~ IsU ~ ::_RMK-9: PeRaNcaNgAn YaNg beRsiMpAng SiUr_::
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) di Dewan Rakyat petang ini. Harapan terhadapnya menggunung tinggi selepas pelbagai masalah yang dihasilkan oleh beberapa rancangan Malaysia sebelum ini. Harakahdaily berbincang dengan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), DR DZULKIFLI AHMAD berkaitan dengannya.
RMK-9 dibentangkan oleh Perdana Menteri petang Jumaat 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat. Ia dibentang dengan berlatarbelakangkan ekonomi Malaysia yang tidak menentu. Yang bakal berjalan serentak dengan RMK-9 (2006 - 2010) adalah Dasar Wawasan Nasional (2001 - 2020), Wawasan 2020 (1991 - 2020), Rangka Rancangan Jangka Panjang 2002 - 2010) dan juga satu lagi dasar negara iaitu Pelan Dasar Industri (Industrial Master Plan). Ketika membentangkan RMK-9 ini, Abdullah memperkenalkan satu lagi dasar yang seiringan yakni Misi Nasional. (2006 - 2020).
Inilah latar belakang pelbagai jenis pelan yang dibuat oleh kerajaan yang ada bagi membangunkan negara ini. Sedar maupun tidak, semuanya saling bertindan antara satu sama lain. Dan semuanya berjalan serentak. Bagi pelaksana kesemua dasar ini, kita tidak tahu bagaimana mereka menyesuaikan setiap dasar yang kesemuanya dibentangkan oleh mereka yang bernama Perdana Menteri.
Mungkin ini yang dikatakan pakar-pakar atau mereka yang mahir dalam bidang pengurusan dengan istilah 'over planing' atau terlalu banyak perancangan. Jelasnya yang tidak wujud ialah Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators, KPI), sabit itu antara pelan dan objektif tidak ada hubung-kait (korelasi).atau lebih tepat lagi pelaksana dasar tidak tahu apa yang hendak dilaksanakan berdasarkan dasar yang bersimpang siur itu.Hari ini ilmu pengurusan menggunakan kaedah ”Balanced-Score Card."
Yang terlebih malang kepada negara lagi adalah ketika over planing berlaku pula oversize kepada Kabinet Malaysia. Ia berlaku sejak Abdullah membentuk kabinetnya yang pertama.
Selepas oversized Cabinet, kerajaan memperkenalkan pula pelbagai jenis Jawatankuasa Kabinet dalam segenap segi. Sebut apa sahaja masalah atau perancangan baru hendak dibuat, maka Jawatankuasa Kabinet dibentuk.
Selepas Jawatankuasa Kabinet, datang pulang pelbagai jenis Suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan bagi menghadapi segala pertuduhan dan insiden yang dilihat sebagai serangan kepada kerajaan.
Inilah masalah sebenar kepada perancangan pembangunan negara, over spending (penigkatan kepada perbelanjaan yang melampau) terhadap pengurusan. Dari menguruskan pelbagai dasar yang bersimpang siur tadi sehinggalah kepada pelbagai jenis mekanisma yang bukan-bukan dalam pengurusannya.
Dasar Ekonomi Baru
Ketika PM membentangkan RMK-9, rakyat dan pelbagai pihak terus-terusan membincangkan kejayaan dan kegagalan Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990). DEB dirangka serentak dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP-1).
Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan DEB sebagai gagal. Ia hanya berjaya membentuk sekelompok jutawan Melayu sahaja. Jutawan itu tidak boleh dikatakan mereka Bumiputera tetapi lebih spesifik lagi bolehlah disifatkan sebagai Kroni Umnoputera.
Mengikut laporan Lembaga Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDB) dan juga Unesco, kesan besar kepada DEB dan dasar-dasar ekonomi sebelum ini ke atas Malaysia agak banyak. Yang paling positif adalah kejayaan menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan rakyat.
Tetapi di samping itu, kesan-kesan negatif dari dasar ekonomi negara sebelum ini adalah:
1) Wujudnya jurang pendapatan yang sangat besar antara kaum dan juga di kalangan kaum di negara ini. Laporan UNDB menunjukkan, Malaysia paling teruk di kalangan negara Asia Tenggara.
2) Dasar ekonomi sebelum ini (khasnya era Tun Dr Mahathir) telah melahirkan jurang yang sangat besar di antara negeri-negeri di negara ini. Negeri-negeri maju di Pantai Barat Semenanjung (Selangor, Pulau Pinang, Perak) dan negeri-negeri mundur di Pantai Timur Semenanjung (Kelantan dan Terengganu). Atau jika dilihat dengan lebih jelas lagi negeri maju adalah negeri yang bukan negeri Melayu manakala yang mundur adalah negeri-negeri yang dihuni majoritinya negeri Melayu (Malay belt).
Kenapa semua ini terjadi?
Semuanya berlaku kesan dari dasar ekonomi Mahathir yang menekankan perindustrian di negara ini. Ia menghasil dual economy dalam negara ini. Penekanan keterlaluan dalam perindustrian telah menyebabkan negeri-negeri yang lebih kepada ekonomi asas tani ditinggalkan. Semua projek pembangunan dan prasarana ditumpukan kepada negeri-negeri industri manakala negeri-negeri yang berasaskan pertanian (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis termasuk Sabah dan Sarawak) terpinggir dari arus perdana pembangunan.
Ada juga yang mendakwa ia berasaskan kegagalan PAS dalam membangunkan negeri-negeri yang dipimpinnya tetapi jelas kawasan yang mundur di negara ini termasuklah Padang Terap di Kedah yang ditadbir oleh BN. Jelas puncanya adalah kerana tumpuan dasar pembangunan negara di era Dr Mahathir adalah perindustrian. Maka negeri-negeri yang berdekatan dengan kemudahan asas seperti ibu negara, perlabuhan dan sistem pengangkutan yang baik mendapat lambakan wang dan limpahan ekonomi. Akhirnya, yang miskin terus miskin yang kaya semakin kaya. Maka lahirlah jurang antara negeri, dual economy di negara ini.
Cita-cita negara melalui dasar pembangunan
Pemimpin negara kita bercita-cita besar ketika membentangkan dasar pembangunannya. Misalnya menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.
Apakah kita bakal merealisasikan cita-cita ini menjelang tahun 2020 nanti? Kita sememangnya penuh harapan cita-cita negara dapat dicapai. Kita mahu tinggal di sebuah negara yang maju.
Antara ciri-ciri penting negara maju sekarang (Amerika, Britain, Jepun dan Korea misalnya) adalah pendapatan per kapitanya antara USD30,000 - 40,000. Pendapatan per kapita Malaysia kini adalah RM10,318 (2005). Ia telah naik kira-kira 100 peratus dari pendapatan per kapitan 15 tahun lalu iaitu USD5,284 (1990). Ini bermakna, dengan tempoh 15 tahun lagi menjelangnya tahun 2020, kita perlu menaikkan pendapatan per kapita kita sebanyak 200 peratus lagi (dari 10,000 ke 30,000 USD) untuk mencapai ciri-ciri negara maju sekarang.
Pembangunan pencapaian KDNKDalam tempoh RMK-7 (1996 - 2000), GDP negara mencatat purata 4.8 peratus. Ia menurun kepada 4.5 peratus untuk RMK-8 (2001 -2005). Untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, GDP negara perlu dipacu sekitar 9 peratus setahun.
Pada RMK-9 ini, kerajaan menjangkakan, GDP kita adalah sekitar 6 peratus. Jika begitu, apakah impian kita menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 satu impian yang realistik atau sekadar tembak kosong semata-mata.
Lebih menasabah dan wajar seandainya kita pacu matlamat pembangunan yang lebih lestari (sustainable) dengan cita-cita melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang mengecapi ‘Distributive Justice’ – Keadilan Pengagihan Kekayaan, dengan tidak mengorbankan usaha untuk menjadikan negara lebih kompetitif dan menarik sebagai sasaran pelaburan asing (FDI) atau Domestik (DDI).
Hambatan kejayaan
Di samping angka-angka yang menghambat kejayaan rancangan dan cita-cita kerajaan, Perdana Menteri perlu benar-benar bertegas untuk melaksanakan cita-cita negara yang beliau gariskan.
Langkah Perdana Menteri yang mahu menekankan industri asas tani sedikit sebanyak akan mendekatkan jurang ekonomi antara negeri yang dicipta oleh Dr Mahathir sebelum ini. Kita menyokong penuh pendekatan itu.
Faktor kegagalan DEB iaitu kroni dan rasuah, perlu beliau berikan perhatian serius. Kita bimbang, kek yang ada tidak cukup untuk rakyat keseluruhannya akibat dari perebutan di kalangan kroni yang ada.
Universiti Putra Malaysia perlu dikembalikan kepada industri asas tani. Biarlah UPM yang asal menjadi think tank serta menjana ’knowledge-pertanian’ yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, bagi memacu menjayakan cita-cita besar Perdana Menteri itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: