~ aRtiKaL ~ ::_PenSeJaRaHan SeMuLa PeRjuAnGan KeMerDeKaAn: 1 TunTuTan KeadiLan_::
Detik 31 Ogos sudah menghampiri kita. Maka begitulah lumrahnya pada setiap tahun rakyat Malaysia disaran untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Tapi, apakah maknanya semua ini? Apakah seluruh fakta sejarah kemerdekaan kita ditulis dengan betul dan adil?
Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan negara kita sebagaimana yang tercatat dalam buku-buku sejarah. Detik bersejarah ini telah dimulakan dengan penurunan bendera Union Jack (bendera British) di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat pukul 12 malam. Keesokan harinya barulah diisytiharkan Merdekanya Tanah Melayu dari penjajah British dengan laungan Merdeka! oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
Namun demikian, beberapa persoalan timbul disebalik fakta sejarah kemerdekaan negara kita yang sedia ada iaitu: Adakah Umno dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC) sahaja dari mula hingga akhir yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?
Sejarah Acuan Pemerintah
Apakah buku-buku sejarah yang ditulis pada hari ini berasaskan kepada fakta sebenar ataupun berasaskan kepada acuan pemerintah? Benarkah hanya Dato?Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno sahaja yang bersungguh terlibat memerdekakan negara kita?
Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan ramai lagi berserta dengan pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) untuk memerdekakan negara kita?
Kepentingan Penulisan Pensejarahan Semula Perjuangan Kemerdekaan
Adalah diakui bahawa tajuk ini sememangnya penuh kontroversi dan menjadi pertikaian sejak sekian lamanya. Penelitian kembali dari perspektif kajian Sains Politik dan Sejarah adalah mustahak bagi membolehkan usaha-usaha untuk mengembalikan keadilan dan kebenaran dalam penulisan pensejarahan fakta perjuangan kemerdekaan negara ini, mampu dilaksanakan oleh pengemblengan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan. Penulisan pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan adalah wajar, dhoruri dan satu kemestian kerana, untuk:
i. Memberikan kefahaman yang jelas dan benar tentang kemerdekaan
ii. Menjamin sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak terus diselindung,
iii. Memastikan generasi muda dan rakyat seluruhnya tidak terkeliru
iv. Mengembalikan semula keadilan dan kebenaran
I. Memberikan kefahaman yang jelas dan benar tentang kemerdekaan
Menekuni aspek sejarah dan faktanya secara menyeluruh dalam membicarakan sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat penting. Ini untuk memastikan kefahaman kita berkaitan dengan kemerdekaan dan sejarah perjuangannya difahami dengan jelas, telus, adil, rasional dan tanpa pertimbangan yang salah dan berat sebelah.
Ia amat perlu kerana penulisan pensejarahan kemerdekaan negara sejak 48 tahun yang lalu tidak transparen dan adil dalam penyampaiannya pada umum.
Sejarah Awal Perjuangan Kemerdekaan
Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.
Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.
Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.
Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan. (Dr. Syed Husin Ali "Hormati semua pejuang kemerdekaan" (http://www.malaysia-today.net)
Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.
Pejuang Kemerdekaan Sebenar
Antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).
Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.
Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan.
Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua). Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya).
Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.
Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan. Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.
Penghakiman Sejarah Yang Adil
Justeru, amat perlu untuk menekuni kesemua fakta sejarah kemerdekaan dengan mengambil kira semua peranan yang dimainkan oleh sesiapa juga; baik pemimpin ataupun rakyat biasa di semua peringkat dalam usaha memerdekan negara ini.
Ini penting demi menjamin penghakiman sejarah yang adil bagi mereka yang berjuang secara bersungguh untuk merdeka; kesungguhan perjuangan yang bukan hanya terhad di meja perundingan tapi juga sanggup berkorban nyawa demi memerdekakan tanah air dan membela maruah agama serta bangsa.
II. Menjamin Sejarah Sebenar perjuangan Kemerdekaan Tidak Terus Diselindung
Tegasnya, sebelum Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka pada 31 Ogos 1957, laungan ini sudah bergema dan banyak babak-babak sejarah yang dimainkan bukan hanya Umno atau Perikatan. Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British. Adullah CD, Rashid Maydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah antara pemimpin-pemimpin yang turut berjuang untuk kemerdekaan (Hishamuddin Rais "merdeka dan sejarahnya" : http://www.malaysia-today.net)
Begitu juga halnya dengan pertubuhan yang dilabel berhaluan kiri. Fakta sejarah menegaskan wujudnya parti-parti politik nasionalis Melayu mendahului Umno dalam perjuangan kemerdekaan. Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di pimpin oleh Mokhtaruddin Lasso ditubuhkan pada 17 Oktober 1945.
Bersama parti ini ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) dan pada 14 Mac 1948 ditubuhkan pula Hizbul Muslimin. Ini semua adalah jaringan gerakan nasionalis Melayu yang menuntut merdeka dari British.
Indoktrinasi Umno
Realitinya pada hari ini, indoktrinasi yang cuba dan sentiasa diterapkan oleh Umno khususnya dan regu kuat politiknya-MCA dan MIC bahawasanya, merekalah pelopor kepada perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Buku-buku sejarah yang digunakan di sekolah, penulisan-penulisan sejarah dan politik tanah air di institut pengajian tinggi juga bahan-bahan bacaan dan tatapan umum yang berorientasikan sejarah, hebat memperkatakan kesungguhan Umno dan Perikatan dalam membawa kemerdekaan.
Merujuk kepada sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia hari ini, banyak fakta yang dinafikan kerajaan yang memerintah. Ini jelas apabila sejarah perjuangan para pemimpin dan pertubuhan selain Umno/Perikatan serta rakyat biasa seolah-olah tidak diiktiraf.Ini dapat dibuktikan bilamana, penulisan pensejarahan perjuangan kemerdekaan hari ini masih melabelkan Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan seangkatan dengan mereka serta pertubuhan mereka sebagai golongan radikal dan berhaluan kiri. Juga, mereka ini hanya berperanan kecil dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.
Ini satu ketidakadilan dalam pengungkapan sejarah, kerana fakta sejarah sebenar telah menegaskan Umno dan Perikatan hanya menyambung usaha menuntut kemerdekaan daripada British setelah pemimpin-pemimpin yang di labelkan radikal ini ditahan oleh British. Perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan sedari awal bukanlah dipelopori oleh Umno/Perikatan tetapi pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kiri tersebut. Inilah fakta kebenaran yang dinafi dan diselindung.
III. Memastikan Generasi Muda & Rakyat Seluruhnya Tidak Terkeliru
Generasi muda dan rakyat keseluruhannya telah dikeliru dan terkeliru; ditipu dan tertipu dengan fakta sebenar perjuangan kemerdekaan. Menyeleweng dan menyelindung kebenaran fakta sejarah perjuangan kemerdekaan adalah satu pengkhianatan terhadap sejarah perjuangan bangsa. Ia mencemar perjuangan dan pengorbanan suci pejuang-pejuang terdahulu dalam membela maruah bangsa dan agama.
Pengolahan dan pengungkapan fakta sejarah yang berat sebelah dalam penyataan memerdekakan Tanah Melayu beralasankan untuk mengelakkan kontroversi dan mencetuskan provokasi dalam masyarakat adalah hujah yang amat dangkal.Ini kerana ia tidak akan membentuk kesatuan dan keharmonian dalam sambutan kemerdekaan pada setiap tahun. Generasi baru daripada salasilah keluarga tokoh-tokoh yang dilabelkan sebagai radikal dan kiri (Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir Chin Peng dll.) pada hari ini, tidak akan mengiktiraf kemerdekaan yang disambut disebabkan penafian peranan datuk-datuk mereka dalam memerdekakan Tanah Melayu dalam penulisan sejarah tanah air.
Justeru, selagi mana fakta sejarah sebenar dirahsiakan dengan menonjolkan pejuang-pejuang kemerdekaan secara selektif; dengan menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan hanyalah dipelopori oleh pertubuhan moderat Melayu iaitu Umno, lantas menafikan peranan para pemimpin dan pertubuhan lain, maka selagi itulah semangat meraikan kemerdekaan secara bersama tidak akan tercapai.
Sambutan Bermakna
Bilamana semua warga memaklumi fakta sejarah perjuangan kemerdekaan yang sebenar dan hakikat sejarah ini diterima, barulah sambutan kemerdekaan akan lebih dirasakan maknanya. Perkongsian sejarah bukan eksklusif untuk satu kelompok yang dari sejarahnya pula kurang tepat.
Sekiranya, semua warga diberitahu kelak menerusi pensejarahan semula bahawasanya, kemerdekaan Negara ini adalah perjuangan anak semua bangsa dan Negara ini juga untuk anak semua bangsa, maka sambutan kemerdekaan ini tidak lagi memerlukan peringatan dan pengumuman kerajaan. Ini kerana ianya milik bersama dan semua anak bangsa Malaysia.
IV. Mengembalikan Semula Keadilan & Kebenaran
Penekunan dan penelitian kembali fakta-fakta sejarah dahulu dapat memberikan kefahaman yang mendalam pada kita untuk memahami keadaan sosio-politik hari ini. Yang terdahulu melahirkan yang terkini dan yang terkini akan menimbulkan yang akan datang. Kesatuan Melayu Muda diharamkan lebih awal dari parti-parti yang lain. KMM diharamkan oleh fasis Jepun semasa Jepun datang menjajah tanah Melayu.
Tanggal 20 Jun 1948 penjajah British telah mengisytiharkan 'darurat' di Tanah Melayu. Ini adalah akibat terdesak kerana rakyat Tanah Melayu telah bangun menentang mereka. Langkah pertama yang dilakukan British ialah mengharamkan parti-parti politik yang betul-betul menentang mereka (PKMM,API dll.)
Apa yang tinggal ialah parti-parti politik seperti Umno, MCA, MIC. Parti-parti yang tersusun rapi dan berupaya melawan British telah diharamkan. Parti-parti yang diharamkan ini tidak memainkan sentimen perkauman dan berkemungkinan menggalang kesatuan rakyat semua bangsa. Ini sebenarnya mengancam kepentingan British di Malaya. Maka, dari latar belakang inilah munculnya United Malay National Organization (Umno) satu pertubuhan Melayu yang hingga ke hari ini masih memakai nama Inggerisnya. Dari nama pertubuhan ini sudah dapat ditelah bahawa ini adalah penggabungan badan-badan dan kumpulan-kumpulan Melayu yang akhirnya diiktiraf oleh British sebagai parti politik.
Direstui British
Umno kemudiannya bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam Perikatan. Kumpulan politik yang bergabung di bawah Perikatan lebih diyakini dan direstui British. Para pemimpin ini juga lebih senang dan selesa untuk mengikut dasar yang diletakkan oleh British. (Hisahmuddin Rais, 'Merdeka dan sejarahnya')
Tegasnya, dalam perjuangan menentang penjajahan demi memerdekakan Tanah Melayu, kedapatan juga dua tradisi yang sama, iaitu: tradisi kerjasama serta kompromi dengan penjajah dan tradisi perlawanan serta penentangan terhadap penjajah. Penilaian dan justifikasi kita mungkin berbeza terhadap kedua-dua tradisi ini. Namun, adalah perlu untuk kita memberi pengiktirafan yang seimbang kepada tokoh-tokoh dan parti-parti penting dari kedua-dua tradisi ini.
Penutup & Kesimpulan
Adalah jelas bahawasanya sejarah perjuangan kemerdekaan pada hari ini tidak benar-benar mengungkapkan fakta pensejarahan yang tepat. Banyak fakta yang diselindung dan diseleweng khususnya bila melibatkan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang tidak sealiran prinsip perjuangannya dengan Umno dan Perikatan.
Seharusnya, kita memandang berat dan menghormati pandangan Tun Dr. Ismail, dengan mengikuti nasihatnya iaitu sebagaimana yang diungkapkan pada tahun 1972 : "sumbangan semua golongan, termasuk golongan kiri' mesti dihormati.' (Dr S.Husin Ali), 'Hormati semua pejuang kemerdekaan'. Sungguhpun beliau tidak menyebut satu-persatu golongan tersebut, maksudnya agak jelas.
Tiada siapa yang seharusnya menafikan peranan Tunku dan Umno untuk akhirnya mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Inggeris menerusi perundingan. Memang salah jika ada pihak yang mengatakan mereka tidak memberikan sumbangan sama sekali.
Tetapi sebaliknya, salah juga jika kita tidak mengiktiraf sama sekali peranan dan sumbangan oleh golongan-golongan lain, termasuk golongan ulama, bangsawan tradisional dan tokoh serta pertubuhan 'kiri' yang disebut tadi. Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan Negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya. Ini kerana kita tidak mahu "The victor writes history, the loser writes poetry"(Yang juara menulis sejarah, yang kalah menulis sajak).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_DaKwAh & PeRaNan Ulamak MenGisi KeMeRdeKaAn_::
Alhamdulillah, saya sempat mendengar ceramah Perdana yang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Abd Ghani Samsudin ,Pengerusi SHURA sempena smbutan 50 tahun Jubli Emas HEWI PMRAM anjuran HEWI PMRAM dengan kerjasama AJK pelaksana sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan anjuran PMRAM .Ceramah ini telah diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan pada 25 Ogos 2006 yang lepas. Program ini adalah program julung-julung kali yang diadakan oleh HEWI PMRAM yang telah mencapai usia emasnya dalam merentasi perjuangannya di bumi Mesir ini.
Begitu juga dengan PMRAM, didalam kemeriahan negara menyambut ulangtahun hari kemerdekaan, persatuan pelajar ini juga menyambut sama perayaan ini untuk menyatakan semangat patriotik kepada negara.Sebelum ini, saya sudah menulis artikel ringkas berkaitan dengan kemerdekaan, oleh itu dalam artikel ini saya akan mengupas sepertimana yang dijelaskan oleh Al Fadhil Ustaz Ghani didalam ceramahnya dalam tiga aspek sahaja untuk kita mengaitkan dengan kemerdekaan dan egenda untuk pengisian kemerdekaan.
1-Pelbagai jenis kemerdekaan.
2-Bentuk bentuk belengu/cengkaman kemerdekaan.
3-Langkah langkah mengisi kemerdekaan.
Pertama :Pelbagai jenis kemerdekaan.
Islam sebagai suatu agama yang bertitik tolak daripada kemerdekaan yang sebenar bersandarkan kepada Ubudiyaah kepada ALLAH SWT menghalang penganutnya memperhambakan sesama manusia. Saidina Umar dengan tegas menyatakan 'Bilakah anda dibenarkan memperhambakan orang lain padahal ibu bapa mereka telah melahirkan mereka sebagai seorang yang merdeka??
Dr Abd Aziz al Khayyat menegaskan kebebebasan yang dirangkumkan oleh Islam mengandungi beberapa jenis:
1- Kebebasan diri
2- Kebebasan tempat tinggal
3- Kebebasan beragama [ berkeyakinan]
4- Kebebasan berpendapat
5- Kebebasan mendapat pendidikan
6- Kebebasan hak milik
7- Kebebasan berpolitik.
Namun Ustaz telah menyenaraikan lebih daripada 17 jenis kebebasan yang perlu ditikberatkan dalam kehidupan . Walaupun begitu, kebebasan sebenarnya tidak ada had dan batasan , kerana ALLAH SWT sendiri telah meletakkan agama ISLAM sebagai suatu agama yang merdeka ,maka dengan sendiri penganut ajaran Islam akan merdeka dalam semua keadaan dengan penyandaran kepada hukum dan keadilan mutlak ILAHI.
Oleh kerana kemerdekaan adalah tuntutan ILAHI yang dianggap sebagai ibadah jika kena pada tempatnya, maka sudah sampai masanya kita memerdekakan negara kita daripada sistem yang tidak berpaksikan kepada keadilan ILAHI [ hukum dan keadilan ALLAH yang mutlak]
Bentuk-bentuk belengu/ cengkaman kemerdekaan.
Negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen cara Barat sebenarnya sudah cacat dengan gejala rasuah, korupsi, penipuan, politik wang dan lain-lain. Belengu-belengu yang merantai rakyat Malaysia daripada menyuarakan kebebasan terlalu banyak, diantara yang disenaraikan oleh Al Ustaz ialah;
1-Ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya dalam melaksanakan amanahnya.
2-Penyalahgunaan kuasa yang berleluasa sehingga menjadi wabak yang membarah dalam masyarakat.
3-Kongkongan terhadap bidang kehakiman, rasuah berleluasa dan penyebaran maklumat yang berat sebelah.
4-Kelemahan didalam melaksanakan hukuman yang diperuntukan yang jelas tidak selaras dengan hukum ALLAH.
5-Tunduk membabi buta kepada kuasa Barat sebagai penjajah di era baru.
6-Tidak melaksanakan dasar pemerintahan Islam sebaliknya melaksanakan dasar yang jelas menentang hukum dan perundangan Islam.
7-Mengamalkan dasar pejuangan politik yang memperalatkan agama dan bangsa sebagai kepentingan disamping derhaka kepada agama dan mendakwa mereka juga memperjuangkan Islam [ Islam Hadari].
8-Mewujudkan pelbagai akta zalim seperti ISA, OSA, akta Media dan cetak sebagai melindungi kerajaan yang korup dan rasuah daipada pengetahuan rakyat.Media yang berat sebelah didalam meyampaikan berita jelas sekali sebagai ajen kepada kerajaan.
Hakisan kepada kebebasa ini amat jelas berlaku saban hari didalam masyarakat dan semakin membarah. Budaya hedonisme yang terlampau dikalangan masyarakt adalah satu natijah daripada ketidak berkesanan dasar dan perjuangan pemerintah didalam mendidik masyarakat kearah masyarat yang bertamadun.Di era Islam Hadari ini menampilkan produk-produk yang menyempitkan kuasa demokrasi rakyat sehinggakan berlakunya pelbagai peristiwa yang berdarah, meruntuhkan institusi kehakiman, dan sebagainya sebagai salah satu perubahan yang dicanangkan oleh PM Pak Lah.
Namun disana masih banyak lagi bentuk belengu selain daripada apa yang disenaraikan oleh Ustaz , namun kesimpulannya, negara kita sudah lagi tidak ada kebebasan yang diajar oleh Rasulullah SAW semasa baginda memerintah didalam negara majmuk Madinah.Bahkan kebebasan hanyalah sebagai suatu retorik dan penyedap didalam ucapan pemimpin-pemimpin utama negara ini.
Langkah-langkah penting mengisi kemerdekaan.Untuk kita menghadapi kegetiran dan gejala kehakisan ini, kita perlu melakukan banyak perkara.Diantara langkah-langkah tersebut ialah;
1-Menampilkan kefahaman yang betul tentang erti kemrdekaan yang sebenar bertepatan dengan wacana Islam.
2-Menampilkan Indeks Pembangunan Insan Muslim dan Nusantara lebih sesuai dengan rantau ini dan meningktkan usaha pembangunan insan dalam masyarakat.
3-Menyediakan Indeks Negara Maju berdasarkan Indeks Islam sepertimana yang dejelaskan didalam sirah Nabi SAW, khalifah Rasyidin dan seterusnya.
4-Memantapkan jatidiri masyarakat Malaysia bersesuaian dengan Asia dan wajah Islam.
5-Menyatukan Ummat didalam keselaran yang sama, kerangka perjuangan yang satu.
6-Menampilkan wacana pemikiran Islam yang kompleks didalam menghadapi tuntutan zaman dan perubahan semasa dan menolak segala khurafat baru seperti Islam Hadari, Islam Liberal, Sisters in Islam dan sebagainya.
7- Menyalurkan segala maklumat dan informasi yang tepat melalaui sumber seperti weblog, akhbar online , web tv dan sebagainya yang masih terbuka dan bebas kepada semua untuk diisi.
8-Menghidupkan amal makruf dan nahi mungkar.
9-Memastikan agar syariat Islam yang sempurna dalam berjalan didalam masyarakat melaui usaha NGO-Ngo., badan bebas serta parti-parti politik.
10-Memperkukuhkan istitusi ulamak dan menggabungkan dengan kepelbagainya kepakaran yang dimiliki dengan menggiatkan usahasama dalam menghadapi era canggih dan penuh cabaran.
11-Mendesak kerajaan agar memansuhkan akta-akta yang zalim seperti ISA, OSA dan mendaulatkan keadilan didalam pemerintahan demokrasi.
12-Mendesak kerajaan agar memperkukuhkan hubungan diantara kaum dan bangsa di Malaysia dengan merapatkan jurang ekonomi, taraf pendidikan dan sebaginya.
Disamping beberapa langkah ini, banyak lagi cadangan dan langkah-langkah yang sepatutnya diambil perhatian oleh semua pihak didalam halatuju membudayakan kebebasan yang sebenar.
Penutup.
Setelah mengikuti kupasan yang telah dibawa oleh ustaz Abb Ghani dari awal, jelaslah kepada kita bahawa sebuah negara yang berdaulat sepatutnya menjadikan agenda yang telus didalam pemerintahan mereka dengan berpaksikan kepada kebebasan bersuara dan kebebasan yang mutlak dari ALLAH.
Penulis menyakini bahawa mutakhir ini sudah ada bibit kesedaran daripada masyarakat bangkit untuk bersatu menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh sang pemerintah yang sudah jauh daripada dasar perjuangan membela nasib rakyat. Oleh itu, semua pihak harus mengembling tenaga dan kepakaran , berusaha menghidupkan kembali kuasa rakyat yang bertunjangkan kepada keadilan yang sebenar.
Semoga usaha kita ini akan mengembalikan kebebasan dan kemerdekaan negara kita sekarang pada masa akan datang demi melihat generasi mendatang menghirup udara Malaysia yang bebas dan merdeka.Merdekakan bangsa, agama dan tanah air kita daripada segala unsur penjajahan. Selamat menyambut Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 49.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_KeTaaTaN?!!_::
Taat adalah menurut perintah dan arahan. Takrifan taat berdasarkan Imam Hassan Al-Banna adalah akur kepada perintah dan segera melaksanakan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Taat menurut Fathi Yakan di dalam karangannya “Ma Za Ya’ni Intima’ Lil Islam” ialah mematuhi perintah dan melaksanakannya di masa susah dan senang, dalam perkara yang disukai dan dibenci.
Kita boleh lihat sendiri takrifan taat seperti yg dikeluarkan dalam hadith nabi. Antaranya:- dari Ibnu Umar radhiallahu ‘ anhuma dari nabi s.a.w sabdanya:- “Wajib atas seseorang muslim untuk mendengar dengan patuh serta mentaati, baik dalam hal yang ia senangi dan yg ia benci, melainkan jikalau ia diperintah utk melakukan sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah oleh penguasa pemenrintahan dgn sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.” (Muttafaq ‘alaih)

Di dalam Al-Quran pula, Allah memerintahkan agar org beriman taat kepada Allah, rasul, dan amir. “Hai sekalian org beriman, taatlah engkau semua kepada Allah dan taat pulalah kepada Rasulullah, juga kepada orang-orang yang memegang pemerintahan dari kalanganmu sendiri” (An-Nisa’: 59)
Taat adalah komponen yg penting dalam sesuatu jemaah. Ada satu usul fiqh yg biasa kita dengar iaitu. “Tiada Islam tanpa jemaah. Tiada jemaah tanpa pimpinan. Dan, tiada pimpinan tanpa taat”. Kita dapat lihat disini bahawa taat itu membawa kpd berjayanya sesuatu gerakan atau jemaah itu. Tanpa nilai taat, sesuatu gerakan pasti akan kelam kelabut dan tidak tersusun.
Kita dapat lihat di dalam hadith nabi, rasulullah amat mementingkan nilai taat ini. Dari Anas r.a, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: “Dengarlah olehmu semua dengan patuh dan taatlah pula, sekalipun yang digunakan yakni yang diangkat sebagai pemegang pemerintahan atasmu semua itu seorang hambasahaya keturunan Habsyi- orang berkulit hitam yang di kepalanya itu seoalah-olah ada bintik-bintik hitam kecil-kecil” (Riwayat Bukhari). Di sini dapat kita lihat, walaupun org yg diangkat itu nampak lebih rendah daripada kita, namun hendaklah kita mentaatinya agar tidak wujud perpecahan ummah.
Ada satu hadith dari rasulullah yg memberi amaran kepada kita akibat tidak taat kepada seoarang ketua. Dari Ibnu Umar r.a pula, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangan ketaatan- yakni keluar dari ketaatan terhadap penguasa pemerintah, maka orang itu akan menemui Allah pada hari kiamat, sedang ia tidak mempunyai hujah-alasan lagi untuk membela diri dari kesalahanya itu. Adapun yang meninggal dunia sedang di lehernya tidak ada pembai’atan – untuk mentaati pada pemerintahan yang benar, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyyah.”(Riwayat Muslim).
Kita hendaklah memberi ketaatan kepada ketua yg dilantik tanpa byk soal kerana mereka mengetahui byk perkara dan boleh dipercayai. Amatlah teruk jika kita tidak mengikuti arahan ketua kita seperti yg terdapat dlm hadith ini, dari ibnu abbas radhiallahu ‘anhuma bahawasanya rasulullah s.a.w bersabda:- “Barangsiapa yang membenci sesuatu tindakan dari amirnya –yang memegang pemerintahan, maka hendaklah ia bersabar, sebab sesungguhnya saja barangsiapa yang keluar – yakni membangkang – dari seorang sultan- penguasa Negara- dalam jarak sejengkal; maka matilah ia dalam keadaaan mati jahiliyyah. “(Muttafaq’alaih)
Antara contoh kesan dari tidak taat arahan ketua dapat kita lihat dalam perang uhud, dimana di dalam perang itu, rasulullah telah memerintahkan agar para pemanah di atas bukit supaya tidak turun sehingga diarahkan berbuat demikian supaya dapat menjaga kaum muslimin daripada serangan dari belakang. Di dalam perang ini, apabila kaum muslimin sudah Berjaya menggasak kaum kafir sehingga memaksa mereka mengundur, para pemanah di atas bukit beranggapan bahawa mereka telah menang dan segera turun daripada bukit utk mengambil harta rampasan perang, ketika ini Khalid al walid melihat akan kekosongan yg berlaku dan segera mengambil peluang utk melakukan serangan balas sehingga menyebabkan ramai orng islam terbunuh, rasululllah sendiri mendapat cedera di dalam peperangan ini.
Dapat juga kita lihat di dalam peperangan ini ketika rasulullah dlm keadaan genting ramai sahabat yg segera dtg menolong rasulullah, rasulullah memerintahkan agar sahabat2 melindunginya, sahabat segera patuh akan arahan rasulullah walaupun mereka tahu yg dgn berbuat demikian mereka akan mati dibunuh.
Kita dapat lihat contoh ketaatan yg terdapat dalam al-quran seperti yg terdapat dalam surah al-baqarah:246-252. Di dalam ayat ini allah telah menerangkan tentang kisah talut dan jalut. Dapat lihat di sini, seseorang itu akan diuji ketaatan mereka peringkat demi peringkat, dan orang yang berjaya dalam ujian ini hanyalah orang yg benar2 bersabar dan taat kepada perintah rasul mereka. Di dalam kisah ini, allah telah memerintahkan bani israil agar utk berperang di jalan allah, namun sebahagian daripada mereka berpaling. Setelah itu allah mengangkat talut sebagai ketua mereka, sebahagian lagi drpd berpaling, setelah itu allah menguji mereka apabila talut memberi arahan supaya tidak minum air sungai kecuali seceduk tangan, kemudian sebahagian lagi berpaling. Setelah mereka hampir berhadapan dgn jalut, sebahagian lagi berpaling kerana takut dgn tentera jalut yg banyak dan kuat. Setelah itu hanya tinggal sedikit sahaja tentera talut, namun dengan izin allah, tentera yg sedikit ini berjaya mengalahkan tentera yg ramai dan kuat.
Antara contoh ketaatan yg dapat kita lihat lagi ialah di dalam perang ahzab, dimana ketika itu kaum quraisy telah menghimpun 10000 org utk memerangi rasulullah di madinah. Contoh ketaatan yg ingin ditunjuk dalam perang ini ialah ketika mana rasulullah menyuruh huzaifah utk mendapatkan maklumat dari pihak lawan mengenai keadaan mereka. Rasulullah telah memesan kepada huzaifah agar tidak melakukan apa2 melainkan sekadar utk mendapatkan maklumat sahaja. Huzaifah dgn taat melakukan perintah yg diarahkan oleh rasulullah itu walaupun dia tahu misi itu amat bahaya
Antara contoh ketaatan yg boleh diambil dari para ikhwan muslimin, pernah sesuatu ketika 2 orang ikhwah tidak hadir ke suatu majlis qiammullail tanpa meminta izin daripada mas’ul mereka kerana menghadiri majlis perkahwinan. Lalu mereka diberi hukuman supaya berjalan kaki sebanyak lebih kurang 20km. disebabkan tahap ketaatan yg tinggi mereka sanggup menjalankan hukuman itu. Kita dapat lihat dgn ini, mereka akan menjadi lebih berdisiplin dan lebih taat kepada ketua mereka dlm masa akan datang.
Hassan Al-banna menerangkan taat di dalam 3 peringkat dakwah. Tiga peringkat dakwah ini adalah Takrif, takwin dan tanfiz.
Takrif adalah fasa pengenalan. Dakwah dalam peringkat ini adalah bersifat umum dan ditujukan kepada semua orang. Banyak wasilah yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat dlm peringkat ini. Antaranya ialah ceramah umum, majlis tazkirah, tilawah quran dan sebagainya. Dalam fasa ini, dakwah dibuat melalui pertubuhan. Dalam fasa ini, ketaatan secara total tidak diperlukan, cukup sekadar menghormat sistem dan dasar am jemaah.
Takwin adalah fasa pembinaan. Dakwah dalam peringkat ini adalah bersifat khusus. Org2 yg benar2 bersedia memikul tanggungjawab tergolong dlm fasa ini. Dalam fasa ini, hendaklah jemaah memilih individu2 yg soleh utk memikul tanggungjawab jihad ini. Dlm fasa ini, dakwah menggunakan kaedah sufi dan kaedah ketenteraan dalam sudut rohani dan amali. Dlm fasa ini, individu tersebut hendaklah mempunyai ketaatan mutlak kepada jemaah.
Tanfiz adalah fasa pelaksanaan. Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi. Kerja yg dibuat hendaklah berterusan hingga mencapai matlamat. Kejayaan hanya akan dicapai melalui ketaatan mutlak. Hendaklah individu yang berada pada tahap ini menyiapkan diri utk melaksanakan tanggungjawab dakwah ini. Mereka juga hendaklah banyak bersabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ ToKoH ~ ::_SaLahuDdin aL AyYuBi,PeJuaNg SeJati_::
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir.
Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi’ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Kadi Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu” (Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin
Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Kadi Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara’ dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup “Spartan” yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.
Salahuddin pernah berkata, “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Kadi Bahauddin, 1234)
Peperangan Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah teruk. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembasar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain.
Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bawaha dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.
Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammat atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani.
Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelematkan kamu”. Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.
Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Kadi Bahauddin ia menyatakan inilah kemengan atas kemengang. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-prang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.
Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin Yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.
Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.
Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula”. Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.
Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian.
Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa.
Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian.
Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin.
Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Wafatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.
Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22),
Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin Yang Wara’
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam.
Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.
Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku”. Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan.Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam.
Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.
Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian.
Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak”. Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya”. Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?”
Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan“Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku.Kini aku mohon pertolongan-Mu.Aku menyerahkan diriku kepada-Mu.Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”
Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu”. Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”
Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa.
Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri.
Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka.
Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk.
Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu.
Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu”, kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya”.
Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali.
Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda”.
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh.
Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam”.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan.
Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut.
Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal.
Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai”.
Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_HaNeyYa & DweiK,ManGsa TerBaRu ZioNiS_::
Nama Koperal Gilad Shalit mungkin lebih dikenali ramai berbanding nama Huda Ghaliah. Siapakah Gilad Shalit?, tidak lain dan tidak bukan tentera rejim Zionis yang telah ditawan (dan bukannya diculik!) oleh para pjuang Palestin lewat operasi "al-Wahm al-Mubaddad" pada 25 Jun 2006.
Demi membebaskan tentera yang juga merupakan warganegara Perachis ini, pihak Zionis telah mengorbankan ratusan rakyat Palestin, menculik tujuh orang menteri kabinet kerajaan Palestin, menculik 26 orang ahli parlimen mereka, dan juga memenjarakan tanpa bicara lebih 64 orang pegawai kerajaan di seluruh Gaza dan Tebing Barat.
Di atas alasan untuk membebaskan Gilad juga, bangunan kementerian luar Palestin telah dibedil sebanyak dua kali, Universiti Islam Gaza telah diserang dan juga ratusan rumah telah dirobohkan.Tawaran para pejuang amat mudah, jika rejim Zionis mahukan Gilad, hanya bebaskan para tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam penjara-penjara Zionis yang telah menculik lebih 10,000 rakyat Palestin. Malangnya, rejim Zionis tidak mengenal etika peperangan dan juga urusan diplomasi yang bertamadun. Hanya bahasa peluru sahaja yang mereka fahami.
Huda Ghaliah
Siapakah pula Huda Ghaliah?, beliau merupakan mangsa kekejaman Zionis pada 9 Jun 2006. Di kala penduduk dunia dilekakan seleka-lekanya dengan Piala Dunia di Jerman, tentera Zionis telah membedil keluarga Palestin yang sedang berkelah di Pantai Gaza. Keluarga Huda (10 tahun) seramai lapan orang telah terkorban semuanya akibat bedilan roket tersebut. Beliau tinggal keseorangan terselamat menangisi kematian ibu, ayah, dan juga adik beradiknya yang lain.
Tangisan Huda tidak didengari oleh dunia yang pada waktu itu dikhayalkan dengan gelecekan bola pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut sebuah piala emas. Tangisan Huda juga tidak didengari oleh para pemimpin negara-negara OIC. Ratapan beliau terus sepi dan diikuti oleh tangisan anak-anak Palestin yang lainnya.
Perkara inilah yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri Turki, Tayyip Recip Erdogan. Beliau telah menyalahkan rejim Zionis di dalam isu peperangan ke atas Lubnan. Bagi beliau, tarikh 9 Jun inilah yang menyebabkan peperangan tersebut. Ketegasan beliau telah disambut baik oleh parlimen Turki dengan terbubarkan kumpulan pro-kedamaian dengan "Israel" (Turkey-Israel Inter-parliamentary Friendship Group ) di parlimen Turki. Vahit Kirisci, pengerusi Kumpulan pro-kedamaian dengan "Israel" itu telah mengumumkan pembubaran kumpulan tersebut lewat serangan Zionis ke atas Qana pada 30 Julai 2006.
Malangnya, di persada antarabangsa, lobi Zionis lebih berjaya mewarnai media-media eletronik. Mereka telah berjaya menghebohkan kepada dunia nasib Gilad, dan menjadikannya alasan utama untuk mengganas di Gaza. Rakyat Palestin yang tidak berdosa sekali lagi menjadi mangsa.
Malang lagi, masyarakat dunia tidak pula melihat kepada mengapa Gilad ditawan. Beliau telah ditawan oleh para pejuang Palestin di dalam operasi "al-Wahm al-Mubaddad" yang telah dilancarkan ke atas pengkalan tentera Zionis di Kufr Abu Shalem. Ianya dilancarkan sebagai balasan kepada keganasan Zionis membunuh orang awam Palestin. Ianya juga dilancarkan untuk mengajar rejim Zionis bahawa rakyat Palestin masih lagi mampu untuk bangkit mempertahankan diri dan berjuang.
Operasi yang telah menyaksikan dua buah kereta kebal "Merkava" milik rejim telah berjaya diletupkan, tiga komando mereka telah berjaya dibunuh, manakala belasan yang lain pula telah cedera. Malangnya, operasi ini dan juga Huda tidak mendapat tempat di dalam media-media antarabangsa. Gilad pula yang menjadi "superstar"!
Di dalam percubaan untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, pihak rejim Zionis telah menggunakan surat beracun yang dihantarkan kepada beliau melalui surat berdaftar dari Tel Aviv.
Kini pihak Zionis semakin mengganas. Setelah gagal untuk menemukan tentera mereka yang ditawan, mereka telah melakukan taktik-taktik kotor. Rumah-rumah dirobohkan, rakyat awam menjadi mangsa, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat, malah jalan-jalan raya juga turut menjadi sasaran para tentera rejim yang ganas ini. Terkini, perdana menteri Palestin, Ismail Haniyyeh dan juga Speaker Majlis Legaslatif mereka, Dr Abdul Aziz Dweik juga turut menjadi mangsa.
Nasib Haneyya
Di dalam percubaan untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, pihak rejim Zionis telah menggunakan surat beracun yang dihantarkan kepada beliau melalui surat berdaftar dari Tel Aviv, menurut satu sumber dari pejabat Perdana Menteri (PM).
Menurut para pegawai di pejabat Haneyya, Kebiasaannya, petugas-petugas pejabat Perdana Menteri di Ramallah akan menghantar surat Perdana Menteri Haneyya ke pejabat beliau di Gaza, namun disebabkan keadaan keselamatan yang menyukarkan perjalanan, seorang petugas membuka surat berkenaan untuk dihantar melalui faks. Tambahnya lagi, setelah surat tersebut dibuka, hanya sehelai kertas tisu yang mencurigakan dijumpai lalu menimbulkan rasa syak kepada petugas yang kemudiannya menyerahkan surat tersebut kepada petugas keselamatan untuk tindakan selanjutnya.
Namun, setelah helaian tisu tersebut dibuka, sejenis bau yang kurang menyenangkan timbul lalu mengakibatkan mereka yang berhampiran jatuh dan pengsan. Kesemua pegawai terlibat segera dikejarkan hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pejabat PM menyifatkan insiden ini sebagai cubaan bunuh terang-terangan oleh pihak Zionis yang jelas melanggar norma politik dan bersikap biadap terhadap Perdana Menteri yang sah. Kini, Kementerian Dalam Negeri Palestin sedang melakukan penyiasatan terperinci terhadap insiden berkenaan. Pelbagai pihak telah mengutuk tindakan berkenaan kecuali para pemimpin OIC.
Agak menghairankan, mengapakah para pemimpin negara-negara Arab dan negara-negara Islam tidak membuat apa-apa kenyataan. Bukankah Haneyya adalah perdana menteri sebuah kerajaan yang sah. Bukankah Palestin juga merupakan negara anggota OIC?.
Bukankah apa yang dilakukan oleh Rejim Zionis ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan juga segala norma diplomatik. Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan ke atas George W. Bush ataupun Ehud Olmert, ataupun Tony Blair. Pastinya para pemimpin negara-negara OIC akan segera membuat kenyataan mengutuk tindakan tersebut dan dengan segera menunding jari ke atas umat Islam sendiri. Apakah maknyanya kegilaan ini?
Apa yang kita pasti, nasib Haneyya tidak ubah seperti nasib Huda Ghaliah!, mengapa?, kerana mereka adalah rakyat Palestin!
Dweik dan nasibnya
Abdul Aziz Dweik sering menerima julukan sebagai Rantissi Tebing Barat. Berasal dari Khalil, Tebing Barat, seorang yang fasih berbahasa Inggeris dan juga merupakan para pengasas HAMAS di Tebing Barat. Lewat pilihanraya Majlis Legaslatif kerajaan Palestin pada 25 Januari 2006 yang dimenangi oleh HAMAS, beliau telah dilantik menjadi Speaker Majlis Legaslatif yang berpusat di Ramallah.
Di dalam sesi-sesi parlimen, beliau dananggota-anggota parlimen yang berpusat di Ramallah, Tebing Barat akan bersidang dengan para perwakilan lain di Gaza menerusi persidangan video (video conferencing). Seorang yang tegas dan konsisten dengan keputusan-keputusan yang dibuat, Dweik amat digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Sepertimana Dr. Abdul Aziz al-Rantisi yang terkenal dengan ketegasannya, Dweik juga mempunyai banyak persamaan dengan al-Rantissi. Kedua-duanya merupakan professional di dalam HAMAS dan juga fasih berbahasa Inggeris dan sering menjadi keminatan media-media barat untuk diwawancara.
Dweik telah ditempatkan di Penjara Ofer milik tentera rejim, di dalam kurungan bersendirian dan terasing daripada para tahanan lain.
Pada 6 Ogos 2006, beliau telah diculik dan dipenjarakan oleh tentera Zionis. Isteri beliau menceritakan bagaimana rumahnya telah dikepung oleh lebih 20 kereta perisai dan jip tentera Zionis pada hari penangkapan. Berpuluh-puluh tentera Zionis telah turut serta di dalam penangkapan tersebut. Pihak kerajaan Palestin telah mengutuk penculikan tersebut dan mensabitkan kegiatan penculikan itu sebagai "act of piracy" (kerja lanun) dan bertentangan dengan konvensyen Geneva yang ke-4. Beliau yang tidak berapa sihat telah dipenjarakan kemudiannya tanpa sebarang bicara.
Di dalam perbualan terkahir wakil pihak berkuasa Palestin dengan Dweik, beliau telah menceritakan bagaimana beliau telah disiksa dan dikurung di dalam sel yang kotor. Pihak Zionis sengaja melakukan demikian untuk menyeksa beliau dan lebih 600 rakyat Palestin yang telah ditahan di dalam operasi rejim untuk membebaskan Gilad Shalit. Sehingga kini juga, lebih 117 rakyat awam Palestin telah terkorban dengan alasan yang sama.
Dweik telah ditempatkan di Penjara Ofer milik tentera rejim, di dalam kurungan bersendirian dan terasing daripada para tahanan lain. Beliau juga tidak menafikan kemungkinan beliau akan dipindahkan ke penjara Ayalon di Ramlah yang jauh lebih teruk keadaannya dan juga layanannya.
Di Ayalon, pihak rejim telah menempatkan ramai lagi ahli parlimen-ahli parlimen Palestin yang lain. Menurut laporan sesetengah tahanan, Dweik telah diserbu oleh para pegawai penjara dan disiksa kerana beliau telah melakukan wawancara dengan pihak luar melalui telefon bimbit yang telah berjaya beliau seludup masuk ke dalam penjara.
Perkembangan terkini, Dweik dilaporkan sedang sakit kuat di dalam penjara yang diasingkan daripada para tahanan yang lain. Beliau juga tidak diberikan rawatan seperti yang sepatutnya diberikan kepada mana-mana tahanan perang menurut undang-undang antarabangsa berkaitan dengan tahanan perang.
Apa yang sebenarnya berlaku kini?Jawapannya mudah sahaja...Rejim Zionis bebas menggunakan segala kekuasaan mereka untuk mengganas di Palestin. Tiada siapa pun yang memperdulikan isu Palestin. Tiada pihak pun yang sudi untuk peka terhadap isu Palestin. Bagi para diktator-diktator Arab, walaupun mereka berjiran dengan Palestin, namun apa yang menimpa Palestin dan rakyat Palestin tidak sedikit pun merisaukan mereka. Mereka lebih merisaukan tentang kedudukan dan juga kekuasaan yang dimiliki tanpa menghiraukan saudara seagama ataupun sebangsa mereka.
Lebih mengeruhkan suasana lagi, terdapat di kalangan pemimpin Arab dan umat Islam sendiri yang menjadi agen Amerika ataupun Zionis. Jasa AS dan rejim Zionis mengangkat dan mengekalkan mereka di atas singgahsana masing-masing telah membisukan mulut-mulut para pemimpin tersebut.
Bagi para pemimpin-pemimpin Arab dan Islam yang penakut pula, mereka tidak akan berani mengeluarkan apa-apa kenyataan, apatah lagi tindakan. Bagi mereka, ancaman AS itu lebih mereka takutkan daripada kemurkaan Allah. Bagi para rakyat yang sedar dan ingin melakukan sesuatu, mereka tidak mampu melakukan apa-apa kerana kekangan dari pihak pemerintah.
Lebih malang lagi, ramai juga dari kalangan rakyat yang masih tidak lagi sedar dan enak dibuai mimpi-mimpi yang indah dan dilekakan oleh fatamorgana dunia yang menipu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ aRtiKaL ~ ::_RiNduKaN ZaMaN Itu--@@--KhaLiFah UmAr AbduL aZiZ_::
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu.
Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.
Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.
Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah.
Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”
Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja.
Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.
Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”
Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.
Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.
Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat.
Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.
Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.
Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya.
Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.
Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ PeRsoaLaN ~ ::_PaLeStiN & LubNaN,BaGaiMaNaKah Kita MeMbaNtu???_::
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin menyertai kamu semua bagi memberikan bantuan kepada Lubnan dan Palestin, tetapi saya tidak tahu bagaimana. Bolehkah anda membantu saya tentang apakah perkara yang boleh saya lakukan?Kamil,Yaman.
Jawapan:Waalaikumussalam. Saya mengalu-alukan semangat saudara yang tinggi, keprihatinan saudara serta bagaimana saudara merasai penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Lubnan dan Palestin serta usaha positif saudara untuk turut serta bagi memberikan bantuan kepada mereka.
Saya bertambah gembira apabila saya membaca profail saudara dan saya dapati saudara belum lagi menamatkan pengajian pada peringkat menengah tinggi. Demikian keadaan generasi pemuda yang kita harapkan agar kemenangan Islam berlaku di tangan mereka. Mereka adalah anak cucu Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid dan Ammar bin Yasir.
Saudaraku! Sesungguhnya Allah swt menjadikan umat ini sebagai umat yang istimewa kerana wanitanya dapat melahirkan anak yang ramai. Jika suatu generasi dari kalangan mereka telah menempuh umur tua dan berusia lanjut, nescaya pasti akan lahir generasi baru dan membesar daripada hidangan al-Quran.
Generasi tersebut akan bangkit memikul panji kebenaran dan mempertahankan umat ini dan isu yang melingkungi mereka. Ini antara faktor yang menentukan kelangsungan umat Islam dan kemuliaan mereka sehingga tiba hari kiamat.
Soalan saudara mengingatkan saya kepada firman Allah swt dalam surah al-Taubah, ayat 91-92 yang bermaksud:
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).
Firman Allah swt lagi dalam surah al-Taubah, ayat 93 yang bermaksud:
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka kaya dan mampu. Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan (kerana uzur) dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik).
Soalan saudara juga mengingatkan saya kepada sabda Rasulullah saw ketika dalam perjalanan pulang daripada Perang Tabuk:“Sesungguhnya kamu meninggalkan di Madinah beberapa kaum yang tidaklah kamu berjalan sesuatu perjalanan, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah dan tidaklah kamu merentasi sesuatu lembah melainkan mereka sentiasa bersama-sama kamu.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana mereka boleh bersama-sama kami sedangkan mereka berada di Madinah?” Rasulullah saw menjawab: “Mereka terhalang oleh sebab keuzuran.” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari)
Sentiasa bersedia dari sudut keimanan dan tubuh badan, sehingga apabila panggilan jihad dikumandangkan, maka saudara adalah orang pertama menyahutnya.
Maka bergembiralah wahai saudara kerana dengan niat saudara yang benar dan kesungguhan saudara yang tinggi, saudara akan memperoleh ganjaran sama seperti para mujahidin dan pejuang di medan.
Soalan saudara juga mengingatkan saya kepada Samurah bin Jundub dan Rafi’ bin Khudaij pada Perang Badar. Kedua-duanya yang masih remaja ketika itu datang kepada Rasulullah saw dan memohon untuk turut menyertai gerombolan tentera Islam. Tetapi Rasulullah menolak permohonan mereka kerana mereka masih kecil. Lalu Samurah berkata: “Wahai Rasulullah! Saya adalah seorang pemanah yang tepat.” Lalu dia memanah dan tepat mengena sasaran. Rasulullah saw pun membenarkan dia turut serta. Rafi’ pula berkata: “Wahai Rasulullah! Jika saya bertarung dengan Samurah saya pasti mengalahkannya.” Lalu kedua-duanya pun bertarung di hadapan Rasulullah dan Rafi’ berjaya mengalahkan Samurah, maka Rasulullah saw juga membenarkan Rafi’ turut serta dalam peperangan tersebut.
Kedua-dua remaja tersebut amat berkeinginan untuk keluar berperang dan berjihad meskipun mereka mempunyai alasan untuk tidak turut serta kerana umur mereka yang masih muda, oleh itu umat mereka mendapat kejayaan dan kemenangan.
Dan dengan para remaja seumpama saudara, umat kita hari ini akan beroleh kejayaan dan kemenangan insya Allah. Oleh itu, perkuatkanlah semangat saudara dan pertingkatkanlah kemahuan saudara sehingga Allah menentukan kejayaan buat saudara di dunia dan di akhirat.Tetapi segala penjelasan yang saya berikan di atas tidaklah bermakna kita yang tinggal jauh daripada kawasan konflik tersebut terlepas daripada sebarang kewajipan.
Bahkan kita sebenarnya menanggung tugas amat berat dan bebanan besar yang tidak kurang pentingnya berbanding dengan saudara-saudara kita yang sedang berjuang di medan perang. Sekarang marilah kita melihat apakah tanggungjawab terpenting yang sepatutnya kita pikul dalam menghadapi masalah ini:
Pertama: Kewajipan terhadap diri sendiri
Antaranya:
1. Berusaha agar mendapat bantuan Allah bagi menghadapi diri sendiri, sebagai melaksanakan firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Bantuan Allah bagi menghadapi diri sendiri ialah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Kadang-kadang seseorang individu itu menjadi salah satu benteng bagi umatnya dan menjadi sebab yang melambatkan pertolongan Allah kepada mereka dengan sebab dia melakukan maksiat dan tidak menjaga ketaatan kepada Allah swt.
2. Sentiasa mentarbiah jiwa agar bersemangat jihad dan cintakan mati syahid. Sentiasa bersedia dari sudut keimanan dan tubuh badan, sehingga apabila panggilan jihad dikumandangkan, maka saudara adalah orang pertama menyahutnya. Dengan keadaan ini, saudara akan beroleh ganjaran berjihad, meskipun saudara tidak pernah berperang atau keluar dari rumah saudara.
3. Sentiasa mengingati saudara-saudara kita yang sedang berjuang dan tertindas serta turut serta merasa kesakitan dan penderitaan yang mereka alami, dan mengambil berat berita-berita terkini tentang mereka, agar kita tergolong dalam kalangan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah saw yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang beriman dari sudut kasih sayang dan cinta mencintai adalah seumpama satu jasad. Jika satu anggota merasa sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dan berjaga malam.” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari)
4. Berdoa dan bermohon kepada Allah swt agar menghilangkan segala kesakitan yang sedang melingkungi umat Islam, menyelamatkan mereka daripada musuh yang memerangi mereka dengan serangan yang tidak mengenal kanak-kanak, orang tua, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Berdoalah agar Allah menghilangkan bala bencana ini serta mengurangkan kesan-kesannya.
5. Meningkatkan kepercayaan dan keimanan kepada Allah swt bahawa Allah pasti akan membantu agamaNya, dan kebatilan pasti akan hilang dan mengalami kekalahan walau bagaimana tinggi dan kuat kedudukannya sekarang. Janganlah peperangan yang sedang berlaku kini menjadi sebab kekalahan jiwa atau menggoncangkan keimanan kepada Allah swt. Rasulullah saw telah bersumpah dan menegaskan kepada kita dengan berkata:
“Demi Allah! Allah pasti akan menyempurnakan agamaNya ini sehingga seorang penunggang boleh menunggang kenderaannya dari San’aa dan Hadramaut tanpa merasa takut kecuali kepada Allah dan terhadap serigala yang mungkin menerkam kambing-kambing peliharaannya. Tetapi kamu adalah kaum yang gopoh.” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Pendakwah hendaklah keluar ke dunia realiti dengan menangani isu-isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan memainkan peranan mereka yang sebenar iaitu menyedarkan umat Islam dan memberikan petunjuk kepada mereka.
6. Menggunakan internet dan semua alat perhubungan moden untuk menyebarkan isu yang sedang berlaku dan menyedarkan orang ramai tentangnya dengan menyebarkan berita-berita penting berhubung dengannya.
Kedua: Kewajipan terhadap masyarakat
Antara keistimewaan penting masa perang dan bencana sekalipun ia adalah amat pahit untuk dihadapi, tetapi ia berjaya menyatukan umat Islam dan menghilangkan permusuhan sesama mereka. Kenderaan hanya sebuah dan bahaya akan menimpa semua orang. Oleh itu, kita mestilah saling membantu dan menolong di antara satu sama lain sehingga kita boleh menolak bahaya yang mendatang daripada menimpa kita semua. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu terhadap masyarakatnya dalam suasana yang sedang kita lalui kini:
1. Menyebarkan isu ini kepada anggota masyarakat dan menyedarkan mereka tentang apa yang sedang berlaku. Di sini, para pendakwah berperanan besar untuk keluar dari bilik sempit mereka sama ada mereka sendiri meletakkan diri mereka di dalam bilik tersebut atau diletakkan oleh pihak pemerintah agar hanya membataskan perhatian mereka terhadap beberapa isu yang jauh daripada realiti yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan keperluan mereka. Mereka hendaklah keluar ke dunia realiti dengan menangani isu-isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan memainkan peranan mereka yang sebenar iaitu menyedarkan umat Islam dan memberikan petunjuk kepada mereka.
2. Menyedarkan masyarakat tentang hakikat peperangan yang sedang berlaku. Ia sebenarnya bukanlah perang terhadap Lubnan, Palestin dan Iraq sahaja, tetapi ia adalah penjajahan baru. Jika umat Islam dan bangsa Arab tidak sedar, akhirnya mereka akan dapati diri mereka akhirnya terperosok di dalam penjajahan pihak musuh. Oleh itu, para pendakwah hendaklah memalu gendang dan meniupkan wisel kecemasan agar semua orang yang sedang alpa sedar, orang yang tidur bangkit dan orang yang malas menjadi cergas. Apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di sana pada hari ini, mungkin akan berlaku pula kepada kita pada hari esok.
3. Mengaktifkan tindakan boikot terhadap negara-negara yang memberikan bantuan di dalam memerangi saudara-saudara kita. Jika kita tidak mampu membantu saudara-saudara kita, maka tiada tindakan paling minimum yang boleh kita lakukan melainkan janganlah kita menghulurkan bantuan kepada musuh-musuh mereka.
4. Menyebarkan ruh pengharapan dan kepercayaan di kalangan orang ramai dengan tidak memusatkan kepada berita-berita tentang kekalahan saudara-saudara kita sahaja, tetapi berusaha untuk menampilkan kemenangan-kemenangan yang diperolehi oleh para pejuang, tanpa membesar-besarkan berita tersebut atau meremehkannya.
5. Berusaha mengadakan aktiviti-aktiviti umum bagi memperlihatkan sokongan kita terhadap perjuangan saudara-saudara kita seperti mengadakan seminar, forum dan demonstrasi, dengan mengajak orang ramai menyertainya dan meninggikan semangat mereka.
6. Memberi amaran kepada masyarakat terhadap dakwaan-dakwaan berbentuk fitnah untuk memecah belahkan di kalangan umat Islam seperti fitnah perkauman sempit yang bertujuan memecah belahkan umat Islam dan melemahkan mereka, sebagaimana berlaku akhir-akhir ini melalui fitnah-fitnah yang sebarkan di antara golongan Syiah dan Sunnah.
7. Menyeru agar umat Islam bersiap sedia untuk berjihad sebagai merealisasikan firman Allah swt dalam surah al-Anfal ayat 60 yang bermaksud:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.”
Sejarah orang Yahudi menunjukkan bahawa mereka tidak pernah gerun dan takut kepada sesiapa melainkan kepada orang yang mempunyai kekuatan dan kegagahan.
8. Berusaha membebas dan memerdekakan tanah air daripada penajahan pemikiran, politik dan kebudayaan. Antara fenomenanya yang paling nyata ialah apa yang disiarkan di dalam media-media massa, budaya dan taklid buta terhadap barat sebagaimana ditunjukkan oleh para pemuda kita hari ini.
9. Mengajak orang ramai agar memberikan sumbangan untuk saudara-saudara mereka yang mendapat kecelakaan. Carilah mana-mana pertubuhan atau institusi yang dipercayai yang boleh membantu menyampaikan sumbangan saudara kepada mereka. Janganlah saudara merasakan jumlah yang saudara sumbangkan adalah terlalu kecil, kerana saudara-saudara kita tetap memerlukannya, tidak kira berapa jumlahnya. Ambillah peluang daripada situasi yang sedang berlaku ini untuk mentarbiah ahli masyarakat supaya mereka menghulurkan sumbangan dan menganggapnya sebagai suatu ibadat yang boleh mendekatkan seseorang hamba kepada tuhannya. Firman Allah swt (al-Baqarah: 270) yang bermaksud:
“Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya.”
Jiwa golongan muda hendalah sentiasa di tanam dengan roh Al-Quran agar isu Palestin sentiasa di hati mereka
10. Menanam sikap positif di dalam jiwa umat Islam dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan mereka. Jika pihak kerajaan tidak menghulurkan bantuan, maka keadaan tersebut tidaklah melepaskan rakyat daripada tanggungjawab mereka.
Kerajaan-kerajaan yang ada ini pasti akan tiada suatu hari nanti. Jika rakyat tidak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya, maka mereka akan mengalami keaiban besar sebagaimana sedang dihadapi oleh para pemerintah mereka pada hari ini.
Saudaraku! Inilah beberapa cadangan yang menjadikan setiap individu yang tidak dapat menyertai saudara-saudaranya berperang sebarang keuzuran untuk tidak melakukan apa-apa. Kesemua cadangan ini adalah berada dalam kemampuan setiap individu untuk melaksanakannya.
Akhirnya saya berdoa kepada Allah swt agar memberkati saudara, agar Allah memperbanyakkan bilangan mereka yang mempunyai sikap yang sama dengan saudara dan agar Allah menjadikan saudara terdiri dari kalangan para pemuda yang beriman lalu ditambahi petunjuk oleh tuhan mereka. Saya juga berdoa agar Allah swt memelihara darah umat Islam daripada terus tertumpah dan menggagalkan segala tipu daya pihak musuh.
Note: Sumber: Islam Online ,http://www.islamonline.net Jawapan oleh : Ustaz Ramadan Fawzi Badini "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS