~ IsU ~ ::_MAKYONG...RaiS 'PeRseNda' AgaMa
Hasrat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan persembahan makyong di seluruh Kelantan dianggap sebagai percubaan mempersendakan hukum agama.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, larangan yang dibuat kerajaan negeri terhadap persembahan tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan agama dan bukan mengikut emosi.
"Oleh itu kalau menteri terbabit masih merasa ragu-ragu terhadap keputusan kita sebelum ini, mereka boleh merujuk kepada ulama yang terdapat di negeri-negeri lain bagi mendapatkan kepastian terlebih dahulu.
"Kerajaan negeri mengharamkan persembahan makyong kerana terdapatnya unsur-unsur pemujaan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini petang semalam.
Baru-baru ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Dr Rais Yatim dilaporkan berkata, pihaknya akan menganjurkan permainan makyong di seluruh jajahan di negeri ini yang akan bermula di Parlimen Pengkalan Chepa.
Menurut Rais tujuan program berkenaan diadakan bagi meninjau perkembangannya dan sejauh mana sambutan rakyat terhadap persembahan itu setelah lama ia dihentikan.
Anuar menasihatkan menteri terbabit merujuk pada alim ulama terlebih dahulu sebelum membuat persembahan makyong di negeri ini, sebagai menghormati keputusan kerajaan Kelantan sejak lebih 15 tahun lalu.
Menurutnya juga, motif kerajaan negeri mengharamkan persembahan tersebut langsung tiada kaitan dengan politik seperti ditafsirkan sesetengah pihak.
"Kalau masih ragu-ragu.. sila dapatkan nasihat atau pandangan dari pihak yang berpengetahuan agama," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

Seperti kata Roslan SMS, "jika ini sikap rais yatim, humban shj kempen budi bahasa ke laut!"

Naimisa