~ TaUjihaD ~ :- RiNtiHaN SyiEkh AhMaD YasSiN -:
"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku.
Aku tidak mampu ke mana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpaku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiayai dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kita?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan? Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan kami kepada penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami?
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenar-benarnya, lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, 'Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!'
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang dan akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."
'Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu...kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang uang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu...darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berpecahnya kesatuan kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terbelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami...'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: