~ ArTiKal ~ ::_HiJrah.... SaTu SoRoTaN_::
Setelah membuat penilaian daripada pelbagai sudut, akhirnya Sayyidina Umar ibn al-Khattab telah memilih peristiwa Hijrah sebagai permulaan tahun baru bagi umat Islam dan ternobat sudah ia sebagai hari pertama dalam takwim Islam yang penuh bersejarah. Pemilihan ini tentulah memanifestasikan kepentingan peristiwa Hijrah baginda Rasulullah s.a.w. yang berlaku pada bulan Jun tahun 622 Masihi, yang mana peristiwa ini mempunyai keistimewaannya tersendiri jika dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa lain yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. semasa hayat Baginda.
Peristiwa Hijrah memberi pengajaran yang cukup besar dan cukup bermakna kepada kita dalam mengenal erti sebenar tentang pengorbanan, penderitaan, cabaran, ujian, konsep persaudaraan, kekuatan fizikal dan mental. Malah ia juga mengajar kita mengenal erti pembangunan, perpaduan sesama Islam, permuafakatan dengan golongan bukan Islam, pembangunan ekonomi dan sosial, kematangan berpolitik, termasuklah perhubungan antarabangsa, kedaulatan undang-undang dan juga kepentingan martabat agama, negara dan umatnya.

Renungkanlah bersama wahai sahabat…
Betapa mantapnya iman dan teguhnya pendirian serta sikap baginda Rasulullah s.a.w. ketika mana baginda menghadapi saat-saat genting yang penuh kekerasan dan cabaran hebat. Betapa pula musuh– musuh yang menentangnya berhabis-habisan pada masa-masa terakhir sebelum penghijrahan baginda ke Madinah. Baginda menghadapi peristiwa getir itu dengan tenang dan penuh kesabaran. Baginda tidak menentang kekerasan dengan kekerasan, apatah lagi mengambil sikap menyerang atau memerangi mereka, kerana mereka masih berpegang teguh dengan saluran-saluran hikmah dan diplomasi serta tasamuh, dalam menghadapi cabaran-cabaran musuh sepertimana yang telah digariskan di dalam Islam.
Manakala di dalam satu peristiwa bersejarah lain yang amat dirasai tekanannya oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum peristiwa Hijrah ialah, pemboikotan ekonomi yang dilakukan terhadap baginda dan para sahabatnya oleh kaum musyrikin Mekah pada ketika itu. Terasa sekali perit dan payahnya dalam mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asasi. Keadaan ini menyebabkan orang Islam terpaksa berhadapan dengan ujian penderitaan fizikal dan mental yang cukup hebat. Malah bagi baginda sendiri, kewafatan orang-orang yang terdekat seperti Saiyidatina Khadijah isteri kesayangan baginda selaku sayap kiri perjuangan dan Abu Talib, bapa saudara baginda cukup memeritkan. Ke dua– dua mereka telah memainkan peranan yang besar selama hayat mereka dan sentiasa memberikan dorongan dan kekuatan semangat kepada baginda dalam meneruskan perjuangannya.
Hal ini mengajar kita akan erti kepayahan hidup, tekanan mental dan emosi yang seharusnya dialami oleh manusia dalam proses untuk berjaya dalam perjuangan hidupnya. Perjuangan inilah yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. dan untuk menjayakan misinya itu maka baginda berhijrah dengan diiringi pengorbanan yang cukup besar dan tidak terhingga nilainya.
Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t. Mereka itulah yang mendapat kemenangan. Allah menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga. Di dalamnya mereka memperolehi kesenangan yang abadi. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah at-Taubah : 20-22)

Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah…
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, tika genap melangkah 1 Januari, sudah pasti ia akan disambut dengan suasana yang penuh gemilang sebagai tahun baru serta detik menyemai azam baru. Maka 1 Muharam amat wajar sekali kiranya ketibaan tahun baru Hijrah ini disambut dengan penuh pengertian dan penghayatan seterusnya ia dapat dijadikan satu titik permulaan bagi kita dalam membina satu fasa kehidupan baru, azam dan agenda baru terhadap diri sendiri, agama, keluarga, masyarakat dan negara. Maka sewajarnyalah kita melihat kembali diri kita sedalam-dalamnya dengan beberapa lontaran persoalan sempena Hijrah 1427 kali ini.
Nilaikan kembali dirimu...
  • Sejauh manakah perubahan atau penghijrahan yang telah berjaya dilakukan di dalam diri sehingga ke saat ini?
  • Sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan pada diri, keluarga, agama, masyarakat dan negara?
  • Sebanyak manakah sumbangan yang telah kita laburkan kepada Islam “ad-Dinul-Khalis” ?
  • Adakah ianya sejajar dan setimpal dengan usaha dan pengorbanan baginda Rasulullah s.a.w. yang memuliakan kita dengan kehadiran Islam?
  • Setakat manakah langkah dan usaha yang telah kita garapkan dalam mencapai cita-cita seiring dengan usaha kita mencapai mardhatillah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ ::_TaQwiM HiJri: SyiAr YaNg TeRpiNgGir!_::
Assalamulaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh, mengawalkannya sehingga kiraan menjadi caca merba. Mereka menjadikan peristiwa-peristiwa besar sebagai penamaan kalendar. Misalnya mereka menamakan tahun 1871S.M. dengan mengambil sempena pembinaan Kaabah, banjir besar pada tahun 120S.M. dan tahun Gajah pada 571M serta tarikh-tarikh yang lain.
Walau bagaimana pun, golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar. Hal ini diterangkan oleh al-Imam at-Tabari di dalam suatu riwayat oleh Abu Malik, ketika menghuraikan maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran, Surah at-Taubah ayat 36:
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan. Sebagaimana yang termaktub di dalam Kitab Allah (wahyu dan Sunnatullah - peraturan Allah terhadap kejadian alam), iaitulah sebagaimana hari Allah menjadikan langit dan bumi. (Daripada dua belas bulan itu) terdapat empat bulan yang Haram. Demikian itu adalah Deen yang benar dan lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan (yang Haram) itu"
Turunnya ayat ini adalah dengan tujuan membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukan oleh Arab Jahiliah. Mereka berasa berat disebabkan oleh musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turut iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.
Perbuatan karut ini dipelajari oleh kaum Arab daripada Yahudi dan Nasrani yang menggunakan kalendar berasaskan sistem solar iaitu setiap hari adalah bersamaan dengan 365 1/4 hari. Pada setiap empat tahun mereka akan menambah satu hari menjadi 366 hari dan setiap 120 tahun, sebulan ditambah daripada bilangan induk lantas menjadi 13 bulan bagi tahun berkenaan. Ini dinamakan sebagai Kabisah. Namun pada tahun 1582M, Pope Gregory telah menyedari kecacatan pada kalendar mereka lalu memasukkan satu hari tambahan bagi setiap empat tahun itu pada bulan Februari lantas menjadikannya 29 hari pada setiap empat tahun.
Ketika Haji Wida', Nabi SAW telah membacakan firman Allah di atas dan menetapkan kembali pengiraan bulan dalam setahun. Oleh yang demikian, Haji Wida' Nabi SAW itu jatuh tepat pada bulan Dzulhijjah sedangkan Haji yang dilakukan oleh Abu Bakr RA pada tahun sebelumnya, adalah jatuh pada bulan Dzulkaedah. [Lihat Tafsir al-Kasyaf oleh al-Zamakhsyari 2/38].
Di zaman Rasulullah SAW dan era Khulafa' Rashideen yang awal, umat Islam menentukan pengiraan tarikh dari setahun ke setahun. Mereka menamakan tahun pertama Hijrah sebagai Tahun Keizinan sebagai merujuk kepada keizinan berperang. Tahun kedua Hijrah pula dikenali sebagai Tahun Qital kerana berlakunya peperangan Badr al-Kubra dan demikianlah dari setahun ke setahun sehingga kewafatan Nabi SAW.
Era kepimpinan Abu Bakr as-Siddiq, tidak memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menyemak hal ini disebabkan oleh tempoh yang pendek dan kesibukan umat Islam berhadapan dengan peperangan terhadap golongan Murtad. Sehinggalah pada tahun 17 selepas Hijrah, Umar al-Khattab yang menjadi Khalifah ketika itu melihat kepada perlunya umat Islam mempunyai suatu kalendar yang teguh untuk menjadi rangka masa pengurusan kehidupan seharian mereka serta pembinaan tamadun Islam itu sendiri. Lantas beliau mengumpulkan umat Islam dan bermesyuarat dengan mereka. Di peringkat awalnya, umat Islam cenderung kepada menjadikan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai permulaan kalendar mereka. Namun hal ini tidak mencapai persetujuan kerana umat Islam tidak sepakat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW di antara 8 dan 12 Rabiul Awwal tahun 571M. Begitu juga, kelahiran Nabi SAW bukanlah merupakan signifikasi terbesar terhadap Baginda. Hal ini berlainan dengan orang Nasrani yang menyembah Isa AS dan mengangkat Baginda sebagai tuhan. Maka sudah tentulah kelahiran Isa itu yang dianggap sebagai peristiwa terpenting. Akhirnya umat Islam bersetuju menjadi peristiwa Hijrah sebagai permulaan hitungan kalendar mereka. (Al-Bidayah wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir 2 / 259)
Ini merujuk kepada betapa besarnya kesan yang terhasil daripada peristiwa Hijrah itu. Ia mengubah daripada Islam yang lemah, ditindas dan terkongkong oleh tekanan, kepada Islam yang gagah, memerintah dan berjaya tegak sebagai suatu sistem yang teguh dan sempurna. Para sahabat juga sepakat di dalam membuat penentuan kepada tarikh berlakunya Hijrah Nabi SAW. Oleh yang demikian, pada hari Rabu 20 Jumada Akhirah tahun 17 Hijrah, Umar al-Khattab dan umat Islam seluruhnya telah melancarkan Taqwim Hijri ini. Dengan itu, perhitungan terhadap Taqwim Hijri memperolehi sepakat bahawa 1 Muharram tahun pertama Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622M bersamaan tahun 4382 bagi kiraan Ibrani, 933 pada kalendar Alexander the Macedon dan 1375 pada kiraan Roman dan 338 pada kiraan Qibtiah Mesir.
Semenjak itu umat Islam terus menerus menggunakan Taqwim Hijri sebagai asas ketamadunan mereka. Ia amat serasi dengan kehidupan umat Islam dan menjadi perlambangan yang penting kepada mensyiarkan Islam sebagai agama Fitrah. Taqwim Hijri yang berasaskan lunar (sistem bulan), menjadikan musim puasa dan haji jatuh awal kira-kira 11 hari setiap tahun atau sekitar 1 bulan setiap tiga tahun. Ini menjadikan ibadah berkenaan berlaku pada pelbagai musim dan ia memberikan kesejahteraan kepada umat Islam untuk beribadah. Bagi umat Islam yang menetap di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand, Argentina, Chile, Afrika Selatan dan sebagainya, mereka tidaklah terpaksa sentiasa berpuasa pada musim panas yang menyaksikan waktu siang yang amat panjang. Setiap umat Islam mendapat bahagian mereka secara adil dan saksama. Sesungguhnya Taqwim ini amat bersesuaian dengan fitrah manusia. Benarlah menurut pendapat sesetengah bijak pandai, bahawa kehidupan manusia adalah lebih banyak berkaitan dengan bulan berbanding matahari!
Namun, penggunaan Taqwim Hijri yang menjadi syiar penting umat Islam ini merosot sedikit demi sedikit, selari dengan kemerosotan dominasi dan penguasaan Islam itu sendiri. Perancis terus menerima pakai kalendar Gregorian yang cacat cela itu sebaik sahaja ia diisytiharkan oleh Pope Gregory pada tahun 1582M. England menerimanya pada tahun 1752M, Jepun pula pada tahun 1872M, Mesir pada tahun 1875M, China pada tahun 1912M, Greece (Yunan) pada tahun 1913M, Soviet Union pada tahun 1923 dan akhirnya selepas pembubaran Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924M, Taqwim Hijri telah dimansukhkan oleh Ataturk pada tahun 1926M. Lantas berbondong-bondonglah umat Islam serata dunia mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani hingga bersama mereka memboloskan diri ke lubang biawak.
Apabila disebutkan bahawa usia Nabi SAW semasa wafat adalah 63tahun, maka ramailah umat Islam berusia 60 tahun itu yang menyangka ada lagi tiga tahun sebelum mencecah usia Nabi SAW sedangkan menurut kiraan Hijri, usianya sudah mencecah ke tahap kecemasan. Anak-anak lelaki yang diklasifikasikan sebagai aqil baligh ketika mencecah usia 15 tahun itu juga merujuk kepada kiraan Hijri dan bukannya pada hitungan Gregory. Lebih malang, hari-hari Allah [surah Ibrahim 14: ayat 5] yang padanya ada fadhilat, ada sejarah, ada hikmah dan ada kebesaran terpinggir dari kehidupan umat Islam lantas anak-anak muda kita lebih ingat kepada 'fadhilat' 14 Februari berbanding 1 Hijrah yang terperosok di celah kokokan ayam jantan Gong Xi Fa Chai tahun ini. Salam Hijrah 1427

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ ::_al-QuDs: DaTaRan PeNyeMbeLiHan BeRteRuSan_::
Sudah menjadi sunnah kejadian alam bahawa setiap yang bernama makhluk pasti menuruti kehendak khaliqnya. Samada qada’ dan qadar yang diberikan itu berbentuk kebaikan atau sebaliknya, namun sudah menjadi sifat hamba mesti menerimanya dengan redha. Tragedi ngeri yang menimpa Mohamad Durrah sedikit masa lalu, seolah-olah sebagai pembuka tirai baru untuk menyatakan kepada seluruh peribumi dataran fana’ ini bahawa kekejaman dan kejahatan fahaman jahiliah dan mazhab Firauniyyah sudah mula menular dan dihidup suburkan kembali, melatari liku-liku sebuah kehidupan dan arena perjuangan anak-anak yang baru ingin mengenali erti sebuah pengorbanan, erti sebuah kemanisan dalam perjuangan.
Dataran Syam yang subur menghijau dulu, kegahan Baitul Maqdis sebagai simbol kehebatan ummah kini mula dicalar dan tercalar, dataran subur itu, kini bertukar wajah sebagai gelanggang permusuhan dan pembantaian ummah secara besar-besaran. Denai-denai dan lurah curam yang dilalui oleh tentera Salehuddin dulu, kini ibarat cerun yang landai, diselaputi kerikil-kerikil tajam yang mengerikan, menjadi kandang pembunuhan bermusim dan pembasmian ummat Islam beramai-ramai di abad ini. Ternyata Bumi Palestin menagih kasih dan simpati, mengharap secangkir pengorbanan dan pertolongan dari sahabat seaqidah bagi melepaskan anak-anak watan daripada belenggu-belenggu fatamorgana ngeri dan menakutkan dari terus perpanjangan.
Sahabat seaqidah !!
Apa yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa akan terjadi di akhir zaman ini, golongan Yahudi berkompromi sesama mereka untuk membuat kerosakan di muka bumi ini dan membunuh umat Islam tanpa perikemanusiaan sehinggalah tibanya kemenangan dan nusrah daripada Allah s.w.t, memberi khabar gembira dan keyakinan yang padu kepada setiap jundi fisabilillah bahawa kemenangan akan berulang, panji Islam akan dijulang dan raayatul Islam akan terus dikibar dan terkibar dengan gahnya, di saat mana Nabi s.a.w menyatakan dalam nas-nas hadith:"Berkata pokok-pokok dan batu-batu: Wahai muslimin! Ini Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah mereka.” Di saat itu Islam akan terus cemerlang dan gemilang menanti saat-saat kemenangan dan kepastian janji daripada Rabbul jalil.
Sahabat seperjuangan !!
Sekelumit masa dan waktu yang berbaki ini, marilah sama-sama kita bertafakur dan merenung sejenak dengan hati nurani yang tulus ikhlas, dengan titisan air mata keinsafan, akan nasib dan musibah yang melakari dan melatari setiap detik perjalanan dan derapan langkah yang lemah longlai anak-anak yang tidak berdosa, yang hidup dalam teka-teki dan tanda tanya yang berpanjangan, antara realiti kemenangan atau fantasi kesyahidan. Betapa bumi ini sekali lagi menjadi medan pertaruhan aqidah dan pembantaian ke akar umbi bebenih as-syahadah dan tauhidiyyah generasi baru kepada keesaan Allah Azza wa Jalla. Bebunga kepanasan musim saifi yang baru di awalnya ini, betapa memberi pengajaran dan pengiktibaran yang besar kepada umat, bahawa siri-siri penyembelihan bermusim sudah mula dan sedang dilaksanakan di Asia Barat. Bumi Palestin sekali lagi menjadi gelanggang yang parah dan berdarah setelah sekian lama diuji dan teruji tanpa pembelaan.
Moga-moga ketabahan dan keistiqomahan akan terus bersemadi dengan roh-roh jihad mereka, moga-moga kerikil-kerikil dan bebatu tajam di jalanan mampu menjadi pertahanan terbaik buat mereka demi kelangsungan perjuangan dan kesucian aqidah.
Sahabat !! Biarlah senario pilu yang menyelimuti dataran al- Quds itu sebagai sumber inspirasi dan motivasi terbaik buat hati-hati yang cintakan kedamaian dan kemenangan. Marilah kita sama-sama merasai keperitan dan ratapan sendu mereka di sebalik jejaring besi dan rangkaian dawai-dawai keluli itu dengan simbahan wudhuk dan doa istighathah di pertiga malam dan solat hajat yang berterusan. Semoga ianya menjadi saham dan pelaburan yang terbaik daripada kita buat rakan-rakan seaqidah dan semoga darah-darah yang terhambur dari jasad-jasad mereka menjadi bauan kasturi yang cukup harum sebagai al-jaza’ terbaik daripada Rabbul Jalil sesuai dengan perniagaan mereka. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_KeTeRliBaTan WaNita DaLam SeRaNgAn BeRaNi MaTi :
Apa PaNdAnGan IsLaM?_::
Apabila seorang pelajar perempuan jurusan sastera berumur 19 tahun meletupkan dirinya dalam satu serangan berani mati pada 20 Mei beberapa tahun yang lalu, beberapa persoalan mula timbul, bolehkah wanita melibatkan dirinya dalam serangan berani mati seperti ini? Bagaimana seandainya dia tidak mendapat kebenaran daripada walinya untuk berbuat demikian, haruskah perbuatannya itu? Dan bagaimana hukumnya apabila dia terpaksa mendedahkan sebahagian auratnya apabila ingin melakukan serangan sebagai salah satu teknik penyamaran agar dirinya tidak disyaki lalu memudahkan rancangan melakukan serangan?
Menjawab persoalan ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan para ulama telah bersepakat bahawa apabila musuh memasuki salah satu negeri daripada negeri-negeri orang Islam, jihad menjadi fardhu ain kepada setiap individu Islam yang berada di dalam negeri tersebut. Dalam masa sedemikian, seorang muslimah dibenarkan untuk keluar berjihad walaupun tanpa keizinan suaminya dan seorang anak dibenarkan untuk keluar berjihad walaupun tanpa izin kedua ibubapanya. Oleh yang demikian, keterlibatan seorang muslimah dalam serangan berani mati seperti yang dilaporkan di Palestin adalah satu amalan yang mulia selepas tanah airnya dijajah dan dimasuki secara haram oleh gerombolan yahudi dan zionis. Berikutan dengan itu, kematian wanita terbabit (seandainya amalannya adalah ikhlas untuk memerangi musuh Allah) dikira sebagai kematian seorang syuhada’ di jalan Allah.
Amalan para muslimah seperti itu ialah amal syar’ie yang diperakui oleh agama, diberkati dan digalakkan oleh Allah SWT kerana ia mampu untuk menakutkan musuh Allah dan musuh umat Islam iaitu Yahudi. Di dalam satu hadis disebut : “Sesungguhnya wanita ialah pelengkap kepada lelaki..” Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman (yang bermaksud) : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71).
Ayat dan hadis di atas menunjukkan bahawa golongan muslimat seharusnya berada di samping kaum muslimin dalam melaksanakan kewajipan dan kefardhuan agama ang berbentuk kemasyarakatan seperti amar makruf nahi munkar, dan juga kefardhuan agama yang lain seperti solat, zakat dan sebagainya. Ini ialah satu prasyarat bagi membolehkan sesebuah masyarakat mendapat rahmat oleh Allah SWT.
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menjawab doa-doa hambaNya : (Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". – Surah Ali Imran, ayat 195.
Ayat di atas sekali lagi menjelaskan bahawa Allah SWT tidak membeza-bezakan penerimaan amalan samada lelaki ataupun perempuan, kemudian dikuatkan lagi dengan penegasan bahawa lelaki dan perempuan saling menguatkan antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, sesungguhnya lelaki dan perempuan saling menyempurnakan dan tidak akan lengkap salah satu darinya tanpa yang lain.
Ayat ini juga menegaskan jenis-jenis amalan yang tidak mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan antaranya ialah jihad di jalan Allah samada membunuh ataupun dibunuh, lelaki dan perempuan pasti akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
Di dalam sahih Bukhari dinyatakan di dalam bab “Kelebihan Berperang Di Lait” mengenai usaha yang dilakukan oleh Ummahatul Mukminin dan para sahabiah dalam merintis usaha jihad. Ini disebut dalam satu hadis yang diriwaatkan oleh Anas bin Malik : Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit. Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala. Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka. Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka. Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia. (Hadis ini turut dinukilkan oleh semua sembilan imam hadis utama di dalam sahih mereka).
Perhatikanlah bagaimana kesungguhan golongan muslimah untuk berjihad hinggasanggup merempuhi lautan dan lihatlah pula bagaimana galakan yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap hasrat yang disuarakan oleh Ummu Haram itu. Seandainya golongan muslimah tidak dibenarkan turut serta dalam peperangan, mana mungkin galakan diberikan sedemikian rupa oleh Rasulullah SAW!
Para ulama juga sepakat untuk menyatakan bahawa jihad bagi mempertahankan negara Islam yang diserang dan dijajah oleh kuffar (jihad ad-daf’ie) adalah jihad yang wajib disertai oleh semua individu muslim yang berada di dalam negara tersebut. Pada masa tersebut, seorang isteri boleh keluar berjihad mempertahankan negara walaupun tanpa izin suami atau walinya. Ia sama sekali berbeza dengan jihad memerangi musuh di negara mereka sendiri dengan tujuan menyebarkan Islam dan menyelamatkan saudara seislam mereka di negara musuh tersebut (jihad at-tholabi). Ketika itu, seorang muslimah tidak boleh keluar berjihad melainkan dengan kebenaran suami atau walinya.
Oleh yang demikian, apabila berbicara tentang serangan berani mati yang dilakukan oleh golongan muslimah di Palestin, ia adalah satu amalan jihad yang mulia bagi mempertahankan dan merebut kembali tanah mereka yang dijajah secara haram oleh entiti haram Israel. Di dalam pembahagian kategori jihad di atas, jihad umat Islam di Palestin termasuk di dalam kategori yang pertama iaitu jihad ad-daf’ie.
Di dalam masalah membuka aurat semata-mata untuk melaksanakan serangan tersebut, ia dikira sebagai harus memandangkan keadaan dharurat yang memerlukan dirinya berbuat demikian. Seandainya dia berpakaian menutup aurat sebagaimana biasa di tengah-tengah masyarakat awam Yahudi, tentu dirinya akan disyaki lebih awal. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT (yang bermaksud) : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah, 173)
Manakala di antara kaedah-kaedah usul fiqh ialah sesuatu perkara haram kerana zatnya diharuskan apabila berdepan dengan dharurat, manakala sesuatu perkara yang haram kerana menutup pintu ke arah perkara haram yang lain (sadduz-zarai’k) diharuskan apabila benar-benar berhajat yang dikira juga sebagai dharurat.
Dalam erti kata lain larangan membuka aurat dan tudung ialah daripada perkara yang haram kerana menutup pintu ke arah perkara haram yang lan iaitu zina yang mana zina ialah perkara yang diharamkan kerana zatnya. Oleh kerana itulah, para ulama bersepakat untuk menyatakan bahawa seorang muslimah diharuskan mendedahkan aurat apabila ingin mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki. Oleh yang demikian, apatah lagi kepada seorang muslimah yang terpaksa mendedahkan auratnya untuk melakukan teknik penyamaran bagi mengelirukan musuh. Seandainya seorang pesakit diharuskan mendedahkan aurat untuk kepentingan dirinya sendiri, maka bagaimana dengan seorang muslimah yang mendedahkan aurat demi kepentingan Islam dan perjuangannya?
Itulah di antara kandungan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan dengan serangan berani mati yang dilakukan oleh pejuang muslimah.
::_Dipetik dari :
www.islamonline.net_::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ ::_IrAn & HeGeMoNi DoLlAr_::

"If Iran gets safely and unmolested to nuclear status, it will be a threshold moment in the history of the world, up there with the Bolshevik Revolution and the coming of Hitler." - Times Online (27 Januari 2006)

Pada 21 Mac ini ialah hari sambutan Naurus - hari tahun baru dalam kalender Parsi. Tarikh ini juga akan diangkat sebagai tarikh permulaan Tehran Bourse - Pasaran Minyak Tehran. Ketika ini hanya ada dua pasaran tempat membeli minyak di dalam dunia ini - di London dan di New York. Ini bermakna pasaran minyak Tehran ialah yang ketiga dibuka sebagai prasarana jual beli minyak dan gas.
Seyogia diingati, bursa minyak Tehran ini bukan bursa minyak biasa. Jual beli minyak dan gas di Tehran tidak akan menggunakan Dolar Amerika tetapi ianya akan menggunakan Euro - nilai wang negara-negara Eropah. Duit Euro sedang digunapakai di 22 buah negara kesatuan Eropah. Apa implikasi penggunaan Euro ini?
Untuk memahami perkara ini kita wajib memahami asas ekonomi kapitalis dan kuasa hegemoni imperialis Amerika Syarikat. Kapitalis ialah sistem ekonomi jual beli di mana yang menjadi asas hanyalah keuntungan. Hegemoni pula ialah kuasa besar yang memiliki kekuatan yang mungkin dalam bentuk politik, senjata atau ekonomi untuk menekan individu atau negara.
Hari ini hampir kesemua jual beli minyak dan gas dinilai dengan 'kertas hijau' Dolar Amerika. Syarikat Petronas kita sendiri juga menggunakan Dolar sebagai nilai pertukaran jual beli minyak dan gas. Malah Dolar Amerika hari ini sedang dijadikan asas patukan untuk jual beli apa sahaja dalam pasaran dunia ini.
Kuasa Dolar Amerika ini bukan muncul dengan tiba-tiba sahaja. Dolar juga memiliki sejarahnya sendiri. Ekonomi kapitalis memerlukan satu duit yang memiliki nilai untuk berjual beli. Pada awalnya duit ini berdasarkan nilai emas dan perak. Malah, sebelum 1970, ekonomi kapitalis dalam dunia ini semuanya bersandarkan nilai emas.
Pada satu ketika dahulu, jika kita memiliki satu ringgit duit kertas di dalam tangan, bermakna ada tersimpan emas dengan nilai satu ringgit di dalam Bank Negara. Kekuatan ekonomi sesebuah negara-negara dapat dihitung dengan jumlah simpanan emas. Semua ini dilupuskan pada tahun 1970-an ketika imperialis Amerika di bawah presiden Nixon sedang melancarkan perang terhadap rakyat Indo China.

Nilai kertas hijau
Dengan kerjasama kabal-kabal Zionis, tuan-tuan empunya syarikat gergasi dan pemilik-pemilik bank antarabangsa - kuasa politik dan industri perang Amerika telah melupuskan perjanjian nilai emas ini. Apa yang diwujudkan hanya nilai kertas hijau Dolar sebagai ganti emas.
Kuasa imperial Amerika juga telah mengadakan perjanjian dengan keluarga Saud di mana Dolar akan diterima sebagai kertas untuk jual beli minyak. Kuasa imperialis Amerika Syarikat berjanji akan terus menyokong dan mendukung keluarga Saud untuk terus memerintah semenanjung Arab.
Arab Saudi pengeluar minyak utama di dalam OPEC akan memastikan negara-negara OPEC yang lain juga akan menggunakan Dolar. Di sinilah bermula persekongkolan intim di antara keluarga Saud dengan kabal-kabal Zionis dan kuasa industri perang Amerika.
Dolar diperkenalkan kerana ekonomi kuasa industri perang Amerika pada tahun 70-an telah dipukul teruk oleh gerila-gerila pembebasan dari Vietnam, Laos dan Cambodia. Ekonomi kapitalis Amerika Syarikat telah mengalami kesakitan tenat sehingga membawa padah yang mungkin akan menamatkan riwayat kapitalis.
Jika sistem ekonomi kapitalis runtuh, maka yang akan bangun ialah sistem ekonomi yang lebih adil, teratur dan terancang agihan dan perjalanan sistemnya untuk keadilan seluruh dunia.
Mara ke hadapan ke tahun 2006 ? kita semua sedang melihat suasana yang sama. Iraq adalah ejaan Arab untuk Vietnam. Syria untuk Laos dan Kemboja untuk Iran. Bala tentera Anglo-Amerika akan memasuki tahun ketiga dalam kancah perang di Iraq.
Pintu kemenangan semakin jauh. Perang anti-Arab ini semakin tidak popular di Amerika Syarikat sendiri. Angka kematian anak muda Amerika telah melintasi 2,200 orang. Lebih daripada 11,000 lagi cedera parah. Dan hampir 13,000 cedera ringan. Ini angka-angka rasmi.
Angka-angka rasmi ini saya kutip daripada Jabatan Pertahanan Amerika. Tetapi saya juga kurang yakin untuk terus mempercayai angka-angka ini. Ini kerana ketika Amerika ingin melancarkan perang dahulu, dunia telah diberitahu bahawa tujuannya ialah untuk memusnahkan senjata nuklear Saddam. Kini terbukti Saddam tidak memiliki senjata jenis ini. Seluruh dunia telah ditipu oleh Bush.

Ancaman bursa Tehran
Perang di Iraq telah membawa ekonomi Amerika ke satu tahap yang amat mara bahaya, sama seperti di zaman perang di Indo China dahulu. Telaga minyak yang telah ditakluki di Iraq masih belum dapat menghasilkan minyak murah yang diharap-harapkan. Gerila Iraq terus meletupkan loji dan saluran minyak. Harga minyak dunia terus meningkat. Dalam keadaan genting ini Iran pula akan membuka bursa minyak dan Dolar akan diketepikan.
Amerika kini sedang terantuk kepala, terkelecek kaki dan tangan bergelumang dengan tahi ayam. Bursa saham Tehran ini bukan hanya tangga yang akan menghempap Amerika tetapi tali yang akan menjerut kuasa hegemoni Dolar Amerika. Hegemoni kuasa Dolar pasti akan dicabar oleh bursa minyak di Tehran.
Justeru, saban hari media puak kanan, kabal-kabal Zionis dan kaum pemodal Amerika semakin lantang menyuarakan bahawa Iran lebih bahaya dari Iraq kerana Iran memiliki senjata nuklear. Iran dan wajib diserang kerana Iran akan membawa malapetaka nuklear terhadap rakyat dunia. Pelbagai macam jenis cerita-cerita dongeng sedang disebarkan.
Ketika saya menulis, pelbagai bentuk kempen media sedang dijalankan, bukan hanya di Amerika malah media aliran kanan di Eropah juga turut sama menyebarkan berita ?dongeng? tentang bom nuklear Iran. Media Eropah yang dimiliki kaum Zionis dan kaum pemodal puak kanan sedang menyediakan ruang agar rakyat Amerika dan Eropah bersetuju Iran diserang.
Media-media Israel sedang tunggang-langgang berkempen supaya Iran dibom secepat mungkin. Saya amat yakin, senjata nuklear Iran itu hanya cerita dongeng. Laporan rasmi dari International Atomic Energy Agency (IAEA) - badan antarabangsa yang mengawal kuasa nuklear - telah menerangkan seperti tulisan John Pilger wartawan tersohor:
"Iran offers no 'nuclear threat?. There is not the slightest evidence that it has the centrifuges necessary to enrich uranium to weapons-grade material. The head of the IAEA, Mohamed El Baradei, has repeatedly said his inspectors have found nothing to support American and Israeli claims." --John Pilger, New Statesman, 2/13/06.
Iran adalah negara keempat sesudah Saudi, Iraq dan Rusia yang memiliki hasil bahan bakar minyak dan gas terbanyak di dunia. Hari ini, 15 peratus atau hampir empat juta tong sehari bahan bakar minyak dalam pasaran dunia, berpunca daripada telaga minyak. Iraq juga dikatakan memiliki simpanan gas terbesar.
Hasil bumi inilah yang mengeliur dan memberahikan nafsu para kapitalis besar dan kabal Zionis di New York dan London. Iraq - sebuah negara Arab yang paling maju dan paling kuat bala tenteranya - telah dihancurkan oleh bala tentera Anglo-Amerika. Kini negara kedua yang wajib di musnahkan ialah Iran. Iran perlu dilemahkan dan diruntuhkan ekonominya.
Selagi Iran masih berdiri teguh sebagai Iran hari ini, maka tidak mungkin kuasa Zionis Israel akan dapat mendirikan projek Israel Raya dari bumi Palestin hingga ke Iraq. Kaum Zionis sedang bersekongkol dengan kabal neocon untuk memastikan tidak wujud lagi negara Arab seperti Iraq atau sebuah negara Islam seperti Iran yang memiliki keupayaan untuk bangun menentang Israel. Memusnahkan Iran ialah strategi utama kaum Zionis dan kabal neocon.
Strategi Zionis ini selari pula dengan kepentingan ekonomi pemilik industri perang di Amerika Syarikat. Kekuatan hegemoni politik Amerika Syarikat bergantung kepada kekuatan bala tentera. Kekuatan bala tentera ini pula bergantung dengan kekuatan hegemoni Dolar. Hubungan Dolar dan industri perang ini kait-mengait dan sambut-menyambut. Dalam masa yang sama, pada hakikatnya, kuasa dolar hari ini hanyalah kuasa meriam buluh yang mungkin kuat bunyi letupannya tetapi tidak bertenaga.
Dolar kini sedang dipaksakan sebagai matawang dunia kerana kuasa hegemoni senjata perang Amerika. Ekonomi Amerika pada ketika ini sedang merudum. Eksport utama Amerika Syarikat pada ketika ini ialah kertas hijau yang dicetak setiap hari sebagai dolar untuk membeli bahan keperluan 250 juta rakyat Amerika.

Cerita dogeng AS
Melalui kekuatan tentera, Amerika Syarikat telah memaksa negara lain membeli Dolar untuk kegunaan jual beli bahan bakar minyak. Dunia sedang ditipu kerana membeli kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai. Dalam konteks inilah akan dilihat betapa ?bahayanya? bursa minyak Tehran ke atas hegemoni Dolar.
Jika bursa minyak Tehran ini berjaya, maka negara-negara Eropah akan menggunakan matawang mereka sendiri dan Dolar akan ditinggalkan. Ini akan menjerut eksport utama Amerika 'kertas hijau' yang dicetak saban hari oleh Federal Reserve.
Negara China dan Jepun yang kini memiliki berbilion kepingan kertas hijau ini akan mula membeli Euro ? pertama, kerana kedua negara ini adalah pengimport besar bahan bakar minyak dari Iran. Mereka memerlukan Euro dan akan menjual Dolar. Simpanan Dolar mereka akan dikurangkan. Langkah ini pasti akan merudumkan nilai kertas hijau ini lagi.
Rusia akan bersenang hati untuk menggunakan Euro. Pengimport besar bahan bakar minyak dan gas dari Rusia adalah negara Eropah. Dengan menggunakan Euro, Rusia akan dapat menikam ekonomi Amerika musuh lama mereka.
Negara-negara Arab juga akan bersenang hati untuk menggunakan Euro. Negara-negara ini akan mula menjualkanDdolar yang semakin susut nilainya. Ini juga akan mempengaruhi negara-negara yang lain.
Venuezela di bawah Chavez memang mengalu-alukan langkah Iran untuk meminggirkan Dolar. Langkah Chavez ini akan juga mempengaruhi negara Amerika Latin yang lain. Ini kerana sikap anti-imperialis negara Latin Amerika yang telah begitu lama diinjak-injak oleh Amerika Syarikat.
Minggu lalu, satu kenyataan yang memeranjatkan telah kedengaran dari pengarah bursa Norway. Pengarah Sven Arild Andersen berkata, beliau telah bosan dengan Dolar dan inginkan jual beli bahan bakar minyak dan gas Norway dilakukan dengan Euro.
"We have performed market studies and both Russia, which is a large oil exporter, as well as the countries of the Middle East have large parts of their economies in Euros. They would be able to view such a bourse as a contribution to balancing their economies in a better manner than at present, where their products are traded solely in Dollars," says Andersen - Energy Bulletin (22 Februari 2006).
Apa yang saya tuliskan ini semuanya menunjukkan sebab utama Iran mahu diserang atau dibom, bukanlah kerana senjata nuklear. Iran akan diserang kerana berani menentang hegemoni Dolar. Menentang hegemoni Dolar bererti berani melawan kekuatan politik dan ketenteraan kuasa imperialis Amerika Syarikat.
Apabila hegemoni Dolar pecah, bermakna hegemoni kekuatan tentera Amerika akan pecah sama. Apabila ini berlaku bermakna Isreal juga akan tamat riwayatnya. Rakyat dunia mengetahui, kewujudan senjata nuklear Iran ini hanya satu dongeng. Apabila Iran diserang nanti, maka kita semua sudah sedar bahawa serangan itu nanti tidak bersangkut-paut dengan senjata nuklear.
::_Oleh Hishamuddin Rais Petikan Daripada: MalaysiaKini_::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ :- ANDARTU, Bila Mawar Kering Dipupuk Angin -:
“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu, yang menjadikan kamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikan isterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemuadian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya, laki-laki dan perempuan-perempuan yang banyak”.
Apabila seseorang perempuan mengandung janim dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Andartu atau Andalusia ibarat bunga kering di hujung ranting. Cantik perawannya bertempoh. Kalau duri terlalu banyak dan tajam, ia tidak memungkinkan di petik. Dan apabila tiada jemari yang sudi menyunting ketika ia mekar berkembang, kelopaknya akan layu. Merahnya akan pudar lalu kuntum pun berguguran. Cantiknya hanya akan tinggal sejarah. Sejarah yang tidak mungkin berulang. History won’t repeat itself.
Pepatah inggeris ada menyebut, Houses are but walls and beams; homes are buit of love and dream. Itulah hakikat harganya cinta dalam kehidupan manusia. Tiada yang bernama manusia kecuali terselit di benak hatinya keinginan untuk membina keluarga serta hidup bahagia bersama pasangan dan anak-anak anugerah Allah S.W.T.
Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya mendaki ke puncak, dan tidak semua yang diberikan kesempatan mengecap kebahagian. Ada yang tersungkur di tengah jalan lalu mengharap simpati dan belas ihsan. Dalam kehidupan berumahtangga di Negara kita, insan yang gagal mendapatkan jodoh biasanya akan terpinggir dari arus kehidupan berkeluarga.
Di mana silapnya ummah ini hingga memungkinkan wujud golongan yang gagal memperolehi pasangan? Salah mereka yang tidak mendapat jodoh atau salah masyarakat yang melulu meletakkan label? Saya ingin mengajak kita semua menerobos ruang hakikat sebenar yang berlegar di dalam masyarakat.
Ada yang menyatakan faktor utama kepada wujudnya andartu ialah soal wajah dan kecantikan. Pandangan ini walaupun ada kebenaran namun tidaklah seratus peratus benar. Buktinya, tidak semua yang berumahtangga dan mempunyai keluarga yang bahagia mempunyai rupa paras yang cantik. Begitu juga tidak semua yang lambat berkahwin dan sukar mempunyai jodoh mempunyai rupa paras yang kurang cantik.
Hakikatnya, faktor utama yang mewujudkan andartu ialah anggapan umum masyarakat terhadap proses perkahwinan yang di anggap sebagai sukar dan memayahkan. Ia juga adalah satu amplikasi yang wujud secara tidak langsung apabila harga mas kahwin dijadikan kayu ukur bagi menilai prestij anak gadis dan keluarganya. Wujudnya keluarga atau masyarakat yang melihat bahawa bahawa perkahwinan ialah satu institusi yang berharga memberikan tekanan kepada anak gadis dan keluarganya sendiri. Masakan tidak, untuk diletakkan harga mas kahwin yang murah dan “berkat akan mengundang malu andainya ia menjadi buah mulut masyarakat. Bahkan, ada yang menganggap bahawa jika anak gadis diletakkan mas kahwin yang lebih rendah daripada 2,000, maka lebih baik “menjual lembu daripada menjual anak dara”!! Di sinilah sebenarnya ramai di antara ahli masyarakat yang lupa (atau buat-buat lupa) terhadap pesanan Rasullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A : “Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah mas kahwinnya” hadis riwayat Iman Ahmad, Kitab Baqi’ Musnad Ansor, no 23966.

Hakikat sebenar yang berlaku di dalam masyarakat ialah kadang-kadang mas kahwin yang dibayar oleh pengantin lelaki bukannya diberikan sepenuhnya kepada pengantin perempuan, tetapi ia digunakan untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinan yang tentunya diadakan secara besar-besaran. Sikap ahli keluarga yang sanggup berhabis demi menjaga maruah dan prestij adalah satu paradigma yang salah dan menyeleweng.
Andartu juga wujud apabila poligami diboikot. Bukan menjadi rahsia sikap wanita yang seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kasih. Sekalipun poligami dibenarkan dalam Islam, namun semanis-manis madu, ia tetap pahit bagi wanita. Bagaimanapun, di dalam keadaan yang tertentu, seharusnya pihak isteri tidak terlalu memusuhi malah memboikot poligami. Apabila diyakini suami mampu berlaku adil di dalam masalah pemberian nafkah kepada isteri, maka suami perlu diberikan lampu hijau untuk beristeri lagi. Benar, bercakap tidak semudah melaksanakannya. Hanya yang bergelar isteri sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa yang terpaksa bermadu, namun andainya ia dilakukan demi untuk menyelamatkan jiwa serta maruah gadis lain yang bergelar andartu sekaligus mengelakkannya dari terjebak di dalam lembah kehancuran, adakah ia tidak berbaloi?
Andartu juga wujud apabila terdapat golongan muslimat yang langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mencari jodoh mereka sendiri. Benar, baik bagi muslimat jika menyerahkan soal jodoh mereka kepada keluarga sahaja. Namun, hakikat yang berlaku pada zaman sekarang tidak lagi demikian. Percampuran yang boleh dikatakan tidak dapat dielakkan secara seratus peratus di antara lelaki dan wanita yang berlaku sejak dari sekolah rendah lagi memberikan peluang secara tidak langsung untuk mereka sendiri mencari jodoh sesama sendiri. Dari konteks mahasiswa, siapakah yang dapat menafikan bahawa pergaulan di sebalik tabir sekalipun tidak di jadikan batu loncatan untuk mencari jodoh? Siapakah yang dapat menafikan kebersamaan di dalam menganjurkan program kadangkala bertukar menjadi jalinan cinta dan berakhir di jinjang pelamin? Namun, langkah pertama biasanya bermula dari pihak lelaki. Kenapa tidak, andainya pihak perempuan memulakan langkah, maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang meberikan label
Perigi mencari timba”.
Soalnya, salahkah perigi mencari timba? Jika diperhatikan di dalam al-Quran, dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk di kahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat 27. seorang ulama masakini, Dr Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya, Ummul Mukminin Khadijah yang meminang Rasulullah S.A.W. begitu juga dengan Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah setelah kematian suaminya untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Kedua-dua sahabat itu hanya mendiamkan diri tanda menolak. Rupa-rupanya kelewatan Hafsah mendapat jodoh ada hikmahnya. Dia kemudiannya di kahwinkan dengan Rasulullah S.A.W, insan yang terbaik di kalangan yang baik. Sebab itu, golongan yang lambat mendapat jodoh tidak wajar berputus asa. Mungkin mereka senasib dengan Hafsah, belum tentu tidak! Apa yang penting, kesanggupan pihak perempuan untuk turut mencari jodoh, bukan hanya berteleku di tepi dinding menuggu pinangan orang. Apa salahnya kalau sekali sekala muslimah mengambil langkah merisik dan meminang?
Sebab lain yang mewujudkan andartu ialah apabila seseorang wanita terlalu mementingkan kerjaya hingga menganggap perkahwinan sebagai satu konkongan dalam hidupnya. Mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Golongan seperti ini kebanyakkannya wujud di bandar-bandar besar di mana terdapat wanita yang menjawat jawatan tinggi di dalam sektor perkhidmatan awam atau swasta lalu masa yang sama mengabaikan tuntutan fitrah mereka sendiri. Mereka sepatutnya menyedari bahawa perkahwinan akan memberikan ketenangan dan kebahagian kepada jiwa. Walaupun nampak seolah-olah kerjaya yang ada sudah mencukupi buat mereka, namun hidup seorang diri tanpa sebarang pergantungan adalah bertentangan sama sekali dengan fitrah seorang wanita.
Di Malaysia, walaupun golongan ini sudahpun wujud namun dalam jumlah yang terkawal. Apa yang kita bimbang, andainya senario ini tidak dikawal, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam akan berubah sedikit demi sedikit menjadi seperti masyarakat Barat yang menganggap proses perkahwinan sebagai bahan mainan. Bukan menjadi rahsia dan keaiban lagi di kalangan mereka yang baru berkahwin sekalipun sudah bersama berpuluh tahun dan beranak pinak berdozen-dozen.
Revolusi pendidikan juga kdang kala menyumbangkan kepada wujudnya gejala andartu. Golongan wanita mula menerobos alam pendidikan hingga meraih kejayaan yang kadang-kadang mengatasi kehebatan kaum lelaki. Ekoran itu, hampir tiada lagi perbezaan di antara lelaki dan wanita dalam menggariskan cita-cita dalam hidup. Kalau dulu, kebanyakkan wanita meletakkan perkahwinan sebagai matlamat terakhir dalam hidup. Menumpukan tugas kepada “menjaga dapur” dan mengasuh anak merupakan dunia paling global bagi wanita. Bagaimanapun, senario itu hampir pupus pada hari ini. Sebagaimana kaum lelaki mengejar kejayaan dalam pelajaran hingga ke peringkat PhD, begitu juga kaum wanita. Malah, di institusi-institusi pengajian tinggi, kaum wanita melebihi kaum lelaki berkali-kali ganda. Salah satunya di Universiti Utara Malaysia, satu perangkaan yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 6 Julai 2003 dulu menunjukkan jumlah siswi ialah 71% manakala siswa 29%! Lalu, setakat manakah peluang kaum wanita untuk mencari jodoh yang sekufu dengan mereka?
Kadang-kadang mencari calon suami yang terlalu ideal juga merupakan masalah bagi kaum wanita. Muslimat khususnya selalu beranggapan, sukar lagi dicari suami yang bertanggungjawab, soleh dan mampu menyayangi sepanjang hayat. Apatah lagi, jika mahu di tambah pula dengan wajah yang kacak seperti hero filem-filem Hindi. Sebagaimana kaum lelaki perlu menerima hakikat bahawa sukar mencari wanita yang mempunyai segala-galanya; kecantikan, kecerdikan, kekayaan, berketurunan baik dan solehah, begitu jugalah kaum wanita perlu menerima hakikat bahawa terlalu sukar untuk mencari lelaki yang sempurna dan mempunyai segala-galanya. Janganlah kerana terlalu memilih calon suami yang terlalu ideal menyebabkan kita terlepas segala-galanya. Berpadalah dengan agama, faktor lain pula sebagai pelengkap.

ANDARTU & KESANNYA
Psikologi & Tekanan Emosi
Secara umumnya gadis-gadis yang di label andartu akan mengalami tekanan dan depresi dari segi mental dan emosi. Mereka dianggap memberi malu dan aib kepada keluarga lantas dicemuh oleh masyarakat serta dilempar dengan pelbagai tuduhan.
Hasilnya, inferiority complex mula membasah di sanubari. Rasa malu yang menguasai akan menghalang mereka daripada berhadapan dengan masyarakat. Perlahan-lahan mereka terpinggir dan terasing daripada persekitaran. Mereka yang lemah imannya akan mula menyalahkan takdir. Merasakan paras yang diberi belum cukup menarik lalu mempersoal ketentuan Tuhan, kenapa tidak dianugerahkan raut wajah semanis Siti Nurhaliza, seramping Haifa atau secantik Britney Spears? Tuntas ramai yang berkorban supaya tampak cantik dan menarik pada pandangan lelaki. Anorexia dan Bulimia adalah natijah yang biasa. Lebih menggerunkan apabila ada yang sanggup menjadi mangsa teknologi, rela kulit mereka disiat-siat dan dikelar sinar laser.
Cinta & Tuntutan Naluri
Perempuan yang normal tidak dapat lari daripada perasaan ingin menyintai dan dicintai. Cinta adalah suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya. Women are so lovely, full of love and should be loved. Masing-masing mengimpikan kehidupan yang dilimpahi kasih sayang disamping suami dan anak-anak tercinta, lalu mereka mencari-cari perhentian yang dinanti selama ini. Apabila yang ditunggu-tunggu tidak muncul, jiwa akan lebih menyesak. Tekanan makin mendesak. Ini menyebabkan syaitan-syaitan berwajah kacak lebih mudah mengambil kesempatan. Pengakhirannya ialah penipuan, perkosaan, penderaan, pelacuran dan seribu satu macam lagi tragedi.
Mereka yang tidak menjadi mangsa manusia akan menjadi mangsa nafsu sendiri. Orgasm, Masturbate dan entah apa lagi yang mana semuanya merupakan punca laknat Allah Taala. Namun, awas! Jangan sesekali menghukum semuanya begitu, kerana iman yang berpasak di dada adalah benteng segalanya.
Kesuburan & Kehamilan
Tahap kesuburan perempuan akan semakin menurun apabila memasuki usia 40 an. Jadi, mereka yang berkahwin pada usia ini mempunyai peluang yang tipis untuk mendapatkan anak dan sekiranya dia mengandung, kandungan tersebut akan membahayakan nyawanya. Selain itu, kelahiran anak terpaksa juga dihadkan.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dato’ Dr Hamid Arshat, bagi yang berkahwin dalam usia lewat, risiko pada kesihatan meningkat kerana apabila mengandung, jantung dipaksa mengepam 40 peratus lebih daripada biasa di samping kandungan air dalam badan meningkat, sendi-sendi longgar, berlaku perubahan pada usus, sakit buah pinggang dan sakit tulang belakang.

Kesimpulannya, beberapa faktor yang di gariskan ialah antara faktor-faktor utama yang mewujudnya andartu. Tanpa menafikan faktor-faktor yang lain, andainya faktor-faktor yang digariskan dapat di atasi, insyaAllah gejala kahwin lambat hingga mewujudkan andartu ini tentu dapat disifarkan. Apa yang penting, doa dan tawakkal perlulah diiringi dengan usaha khususnya dari pihak wanita itu sendiri. Kita wajar menentukan hidup kita sendiri. Saranan buat lelaki; kikislah sifat pilih umur dalam diri. Jadilah seperti Rasulullah S.A.W yang pada pertama kalinya memilih seorang wanita yang berbudi pekerti mulia dan berusia walaupun baginda masih teruna. Siapa lagi yang boleh diletakkan harapan untuk membela nasib andartu dan yang bakal bergelar andartu kecuali lelaki yang benar-benar berperibadi serta mempunyai rasa keperimanusiaan yang tinggi? Benar, Siti Khadijah tiada pengganti. Namun, Siti Aisyah juga sukar dicari! Juga saranan buat wanita; letakkan perasaan redha dalam diri jika di takdirkan bermadu, buangkan sifat boikot terhadap poligami dan jangan takut kepada adat yang terpesong. Lamarlah pihak lelaki, jangan mengharapkan kaum lelaki sahaja yang memulakan rentak. Ayuh izzahkan untuk kebahagian bersama selagi mana tidak melanggari nas-nas syariat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :Wanita adalah tiang Negara, bila ia baik, baiklah Negara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula Negara”. Jesteru itu, penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah andartu ini ialah dengan mengatur perkahwinan mengikut syariat tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

~~~@ BuNgA LaYu SeBeLum BeRkeMbaNg @~~~
::- KeKaiZeNan MiNda KeIzZahAn BerSaMa -::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ :- BaPa BoReK, AnAk RinTik -:

Sejak kebelakangan ini kita asyik terpaku melihat dan mendengar perkembangan agama Islam di Tanah air kita tercinta. Kenyataan-kenyataan sejak berzaman sehingga kini oleh individu yang jahil (tukil) tentang agama Islam di samping tokoh ilmuan yang di rogol oleh syurga duniawi, pangkat and the geng dalam membuat kenyataan yang amat mengelirukan.
Dr Mashitah dengan fatwa liarnya menghalalkan ZINA seandainya darurat, Astora Jabat dengan tiap saat menyesatkan masyarakat dengan penulisannya dan yang terbaru kenyataan Marina seperti mana di ulas oleh Dr Mariah dalam Harakah 9 Mac 2006.
"Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmood, berkata bagi sesiapa atau mana-mana pihak yang mahu memperjuangkan hak wanita perkara itu mesti berada dalam ruang lingkup syariat Islam.
“Jangan samakan hak wanita bukan Islam dengan wanita Islam. Tentunya hala tuju dan hak mereka tidak sama dengan wanita Islam dan mereka tidak akan faham akan agama kita,” katanya kepada Harakahdaily bagi mengulas
kenyataan Marina Tun Mahathir yang disiarkan agensi berita antarabangsa, mendakwa wanita Islam Malaysia mempunyai nasib lebih buruk daripada wanita kulit hitam pada era aparteid Afrika Selatan.
Sehubungan itu kata Dr Mariah, sekiranya wujud persepsi mengelirukan mengenai hak wanita Islam, golongan ini sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Mereka juga katanya, memburukkan Islam sehingga menjadikan kefahaman Islam sebenar tidak berada dalam lingkungan 'mainstream' (arus perdana).
Oleh sebab itu, ujarnya, jika ada di kalangan wanita negara ini tidak jelas dengan undang-undang keluarga Islam mereka boleh berjumpa dengan NGO Islam yang berpegang kuat dengan ajaran ahli Sunah Wal Jamaah.
Malah katanya, Dewan Muslimat PAS menerusi pasukan kumpulan perundangannya sedia membuka ruang kepada wanita yang bermasalah dengan undang-undang untuk mendapat panduan ataupun jalan yang betul.
Tuduhan Marina ke atas wanita Islam di negara ini yang kononnya nasib mereka lebih buruk daripada wanita kulit hitam semasa aparteid, membuktikan beliau mahu meletakkan wanita Muslim supaya mempunyai cara hidup sama seperti wanita bukan Islam.
Sedangkan katanya, keadilan dalam Islam bukan hanya untuk wanita tetapi untuk semua.
Pertikaian ini juga menggambarkan pihak terbabit masih tidak bersetuju dengan pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, katanya."
Kita juga kena tahu bahawa Marina anaknda Tun Mahathir adalah kepala pengat terhadap memorendum IFC @ IRC ( Inter Religions Council ), satu badan yang ingin merosakkan agama islam di bumi Malaysia. Ini jelas terbukti ramainya munafik-munafik menonjolkan diri dalam menghina agama suci Islam sekarang. Mari kita imbas kembali kenyataan mulut tanpa insuran Tun Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan ucapan di dalam satu majlis anjuran Universiti Al-Azhar pada 22 Januari 2003 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama di Malaysia (antaranya muka depan Berita Harian, 24 Januari 2003).
“Sesebuah negara sebenarnya hanya memerlukan seorang hafiz sahaja, lagipun Al-Quran mudah didapati sekarang ini, bukannya seperti dulu lagi.” Kenyataan-kenyataan seperti ini bukanlah yang pertama dikeluarkan dari mulut pemimpin-pemimpin tertinggi negara khususnya apabila membicarakan soal pendidikan agama kepada rakyat Malaysia.
Hafiz yang dimaksudkan tentulah sekali golongan yang menghafal Al-Quran. Inilah agaknya pandangan sebenar pemimpin sebuah negara Islam bernama Malaysia. Sekiranya difahami secara telus apa yang tercermin daripada kenyataan seperti itu sebenarnya membayangkan bagaimana besarnya kebencian pengucapnya terhadap aliran pendidikan agama khususnya aliran tahfiz yang mengajar anak-anak muncul sebagai penghafal Al-Quran.
Soalnya, benarkan apa yang didakwa bahawa sesebuah negara sebenarnya memerlukan seorang hafiz? Benarkah begitu? Dan kalau benar, apa pula peranan sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah tahfiz yang berkembang mekar di Malaysia pada hari ini?
Sayang sekali, jika beginilah paradigma pemikiran seorang pemimpin negara, bagaimanakah pula arah tuju rakyat jelata? Rasulullah mengajar umatnya agar mendidik anak-anak membaca Al-Quran, mengenali baginda dan ahli keluarga baginda, adakah ini semua boleh dicapai jika pandangan dari pemimpin nombor satu negara ini menjadi ikutan?
Kenapa ini harus keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri, (sekarang mantan)? Inilah sebenarnya membayangkan betapa bencinya Mahathir terhadap golongan penghafal Al-Quran. Tidak terkejut sebenarnya kita kerana muqaddimahnya sudah dimulakan oleh seorang penasihat agamanya sendiri, Dr. Hamid Othman yang sudah menyelar sikap ibubapa yang suka menghantar anak-anak mereka menghafal Al-Quran.
Tadayyun manqus (tadayyun ertinya berugama, manqus ertinya kurang) katanya. Lalu bagaimana dengan anak-anak muda yang berpelukan sesama bukan mahram di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, tadayyun kamil (sempurna) kah? Kalau penasihat agama pun sudah sebegini bercelaru, bagaimana pula dengan orang yang dinasihati? Padan sangatlah sampai begitu mengarut Mahathir.
Bagaimana kalau benar-benar berlaku sebuah negara hanya mempunyai seorang hafiz? Bagaimanakah boleh wujudnya masyarakat yang benar-benar berpegang dengan Al-Quran kalaulah hafiz Al-Quran hanyalah seorang sahaja di negara ini? Al-Quran tidak mungkin lagi dapat diperdengarkan merata-rata. Lebih teruk lagi, bagaimana pula apabila tiba saat-saat bulan Ramadhan. Solat tarawih tentunya memerlukan tenaga para hafiz untuk mengimamkannya, adakah Mahathir akan berpendapat pula, solat tarawih boleh diimami oleh bacaan kaset Al-Quran? Rasanya, kalau dibiarkan terus, manusia bernama Mahathir ini akan sampai ke tahap itu.
Mahathir sebenarnya perlu mengakui, kebenciannya kepada usaha membina masyarakat Al-Quran adalah berpunca daripada kebenciannya kepada pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran. Mana mungkin seorang yang mempunyai Al-Quran di dalam dadanya boleh berkata ‘ya’ kepada maksiat yang berlaku. Al-Quran di dalam dada menyatakan bahawa arak adalah haram lalu bagaimana dada sebegini boleh berlapang terhadap arak yang dihalalkan? Kecuali Hamid Othman, Ismail Ibrahim dan kuncu-kuncu mereka, ‘ulama terompah kayu’ payah sebenarnya untuk dicari.
Mahathir and the GENG perlulah ingat, tidak semua manusia di bumi Malaysia berfikir hanya untuk mengisi perut sahaja. Masih ramai yang berfikir untuk masa depan di akhirat. Masih ramai yang berfikir tentang nasib mereka di hadapan Allah, syurga ataupun neraka. Jadi, janganlah idea bodoh di dalam kepala dipaksakan kepada orang lain untuk menerimanya!! Marilah kita berdoa agar kesemua mereka bertaubat ke jalan Allah dan mengingsafi perbuatan keji mereka sebelum. Jalan taubat masih terbuka, Sesunggungnya Allah Maha Pemurah Lagi Pengampun.
Maafkan saya jika ada pihak yang berdesir telinga mambaca coretan ini. Namun, demi berpijak ke arah kebenaran, saya rasa tulisan ini relevan ke arah memperingati dan memberi pengajaran buat kita tentang kesalahan-kesalahan tutur bicara kita seharian.
Kekaizenan Minda Keizzahan Bersama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~IqRa ~:-PeNeRbiTan DaN KePeNtiNgaNnya DalAm Era SibEr KiNi-:
Seorang manusia tidak boleh hidup tanpa manusia yang lain. Malah, tidak ada manusia yang mampu untuk hidup keseorangan di dunia apatah lagi dalam zaman sains dan teknologi seperti hari ini. Manusia perlu berinteraksi. Interaksi inilah yang melahirkan maklumat. Alaf ke-21 melangkah ke ruang lingkup kehidupan manusia dengan perkara yang paling penting ialah kemahiran mengusai penyebaran maklumat.
Kepentingan ini dapat dilihat secara jelas apabila kuasa Amerika Syarikat mencerobohi Iraq, persaingan di antara media massa yang mempunyai sikap bias terhadap mana-mana pihak membuktikan bahawa perlumbaan pada hari ini ialah perlumbaan untuk menguasai pengkalan maklumat. Seluruh dunia diselubungi oleh kehendak untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat seberapa segera yang mungkin. Dunia islam semakin lembat dalam mendapat isu-isu terkini seperti contoh isu Karikatur Penghinaan Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad kita,adakah kita dayus dalam bersuara atau kita kecetekkan dalam sumber-sumber global? Di sinilah perlunya generasi muda umat Islam mengenal dan berjinak-jinak dengan dunia penerbitan. Perkembangan hari ini membuktikan bahawa mata pena kadang-kadang lebih berkuasa dari tomhawk!
Apa Itu Penerbitan?
Mengikut kamus dewan terbitan DBP, penerbitan berasal dari perkataan terbit yang bermaksud keluar atau sebar. Penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pengeluaran maklumat untuk disampaikan kepada umum. Perlulah diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain.
Pada pengamatan penulis, penerbitan secara kasar terbahagi kepada dua bahagian utama:
1. Bahan bertulis seperti majalah, akhbar, makalah, artikel, buletin dan sebagainya. Malah boleh juga dianggap sebagai penerbitan bertulis ialah artikel-artikel yang disebarluaskan melalui alam maya. Berpuluh-puluh ribu laman web yang dibina sejak akhir-akhir ini bagi menyebarkan segala jenis maklumat atau pendirian tentang apa-apa isu menunjukkan bahawa penerbitan jenis ini semakin diterima dan diguna secara meluas oleh masyarakat.
2. Bahan eletronik seperti siaran televisyen, radio dan juga penyebaran maklumat melalui kaset, video dan cakera padat. Ia melibatkan program-program seperti berita, dokumentari, filem, drama, ceramah, lagu dan sebagainya.
Dengan tidak menafikan adanya bahan-bahan penerbitan yang terkeluar dari kedua-dua kategori di atas, penulis berpendapat bahawa kedua-dua kategori di atas adalah mewakili sebahagian besar dari kaedah penerbitan di dunia pada hari ini.

Nilai Penerbitan Menurut Pandangan Islam
Dalam membicarakan apa-apa saja topik, kita tidak mungkin dapat memisahkan diri dari memperkatakan tentang pandangan Islam. Apatah lagi sebagai seorang muslim yang meyakini bahawa Islam bukan setakat adat budaya tetapi cara hidup yang memagari kehidupan manusia.
Di dalam Islam, penerbitan atau apa-apa jua kaedah yang wujud yang berupaya untuk menyebarluaskan dakwah tidak diharamkan malah digalakkan kepada orang Islam untuk menguasainya.
Sejarah awal Islam juga menunjukkan bagaiman Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja sekitar tanah Arab supaya memeluk Islam di mana pada surat tersebut termaktub seruan dakwah dan penjelasan ringkas tentang Islam. Begitu juga apabila para sahabat yang dianggap sebagai petunjuk selepas Rasulullah SAW telah mengambil langkah untuk menulis dan mengumpulkan semula Al-Quran di dalam satu mushaf. Sejarah juga mencatatkan kewujudan sahabat-sahabat yang dianggap sebagai ahli sastera mencipta syair-syair untuk mempertahankan Islam. Malah, tidak salah jika disebut pengumpulan dan penulisan hadis yang dipelopori oleh ulama-ulama hadis terkemuka telah banyak menyelamatkan akidah manusia dan umat Islam. Bayangkan seandainya bidang penerbitan khususnya penulisan tidak diendahkan oleh para ulama pada masa tersebut!
Dalam erti kata lain, penerbitan secara umumnya boleh digunakan sebagai salah satu wasilah dakwah kepada manusia. Menurut kaedah usul fiqh, apa-apa saja yang wajib yang tidak sempurna kecuali dengannya turut dianggap wajib. Menyampaikan dakwah dan menegakkan amar makruf nahi munkar adalah satu kewajipan, maka seandainya penerbitan adalah satu kelengkapan kepada dakwah, dengan sendirinya menguasai bidang penerbitan menjadi satu kewajipan kepada umat Islam.
Apakah Kepentingan Penerbitan Dalam Masyarakat Pada Hari Ini
Di zaman ketika masih belum wujudnya sebarang kaedah penerbitan, mungkin manusia tidak memerlukan kemahiran di dalam bidang ini, apatah lagi tidak manusia yang mengendahkan sebarang perkembangan maklumat terkini tentang apa-apa isu sekalipun. Manusia pada zaman awal tentunya menganggap agenda untuk hidup melebihi segala-galana. Apa yang paling penting untuk difikirkan pada hari ini ialah apakah yang akan dimakan esok hari!
Namun keadaan hari ini jauh berubah daripada kelmarin. Pertembungan budaya, tamadun dan ideologi dari timur ke barat mengakibatkan persaingan yang tidak putus-putus. Barat selepas zaman gelap (dark age) adalah Barat yang mempunyai nilai-nilai positif yang seharusnya dimiliki oleh umat Islam. Mereka bangun dari tidur dan terus mencipta pelbagai kemajuan mengatasi apa yang asalnya dimiliki oleh umat Islam. Akhirnya, penguasaan maklumat oleh barat menghasilkan kebergantungan ketara umat Islam terhadap mereka samada dari sudut teknologi, tamadun, budaya dan juga maklumat. Cengkaman yang begitu hebat media masa barat terhadap pemikiran penduduk dunia membuktikan kewujudan senario ini. CNN dan ABC sebagai contoh adalah dua rangkaian media barat yang menjadi lambang keagungan penguasaan mereka terhadap maklumat.
Ledakan teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini khususnya apabila penggunaan internet semakin meluas semakin mendesak umat Islam supaya turut serta di dalam perkembangan ini. Terlalu banyak perkara yang harus dilakukan oleh kita di dalam bidang penerbitan, antaranya :
1. Menghasilkan artikel-artikel yang boleh menjawab segala macam bentuk tuduhan dan fitnah busuk terhadap Islam.
2. Membina rangkaian media yang mampu memberikan maklumat alternatif kepada umat Islam.
3. Menghasilkan satu budaya hiburan yang benar-benar berteraskan Islam. Ia diharapkan mampu menjadi hiburan alternatif khususnya kepada remaja-remaja.
4. Menerbitkan buku, majalah, akhbar, makalah dan buletin yang mampu mengetengahkan persoalan-persoalan menarik khususnya kepada golongan sasaran.
5. Sentiasa sensitif terhadap perkembangan dunia penerbitan semasa samada bersifat negatif atau positif. Kepekaan ini membolehkan kita menyelamatkan keadaan.
Andainya disebut satu persatu peranan yang sepatutnya dimainkan oleh golongan yang mempunyai kesedaran, tentunya ruang ini tidak akan mencukupi. Apa yang penting ialah kita perlu menyedari bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam menguasai dunia penerbitan sebagai salah satu wasilah amar makruf nahi munkar.
Semoga setiap usaha ini walaupun kecil dikira sebagai satu sumbangan terhadap perjuangan Islam, Insya-Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ UfUk MiNda ~:-IsLaMiSaSi iLmU peRteGuh keGeMiLaNgaN uMaT-:
Proses Islamisasi bukanlah sesuatu yang baru dalam usaha jihad orang Islam kerana sejak zaman Rasulullah SAW di awal Makkah lagi , Islamisasi aqidah dan agama sudah berlaku dengan bijaksana.
Pada zaman tamadun Islam berkembang, Islamisasi ilmu juga berlaku dengan pesatnya dan kini selepas pengaruh Barat dalam ilmu dan pendidikan semakin mencengkam, penting untuk pengembangan ilmu dilakukan dengan sistematik serta bijaksana.
Ada tiga asas penting Islamisasi ilmu membantu perubahan kepada sistem secara jangka panjangnya iaitu bagaimana ilmuwan Islam kini menghasilkan epistemologi Islam (teori ilmu Islam) yang merentasi pelbagai disiplin ilmu.
Kedua, bagaimana epistemologi ini dapat berkembang dalam institusi dan ketiga, bagaimana epistemologi yang mantap dan jelas dapat membangunkan modal insan yang mampu mengubah sistem.
Islamisasi ilmu tidak bermakna kita menyingkirkan ilmu konvensional bermanfaat dan memiliki faedah berbanding yang tinggi tetapi bagaimana mengintegrasikan nilai fitrah agar ilmu dan ketrampilan tidak disalah guna.Islamisasi ilmu menuntut suatu perancangan kerja atau 'work-plan' yang terarah supaya aspek operasi dan metodologi juga berkembang sebagai sebahagian usaha membangunkan asas-asas falsafah serta konsep.
Sekiranya Islamisasi ilmu dapat berkembang, 'world-view' atau tasawwur kita akan berubah, persepsi mengenai ilmu dan pendidikan mempengaruhi sistem supaya wujudnya pendekatan bersepadu yang bijaksana.Ia bakal melahirkan kualiti modal insan yang bukan saja memiliki kekuatan peribadi tetapi pada masa sama menguasai ilmu alat yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun baru berasaskan acuan kita sendiri.
Dalam tradisi ilmu wahyu, asas nilai yang fitrah dijadikan landasan membentuk akal, hati dan amalan manakala nilai teras seperti jujur, ikhlas, amanah, bijaksana, adil dan benar menjadi tunjang membangunkan ilmu.Ilmu yang terbentuk dengan nilai teras akan berkembang membentuk watak manusia menjadi baik iaitu apabila diberikan amanah, melaksanakan amanah itu dengan baik dan apabila membina rumah tangga, menjadi contoh kepada anak-anaknya.
Watak baik juga apabila diberi peranan sebagai pemimpin, akan jadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab kerana amanah atau taklif kepimpinan tidak hanya pada jawatan atau status tetapi terhadap Allah SWT.Kemunduran umat Islam hari ini antara lain berpunca daripada kegersangan ilmu yang tidak ditautkan dengan nilai murni yang fitrah sifatnya.
Islamisasi ilmu dan pendidikan bermaksud bagaimana ilmu yang tidak ditautkan dengan nilai fitrah mengalami penerapan nilai murni yang berguna untuk kepentingan duniawi serta terkandung kualiti ukhrawi.Contohnya, Islam tidak menghalang perkembangan ilmu sains dan teknologi tetapi jika tidak diterapkan nilai murni boleh menyebabkan ilmu itu disalah guna.Ilmu sains yang dibentuk dengan nilai al-Quran umpamanya mendekatkan manusia dengan faktor Penciptaan daripada Allah SWT.
Memahami sains dengan berpandukan kepada al-Quran dan Islam bukan saja menggalakkan usaha penyelidikan serta penerokaan tetapi natijah daripada kajian dan dapatan itu membantu saintis merasakan kebesaran dan mengakui hakikat kewujudan Allah.Di sinilah pentingnya proses Islamisasi berlaku kerana kekuatan tamadun ilmu di zaman Islam pada masa lalu tidak menyebabkan saintis kufur kepada nikmat Allah, malah ilmu diperoleh berkembang dari asas petunjuk al-Quran dan sunnah Nabi.
Terdapat kira-kira 200 ayat berkaitan bidang sains dalam al-Quran yang memberikan isyarat, maklumat dan pedoman kepada saintis Islam menghasilkan teori sains yang mampu membangunkan tradisi ilmu dan menjadi penyumbang kegemilangan umat.Pembangunan modal insan berkualiti tidak semestinya menolak faktor ilmu yang bermanfaat sama ada yang datang dari Barat mahupun Timur.
Tetapi kemampuan memilih dan daya penyaringan yang dipandu nilai fitrah boleh membentuk asas epistemologi yang bersepadu sifatnya agar modal insan yang dibangunkan teguh dengan nilai baik dan pada masa sama menguasai ilmu Barat dan Timur.Proses Islamisasi bakal membentuk pandangan semesta atau tasawwur yang memungkinkan ilmu berkembang dalam acuan yang fitrah dan ketrampilan berpandu kepada nilai teras.
Proses itu bukan saja menyumbang kepada keperluan umat manusia tetapi juga terhadap kegemilangan umat Islam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ArTiKaL ~ :- KeKuAtaN mAtA hAti KaWaL kEsTaBiLaN eMoSi MaNuSia -:
Tahukah kita apakah sebenarnya yang menjadi kekuatan pada diri manusia? Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandung kekuatan emosi.
Demikianlah Allah SWT menjadikan kita dalam bentuk paling sempurna, tetapi disebabkan oleh kejahatan diri sendiri maka manusia
akhirnya jatuh pada peringkat yang cukup hina. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaannya itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah.” (Surah al-Tin, ayat 4 dan 5)
Mata hati dikurniakan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat yang memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil. Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati.”
Mata hati yang sentiasa bersinar terang adalah milik orang yang beriman, apabila ia berada di kegelapan malam pekat sekalipun sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan.Begitulah keadaannya ketika seseorang itu mengalami kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rahsia hikmah di sebalik ujian itu, bertambahlah keyakinannya pada Allah dan akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa.
Bagaimanakah kita sebagai umat boleh memiliki mata hati yang cantik sinarnya pada setiap keadaan dan situasi.Sesungguhnya petua yang diberikan oleh al-Quran yang sentiasa hebat sepanjang zaman menyebutkan mengenai rahsia kekuatan mata hati orang beriman dalam surah Fusshilat, ayat 30 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang- orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) dengan berkata: Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
Kekal Dalam Kebaikan
Manusia sentiasa dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali kepada hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan. Selagi mana ia berhasil menghadapi tentangan ini, maka dia dikatakan sebagai seorang abid iaitu insan yang sentiasa beribadah kepada Allah.
Bagaimanapun permasalahannya ialah apabila timbul dua personaliti dalam diri manusia, jika bersama dengan orang salih ia menjadi salih, begitu sebaliknya apabila duduk dengan si fasik ia pun berbalik menjadi fasik.Memang benarlah jika segala sesuatu di dunia ini serba ekspres dan tidak terkecuali juga dengan iman dan kufur boleh bertukar dengan sekelip mata.Akan tetapi, antara manusia yang kecundang ini ada yang tetap teguh dan yakin hatinya, disebabkan kesungguhannya malaikat sentiasa menjadi kawan rapat yang memberi ilham, dorongan melalui perasaan serta pandangan hati.
Mereka memujuk dengan khabar gembira dan janji Allah agar manusia yang beriman ini kekal dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan.Ilham yang dicurahkan dalam hati manusia adalah petunjuk dari Allah SWT agar kita sentiasa berasa sakinah dalam menjalani suka duka kehidupan.
Maka bersinarlah mata hati orang yang beriman dengan sifat istiqamah ini kerana sekali beriman, pantang hatinya berpaling kepada kekufuran.Antara tanda istiqamah ialah seseorang itu tidak akan meninggalkan amal salih yang biasa dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit.Perkara ini pernah didengar oleh Abdullah bin 'Amru bin 'Ash apabila baginda Rasul SAW menasihati beliau dengan sabdanya: “Janganlah kamu seperti si polan, dulu ia mengerjakan solat malam dan sekarang ditinggalkannya.”(Muttafaqun Ala ih).
Tanda istiqamah yang kedua ialah sikap tidak menunda amal salih kerana di sinilah syaitan banyak meletakkan ranjaunya dan akhirnya kita tertipu oleh sikap suka bertangguh dan mendahulukan kesenangan nafsu.
Benarlah firman Allah SWT yang sentiasa menjadi motivasi orang beriman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang luasnya seperti langit dan bumi. Ia disediakan bagi orang yang bertakwa (kepada Allah).” (Surah Ali Imran, ayat 133)
Tidak banyak berangan dan muhasabah diri juga adalah tanda istiqamah, maksudnya apabila kita cepat berpuas hati dengan amal salih, meletakkan syurga menjadi hak kita, walhal dosa belum dibasuh, kezaliman dengan sesama sendiri masih berterusan dan bekal amal tiada jaminan Allah terima atau tidak kerana keterbatasan ilmu dan kurangnya keikhlasan.
Jangan Bersedih
Hati yang bersinar ada pada wajah yang reda, ceria dan gembira dengan apa saja ketentuan Tuhan. Kesedihan dan kerisauan boleh menjejaskan kesihatan hati kerana ia tanda tidak reda dengan ketentuan Allah.
Semestinya orang beriman dengan Allah dan Rasulnya ketika dirinya dilanda musibah meyakini dengan sepenuh hati bahawa ada tiga keuntungan di sebalik ujian Allah iaitu, pembersih dosa, janji pahala di akhirat dan mendapat pengganti lebih baik daripada apa yang diuji itu secepatnya di dunia ini.
Sebagai contoh, seorang hamba Allah yang terpaksa bermadu, pada mulanya beliau berasa sangat terluka dengan ujian menimpa dirinya tetapi beliau kemudian cuba untuk bertenang dan serta banyakkan bersabar lalu memulakan langkah baru dalam hidupnya.Ia seterusnya menjadi seorang yang lebih bijak, matang dan realistik dalam menghadapi musibah itu.
Seterusnya kesabarannya dan sikap tenangnya itu membuahkan hasil apabila suami yang dulu bersikap berat sebelah kini menyesali perbuatannya. Semakin banyak pula keistimewaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada peribadi isteri tuanya itu sehingga beliau akhirnya sedar akan kesilapannya dan akhirnya kembali menghormati dan menyayangi isterinya.
Banyak lagi kisah sedih dalam memori kita yang mampu mendewasakan dan mematangkan diri kerana kita memiliki hati bercahaya yang mampu menyuluh dari kedalaman serta kegelapan jurang ujian dan musibah.
Kembalilah kepada jalan yang lurus dan tenang hingga ke penghujungnya, di sisi Allah mendapat pahala. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
INTIPATI
::~ Mata hati dikurniakan Allah SWT menjadi penyelamat dan memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil.
::~ Mata hati yang sentiasa bersinar adalah milik orang yang beriman, apabila ia dalam kegelapan malam pekat sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan.
::~ Manusia dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan.
::~ Antara tanda istiqamah seorang Muslim ialah tidak meninggalkan atau menunda amal salih yang biasa dikerjakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ IsU ~ :- IsLaM HaDri-HaDri Di MeSiR , MaShiTah Di BoooO -:
Majlis Pelancaran Muntada Islam Hadhari & Intravasiti Islam Hadhari pada hari jumaat, 3 mac 2006 baru2 ini yang diadakan di dewan asrama Malaysia ( ARMA ) menarik perhatian ana untuk menyunting kembali apa yang terluah kata-kata mutiara oleh permata agamawan pujaan UMNO Dr Mashitah Ibrahim.
Kedatangan mashitah bersama rombongan pelajar UM yang merupakan penggerak Kelab Islam Hadhari di UM bertujuan untuk menubuhkannya di Mesir, bumi ardil kinanah.
Best juga ceramah mashitah ni, antara lontaran yang menyatakan kebaikkan islam hadhari ialah kerajaan ingin melahirkan pekerja-pekerja teknokrat dalam semua bidang dan menyatakan persoalan kenapa orang masih tidak terima Islam Hadhari yang di bawa oleh kerajaan sedangkan Ulama-Ulama islam menyokong pelan islam hadhari kerajaan.Dr Tantawi pun sokong tapi kita tak sokong, adakah kamu lebih alim dari Dr Tantawi,Syiekhul Al-azhar? katanya mashitah.Katanya lagi, dalam kita nak melahirkan orang islam yang baik, pengisiannya yang penting, bukan nak hukum-hukum je.
Katanya lagi, dia kesal dengan segelintir yang menyamakan islam hadhari dengan hadharatul islam.Sebagai contoh katanya, Dato Dr Mashitah Ibrahim dengan Dato Dr Ibrahim Mashitah, ama je katanya. Sama ke sahabat? fikir lah sendiri. Katanya lagi, kita x boleh hukum orang dengan melihat keadaan saje, contoh pergi ke landon, china dll tapi dia tak mampu untuk mengerjakan haji di Mekah, mungkin mereka tak mampu dari segi anak-anak dan lain-lain. Pelik tak, nak pergi Landon dapat tinggalkan anak tapi nak pergi Mekah tak dapat pula, masyaallah nape ni...
Menjawab soalan pertanyaan, mashitah cakap. "bukan hudud saje Islam, banyak lagi yang Islam". Kita pun jawab, nape tak laksana yang banyak lagi tu....Katanya lagi,"kerajaan nak bina juzu' Islam dahulu"tapi kita jawab lagi, apakah juzu'-juzu' yang di laksanakan oleh kerajaan sekarang? adakah kita mampu bermegah dengan Bank Islam dan lain-lain sedangkan yang lain kita ketepikan...Nape Puan Mashitah tak datang Tanta,kan best jika datang sini, rindu kami....
Kenapakah perlunya penubuhan kelab Islam Hadhari di bumi Mesir? apakah tujuannya? Atau sekadar ingin memecah belahkan perpaduan dalam PMRAM saje. Jika kerajaan prihatin kepada golongan agamawan lebih-lebih lagi azhari, kenapa tidak di beri Biasiswa @ setidak-tidaknya memberi Pinjaman saje. Wang zakat pun tak bagi, nak bagi biasiswa, tahi asap lah... Tidak mahu bagi wang tak pe lah, sedialah kebajikan-kebajikan lain pada kami, tak usah riuh rendah nak tubuh ini, itu. sudah memadai dengan adanya Jabatan Penuntut di Kedutaan dan PMRAM sebagai pertubuhan di sini. Tapi yang jelasnya, ada sotong di sebalik lingkaran-lingkaran mie betul tak......Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ISu ~ :- KeRaJaAn BerPeSta, RaKyaT DeriTa SeNgSaRa -:
Kenaikan harga minyak 30 SEN mulai 28 Febuari 2006 menambahkan keyakinan penulis bahawa pihak kerajaan Malaysia di bawah rejim (UMNO/BN) langsung tidak prihatin dengan kebajikan rakyat. Penulis berasa masih belum terlewat untuk melontarkan analisis awal demi menyuntik kesedaran rakyat terhadap isu ini.
Sesetengah penganalisis ekonomi global melihat bahawa kenaikan harga runcit minyak di Malaysia berpunca oleh refleksi kenaikan paras harga petrol sedunia. Kali terakhir kenaikan takrif petrol sedunia pada tahun 2005 iaitu AS$ 67.29 juta perTong (sumber: IMF dan Bloomberg).
Pada tahun 2004 dan 2003, kenaikan harga minyak turut berlaku iaitu masing-masing ialah AS$38.46 perTong dan AS$28.64 (sumber: Bloomberg; 26 Ogos 2005). Komuniti ini juga berpadangan bahawa kenaikan harga minyak berpunca oleh pemintaan tinggi beberapa negara perindustrian seperti Amarika Syarikat, China dan India.
Pada tahun 2004 sahaja, permintaan minyak sedunia ialah 82.5 juta tong sehari; iaitu hampir mencecah paras pengeluaran standart minyak negara iaitu 83 juta tong per hari.Ketidakstabilan sosial di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Venezuala, Hurricane Emily (Maxico) ditambah dengan spekulasi minyak oleh Amarika Syarikat khususnya di Irah turut menyumbang kepada peningkatan taarif minyak sedunia (sumber: Bloomberg; 26 Ogos 2005)
Apakah realiti ini turut mempengaruhi tangga aras minyak domestik (Malaysia)? Apakah penarikan semula subsidi oleh pihak kerajaan (UMNO/BN) hasil kenaikan harga minyak sedunia? Adakah kenaikan harga minyak terkini adalah munasabah berbanding kenaikan harga minyak di beberapa negara jiran?Amnya, Malaysia ditentukan oleh pasaran global dan Malaysia sendiri bukanlah negara OPEC.
Mustahil bagi Malaysia untuk menentukan turun naik harga minyak sedunia. Walaupun demikian, Kerajaan Malaysia masih mempunyai autoriti menentukan takrif cukai jualan, pengurusan kos operasi, komisen pemilik stesen dan margin syarikat yang mengedarkan produk petroleum.
Kesemua perkara di atas ini ditentukan oleh pihak kerajaan (UMNO/BN) demi memberi pulangan dana kepada negara. Ini bermakna, takrif harga minyak sedunia dan subsidi bukan sahaja menjadi neraca tunggal dalam menentukan harga runcit minyak di Malaysia.

TANPA KOS OPERASI, PETRONAS DAN RAKYAT MASIH BERKONGSI KEUNTUNGAN
PETRONAS berhak menentukan jumlah kos operasinya, namun kos tersebut seharusnya munasabah. Perolehan kos operasi oleh PETRONAS pada tahun 2004/2005 hanya 5.89% atau 9.54 sen bagi setiap liter petrol RON97, RM1.62 perLiter (sumber: PETRONAS).
Keuntungan kasar PETRONAS pada tahun 2004.2005 ialah RM59 bilion (sumber: PETRONAS & Bloomberg). Keuntungan alternatif tanpa kos operasi masih dalam sempadan untung bersih iaitu RM55.5249 bilion. Ini bermakna PETRONAS masih kekal memperoleh keuntungan biarpun kos operasi ini tidak diambil kira. (UMNO/BN) harus peka dalam perkiraan harga runcit. PETRONAS harus menghargai hak rakyat Malaysia iaitu minyak mentah.
Merujuk kepada perolehan komisen pula, penulis tidak bersetuju sekiranya komisen pemilik stesen turut dikurangkan. Ini kerana, komisen tersebut adalah berpatutan dan mampu mengimbangi cukai perniagaan dan kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh pemilik stesen minyak. Selagi mana, satu-satu polisi itu menjurus kepada meringankan beban hidup rakyat (termasuk pengusaha Stesen Minyak), penulis sangat menyokong polisi tersebut.

JUTIFIKASI SUBSIDI DAN PENGECUALIAN CUKAI JUALAN
Tanggal akhir 31 Julai 2005 perTahun, kerajaan telah menanggung subsidi dan cukai jualan (pengecualian) sehingga Disember 2005 masing-masing sebanyak RM.4.8 bilion dan RM7.85 bilion (sumber: PETRONAS).
Ini bermakna perbelanjaan hangus yang ditanggung oleh pihak kerajaan (UMNO/BN) bagi tahun tersebut ialah RM14.48bilion bagi tahun tersebut (sumber: Bloomberg).Penulis melihat belanjawan hangus ini langsung tidak merugikan kerajaan kerana ia sangat membantu ekonomi rakyat.
Apakah tugas kerajaan ialah menjaga kepentingan institusi kerajaan bukan menjaga institusi rakyat? Tender minyak oleh Petronas di 3 loji utama di Malaysia adalah logi milik setiap rakyat Malaysia, bukan milik kerajaan. Maka, Subdisi adalah hak rakyat yang wajib ditunaikan oleh pihak kerajaan. Tidak timbul status subsidi ini boleh dihulurkan atau sebaliknya kepada rakyat kerana tugas kerajaan adalah berkhidmat untuk rakyat. Di manakah keistimewaan rakyat di Malaysia ini, negara yang dianugerahkan Tuhan emas hitam Kerajaan (UMNO/BN) harus menjawab persoalan ini.
Walaupun demikian, berdasarkan perkembangan jualan kasar minyak oleh PETRONAS, sebenarnya masih mampu membiayai kos tersebut. Agihan dana PETRONAS ke Putrajaya, kos pengurusan KLC dan Menara berkembar PETRONAS yang memakan puluhan bilion ringgit perTahun sepatutnya disalurkan terus kepada rakyat melalui subsidi dan tanggungan cukai jualan oleh PETRONAS-Kerajaan.Justifikasi lain penarikan subsidi oleh kerajaan adalah berikutan penyeludupan petroleum dan diesel oleh warga asing. Sebagai contoh, anggaran subsidi minyak bagi akhir tahun 2005 adalah RM6.6 bilion. Andaikan 10% minyak Malaysia diseludup keluar, kerajaan bakal kehilangan RM660juta yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia semata-mata.
Penulis melihat inisiatif Kerajaan (UMNO/BN) menaikkan harga runcit minyak 30 sen lagi dan penarikan subsidi minyak kurang efeksyen jika ingin membendung penyeludupan minyak secara haram di Malaysia. Isu pokok adalah isu penyeludupan, bukan isu belanja hangus subsidi rakyat. Sepatutnya pengurusan imigresen atau keluar masuk pendatang harus diperketatkan, bukan penarikan subsidi minyak yang akhirnya membebankan keseluruhan atau setiap rakyat Malaysia.
HARGA RUNCIT MINYAK DOMESTIK MASIH MURAH DI ASEAN
Memang tidak dapat disangkalkan lagi, harga minyak domestik negara masih murah berbanding Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Namun, melihat angka secara kaku semata-mata tidak memadai.Sebagai contoh, harga minyak Ron97 di Thailand 229sen perLiter iaitu 41.36% lebih tinggi daripada harga runcit minyak tempatan (sumber: Bloomberg). Hakikatnya, kadar inflasi di Thailand kini juga sangat tinggi dan hampir sama dengan Malaysia iaitu 4.9%. Inflasi Malaysia 5.2 bagi tahun 2005; iaitu kenaikan 100% berbanding tahun sebelumnya (sumber: Bloomberg).
Perbandingan harga runcit minyak negara dengan negara Thailand bagi penulis umpama 2X5 = 5X2? Mengapa tidak dibanding dengan negara Brunei Darussalam?Sebelum analisis lanjut, harga runcit minyak Malaysia turut dibandingkan dengan negara Singapura. Negara Singapura bukan negara pengeluar bahan bakar, berbeza dengan Malaysia. Ini bermakna takrif harga runcit dunia menjadi harga runcit belian/import secara langsung oleh Singapura dengan negara pengeluar minyak.
Malaysia adalah negara pengeluar minyak, selain mendapat royalti berbilion ringgi, cukai, subsidi, margin syarikat pengeluaran produk minyak boleh ditentukan oleh kerajaan. Realitinya, penentuan harga runcit bahan bakar di Malaysia dan Singapura berbeza. Tuntasnya, Malaysia mempunyai peluang untuk mengurangkan beban belanjawan rakyat. Nak buat atau tidak?Harga runcit RON97 di Brunei Darussalam ialah 120sen perLiter iaitu 42 sen jauh lebih murah berbanding tangga harga runcit di Malaysia.
Sesetengah penganalisis berpandangan bahawa Brunei Darussalam mampu untuk terus menanggung subsidi minyak kerana populasi rakyatnya jauh lebih kecil berbanding Malaysia. Selain itu, skala industri milikan negara yang menggunakan bahan bakar ini juga kecil berbanding Malaysia?
Gunaan bahan bakar oleh rakyat Malaysia mampu memberi keuntungan langsung yang jauh lebih besar berbanding KDNK Brunei Darusslam kerana jumlah penduduk negara Thailand adalah 343 653 (2001) berbanding Malaysia; lebih 23juta (2001) atau lebih tepat (23953136:2005) (sumber: 1 Mac 2005;
http://ms.wikipedia.org/wiki/ Malaysia).
Skala industri yang menggunakan bahan bakar Malaysia biarpun jauh lebih besar, namun bukanlah liabiliti kerajaan. Di Brunei Darussalam, lebih 90% industri seumpama ini adalah milikan negara, maka ia adalah liabiliti negara. Akhirnya, turun naik aras harga runcit minyak sebenarnya meninggalkan implikasi langsung terus kepada rakyat sendiri, baik di Malaysia, mahupun Brunei Darussalam atau negara-negara lain. Harga runcit yang rendah lambang keprihatinan kerajaan kepada rakyat satu-satu negara.
MINYAK NAIK, JAMINAN HARGA BARANG ASASI TURUT NAIK
Minyak naik bermakna kos urusniaga barang turut akan naik. Mengapa Dato Seri Najib Tun Razak ghairah mengarahkan KPDNHEP pantau harga runcit barang asasi yang dimilik niaga oleh rakyat? Pak Lah, hanya membisu?Mengapa keuntungan hasil penarikan subsidi minyak hanya berlegar di kerusi kerajaan; tidak dinikmati bersama oleh rakyat amnya melalui kenaikan harga barang domestik? Tidakkah inisiatif ini melambangkan pihak kerajaan (UMNO/BN) mengambil sikap lepas tangan dengan kenaikan inflasi negara?
Komuniti Menteri baik (UMNO/BN) ataupun pihak pembangkang (PAS/DAP/PKR dll) dan penjawat kerajaan tidak terlalu berasa impak langsung berhubung kenaikan minyak. Sebagai contoh, jika Pak Lah ingin melawat desa, beliau boleh menuntut kos perjalanan, penginapan, keselamatan, makanan dan sebagainya dari dana kerajaan. Begitu juga dengan menteri dan penjawat kerajaan.Berbeza dengan Pak Tani di ladang tebu Perlis, peniaga dari felda Trolak dan Sungkai. Penentuan kos sepinggan mee goreng atau segelas teh tongkat Ali ais yang dijual harus mengambil kira kos perjalan dan sebagainya secara kasar agar keuntungan perniagaan tidak defisit.
Golongan rakyat seperti mereka tidak boleh menuntut beberapa kos sebagaimana Pak Menteri di ibu kota sana.Tiada pilihan lain melainkan menaikan harga harga jualan ayam dari RM10.40 sekilo kepada RM12 atau RM14 sekilo. Mee Goreng naik harga RM3.50. Teh Tongkat Ali mungkin RM3.50. Jika patuh kepada takat harga yang ditetapkan oleh KPDNHEP bermakna komuniti peniaga, pemborong, Pak Tani dan rakyat kebanyakan akan mengalami kerugian niaga dan bersedia gulung tikar.
Di mana pertimbangan kerajaan (UMNO/BN)?Pak Lah mungkin makan di hotel 5 bintang sesuai dengan statusnya dan gaji beliau. Masejnya di sini, akhirnya setiap rakyat terpaksa mengdapai kenaikan inflasi negara. Jaminan harga barang runcit tidak naik suatu gula-gula semata-mata.
PENDIRIAN PENULIS
Pendirian penulis, kenaikan harga runcit minyak bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi kepentingan negara yang mengamalkan ekonomi kapitalisme kekayaan berlegar di kalangan golongan elit hasil cengkaman ekonomi di peringkat rakyat kebanyakan.Kerajaan (UMNO/BN) seharusnya lebih jujur dalam menyampaikan justifikasi kenaikan harga runcit minyak kepada rakyat kebanyakan. Helah dan tidak transperency pihak kerajaan ke atas rakyat adalah suatu pengkhianatan.
Penulis menganalisis setiap tindak tanduk Kerajaan (UMNO/BN).Kerajaan (UMNO/BN) harus lebih proaktif dan progresif dalam meneroka sumber tenaga alternatif demi mengurangkan kadar guna bahan bakar petroleum oleh syarikat milikan negara. Tenaga solar, uranium, nuklear, ombak dan sebagainya harus diteroka.
Negara Iran membuktikan kebolehan mereka dalam meneroka industri tenaga nuklear dan uranium demi pembangunan sektor industri berat dan pertanian. Malaysia harus mencontohi inisitif Iran di tengah-tengah ancaman naik turun harga minyak sedunia tidak menentu ini.Kerajaan (UMNO/BN) harus lebih bijak dalam menguruskan belanjawan negara. RM-9 kini dirangka.
Pihak kerajaan (UMNO/BN) seharusnya meletakkan priority (keutamaan) belanjawan kepada jaminan inflasi dan bahan-bahan asasi termasuk subsidi minyak. Daripada ghairah menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan dan forum peringkat global yang hanya memberi subsidi kepada golongan elit dan warga asing, lebih baik peruntukan tersebut disuntik kepada sektor-sektor yang melibatkan kebajikan rakyat.
Penulis sentiasa yakin pihak kerajaan (UMNO/BN) pengkhinat bangsa Malaysia selagi mana subsidi minyak yang hakikatnya adalah hak rakyat tidak dikembalikan segera kepada rakyat. Tiada pilihan lain, sama ada rakyat Malaysia (termasuk penulis) terus cium punggung kerajaan (UMNO/BN) atau bangkit menggugat kerajaan agar rakyat terbela. MINYAK NAIK, SUBSIDI RAKYAT TERGADAI!!!!!
Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
~~~~~~
Sekarang ini sudah hampir seminggu kenaikan harga minyak 30 sen telah diumumkan. Cuba kita perhatikan kadar harga barang disekeliling anda, sudah naik atau tidak ? Berikut adalah senarai harga yang meningkat dibeberapa tempat di Malaysia.Harga lama & Harga Selepas Harga Minyak Naik.
1) Pulau Pinang:
Barang Harga Dulu
Harga Baru
Bawal hitam RM15 - 1 kg RM17 - 1 kg
Ikan kembung RM6 - 1 kg RM7 - 1 kg
Kacang panjang RM2.40 RM3
Mee/koay teow RM2.50 sepinggan RM3 sepinggan
Roti canai 60 sen sekeping 80 sen sekeping
Udang RM16 - 1 kg RM17 - 1 kg
2) Shah Alam:
Ayam RM5 - 1 kg RM6 - 1 kg
Mee RM3 semangkuk RM3.30 semangkuk
Daging import RM7 - 1 kg RM8 - 1 kg
3) Melaka:
Ayam RM4 -1 kg RM4.50 - 1 kg
4) Kuala Lumpur:
Bawal hitam RM12 - 1 kg RM13 - 1 kg
Daging tempatan RM15 - 1 kg RM18 -1 kg
Daging import RM8.50 -1 kg RM9 -1 kg
Ikan kembung RM6 - 1 kg RM7 - 1 kg
Sawi RM2.80 - 1 kg RM3 - 1 kg
Santan RM3 - 1 kg RM4 - 1 kg
Tenggiri RM14 - 1 kg RM15 - 1 kg
5) Petaling Jaya:
Bawal hitam RM12 - 1 kg RM16 - 1 kg
Santan RM3 - 1 kg RM4 - 1 kg
Sawi RM2.80 - 1 kg RM3 - 1 kg
6) Alor Setar:
Ikan kembung Naik hingga RM3 -1 kg
7) Ipoh:
Ikan kembung Naik hingga RM3 -1 kg
8) Kota Bharu:
Ikan Tenggiri RM12 - 1 kg RM16 - 1 kg
9) Seremban:
Sawi RM1.60 - 1 kg RM2 - 1 kg
10) Johor Bahru:
Sawi RM2 - 1 kg RM2.50 - 1 kg

SumBer ~~~>HARAKAHDAILY, 5 March 2006

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS