~ ISU ~ :- KuMpuL DuiT UnTuK KaHwIn, UnTuK ApA ? -:

Kenapa perlu majlis kahwin besar-besaran? Dibuat pula di kedua-dua rumah. Untuk jimat, berkongsi duit buat kenduri di sebelah pihak saja. Takut orang mengatakah?
Kita biasa mendengar terma ini - hendak kahwin kumpul duit dulu, supaya senang, supaya tidak terbeban hutang. Kita lupa memahami maksud 'senang' yang sebenarnya. 'Senang' di sini bukan bermaksud, senang di hari kemudian atau untuk kegunaan jika sakit pening. Tetapi kita disarankan bersedia dan mengumpul duit supaya senang berhabis-habisan dan membuat pembaziran ketika mengadakan kenduri kahwin. Sudah ada duit bolehlah buat kenduri besar-besaran dan dilihat mewah oleh orang kampung dan saudara mara kita. Kononnya kahwin hanya sekali.
Apabila terma itu dijadikan kayu pengukur untuk muda-mudi yang mahu berkahwin atau ada perancangan mahu hidup bersama dengan buah hati, maka jadilah perkahwinan terpaksa ditangguh-tangguh, tidak dilakukan segera dan paling mudah, ikat dulu dengan tali pertunangan. Setahun, dua tahun? Entahlah, tetapi mesti cukup duit dulu. Cukup duit untuk wang belanja (paling kurang RM5,000), barang hantaran, sewa dewan atau hotel, tempah mak andam yang popular, pakej pelamin dan nasi minyak serba lengkap dengan bunga telur pelbagai bentuk mengikut darjat tetamu.
Semakin lama, harga perkahwinan semakin mahal. Bolehkah kita kaitkan keadaan ini dengan melonjaknya gejala sosial dan hubungan luar nikah yang umpama kebiasaan bagi muda mudi sekarang? Hendak kahwin duit tak ada, hendak kumpul duit, gaji pun cukup-cukup, sekadar RM10 sebulan, bila boleh kahwin? Nafsu pula melonjak-lonjak. Dapat pasangan serasi, zina pun menjadi.
Alangkah eloknya kita menggalakkan majlis perkahwinan dibuat ringkas. Katakan bajetnya RM1000 saja untuk persiapan barang-barang. Baju simple, tidak payah pelamin mahal dan menu makanan cukup dengan nasi minyak dan dua jenis lauk. (standard sekarang lima atau enam jenis). Majlis perkahwinan juga tidak perlu dibuat kedua-dua pihak kerana ini antara punca perbelanjaan menjadi tinggi. Buat saja mana-mana rumah pengantin dan kongsi perbelanjaannya. Kadang-kadang antara punca pihak perempuan meletak harga hantaran tinggi kerana harga barang yang dikatakan melambung naik. Maka sebab itulah elok majlis dijalankan di sebelah pihak saja. Lebih jimat, lebih afdal.
Apa pendapat anda untuk isu ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: