Isu Jarum Dan Kondom : Pelatih Serenti Lebih Untung Dari Graduan IPT !!

Isu Jarum Dan Kondom : Pelatih Serenti Lebih Untung Dari Graduan IPT !!

Saya amat tertarik dengan laporan di muka depan akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Iran Dan China Sudah Lama Beri Jarum Percuma". Ucapan tersebut telah dikeluarkan oleh anakanda Mantan PM Mahathir iaitu Marina. Selaku Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Marina juga berkata, pihaknya bercadang membawa beberapa orang ulama dari negara ini ke Iran bagi membuktikan betapa kaedah ini berjaya mengawal penularan wabak HIV/AIDS dan tidak menyalahi syarak. Saya pun naik hairanlah melihat, senario yang berlaku di negara Islam Hadhari hari ini. Semakin hari semakin bertambah-tambah adengan memualkan disajikan untuk rakyat marhaen. Saya pun tak faham , apakah rasionalnya tiba-tiba puak-puak ni membangkitkan isu Jarum Suntikan dan Kondom ? Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini, ataupun ada pihak-pihak yang akan mendapatkan kepentingan apabila program ini dilaksanakan kelak. Yang pastinya, Marina Mahathir sudah pastilah salah seorang daripadanya. Agaknya dah abis duit yang bapak dia tinggalkan selepas lebih 2 tahun melepaskan jawatan PM kot ?
Pada pandangan saya , isu penagih dadah dan isu HIV/AIDS ini tidak akan ada kesudahannya selagi kerajaan yang ada hari ini masih terus MEMANJAkan mereka. Kalau dulu kita lihat kerajaan juga yang beriya-iya benar mengatakan penagih dadah adalah sampah masyarakat !!! Kini mereka pula yang merayu supaya orang ramai merubah tanggapan tersebut dan memberi ruang serta peluang untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Saya tak nampak jalan langsung, puak-puak penagih ni akan akan kembali ke pangkal jalan sebenarnya. Apa yang dilihat hari ini, memang mereka kembali ke pangkal jalan selepas keluar dari pusat serenti. Pangkal jalan tersebut ialah pinggir-pinggir jalan tempat mereka mula mengenali najis dadah. Nah !! sekarang bagaimana ? Terbuktilah usaha untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan tidak akan berhasil selagi kerajaan terus memanjakan mereka.
Tidak cukup dengan wang ringgit yang berjuta-juta untuk membangunkan Pusat Serenti, kemudian dengan perkhidmatan rawatan yang ditawarkan. Pendek kata setiap tahun masalah dadah bukan semakin berkurangan, malahan semakin ramai anak-anak muda Melayu yang terjebak dengan najis tersebut. Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya ?
Melihat kepada wawancara dengan dua orang bekas penagih dadah tegar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia ( 6/6/2005) yang lalu. Saya nampak jelas, kedua-dua penagih mengambarkan mereka mula terjebak dengan dadah sejak di alam remaja lagi, iaitu dibangku sekolah. Faktor utama yang mendorong mereka ke arah itu ialah bila mereka sudah mula berjinak-jinak dengan amalan merokok. Rokok adalah punca utama yang membawa mereka mengenali Ganja dan kemudiannya heroin, morfin, marijuana dan sebagainya. Ini bermakna, rokok adalah punca utama yang membekalkan serta membangunkan industri penagihan dadah di negara ini. Tetapi, apakah kerajaan mampu menghalang peningkatan jumlah penagih dadah jika industri tembakau dan rokok terus diberikan kebenaran meluas untuk diperdagangkan di negara ini ? Maka disini, siapakah harus dipersalahkan ?
Justeru, usahlah berangan dengan mengadakan program-program yang tidak masuk dek akal seperti memberikan jarum percuma kepada penagih dadah dan kondom untuk pesakit HIV/AIDS. Semua program yang dirancang itu sebenarnya akan membazirkan wang rakyat semata-mata. Wang yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah, sengaja nak dibazirkan ke arah yang tidak jelas. Satu tujuan dan matlamat yang kabur !! Yang sebenarnya bermotifkan keuntungan puak-puak tertentu dan pembaziran wang rakyat semata-mata.
Marina Mahathir misalnya, bukannya rakyat Malaysia tidak tahu apa jasa yang dilakukan untuk membasmi masalah AIDS di negara ini. Sekadar hanya mencari nama dan populariti untuk kepentingan peribadi buat dirinya mungkin ada kot. Tapi kalau setakat benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu mengurangkan masalah AIDS di negara ini, Saya rasa jauh panggang dari api. Justeru itu, biar apapun rancangan yang ingin dibuat oleh orang-orang seperti ini, kita harus menolaknya bulat-bulat demi menyelematkan generasi akan datang.
Berbalik kepada cadangan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom ini, Saya terkadang rasa hairan.. mengapalah Kementerian Kesihatan Malaysia boleh berkompromi dengan orang seperti Marina untuk melaksanakan program yang penuh dengan "Kontroversi" ini ? Bukankah ada baiknya, pandangan ulamak diambil kira. Kerana isu ini ada kaitannya dengan sensitiviti umat Islam di negara ini. Contoh yang jelas ialah dengan memberikan kondom kepada para pengidap HIV/AIDS , bukan kah ianya akan menggalakkan perzinaan sebenarnya !!! Bukan semua pesakit adalah suami isteri yang sah. Menteri seperti Chua Soi Lek memang berminat dengan cadangan Marina kerana beliau bukan beragama Islam. Persoalannya kemana pergi ulamak-ulamak UMNO yang lain dalam menangani isu ini.
Saya ucapkan syabas kepada Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria atas ketegasan pendirian yang dibuatnya terhadap isu ini. Cadangan yang dibuat oleh beliau amatlah praktikal daripada cadangan Marina dan Kementerian Kesihatan itu. Sememangnya para pengidap AIDS dan Dadah ini harus dipulaukan, biarkan mereka reput di pulau itu asalkan penyakit tersebut tidak merebak. Kenapakah kerajaan terlalu takut untuk melakukan demikian ? Jika perlaksanaan dadah dan kondom ini dijalankan, bukan sahaja wang rakyat akan mengalir malahan apakah faedah yang diperolehi kerajaan dengan mendirikan banyak Pusat-pusat Serenti selama ini jika hasilnya negatif.
Yang paling mengecewakan, para mahasiswa yang belajar untuk menuntut ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi misalnya diberikan pinjaman PTPTN kemudian bila tamat belajar mereka diwajibkan untuk membuat bayaran semula. Tetapi bagi para penagih dadah yang berkali-kali memasuki Pusat Serenti dan menggunakan berjuta-juta wang rakyat, pernahkah kerajaan memintan mereka-mereka ini membayar balik wang tersebut ? Tetapi hasilnya, mereka terus menjadi penagih dan menagih hingga ke akhir hayatnya.
Saya bayangkan, mana lebih baik.. Graduan yang belajar di IPT atau Penagih yang menuntut di Pusat Serenti ? Beginilah nasib rakyat Malaysia di negara Islam Hadhari. Pelik tapi benar. Elok sangat daripada membazir lebih bayang wang bagi membantu mereka yang sudah pasti tidak memberikan apa-apa faedah kepada kerajaan, baik wang tersebut digunakan untuk membantu para graduan mendapatkan peluang pekerjaan ataupun membayar balik pinjaman PTPTN yang telah diberikan dulu. sekurang-kurangnya hasilnya kita tahu lebih positif.
Saya merayu agar al-ukht/akht yang mempunyai akal yang waras dapat menbedakan antara emas dan tembaga, kek dan taik. saya secara total nya menolak mentah2 idea srikandi mantan bapak PM kita. Itu lah jarum2 untuk menghancurkan agama, negara dan masyarakat umum nya.
ila liqa maal salamah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: