~ IsU ~ ::_FaRouK HuSni BiaDaB_::
Kenyataan yang dibuat oleh Faruk Husni, Menteri Kebudayaan Mesir yang mencerca tudung telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Sebelum ini tindakan-tindakan yang telah menyentuh sensitiviti umat Islam seperti mana yang berlaku di Perancis dan Tunisia sedikit sebanyak telah membawa satu kesedaran di kalangan umat Islam dalam terus membela agama Islam yang tercinta ini.
16 November lalu telah kembali menghiris hati-hati umat Islam apabila seorang individu penting dalam kerajaan Mesir sendiri, Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Husni telah mengeluarkan kenyataan yang menghina amalan bertudung.
"Wanita itu, rambut-rambut mereka umpama mawar-mawar yang tidak wajib untuk ditutupi dan dilitupi daripada manusia". Kata beliau.
Antaranya lagi:
"Ibu-ibu kita telah mendidik kita dan mengajar kita ketika mana mereka pergi ke universiti-universiti dan bekerja tanpa bertudung. Mengapa kita sekarang mahu kembali ke belakang?"
Antara ucapan kontroversi yang diucapkan oleh beliau:
"Sesungguhnya agama sekarang hanya bergantung kepada bentuk-bentuk zahir yang bersifat luaran semata-mata sedangkan hubungan keimanan antara hamba dan tuhannya tidak berkait dengan pakaian"
Beliau tanpa segan silu telah mencemuh para ulama yang menyatakan kepada masyarakat berkenaan dengan kewajipan bertudung apabila beliau menyatakan:
"Dunia sedang bergerak ke hadapan. Kita tidak akan bergerak ke hadapan selagi mana kita masih kekal dalam kemunduran dan kita masih pergi mendengar fatwa ulama-ulama tiga sen" sebagai satu sindiran bahawa para ulama tersebut dangkal ilmunya".
Kenyataan-kenyatan seperti ini telahpun dibidas oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Contohnya Presiden Persayuan Ulama Dunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyela tindakan-tindakan biadab ini dengan ucapan beliau pada 3 November 2006 dalam khutbah Jumaat beliau di Masjid Umar Al-Khattab di Doha:
"Sesungguhnya perang yang dinyalakan oleh sistem di Tunisia (yang menghalang pemakaian tudung di universiti) bukan hanya menentang tudung semata-mata bahkan ia adalah satu penentangan terhadap Allah dan rasulNya".
Beliau juga berkata:
"Kenapa sistem itu tidak menyusahkan wanita-wanita yang mendedahkan aurat sedangkan dalam masa yang sama wanita-wanita yang bertudung diberikan penentangan yang sekeras-kerasnya? Bagaimana bertudung dianggap sebagai satu jenayah sedangkan negaranya dianggap sebagai negara Islam?!"
Inilah hakikat yang berlaku kepada dunia Islam hari ini. Suruhan-suruhan Islam ditentang di dalam masyarakat Islam itu sendiri. Isu tudung, isu niqab dan seribu satu isu yang menyentuh hak kebebasan umat Islam dalam mengamalkan agamanya dipertikai dalam masa yang sama kemungkaran yang diimport ke dalam dunia umat Islam yang hanya akan meruntuhkan jati diri mereka terus diraikan dan diarak dengan penuh penghormatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: