~ IsU ~ ::_QarDaWi SeLaR FaRouK HuSni_::
Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam persidangan yang diadakan di Kaherah, Mesir di bawah kelolaan Pusat Fatwa Mesir (Dar Al-Ifta Al-Misriyyah) telah menyelar Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Husni yang telah mencerca amalan bertudung.
Ucapan beliau yang disampaikan di dalam muktamar yang dibuat pada Rabu, 22/11/2006 lepas dengan jelas menyatakan bahawa menteri tersebut merupakan seorang yang jahil dalam urusan agama Islam. Beliau meyatakan kehairanannya apabila ucapan yang menghina tudung ini dikeluarkan oleh seorang yang bertanggungjawab di dalam kerajaan Mesir yang hanya menunjukkan betapa jahilnya menteri tersebut berkenaan kebudayaan Mesir. Menurut beliau, menteri tersebut hanya merupakan orang yang mengetahui kebudayaan asing yang tidak diketahui sama sekali oleh orang-orang Mesir dan masyarakat Muslim.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata:
"Sesungguhnya 80% daripada wanita Mesir memakai tudung. Tudung merupakan perkara yang bukanlah satu paksaan yang datang daripada suami atau ayah. Ia adalah satu perkara yang datang daripada kesedaran peribadi yang datang daripada wanita dan gadis itu sendiri".
Beliau turut menegaskan bahawa tudung merupakan satu kewajipan yang telah disepakati oleh seluruh ilmuan Islam sebagaimana masyarakat Muslim lampau telah melalui 13 kurun lamanya tanpa ada di kalangan wanita dan gadis muslim mendedahkan kepalanya sehinggalah datangnya penjajahan barat ke atas dunia Islam. Bermula dari tarikh itulah wanita Islam mula untuk mendedahkan rambutnya sehingga pendedahan rambut menjadi satu kebiasaan.

Prof. Dr. Nasr Farid, bekas Mufti Kerajaan Mesir juga menegaskan bahawa tindakan yang dibuat oleh menteri berkenaan merupakan satu pelampauan ke atas Islam, undang-undang, hak-hak Islam dan masyarakat Muslim bahkan ia sepatutnya tidak diucapkan oleh seorang menteri dalam kerajaan Mesir kerana agama rasmi Mesir adalah Islam dan asas utama perlembagaan adalah Syariat Islam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: