~ aRtiKaL ~ ::_IniSiaTif EroPah, KeMeNgAn BaGi HaMaS_::
Semenjak bulan Mac 2006 yang lalu, HAMAS yang memenangi pilihanraya Majlis Legaslatif kerajaan tempatan Palestin (PA) telah mengemukan ide kerajaan nasional bersekutu (Hukumah Wehdah Wataniyyah).
Malangnya cadangn untuk penubuhan kerajaan campuran pelbagai parti itu telah ditolak oleh semua fraksi yang terlibat. Fatah yang merupakan parti kedua terbesar di Palestin itu pun turut menolak untuk menyertai kerajaan campuran tersebut. Alasan yang pernah diberikan oleh Saeb Erekat, pemimpin senior Fatah, mereka inign menjadi pembangkang yang setia.
Walau bagaimanapun, akhirnya diketahui umum bahawa penolakan mereka berkait rapat dengan tekanan yang dikenakan oleh pihak "Israel" dan AS. Kedua-dua kuasa tersebut ingin HAMAS dibiarkan bersendirian untuk "dihukum" di atas kepercayaan yang telah rakyat Palestin berikan kepada mereka. "Hukuman" yang dikenakan itu malangnya bukan hanya kepada HAMAS, malah ianya lebih bertujuan untuk menghukum rakyat Palestin sendiri. Sekatan ekonomi selama lebih 8 bulan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin telah menyebabkan kehidupan mereka begitu sengsara.
Malangnya, rakyat masih lagi bersama HAMAS dan masih lagi mengharapkan agar HAMAS terus memimpin mereka. Idea kerajaan campuran tersebut terus hilang sehinggalah ianya timbul kembali baru-baru ini apabila ianya dibawa oleh Mahmud Abbas (Abu Mazen).
Setelah hukuman yang dikenakan ke atas rakyat Palestin gagal membuatkan mereka menggulingkan kerajaan HAMAS, pihak AS dan Israel telah menggunakan cara yang lain pula. Mereka cuba untuk membawa isu dokumen para tahanan (Wathiqah Asraa) yang bertujuan untuk memaksa HAMAS untuk mengiktiraf rundingan dengan Israel.
Amat mengejutkan mereka apabila pihak HAMAS bersetuju dengan dokumen tersebut dengan syarat ianya tidak melibatkan "pengiktirafan terhadap Israel dan juga tidak menggugurkan hak rakyat Palestin untuk menuntut kemerdekaan. Israel dan AS juga telah bertindak menggunakan pihak dalaman untuk mencetuskan keadaan tidak aman di dalam Palestin. Beberapa unsur di dalam Fatah telah berjaya mereka pancing dan gunakan untuk mencetuskan keadaan tidak tenteram. Dunia bagaikan tersentak dengan sikap sesetengah unsur Fatah yang menimbulkan kekacauan itu.
Keadaan menjadi lebih parah apabila ada di antara unsur-unsur tersebut yang telah mempersiapkan "komando-komando" mereka untuk menjayakan misi tersebut. Pihak Markaz Filistin li al-I'laam pernah membongkarkan bagaimana beberapa unsur di Dalam Fatah telah melatih para komando tersebut di kawasan selatan Gaza menggunakan dana dan juga bantuan persenjataan yang dibekalkan oleh Israel kepada mereka.
Idea kerajaan campuran tersebut terus hilang sehinggalah ianya timbul kembali baru-baru ini apabila ianya dibawa oleh Mahmud Abbas (Abu Mazen).
Operasi "Summer Rains" yang dilancarkan oleh pihak Israel juga merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk menghukum rakyat Palestin. Beralasankan usaha mereka untuk membebaskan tentera mereka yang telah ditawan, pihak Israel telah membunuh rakyat awam Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Para mentari HAMAS dan juga ahli parlimen-ahli parlimen mereka turut ditahan tanpa dibiacarakan.
Keadaan menjadi lebih parah apabila Speaker Majlis Legaslatif, Dr Abdul Aziz Dweik juga turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Menteri Baitul Maqdis dan juga ahli prlimen-ahli parlimen dari kota suci tersebut juga turut dilucutkan kerakyatan demi menghancurkan terus kerajaan pimpinan HAMAS. Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Beit Hanoun merupakan contoh yang amat nyata dan ketara.
Malangnya, segala usaha tersebut berakhir dengan kegagalan. Sokongan rakyat kepada HAMAS semakin meningkat, kerajaan HAMAS juga dilihat semakin dapat melakukan banyak perubahan dan pemulihan di dalam pentadbiran. Harapan AS dan Israel hanyalah terletak pada Abu Mazen untuk menjayakan harapan mereka.Selepas percubaan melalui dokumen tahanan gagal, Abu Mazen terus mencuba dengan ide kerajaan campuran pula.
Harapan beliau, agar HAMAS menolak cadangan berkenaan dan akhirnya akan ditolak pula oleh rakyat yang akan menilai HAMAS sebagai gila kuasa. Cubaan tersebut gagal apabila HAMAS bersetuju dengan ide berkenaan dengan syarat-syarat yang tertentu. HAMAS meletakkan pilihan rakyat agar menyatakan persetujuan mereka untuk mengiktiraf Israel sebagai syarat penerimaan tersebut.
Ternyata daripada kajian yang dijalankan, 82% daripada rakyat Palestin enggan mengiktiraf Israel dan enggan melepaskan hak mereka. HAMAS juga memberikan syarat agar kerajaan campuran yang bakal dibentuk bebas daripada pengaruh AS dan Israel. Hal ini disambut baik oleh rakyat, tetapi ianya menjadi bebanan kepada Abu Mazen kerana bukan itu yang dimahukan oleh AS dan Israel.
Mereka mahukan agar kerajaan HAMAS berjaya digugurkan. Abu Mazen yang pada asalnya menjadi harapan AS dan "Israel" untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan HAMAS akhirnya berada di dalam keadaan yang amat tertekan.Keadaan semakin tidak menyebelahi Abu Mazen apabila berlakunya percubaan dari kalangan individu-individu Fatah yang oportunis untuk menjayakan misi AS dan Israel. Beberapa unsur di dalam Fatah telah cuba untuk mendedahkan "penyelewengan" dan "pecah amanah" kerajaan HAMAS yang berusia kurang dari setahun. Pelbagai dokumen dan juga bukti-bukti palsu telah cuba mereka bawakan kepada rakyat.
Malangnya tindakan bijak daripada HAMAS ialah mendedahkan penyelewengan kerajaan Fatah yang lalu dan juga beberapa fail "sulit" beberapa individu Fatah. Reputasi Abu Mazen menjadi semakin terjejas apabila HAMAS telah berjaya mempersoalkan wang bernilai 1.6 Billion hasil derma daripada luar untuk rakyat Palestin di dalam akaun peribadi Abu Mazen. Hasil daripada pendedahan tersebut rakyat mula menuntut hak mereka daripada Abu Mazen. Beberapa pemimpin Fatah yang lain juga turut dikecam oleh rakyat yang didedahkan dengan fakta mengenai harta mereka yang bernilai ratusan juta di dalam dan luar negara. Rakyat Palestin yang hidup di dalam kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan bagaikan tidak dapat menerima hakikat tersebut.
Bagi HAMAS, mereka akan melakukan apa sahaja demi rakyat selagimana ianya tidak membawa kepada penggadaian prinsip keadilan dan tidak menggadaikan hak rakyat Palestin.
Selepas siri percubaan-percubaan yang gagal dari melalui Abu Mazen, AS dan Israel mula hilang kepercayaan mereka terhadap pemimpin tersebut. Beberapa pemimpin Fatah yang oportunis segera tampil untuk menjadi juara bagi pihak AS dan Israel demi menggantikan Abu Mazen.
Yaser Abdu Rabboh yang telah gagal di dalam pilihanraya Januari yang lalu mula menempatkan dirinya. Beliau mula muncul di hadapan media membuat kenyataan-kenyataan menghentam HAMAS dan mula "menjual" dirinya kepada AS dan Israel.
Muhammad Dahlan yang pernah mengkhianati Yasser Arafat sewaktu hayatnya juga mula menggunakan caranya untuk menjayakan misi AS dan Israel. Beberapa pemimpin Fatah yang lain juga turut mengambil kesempatan ini. Akhirnya Abu Mazen muncul dengan ide "kabinet teknokrat" sebagai dasar kerajaan campuran Palestin sebagai senjata terakhir. Ide yang pernah dilontarkan oleh HAMAS semenjak Mac 2006 yang lalu kali ini cuba diubah suaikan agar menepati selera AS dan Israel.
Malang sekali lagi bagi AS dan Israel apabila HAMAS bersetuju dengan ide berkenaan dengan syarat ianya tidak membawa kepada pengiktirafan Israel. Bagi HAMAS, mereka akan melakukan apa sahaja demi rakyat selagimana ianya tidak membawa kepada penggadaian prinsip keadilan dan tidak menggadaikan hak rakyat Palestin. Apabila Ismael Haneyya bersetuju untuk melepaskan jawatannya demi kemaslahatan rakyat, Abu Mazen sekali lagi berada di dalam dilemma.
Walaupun keputusan tersebut tidak muktamad, namun dunia menyambut baik sikap Haneyya, terutamanya pihak Eropah. Usaha Eropah untuk menginisiatifkan kedamaian baru-baru ini menjadi tamparan kepada pihak AS dan Israel. Dunia telah bosan dengan sikap Israel dan juga pelinudng mereka, AS. Kini telah tiba masanya dunia mendengar pula cadangan dari rakyat Palestin.
Jika selama ini hanya rakyat Palestin yang diminta untuk menuruti segala usaha damai yang menggadaikan hak mereka, maka kali ini dunia menantikan tindakan Israel pula. Mungkin juga telah tiba masanya dunia cuba melihat kepada cadangan HAMAS pula. Mungkin telah tiba masanya juga untuk dunia memaksa Israel pual untuk menerima "Hudna" (gencatan senjata) bertempoh sepertimana yang dicadangkan oleh HAMAS."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: