~ BuKu ~ MuSLiMaH HaRi EsOk-Dr YuSsUf Al QaRdAwi { 4 } -:

WANITA: ANTARA ZAMAN JAHILIAH DAN ISLAM
Islam tidak pernah menzalimi wanita.
Kaum lelaki pada zaman jahiliah memandang para wanita sebagai barangan picisan! mereka menganggap objek yang boleh diwarisi wanita-wanita kepunyaan bapanya sebagaimana mereka mewarisi lembu dan kambingnya. Mereka memperlakukan wanita-wanita ini dengan sesuka hati, dikahwininya jika mahu atau ditahannya sehingga mereka dapat melepaskan diri atau menebus diri mereka dengan wang. Islam menegah sama sekali perbuatan sebegini.
Kaum wanita dizaman itu tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta secara mutlak. Hal ini kerana,syarat perwarisan bagi masyarakat Arab Jahiliah ialah pandai bermain dan memikul senjata,mempartahankan kabilah dan mahir menunggang kuda. Oleh sebab itu mereka tidak mewarisi sebarang harta pusaka kepada wanita dan kanak-kanak. Jelas,wanita tidak diberi hak perwarisan sama sekali.
Islamlah membawa keadilan kepada wanita dengan menghapuskan keaiban ini,ketika kaum lelaki memandang enteng terhadapnya. Seorang bapa sendiri memandang hina kelahiran anak perempuan sehingga ia sanggp berkata: “Kelahiran ini adalah tidak sebaik anak lelaki kebaikannya hanyalah tangisan,kebajikannya satu kerugian”.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati”.
Islam melenyapkan segala keburukan yang menghantui wanita dan menganggapnya sebagai suatu kurniaan Allah s.w.t
Maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya”
Nyata dari ayat ini Allah telah mendahulukan kalimah wanita daripada lelaki dan baiknya asuhan pentarbiahan mereka menjadi jaminan untuk ke syurga.
Islam telah menganggat martabat wanita…samada ia seorang anak,isteri mahupun ibu… seorang bapa tidak lagi berhak memperlakukan sewenang-wenangnya dan tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan sesiapa sahaja menurut kehendaknya. Malah si anak mempunyai hak unuk mengatakan tidak…maka ketika itu si ayah tidak berkuasa untuk memaksanya berkahwin.
Pernah seorang gadis mendatangi Rasulullah s.a.w seraya berkata: “bapa telah mengahwinkanku dengan sepupuku supaya ia boleh menutup keaibannya”-dalam riwayat lain -:sedang gadis tersebut membencinya,lalu Nabi s.a.w menyerahkan hak untuk membuat keputusan kepadanya. Gadis itu berkata: “aku telah merelakan perbuatan bapaku,cuma aku ingin wanita lain mengetahui bahawa bapa mereka tidak mepunyai hak dalam menentukan urusan perkahwinannya”.
Jelas bahawa islam tidak pernah sama sekali menganiayai golongan wanita apatah lagi mensia-siakan haknya. Malah islam memperlakukannya dengan adil dan meninggikan darjatnya dalam segenap aspek kehidupan.
Muslimah hari esok mesti kembali kepada islam dengan penuh kepercayaan dan keyakinan. Dia mestilah berhadapan dengan arus tamadun barat dengan jatidiri yang kukuh,sehingga mampu membuat penilaian dan mengatakan:“ini tidak sesuai bagiku…dan ini pula bukanlah satu kesalahan.”
Terus terang saya katakan seandainya terdapat kebaikan pada tamadun barat maka sesungguhnya islam telahpun mendahuluinya,dan jika terdapat keburukan maka islam telah membanterasnya sejak awal lagi. Kita tidak memerlukan kemasukan budaya asing mahupun meminta-minta daripada pihak lain sedang apa yang ada pada kita sudah lebih daripada mencukupi.
Sesungguhnya orang yang berkemampuan tidaklah meminta-minta. Apakah wajar kita mengemis hidangan pihak lain sedangkan Allah telah melengkapi kita dengan Islam?

MUSLIMAH HARI ESOK
Saudari muslimahku….
Inilah yang saya impikan daripada muslimah hari esok, saya menginginkan agar mereka memahami ajaran agama dan halatuju hidupnya, menyempurnakan tanggungjawab terhadap Tuhan, suami dan anak-anak, masyarakat, agama dan umat Islam. Kita mahu mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan Islam yang hakiki. Kita mahu mereka menjadi pendakwah muslimah.
Kita mahu mereka menjadi pendidik dan pembimbing yang membantu generasi pemudi akan datang dan kebangkitan Islam yang sebenar.
Alangkah indahnya, kita kini berada di Semenanjung Tanah Arab dan di tengah-tengah Negara Islam. Dan alangkah baiknya jika kita dapat melihat kebangkitan Islam yang hakiki sedemikian rupa, diiringi kemaslahatan dunia dan akhirat….dinaungi keredhaan Allah s.w.t lagi dikagumi hati-hati manusia yang berakal…dimantapkan dengan pembangunan material dan rohani yang membawa kepada kebahagian jiwa dan sanubari, kebahagian yang tiada tolok bandingnya.
Kebahagiaan inilah yang telah diungkapkan oleh Ummu Kalthum binti Ali, isteri Umar r.a ketika beliau telah membangkitkan kemarahan Umar dalam urusan rumahtangga mereka. Pada suatu hari, Umar berkata : “Aku akan merunsingkanmu”. Beliau menjawab : “Kamu takkan mampu berbuat demikian. Kebahagianku terletak pada imanku, dan imanku terletak pada hatiku, dan tiada siapa yang berkuasa ke atas hatiku melainkan Tuhanku.”
Saya memohon ke hadrat Allah s.w.t agar dikurniakan kebenaran dalam perkataan dan perbuatan, diberi kefahaman dalam agama dan dikembalikan wanita muslimah hakikat asalnya; keperibadiannya yang unggul dan sejati. Sebagaimana para muslimah di awal Islam, bukan sahaja baik tetapi juga memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling, InsyaAllah…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ BuKu ~ MuSLiMaH HaRi EsOk-Dr YuSsUf Al QaRdAwi { 3 } -:

LELAKI DAN WANITA: HUBUNGAN YANG SALING MELENGKAPI
Beginilah keadaan kaum Hawa…
Wanita tidak pernah terpinggir kecuali pada zaman kelemahan, keruntuhan dan kemunduran.Walaupun kita menyatakan bahawa muslimah wajib memelihara keperibadian Islamnya, bukan bermakna mereka dipinggir dalam kehidupan atau dinafikan hak-hak mereka.
Wanita bukan sahaja berhak menerima pendidikan malah diwajibkan menimba ilmu.Akan tetapi methodnya mestilah selari dengan fitrah dan karekternya kerana wanita tetap wanita. Sebagaimana Firman Allah Taala.
Maksudnya: “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang, Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan.
Sebagaimana Allah menciptakan pasangan malam dan siang, begitulah juga di ciptakannya pasangan lelaki dan wanita. Kehidupan tidak akan sempurna tanpa malam dan siang, begitulah perihalnya lelaki dan wanita. Firman Allah :-
Maksudnya : “ Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).”
Tuhanmenciptakan segala yang ada secara berpasang-pasangan. Sedangkan ciptaanNya yang tidak bernyawa seperti kuasa elektrik pun terdiri daripada cas positif dan negetif, apatah lagi lelaki dan wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Wanita bukan seteru kaum lelaki dan bukan pula lelaki seteru kaum wanita, atas dasar itu itu Allah berfirman :-
Maksudnya : “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang Yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain”
Ini bererti wanita sebahagian daripada lelaki dan lelaki sebahagian daripada wanita. Lelaki memerlukan wanita dan begitulah sebaliknya. Justeru, wanita tidak wajar memusuhi dan cuba menandingi lelaki malah mereka sebagai pelengkap kepada kaum lelaki.
Ketika Allah mencipta Adam dan menempatkan di dalam syurga, Allah tidak membiarkan seseorang diri kerana tiada ertinya hidup keseorangan walau di syurga. Maka Allah menjadikan Hawa di sampingnya seraya berfirman :-
Maksudnya : “Dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu dalam syurga.”
Syurga tanpa Hawa tidak memberi sebarang makna, oleh sebab itu Allah berfirman :-
Maksudnya : “Dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.”
Lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki. Tidak wajar bagi seorang wanita bercita-cita untuk menandingi atau menentang lelaki. Muslimah hari esok tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai pencabar lelaki, berbuat apa yang mereka buat dan memakai apa yang mereka pakai.
Keadaan dunia kini sudah terbalik, wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan. Lelaki harus kekal dengan kelakiannya, wanita pula perlu kekal dengan kewanitaannya. Apabila lelaki tidak mempertahankan kelelakiannya begitu juga dengan wanita, maka dunia ini tiada ertinya lagi. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w melarang lelaki memakai pakaian wanita dan wanita daripada berpakaian lelaki. Baginda s.a.w melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya supaya setiap mereka dapat menjaga fitrah asal kejadian mereka.
Justeru harapan saya agar muslimah hari esok dapat menjaga keperibadian dan kewanitaannya, tidak menandingi kelelakian kaum Adam bahkan membantunya dalam melaksanakan tanggungjawab. Dia hendaklah bekerja dalam ruang lingkup yang sesuai dengan fitrah kewanitaannya seperti guru, doktor dan jururawat wanita daripada membiarkan jururawat atau doktor lelaki membuat pemeriksaan keatasnya yang mana mungkin juga mereka bukan dari golongan muslim, begitu juga bekerja sebagai juru jual pakaian dalaman wanita dan sebagainya.

GAMBARAN SEBENAR DARI BARAT
Apa yang saya bayangkan, muslimah hari esok kembali yakin terhadap diri sendiri dan percayakan agama dan adat resamnya. Tambahan pula masyarakat barat sendiri sudah mula mengencam tamadun yang mereka bawa. Mereka menyatakan : “Tamadun ini akan mengalami kemusnahan.”
Mengapa mereka mengkritik tamadun mereka sendiri ? Kerana tamadun ini telah mencapai kemuncak tertinggi dari sudut kemajuan material. Masyarakat Eropah dan Amerika mampu menjelajah angkasa, menggunakan bom nuclear dan menjejakkan kaki ke bulan. Namun jika dinilai dari sudut pembangunan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan, mereka tidak mampu mengecap nikmat ketenangan malah sentiasa hidup dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram.
Nilai kemanusiaan, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak serta hubungan sesama jiran ternafi dari mereka. Bahkan sesetengah kajian dan tulisan mencatatkan bahawa wanita barat lebih bersedia membeli kereta daripada melahirkan anak kedua.
Di barat, anak perempuan juga lelaki keluar mencari pekerjaan tanpa mengambil berat keadan kedua-dua ibu bapa mereka. Kadang-kadang mereka tinggal di bawah satu bumbung dan kadang-kadang tidak, mungkin juga mereka tinggal berasingan dan tidak saling bertemu. Oleh itu mereka perlu kepada perayaan Hari Ibu, di mana setiap anak mencari ibunya pada hari tersebut lalu pergi kepadanya bersama hadiah sebotol minyak wangi atau sebagainya.
Masa tua merupakan peringkat usia yang paling mendukacitakan. Ibubapa akan hidup sendirian kerana tiada tempat untuk bermanja. Kerana itulah berluasanya pembelaan anjing!! Kenapa? Kerana apabila manusia tidak dapat bermesra dengan orang lain, dia akan bermesra dengan anjing! Kajian mendapati bahawa di Perancis terdapat lebih 7 juta ekor anjing belaan, memakan biskut dan coklat!! Apabila Ketua Pencipta Haiwan bertanya : Apakah rahsia bilangan yang amat besar ini? Dia menjawab : “ Hal ini kerana manusia mahu menggantikan hubungan persahabatan sesama mereka dengan anjing”.
Fitrah manusia ingin menyayangi dan disayangi. Jesteru, mereka mendapati anjing sesuai dijadikan pengganti. Saya pernah berada di Amerika. Apa yang saya dengar, bukanlah sesuatu yang pelik bagi masyarakat di sana sekirannya tiba-tiba didapati bau busuk dari sesebuah rumah. Apabila bau tersebut sampai ke tahap kritikal baru mereka akan mencari puncanya sehinga terpaksa memecah masuk rumah tersebut dengan bantuan polis dan mereka terkejut mendapati mayat : “Kami menyangka dia masih hidup!”.
Sebahagian mereka pula dihantar ke rumah-rumah orang tua menghabiskan sisa-sisa hidup di sana. Mereka hanya bersua dengan anak cucu setahun sekali, itu punandai masih ada yang sudi mengziarahi. Tamadun yang kononnya senantiasa dijadikan ikutan segenap manusia ini mula menampakkan keburukkannya, terbit kritikan-kritikan keras bahkan terhasil banyak tulisan dan buku yang mengencam system kehidupan ini, sedang dalam masa yang sama kita mencedok dan menjadikannya pegangan hidup. Apakah kita perlu membawa masuk budaya mereka ini padahal kita sudah memiliki agama yang lengkap lagi sempurna?.

PENDIRIAN WANITA DALAM BERHADAPAN DENGAN TAMADUN BARAT
Kenapa seseorang perlu mengimport barangan luar sedangkan barangan tempatan setanding dengannya? Apatah lagi jika barangan tempatan tersebut lebih baik dan berkualiti? Kita mempunyai syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, bahkan daripada ciptaan manusia, bahkan ia merupakan wahyu dari sisi Pencipta Yang Maha Gagah Lagi Berkuasa. Firman Allah :-
Maksudnya : “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?”.
Ia merupakan hukum Allah yang telah termaktub. Firman Allah :-
Maksudnya : “Dan (hukum) siapakah yang lebih daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”
Kita inginkan muslimah hari esok kembali kepada agamanya, memasakkan jatidiri dan menghindarikan diri dari taklid membuta tuli. Kita mahukan wanita yang tegas berhadapan dengan tamadun ciptaan barat ini dengan penuh kebijaksanaan, mengadaptasi unsure-unsur positif yang bersesuaian dengannya dan menolak segala unsure negative. Kita mahu mereka teguh atas sikap dan pendirian ini.
Kita mahukan wanita yang mampu menyempurnakan segala tanggungjawab dan hak yang terpundak secara total, mengutamakan pembentukan batiniah daripada penampilan lahiriah dan lebih mementingkan kebajikan suami, anak-anak dan rumahtangga daripada sibuk barsaing menandingi kaum lelaki atau senantiasa mencari jalan untuk menarik perhatian mereka.
Muslimah hari ini mesti kembali kepada kegemilangan para muslimah di awal islam, merekalah role-model terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab dan memahami agama. Kita mahu wanita memiliki iman yang teguh, pekerti yang luhur, kefahaman yang utuh, mengganggam risalah dakwah dengan kukuh dan memperlengkapkan diri dengan ilmu dengan ilmu pengetahuan yang luas…inilah cirri-ciri muslimah hari esok. Kita mahu mereka menyemarakkan kebangkitan Islam yang hakiki, bukan semangat kebangkitan wanita berinspirasikan barat yang menular meracuni Negara-negara Islam kini.
Kita mahu kembali mengakhiri zaman ini. Mula melangkah keera baru dan membuka lembaran baru bagi wanita muslimah. Kita mahu kembali kepada kebangkitan yang hakiki dan bertapak atas asas-asas Islam yang kukuh dan ajaran-ajaran yang sebenar sejajar dengan apa yang termaktub di dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya, menabur kebajikan dan menegakkan keadilan buat kaum wanita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ BuKu ~ MuSLiMaH HaRi EsOk-Dr YuSsUf Al QaRdAwi { 2 } -:

WANITA MUSLIMAH ANTARA DUA ZAMAN

Wanita moden hari ini ingin mengubah identity mereka sama seperti wanita eropah. Apa yang pasti, timur tetap timur…barat tetap barat. Bertitik tolak dari sini dapat kita katakana bahawa wanita Islam pada hari esok – InsyaAllah akan bebas daripada belenggu taklid ini, dan kembali mempercayai dirinya sendiri, melihat zaman lampaunya dengan pandangan yang berbeza.
Dia akan kembali merenung hari semalam, bukan semalam yang hampir, bahkan kelmarin yang jauh.

Semalam Yang Hampir
Wanita hari ini telah melepasi dua zaman silam; semalam yang hampir yang penuh kemunduran. Pastinya kita tidak mahu mereka kembali ke zaman itu kerana amat menyedihkan wanita pada zaman tersebut hidup dalam keadaan terpinggir dan diselubungi kejahilan.
Mereka diketepikan dalam urusan kehidupan, agama dan dunia. Mereka ditegah pergi ke masjid, sedangkan masjid merupakan tempat melaksanakan tuntutan agama dan kehidupan. Umat pada zaman tersebut diselubungi kerosakan dan keruntuhan moral yang berluasa, dan dengan keluarnya wanita ke khalayak umum mendedahkannya kepada bahaya fitnah. Rentetan daripada itu, para ulama’ telah mengeluarkan fatwa agar golongan wanita khususnya pemudi, tidak dibenarkan ke masjid kecuali golongan tua yang telah dimamah usia, dan diwajibkan ke atas suami membimbing isterinya, begitu juga bapa wajib mengajar dan memberi kefahaman sebenar kepada anak perempuannya yang masih bujang.
Namun apa yang terjadi, bapa tidak dapat mengajar anaknya sendiri. Bagaimana dia hendak memberi bimbingan sedangkan dia sendiri memerlukan pembimbing?! Orang yang tidak memiliki manakan mampu! Di kala itu, bapa, saudara, dan suami tidak akan mampu membimbing….wanita diharamkan keluar ke masjid untuk mengikuti pengajian, tazkirah dan khutbah. Kesannya, mereka terus terpinggir dan terbiar di dalam kejahilan. Tidak mengetahui kewajipannya terhadap suami dan anak-anak sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, tidak berupaya mendidik anak-anak dengan sempurna, senantiasa memomokkan tahyul serta khurafat. Amat mendukacitakan kita apabila kesan pemikiran para ibu zaman tersebut masih dapat kita rasai hingga ke hari ini.
Dewasa ini, wanita keluar dari rumah menuju sekolah, universiti, pasar, tempat kerja, pawagam dan sebagainya. Tetapi hanya satu tempat yang sepatutnya dia kunjungi tapi tidak dijejakinya iaitu masjid rumah Allah. Mengapa mereka tidak pergi ke masjid? Sedangkan wanita seluruh dunia pergi ke tempat ibadat mereka; wanita Nasrani pergi ke gereja, wanita Yahudi mengunjungi biara, malah Hindu mendatangi kuil mereka. Semua masyarakat yang beragama pergi ke tempat ibadat mereka…
Namun kenapa wanita Islam tidak pula ke masjid? Dan mengapa tidak disediakan kelas-kelas pengajian yang sistematik untuk mereka? Mengapa mereka tidak menghadiri solat jumaat dan berjamaah? Sedangkan wanita pada zaman Nabi s.a.w ikut menghadiri solat jemaah. Saf hadapan untuk lelaki, manakala saf belakang dikhususkan untuk kaum wanita.
Pada zaman itu, kaum wanita dan lelaki keluar masuk masjid melalui pintu yang sama dan berterusan keadaan untuk satu tempoh yang agak lama, sehinggalah pada suatu hari Rasullah s.a.w bersabda : "Kalaulah kamu khususkan pintu ini untuk wanita.." lalu baginda S.A.W menunjuk ke arah salah satu pintu masjidnya. Maka Ibnu Umar r.a berkata : "Aku tidak akan masuk melalui pintu ini lagi selepas ini." Sehinggalah ke hari ini pintu yang berada di Masji Nabawi itu dikenali sebagai ( Pintu Wanita ).
Di zaman kemunduran itu, wanita dipaksa berada di dalam keadaan terpinggir diselubungi kejahilan, mengakibatkan ketidaksempurnaan dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga, anak-anak dan suami bahkan kewajipan terhadap Tuhannya turut terabai. Ramai di kalangan wanita Islam meninggalkan sembahyang lantaran kejahilan mereka. Mereka meninggalkan kefardhuan harian yang asas, sedangkan ia merupakan tiang agama dan garis pembeza antara Islam dan kufur.
Kita tidak mahu kembali ke zaman kemerosotan dan kemunduran itu. Kita inginkan muslimah hari esok mengulangi sejarah kecemerlangan muslimah di awal kebangkitan Islam yang sezaman dengan Rasullah s.a.w, para sahabat, tabien dan di zaman kegemilangan pemerintahan Islam, di mana mereka telah memahami dan melaksanakan segala hak dan tangunggjawab secara sempurna. Kita ingin dia mengetahui kewajipan terhadap Allah s.w.t lalu menunaikannya, mengenal Tuhannya secara sempurna lalu mengabdikan diri dengan sebaik-baik pengabdian, menyempurnakan ibadah puasa, bersembahyang lima waktu, memelihara kehormatan diri dan mentaati suami, lantas dengan itu dia layak dan berhak menghuni syurga Allah s.w.t.

Kelmarin Yang Jauh
Kaum wanita di zaman Nabi s.a.w senantiasa mendatangi baginda s.a.w dan terus bertanya segala masalah sehingga kepada perkara-perkara yang sulit. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata : "Semoga Allah merahmati wanita Ansar, sifat malu tidak menghalang mereka daripada mendalami ilmu agama."
Malah dalam permasalahan yang berkaitan dengan hubungan antara lelaki dan wanita, juga hubungan antara suami dan isteri, mereka merujuk Rasullah s.a.w tanpa segan silu kerana tidak ada malu dalam mendalami agama.
Wanita muslimah pada zaman tersebut bersungguh-sungguh dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t. Ini telah terbukti ketika mana turunya firman Allah s.w.t :-
Maksudnya : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
Sebagaimana telah diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.a tatkala turunnya ayat ini : "Setiap wanita Ansar bergegas mencari kain selubung yang ada dan mereka mendirikan solat dengan mengenakan kain tersebut di kepala dan menyelubunginya seakan-akan ada gagak di atas kepala-kepala mereka".
Mereka tidak berlengah-lengah walau seketika, bahkan segera menjunjung perintah Allah azza wa jalla. Demikianlah sepatutnya keadaan wanita di dalam melaksanakan kewajipan terhadap Tuhan dan suruhan agama. Adapun bagi para suami, wanita-wanita tersebut merupakan sebaik-baik pembantu.
Demikianlah yang telah ditonjolkan oleh Asma’ binti Abu Bakar r.a yang bergelar ‘Dzatun Nitaqain’ { pemilik dua ikat pinggang } yang membantu suaminya Zubair bin Al-Awwam, sepupu dan pengikut Rasullah s.a.w. Beliau mempunyai sebidang tanah terletak beberepa kilometer dari kota Madinah dan Asma’ sering berulang-alik ke tempat tersebut berjalan kaki. Mereka memiliki seekor kuda yang digunakan untuk membajak tanah. Pernah satu hari dalam perjalanan pulang, Nani s.a.w melihat Asma’ dalam keadaan demikian, lalu menumpangkannya menaiki kenderaan baginda. Perkara ini diceritakan kepada suaminya, Zubair menyebabkan beliau turut bersedih dengan kesukaran yang ditanggung oleh Asma’. Tetapi ini adalah kewajipannya dalam membantu suami. Yang pasti dia tetap setia bersamanya di kala senang mahupun susah.
Begitu juga teladan yang telah ditunjukkan oleh Fatimah Az-Zahra’ binti Muhammad, puteri Rasulullah. Penghulu sekalian wanita, beliau menguruskan rumahtangga, menguli tepung dan membakar roti dengan tangannya sendiri (memandangkan pada zaman tersebut tidak terdapat roti segera, bahkan kaum wanita perlu mengisar gandum dan memasak sendiri). Beliau turut mengisar gandum sehingga tangannya kasar dan melecet.
Pada suatu hari, Fatimah datang mengadu keperitan hidup kepada Nabi s.a.w dan meminta seorang khadam untuk membantunya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Fatimah sebahagian dari diriku, aku merasai apa yang dirasainya.". Apabila mendengar pengaduan Saidatina Fatimah r.a, Rasulullah s.a.w berkata : "Mahukah engkau aku tunjukkan perkara yang lebih baik daripada itu…Sebelum kamu tidur, bertasbihlah kepada Allah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 33 kali. Sesunguhnya mengingati Allah lebih baik bagimu daripada seorang khadam."
Ertinya, dengan mengingati Allah menambahkan kekuatan rohani bagimu dalam mengharungi kesulitan hidup. Mohonlah pertolongan daripada Allah azza wa jalla. Fatimah senantiasa membantu suaminya, Ali bin Abi Talib kerana pada waktu itu Ali tidak mampu menyediakan seorang khadam. Beliau sanggup berkongsi bebanan hidup bersama suami tercinta, merdah pahit maung dan onak duri kehidupan.
Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan keikhlasan….dan inilah juga erti kesetiaan. Wanita di zaman salafus soleh merupakan sebaik-baik penolong bagi para suami, berbeza dengan wanita zaman hari ini yang hanya mementingkan wang, pakaian dan perhiasan. Mereka senantiasa ingin memaksa para suami mengumpul harta kekayaan dengan apa jua cara sekalipun samada halal atau haram…melalui jalan baik atau buruk.
Adapun wanita zaman salafus soleh, mereka akan berkata kepada suami tatkala mengiringinya keluar bekerja : "Wahai bapa si fulan, berwaspadalah kamu daripada memperoleh rezeki yang haram. Kami masih mampu bersabar atas derita susah dan kelaparan, tetapi kami tidak mampu menanggung siksaan api neraka dan kemurkaan Allah Yang Maha Perkasa."
Seandainya si suami lemah dan hampir tewas berhadapan dengan perkara haram, maka kata-kata isterinya inilah yang menjadi peransang dan peringatan baginya dalam menyempurnakan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga lantas menyedarkannya sebelum terjerumus ke lembah haram.
Apabila seorang lelaki hendak keluar berjihad, apakah pendirian isterinya ketika itu? Mereka tidak pernah menjadi batu penghalang bahkan merekalah meniup semangat juang ke arah jihad. Andai dia ditanya : "Bagaimana kamu sekeluarga akan meneruskan kehidupan suamimu?" Maka dengan iman yang kental di jiwa dia tegas menjawab : "Sesungguhnya aku tahu suamiku seorang yang kuat makan tetapi dia bukanlah pemberi rezeki, walaupun si kuat makan telah pergi namun Pemberi Rezeki tetap kekal!"
Kita impikan muslimah hari esok mencontohi peribadi muslimah zaman silam, menjadi pembantu terbaik buat suami dalam mentaati Allah dan menunaikan kewajipan serta menrealisasikan dirinya sebagai isteri solehah yang mana ia merupakan sebaik-baik perhiasan dunia. Dia melaksanakan tugasnya sebagai seorang ibu yang cemerlang dalam mendidik anak-anak, mengasuh mereka dengan akhlak dan kemuliaan Islam, menyemaikan rasa cinta dan taat kepada Allah s.w.t, menanam perasaan benci terhadap perkara maksiat dan sifat-sifat terkeji serta senantiasa mengingatkan mereka dengan hari kebangkitan.
Di kala bergema panggilan jihad, di waktu musuh ingin mengancam, ketika suara-suara berseru : "Wahai pejuang Allah, tunggungilah kudamu!...Wahai bala tentera Allah, maralah!!"
Kita akan melihat ibu-ibu inilah yang mendorong anak-anak mereka menyahut seruan, menunaikan kewajipan jihad sebagaimana yang telah di lakukan oleh para ibu di zaman silam. Kita inginkan ibu seperti Khansa’…dia pernah melalui dua kehidupan yang berbeza ; sebelum dan selepas keislamannya. Sebelum dia memeluk Islam, saudara tirinya ‘Sakhr’ telah meniggal dunia, bergemalah alam dengan jerit tangis dan ratap sayunya. Dia mencipta sebuah syair yang penuh rintihan atas kematian Sakhr. Diantara kata-katanya dalam syair tersebut :
Setiap kali matahari terbit, aku mengingati Sakhr,
Begitulah jua tatkala matahari terbenam, ingatanku tetap padanya,
Kalaulah tidak kerana ramai yang menangis di sekelilingku
Kerana meratapi saudara mereka, pastinya aku membunuh diri
Mereka tidak akan meratapiku sebagaimana ratapan ke atas saudaraku
Tetapi aku menahan diri dengan berputus asa
Inilah qasidahnya yang masyhur pada meratapi saudaranya. Tetapi selepas dia memeluk Islam cahayaiman menyinari hatinya. Islam telah mengubahnya menjadi insan baru yang berbeza dari sebelumnya, mempunyai hala tuju dan pemikiran yang terarah.
Ketika mana dia melepaskan empat orang anaknya keluar menyertai peperangan Al-Qadisiah yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umur r.a, dia mengingatkan mereka supaya senantiasa mara tanpa berundur kebalakang, terus tetap melangkah tanpa ragu-ragu dan berlumba-lumba untuk mencapai syahid di jalan Allah. Dia juga sering membakar semangat juang dan menyemarakkan keyakinan di jiwa anak-anaknya. Kerana itulah, apabila ada di kalangan mereka yang merasa lemah untuk meneruskan perjuangan, yang lain akan memberi peringatan dengan berkata : "Lupakah engkau pesanan ibu?"
Lalu mereka kembali bersemangat, terus maju menentang musuh dengan penuh rasa keimanan sehingga akhirnya Allah menganugerahkan mereka kemuliaan Syahid. Keempat-empat anaknya gugur syahid di jalan Allah. Lantas apakah reaksi Khansa’ tatkala menerima khabar kematian mereka? Adakah dia meratapi mereka dengan ratapan jahiliyah? Menampar-nampar pipi dan merobek-robekkan pakaian? Adakah dia terus tersungkur lemah? Seorang ibu kehilangan empat anak sekaligus!! Tetapi keimanannya yang kental mengatasi kesedihan, malah dia berkata : "Segala puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka dan menjadikan mereka pemberi syafaat bagiku di akhirat kelak."
Inilah kata-kata yang terbit dari bibir seorang ibu!! Keazaman itu juga dapat kita pada Asma’ ketika bersma anaknya Abdullah bin Zubair yang memerangi Pemerintahan Bani Umaiyah. Di saat anaknya Abdullah dikepung dan tinggal bersamanya melainkan pengikut yang sedikit, dia seolah-olah lemah dan berserah diri, si ibu yang penyabar lagi berani itu dengan tegas berkata : "Wahai anakku, jika kamu berada di pihak yang benar, janganlah kamu biarkan musuh memijak kepalamu." Abdullah menjawab : "Wahai ibuku, aku takut mereka menyeksa jasadku apabila aku dibunuh." Lalu si ibu berkata : "Anakku, sesungguhnya kambing yang disembelih tidak akan merasa sakit apabila dilapah kulitnya".
Demikian juga Ummul Fadhl, isteri Saidina Abbas r.a, bapa saudara Nabi s.a.w apabila diberitakan bahawa salah seorang dari anaknya telah terbunuh di satu tempat, manakala seorang lagi di tempat yang lain, dengan penuh hikmah dia berkata : "Keazaman dan cita-cita yang tinggi telah menjauhkan aku dari neraka. Andai mereka dari golongan yang murah cita-citanya, pasti mereka mati di tanah kelahiran sendiri." Kita mahu para ibu pada masa akan datang mencapai tahap ini.
Muslimah hari esok yang kita impikan adalah yang tahu tentang agama mereka secara mendalam, jelas hala tuju hidupnya tanpa dipinggirkan dari kehidupan dan agama. Hidup seiring dengan zamannya tetapi tidak mengetepikan tuntutan agama.
Saya berkeyakinan penuh bahawa hari tersebut pasti menjelma. Dan semakin hampir. Hari di mana kembalinya muslimah yang percaya dengan agama dan keperibadiaan diri, yakin dengan risalah dakwah yang dipikul dan tradisi yang diwarisinya lantas berkata : "Aku bukan wanita Eropah, bukan juga Amerika atau Rusia. Aku adalah seorang muslimah! Iaitu seorang muslimah yang lahir dari sebaik-baik umat."
"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, Al-Quran sebagai kitab panduanku dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan rasul junjunganku." "Aku mestilah teguh memelihara keislamanku dengan menjaga nilai-nilai ajarannya, mengekalkan syaksiah seorang muslim dan adapt-adat yang bertepatan dengan lunas-lunas Islam."
Keyakinan dan kepercayaan ini mestilah kembali bertakhta di hatinya, perkara tersebut sama sekali tidak akan menghalangnya dari meneruskan kehidupan dan menikmati hak-haknya secara sempurna. Wanita muslimah mesti belajar kerana menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim. Islam tidak pernah akur dengan kejahilan wanita. Hanya orang-orangg jahil yang memperakui keadaan tersebut. Sebaliknya Islam tetap menyarankan pengikutnya samada dari golongan lelaki atau wanita agar mempelajari ilmu pengetahuan.
Sejarah telah membuktikan ada di kalangan wanita mampu mengeluarkan hukum dan fatwa kepada kaum lelaki, contohnya Saidatina Aishah dan Ummu Salamah r.a yang sering didatangi oleh para sahabat untuk meriwayatkan hadis daripada mereka dan bertanyakan tentang urusan agama. Para sahabat dan tabien senantiasa merujuk dan mengajukan persoalan kepada Saidatina Aishah r.a dan persoalan-persoalan tersebut dijelaskan oleh beliau dengan sempurna. Terhasillah beberapa buah kitab ekoran daripada perbincangan-perbincangan tersebut, seperti kitab karangan Iman Az-Zarkasyi bertajuk (Jawapan Bagi Penilaian Aishah Terhadap Para Sahabat), dimana perbincangan kitab tersebut berkisar tentang sangkalan Aishah terhadap beberapa pendirian para sahabat. Beliau dengan tegas berani menyatakan : Kekurangan si fulan demikian…kesalahan si fulan pula demikian…
Pada zaman yang lain pula wujud majlis-majlis pengajian yang disampaikan oleh wanita, misalnya Sayyidah Sukainah binti Hussin. Diriwayatkan bahawa Iman Syafie rahimahullah pernah menghadiri majlis pengajian beliau. Ada juga dikalangan wanita yang meriwayatkan hadis dan mereka turut didatangi kaum lelaki untuk mengambil hadis daripada mereka dengan berkata : "Aku meriwayatkan hadis ini daripada Syeikhah Fulanah binti Fulan."
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani, pemilik kitab Fathul Bari Syarah Bukhari dan merupakan amirul mukminin dalam ilmu hadis pernah berkata : "Di antara guruku ialah Si Fulanah binti Fulan." Salah seorang daripada iman dan ulama’ besar mazhab Hanafi mempunyai seorang anak perempuan yang mampu mengeluarkan fatwa sebagaimana bapanya. Apabila di keluarkan fatwa yang ditandatangani oleh iman tersebut, terdapat di sampingnya tandatangan si anak sebagai bukti perakuannya dengan fatwa tersebut.
Bapanya telah mengahwinkan anak perempuannya itu dengan salah seorang anak muridnya yang merupakan seorang ulama’ besar iaitu Iman Alauddin Al-Kasani yang digelar raja sekalian ulama’. Dia mengarang sebuah kitab bertajuk (Bidai’ al sinai’) huraian bagi kitab karangan gurunya (tahfatul fuqaha’), kerana itu para ulama’ berkata : Dia mensyarahkan kitab gurunya dan mengahwini anaknya! Apabila dikeluarkan sesuatu fatwa, termaktub di atasnya tandatangan si isteri di samping tandatangan suaminya…Di sini kita dapat lihat seorang wanita yang mampu mengeluarkan fatwa setanding dengan bapa dan suaminya.
Begitu juga halnya dengan Iman Abu Hayyan yang pernah berguru dengan tiga orang Syiekhah yang sering menjadi sebutannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ BuKu ~ MuSLiMaH HaRi EsOk-Dr YuSsUf Al QaRdAwi { 1 } -:

MUSLIMAH HARI INI : ANTARA DUA IDEOLOGI YANG TERPESONG
Mengapa saya memilih tajuk “ Muslimah Hari Esok”? Kerana muslimah hari ini tidak berperwatakan yang sewajarnya. Saya melihat keadaan ini dari konteksnya yang umum walaupun di sana, Alhamdulillah masih terdapat golongan muslimah yang patuh, beriman, taat, sentiasa bertaubat dan kuat beribadat.
Namun arah pemikiran yang terdapat di Negara kita berada di antara dua ideology yang berbeza:- Pertama; ideologi yang cenderung kea rah mengongkong dan menyekat kebebasan wanita Islam. Kedua; ideology yang keterlaluan dalam membuka pintu kebebasan terhadap wanita sehingga menghalalkan segala tindakan mereka, mengadaptasikan budaya barat lantas terus tenggelam dalam arus taklid dan ikutan membabi buta. Jelasnya, kedua-dua fahaman ini adalah silap.
Fahaman-fahaman ini wujud dalam kehidupan seharian kita. Ada yang terlalu melampau, dan dalam masa yang sama ada yangterlalu meremehkan. Di sana kita dapati ada di antara wanita yang di lamar tanpa dirinya dilihat terlebih dahulu oleh tunangnya, sebagaimana yang masih kekal diamalkan oleh sesetengah masyarakat. Sehingga tiba malam pengantin suami merasa kecewa apabila mendapati peribadi isteri tidak seperti yang digambarkan.
Inilah adalah satu golongan…
Adapun golongan yang lain, mereka dari kelompok masyarakat moden yang sewenang-wenangnya membenarkan seorang lelaki keluar dengan tunangnya, berdua-duaan dan berpegangan tangan ke taman-taman, panggung wayang dan tempat-tempat hiburan, menghabiskan masa bersama sehingga larut malam tanpa kawalan dan batasan.
Kedua-dua amalan ini antara yang terlalu ketat dan terlalu longgar, sama sekali tidak menepati ajaran Islam yang sebenar.
HAKIKAT YANG SIRNA
Islam mengharuskan wanita melihat bakal tunangnya, begitu juga halnya dengan pihak lelaki bahkandiperintahkan perkara tersebut kepadanya. Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah memberitahu Nabi Muhammad s.a.w bahawa dia telah melamar seorang wanita, lalu baginda bertanya : “Sudahkah kamu melihatnya?”, dia menjawab : “tidak”, maka Rasullah s.a.w bersabda:-
Maksudnya : "Lihatlah kepadanya, sesungguhnya is lebih mengeratkan hubungan di antara kamu".
Ertinya, lebih membuahkan keserasian dan perfahaman di antara mereka. Perkara inilah yang melingkupi hubungan antara suami dan isteri. Pun begitu, terdapat suami yang mengabaikan isterinya dan menganggap keberadaannya di rumah seperti sampah yang terbuang, tidak dipandang apatah lagi di bawa berbincang, hinggakan di dalam urusan perkahwinan anak perempuan mereka sekali pun pendapatnya tidak diambil kira, sedangkan Nabi s.a.wpernah bersabda :-
Maksudnya : “ perintahkanlah isteri-isteri kamu dalam urusan anak-anak perempuan mereka”
Yakni terimalah pendapat seorang ibu dalam urusan anak perempuannya, kerana dia lebih arif dengan keadaan sebenar, berpengelaman dan mamahami rahsia serta naluri seorang wanita berbanding kamu wahai kaum lelaki! Oleh itu berbincanglah dengan mereka dalam urusan sebegini. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah :-
Maksudnya : “Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).”
Namun begitu, masih terdapat suami yang tidak berunding dengan isterinya. Jika berlaku perundingan sekalipun, pandangan isteri tetap di tolak dan dipinggirkan.
PERBINCANGAN BERSAMA WANITA
Amat menyedihkan apabila ada segelintir manusia berpegang dengan ungkapan : “Berundinglah dengan wanita dan abaikanlah keputusan rundingan tersebut”. Sedangkan ungkapan ini tidak pernah lahir daripada Nabi s.a.w kerana Allah s.w.t telah berfirman maksudnya “Dengan kerelaan dan permusyaratan antara keduanya”.
Maka, mana mungkin hadis Rasullah s.a.w datang bertentangan dengan al Quran Karim. Nabi Muhammad s.a.w sendiri berbincang dengan isterinya, Ummu Salamah selepas perjanjian Hudaibiyah, ketika para sahabat ingkar daripada mematuhi arahan baginda s.a.w supaya bercukur dan memotong rambut untuk bertahallul dari ihram umrah bagi membolehkan mereka pulang selepas termeterainya perjanjian tersebut.
Para sahabat merasa keberatan dengan arahan tersebut dan tidak ada seorang pun yang sanggup untuk melaksanakannya. Hal ini kerana para sahabat keluar ke Mekkah semata-mata dengan niat untuk menunaikan umrah dan ibadah-ibadah lain. Dalam keadaan tersebut, Nabi s.a.w mengadu kepada Ummu Salamah perihal para sahabat seraya berkata: “Binasalah manusia” kerana mengingkari perintah baginda s.a.w.
Maka Ummu Salamah berkata : “Wahai Rasullah, keluarlah tanpa berbicara dengan sesiapa pun dan suruhlah tukang cukur mencukur rambutmu di hadapan mereka, kemudian bertahalullah dari ihram. Jangan engkau lakukan selain dari itu. Lalu Nabi s.a.w keluar dan melaksanakan apa yang di sarankan oleh Ummu Salamah. Pada ketika itu, para sahabat seolah-olah baru terjaga dari lena dan berkata : “Adakah patut kita tidak mengerjakan apa yang dilaksanakan oleh Rasullah?!”
Maka mereka semua melakukannya hasil dari buah fikiran Ummu Salamah. Jelas terbukti, bahawa wanita berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan.
TAKLID MEMBUTA TULI
Kebelakangan ini, kita sering mendapati golongan suami tidak mengendahkan isteri mereka dan tidak kurang juga sebaliknya, si suami menyerahkan sepenuhnya kuasa kepimpinan kepada isteri, menjadikan isteri sebagai ketua keluarga, sedangkan ianya tugas seorang lelaki. Dia menguruskan hal ehwal rumahtangga, sementara suami hanya duduk menggoyang kaki tanpa melakukan apa-apa.
Alllah s.w.t tidak pernah menyatakan bahawa wanita adalah ketua bagi kaum lelaki sebaliknya berfirman di dalam al-Quran :-
Maksudnya ; “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Lelaki yang hanya tinggal di rumah tanpa melaksanakan tanggungjawab sepatutnya, dia bukanlah lelaki yang sebenarnya. Kesimpulannya, dapat kita lihat berlaku pengamalan dan keterlaluan, tidak kurang juga pengabaian dalam setiap perkara. Apa yang Islam kehendaki adalah amalan yang berada pada tahap pertengahan, dalam erti kata lain kesederhanaan sebagaimana yang dianjurkan Islam.
Bertitik tolak dari ini, kita inginkan masa depan muslimah yang sederhana dalam beramal, menunaikan tanggungjawab secara sempurna sebagaimana dia menuntut hak-haknya secara sempurna, bahkan sepatutnya dia melaksanakan kewajipannya terlebih dahulu sebelum dia menuntut haknya. Gaya pemikiran yang sedang menular pada masa kini ialah sikap menuntut hak dari orang lain sebelum menunaikan tanggungjawab diri. Mereka sering berkata : Apakah yang akan aku perolehi? Sebelum berkata : Apa yang harus aku lakukan?.
Wanita juga tidak ketinggalan menuntut pelbagai hak; hak untuk belajar, bekerja, mengundi malah hak untuk menjadi pimpinan tertinggi…sedang mereka tidak pernah bertanya : Apakah kewajipanku?.
Tabiat wanita hari ini sering menuntut hak sebelum menunaikannya, mementingkan penampilan lahiriah daripada batiniah, mengutamakan kecantikan jasmani daripada kesucian rohani, menumpukan tugasan luar lebih daripada tanggungjawab rumahtangga. Semua ini pastinya kesan daripada pengaruh barat, walhal wanita Islam tidak sepatutnya meniru budaya mereka kerana setiap bangsa mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Wanita barat memiliki tabiat, pegangan, nilai-nilai dan adat serta persekitaran hidup yang berbeza…begitu juga kita, punya adat, nilai hidup dan kebiasaan yang berlainan. Justeru, tidak wajar bagi wanita Islam yang tinggal di Negara Islam menurut jejak langkah wanita Eropah dan Amerika. Wanita di Negara barat keluar bekerja dan bersaing dengan kaum lelaki dalam semua aspek kehidupan. Mereka memilih jalan hidup sedemikian bukan atas kerelaan bahkan atas paksaan hidup, kerana tanpa berbuat demikian mereka akan hidup sengsara dan mati kelaparan lantaran tiada bapa, saudar, suami atau insane lain yang akan menyara mereka. Perkara ini tidak wujud dalam Islam…
Wanita merupakan antara elemen terpenting di dalam Islam. Nafkah dan sara hidupnya terjamin, di sebabkan keadaannya senantiasa di bawah tanggungjawab lelaki dalamsegenap situasi. Samada sebagai bapa jika dia seorang anak, atau saudara lelaki bagi saudara perempuan, seorang anak lelaki jika dia seorang ibu atau seorang suami jika dia seorang isteri. Jelas hidupnya senantiasa disara oleh mereka selaras dengan tuntutan system nafkah Islam yang diwajibkan perlaksanaannya. Sistem ini tidak wujud dalam perundangan barat.
Guru saya, Doktor Muhammad Yusuf Musa, Rahimahullah yang pernah melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di Perancis dan menetap di Paris ada menceritakan dalam bukunya ( Islam dan Keperluan Manusia Terhadapnya) :
Kami pernah menetap di sebuah rumah. Seorang gadis berkhidmat kepada kami sebagai pebantu rumah, perwatakannya menunjukkan dia berasal daripada keturunan yang baik, bukan dari kalangan yang gemar berfoya-foya atau kupu-kupu malam yang menjual harga diri. Dia melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Pernah satu ketika kami bertanya tuan rumah tentang gadis tersebut, lalu dia berkata : “Adakah kamu mengenali seorang peniaga di sekian jalan. Dia merupakan seorang peniaga yang berjaya dan terkenal?”
Kami mengiakannya. Lalu tuan rumah kami memberitahu bahawa peniaga tersebut merupakan bapa saudara gadis itu. Kami sedikit terkejut dengan penjelasannya dan berkata “Bagaimanakah bapa saudaranya yang kaya boleh membiarkan anak saudaranya bekerja sedemikian? Bukankah dia boleh mendakwa bapa saudaranya bagi menuntut hak sara hidup supaya dia tidak perlu lagi berkhidmat sebagai pebantu rumah?”
Tuan rumah tersenyum sambil berkata “Undang-undang manakah yang akan berpihak kepadanya? Adakah agama kamu mempunyai undang-undang sebegitu? “Kami menjawab; ya. Dalam agama kami gadis seumpama iniberhak mendakwa bapa saudaranya dan memaksa menyara kos hidupnya”.
Tuan rumah menyambung lagi : “Andai system ini wujud di kalangan kami, pasti kamu tidak melihat gadis-gadis dan para wanita keluar bekerja di kilang-kilang, pusat membeli-belah dan institusi-institusi dari awal lagi!! Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tiada siapa yang sanggup memberi nafkah kepada mereka”.
Nyata mereka memiliki nilai budaya atau system dan cara hidup yang berbeza. Maka apakah kita patut meniru gaya hidup mereka dan turut mendakwa bahawa : kaum wanita mesti keluar bekerja seperti kaum lelaki? Hakikatnya, tiada tegahan untuk wanita keluar bekerja sekiranya ia merupakan satu tuntutan hidup, atau apabila masyarakat memerlukan khidmatnya seperti guru, doktor dan bidan. Demikian juga pelbagai tugas lain yang menuntut keberadaannya di dalam masyarakat Islam, sesuai dengan fitrah dan tabiatnya sebagai seorang wanita. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah sindrom taklid yang tidak berasas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:- CeTuSaN HaTi -

Segala puji hanya bagi Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku
Si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarkan kejadian ku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah pada ku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami.. seorang mujahid
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati.. sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti Fatimah yang sering ditinggalkan suami Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa ditanya
Bila kan pulang?
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumah tangga adalah syurga
Wadah suburnya cinta ketuhanan Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlegar di celahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendampingan Nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin ku penuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajah ku
Buat mengesat debu di telapak kakinya
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera putera secekal Mus'ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu Jua...
Memiliki puteri setabah seteguh
Masyitah Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryan seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibunya
Yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir kehadrat Ilahi
Namun...
Mudah mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan.. kesolehah ramainya ummat Rasulullah
Yang saling reda berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kesah seorang ibu
Yang telah kematian putera puteranya di medan jihad;
"Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia
Aduhai.. kiranya aku punya seorang anak lagi
Ku relakan dia turut gugur di jalan Ilahi".
Dan seandainya daku ditakdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak anaknya
Halangan kecintaan pada-Mu Ya Ilahi
Redalah daku yang dhaif ini sebagai hamba-Mu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya kekasih-Mu sendiri pernah menyatakan
"Ku lihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiYaSaH ~ KePuTusaN MiLik HAMAS -:


رام الله- خاص أعلن رئيس لجنة الانتخابات المركزية حنا ناصر نتائج انتخابات المجلس التشريعي الفلسطيني، والتي جرت الأربعاء 25/1/2006م والتي أسفرت عن فوز حركة المقاومة الإسلامية "حماس" بأغلبية مقاعد البرلمان.
وحسب تلك النتائج - التي أعلنها ناصر خلال في مؤتمر صحفي برام الله مساء الخميس 26/1/2006 - فقد فازت قائمة التغيير والإصلاح التابعة لحركة حماس بـ 76 مقعدًا من مقاعد المجلس التشريعي البالغ عددها 132 مقعدًا + 4 مقاعد لمستقلين قامت الحركة بدعمهم، بينما فازت قائمة حركة فتح بـ 43 مقعداً، وقائمة "أبو علي مصطفى" بثلاثة مقاعد، وفلسطين المستقلة بمقعدين، وقائمة "الطريق الثالث" بمقعدين، وقائمة "بديل" بمقعدين.
وأوضحت النتائج أن قائمة "التغيير والإصلاح" فازت بـ30 مقعدًا على قائمة "الوطن"، وفازت بـ46 مقعدًا في الدوائر،؛ أما قائمة حركة فتح، فقد فازت بـ27 مقعدًا على قائمة "الوطن"، وبـ16 مقعداً في الدوائر.

والفائزون حسب تلك النتائج هم على النحو التالي
أولاً: دوائر الضفة الغربية
القدس: عدد المسجلين: 49158، عدد المقاعد:6، حماس:4، - فتح:2
الدكتور إبراهيم أبو سالم - حماس
محمد طوطح - حماس
المهندس وائل الحسيني - حماس
أحمد عطون - حماس
برنارد سابيلا - فتح "الكوتا المسيحية"
اميل جرجوعي - فتح "كوتا مسيحية"
الخليل: عدد المسجلين: 187762، عدد المقاعد: 9، حماس: 9، فتح: 0
د. عزيز دويك - حماس
د. عزام سلهب - حماس
الصحفي نزار رمضان - حماس
الشيخ نايف الرجوب - حماس
الدكتور سمير القاضي - حماس
الشيخ محمد مطلق أبو جحيشة - حماس
الشيخ حاتم قفيشة- حماس
باسم الزعارير - حماس
محمد إسماعيل الطل - حماس
رام الله والبيرة: عدد المسجلين: 105498، عدد المقاعد: 5، حماس: 4، - فتح: 1
الشيخ حسن يوسف - حماس
فضل صالح حمدان- حماس
محمود مصلح - حماس
أحمد عبد العزيز مبارك- حماس
منيب سلامة - فتح، على "الكوتا" المسيحية
نابلس: عدد المسجلين: 127784، عدد المقاعد: 6، حماس: 5، - فتح: 1
الشيخ حامد البيتاوي - حماس
أحمد الحاج علي - حماس
داوود أبو سير - حماس
حسني البوريني - حماس
رياض علي - حماس
محمود العالول - فتح
جنين: عدد المسجلين: 98925، عدد المقاعد: 4، حماس: 2، - فتح: 2
خالد سعيد يحيى - حماس
الشيخ خالد سليمان أبو حسن- حماس
عزام الأحمد- فتح
شامي الشامي - فتح
بيت لحم: عدد المسجلين: 69899، عدد المقاعد: 4، حماس: 2، - فتح: 2
خالد طافش - حماس
محمود الخطيب- حماس
فايز الزقّا - فتح "كوتا مسيحية"
فؤاد كريم - فتح "كوتا مسيحية"
طولكرم: عدد المسجلين: 74159، عدد المقاعد: 3، حماس: 3، - فتح: 0
المهندس عبد الرحمن زيدان - حماس
الشيخ رياض رداد "الصيداوي" - حماس
الدكتور حسن خريشة - متحالف مع حماس
سلفيت: عدد المسجلين: 27336، عدد المقاعد: 1، حماس: 1، - فتح: 0
د. ناصر عبد الجواد - حماس
طوباس: عدد المسجلين: 20774، عدد المقاعد: 1، حماس: 1، - فتح: 0
خالد أبو طوس - حماس
قلقيلية: عدد المسجلين: 33855، عدد المقاعد: 2، حماس: 0، - فتح: 2
وليد عساف - فتح
أحمد هزاع شريم - فتح
أريحا: عدد المسجلين: 16048، عدد المقاعد: 1، حماس: 0، - فتح: 1
صائب عريقات - فتح

ثانيًا: دوائر قطاع غزة
شمال غزة: عدد المسجلين: 100924، عدد المقاعد: 5، حماس: 5، - فتح: 0
د. يوسف عواد يوسف الشرافي - حماس
عاطف إبراهيم عدوان - حماس
المهندس إسماعيل عبد اللطيف محمد الأشقر- حماس
د. محمد عبد الهادي عبد الرحمن شهاب - حماس
مشير عمر خميس المصري - حماس
خان يونس: عدد المسجلين: 103995، عدد المقاعد: 5، حماس: 4، - فتح: 1
الدكتور يونس محي الدين الأسطل-حماس
الدكتور صلاح البردويل-حماس
الدكتور خميس النجار-حماس
الشيخ سليمان الفرا-حماس
محمد دحلان-فتح
دائرة غزة: عدد المسجلين: 176804، عدد المقاعد: 8، حماس: 8، - فتح: 0
سعيد صيام - حماس
خليل اسماعيل الحية - حماس
أحمد محمد بحر - حماس
فرج الغول - حماس
جمال طلب نصار - حماس
حسام كمال الطويل - مسيحي - مستقل مدعوم من حماس
زياد ابو عمرو - مستقل مدعوم من حماس
جمال الخضري - مستقل مدعوم من حماس
دير البلح: عدد المسجلين: 80348، عدد المقاعد: 3، حماس: 2، - فتح: 1
د.عبد الرحمن الجمل-حماس
د.سالم سلامة-حماس
أحمد هولة- فتح
رفح: عدد المسجلين: 67404، عدد المقاعد: 3، حماس: 0، - فتح: 3
محمد حجازي-فتح
رضوان الأخرس-فتح
أشرف جمعة-فتح.
المستقلون الناجحون والمدعومون من حماس:
زياد أبو عمر- متحالف مع حماس
حسن خريشة- متحالف مع حماس
جمال الخضري- غزة مدعوم من حماس
حسام الطويل-غزة ـ مسيحي- مدعوم من حماس
النتيجة النهائية:
حماس: 80 (76 +4 مستقلين مدعومين من حماس)
فتح: 43
أبو على مصطفى: 3
البديل: 2
فلسطين المستقلة: 2
الطريق الثالث: 2
المجموع: 1340673، المجموع المقاعد: 132

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SiYaSaH ~ :- KePuTuSaN AwaL,HAMAS MeNanG -:

Hasil sementara penghitungan suara pilihanraya parlimen Palestin menunjukan puak “reformasi dan perubahan” yang diketuai Hamas terus mengalami kemajuan. Lebih dari 70 kerusi telah diraih calon dari gerakan Hamas baik yang tergabung dalam parti maupun yang mewakili bebas.
Pemimpin politik gerakan Hamas, Ismail Haneya mengatakan, dari hasil sementara penghitungan parlimen hari ini, Khamis (26/01/06), menunjukan bahawa gerakan Hamas telah memenangkan majoriti kerusi parlimen Palestin, yang memungkinkan gerakan ini membentuk pemerintahan baru.
Heneya yang menjadi calon nombor satu dari Hamas mengatakan, “Hamas telah memenangkan lebih 70 kerusi di Semenanjung Gaza dan Tepi Barat. Ini bererti Hamas telah menang lebih 50% dari jumlah pungutan.”
Melihat perkembangan hasil sementara ini, sumber di Fatah yang tidak mahu disebutkan namanya, seperti dilaporkan aljazeera, menyebutkan gerakannya mengakui atas kemenangan gerakan Hamas dalam pilihanraya perlimen Palestin yang baru pertama kali diikuti ini, sesuai dengan hasil penghitungan sementara.
Keputusan penuh akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini. Sampai saat ini pihak suruhanjaya pilihanraya pusat Palestin belum memberikan komentar apa-apa terkait hasil keputusan sementara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Siyasah ~ :- SiaPa SoKonGaN RakYat ? HAMAS @ FaTaH !!! -:
Pilihan raya kali ini merupakan peristiwa bersejarah berikutan penyertaan pergerakan Hamas yang pernah memboikot pilihan raya 1996 selepas menolak perjanjian damai Oslo 1993 kerana tidak mahu berdamai dengan Israel.
Hamas dilihat pesaing utama kepada Parti Fatah yang memerintah dan kedua-duanya telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap lawan masing-masing bagi menarik pengundi.Pencapaian memberangsangkan oleh Hamas pada pilihan raya perbandaran tahun lalu serta pungutan suara menjelang hari pengundian mendapati kedua-dua parti utama Palestin ini akan membentuk kerajaan campuran.
Berbanding pilihan raya perbandaran yang didominasi isu kejayaan mengusir Israel daripada Semenanjung Gaza, kali ini kempen parti-parti politik menumpukan isu kepada rundingan damai Israel; penggunaan kekerasan; isu Baitulmaqdis, pelarian dan sempadan serta dan rasuah.
Hari ini semua parti-parti yang bertanding: Fatah, Hamas, Barisan Popular Pembebasan Palestin (PLFP); Palestin Merdeka; Barisan Ketiga; dan Barisan Alternatif membuat rayuan terakhir kepada para pengundi.Di sebalik kempen dan saingan sengit yang ditunjukkan oleh Fatah dan Hamas, kedua-duanya telah menyatakan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan gabungan.Hamas yang mencetuskan kebimbangan kepada Israel, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Barat menyatakan, ia tidak akan membentuk kerajaan bersendirian jika menang majoriti.
Malah pergerakan yang terkenal dengan sayap tentera dan ikrar memusnahkan Israel memilih untuk memegang jawatan Kabinet berprofil rendah dan menyerahkan kepada pemimpin Palestin Palestin, Mahmoud Abbas untuk berurusan dengan Israel.
Sementara itu beribu-ribu penyokong Hamas menghadiri perhimpunan di bandar Hebron di Tebing Barat sambil mengibarkan bendera hijau dan poster-poster para pemimpin yang terkorban akibat tindakan Israel
HAMAS masa depan Palestin?
Pada 26 Disember 2005, Universiti Najah, di Nablus telah menjalankan kaji selidik terhadap pandangan umum (public opinion) berhubung pilihanraya yang bakal berlangsung nanti. Sebanyak 31.4% mengatakan mereka akan memilih calon-calon HAMAS sewaktu pilihanraya tersebut. 26.8% pula memilih calon-calon di dalam senarai Marwan al-Barghouti, manakala 17.7% sahaja yang akan memilih calon-calon dari senarai Mahmoud Abbas mewakili gerakan Fatah. Kajian yang dilakukan di Tebing Barat ini memberikan impaknya yang tersendiri.
Pertamanya, ia dilakukan di dalam sebulan menjelang berlakunya pilihanraya, dan yang keduanya, ianya dilakukan ke atas responden yang mana 40% daripada mereka adalah simpatisan kepada Fatah, dan hanya 25% daripada simpatisan HAMAS, dan selebihnya daripada pelbagai fraksi yang lain. Hasil kajian ini seakan mengiyakan tanggapan kebanyakan media barat, peluang HAMAS untuk meraih lebih daripada 40% kerusi di dalam majlis legaslatif PA dan seterusnya menerajui PA adalah cerah.
Pilihanraya perbandaran pusingan keempat yang dijalankan di bandar-bandar utama Tebing Barat juga telah menunjukkan bagaimana HAMAS telah mencatatkan kemenangan-kemenangan besar di bandar-bandar tersebut, manakala Fatah sebagai parti pemerintah pula hanya memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di kampung-kampung yang kebanyakan calon HAMAS tidak diturunkan.
Mengapa HAMAS ?: Analisis Barat
Menurut para penganalisis politik barat, populariti HAMAS melonjak kerana dua perkara. Faktor pertama ialah kehilangan Yaser Arafat yang merupakan ikon perjuangan Palestin. Kehilangannya merupakan satu kehilangan besar bagi Fatah. Rakyat Palestin yang kehilangan Arafat bagaikan tercari-carikan pengganti beliau. Mahmoud Abbas yang berusia 70 tahun itu dilihat tidak dapat menandingi populariti Arafat yang di awal penglibatannya di dalam Fatah dilihat sebagai seorang tokoh perjuangan bersenjata yang amat lantang dan berani.
Abbas juga bukan sahaja dilihat lemah oleh rakyat Palestin secara keseluruhannya, malah oleh para pendokong Fatah sendiri. Tidak hairanlah para pemuda Fatah ramai yang beralih mendokong inspirasi perjuangan tokoh muda mereka, Marwan al-Bargouthi yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di dalam penjara Zionis.
Di kala Fatah ketandusan kepimpinan, HAMAS yang telah mengorbankan ramai di antara pemimpin-pemimpin mereka untuk perjuangan kemerdekaan Palestin dilihat sebagai potensi yang amat bersinar. Mana tidaknya, walaupun dua tokoh utama mereka, Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantisi dibunuh, dan puluhan pimpinan yang lain mendahului mereka seperti Dr Salah Syahadah, Dr Ibrahim Maqadmah, Ismail Abu Haniyeh dan lain-lain, mereka tetap mempunyai pelapis dan tokoh-tokoh yang jauh lebih berkarismatik berbanding para pimpinan Fatah. Tokoh seperti Khaled Mesh'al, Sami al-Zuhri, Mahmoud Zahar, Sami Khatir, Ibrahim Ghousyah, Hassan Yousef dan lain-lain masih lagi menjadi pilihan rakyat Palestin.
Mungkin kerana perjuangan HAMAS yang tidak bercirikan "paksi individu" (individual centric) telah berjaya menjadikan mereka begitu dinamik.Faktor kedua yang sering dibawa oleh media barat juga adalah faktor serangan bom berani mati (baca: Berani Syahid) yang sering dilakukan HAMAS telah berjaya meraih sokongan majoriti rakyat Palestin. Analisis ini agak keterlaluan dan tidak berdasarkan fakta yang betul.
Jika dilihat, HAMAS semenjak 2004 lagi sudah tidak giat melancarkan serangan seumpamanya. Kebanyakan serangan-serangan seumpama itu hanya dilakukan oleh kumpulan Jihad Islamiy dan juga sayap ketenteraan Fatah, "Briged al-Aqsa". HAMAS lebih banyak menumpukan kepada serangan ke atas pos-pos kawalan tentera, dan yang paling berjaya adalah serangan "Amaliyyat al-nafaq" pada awal 2005 yang telah berjaya mengorbankan ramai tentera Zionis apabila mereka berjaya menggali terowong dan kemudiannya muncul di bawah salah sebuah pusat kawalan tentera Zionis di Gaza.
HAMAS juga semenjak tahun 2004 lebih banyak menumpukan kepada serangan roket-roket al-Qassam buatan mereka yang banyak menyebabkan kemusnahan di pihak Zionis. Walau bagaimanapun, isunya bukanlah serangan berani mati ataupun serangan roket, isunya di sini ialah metod penentangan (Intifadah) yang dipelopori oleh HAMAS telah dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melawan penjajahan Zionis di atas muka bumi mereka. Kegagalan Arafat bersama Oslo 1993 beliau dan juga pengunduran Zionis (Indihaar) dari bumi Gaza telah membuktikannya.
Maka, rakyat Palestin yang mahukan kemerdekaan bumi mereka dan bukannya janji-janji palsu Zionis, mahukan pihak yang lebih berwibawa untuk membawakan kemerdekaan kepada mereka.
Realiti Sebenar
HAMAS yang diramalkan menjadi pemenang utama di dalam pilihanraya legaslatif Palestin sememangnya mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Antaranya, sepertimana yang sering disebutkan hatta oleh media barat sekalipun, usaha kebajikan yang dilakukan oleh gerakan tersebut. Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan usaha kebajikan yang dilakukan oleh HAMAS untuk rakyat Palestin.
Ketelusan mereka di dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, samada yang hidup di dalam kem-kem pelarian mahupun yang tinggal di kawasan-kawasan selain kem pelarian tidak diragui oleh mana-mana pihak. Keadaan ini telah memberikan kredit yang tidak terhingga kepada HAMAS, di waktu tokoh-tokoh Fatah dan juga para aktivis mereka dikenali dan diketahui oleh rakyat Palestin dan juga dunia sebagai golongan yang korup dan pecah amanah.
HAMAS juga dilihat sebagai potensi untuk memerintah rakyat Palestin kerana rakyat Palestin inginkan perubahan pada pentadbiran PA yang sepertimana dimaklumi dunia, dan sepertimana yang disifatkan oleh mendiang Edward Said sebagai lebih korupsi daripada parti ANC pimpinan Mandela.
Kematian Arafat telah mendedahkan segala-galanya apabila sejumlah harta berjuta Dolar milik rakyat Palestin telah disimpan di dalam akaun-akaun luar negara di atas nama Arafat. Perbalahan dan juga permainan tarik tali di antara para pemimpin Fatah di dalam PA dengan isterinya telah menjadi perbualan dunia. Hasilnya perundingan di antara kedua belah pihak tersebut membawa kepada kelewatan pengisytiharan kematian Arafat sendiri. Hal ini bukanlah rahsia di kalangan rakyat Palestin yang diibaratkan seumpama "sudah jatuh ditimpa tangga". Para pemimpin yang diharapkan dapat memperjuangkan nasib mereka, bukan hanya meletakkan senjata semenjak Oslo 1993, malah telah menyalah gunakan wang rakyat dan menjadikan isu kemerdekaan Palestin sebagai alat untuk mereka membuat kekayaan. Satu tindakan bijak oleh HAMAS ialah apabila mereka mendaftarkan diri di dalam pilihanraya perbandaran dan juga di dalam pilihanraya yang akan datang sebagai kumpulan "al-Islah wa al-Taghyir" (Refomasi dan Perubahan).
Mereka juga menjadikan usaha "menghapuskan penyelewengan di dalam PA" sebagai motto utama di dalam kempen-kempen pilihanraya tempatan yang telah melalui pusingan keempatnya dan hanya menantikan siri terakhir pusingan keempat di bandar al-Khalil (Hebron). Kenyataan media HAMAS yang mengatakan mereka tidak mahu menguasai PA, tetapi hanya mahukan pos-pos yang selalu berlaku penyelewengan untuk mereka perbaiki, bagaikan satu bonus kepada mereka dan menjadi kredit untuk dipilih oleh rakyat Palestin yang melihat mereka sebagai golongan yang tidak gilakan kuasa.
Dari sudut kelayakan mereka yang bertanding juga, ianya memberikan impak kepada sokongan yang bakal diberikan rakyat kepada HAMAS. Di dalam satu kajian yang dilakukan oleh Markaz al-Quds li al-I'laam (Institut Kajian al-Quds), yang berpusat di Ramallah ke atas 1199 responden dari seluruh Tebing Barat dan Gaza, lebih 91% daripada para pengundi yang layak mengundi akan memilih wakil mereka berdasarkan kelayakan akademik mereka. 89% responden pula memilih faktor populariti calon, manakala 83% pula memilih wakil yang beragama dan mempunyai akhlak yang baik.
Ternyata ketiga-ketiga faktor pilihan pengundi tersebut lebih berpihak kepada wakil-wakil HAMAS yang kebanyakkannya terdiri daripada para ahli akademik, lulusan universiti, profesional dan juga mereka yang mempunyai nama di kalangan rakyat kerana kerja-kerja kebajikan yang dilakukan. Manakala persoalan beragama, ianya bukan persoalannya di sini apabila nama HAMAS diperbincangkan. Maka di atas kriteria-kriteria inilah, ramai di antara penganalisis politik Palestin meletakkan anggaran bahawa calon HAMAS akan meraih kemenangan yang agak besar.
Perpecahan Fatah
Di satu sudut yang lain pula, Perpecahan dalaman gerakan Fatah yang semakin parah juga mempunyai impaknya yang tersendiri. Marwan al-Bargouthi telah mengemukakan senarai calon-calon pilihannya beliau sendiri untuk bertanding di dalam pilihanraya tersebut sejam sebelum tempoh pencalonan ditutup oleh suruhanjaya pilihanraya PA. Senarai yang dikemukan oleh Bargouthi ini adalah senarai yang berlainan daripada senarai yang dikemukakan oleh Mahmoud Abbas.
Kebanyakan daripada calon-calon beliau adalah pemuda-pemuda Fatah yang berumur di dalam lingkungan 40'an yang dikenali sebagai "The New Guards". Ianya dianggap sebagai protes golongan pemuda Fatah terhadap golongan "Old Guards" yang dilihat oleh mereka sebagai golongan yang menguasai Fatah untuk kepentingan sendiri. Malangnya, di dalam senarai al-Bargouthi sendiri, terdapat juga nama-nama mereka yang terkenal sebagai koruptor di kalangan pimpinan PA, di antara mereka adalah Muhammad Dahlan, mantan menteri dalam negeri PA.
Hal ini benar-benar telah menggerunkan Mahmoud Abbas yang melihat fenomena itu sebagai bonus untuk kemenangan HAMAS secara mudah. Andaian beliau, jika undi Fatah terbahagi dua, maka pihak HAMAS yang merupakan pilihan utama rakyat Palestin tidak akan mempunyai pencabar yang terdekat.
Tidak hairanlah sejurus setelah keputusan kajian yang dijalankan oleh Universiti al-Najah diumumkan, Mahkamah Palestin telah mengumumkan kebenaran untuk Fatah mengemukakan senarai calon mereka yang baru di Tebing Barat di dalam tempoh enam jam dan juga membatalkan senarai calon-calon mereka yang lama.
Suasana ini telah digunakan oleh Mahmoud Abbas untuk menyatukan senarai di antara calon-calon beliau dengan calon-calon Marwan agar mereka bertanding di bawah lambang yang sama, iaitu Fatah.
Respon Zionis
Di dalam perkembangan yang lain pula, Al-Jazeera telah melaporkan di dalam satu kajian ringkas yang dilakukan oleh pihak media tempatan rejim Zionis pada 23 Disember 2005, 50% dari kalangan rakyat entiti haram tersebut bersetuju untuk kerajaan mereka melakukan rundingan damai dengan HAMAS sekiranya HAMAS memenangi pilihanraya legaslatif pada 25 Januari nanti. 47% pula menolak sebarang rundingan dengan pihak HAMAS, manakala yang selebihnya bersikap berkecuali.
Hasil kajian ini amat bertentangan dengan pendirian kerajaan rejim yang menolak sebarang rundingan dengan pihak HAMAS yang didakwa mereka sebagai pengganas.Hal ini juga menandakan bahawa pilihan Silvan Shalom, Menteri Hubungan Luar Zionis tidak begitu menjadi pilihan rakyatnya sendiri.
Shalom, yang sekarang ini di dalam perjuangannya untuk menerajui kepimpinan Parti Likud setelah ditinggalkan vakumnya oleh Sharon, pada 17 Disember telah membuat kenyataan bahawa: "kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya akan datang akan meletakkan Israel di dalam keadaan 50 tahun yang lepas". Beliau juga menyokong tindakan AS yang menggugut rakyat Palestin agar tidak memberikan undi mereka kepada HAMAS di dalam pilihanraya berkenaan."
Kita mengharapkan satu pengizzahan berlaku dalam arus politik Palestin agar bertunjang atas dasar Quran Sunnah di samping membela nasib rakyat serta menghapuskan kekotoran yang ada dalam pentadbiran sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ DiaRy ~ :- 3 P " PaMeRan Buku, PenNgaNas & PiaLa AfRika -:
Lengguh, gembira dan terharu. Itulah reaksi hatiku apabila tiba rumah pada pukul 5 petang kelmarin. Ana bertolak petang selasa lalu ke kaherah untuk mengucapkan selamat pulang bercuti buat sahabat Mahadi dan Ust Zul. Ana tak dapat pergi hantar sahabat2 ke Airport kerana ruangan duduk van dah berSardin,jadi sekadar melontarkan ucapan di rumah mereka kat Bukhari saje.
Mesir sekarang dalam fatrah Kejohanan Bola Sepak Piala Afrika dan Pameran Buku Antrabangsa EGPT 2006 yang berlansung serentak dengan Ma'rod kitab yang dirasmikan oleh Husni Mubarak pada Khamis lalu dan Piala Afrika semalam bersama ombakan merah bendera kebangsaan Mesir beserta natijah perlawanan perbukaan antara Mesir dan Libya bernoktah kepada kemenangan Mesir 3-0.
Mesir yang akan menjadi tuan rumah kejohanan Piala Afrika 2006 yang akan berlangsung pada 20 Januari hingga 20 Februari. Sebanyak 16 pasukan akan bertanding bagi merebut piala yang kali terakhir dimenangi oleh Tunisia pada tahun 2004. Kejohanan dua tahun sekali itu disertai oleh Mesir selaku tuan rumah, Tunisia selaku juara bertahan, Angola, pasukan yang pasti menjadi tumpuan kerana pertama kali akan beraksi di Piala Dunia, begitu juga Ivory Cost, Togo dan Ghana. Lain-lain pasukan adalah pasukan yang disisihkan dari Piala Dunia, Senegal, Afrika Selatan, Cameroon, Nigeria, Maghribi. Libya, Zimbabwe, Guinea, Zambia dan Congo.
Rakyat Mesir yang gilakan bolasepak, akan berpesta sepanjang kejohanan berlangsung. Lebih meriah dan bising jika Mesir layak ke akhir. Juga mungkin akan berlaku penyokong Mesir mengamuk dan menyerang penonton lawan sekiranya kalah seperti yang berlaku pada Presiden kelab Zamalek yang rosak kereta serta rumah diserang penyokong fanatik Kelab Ahli. Itulah senario bola sepak Mesir. Ada pendapat yang mengatakan, jika mahu menyerang Mesir, serang ketika perlawanan bola sepak dilangsungkan.
Dalam khutbah Jumaat kelmarin di masjid Thibin berhampiran RKB ( rumah kebajikan pelajar Kelantan Mesir ) menyindir kaki-kaki bola Mesir dengan menyamakan orang-orang dahulu mati syahid kerana menegakkan agama Allah di medan perang tapi orang zaman sekarang mati kerana bola, al-ahly dengan ahly nya dan Zamalek dengan caranya ,sampai bergaduh.Maka bangunlah pakcik sorang yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap khutbah tu, ni lah perangai arab, orang berkhutbah pun diorang tak puas hati,khatib jadi mangsa,sian-sian. Tulah realiti bola sepak yang menjadi darah daging segelintir rakyat mesir,terlalu fanatik.
Pameran buku antara penantian pelajar al-azhar di sini kerana di sini akan terhidang pilihan buku-buku yang mungkin tidak terdapat di pasaran tapi hanya ada di pameran ini saje di samping harga yang murah berbanding kedai biasa.Namun kerana Piala Afrika,ada ura-ura kemungkinan pameran buku kali ini terlalu singkat, tidak selama sebelumnya.
Selamat bercuti ke tanah air tercinta buat Mahadi dan bersabar buat ustaz Zul yang terkandas di Airpot kerana di syaki ' pengganas '. Kesian ustaz Zul kerana terpaksa berlapar dan tido di bilik kurungan bersama suspek rakyat Palestin,Mesir dan sebagainya.Tapi ustaz Zul tidak di gari,tidak yang lain terpaksa bergari.Ceritanya bermula begini,ustaz Zul disyaki kerana nama nya sama dengan suspek yang pihak polis buru tapi berpegang di pihak yang benar, ustaz zul hanya tenang kerana dia yakin akan dilepaskan jua akhirnya.Pesawat dah berlepas bersama barang-barangnya tapi ust Zul hanya di lepaskan pada pukul 2 petang selepas membuktikan tidak bersalah dengan memberitahu nama datuknya.Maka selesailah episod syak mengsyaki ni.
Buat sahabat-sahabat yang akan berborong kat ma'rod kitab tue, jangan terlalu boros sangat,dahulukan yang terlebih auwla,beli kitab yang tak ada kat kedai je,yang lain beli bila duit lebih.
Selamat berjuang pasukan bola sepak Egypt, sabar sahabatku yang menghadapi dugaan oleh Allah dan berbelanja lah dengan jimat cermat kat ma'rod kitab tue.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ SeMaSa ~ :- Amr KhaLed "Life Makers" -:

Pendakwah terkemuka Arab dan Islam, Amr Khaled melancarkan program realiti agama pertama berasaskan ibadat haji dalam usaha menarik minat ramai penduduk Islam menghayati ibadat berkenaan.
Sebaliknya, ramai menganggap kemunculan program itu bertujuan mematahkan tumpuan terhadap satu lagi rancangan yang jauh berbeza dan mendapat sambutan hangat - Star Academy.Program realiti Star Academy itu mencetuskan kontroversi di dunia Arab dan dikecam hebat kerana dikatakan tidak bermoral kerana mengutarakan 16 peserta yang hidup dan tinggal bersama di sebuah villa, menyanyi, menari dan berlakon untuk mendapat kontrak penyanyi sebuah syarikat rakaman.
Rancangan realiti tv bertajuk Life Makers hasil Khaled itu disiarkan di stesen Arab ART, ke udara 24 jam sehari selama lima hari mulai Isnin lalu.Menerusinya, Amr beserta beberapa jemaah haji, memaparkan kehidupan seorang jemaah dan cara menunaikan ibadat haji.
Program itu turut diselitkan kelas yang dikendalikan ulama terkemuka lain seperti Mufti Mesir, Ali Gomaa dan dari Yaman, Habib al-Jafri.“Ia sememangnya satu langkah unik bagi menunjukkan usaha mengerjakan ibadat haji secara langsung, tetapi masih terlalu awal bagi menilai sejauh mana keberkesanan pengalaman realiti itu,” kata Magi al-Halawani, ketua Fakulti Komunikasi Massa Universiti Kaherah yang dipetik Islam Online.
“Sekurang-kurangnya sejuta penonton Muslim akan terpegun dengan pengalaman mengerjakan haji yang dipaparkan secara mudah dan hidup yang jelas membantu mereka menunaikan ibadat itu,” kata pensyarah, Ashraf Galal.Khaled sebelum ini menerima penghargaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana kempen antimerokok.
Dia yang dianggap suara paling berpengaruh di kalangan belia Islam sekarang, menghabiskan masanya di United Kingdom bagi menyelesaikan pengajian doktor falsafah dalam bidang teologi di Universiti Wales.
Laman webnya, menerima kunjungan sebanyak 26 juta pelayar internet tahun lalu, jauh lebih tinggi daripada pengacara televisyen AS, Oprah Winfrey.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ --@ aL-FaTiHaH @-- ~

نشب خلافٌ كبيرٌ بين الطبيب المصاحب للبعثة الجزائرية للحج وبين السلطات السعودية حول نشر صور ضحايا حادث تدافع الحجاج الذي وقع في منى أمس الأول، وأسفر عن مصرع 362 حاجًا من بينهم 100 مصري وأكثر من 90 باكستانيًّا.

وذكرت وكالة الأنباء الفرنسية (AFP) أن الدكتور حسين طيباوي الطبيب المصاحب للبعثة الجزائرية قد اشتبك في مشادةٍ كلامية مع السلطات السعودية بسبب نشر السعوديين صورًا للضحايا لا تحمل أسماء، حيث أدى ذلك إلى انهيار بعض الحجاج نتيجة رؤيتهم صور الضحايا دون الاستطاعة التعرف على أسمائهم.

وقال الطبيب إن كل حاج يحمل سوارًا على يده يمكن نزعه ونقل البيانات منه بما يسمح بتحديد دقيق لهوية الضحايا ولمنع حدوث حالات ارتباك وبلبلة بين الحجاج.

كما استخدمت السلطاتُ السعودية أساليبَ أخرى للتعرف على الضحايا عن طريق عرض صور جثثهم على شاشة عرض مكشوفي الوجوه، أو السماح لذوي الحجيج بالدخول إلى المستشفيات للتعرف على الجثث.

وكان 362 حاجًا قد لقوا مصرعهم عند جسر رمي الجمرات في مدينة منى وذلك بعد حدوث تدافع بين الحجاج، وهو التدافع الذي وقع الاختلاف في تحديد أسبابه، حيث ذكر البعض أنه نتيجة سقوط أمتعة الحجاج، فيما أكد شهود عيان أن الأمن السعودي هو المتسبب لحجزه حركة الحجاج كي يسمح بمرور أحد المسئولين الكبار السعوديين!

ويعتبر هذا الحادث هو الأسوأ منذ 15 عامًا عندما وقع في العام 1990م حادث انهيار نفق المعيصم والذي راح فيه أكثر من 1400 حاج؛ حيث يرجح ازدياد عدد الضحايا حتى رقم مقارب من 500 قتيل بحسب بعض وكالات الأنباء.

وخصصت السلطات السعودية 600 ألف فرد أمن لتأمين الحجاج أثناء أدائهم فريضة الحج هذا العام والتي بلغ عدد الوافدين إليها 2.5 مليون حاج.

وقد أكد الأمير نايف بن عبد العزيز وزير الداخلية عقب الحادث أن عدد أفراد الأمن سيزيد خلال المواسم القادمة من الحج، إلا أن بعض شهود العيان حمَّلوا قوات الأمن السعودية مسئوليةَ الحادث بعد أن قامت بإفساح الطريق أمام رتلٍ من السيارات التي كانت تقل شخصية مهمة في الأسرة الحاكمة السعودية وحاشيتها متجهةً لرمي الجمار في منى طبقًا لما ذكرته جريدة (الأهرام) المصرية في عددها الصادر أمس الجمعة نقلاً عن شهادات الشهود.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ PoLiTik ~ :- SyaiTaN LuMpuH oTaK, IsRaeL MeNanTi SaaT beRKabUnG -:

على الرغم من الإعلان عن استقرار حالة رئيس الوزراء الصهيوني أرييل شارون إلا أن هناك مخاوفَ من انهيارها إلى حدِّ الموت؛ وذلك بعد غياب المؤشرات الخاصة بإمكانية إفاقته في الفترة الحالية على الرغم من مرور 10 أيام على سقوطه في الغيبوبة بعد إصابته بجلطة ونزيف في الدماغ.

وذكرت صحيفة (معاريف‏) الصهيونية‏ أن حالة التفاؤل التي كانت سائدة خلال الأيام الماضية إزاء تحسن حالة شارون الصحية نسبيًا،‏ تحولت إلى حالة قلق متزايد حول حالته‏،‏ وأصبحت فرص عودته للحياة بشكل طبيعي ضعيفة جدًا‏.

فيما نقلت (BBC) عن متحدث باسم مستشفى هاداساه الذي يعالَج فيه رئيس الوزراء الصهيوني في الشطر الغربي من مدينة القدس نفيه الأنباء التي تحدثت عن مخاوف لدى الأطباء المعالجين لشارون بسبب عجزهم عن إفاقته من الغيبوبة التي تعمدوا وضعه فيها إثر الجراحة الأخيرة التي أجروها له الأسبوع الماضي.

وقد بدأ المجتمع السياسي الصهيوني في التعامل على أساس غياب أرييل شارون، حيث قام تكتل الليكود بسحب وزرائه من الحكومة، ومن بينهم وزير الخارجية سيلفان شالوم، وهي الخطوة التي أجَّلها بنيامين نتنياهو زعيم الليكود انتظارًا لخروج ِشارون من المستشفى، إلا أن بقاء شارون استطال؛ الأمر الذي دفع الصهاينة إلى التحرك على أساس غيابه تمامًا عن الساحة السياسية.

فيما أخذت استطلاعات الرأي في قياس اتجاهات الرأي العام نحو حزب كاديما ولكن بزعامة إيهود أولمرت رئيس الوزراء الحالي بالوكالة، وليس بزعامة شارون الذي أسس الحزب هروبًا من سيطرة اليمين المتطرف على الليكود.

وكان شارون قد دخل المستشفى قبل أكثر من أسبوع وذلك بعد أن تعرض لجلطة دماغية احتاجت إلى 3 عمليات جراحية إلى جانب إدخاله في غيبوبة اصطناعية لوقف النزيف الذي تفجر في رأسه، وقد وجَّه تقرير صحفي في جريدة (هاآرتس) الصهيونية يوم 8 يناير الحالي اتهامات إلى الفريق المعالج لشارون بالمبالغة في علاجه من الجلطة الأمر الذي أدى إلى حدوث النزيف.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsSuE ~ :- SMS JaNa KEuNtuNgGaN -:

“Hey, whatcha doin? I’, bord la, wana lepak mamak stal 2mrw?,adalah antara perkataan ringkas digunakan remaja masa kini dalam komunikasi mereka dengan rakan.
Teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengubah cara berkomunikasi, bukan saja di kalangan remaja, malah golongan dewasa.
Pada 2004 sejumlah 9.5 bilion SMS dihantar oleh pengguna talian mudah alih tempatan dan angka itu dijangka meningkat sekali ganda tahun ini kepada sehingga 20 bilion.Jika momentum pertumbuhan itu dikekalkan tahun ini, syarikat telekomunikasi tempatan bakal sekali lagi menikmati tahun cemerlang pada 2006 ini.
Mengikut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM), dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu saja, sejumlah 13.4 bilion SMS dihantar pengguna telefon bimbit negara ini.Pada suku suku ketiga saja, SMS yang dihantar berjumlah lebih enam bilion, hampir sama dengan jumlah keseluruhan yang dihantar pada 2003, dan ia adalah peningkatan lebih sekali ganda daripada 2.5 bilion pesanan yang dihantar dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Sementara pada suku pertama dan kedua tahun lalu, sebanyak 3.4 bilion dan 3.9 bilion SMS dihantar, berbanding 1.96 bilion dan 2.08 bilion sebelum ini.Penganalisis industri telekomunikasi berkata, berdasarkan aliran penghantaran SMS sepanjang tempoh sembilan bulan tahun lalu, terutama dalam tempoh suku ketiga, kadar pertumbuhannya dijangka terus mengukuh tahun ini.“Pengenalan pelbagai perkhidmatan oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat selain rancangan hiburan realiti dan interaktif seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol yang menggunakan SMS sebagai medium penghantaran menjadikan penggunaan khidmat itu semakin meningkat.
Sementara musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas adalah antara penyumbang penting kepada kerancakan jumlah penghantaran SMS.Beliau berkata, peningkatan ketara dalam penggunaan SMS itu memberikan manfaat besar kepada syarikat telekomunikasi tempatan yang kebanyakannya mencatat peningkatan ketara dalam pendapatan SMS.
Maxis Telecommunications Bhd saja, dalam tempoh sembilan bulan operasi berakhir 30 September tahun lalu, mencatat peningkatan 35 peratus dalam pendapatan daripada perkhidmatan data mudah alih kepada RM738 juta berbanding RM548 juta pada 2004 dijana daripada pertumbuhan 126 peratus perniagaan SMS.“Berdasarkan pertumbuhan ketara itu, SMS dijangka kekal sebagai sumber pendapatan penting syarikat telekomunikasi tempatan walaupun dalam keadaan pasaran yang semakin tepu,” katanya.
Penganalisis itu berkata, pengenalan pelbagai perkhidmatan SMS baru seperti SMS Suara, SMS Warna dan Hadiah Nada oleh Maxis dijangka merancakkan lagi penggunaan SMS di kalangan pengguna telefon bimbit tempatan.Penggunaan telefon bimbit di negara ini berkembang pada kadar enam peratus pada suku ketiga tahun lalu, menjadikan kadar penembusan alat telekomunikasi bergerak itu sehingga September lalu pada kadar 66.8 peratus, berbanding 50.8 peratus dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Perangkaan SKM menunjukkan sehingga tempoh sembilan bulan tahun lalu, ada 17.55 juta pengguna telefon bimbit di negara ini, dengan setiap pengguna dianggarkan menghantar 345 SMS sepanjang suku ketiga lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKal ~ :- SaLaM eiDul AdHa -:

HARI Raya Korban yang diraikan hari ini mengingatkan kita kepada kemuncak ibadat yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim iaitu bersedia berkorban apa saja untuk mendapatkan keredaan Allah.
Berkorban mengandungi makna mencintai, mentaati, mengabdi, menyerahkan dan reda. Hanya hamba Allah yang bermujahadah dapat melakukan ibadat korban ini. Falsafah korban bukan sekadar membeli kambing atau lembu untuk dipotong dan diagihkan kepada fakir miskin. Ibadat korban juga mengajak kita memperbaharui cinta kepada Allah, rasul-Nya, diri sendiri, ibu bapa, isteri, suami, anak-anak dan yang terakhir umat manusia seluruhnya.Tujuh pengorbanan hendaklah dilakukan setiap hari dan bukan hanya setahun sekali. Tetapi, eloklah sempena Hari Raya Korban ini kita memberi ingatan kepada kepada kecintaan yang berkait rapat dengan peribadi kita sebagai orang beriman. Ia agar iman kita teruji dengan cabaran korban ini.
Berkorban untuk Allah.
Inilah seagung-agungnya ibadat di atas bumi. Apa saja yang Allah suka adalah amalan kita dan apa yang dibencinya adalah pantang larang bagi kita. Insan beriman hidup untuk kepentingan Allah. Dia memastikan setiap qada dan qadar Allah menjadi pilihan hidupnya, yang nikmat disyukuri dan musibah diterima dengan sabar. Tidak terlewat sedetik pun dalam hidupnya kecuali untuk beribadat kepada Allah. Makannya adalah ibadat, bekerja adalah ibadat, belajar, berhibur dan berinteraksi dengan manusia adalah ibadat baginya. Allah tidak pernah terlepas daripada ingatannya, ayunan langkahnya, gerak geri dan tindakannya, penglihatan dan pendengarannya. Semata-mata hidupnya untuk dan demi Allah. "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Rabb sekalian alam."
Berkorban untuk Rasulullah.
Cinta kepada Nabi Muhammad SAW dibuktikan dengan menghidupkan sunnahnya, memperjuangkan agamanya dan hidup dalam kenangan peribadinya yang harum. Apa saja yang kita kerjakan hendaklah dipastikan adakah Rasulullah membenarkannya dan pernah mengamalkannya. Firman Allah bermaksud: “Apa saja yang dibawa oleh Rasul itu terimalah, apa-apa yang kamu ditegah melakukannya maka berhentilah!” (Surah al-Hasyr, ayat 7)
Berkorban untuk diri sendiri.
Orang yang paling berjaya adalah mereka yang banyak mengasihani diri sendiri. Lihatlah diri kita sebagai orang lain yang dengan mudah kita menemukan aibnya. Apakah yang mesti diperbaiki dan harus dipertingkatkan? Biasanya manusia lebih arif menilai kawannya berbanding dirinya sendiri. Sesungguhnya pengorbanan untuk diri sendiri adalah segala usaha yang kita lakukan untuk memperbaiki, mempertingkatkan keimanan dan kejayaan dunia dan akhirat kita. Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dalam segala hal adalah kebaikan baginya. Bersemangatlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah!” (Hadis riwayat Muslim)
Berkorban untuk ibu bapa.
Siapalah kita tanpa ibu bapa. Apa yang kita miliki sekarang berpunca dari mereka. Tiada mereka, maka tiadalah kita. Kita hairan masih ada yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka. Alasan demi alasan disusun untuk mengelak daripada tanggungjawab kepada ibu bapa. Tetapi, adakah mereka berfikir pernahkah ibu bapa membiarkan mereka tanpa kasih sayang, penjagaan dan bantuan? Daripada 'Amru bin al-'Ash bahawa Nabi bersabda: “Dosa-dosa besar itu adalah menyekutukan Allah, menderhaka kepada orang tua, membunuh orang dan sumpah palsu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Berkorban untuk pasangan hidup.
Kasih sayang antara suami dan isteri hendaklah sentiasa disemai dalam hati masing-masing. Kekurangan yang ada pada pasangan kita jangan menjadi sebab pertelingkahan, malah seharusnya kekurangan itu menjadi agenda bersama untuk diperbaiki. Masing-masing berperanan mempengaruhi pasangannya untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.Biarlah kasih sayang itu berpanjangan sampai ke akhirat. Sikap mengalah, sabar dan saling menghormati hendaklah menjadi amalan. Ujian dan cubaan dalam perhubungan suami isteri adalah hal biasa yang mesti dihadapi dengan sikap matang dan bertanggungjawab. Pasangan kita adalah belahan jiwa, cermin diri dan sumber kekuatan kita untuk terus berjuang dalam kehidupan ini.
Berkorban untuk anak-anak.
Anak adalah harta yang tidak ternilai harganya. Daripada merekalah kita mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah. Pengorbanan kita mendidik dan mengajar seharusnya menjadi amalan wajib yang tak pernah ada akhirnya. Proses ini berterusan sehingga menghantarkan mereka pada kejayaan masuk ke syurga Allah. Kalau hanya setakat dapat gelaran dan kejayaan duniawi, belumlah dapat dikatakan kita berjaya mendidik mereka. Tetapi, pastikan kejayaan dan kecemerlangan itu sampai ke akhirat. Jadi jangan cepat berbangga dulu, sebelum kita pastikan mereka layak mendapat keredaan Allah. Berkorbanlah untuk kerja mendidik dan mengajar anak manusia yang memerlukan kekuatan fikiran, perasaan dan ketahanan tubuh badan. Setiap hari pasti dipenuhi dengan pelbagai kegiatan pengukuhan insan pada diri anak kita jika anda ibu bapa yang bertanggungjawab.
Berkorban untuk umat manusia.
Hidup menjadi tidak bermakna tanpa kesejahteraan dan keamanan. Begitu juga kerukunan dan persahabatan adalah nikmat hidup yang mesti dimiliki bersama. Tidak ada permusuhan dan persengketaan dalam perhubungan sesama insan. Sikap toleransi sesama manusia walaupun berbeza fahaman hendaklah menjadi simbol perpaduan. Setiap hari pengorbanan mesti dilakukan untuk memastikan Islam menjadi rahmatan lil 'Alamin, rahmat untuk alam seluruhnya! Dan anda menjadi mutiara yang berkilauan walaupun berada di tengah-tengah lautan yang bergelora.
FAKTA
Waktu pelaksanaan ibadat korban

Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijah)
Waktu yang afdal melakukannya adalah ketika matahari naik sekadar tujuh kaki dari ufuk.
Berkekalan waktu korban ini hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah.
Perkara sunat ketika korban
Apabila menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan:-
Membaca Bismillahirrohmanirrahim.- Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.- Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.-
Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.-
Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS