:- Revision & Muhasabah Atas Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Majoriti Umat Islam Dalam Amalan Aidilfitri -:

Allahuakbbar....Allahuakbbar....Allahuakbar....
Alhamdulillah, Mengingati kembali apa yang telah dilalui semenjak dahulu mengenai sambutan hari raya Aidhil Fitri amatlah menyedihkan apabila kita telah berkali-kali mengulangi nasihat supaya mengadakan sambutan hari Aidhil Fitri yang mulia dengan menurut sunnah yang sahih.
Berikut ialah sedikit muhasabah atas kesilapan ketara yang dilakukan oleh umat Islam tak kala kita riang menyambut aidilfitri tapi kita alpa akan kesalahan kita dalam meraikan sambutan Syawal yang penuh dengan keriangan .

Pertama

Tidak menuruti sunnah rasulullah yang bersolat di kawasan lapang seperti padang atau kawasan terbuka bukannya bersolat di masjid sebagai menuruti sunnah rasulullah yang keluar meninggalkan masjid dan bersolat di kawasan lapang. Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha ke musolla (tempat solat bukan masjid) dan seawal perkara yang dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan Muslim no. 889 dan lain-lain).

Sesungguhnya sunnah yang dilakukan oleh rasulullah ialah keluar dari rumah baginda lalu menuju ke kawasan yang telah ditetapkan untuk bersolat yang biasanya kawasan lapang seperti padang pasir dan lain-lain yang luas terbuka dan meninggalkan solat di dalam masjid baginda sekalipun solat di masjid baginda itu besar pahalanya seperti yang disebut dalam hadith baginda : “ Solat di masjid aku ini lebih utama dari seribu kali ganda solat di tempat selainnya kecuali masjid haram” (hadith sahih riwayat Bukhari no.1190 dan Muslim no. 1394).

Ini menunjukkan bahawa sekalipun besar pahala solat di masjid baginda (masjid nabawi di Madinah) namun baginda seumur hidupnya tetap memilih untuk solat di kawasan lapang apabila tibanya waktu menunaikan solat Aidhil Fitri atau Aidhil Adha maka ini menjadikan satu pensyariatan yang khas untuk menunaikan sunnah baginda ini.Tujuan bersolat di tempat lapang dan bukannya masjid ialah supaya hanya wujud satu jemaah dan umat Islam dapat berkumpul bersatu di bawah bumbungan langit sambil menunaikan kalimah Allah swt di bawah ajaran sunnah baginda salallahualaihiwasalam.

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai” (Ar-Rum 31-32).

Kecualilah apabila berada di masjidil haram bagi yang menyambut Aidhil Fitri atau Adha di Makkah kerana bersolat di Masjidil Haram lebih utama dari bersolat di musolla (tempat solat yang bukan masjid seperti kawasan lapang) kerana demikianlah perbuatan para salaf soleh (Al-Majmuk oleh An-Nawawi m/s 524 Jilid 5).

Kedua
Tidak menunaikan sunnah takbir sebelum menunaikan solat dan sewaktu berjalan menuju ke tempat solat dan tidak pula bertakbir menurut sunnah yang sahih sebaliknya menambah-nambah sesuatu yang bukan sahih.

Sesungguhnya seperti apa yang sampai riwayat kepada kita daripada rasulullah bahawa sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra no. 170).

Disyariatkan mengangkat suara (meninggikan suara) dalam bertakbir sewaktu dalam perjalanan menuju ke tempat solat merupakan sesuatu yang disepakati oleh para imam yang empat walaubagaimanapun tidaklah disebut langsung dalam mana-mana riwayat bahkan ditentang oleh para ulama salaf apabila menjadikan takbir itu sebagai satu suara yang dilakukan secara serentak beramai-ramai dan beralunan lagu dan ianya dilarang. (lihat dalam kitab sahihah oleh Syeikh albani dan fatwa Syeikh Soleh Utsaimin dan Syeikh bin baz ra dan lain-lain).

Perbuatan mengadakan takbir sebagai satu alunan dan lagu dan juga dilakukan secara serentak ialah bid’ah dan bukan sunnah ditambah lagi takbir yang dilaksanakan pada hari ini bukanlah dari riwayat yang sahih.Adapun bacaan takbir yang sahih yang sampai kepada kita pada hari melalui riwayat yang sahih ialah :Berdasarkan kepada riwayat Ibn Mas’ud ra : الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمدIsnad riwayat ini sahih daripada Ibn Mas’ud ra seperti yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah ra dalam Musnadnya no. 168 Jilid 2.Berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra pula :الله اكبر , الله اكبر , لا اله الا الله و الله اكبر الله اكبر ولله الحمدالله اكبر و اجل الله اكبر على ما هداناIsnad riwayat ini sahih daripada Ibn Abbas ra dan dikeluarkan oleh Baihaqi no. 315 Jilid 3.

Manakala Salman ra bertakbir dengan menyebut :الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر كبيراRiwayat ini sahih isnadnya seperti yang dikeluarkan oleh Baihaqi no. 316 Jilid 3. Adapun apa yang ditambah-tambah pada zaman ini yang kemudian dijadikan satu rutin takbir dan cara bertakbir yang berkumandang di masjid-masjid amatlah jauh dari perbuatan salaf dan tiada asal dari pertunjuk salaf dan tidaklah mempunyai apa-apa riwayat dari rasulullah baik sahabat mahu pun tabien seperti yang disebutkan oleh Hafidz Ibn hajar ra dalam kitabnya Fathul Bari m/s 536 Jilid 2 dengan menyebut : “ telah diadakan bacaan takbir itu pada zaman ini (zaman beliau) sedangkan ianya sesuatu yang tiada asal usul (bid’ah)…”.

Dari riwayat Aisyah ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda: “ Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (Hadith sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5). Bahkan lebih teruk pada zaman ini umat Islam bernasyid pula pada takbir itu dengan menjadikan bacaan takbir beralunan-alunan mendayu suara meniti di angkasa takbir raya menurut cara bid’ah yang bukan sunnah.

Demikianlah sesungguhnya bid’ah dan kejahilan berleluasan di hari ini dan ilmu serta sunnah semakin terkubur dan sukar dilaksanakan pada waktu ini.Telah bersabda baginda rasulullah kepada kita semua dengan sabdanya yang mulia : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak no.63).

Begitu juga seperti yang disampaikan oleh Sufyan ibn Uyainah dengan berkata aku mendengar Asim berbicara kepada Abu Al-Aliyah dengan katanya “ Tetaplah pada perkara yang awal-awal dipegang dan diperintahkan (oleh para sahabat) sebelum khilafnya ummat”. Dan telah berkata juga Al-Auza’ie “Bersabarlah di atas sunnah dan berhentilah pada apa yang golongan terdahulu berhenti padanya (yakni pada perkara yang para sahabat berhenti dari melakukannya) dan berkatalah dengan apa yang dikatakan oleh mereka (para sahabat) dan berpadalah dengan apa yang mereka merasa cukup (sebagai panduan mereka) dan laluilah jalan salaf soleh.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya 143 Jilid 6).

Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .Maka berdasarkan keumuman hadith di atas hendaklah diawasi bahawa setiap amalan agama yang dilaksanakan secara bid’ah dan tidak menuruti ajaran sunnah dan ditambah-tambah ialah ditolak dan tidak diterima oleh Allah swt.

Ketiga
Tidak keluarnya wanita ke tempat solat sedangkan sunnah ialah keluarnya para wanita Islam sehingga para wanita yang haid dan juga kanak-kanak untuk mendengar peringatan khutbah bagi yang tidak boleh bersolat dan hal ini jarang sekali berlaku pada masyarakat Islam khususnya Malaysia.
Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para muslimah) supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang hamba mahupun yang haid dan kanak-kanak serta orang tua maka yang didatangi haidh tidaklah bersolat sebaliknya mendengar khutbah dan mendoakan para muslimin maka aku berkata kepada baginda : wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai jilbabnya maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890).
Demikianlah kesungguhan baginda ingin menegakkan sunnah supaya disuruh juga sekalipun yang tidak memiliki jilbab supaya dipinjamkan atau diberikan jilbab oleh saudara-saudaranya yang lain supaya wanita itu dapat keluar menyaksikan hari raya dan menikmati ganjaran pahala dan mendengar nasihat khutbah dan beraya bersama akum muslimin.
Adapun umat Islam Malaysia pula sangat malang sudahlah kaum wanita jahiliyah ini tidak keluar pada waktu menunaikan solat dan sebaliknya duduk di rumah sahaja menonton televisyen sehingga setelah selesai solat dan selesai khutbah barulah mereka (kaum wanita Malaysia) akan keluar berhias-hias “tabarruj” cantik-cantik memamerkan kebesaran gunung-ganang dan gunung daik bercabang dua disertai kewangian pewangi mahal dan bermacam lagi solekan ahli neraka yang diharamkan kepada para wanita muslimah.
“Dan hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” ( Al-Ahzab: 33)
Sesungguhnya secara umum selain dari waktu yang diperintahkan dan disyariatkan mereka sewajarnya tidak berhias dan berada di rumah namun demikianlah terbalik masyarakat Islam apabila diperintahkan supaya keluar maka wanitanya tetap dirumah namun apabila dilarang keluar maka mereka beraksi rancak tidak sabar mempamerkan kecantikkan baju raya mereka ke khalayak ramai.“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nur: 31)
Malangnya wanita Islam sudah lama terselam dengan arus nikmat lautan jahiliyah dan mereka berhibur libur dengan suasana jahiliyyah baik para wanita bertudung labuh berjubah hitam gelap atau coklat dengan laungan takbirnya dan juga wanita berseluar jens ketat menampak bonjol segitiga ditengah-tengah seluarnya semuanya sama sahaja mengarut.
Demikianlah sungguh karut raya di Malaysia, karut sungguh Negara kita dalam arus Islam hadhari yang meninggalkan badwi tetapi lupa pada Islam namun masih lupa diri dan identiti muslim yang diwariskan kepada kita oleh para salaf soleh.

Keempat
Pergi ke tempat solat dan pulang melalui jalan yang sama sedangkan sunnah rasulullah ialah berusaha melalui jalan yang berbeza dalam pergi dan kembali dari tempat solat.Ini sunnah yang sama yang ditinggalkan apabila hari ini sudahlah bersolat di masjid bukan di kawasan lapang setelah itu pergi dan kembalinya melalui jalan yang sama demi menjimatkan masa kononnya hendak segera sampai dan ini bercanggah dengan sunnah.

Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya nabi salallahualaihiwasalam sewaktu hari raya akan menukar jalan (sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).

Daripada Abu Hurairah ra berkata : “Sesungguhnya baginda nabi salallahualaihiwasalam sekiranya keluar pada hari raya maka baginda akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).

Orang ramai berusaha menyegerakan kembali dan pergi dengan melalui jalan yang sama kerana hal duniawi dan ini sangatlah dicela apabila hanya demi mengejar rancangan televisyen atau berkejar ke rumah kawan dan rakan atau bagi lelaki ke rumah perempuan idaman ini semua termasuk bahawa sesungguhnya puasa yang dilaksanakan hanyalah sebagai kewajipan bukan sebagai ketaqwaan.


Kelima
Menaiki kenderaan menuju ke tempat solat sedangkan tempat solat sangatlah berdekatan sedangkan sunnah ialah berjalan kaki menuju ke tempat solat dan inilah sunnah rasulullah yang berjalan kaki dan amalan salaf soleh.
Daripada Ali ibn Abi Tahlib ra yang berkata : “Sesungguhnya termasuk sunnah ialah keluar pada hari raya dengan berjalan kaki” (Hadith hasan riwayat Tirmidzi).Juga dari riwayat Ibn Umar ra yang menyebut : “Sesungguhnya rasulullah salallahualaihiwasalam keluar pada hari raya degan berjalan dan pulang dengan berjalan” (hadith sahih riwayat Ibn Majah).
Walaubagaimana pun sekiranya tempat solat itu sangatlah jauh maka tidaklah mengapa jika menaiki kenderaan dan Islam ini bukanlah menyusahkan sebaliknya memudahkan.
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).
Sebaliknya sunnah pula janganlah ditinggalkan bahkan diamalkan jika berkemampuan untuk melaksanakannya dan keletihan dan kemalasan bukanlah alasan dan hujah yang sesuai dan wajar untuk meninggalkan sunnah apatah lagi Allah swt juga pernah berfirman :
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).
Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).
Keenam
Mengadakan bid’ah dengan melakukan azan dan iqamah sedangkan sunnah ialah mendirikan solat hari raya keduanya dengan ditiadakan azan dan iqamah. Wujud kebanyakkan tempat yang masih mengalunkan suara mendayu azan bid’ah yang jauh dari pertunjuk sunnah konon memudahkan orang sedangkan ianya bukan sunnah dalam agama.
Daripada Ibn Abbas ra dan Jabir ra yang berkata : “Tiada diadakan azan pada hari Aidhil Fitri dan hari Adha” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 970 dan Muslim no. 886). Juga berkata Jabir ibn Samrah ra bahawa beliau telah solat hari raya bersama rasulullah berkali-kali dan semuanya tanpa azan dan iqamah (hadith sahih riwayat Muslim no. 887 dan Abu Daud dan Tirmidzi).
Berkata Ibn Qayyim ra bahawa sunnah ialah tidak mengadakan seruan azan dan iqamah dan juga tiada mengadakan apa-apa seruan baik sesetengah perbuatan orang tua-tua yang mereka tak sedar nabi lagi tua iaitu : “ As-Solah, As-Solatu rahimakumullah…” (tambahan penulis).Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Entahlah apalah perkara yang menyedihkan menimpa umat Islam kini lantaran berjauhannya mereka dari sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam.
Ketujuh
Menziarahi kubur dan kawasan perkuburan keluarga baik ibubapa dan adik-beradik serta melakukan bid’ah yang sangat tercela dengan menangis-nangis, melakukan pembaziran dengan menyiram air mawar yang mahal dan lain-lain sedangkan sunnah ialah menziarahinya pada waktu yang tidak dikhususkan dan tidak menangis-nangis dan melakukan amalan bid’ah.
Menziarahi kubur tidaklah haram dan berdosa bahkan dibolehkan dan menjadi kebaikan apabila ianya dapat mengingatkan kematian sebaliknya yang dicegah ialah apabila menetapkan hari khusus seperti hari raya sebagai hari menziarahi kubur dan ini ialah bid’ah.Baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah ia” (hadith sahih riwayat Muslim no. 977 dan Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).
Hadith di atas menunjukkan kebolehan menziarahinya namun sama sekali tidak membenarkan perbuatan bid’ah dan kejahilan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu.Baginda Salallahualaihiwasalam bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
Sekiranya perbuatan menziarahi kubur dilakukan pada hari raya kerana hanya itulah hari yang lapang dan cuti baginya maka tidaklah mengapa dan dibolehkan dan tidaklah termausk bid’ah sebaliknya sekiranya dilakukan sebagai merasakan ianya ibadah menziarahi kubur pada hari raya maka hukumnya berdosa dan haram.
“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Al-Mai’dah : 3).
“Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).
Dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud “ Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para malaikat menghambat sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari umat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku, maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah). (Hadith Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).

“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab : “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (An-Nur: 51-52).

وصلي الله علي نبيِّنَا محمد وآله و صحبه والتابعين لهم باِحسن إلي يوم الدين والحمد لله الرب العالمين

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: