~ ISU ~ :- KEBERKATAN ILMU vs KERAKUSAN HAWA NAFSU -:

Kita dijadikan oleh Allah dan diberikan nikmat hidup yang belimpah ruah tanda sayangnya pencipta kita pada hambanya yang sempurna ini. Daripada setitik mani sehinggalah kita cukup proses didalam perut ibu dan keluar melalui satu lubang yang tidak terfikir untuk kita mengatakan mampukah bayi sebesar ini akan keluar dari perut ibunya jika tanpa kuasa Allah? Pasti kita akan menidakkan sebab hanya dengan izin Allah sesuatu perkara akan terjadi dan mush ma’qul berlaku sesuatu perkara tanpa keredhaanNya.
Dari kecil lagi kita dididik dengan ilmu islam, bermula madrasah al-bait dengan mak ayah mengajar kita fardhu ain dan memaksa kita untuk mengaji ( belajar ) al-quran sehinggalah apabila kita meningkat alam keremajaan di hantar pula kita ke sekolah rendah, menegah dan universiti tidak lain dan tidak bukan bagi melahirkan anaknya yang celik ilmu bukan teropah kayu masyarakat. Islam menitik beratkan kita dalam bab ilmu, firman Allah :-
Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah. Yang mengajar ( manusia) dengan perantaran kalam. Dan mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Tapi adakah kita sudah menunaikan amanah sebagai pendeta ilmu ? Sudah tunaikan tak cita-cita ibu bapa kita untuk melihat anaknya yang benar-benar memahami ilmu selaras dengan ajaran islam ? Adakah apabila kita menjejakkan kaki ke alam universiti kita sudah berjaya? Di situ ke penghujung ilmu kita? Jawapannya pasti berada dalam diri kita semua, renung dan izzahkan lah kelemahan serta kekurangan kita.
Saya terkilan melihat dan mendengar kenakalan ilmuan bakal pewaris nabi dalam meneruskan dakwah risalah islam, tak kira lah kita belajar Syariah Islamiah ke, Usuluddin ke, Dakwah ke, Ilmu Wahyu ke, Bahasa Arab ke, Enggenering ke, Accauntan ke, Ukur tanah ke, Sukan ke asalkan ia dinamakan ilmu Allah. Kita mudah rebah dengan kepesatan arus dunia semasa, apabila datang dari nama islam, kita mengkolokkan eolah-olah apa yang islam tetapkan bahan kampung, yang barat promosikan bahan bandar, kan rendahnya martabat islam. Yang meletakkan islam di pandang hina adalah dari ummatnya sendiri, tak perlu nuklear Amerika atau atom Israel, cukup dari ummat yang mengaku islam saje, islam sudah lemah. Cuba kita persoalkan diri kita sendiri, adakah tanggungjawab kita dengan perncipta telah terlaksana? Terjaga ke kita muamalah antara lelaki dan perempuan takkala kita sibuk mencari ilmu Allah ini? Saya mendapat email dari kawan mengatakan ramai pelajar kita di UK menetap bercampur gaul antara laki dan perempuan dengan alasan rumah di sana terlalu mahal, rumah kurang dan beberapa dalil bagi menghalalkan tindakannya. Nampaknya fatwa Ustazah Mashitah dah termakan dalam diri ilmuan kita, menghalalkan zina kerana DARURAT. Adakah elok dan baik untuk kita tingal serumah? Ni ke bakal pewaris nabi yang akan pulang ke Malaysia kelak????
Sekarang ramai sugar dady di kalangan student UIA, UITM, UTM, UM, UKM dan gerbang2 ilmu yang lain. Cuba kita imbas kembali kisah Baharuddin yang mati di bakar hidup-hidup oleh pakwe pelajar UTM dalam mahkamah. Ramai saksi menyatakan pensyarah ( baharuddin ) meminta tubuh pelajarnya jika ingin lulus dalam pepernya. Budaya menjual tubuh ibarat ikan di pasar bagi perlembahan ilmu ini. Apakan tidaknya, ikan terpelajar baru power, yang ikan pula lapar duitan gatal biji kelentik sangat, perigi mencari timba.

Dulu kita di kejutkan dengan keberusan NTV7 dalam membongkar isu-isu terkini remaja kita, ramai pelajar universiti berlomba mutur haram, berzina di taman, keluar malam dengan orang luar kampus, cium-cium dan banyak lagi. Adakah kita tidak sedar virus ini merasuk dalam tubuh pewaris nabi kita???

Saya ada maklumat dari pelajar UIA, ada kelas yang jadualnya pukul 6 malam dan berakhir sehingga 8.30 malam, di manakah maghrib? Adakah isya’ juga akan menjadi mangsa terbang? Apa ada pada nama, nama saje universiti islam, antarabangsa lagi tapi wallahua’lam. Program untuk mahasiswa tidak mengikut tempat, berkhemah dalam hutan siswa dan siswi satu khemah. Apakah dajal sangat ni, nak galakkan buat ana intelek ke? Ke nak ikut Syiah, ada satu malam jika kita memasukkan zakar dalam faraj perempuan serta keluar mani dan dapat anak kerana malam itu adalah suci, ni ke pegangan kita?

Tidak terlepas juga golongan yang belajar agama, ramai mengambil adik kakak angkat, bertukar-tukar kuih, jalan-jalan rumah akak dan borak dalam rumah sampai tengah malam, tengok tv dan cd bersama, iblis sangat pemikiran kita. Boleh ke kita buat tindakan sebegini rupa? Nak kuih tue ambil lah tapi jangan sampai masuk rumah bukan muhrim pula, berDOSA banggg…

Saya ingin meletakkan persoalan pada kita, berapa ramai antara kita tidak menonton filem lucah? Saya mendapat maklumat pelajar perempuan di UITM 90% sudah menonton filem banyak aksi mengalahkan keaktifan Jackie Chan. Di tempat lain saya tak menerima maklumat, moga di jauhkan benda-benda hina ini. Apakah jadahnya semua ini, inikah kita pewaris nabi? Wujud lesbian dalam kolej-kolej di dalam university, nak cari pakwe muka tak cantik di rempah pula tak pandai, sama-sama kawan pun jadi lah.

Trend sekarang kebanyakkan mahasiswi kita memakai seluar ke kuliah, seluar yang tak ketat dan di benarkan oleh syarak tak pe lah, ni pakai seluar jeans, jin bukan malu nak pakai kita yang tersengih-sengih mempopularkan pakaian makhluk jahat ini. Jika kita tegur jawapan senang, mak ayah izin, jangan terlalu kuno ustaz….. Kunonya aku.. Satu lagi bertunjang pada orang pakai jubah dan telekung labuh juga buat maksiat. Geramnya kita mendengar, hokum takkan berubah sayang, walaupun ustaz, ustazah jika buat jahat semua kena. Tapi apa yang islam tojolkan dah baik, tutup aurat dan pakai pakaian yang tak menjolok mata untuk menghindari zina.
Saya masih ingat sesegar udara pagi lagi kisah tika saya mengikuti program belia dulu. Saya menjadi fesilitator, nampak perangai seorang-seorang (sekor-sekor ) teruk sangat, saya tanya basic. Abang tue dah tua dalam 30 lebih tapi dia anggap saya lebih tua darinya kerana saya berjanggut dan errrrrrrrrrm… he2. saya tanya dia aurat laki apa? Dia cakap aurat laki kecuali tapak tangan dan muka, siap bagi dalih lagi tau. Dia cakap dia tengok pemain bola arab Saudi main pakai seluar pendek dan dia cakap arab Saudi kan alim, arab lagi katakan, kepala hotak kauuuuuuuuuu. Saya hanya bagi jawapan senang kat dia bagi menjawab hujah bernasnya, saya tanya dia ada adik perempuan tak, dia cakap ada. Saya cakap macam ni, saya nak ajak dia dan adik dia pergi rumah kawan saya yang arab. Saya nak suruh kawan saya yang arab rogol adik perempuan dia depan mata dia. Saya pun tanya dia, adakah awak tak marah? Dia pun cakap akan pukul ( katok ) sampai mati ( sampai mapuh ) arab tue. Saya cakap kat dia, nape pula laki tue kan arab, berdosa lah dia. Baru dia tunduk kepala, he2.. baru tau. Tulah ramai di kalangan masyarakat kita masih jahil tukil dalam bab basic tentang islam, jika tanya maslahah islam yang lain lagi tak tau.

Kesimpulannya, kita membawa stend mahasiswa/wi bakal pewaris nabi tapi akhlak dan diri kita tidak layak untuk menerima tugasan ini. Adakah anda fikir anda sudah layak? Penuhkah ilmu-ilmu yang kita pelajari dalam diri kita? Adakah kita menterjemah ilmu yang kita pelajari dalam kehidupan seharian? Kita menghadapi bahana sosial yang amat dashyat dan memerlukan pengizahan yang drastik dalam setiap individu bagi mencegah vabak ini dari terus masuk dalam diri kita. Tanamkan budaya ilmu dan kehidupan islam yang hakiki dalam hidup kita, hidup akan aman dan sejahtera bila mana kita membangun bersama islam. Islam hanya satu bukan nya ada islam hadhari dan jauhari sekalipun, islam tetap islam yang kita anuti sekian lama. Moga kita tergolong antara golongan-golongan yang beruntung di akhirat kelak.
Wallahua’lam…
Kekaizenan Minda Keizzahan Bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: