~ aRtiKaL ~ ::_aPa DiA ReVoLusi 1559 & 1680 ?_::
Nombor-nombor berikut bukanlah nombor ekor yang memenangi hadiah pertama cabutan empat nombor ekor Magnum. Ianya merupakan dua resolusi PBB yang telah digunakan oleh rejim Zionis Israel sebagai alasan untuk menyerang Lubnan. Kematian sehingga kini lebih 600 masyarakat awam Lubnan, termasuk yang terkini lebih 60 orang di Qana, adalah semata-mata untuk menyokong kedua-dua resolusi tersebut.
Ribuan yang cedera, manakala lebih 700,000 kehilangan tempat tinggal kerana serangan-serangan ganas Zionis juga adalah bersandarkan kepada kedua-dua resolusi berkenaan. Lubnan digempur dan dikepung darat, laut dan udara. Bekalan air dan elektrik terputus sama sekali. Pangkalan tentera Lubnan di Qolelaat, Hermel, Buda, Rayak, Jiyeh , Doueir, Baflay, Zibquin dan Naqura telah diserangkan oleh pesawat tentera Israel dari 12 Julai hingga 18 Julai 2006.
Pada 15 Julai , 18 orang biasa Lubnan mati terbakar , ditembak oleh helikopter Israel . Mereka dalam perjalanan berkonvoi di stesen minyak. 18 jambatan dan jejantas musnah. Persimpangan dan lebuh raya di Beirut turut diserang. Stesen pemancar telefon mudah alih di timur Lubnan , Loji kuasa Jiyyeh, tangki bahan bakar di Lapangan Terbang Rafiq Hariri di Beirut. Kerugian lebih 25 juta AS. Kesemuanya berasalankan resolusi-resolusi tersebut.
Apakah kandungan sebenarnya resolusi 1559 dan 1680?
Resolusi 1559
Pada 14 Februari 2005, bandar Beirut yang indah telah dikejutkan dengan satu letupan besar. Letupan hasil bahan ledakan seberat 1000kg yang telah disasarkan ke kereta mantan Perdana Menteri Lubnan yang terkenal, Rafiq Hariri. Kereta mantan Perdana Menteri Lubnan yang telah berkhidmat dari tahun 1992 sehingga tahun 2004 itu telah meletup di hadapan hotel St George, Lubnan.
Usai peristiwa tersebut, AS telah menundingkan jari mereka ke arah Syria di atas kejadian yang amat tragis itu. Syria menjadi suspek utama berdasarkan pengaruhketenteraan mereka ke atas Lubnan. Semenjak berakhirnya peperangan saudara di Lubnan, Syria telah menempatkan tentera mereka di serata Lubnan untuk mengawal negara tersebut. Syria juga mempunyai pengaruh ke atas pertahanan dan keselamatan negara berkenaan.
Tidak hairnlah, bagi sesiapa yang pernah ke Lubnan sebelum tahun 2005, gambar-gambar Hafiz al-Asad, dan kemudiannya Bashar al-Asad akan memenuhi papan-papan billboard di serata bandar Beirut.AS dan juga UK telah menggunakan peluang tersebut untuk memaksa Syria keluar meninggalkan Lubnan. Kedua-dua kuasa tersebut telah menggunakan PBB untuk melakukan penyiasatan ke atas kematian Hariri. Syria telah dipaksa untuk bekerjasama. Mantan hakim Jerman, Detlev Mehlis telah ditugaskan sebagai ketua penyiasat PBB ke Syria dan Lubnan. Mehlis telah berjaya menyelesaikan tugasnya dan menyerahkan laporan siasatannya kepada Kofi Anan pada 20 Oktober 2005.
Hasilnya, beliau mendapati Syria dan beberapa pihak di Lubnan yang pro-Syria terlibat secara langsung merancang pembunuhan tersebut. Antara asas tuduhan tersebut ialah, Hariri memang dimusuhi oleh Syria. Hariri, yang berasal daripada Arab Saudi telah berusaha untuk mengeluarkan tentera Syria dari bumi Lubnan dan memastikan Lubnan 100% merdeka daripada pengaruh asing.
Cukuplah kita diperbodohkan dengan sikap bermuka2 Amerika dalam isu Palestin.
Ketika penyiasatan masih lagi dijalankan, beberapa perubahan telah berlaku di dalam politik Lubnan. Pada bulan Jun tahun yang sama, gabungan Hizbullah dan Amal telah memenangi pilihanraya majlis legaslatif Lubnan dangan suara majoriti di kawasan selatan Lubnan.
Walaupun parti yang paling berpengaruh di dalam parlimen Lubnan adalah parti "Mustaqbal" pimpinan anak Hariri, Saed al-Hariri, namun mereka tidak berkuasa di selatan. Kemenangan besar Hizbullah-Amal yang pro-Syria telah menakutkan rejim Zionis yang masih lagi menjajah kawasan Sheeba milik Lubnan. Mereka juga bimbang, kerana Lubnan selatan bersempadan dengan tanah jajahan Zionis.
Sebarang usaha mereka untuk menawan Lubnan di masa hadapan pastinya akan terhalang oleh kewujudan Hizbullah yang telah berjaya menyingkirkan tentera Zionis keluar dari bumi selatan pada Mei 2000. Di atas kesedaran ini, Rejim Zionis beserta sekutunya AS telah melobi Majlis Keselamatan PBB untuk melakukan tindakan tegas. Pembunuhan Hariri telah dijadikan modal untuk AS dan Rejim Zionis melakukan kempen mereka.
Hasilnya, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi 1559 yang memaksa Syria agar mengundurkan tenteranya seramai 16,000 orang dari Lubnan. Keputusan tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dari kalangan rakyat Lubnan. Bagi mereka yang anti-Lubnan dan pro-Hariri, keputusan tersebut amat dialu-alukan. Bagi pihak yang pro-Syria, mereka menentang keputusan berkenaan.
Keluarnya tentera Syria dariapda bumi Lubnan hanya akan mendedahkan Lubnan kepada serangan daripada tentera Rejim Zionis. Lubnan merupakan negara yang tidak mempunyai ketenteraan yang kuat. Antara kandungan resolusi 1559 juga ialah, kumpulan-kumpulan bersenjata, terutamanya Hizbullah yang dikenali dan dituduh oleh AS dan Zionis sebagai pro-Syria wajib melucutkan senjata mereka juga. Alasan yang dikemukakan oleh PBB ialah untuk menjaga keamanan di Lubnan. Syria menolak keras resolusi tersebut.Peranan AS dengan jelas dapat dilihat pada resolusi 1559.
Resolusi tersebut memberikan manfaat yang tidak terhingga kepada rejim Zionis yang sememangnya mempunyai niat jahat ke atas Lubnan. Jika tentera Syria sudah tiada dan juga kumpulan Hizbullah sudah tidak mempunyai senjata, maka siapakah yang akan mempertahankan Lubnan jika mereka diserang?, ternyata apa yang berlaku pada hari in telah menjadi jawapannya.
Resolusi 1680
Berdasarkan undian 13 negara anggota Majlis Keselamatan (dua negara iaitu China dan Rusia tidak hadir), majlis tersebut telah meluluskan resolusi 1680 pada 17 Mei 2006. Resolusi yang dirancangkan drafnya oleh AS, Peranchis dan juga UK itu bertujuan untuk menggesa Syria dan Lubnan agar melaksanakan perlaksanaan resolusi 1559.
Syria diminta untuk memastikan tiada usaha penyeludupan senjata masuk ke dalam Lubnan. Masyarakat Lubnan pula pada waktu itu sedang giat membincangkan sesama mereka usaha untuk melucutkan senjata pelarian Palestin di Lubnan dan juga senjata milik Hizbullah. Melalui resolusi tersebut, mereka diseru untuk mempercepatkan proses berkenaan demi menghayati gesaan PBB berhubung resolusi 1559.
Pendekata kedua-dua resolusi berkenaan menguntungkan Rejim Zionis dan mendedahkan Lubnan kepada bahaya yang amat besar. Sekali lagi, apa yang berlaku pada hari ini telah membuktikannya.Berdasarkan realiti inilah Rejim Zionis terlalu ghairah untuk mempergunakan kedua-dua resolusi ini untuk terus mengganas di Lubnan. Sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan bagi pihak rejim pastinya tidak akan lupa untuk menyebutkan perkara ini. Dari Olmert, Emir Perezt (menteri pertahanan), Tzipi Livni (menteri luar), wakil Zionis ke PBB (Dan Gillerman) dan kesemua jurucakap tentera Zionis turut menggunakan resolusi 1559 dan 1680 sebagai alasan untuk terus mengganas di Lubnan.
Mereka berlagak seolah-olah tentera Rejim bertindak seperti polis bagi pihak PBB untuk tujuan berkenaan. Mereka juga berlagak seolah-olah mereka merupakan inspirasi kepada PBB dan masyarakat antarabangsa yang setia. Gambaran yang cuba diberikan juga ialah seolah-olah mereka juga adalah negara yang amat setia dengan undang-undang antarabangsa dan juga resolusi PBB.
PBB diperlekehkan rejim Zionis sebagai badan yang memastikan keamanan dunia. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan isu Palestin ?
Lupakah mereka terhadap segala undang-undang antarabangsa dan juga resolusi-resolusi PBB yang mereka langgar dan tidak pernah endahkan. Bukankah resolusi 181 PBB hanya memberikan mereka 55% daripada bumi Palestin dan bukannya kesemua bumi Palestin yang mereka duduki sekarang.
Bukankah resolusi 194 PBB memerintahkan mereka untuk membenarkan rakyat Palestin pulang ke negara mereka dan juga tanah mereka yang telah dirampas oleh Zionis. Bukankah juga resolusi 194 itu juga memaksa mereka untuk membayar gantirugi kepada rakyat Palestin. Bagaimana pula dengan resolusi 242 PBB?, bukankah Rejim Zionis diminta untuk keluar dari Gaza dan Tebing Barat serta Baitul Maqdis melalui resolusi berkenaan.
Resolusi 425 PBB juga telah menunjukkan kedegilan Rejim Zionis dan penolakannya terhadap keputusan masyarakat dunia. Resolusi yang mengerahkan tentera rejim keluar dari bumi Lubnan pada tahun 1978 itu tidak pernah mereka patuhi. Keluarnya tentera mereka dari Selatan Lubnan pada Mei 2000 hanyalah kerana kerugian dan kekalahan besar yang mereka timpa pada waktu tersebut.
Bagaimana pula dengan Geneva Convention 1948 berkaitan tahanan perang ?, bagaimana pula dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang mereka cabuli berkaitan hak rakyat Palestin?, bagaimana pula undang-undang antarabangsa berkaitan pelarian, tahanan perang, wanita dan kanak-kanak?. Bukankah kesemuanya telah dicabuli oleh rejim yang terganas di dunia itu lewat Deir Yasin 1948, Sabra Shatilla 1982, Qana 1996, Jenin 2002, Refah 2004 dan juga di serata bumi Gaza dan juga Tebing Barat.
Bagaimana pula dengan keengganan rejim berkenaan untuk mematuhi keputusan Mahkamah keAdilan Antarabangsa (ICJ) mengenai tembok pemisah pada Julai 2004?, bukankah tembok itu sepatutnya dirobohkan?. Malangnya sehingga kini rejim Zionis giat meneruskan pembinaannya.
Persoalannya di sini, di manakah pula pihak dunia di kala Rejim Zionis ini menyembelih satu persatu nyawa kanak-kanak dan wanita Lubnan dan Palestin yang tidak berdosa?,Ke manakah pula umat Islam dan para pemimpin mereka?, jika PBB tidak boleh diharapkan, adakah mereka perlu merayu dan memohon daripada PBB lagi?
Sekadar memetik kata-kata George Galloway, ahli Parlimen dari Scotland: "Don't blame the Arabs, they are lions, but they are being ruled by Donkeys"."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: