yang paling minimum murahnya
2. monopoli sumber alam adalah satu fenomena sejagat di dunia ini, iaitu terdapat negara tertentu memonopoli sumber alam tanpa diberi peluang negara lain mendapatnya. Implikasinya ialah wujud pertentangan diantara negara di dunia ini untuk menguasai sumber alam.
3. negara kaya hanya berminat untuk melaburkan wang di negara kaya sahaja. Jika mereka tidak berminat untuk membantu negara miskin. Sebaliknya membazirkannya melalui pelaburan di angkasa lepas.

Penyelesaian ekonomi menurut Islam
Menurut Al-Maududi masalah ekonomi diselesaikan oleh Islam melalui tiga cara:
::_menggabungkan aspek ekonomi dengan segala spek kehidupan manusia yang lain.
::_memperbaiki akhlak masyarakat
::_undang-undang syari’ah dan perlaksanaanya secara total dan berkesan amatlah penting.Kuasa paksaan dan tekanan hanya harus digunakan dalam keadaan tertentu sahaja.
Ketiga-tiga prinsip ini merupakan jalan penyelesaian masalah ekonomi secara Islam yang menampakkan satu hakikat bahawa Islam mengakui tentang fitrah semulajadi manusia. Sebaliknya segala sesuatu yang bertentangan dengan fitrah itu adalah jalan yang tidak digemari oleh Islam dan jalan-jalan inilah yang cuba dihapuskan dalam Islam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKal ~ ::_Maulid ar-Rasul_::
Insan teragung, rasul terulung, qudwah hakiki yang telah diutuskan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia. Baginda merupakan semulia-mulia Nabi utusan Allah. Kedatangannya sebagai rahmat, mengeluarkan manusia dari gaung kejahilan lantas memandu mereka ke arah sinar hidayah di dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ar rasulul amin, Nabi Muhammad s.a.w., anak yatim yang dibesarkan dengan tarbiah yang cukup hebat oleh Allah Ta'ala. Bagindalah insan yang diraikan pada setiap tanggal 12 Rabiul Awal, sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap penghulu umat akhir zaman ini.
Seluruh umat Islam, di timur dan juga di barat dunia, berlumba-lumba meraikan hari yang penuh keberkatan bersempena sambutan hari kelahiran Baginda. Dakwaan yang menyebut bahawa sambutan Maulidur rasul sebagai bid'ah tertangkis sama sekali. Bagaimanakah ini boleh ditimbulkan hanya dengan alasan Rasulullah s.a.w. tidak pernah meraikan hari kelahiran Baginda? Imam Muslim dalam Sahih Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah telah ditanya tentang puasa Baginda pada hari Isnin. Baginda menjawab: "Itulah hari aku dilahirkan padanya." Sambutan yang bukan sahaja tahunan dan bulanan, bahkan mingguan itu menggambarkan betapa bersyukurnya Rasulullah dengan anugerah tersebut. Lantas, kita selaku umat Baginda lebih-lebih lagilah dalam meraikan hari bersejarah insan yang kita cintai ini.
Firman Allah Ta'ala :
"Dan Kami tinggikan (yakni muliakan) namamu".
Bagaimanakah Allah meninggikan nama Rasulullah s.a.w? Tidak lain dan tidak bukan dengan menyebut nama Baginda seiring dengan sebutan Lafzul Jalalah. Bukankah setiap kali kita melafazkan syahadah, kita pasti akan menyebut :
Begitu juga dengan azan, setiap kali dikumandangkan, pastinya nama khatimul anbiyaa’ tidak ditinggalkan. Begitulah kasihnya Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w, penghulu seluruh umat manusia.
Kedudukan Baginda selaku qudwah terulung telah dinobatkan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya:
"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia."
Sekalipun dihimpunkan seluruh manusia semenjak awal penciptaan manusia sehinggalah berakhirnya alam dunia, tetap tidak dapat menjelmakan seorang insan yang berakhlak dan berkeperibadian seumpama rasul tercinta. Firman Allah Ta'ala lagi:
"Sesungguhnya pada Rasulullah (Nabi Muhammad) ada ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (pahala) Allah dan hari yang kemudian, serta banyak mengingati Allah.
"
Lantas, bagaimanakah kita dalam menyatakan rasa cinta yang tulus dan mendalam kepada Penghulu umat Islam ini? Adakah dengan mengadakan jamuan besar–besaran pada hari sambutan kelahiran Baginda? Atau cukup hanya dengan menzahirkannya dengan ucapan lisan kita? Ulamak menyebut, umat Islam berhak untuk bergembira pada hari ulang tahun kelahiran Rasulullah s.a.w. dan sepatutnya umat Islam berlumba–lumba untuk menghidupkan malam tersebut dengan amal ibadat serta melipatgandakan selawat ke atas junjungan Baginda s.a.w.
Digalakkan juga untuk meneliti dan menghayati kembali sirah kehidupan insan termulia ini dengan lebih terperinci. Ini adalah agar kita dapat menanam kecintaan yang lebih mendalam terhadap Baginda dan mampu mehidupkan sunah– sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita. Alangkah bertuahnya kita kerana dijadikan sebagai umat Nabi Muhammad, satu–satunya Rasul yang layak memberikan syafaat untuk umat Baginda. Suburkanlah rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah di sepanjang masa, bukan sahaja di tarikh ulangtahun kelahiran Baginda.
Ingatkah kita bila mana Ibrahim bin Edaham berkumpul bersama penduduk Basrah, lantas beliau ditanya, “Kenapakah apabila kami berdoa, doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t? Lantas beliau menjawab: “Kerana hati–hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara.” Perkara ke dua yang disebut oleh Ibrahim bin Edaham ialah : “Kamu mendakwa kamu menyintai Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tinggalkan sunnah–sunnah Baginda.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ iSu ~ ::_MaSyAraKat KiNi DiAnCam ProDuk BaRat_::
Kekuasaan dunia komunikasi ketika ini dilihat begitu berleluasa sehingga mampu menjadikan masyarakat terutama dalam konteks tempatan yakni Malaysia leka dan menjadi fanatik kepada bahan yang disajikan.
Saluran-saluran komunikasi yang lazim juga dikenali sebagai jaringan komunikasi menjangkau bukan sahaja dalam dunia dan masyarakat setempat malah ianya merentasi sempadan antarabangsa.
Jaringan-jaringan komunikasi pada zaman ini makin meluas apabila disokong dengan kepantasan teknologi dan dikatakan berjaya mendekatkan proses berkomunikasi.
Akibatnya, telah wujud pandangan yang mengatakan bahawa dunia telah mengecil dan menjadi sebuah 'perkampungan sejagat' (global village).
Pandangan ini telah dikemukakan oleh sarjana komunikasi terkemuka, Marshall McLuhan lebih 30 tahun lalu. Idea beliau tercetus dan meluas menerusi tulisannya dalam 'The Medium is the Message: An Inventory of effects and War'.
Idea-idea McLuhan ini dikatakan tercetus melalui kejayaan pelancaran dan operasi satelit telekomunikasi pertama dunia iaitu Intelsat pada tahun 1962.
Menurut McLuhan, melalui perkembangan ini seperti kemudahan satelit, beliau yakin bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat.
Hasilnya, penduduk dunia bagaikan berjiran. Misalnya, apa yang berlaku di Amerika dan negara Eropah yang lain dapat diketahui oleh penduduk Malaysia dalam tempoh yang pantas.

Perkampungan sejagat dianggap sebagai penyelesai ketidakseimbangan maklumat
Kewujudan perkampungan sejagat dianggap sebagai penyelesaian kepada ketidakseimbangan maklumat antara negara maju dan negara membangun.Ini ditandai dengan perkembangan teknologi komunikasi yang pesat dan telah mempengaruhi pembangunan sistem komunikasi sedunia sejak tahun 1945.
Antaranya, teknik 'rephographic' terkini; teknologi video - televisyen, videotex, sistem 'home video', video cakera padat; teknik audio dan teknik litar bersepadu. Lebih daripada itu, teknologi pemprosesan maklumat elektronik dan telekomunikasi telah menambah skop, volume dan kelajuan aliran trafik maklumat merentasi sempadan antara negara (Hamelink, 1994:59).
Akibatnya dikatakan perkampungan sejagat menyebabkan maklumat dan pengetahuan mudah diakses dan pemerintah tidak lagi mempunyai monopoli.
Hasilnya, wujud komuniti global dalam perkampungan sejagat. Dan ketika inilah institusi antarabangsa berpeluang meluaskan pengaruhnya dan secara idealnya ini terjadi dalam persekitaran di mana 'demokrasi penyertaan' (participacy democracy) meluas kerana komunikasi telah dipertingkatkan (Low, 1997:140).

Pemerintah mengawal penghasilan produk budaya di negara sendiri
Sungguhpun demikian, pandangan bahawa maklumat dan pengetahuan mudah diakses tanpa monopoli penuh pihak pemerintah merupakan satu andaian 'pandir' dan dangkal.
Ini disebabkan, andaian sedemikian masih boleh dipertikaikan kerana pihak pemerintah masih lagi memiliki kawalan dalam penghasilan produk budaya di negara-negara membangun hatta di Malaysia sendiri.
Ini sesuai seperti dalam dakwaan Marx [dlm. Marx dan Engels, 1982: 64], bahawa "kelas yang memiliki kaedah pengeluaran bahan di masa yang sama akan menguasai juga kaedah pengeluaran mental, agar idea-idea mereka yang tidak mempunyai kaedah pengeluaran mental akan tunduk kepada idea-idea kelas pemilik ini."
Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya Mustafa dan Loh (1996:100) berpendapat bahawa, di negara ini kawalan berlangsung dalam tiga cara iaitu perundangan, pemilikan dan kawalan dalam penerbitan besar, dan melalui promosi terhadap budaya kewartawanan pembangunan bertanggungjawab (responsible development journalism) antara pengamal-pengamal profesion ini.

Maklumat dunia dimonopoli oleh syarikat gergasi antarabangsa
Perkongsian maklumat dengan istilah perkampungan sejagat sepertimana yang dibawa oleh McLuhan telah dipersoalkan oleh negara-negara membangun sejak lebih dua dekad yang lalu. Masyarakat dunia ketiga yang baru bebas daripada cengkaman kolonialisme telah menyuarakan pandangan tentang ketidakseimbangan dan ketidaksetaraan (imbalances ann inequalities) pengaliran maklumat dunia.
Pandangan sebegini dilontarkan kerana ia berkait rapat dengan piagam penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Unesco yang melihat komuniti antarabangsa telah menetapkan objektifnya bahawa, untuk menjamin dan memelihara kebebasan, dan pengaliran bebas maklumat (Mac Bride, 1980:35).
Namun secara praktiknya, piagam ini hanya tinggal sebagai retorik semata-mata.Oleh sebab itu, Unesco telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya yang diamanahkan untuk mengkaji masalah komunikasi. Hasilnya, suruhanjaya yang diketuai oleh Sean Mac Bride dari Ireland telah menyiapkan laporan 'Many Voices: One World pada 1980.
Laporan ini walaupun mempunyai kekurangan tetapi telah mengakui bahawa wujudnya ketidakseimbangan dalam pengaliran maklumat.
Berdasarkan itu kita boleh menilai satu contoh klasik bagaimana berlakunya ketidakseimbangan pengaliran maklumat iaitu melalui dominasi pengedaran berita dunia oleh lima agensi gergasi berita antarabangsa iaitu Associated Press (AP - Amerika Syarikat), United Press International (UPI - Amerika Syarikat), Reuters (Britain), Agence France Presse (AFP - Perancis) dan Telegrafnoie Sovetskavo Souizza (TASS - bekas Soviet Union).
Dominasi lima agensi ini telah menyebabkan liputan yang tidak seimbang mengenai negara-negara dunia ketiga. Peristiwa-peristiwa di negara dunia ketiga kurang mendapat perhatian mereka, dan kalau ada pun pemaparannya adalah dalam bentuk negatif. Apa yang nyata, arah pengaliran berita bergerak dari dunia pertama ke dunia ketiga dalam ketidakseimbangan (Whetmore, 1995:400).
Negara maju melakukan penjajahan baru
Sebenarnya, sejak sekian lama kita perlu mengakui bahawa sistem komunikasi dunia dikuasai oleh negara-negara maju seperti Amerika.Dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun inilah gergasi media dunia beroperasi menyebarkan maklumat ke seluruh dunia.
Melalui syarikat multinasional, maklumat bukan sahaja menjadi sebagai komoditi utama, malah produk budaya turut dieksport ke negara-negara membangun.Syarikat-syarikat ini, seperti yang disebut oleh Mowlana (1975), telah menjadi pengeluar utama dalam penghasilan maklumat dan produk budaya di peringkat global.
Syarikat sebegini biasanya terdiri daripada pengeluar filem, penerbit buku, stesen televisyen, agensi berita, syarikat rakaman dan sebagainya.
Akibatnya, wujudlah apa yang disebut sebagai neo-kolonialisme. Ia merupakan satu penjajahan bentuk baru bagi menggantikan kolonialime yang tersingkir lewat Perang Dunia ke-2.
Gejala inilah yang amat dibimbangi ketika ini, kerana ancaman produk budaya yang dibawa mampu meranapkan sesebuah negara jika pemerintahnya tidak berhati-hati.
Masyarakat Malaysia menjadi mangsa jajahan Amerika
Misalnya, eksport filem-filem Barat yang didominasi oleh Amerika telah berjaya memecah tembok negara-negara Timur yang terkenal dengan adab sopannya dan meruntuhkan nilai-nilai keislaman yang dimiliki selama ini.
Penayangan filem-filem berbentuk 'super hero' seperti 'Spiderman', 'Batman' (sekadar beberapa contoh) dilihat mampu menembus jangkauan fikiran anak-anak sehingga menjadi idola yang mungkin melakukan aksi-aksi 'stunt' yang membahayakan.
Begitu juga filem 'Harry Potter and The Half Blood Prince', penonton yang majoriti mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. seolah-olah diajak berhibur dengan sihir sehingga menyematkan di minda penonton bahawa mengamalkan sihir tidak salah, malah kita boleh mempelajarinya di sekolah atau institusi yang tertentu.
Ini seolah-olah menjadi salah satu dakyah Amerika melalui perkampungan sejagat yang dibawa oleh syarikat pengeluar filem yang cuba meracuni umat akhir zaman ini, bahawa mengamalkan sihir itu bukanlah satu dosa sebaliknya sebagai hiburan yang halal.
Selain itu, rancangan-rancangan hiburan yang berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Who Will Win dan Audition telah mencetuskan arus kegilaan dan fanatik golongan muda yang sudah tidak antara yang halal dan haram.
Tidak salah kita bertanding untuk menguji minda atau beradu kekuatan di gelanggang, tetapi pertandingan hiburan seperti yang disebut seolah menjadi medan maksiat yang halal.
Sebenarnya dalam konteks sebegini, rakyat yang majoritinya bukan di kalangan kelompok elit masyarakat telah menjadi mangsa kepada pengeluar dan pengedar produk budaya ini.

Nilai Islam dihakis oleh kelompok elit
Menurut laporan (Hamelink, 1994: 103) pada tahun berkenaan (1994) sahaja, industri hiburan yang dieksport seperti filem dan 'home video' telah mendatangkan pulangan sebanyak US$8 bilion sementara tujuh puluh peratus daripada US$20 bilion melalui pendapatan industri muziknya yang dieksport disumbangkan dari luar Amerika.
Ini belum dicampur dengan dakyah dan nilai-nilai Barat 'bobrok' yang telah disemainya sejak sekian lama. Bayangkanlah nilai dan harga yang terpaksa kita korbankan saban waktu dalam negara yang kita cintai ini.Tidak hairanlah jika sebuah negara yang digelar 'negara Islam' tidak memiliki langsung ciri-ciri keislaman akibat dihakis oleh produk budaya Barat yang dibawa sendiri oleh 'tangan-tangan' yang berada dalam kelompok elit masyarakat.
Oleh yang demikian, pihak pemerintah perlu melakukan sesuatu demi memastikan nilai-nilai yang disuburi selama ini dengan 'nur' Islam dan ketimuran dapat terus dipelihara.
Cukuplah sudah dengan segala bentuk kemaksiatan dan aliran masalah sosial yang kronik akibat pengaruh produk budaya yang mengalir bagai 'air sungai yang tidak bertebing'.Sudah sampai masanya, satu pelan kontigensi disediakan bagi menyekat dan seterusnya menghalang terus pengaliran produk yang amat membahayakan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKal ~ ::_5 PeRkAra WaJar DiHaYati SemPeNa MaUlidur RaSul_::
Saban tahun, tabir Rabiulawal disingkap memperingati insan agung iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan bagi memimpin umat manusia. Menjadi kebiasaan bagi kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia dari Timur hingga ke Barat menyambut Maulidur Rasul.Persoalannya, bagaimanakah kita menyambut Maulidur Rasul?
Apakah bentuk pengisian paling penting dalam sambutan Maulidur Rasul? Tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk memperingati jasa dan perjuangan Baginda dalam memperjuangkan agama Allah (Islam) supaya ia sampai kepada umatnya hari ini. Selain memperingati Baginda, tujuan paling besar merangkumi perkara yang kita lakukan ialah mencari keredaan Allah, yang akhirnya menjadi sebab untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak. Maka, semestinya kita wajib menghayati sunnah Baginda dalam setiap urusan kehidupan, terutama dalam perkara berikut:
Mengikut jejak Baginda dalam ibadah kepada Allah.
Rasulullah SAW dalam melakukan ibadahnya kepada Allah amat tekun sekali, sehingga digambarkan menerusi sebuah hadis yang menunjukkan kaki Baginda bengkak kerana berdiri terlalu lama dalam 'membangunkan malam' dengan qiamullail.Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya, apabila Rasulullah SAW bangun malam untuk melakukan solat, bengkak kedua-dua kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah: “Ya Rasulullah SAW, mengapa engkau masih bersusah payah begini, sedangkan diampun bagimu dosa yang telah lalu dan akan datang?” Jawab Baginda: “Wahai Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba yang patut bersyukur?" (Hadis riwayat Ahmad).
Mengikut jejak Baginda dalam perkara taat kepada Allah.
Rasulullah SAW digambarkan seorang yang amat menjaga hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara seperti sentiasa berdoa ketika keluar dari rumah, ketika makan, bangun dari tidur dan banyak lagi. Baginda tidak lekang memperbanyakkan berdoa dan merendah diri kepada Allah.
Mencontohi Rasulullah SAW dengan ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
Rasulullah SAW reda dalam setiap perkara yang menimpa dirinya. Baginda meninggalkan kesan yang cukup besar dalam gerakan dakwah Islam yang semestinya diikuti oleh umatnya hari ini. Baginda rela dicerca, dihina dan diberikan tentangan yang maha hebat ketika menyampaikan dakwah Islam sehingga menitis darah dari tubuhnya semata-mata menuntut keredaan Allah.
Rasulullah SAW mendoakan mereka yang menentang usaha dakwahnya dengan berdoa: "Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam dapat bertapak di hati kita umat Islam hari ini. Imam Ahmad Ibn Hanbal meriwayatkan daripada Aisyah, katanya: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih di antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah perkara yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa. Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi daripada dosa dan tidak menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya, melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah."
Mencontohi Rasulullah SAW dengan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah tidak dapat ditandingi. Begitu juga, pendirian Baginda yang tetap dalam memperjuangkan agama Islam dan syariatnya. Prinsip perjuangan tetap teguh walaupun terdedah dengan pelbagai tentangan.
Mencontohi Rasulullah SAW dalam cintanya terhadap sahabat dan umatnya.
Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap sahabat dan umatnya tidak dapat disangkal lagi. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at–Taubah, ayat 128).
INTIPATI:
  • Mengikut jejak Baginda dalam ibadah kepada Allah.
  • Mengikut jejak Baginda dalam perkara taat kepada Allah.
  • Mencontohi Rasulullah SAW dengan ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Mencontohi Rasulullah SAW dengan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Mencontohi Rasulullah SAW dalam cintanya terhadap sahabat dan umatnya.

Sumber...berita harian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ARtiKaL ~ ::_UmMaT iSlaM KiNi - SaTu PeNgAmAtAn_::
Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang mungkar.
Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka ataupun mereka keseorangan diri.
Mereka sedar bahawa belumlah betul-betul dinamai Iman jika belum mendorong orangnya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam (Amal Islami) dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain belum lagi merasai kemanisan dan menikmati cara hidup Islam.
Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Itulah ummat yang terdahulu yang mendapat didikan Iman dari Madrasah Rasulullah S.A.W yang mana sumber didikan mereka hanya sanya Al-Quran, menilai Rabbani yang sentiasa mendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan samada dalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.
Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara ummat Islam kini dan jenerasi Al-Quran yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat Iman yang bergelora, menyala, cermat dan waspada.
Sebaliknya Ummat Islam kini mereka mempunyai Iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwa dan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan Iman itu sendiri.
KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama saja. Keadaan Ummat Islam yang sebenarnya telah menyerah kalah kepada pemikiran-pemikiran dan cara hidup yang menggunakan akal fikiran sebagai inti wahyu Illahi. Tiada penafian dalam hal ini kerana masyarakat Islam telah begitu lama dijajah (tanah air dan fikiran) telah jauh dari hakikat hidup dari kacamata Islam. Perhambaan diri mereka tidak hanya sanya pada Allah S.W.T semata-mata sedangkan mereka mengucap dua kalimah Syahadah, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengeluarkan Zakat dan menunaikan Haji di Baitullah.
Apabila kita meninjau ke seluruh pelusuk alam ini, nescaya kita dapat melihat keadaan sebenar Ummat Islam pada hari ini. Ratusan ummat-ummat Islam tidak lagi digeruni oleh musuh-musuh mereka, malah ummat Islam dipermain-mainkan sesuka hati oleh angkatan Jahiliah yang diketuai oleh Syaitan, ummat Islam seolah-olah dibius, jiwa mereka rendah, peribadi mereka juga rendah serta natijah mereka juga dipandang rendah. Kemanakah hilangnya tradisi kegemilangan, kekuatan Islam yang pada satu ketika dulu tradisi telah dapat menarik penganut-penganut cara hidup yang bukan Islam kepada cara hidup Islam.
Wujudnya situasi yang sebegini rupa adalah kerana ummat Islam sendiri telah jahil akan tujuan sebenarnya Islam itu diturunkan kepada seluruh ummat manusia. Ummat Islam kini tidak tahu menghargai Pimpinan Illahi dan merasa rendah dikira apabila menyebut Islam. Ummat Islam pada hari ini tidak boleh lagi dipanggil sebagai ummat Islam, Islam itu tetap ada tetapi ummatnya adalah umpama jasad tanpa nyawa, sebenarnya mereka juga sendiri daripada angkatan jahiliah kerana:
1) Tidak beriman sebenarnya dengan Allah S.W.T
Nampak jahiliah itu dalam bermacam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerah semua urusan hidup mereka kepada Allah S.W.T. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan hanya Allah sahaja sebagai Illah. Perintah dan undang-undang Allah sahaja yang diterima dan dipatuh. Jika tidak, maka uluhiyyatillah kita masih tidak sempurna.
2) Mengikut Hawa Nafsu
Jahiliah dengan hawa nafsu adalah seiringan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jaatsiyah (45) ayat 18 yang bermaksud:
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”
Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun pengikut syariat Allah S.W.T maka masih dikira jahiliah. Hakikat hawa nafsu menghukum ialah ianya berbeza mengikut keadaan dan masa.
3) Mengikut Thaghut
Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 257 yang bermaksud:
“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman) .Dan orang-orang kafir pelindung-pelindung mereka ialah thaghut,yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.Mereka itu adalah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya”
Dalam surah Annisa’ (4) ayat 76 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
Orang-orang yang beriman kepada Allah berjuang dan berperang kerana Allah S.W.T, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.
SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM
Berbeza dengan sifat-sifat yang tersebut di atas,sifat-sifat mereka yang hidup untuk Islam sepatutnya:
a) Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam, Iman dan amal mereka yang selaras, tidak menyuruh orang berbuat baik tanpa dirinya sendiri berbuat baik dan tidak memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
b) Mengutamakan kepentingan Islam walau di mana sahaja mereka berada. Musuh-musuh Islam tidak dapat meresap masuk dan mengganggu-gugat dengan apa cara sekalipun.
c) Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah. Tidak merasa lemah dan dukacita dengan mehnah dan fitnah yang berada di hadapan mereka.
d) sentiasa bekerja untuk Islam bersama-sama dengan Aktivis-aktivis (mujahid-mujahid) Islam yang lain dalam berdakwah kepada Allah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka sentiasa bersama Jamaah Ummah dan patuh kepada kehendak dan pimpinan Jamaah tersebut.
SISTEM WAHYU
Sekiranya Iman merupakan penyelamat dan tenaga penggerak kepada pembangunan kepada generasi Al-Quran yang terdahulu maka Iman itu juga yang menjadi penyelamat dan tenaga penggerak kepada jenerasi ummat yang terkemudian. Dan generasi yang terdahulu telah mengambil Al-Quran untuk mencipta Tamadun..... generasi sekarang mesti mengambil Al-Quran untuk menempah semula tamadun tersebut.
Generasi Al-Quran yang pertama dahulu apabila mereka bertindak melakukan sesuatu, dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi mereka tidak pernah malah takut untuk mendahulukan Allah dan RasulNya. Mereka sentiasa menunggu saranan dan teguran wahyu.... dan apabila ditanzilkan wahyu kepada mereka tanpa persoalan lagi mereka terus melaksanakan kehendak wahyu tersebut samada dalam bentuk suruhan ataupun tegahan bagaikan askar-askar yang menurut perintah ketua mereka.
Oleh itu kita dalam setiap gerak kerja kita mestilah merujuk terlebih dahulu kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dan bersesuaian dengan waki’ (realiti) serta ikhlas tanpa ada sedikitpun matlamat duniawi.
Sepatutnya sejarah Tanzil (turun) nya Al-Quran itu menjadi contoh kepada kita dewasa ini. Ia ditanzilkan secara munajjaman(beransur-ansur). Hal ini adalah mengikut fitrah manusia itu sendiri, kalau dulu Al-Quran itu mendidik dan berjinak-jinak dengan jiwa-jiwa generasi sahabat secara munajjaman iaitu mengikut perkembangan pemikiran dan sosial mereka, semestinyalah kita mengikutnya demikian juga. Dengan ini bukanlah bererti yang kita tidak perlu menjalankan undang-undang dan peraturan Allah di muka bumi ini disebabkan kita bermula dengan iman tetapi undang-undang Allah telah lengkap dan mesti dipatuhi sepenuhnya. Apa yang kita maksudkan dengan munajjaman di sini ialah khusus dalam pendidikan jiwa kita.
Mungkin ada sebahagian orang akan merasakan proses ini tidak perlu lagi pada zaman yang serba canggih ini, sedarilah dan insafilah bahawa untuk bersemadinya Iman di dalam hati kita dan dapat melahirkan natijah yang positif sangatlah perlu kita kembali kepada satu proses pendidikan semula setiap jiwa-jiwa muslimin yang ikhlas kepada Islam.
Kita tegaskan di sini, bahawa Islam bukan sekadar Risalah tetapi ianya juga merupakan Manhaj(cara), sunnah dan perjalanan Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik manhaj, sunnah itu adalah Haq dan Haq itu adalah daripada Allah Azza Wajjalla.
Proses pendidikan semula itu perlulah menurut satu persatu landasan yang telah dilalui oleh Muhamad Rasulullah S.A.W dan jenerasi sahabat dahulu. Matlamat hidup perlulah diperbetulkan semula, kesungguhan dan keikhlasan kepada proses itu sendiri perlulah ada pada setiap jiwa yang ingin mengikuti proses pendidikan semula Islam itu, jika tidak natijahnya akan bersimpang-siur.
MASA DEPAN DUNIA ADALAH UNTUK ISLAM
Di kalangan ummat Islam yang telah dibius itu telah ada yang sedar, bangun dan mengejutkan saudaranya yang lain. Seorang demi seorang bangun dan bersatu di bawah panji-panji Aqidah Islam. Seluruh dunia sekarang ini sedang menghadapi pergolakan yang dicetuskan oleh mujahid-mujahid ini. Bagi yang mahu kepada kebenaran mereka menyambut baik akan perkembangan ini, tetapi bagi mereka yang menyintai kekufuran, kezaliman, penyelewengan dan kemaksiatan, insiden ini amatlah tidak disenangi dan mereka cuba sedaya upaya mereka samada secara diplomasi atau kuku besi sekalipun untuk melenyapkan cahaya ini.
Kita bersikap optimis bahawa, masa depan dunia adalah untuk Islam memandangkan kepada keadaan masyarakat dewasa ini yang mana sistem-sistem pembikinan manusia yang dipaksakan kepada mereka jelas tidak mampu untuk menyelamatkan manusia dari segala bentuk bahaya dan kezaliman yang sedang berjalan walau atas nama apa sekalipun tetapi amat dibenci oleh masyarakat terbanyak.
Optimisnya kita bukanlah bererti kita boleh berpeluk tubuh, memerhatikan keadaan dan menunggu natijahnya tetapi ianya menuntut kepada usaha, tenaga, Ilmu, kedudukan, keikhlasan dari kita yang beriman kepada Allah dengan yang sebenarnya.
Oleh itu, perbetulkan Aqidah kita agar Iman kita betul, dengan itu nanti akan benarlah segala amalan kita, Insya-Allah.

Menyedari bahawa Islam sudah tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kerana ketandusan Iman, berkepentingan peribadi serta jahil, maka program-program yang positif perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
Abul A’la Al Maududi menyarankan supaya diajak manusia supaya kembali beriman kepada rukun-rukun Iman dengan sebenarnya, membersihkan diri dari segala bentuk kepercayaan tahyul, khurafat dan bid’ah dan membentuk serta membangunkan semula konsep kefahaman Islam yang sebenarnya di kalangan masyarakat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_DEBAT: SiLa HaNtar SuRat SeGeRa!!!AmBo BerEs Je...ToK GurU_::
Pertamanya, saya wajar mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Menteri Penerangan menjemput saya ke Debat Perdana. Beliau menjemput saya kerana Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan telah terlebih dahulu menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan saya. Itu pun di atas tajuk RMK9. Ertinya, jika dalam 'survey' awal itu, katakan Annuar Musa enggan, tentu Dato’ Zainudin tidak akan menghulur turun tangga jemputan agar saya naik ke Angkasapuri untuk bersama menyelami rahsia RMK9.
Persoalan kedua, apa sangatlah yang rahsianya mengenai RMK9. Ia adalah penerusan RMK8, RMK7 dan RMK6. Ia cerita memperuntukkan sejumlah wang lima tahun sebuah Rancangan Pembangunan Malaysia. Ini soal rutin. Pergilah ke mana-mana negara sekalipun. Ia normal. Sejak saya menjejakkan kaki saya di parlimen di tahun 1967, saya sudah tahu apa itu Rancangan Lima Tahun . Ketika itu, saya tak tahulah orang yang nak di suakan kepada saya itu sedang berada di mana.
Ketiga, mana ada rancangan pembangunan lima tahun mana-mana negara yang tidak ada pernyataan visi, misi, angka-angka peruntukan dan pasukan pelaksana dalam satu rangka peralihan paradigma berikutan dengan berlakunya perubahan masa, waqi’ dan suasana? Paradigma itu pula akan menetap dan mendefinisi sempadan dan menentukan bagaimana jentera kerajaan serta rakyat harus bertindak untuk berjaya (how to behave inside the prescribed boundaries) dalam sebuah rancangan Lima Tahun itu. Itu saja. Selebihnya ialah soal pemantauan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan.
Di tengah-tengah tempoh pelaksanaan itulah pula ghalibnya, rakyat akan di sumbat dengan leteran-leteran pemimpin yang bercakap besar. Kemudian, di hujung pelaksanaan Rancangan-Rancangan Malaysia itu pulalah, kita lazimnya akan dikejutkanlah dengan angka-angka kegagalan. Pemimpin Umno pun mulalah buat-buat menunjukkan muka prihatinnya yang kononnya sangat terkejut, berkedut dan berkerut. Lalu, dibuatlah pula kajian separuh penggal untuk nantinya dijadikan ulam rangup dalam Perhimpunan Agung Umno.
Buat-buat bising sikit. Tunjuk-tunjuk keris sikit. Laung kuat-kuat sikit, sumpah keramat “takkan Melayu hilang di dunia”. Minum-minum. Ketawa-ketawa. Berdamai semula Pemuda, Puteri dan Wanita. Bersalaman. Kemudian, balik lipat-lipat selendang dan ulang kerja yang sama. “Tender ini, kita nak bagi pada sapa. Dia orang kita atau bukan orang kita”. Umnoputra lagilah. Di tahun 2020 nanti, kita akan masih di sini lagilah!
Pada saya, berdebat atas perkara cabang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Pada saya, RMK9 adalah perkara cabang. Ia ranting dan bukan pokok kepada ranting. Lihat saja kandungan persoalan yang di bawa oleh Nabi Ibrahim 'alaihissalam misalnya. Pertanyaan Ibrahim berbunyi, “apa yang tuan-tuan sembah?” Ibrahim tidak menyertai Namrud, bahkan tidak dijemput pun dalam debat tentang bagaimana nak membangun dan berebut-rebut harta karun ketika berjuang?

Pada saya, masalah Malaysia ialah masalah yang lebih besar. Ia adalah masalah akidah dan keimanan yang lebih tunjang. Malaysia beriman dengan apa dan bertuhankan siapa? Ini perkara pokok yang tiada kompromi. Ia perlu dimuzakarahkan dan diceramahkan segera.
Kelirukan persoalan pokok inilah yang membawa Malaysia meraih malapetaka demi malapetaka di sepanjang Rancangan Rancangan Lima Tahunnya.Sudah hampir 45 tahun begitu dan malangnya kita sekali lagi digesa untuk menyertai debat di atas tajuk yang sama. Kesan akhirnya, kita boleh lihat. Itu-itulah juga. SERUPA. Bahkan semakin menjunam.
Jika ikut bahasa orang korporat ia di sebut, “the bottom line is still the same.” SAMA. Malaysia yang serba ketinggalan. DEB yang kegagalan. Ekuiti Melayu yang sangat mendukacitakan. Pengangguran melibatkan puluhan ribu graduan. Wang PPRT yang lesap dibaham. Minyak naik pagi dan petang. Inflasi merata di pekan dan bendang. Ada sejuta penagih dadah yang majoritinya anak Melayu dari kumpulan marhean dan elit bangsawan.
Demikian juga dengan seriusnya pengidap AIDS sehingga terpaksa diedar percuma kondom dan jarum. Sumbang mahram. Dakwaan usus babi di dalam sosej. Fenomena zina yang kronik dan gaya hidup gay yang berkembang. Gejala murtad yang mengorbankan hampir 250 ribu anak-anak orang Islam. Buang anak di merata-rata. Negara di isytiharkan Islam tetapi pelaksanaan hukum hudud ditolak. Bahkan, disaman oleh siapa lagi jika tidak oleh pemimpin Umno yang sangat kemelayuan. Dedah. Rasuah dan belasah. Senarai kegagalan negara di bawah teraju Umno tidaklah terbilang !

Pendek kata begini sajalah. Saya akan sanggup berceramah secara bersama di pentas yang sama dengan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Zainudin Maidin atau Annuar Musa atau sesiapa saja; baik di rumah mereka atau di rumah saya atau di rumah orang. Jika perlu di padang sekalipun, maka sila tetapkan di mana-mana padang. Saya sangat bersetuju jika ia di siarkan “live” oleh RTM. Jangan ada potong-memotong. Kita berkeris secara gentlemen.
Saya tidak boleh bersetuju dengan debat yang ada pengerusi. Lebih-lebih lagilah jenis pengerusi yang sama-sama dapat kita saksikan sekarang dalam Rancangan-Rancangan Debat Perdana. Tuan-tuan lebih arif maksud saya ini.
Saya dengan ini telah menyatakan kesediaan saya untuk berceramah di atas tajuk “Dasar dan Akidah Sesebuah Negara”. Sekarang, saya telah nyatakan hujah dan rasional saya. Sekarang, bola sudah kembali ke kaki Sdr Zainudin. Saya sedang berdiri di atas padang mulai sekarang. Sila hantarkan surat jemputan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_Subsidi air untuk rakyat Singapura?
Subsidi Minyak untuk rakyat Malaysia Diungkit!_::
Bila sahaja Minyak naik alasanya untuk rakyat!! Sampai bila kita harus ditipu? Minyak Dunia dalam keadaan stabil dan tidak ada tanda tanda harga minyak dunia ini mengalami kenaikan luar biasa.
Malah harganya jauh lebih rendah berbanding 3 bulan terakhir 2005. kepandaian pemimpin Umno menipu orang ramai terutama orang melayu yang tidak pernah menjengah apa apa berita turun naik harga komiditi dan saham sehinggakan mereka ditipu hidup hidup kononnya harga minyak dunia melambung tinggi. Malah kejadian serangan di Saudi baru baru ini digunakan sebagai drama baru bagi kerajaaan Paklah. Kalau beginilah sikap pemimpin Umno Hadhari masakan tidak bulan April tahun lalu, Drama Seludup Diesel digunakan sebagai sebab kenaikan minyak sehinggakan sistem pengangkutan negara terhenti dek kerana minyak yang habis, semua ini lakonan dan drama arahan paklah , Shafie Bedal dan mungkin menantunya.
Kini kita dikejut kenaikan TERBESAR DALAM SEJARAH apabila kerajaan menaikkan RM0.30sen bagi setiap liter minyak, malah bekas Menteri kewangan tengku Razaleigh pun terkejut beruk dibuatnya Paklah. Alasannya kerajaan terbeban dengan subsidi.yang mana wang tersebut sepatutnya mengalir kepada rakyat, Benarkah? Sepanjang kenaikan harga minyak yang lalu apakah kita melihat ada tindakan drastik bagi membantu rakyat? Malah buku teks danyuran persekolahan pada awal tahun inipun Kerajaaan masih belum mampu memberikan ianya percuma walaupun sudah 4 kali kenaikan minyak berlaku sejak paklah memerintah.
Yang ada peruntukan RM100 juta lebih bagi pemberian kondom dan jarum percuma kepada penagih dadah dan seks. Bukannya memberikan buku teks dan yuran sekolah percumakepada pelajar dan rakyat miskin. Belum lagi cerita bagaimana paklah menghabiskan duit untuk kempen batik, songket nukilan idea arwah isterinya itu sehingga kini diwarisi anaknya nori. belum dan yang terbaru kempen kraf.
Malah kerajaan paklah ini memperuntukkan dahulu RM40 juta wang rakyat bagi membaiki tiang MRR2 yang retak dek kerana korupnya samy Vellu. Belum lagi dikira projek melibatkan syarikat Peransang anak syarikat kerajaan negeri selangor yang ditampung kerajaan lebih 80 juta untuk pembaikan, kontraktor terlepas malah mereka kontraktor satu sen pun tak bagi.
Akhirnya yang selamat dan selesa adalah Samy Vellu dia langsung tidak terjejas dengan rombakan kebinet terbaru. Malah dia umpama raja dalam MIC yang boleh menentukan siapa gerangan hulu balangnya. Malah orang lama dalam dinasti tun Mahathir hanya samy Vellu yang tingggal.
Itu cerita Minyak!! Bagaimana dengan isi air.. mungkin kita terlalu emosi sehinggakan lupa menjadikan isu pembekalan air kepada Singapura sebagai modal dalam menyedarkan rakyat bagaimana pemimpin UMNO memberikan subsidi 50 tahun air dengan harga 3 SEN 1000 GELEN. Malah kita hanya menyebut minyak minyak dan minyak.
Kelihatan seperti orang naik minyak. Itu belum dikira bagaimana penindasan dibuat pemimpin Umno dalam isu air dalam negara. Tahukah kita purata rakyat singapura menggunakan air hak rakyat Malaysia adalah 202.73 JUTA GELEN SEHARI.
Semuanya dengan harga 3 sen 1000 gelen. Dan apa yang lebih bangangnya kerajaan UMNO ini dia beli balik air dengan harga 50sen bagi setiap 1000 gelen bagi penggunaan negari johor 32 juta gelen sehari. Ini bermakna Kerajaan singapura dapat AIR MALAYSIA SECARA PERCUMA?
Bayaran yang dibuat johor kepada singapura jauh lebih tinggi. Malah baik dan lembutnya Paklah Hadhari ini kepada singapura kita tolong pulak bina jambatan bagi rakyat dan kerajaan Singapura yang menelan belanja 400 juta? Kalau nak tahu ini lah yang dikatakan wang subsidiuntuk kepentingan rakyat.. benarlah kata kata Paklah itu tetapi untuk Rakyat Singapura!!
Cuba sebut mana mana negara yang menjualkan air mereka dengan harga 3 Sen seribu gelen? Malah China yang sama rumpun dengan penduduk di Hongkong pun menjualkan airnya kepada Hongkong melebihi 5 dollar US. Kalau beginilah harga air yang dijual Malaysia kepada Singapura ia kini boleh dimasukkan dalam satu perkara ajaib didunia. Malah mana mana pemimpin dunia yang mendengarnya mungkin menganggap pemimpin Malaysia ini Gila!!
Yang ramai rakyat singapura atau rakyat Malaysia yang mahu menyeberang? Kalau rakyat singapura yang mahu ke mari lantak merekalah nak bersesak sesak atau nak buat jambatan ,. Mengapa kerajaaan Malaysia yang sibuk nak buat jambatan bengkok tersebut.. ada pula kata kerana menjaga alam sekitar yang terdapat dalam salah satu rukun Islam hadhari cipataan ayah lah.
Ayuh bangunlah rakyat Malaysia sedar atau tidak mungkinkah benar cerita mimpi Dr Harun Din 13 tahun dulu tentang peta Malaysia dan singapura yang terbalik , apakah itu petanda Malaysia menjadi jajahan Singapura? Tak silap sudah 3 kali Paklah dan hulu balangnya bermain golf dengan pemimpin singapura kononnya membincangkan isu tertunggak.
Namun satuisupun tidak nampak ada tanda penyelesaian. Malah menantunya Khairy pula menjadi tukang jual harta negara kepada singapura. Bukannya sikit harta negara yang dijual malah melibatkan syarikat GLC iaitu syarikat berkaitan Kerajaan. Bukan itu sahaja Syarikat yang telekomunkasi(Telekom) dan pembekalan kesihatan ubat (PANTAI) dan hospital kini kerajaan singapura yang memegang kepentingan.
Kalau di Thailand rakyat turun beratus ribu orang berarak dan mendesak thaksin meletak jawatan bagi membantah penjualan saham syarikat Shin Corp milik keluarga perdana menteri itu. Itu cerita menjual harta peribadi pun rakyat Thailand sudah naik amuk? Di Malaysia menantu paklah dan Paklah sendiri sebagai Menteri Kewangan menjual Harta Negara!!! Apakah kita hanya mampu duduk diam dan mambisu sehingga tentera singapura mula bergerak masuk ke semenanjung untuk penjajahan seterusnya?
Apakah peristiwa sebegini tidak pernah belaku di semenanjung gaza yang dibuat Yahudi kepada Palestin? Untuk ingatan Singapura satu satunya negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan ketenteraan dengan negara Israel tersebut. Malah berita terbaru bagaimana satu syarikat Link Israel mendapat lessen 3G iaitu syarikat MITV menjadi penyebab kegagalan DIGI? Walaupun DIGI jauh lebih layak berbanding MITV untuk memiliki lesentersebut?? Ini bermakna kita sudah masuk ke fasa ISRAEL menguasai telekomunukasi negara!!
Renung dan fikirkanlah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ ::_InSpiRaSi HiDaYah DaRi KiSah YuSoFf_::
Kisah-kisah di dalam al-Quran adalah merupakan sebahagian daripada khazanah yang Allah gunakan sebagai satu aproach untuk menggamit mereka mendekati al-Quran. Secara umum ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian:-
1- kisah umat dahulu kala
2- kisah para Anbiya’
Kisah-kisah yang dibentangkan di dalam al-Quran di samping meringankan bebanan pendengar ia juga menghiburkan para pembaca . Ia bukanlah kisah yang berupa cerita penglipurlara. Ia bukan cerita dogeng bahkan merupakan kisah benar. Ia dipersembahkan melalui gaya bahasa yang berbeza meraikan selera dan keupayaan pembaca. Sekalipun gaya dan pendekatan berbeza, namun matlamatnya adalah satu iaitu memberikan taufiq dan hidayah kepada manusia.
Al-Quran Kitab Hidayah
Allah menurunkan al-Quran kepada ummat manusia adalah dengan tujuan memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka. Perkara ini disebut oleh Allah di dalam banyak tempat di dalam al-Quran. Salah satu darinya ialah firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah ayat yang kedua ; "Itulah Kitab, tanpa syak dan ragu, memberikan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa".
Manusia beroleh petunjuk dari al-Quran melalui kaedah dan pendekatan yang tersendiri. Allah Maha Mengetahui mengapa suatu kaedah berkesan kepada seseorang tetapi tidak terjadi kepada semua orang. Dari itu Dia mempelbagaikan kaedah dalam memberikan petunjuk ini supaya manusia boleh membuat pilihan. Nantinya manusia tidak mempunyai hujjah menafikan mengapa mereka tidak bertemu dengan hidayah tersebut.
Kadang-kadang seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah. Tanpa bercerita panjang dia beriman dengan isi kandungan al-Quran dan beramal dengannya. Kadang-kadang terdapat di kalangan manusia, mereka yang bersikap ‘tengok la dulu' ‘ atau tunggu dan lihat' . Setelah dia berpuas hati dengan dalil dan hujjah yang dikemukakan, maka akhirnya dia beriman dengan isi kandungan al-Quran. Tidak kurang pula ada orang yang beroleh petunjuk setelah mereka berhempas pulas menolak al-Quran, namun kerana usahanya gagal maka mereka beriman pula dengannya.
Al-Quran mengemukakan beberapa pendekatan dalam mengolah persoalan petunjuk ini. Salah satu dari pendekatan itu ialah menerusi kisah-kisah al-Quran seperti yang disebutkan sebentar tadi. Pendekatan ini merupakan antara pendekatan yang menarik untuk diperhatikan. Dikesempatan ini kita akan memilih kisah Nabi Yusoff untuk didiskusikan. Kisah ini dibentangkan dengan panjang lebar di dalam Surah Yusoff. Kertas ini hanya akan membuat imbasan beberapa sudut daripadanya sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci, seharusnya merujuk kepada Tafsir al-Quran.

Selayang Pandang Kisah Nabi Yusoff
Hidup ini tidak sunyi daripada ujian. Tidak ada orang di atas dunia ini yang tidak pemah diuji. Itulah sunnah kehidupan. Dalam mengharungi ujian itu ada orang tersungkur di pertengahan jalan dan ada pula yang terjatuh di tepi jalan lalu mereka tidak kesampaian ke penghujung titian. Tidak kurang pula mereka yang berjaya dalam mengharungi ujian lalu mencapai maqam orang-orang Muhsinin.
Ujian itu tidak memilih bulu dan tidak mengenal orang. Asal sahaja mereka bergelar makhluk manusia mereka akan melalui proses ujian. Boleh jadi ia sebagai orang awam dan boleh jadi juga mereka sebagai seorang Nabi seperti yang diterima oleh seorang anak muda yang bernama Yusoff putera Nabi Yaakub as.
Perhubungan rapat antara beliau dengan ayahnya kesan daripada mimpinya telah menimbulkan rasa cemburu kalangan adik beradiknya sendiri.Mereka merancangkan suatu tipu muslihat ke atas Yusoff. Semasa bermain rehlah mereka menjatuhkannya ke dalam perigi.(Perhatikan ayat 4-15)
Selepas dia terselamat dari menemui kematian di dalam perigi kerana dibuang oleh adik beradiknya sendiri dia telah dijual pula oleh para pedagang yang menemuinya. Dia telah dibeli oleh al-Aziz sebagai hadiah kepada isterinya bagi membantu beliau dalam kerja-kerja rumah samada sewaktu al-Aziz berada di dalam negeri mahupun di luar negeri.Yusoff lalu menjadi anak angkat kepada al-Aziz dan Zulaikha isteri al-Aziz pula sebagai ibu angkatnya.(Perhatikan ayat-ayat 19-21 dari Surah Yusoff).
Oleh kerana dia dibeli oleh al-Aziz bagi membantu kerja-kerja isterinya, maka Yusoff dibenarkan bergerak bebas di dalam rumah keluarga angkatnya. Tanpa disedari rupanya ada sepasang mata nakal sedang memerhatikan gerak rentak beliau. Pergerakan beliau rupanya di minati dari jauh lubuk hati ibu angkatnya tanpa Yusoff merasa sebarang syak wasangka terhadap khidmat dan pergaulan beliau.
Boleh dikatakan jasa ibu angkatnya itu terhadap beliau tidak kurang banyaknya. Setelah dia diselamatkan oleh suami Zulaikha , beliau hidup dan membesar di dalam rumah al-Aziz iaitu salah seorang dan pembesar Negeri Mesir waktu itu.
Nabi Yusoff Menjalani Ujian.
Pertumbuhan badan dari kecil menjadi remaja dan terus mernbesar sebagai anak muda tampan amat dicemburui oleh ibu angkatnya sendiri. Hati mana tidak tergoda melihat seorang pemuda tampan yang bergerak bebas memberi khidmat dalam rumahnya sendiri. Yusoff yang tidak menaruh apa-apa rasa sangsi terhadap perubahan kelakuan ibu angkatnya terus memberi khidmat seperti biasa kerana ia adalah sebahagian dan tugas yang telah diminta oleh bapa angkatnya itu.
Rupanya dalam diam-diam ibu angkatnya itu menaruh cinta kepadanya. Sudah tentu setiap saat hatinya berdebar-debar mencari jalan bagaimana cara dapat beliau sampaikan hasrat cintanya itu kepada Yusoff. Jantungnya berdegup kencang bagaimana mahu menjelaskan minatnya yang memuncak kepada anak angkatnya itu. Sudah tentu beliau berfikir ; apakah beliau bertepuk sebelah tangan, ataukah juga anak angkatnya berminat kepadanya tetapi sengaja mahu menyembunyikan minat itu lantaran malu kepadanya ? Kalau begitu apakah patut beliau memulakan luahan itu terlebih dahulu?
Berbagai-bagai persoalan dan tanda-tanya meracau bertalu-talu dalam kotak fikirannya. Dia berperang dengan perasaan setiap kali bersemuka dengan Yusoff. Sedang Yusoff yang tidak mengetahui cinta yang tersembunyi melayaninya seperti biasa tanpa apa-apa niat buruk di sebaliknya. Yusoff sama sekali tidak mempunyai niat mahu memikat ibu angkatnya itu , apatah lagi memukaunya. Zulaikha pula tidak berpendapat begitu. Dia beranggapan , layanan Yusoff itu adalah balasan positif dari cinta yang tersembunyi.
Lantaran itu beliaulah yang perlu mencari helah dan merancang satu permainan supaya mereka berdua sama-sama dapat meluahkan perasaan yang terbuku dan melepaskan rindu dendam masing-masing. Pada perkiraannya , sekalipun Yusoff turut berminat kepadanya namun kerana rumah itu adalah rumah beliau sedang Yusoff adalah orang baru dalam keluarganya , maka tidak mungkin beliau yang lebih dahulu membuka mulut mengungkap kata sayang. Kalau begitu selaku puan kepada rumah beliaulah yang harus memulakannya terlebih dahulu. Padanya, mungkin juga Yusoff malu untuk meminta atau meluahkan rasa cintanya yang bergelora sebab beliau lebih matang darinya.
Dia jatuh perasan. Sebagaimana setiap kali bila bersemuka dengan Yusoff jantungnya bergetar berdebar-debar, begitulah juga beliau menganggap naluri kecintaan Yusoff sebagai anak muda turut membara terhadap wanita berhias sepertinya. Setelah nekad, beliau mula menyusun strategi . Bara kecintaannya terhadap Yusoff telah tidak boleh dibendung lagi. Dia harus berbuat sesuatu. Di sini bermulalah satu episod yang mencabar dalam diari seorang lelaki tampan seperti Nabi Yusoff As.
Saat yang dicari oleh Zulaikha datang bergolek apabila suatu hari suaminya tidak ada di rumah. Al-Aziz keluar menjalankan tugas seperti biasa . Yusoff pula tidak membuat kerja luar pada hari itu. Zulaikha yang telah lama berperang dengan perasaan cinta yang penuh membara terhadap Yusoff benar-benar mahu menggunakan peluang itu. Persoalan moral, yang kalau orang tahu bahawa seorang ibu angkat menggoda anak angkat sendiri dilitupi oleh keinginan yang memuncak. Persoalan ini bagaikan terlupa kerana nafsu telah meremang dan mendesak kebutuhannya dipenuhi. Seluruh urat nadi dan saluran sarafnya tertumpu kepada Yusoff.
Pada Peringkat awal perancangan semua agenda berjalan lancar. Pintu rumah dimangga rapat-rapat.(Ayat 23) Tidak sesiapa pun yang menaruh prasangka bahawa dua insan yang berlainan jenis berada di dalamnya.
Zulaikha meneruskan perancangan. Dia memperhiaskan dirinya dengan segala solekan yang mengairahkan. Ini disulami dengan berbagai wangian yang mengodakan.. Dia begitu yakin permainannya akan berkesan. Hajat yang dimimpikan berganti siang dan malam akan tertunai sebentar lagi Tuntutannya akan dipenuhi oleh anak muda yang tampan itu. Setelah yakin dengan persiapan yang merangsangkan, dia memanggil Yusoff memasuki kamar seperti biasa.
Yusoff yang tidak ditamu oleh sebarang lintasan jahat , apa lagi oleh nafsu buas menyahut panggilan ibu angkatnya itu tanpa sebarang wasangka.Dia memberi jawapan terhadap panggilan memasuki kamar untuk memberikan apa-apa bantuan yang diminta seperti biasa. Yusoff mendekati kamar ibu angkatnya tanpa sebarang syak lalu memasukinya. Sebaik sahaja Yusoff memasuki kamar itu, Zulaikha menerkam ke arah pintu kamar lalu menguncinya. Yusoff terkejut dan terpinga kebingungan dengan insiden yang tidak pernah berlaku seperti itu ke atas dirinya.
Tanpa berlengah Zulaikha terus memainkan peranannya menaikkan semangat kelelakian Yusoff. Dia menampakkan keindahan-keindahan dirinya yang mempesonakan. Dia cuba memukau Yusoff dan merangsangkannya dengan wangian yang memikat.
Yusoff terkejut.Tidak disangka ibu angkatnya akan berbuat begitu terhadapnya. Dia tidak percaya ibu angkatnya sanggup menawarkan tubuhnya kepada Yusoff. Tidak cukup dengan perhiasan dan wangian yang ada ia menyusuli dengan unggapan-unggapan yang menggetarkan jiwa Allah menukilkan sebahagian daripadanya di dalam ayat ke 23 Surah Yusoff : “ marilah kemari.....kemarilah......”
Rupanya apa yang dijangka oleh Zulaikah sebelum ini meleset. Sekalipun Yusoff seorang anak muda yang berdarah panas, tetapi kepanasan itu tidak mudah ditundukkan oleh nafsu seorang wanita. Sekalipun wanita itu menyatakan dia telah bersedia untuk Yusoff dan apa sahaja yang ada pada dirinya adalah untuk dikongsi bersama dengan nafsu berahi, namun tidak semudah itu Yusoff menjual agamanya. Apakah anak-anak muda sekarang begitu sifatnya atau terus meratah daging teman wanitanya tanpa ihsan dan sebarang ikatan perkahwinan yang sah? Apakah anak-anak muda kita sekarang sama seperti orang-orang barat tanpa segan pada dosa dan pahala? Masih berupaya lagikah kita pada hari ini melahirkan insan seperti Yusoff ini?
Nabi Yusoff Terselamat
Cubaan kali pertama gagal. Dia memujuk Yusoff bermain api cinta. Tetapi nafsu Yusoff tidak semudah itu ditundukkan. Dia tidak sanggup menjual agamanya dengan harga yang murah. Dengan ungkapan Yusoff berkata kepada wanita itu. " Suamimu telah memuliakan aku, ia adalah tuan kepadaku. Setelah dia berbudi kepadaku, tidak patut aku mengkhianati budinya itu.” Ertinya, kebaikan tidak mungkin dibalas dengan kejahatan.
Namun kata-kata Yusoff itu tidak mengurangkan keberahian Zulaikha . Sekalipun dia telah berdepan dengan kenyataan bahawa tanggapannya selama ini adalah meleset tetapi dia tetap mahu meneruskan permainan itu sehingga selesai.

Yusoff tetap menolak. Mengapa beliau menolak sedang segala persiapan telah diatur rapi ? Apakah dia menolak tuah yang datang bergolek di depan matanya. Lazimnya sebagai anak muda berdarah remaja seseorang itu tentu mempunyai keinginan. Mengapa dia tidak mengambil peluang yang pada anggapan nafsu begitu berharga? Mungkin peluang seperti itu tidak akan datang lagi pada masa yang lain! Tidak lain , tidak bukan imanlah yang menjadi benteng memperteguhkan pendirian. Tanpa iman dia mungkin rebah . Boleh jadi dia akan tersungkur. Belum dipujuk pun mungkin sudah terlingkup inikan pula kalau telah dirayu mendayu-dayu.
Pada perkiraan nafsu apa salahnya jika Yusoff meneruskan sahaja kemahuan ibu angkatnya itu. Lagipun Zulaikha yang membuat tawaran, bukan dia yang meminta! Atau lepaskan dahulu kemahuan jantina , soal bagaimana cara nak cover kalau perkara itu tersebar, kita runding-rundingkan kemudian. Atau apa salahnya penuhi sahaj permintaan ibu angkatnya, kerana pintu telah dimangga rapat dan tiada wartawan yang dapat masuk membuat liputan. Atau lebih dahsyat lagi kalau ada yang berkata; kita buat dulu dan taubat kemudian.
Semua andaian yang disebutkan itu adalah andaian nafsu . Andaian iman tidak begitu. Andaian iman bukan kerana takut kepada manusia, atau pada penglihatan orang , tetapi ketakutan pada Allah yang sering memerhatikan pergerakan kita sepanjang 24 jam. Keistimewaan yang ada pada anak muda yang tampan tetapi tidak mudah digoyah oleh nafsu yang rakus, mengandungi pengajaran dan pelajaran yang paling berharga untuk diamati. Ini adalah sebahagian daripada inspirasi hidayah daripada kisah ini.
Usaha Zulaikha memerangkap Yusoff as. menemui kegagalan.Yusoff masih cekal dengan pendiriannnya . Keimanannya dapat mengelakkan dirinya dari tercebak ke kancah perzinaan dengan perempuan yang menjadi ibu angkat kepadanya.Sekalipun berbagai cara di lakukan, namun Zulaikha tidak berdaya memperdaya Yusoff dengan helah-helahnya itu.Tindakan yang sungguh diluar dugaan seperti mengunci pintu kamar merupakan ikhtiar terakhir dari wanita kenamaan itu tadi.Namun Yusoff teguh berdiri mempertahankan imannya.Demikianlah hebatnya iman dan pegangan anak muda yang bernama Yusoff itu tadi. Allah telah menunaikan janjiNya kepada orang-orang Muhsinin dan Mukhlisin seperti Yusoff as dengan memberinya sebaik-baik penjagaan.(Lihat maksud ayat 22 dan 24 Surah Yusoff).
Sebaik sahaja Yusoff berkejar ke arah pintu dan menendangnya sehingga terkuak,tiba-tiba dia terserempak dengan suami wanita tersebut.Sisuami terkejut besar melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya.Yusoff kaget dan wanita itu tercengang kerana tidak menduga ia akan terserempak dengan suaminya.Bagi mengelakkan malu dan menyembunyikan hakikat sebenar, ia segera melakarkan satu helah baru dengan menuduh Yusoff sebagai perancang kerja terkutuk dan mengajaknya berlaku curang. Zulaikha bertidak membaling batu sembunyi tangan.Yusoff menafikan tuduhan yang dilemparkan keatasnya itu.(Perhatikan ayat 26)
Kalaulah bukan kerana persaksian yang diberikan oleh salah seorang dari ahli keluarga wanita itu, nescaya Yusoff akan dianggap bersalah.Sudah tentu al-Aziz akan percaya kepada isterinya berbanding dengan Yusoff . Di dalam ayat 26-27, Allah menjelaskan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya.Katanya: “ Jika baju gamis Yusoff koyak di sebelah depan, maka wanita itu adalah benar dan Yusoff pula termasuk dalam kalangan orang-orang yang berdusta . Jika baju gamisnya koyak di sebelah belakang , maka wanita itulah yang dusta dan Yusoff pula yang benar.....” (maksud Surah Yusoff:26-27).
Yusoff bernasib baik.Bajunya terkoyak dari sebelah belakang sewaktu dia mengelak dari dipeluk oleh Zulaikha yang mengejarnya . Zulaikha sempat menangkap baju gamis Yusoff namun ia tidak dapat memeluk Yusoff yang bergegas ke pintu telah mengakibatkan baju yang direntap kuat itu tadi terkoyak.Al-Aziz adalah seorang yang pintar.Ia tidak mudah ditipu oleh tipu helah isterinya sendirinya. Tembelang isterinya pecah.Beliau menasihatkan isterinya yang tergoda dengan Yusoff tadi agar segera bertaubat.Al-Aziz juga menasihatkan Yusoff agar menyembunyikan peristiwa yang berlaku .(Perhatikan ayat 29)
Namun mulut tempayan boleh ditutup.Mulut manusia bukan mudah untuk ditutup.Tanpa diketahui dari sumber mana, tiba-tiba berita Zulaikha memerangkap Yusoff bertiup kencang . Ia berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain.Dengan ditokok tambah oleh asam garam fitnah , akhirnya ia tidak dapat dibendung lagi.(Perhatikan ayat 30) Zulaikha selaku orang ternama tidak membenarkan orang ramai mempersendakan kehormatannya.Ia harus berbuat sesuatu bagi menjamin namanya dan nama suaminya tidak terus tercemar.Sekali lagi ia merangka helah.Kali ini ia mahu mempersendakan pula wanita-wanita yang bermulut murai yang menuduh dan menokok tambah cerita dengan asam garam sesedap rasa.
Sebagai usaha menyelamatkan maruah, pada suatu hari Zulaikha pun menjemput wanita-wanita tadi bertamu ke rumahnya dan menghadiri majlis makan. Setiap seorang dari mereka diberi sebilah pisau yang tajam untuk mengupas buah-buahan dan makanan yang dihidangkan.Para tetamu tidak menduga sebenarnya mereka sedang berada di dalam perangkap isteri al-Aziz.Sewaktu tetamu sedang asyik mengupas buah-buahan dan berkata-kata sesama mereka dan mungkin juga mulut-mulut mereka memuncung panjang mengumpat perihal ibu angkat yang tergoda kepada anak angkatnya sendiri , Zulaikha menjemput Yusoff keluar ke medan jamuan.Apa yang diduga oleh Zulaikha benar-benar berlaku.Perancangannya benar-benar terjadi.(Perhatikan ayat 31)
Demi terpandang sahaja kepada wajah Nabi Yusoff yang bersih berseri , menawan lagi tampan , para wanita yang tidak pernah mengenalinya sebelum ini boleh jatuh cinta kepadanya.Cinta pandang pertama itu telah meragut seluruh perasaan masing-masing terhadapnya.Dalam berangan itu tanpa disedari jari-jari mereka dikupas oleh pisau yang tajam itu tadi.Tangan masing-masing yang dibekalkan dengan pisau bertujuan mengupas buah telah tidak lagi mengupas buah sebaliknya jari jemari mereka yang dilukakan.
Helahnya untuk memperdayakan para tetamunya yang bermulut murai tadi berjaya dilakukannya.Hasratnya untuk membuat pembersihan diri akibat peristiwa yang menimpa ke atas dirinya benar-benar berhasil.Dia tersenyum sendirian.Dengan penuh sinis dan menyindir beliau menegur para tetamunya itu. “ Apakah yang telah kalian lakukan.....Mengapa kalian mengupas tangan tidak mengupas buah?....Apa yang telah berlaku hinggakan puan-puan semua mengupas tangan masing-masing...” Teguran begini merupakan bentuk-bentuk pertanyaan sinis. Para wanita bermulut murai tadi tunduk malu tidak terkata.Apa yang telah menimpa ke atas mereka merupakan perkara yang tidak mereka dugakan sama sekali boleh berlaku. (Lebih kurang maksud awal ayat 32)
Zulaikha meneruskan leterannya terhadap mereka “ Anda yang baru sekali terpandang wajahnya sudah jatuh asyik, bayangkan aku yang setiap masa dan ketika bertemu serta bergaul dengannya, tentu lebih parah lagi.....Ertinya kalian semua lebih lemah iman dari aku. Jika kalian semua diberi peluang berada di tempat yang aku sedang berada sekarang tentu kalian semua lebih dahulu lingkup dari aku....Dari itu kamu tentu tidak lagi merasa hairan bagaimana daku boleh jatuh cinta kepadanya....Di sini aku ingin maklumkan, bahawa aku yang sebenarnya berniat jahat terhadapnya.Dia memang seorang pemuda yang baik.Tetapi oleh kerana dia menolak permintaanku untuk berseronok-seronok dengannya , aku tidak akan membiarkannya begitu sahaja.Aku akan memastikan agar beliau dimasukkan ke dalam penjara.Anda akan melihat Yusoff menjadi orang yang hina.....(Maksud ayat 32 secara umum).
Setelah berjaya membebaskan kehormatannya, Zulaikha merancang tindakan selanjutnya iaitu memastikan Yusoff dimasukkan ke dalam penjara.Yusoff yang mendengar perbualan beliau dengan para tetamu wanita tadi merasa lega dengan cadangan itu.Bagi beliau penjara adalah lebih baik dari tinggal di dalam rumah yang penuh dengan fitnah dan persekitarannya pula menggoda keimanan.(Perhatikan ayat 33)Tetapi bagi Zulaikha , beliau berpandangan penjara adalah untuk mengajar Yusoff yang enggan mengikut perintahnya melakukan perzinaan dengannya.Pada masa yang sama Zulaikha bertujuan membersihkan dirinya dari tuduhan berlaku curang . Apabila Yusoff yang dipenjarakan, ia seakan-akan bermaksud bahawa Yusoff adalah orang yang bersalah dalam hal ini.Kalau dia tidak bersalah, masakan ia dipenjarakan.Orang yang tidak bersalah akan dibebaskan. Begitulah yang menjadi amalan dalam kehidupan. Dengan cara ini sahaja namanya dan suaminya kembali bersih di mata masyarakat.
Oleh kerana beliau adalah orang kenamaan dan mempunyai kedudukan, helah untuk memenjarakan Yusoff amat senang sekali.Dengan menggunakan pengaruh suaminya, amat senang sekali untuk memenjarakan Yusoff.Itulah tindakan paling baik yang mereka temui bagi memulihkan nama mereka di mata masyarakat.Akhirnya, Yusoff dipenjarakan.Sekalipun banyak saksi dan bukti menyebelahi kebenaran Yusoff, namun Zulaikha berjaya juga memenjarakan Yusoff.
Yusoff menerima ketentuan itu dengan penuh rela . Dia juga memohon kepada Allah agar menjadikan penjara itu satu perlepasan yang baik untuknya bagi menghindari kegiatan keji yang mungkin berlaku sekiranya beliau berterusan berada di rumah ibu angkatnya.Demikianlah Allah memaparkan suasana ini di dalam firman-Nya bermula dari ayat 33 - 35 dari Surah Yusoff.

Penutup
Demikian berakhirnya dua step ujian dalam kehidupan seorang yang bernama Yusoff. Dengan kemasukannya ke dalam penjara dia kini menjalani step ketiga dari diari kehidupannya.
Suasana penjara memberikan kekentalan semangat yang keseterusnya kepada Yusoff yang bakal menjadi orang terkenal.Sudah menjadi lumrah kehidupan, orang-orang terkenal membina asas kehidupan mereka bukan di atas permaidani kesenangan, sebaliknya membesar di antara siri-siri onak dan duri.
Terima kasih.Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS