Kondom, jarum, dadah percuma?Guna duit Siapa?

Kondom, jarum, dadah percuma? Guna duit Siapa?

KONDOM, JARUM DAN DADAH PERCUMA!!! Haruskan kita bersyukur pada kemewahan dan keprihatinan ini?
BERI kondom dan jarum percuma kepada penagih dadah untuk mengelakkan penularan HIV/AIDS?
Nampaknya negara kita memang banyak wang tabungan untuk dibelanjakan sesuka hati. Entah mengapa wang yang banyak itu tidak diberi dan diagih kepada begitu ramai orang miskin dan sakit yang sering dipapar dalam suratkhabar dan televisyen, terutama TV3. Memikirkan Johari Omar daripada Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, hampir-hampir menjual rumah kos rendahnya demi menyelamatkan anaknya Siti Nazirah, 4, pesakit sindrom Rubella. Ramai lagi orang senasib atau lebih dhaif lagi daripada Johari.
Tetapi nampaknya, wang yang ada lebih afdal dihabiskan membeli jarum dan kondom.
Adakah pemberian 'hadiah' itu mencambahkan insaf di hati mereka atau sang penagih najis yang khayal, semakin khayal. Khayal dapat terus menikmati dadah dan langsung tidak menyedari pada hadiah yang mereka nikmati secara percuma. Mereka tidak sedar pun diri mereka begitu disayangi kerajaan dengan layanan istimewa mengalahkan rakyat biasa yang tidak berzina dan menagih dadah - Yang biasanya ketika mengunjungi hospital kerajaan dilayan kasar dan tidak berhemah oleh petugas hospital!
Idea ini - 'kondom free, dadah free, jarum free' bagi saya, dalam bahasa lembutnya, 'tidak bijak'. Pertama kerana wang yang digunakan untuk membeli jarum dan kondom adalah wang rakyat dan bukannya wang Marina Mahathir! Kedua kerana pendekatan ini lebih ke arah menggalak dan menyuburkan, bukan mengubati suasana sosial kita yang semakin sakit. Kita galak dengan usaha mencegah tetapi terjadi juga. Langkah seterus sepatutnya ialah mengubati pula. Mengapa perlu menyuburkannya?
'Idea bernas' Yayasan Aids Malaysia cuba difikir berpuluh-puluh kali untuk menapis sedikit positifnya (kalau ada). Begitu juga setelah memikirkan penerimaan Menteri Besar Melaka, Mohd Ali Rostam. Memang ada. Tentu saja syarikat pengeluar jarum dan kondom boleh menambah cawangannya kerana untung besar!
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menyuruh mencari kaedah lain dan pesakit AIDS/HIV di kuarantinkan. Memang bagus cadangan itu. Untuk menjimatkan kos, elok saja Flat Pekeliling tidak diruntuhkan sebaliknya dijadikan tempat tinggal mereka!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: