~ ISU ~ :- KeNaPa Si leMbuT tiDaK beRkuRaNg? -:

Si lembut dan pondan bertambah setiap tahun. Tidak takutkah dosa atau setidak-tidaknya risau kutukan orang. Apa daya kita membanteras gejala yang kononnya tanda keterbukaan moden kita...??
Saban tahun kemunculan si lembut, lelaki normal yang bertukar menjadi ke arah-arah kewanitaan, dapat di lihat di mana-mana. Di pejabat, di sekolah, sektor swasta, sektor kerajaan, IPTA, IPTS, kalangan profesional seperti peguam, doktor, akauntan, guru dan pensyarah pun ada. Si lembut ini asalnya bersikap sopan santun kemudian semakin dewasa akan mengenakan pakaian yang agak feminin, ketat dan sendat menggoda. Semakin menginjak usia mereka makin rancak jalan berlenggang, mengenakan gincu dan celak serta melentikkan bulu mata. Apabila sudah bekerjaya dan mempunyai wang sendiri, mereka ini mula mampu membeli hormon untuk melicinkan kulit, membuang bulu roma dan membesarkan buah dada! Ada yang masih ada ciri-ciri lelaki, ada juga yang terus bertukar wanita - malah lebih cantik dan gebu dari wanita asli!
Setiap tahun golongan ini jenuh dididik, dikutuk, dihina dan kononnya cuba dipantau. Pelbagai cara dicadangkan. Cara islamik dan cara psaikologi. Namun kenapa pertumbuhannya semakin galak dan tidak berkurang dari satu generasi ke generasi yang baru? Kumpulan ini semakin bertambah, menjadi parah dan memalukan, terutama kerana ramainya Melayu dan Muslim menjadi 'anggotanya'.
Mengapa mereka ini tidak mendapat hidayah keinsafan? Mereka bagaikan tidak kisah dihina dikutuk dan juga tidak takut kepada dosa. Siapa yang harus kita letakkan batu kesalahan? Ibu bapa mereka atau ketegasan kerajaan, yang ternyata tidak berbuat apa-apa mengatasi masalah ini secara agresif. Kehadiran mereka umpama dibiarkan dan diterima, kononnya ia sebuah hak asasi dan negara kita moden dan terbuka.
Apa yang harus kita lakukan pada isu ini? Apa daya kita sebagai masyarakat yang sepatutnya tebal nila-nilai murni, budaya yang penuh keislaman?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: