~ MuHaSabAH ~ :- SeLaMat TingGal 2005,2006 MunCuL -:
Selamat datang 2006, semoga 2005 yang berlalu menjadi pengajaran berguna buat diri kita.Rencah lalu banyak memberi pengajaran berguna buat diri ana, tahun yang ana akan abadikan dalam hidup ini.Sejuta kenangan manis dan tidak di lupakan juga kepahitan kedukaan yang ana terima di tirai 2005 yang sehinggakan diri ini lesu dalam mencari semangat. Kedukaan hidup yang meletup menjadi larva itu sudah tumbuh subur menjadi tasik emas yang membiak seiring kepanasan aliran larva untuk membina diri yang dekat dengan pencipta, membentuk diri yang lebih baik dan mencari kejayaan dalam jihadku di medan pengajian.
Bibit-bibit sambutan perayaan tahun baru 2006 memang sudah riuh sebulan dari tiba harinya lagi, itulah realiti diri masyarakat kita kini.Tapi bila kita bertanyakan adakah kamu menyambut bulan-bulan islam sebegini, tau tak bulan muharam apa? Ternganga rasanya. Ana membaca berita-berita di akhbar tempatan mengenai kerancakkan sambutan, ramai yang memenuhi tempat sambutan dari tengah hari lagi, penuh sakan. Tak usah tanya la aurat mana, tanya solat tak? lagi garu kepala, tapi jika tanya kondom berapa beli? arab berapa botol stok malam ni? cepat akan jawab.
Sambutan tahun ini mungkin bertambah meriah dengan kehadiran pujaan ramai " Peter Pan ".Mungkin Peter Pan dapat menyihir anak-anak dara bertambah cantik,yang kurus jadi berbadan dua, jika dataran kering mungkin akan banjir dengan limpahan kondom,air tasik kebiruan akan bertukar merah seiring darah dara terkial-kial mencari pemiliknya dan himpunan botol-botol arak menjadi kan menara berkembar KLCC kedua negara. Itulah gambaran serta hakikatnya,walaupun pahit terpaksa juga kita menerima realiti keadaan.
Bagi gambaran politik dunia,kita akan tertunggu-tunggu akan keputusan penghakiman Saddam Hussien, adakah terlepas @ tali gantung tempatnya. Tirai 2006 juga menjadi mimpi buruk lagi buat regim kafir laknatullah Bush selagi 5 pemimpin lantang bernyawa. Presiden Iran, Presiden Cuba, Presiden Korea Utara, Presiden Bolivia dan Presiden lupa....he2. Mulut tak berinsuran pemimpin-peminpin ini membuatkan tidur Bush tidak lena.Adakah kita akan menyaksikan 5 pakatan ini akan di serang oleh Bush? Dan apakah nasib Syiria yang di tekan angkara isu pengeboman Rafik Hariri,adakah di dera dengan sekatan antarabangsa @ di serang oleh penghisap darah popular Bush? Apakah kebangkitan islam di Mesir dengan kemenanagan 94 kerusi Parlimen oleh calon-calon Ikhwan Muslimin dapat memberi tekanan kepada Diktator Mubarak?Apakah nasib Palestin?Sama-sama kita doakan semoga islam terus bangkit dan musuh-musuh islam akan kecundang dalam melawan arus kebangkitan islam yang kita di seluruh dunia.
Pengkalan Pasir milik hantu UMNO? Apakah nasib Parti Islam SeMalaysia selepas kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya, adakah semangat juang ahli parti tersebut masih utuh dan tinggi untuk menjadikan Malaysia selari dengan Al-Quran dan Sunnah serta melumpuhkan kemaksiatan dan memperbaiki keruntuhan akhlak remaja sekarang. Adakah rakyat masih terima sihiran agamawan Abdullah Badawi dan regim-regimnya?Wahai sahabat seperjuangan sekalian, perkukuhkan diri kita,harakah kita dan teruskanlah kerja-kerja islam kita.
Bagi sahabat-sahabat semedan dengan ana, kuat-kuatkan study, kita nak balik Malaysia dah oiiiii tahun depan. Belajar baik-baik dan jangan kamu lemah semangat walaupun dugaan Allah menjelma. Tahun baru mungkin indah buat pasangan romantik Mohd Nazri & Firdawati,doaku moga bahagia hidup. Buat abang nik azlan tue,bunyi kaba nak nikoh doh,cepat-cepat ye, adik nak bagi 2 pa jika abg lan nikoh sini he2. 2006 akan menjanjikan ibadah kita pada Allah bertambah lagi dan menjadikan lebih matang selari dengan usia kita. Ila liqa maal salamah ~~@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: