~ AreNa ~ :- ArGeNtiNa KumPuLan Maut, BraZil LeGa
UndiAn PiAlA DuNia 2006 -:
UNDI: Pengarah Komunikasi Fifa, Markus Siegler (kiri) menunjukkan kertastertera nama England pada majlis undian pusingan akhir bola sepakPiala Dunia Jerman 2006 di Leipzig, tiur Jerman, kelmarin. Turut hadirdan memerhatikan majlis undian berkenaan ialah lagenda bola sepakantarabangsa Cameroon (dari kiri) Roger Milla, Johan Cruyff (Belanda),Pele (Brazil) dan Lothar Matthaus dari Jerman.

LEIPZIG, Jerman: Undian Piala Dunia 2006 awal pagi semalam memberi sedikit kelegaan kepada juara bertahan Brazil dan tuan rumah Jerman tetapi Argentina terpaksa berhadapan dengan tugas getir pada pusingan awal kejohanan, bermula 9 Jun tahun depan.
Juara lima kali Brazil akan menghadapi perlawanan pertama menentang semifinalis 1998 Croatia, diikuti Australia dan Jepun manakala Jerman yang pernah menjulang kejuaraan sebanyak tiga kali, memulakan cabaran menentang Costa Rica sebelum bertemu jiran Poland dan disusuli Ecuador.
Walaupun tampak mudah, jurulatih Jerman Juergen Klinsmann dan bekas ketua pasukan yang pernah mengetuai pasukan kebangsaan memenangi kejuaraan itu, Franz Beckenbauer begitu berhati-hati, terutama mengenai perlawanan pembukaan menentang Costa Rica di Munich.“Jangan harap dapat melihat banyak gol dalam perlawanan pembukaan,” kata Klinsmann manakala Beckenbauer mengingatkan peminat negara itu bagaimana Argentina tewas pada perlawanan pertama kepada Cameroon, dan Perancis tumbang kepada Senegal.
Argentina mengakui terpaksa memikul beban berat untuk layak ke pusingan kalah mati selepas mengalami nasib tersingkir di pusingan pertama pada 2002 apabila diundi bersama Belanda, Serbia-Montenegro dan pasukan berbakat Ivory Coast.Jurulatih Argentina, Jose Pekerman tidak dapat hadir menyaksikan majlis undian itu tetapi pembantunya, Hugo Tocalli, berkata pemain negara itu tidak gentar manakala jurulatih Belanda, Marco van Basten menyifatkannya sebagai kumpulan penuh warna-warni.
“Ia kumpulan yang sukar tetapi bagus bagi kami,” kata jurulatih Ivory Coast, Henri Michel yang mempunyai pemain seperti Didier Drogba dari Chelsea dan Kolo Toure dari Arsenal dalam barisannya.Juara 1998 Perancis, akan bertemu pasukan yang dihadapinya dalam kempen kelayakan, Switzerland. Korea Selatan, pasukan semifinalis 2002 dan muka baru Togo juga diletakkan dalam kumpulan yang sama.
Undian dimulakan dengan lapan pasukan pilihan – Brazil, Jerman, Argentina, England, Perancis, Itali, Mexico dan Sepanyol – diletakkan dalam kumpulan masing-masing. Baki pasukan lain dibuat mengikut corak yang agak rumit yang dipisahkan berdasarkan keadaan geografi serta kemampuan merit.England bertemu Sweden buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia, dan juga bertemu muka baru Trinidad & Tobago serta Paraguay.
“Bukan kumpulan yang mudah tetapi nasib baik tidak menjadi lebih sukar. Saya berharap dapat mengelak daripada bertemu Belanda dan Australia,” kata pengurus England, Sven-Goran Eriksson.
Perlawanan pertama Itali ialah bertemu pendatang baru Ghana sebelum Amerika Syarikat dan Republik Czech di mana jurulatihnya, Marcelo Lippi gembira dengan undian itu dan memasang impian untuk ke pusingan seterusnya.
Satu lagi muka baru, Ukraine yang diperkuat pemain AC Milan Andriy Shevchenko memulakan perlawanan menentang Sepanyol dan kemudian bertemu Tunisia dan Arab Saudi dalam kumpulan yang dianggap mudah, sama seperti Mexico yang diletakkan bersama Portugal, Iran dan Angola.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: