Tidak menuruti sunnah rasulullah yang bersolat di kawasan lapang seperti padang atau kawasan terbuka bukannya bersolat di masjid sebagai menuruti sunnah rasulullah yang keluar meninggalkan masjid dan bersolat di kawasan lapang. Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha ke musolla (tempat solat bukan masjid) dan seawal perkara yang dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan Muslim no. 889 dan lain-lain).
Sesungguhnya sunnah yang dilakukan oleh rasulullah ialah keluar dari rumah baginda lalu menuju ke kawasan yang telah ditetapkan untuk bersolat yang biasanya kawasan lapang seperti padang pasir dan lain-lain yang luas terbuka dan meninggalkan solat di dalam masjid baginda sekalipun solat di masjid baginda itu besar pahalanya seperti yang disebut dalam hadith baginda : “ Solat di masjid aku ini lebih utama dari seribu kali ganda solat di tempat selainnya kecuali masjid haram” (hadith sahih riwayat Bukhari no.1190 dan Muslim no. 1394).
Ini menunjukkan bahawa sekalipun besar pahala solat di masjid baginda (masjid nabawi di Madinah) namun baginda seumur hidupnya tetap memilih untuk solat di kawasan lapang apabila tibanya waktu menunaikan solat Aidhil Fitri atau Aidhil Adha maka ini menjadikan satu pensyariatan yang khas untuk menunaikan sunnah baginda ini.Tujuan bersolat di tempat lapang dan bukannya masjid ialah supaya hanya wujud satu jemaah dan umat Islam dapat berkumpul bersatu di bawah bumbungan langit sambil menunaikan kalimah Allah swt di bawah ajaran sunnah baginda salallahualaihiwasalam.
“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai” (Ar-Rum 31-32).
Kecualilah apabila berada di masjidil haram bagi yang menyambut Aidhil Fitri atau Adha di Makkah kerana bersolat di Masjidil Haram lebih utama dari bersolat di musolla (tempat solat yang bukan masjid seperti kawasan lapang) kerana demikianlah perbuatan para salaf soleh (Al-Majmuk oleh An-Nawawi m/s 524 Jilid 5).
Kedua
Tidak menunaikan sunnah takbir sebelum menunaikan solat dan sewaktu berjalan menuju ke tempat solat dan tidak pula bertakbir menurut sunnah yang sahih sebaliknya menambah-nambah sesuatu yang bukan sahih.
Sesungguhnya seperti apa yang sampai riwayat kepada kita daripada rasulullah bahawa sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra no. 170).
Disyariatkan mengangkat suara (meninggikan suara) dalam bertakbir sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat solat merupakan sesuatu yang disepakati oleh para imam yang empat walaubagaimanapun tidaklah disebut langsung dalam mana-mana riwayat bahkan ditentang oleh para ulama salaf apabila menjadikan takbir itu sebagai satu suara yang dilakukan secara serentak beramai-ramai dan beralunan lagu dan ianya dilarang. (lihat dalam kitab sahihah oleh Syeikh albani dan fatwa Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh bin baz ra dan lain-lain).
Perbuatan mengadakan takbir sebagai satu alunan dan lagu dan juga dilakukan secara serentak ialah bid’ah dan bukan sunnah ditambah lagi takbir yang dilaksanakan pada hari ini bukanlah dari riwayat yang sahih.Adapun bacaan takbir yang sahih yang sampai kepada kita pada hari melalui riwayat yang sahih ialah :Berdasarkan kepada riwayat Ibn Mas’ud ra : الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمدIsnad riwayat ini sahih daripada Ibn Mas’ud ra seperti yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah ra dalam Musnadnya no. 168 Jilid 2.Berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra pula :الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمدالله اكبر و اجل الله اكبر على ما هداناIsnad riwayat ini sahih daripada Ibn Abbas ra dan dikeluarkan oleh Baihaqi no. 315 Jilid 3.
Manakala Salman ra bertakbir dengan menyebut :الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر كبيراRiwayat ini sahih isnadnya seperti yang dikeluarkan oleh Baihaqi no. 316 Jilid 3. Adapun apa yang ditambah-tambah pada zaman ini yang kemudian dijadikan satu rutin takbir dan cara bertakbir yang berkumandang di masjid-masjid amatlah jauh dari perbuatan salaf dan tiada asal dari pertunjuk salaf dan tidaklah mempunyai apa-apa riwayat dari rasulullah baik sahabat mahu pun tabien seperti yang disebutkan oleh Hafidz Ibn hajar ra dalam kitabnya Fathul Bari m/s 536 Jilid 2 dengan menyebut : “ telah diadakan bacaan takbir itu pada zaman ini (zaman beliau) sedangkan ianya sesuatu yang tiada asal usul (bid’ah)…”.
Dari riwayat Aisyah ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda: “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (Hadith sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5). Bahkan lebih teruk pada zaman ini umat Islam bernasyid pula pada takbir itu dengan menjadikan bacaan takbir beralunan-alunan mendayu suara meniti di angkasa takbir raya menurut cara bid’ah yang bukan sunnah.
Demikianlah sesungguhnya bid’ah dan kejahilan berleluasan di hari ini dan ilmu serta sunnah semakin terkubur dan sukar dilaksanakan pada waktu ini.Telah bersabda baginda rasulullah kepada kita semua dengan sabdanya yang mulia : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).
Begitu juga seperti yang disampaikan oleh Sufyan ibn Uyainah dengan berkata aku mendengar Asim berbicara kepada Abu Al-Aliyah dengan katanya “ Tetaplah pada perkara yang awal-awal dipegang dan diperintahkan (oleh para sahabat) sebelum khilafnya ummat”. Dan telah berkata juga Al-Auza’ie “Bersabarlah di atas sunnah dan berhentilah pada apa yang golongan terdahulu berhenti padanya (yakni pada perkara yang para sahabat berhenti dari melakukannya) dan berkatalah dengan apa yang dikatakan oleh mereka (para sahabat) dan berpadalah dengan apa yang mereka merasa cukup (sebagai panduan mereka) dan laluilah jalan salaf soleh.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya 143 Jilid 6).
Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .Maka berdasarkan keumuman hadith di atas hendaklah diawasi bahawa setiap amalan agama yang dilaksanakan secara bid’ah dan tidak menuruti ajaran sunnah dan ditambah-tambah ialah ditolak dan tidak diterima oleh Allah swt.
Keempat
Pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang sama sedangkan sunnah rasulullah ialah berusaha melalui jalan yang berbeza dalam pergi dan kembali dari tempat solat.Ini sunnah yang sama yang ditinggalkan apabila hari ini sudahlah bersolat di masjid bukan di kawasan lapang setelah itu pergi dan kembalinya melalui jalan yang sama demi menjimatkan masa kononnya hendak segera sampai dan ini bercanggah dengan sunnah.
Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya nabi salallahualaihiwasalam sewaktu hari raya akan menukar jalan (sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).
Daripada Abu Hurairah ra berkata : “Sesungguhnya baginda nabi salallahualaihiwasalam sekiranya keluar pada hari raya maka baginda akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).
Orang ramai berusaha menyegerakan kembali dan pergi dengan melalui jalan yang sama kerana hal duniawi dan ini sangatlah dicela apabila hanya demi mengejar rancangan televisyen atau berkejar ke rumah kawan dan rakan atau bagi lelaki ke rumah perempuan idaman ini semua termasuk bahawa sesungguhnya puasa yang dilaksanakan hanyalah sebagai kewajipan bukan sebagai ketaqwaan.
Entahlah apalah perkara yang menyedihkan menimpa umat Islam kini lantaran berjauhannya mereka dari sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.
“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (An-Nur: 51-52).
وصلي الله علي نبيِّنَا محمد وآله و صحبه والتابعين لهم باِحسن إلي يوم الدين والحمد لله الرب العالمين
0 comments:
Post a Comment