:- LeBaRaN AiDil FiFri, SyaHduNya TaKbiR raYa -:




Kami berjalan erat dengan alunan tasbih pasti meniti di bibir manis kami, air mata kerinduan dan ingatan pada keluarga kat malaysia dah bermain-main di kelopak mata setiap kami, hanya menunggu tiupan wisel untuk mengalir di lurah-lurah muka kami. Kami tiba di mau'if siberbay dan terus menaiki tranco untuk ke solat aidilfitri di istat, raya terpoyo-poyo melihat langkahan kami, mungkin kami ni ensem dan manis semua nya kot atau sedang memilih untuk di jadikan menantu, he2. Ana jejaka melayu terakhir kerana wakil melayu tunggal memakai pakaian rasmi melayu, yang lain semua jubah, malu juga rasa nya di hati tapi buat bodoh je. Tiba kat stadium adalah teman-teman lain yang memakai baju rasmi melayu, de teman juga lah he2.
Meriah raya kat istat sebab penuh istat dengan bermacam-macam ragam di tambah dalam sekarang musim pilihanraya kat mesir tapi calon Ikhwan Muslimin saje yang cerdik mengambil kesempatan di celah-celah ribuan lautan manusia dengan mengedar topi ala golf, bendera, belon untuk anak kecil, takwin 2006 serta berarak mengelilingi stadium dengan kain rentang. Nada-nada menghebohkan calon mereka kedengaran di setiap juru istat. ana khusyuk mendengar khutbah aidilfitri dari tak lah clear sangat sebab keriuhan anak-anak kecil serta suara- lautan manusia menjadi tempias khutbah aidilfitri.
Selasai sudah solat raya dan khutbah aidulfitri, kami saling bemaaf-maafan antara satu sama lain di samping edisi bergambar tetap beroperasi sepanjang masa, he2. Kami tak dapat nak berborak lama kat dalam istat di sebabkan puluhan polis dah melaung agar cepat-cepat keluar dari stadium. Ana dan sahabat pun meneruskan langkahan kami untuk ke Bait Izzah, pejabat persatuan kami untuk program aidilfitri dan ABADI 05. Kami di hidangkan dengan satey goreng serta nasi impit, dapat lah nak mengisi perut kosong kami. Kami tiba di rumah dalam pukul 11 pagi, makan pula juadaha kat rumah, lepas tua katil panggil datang, mata kelip pah kelip pah, saratoga dah terbuka luas, ana pun tertido he2, letih sangat kot.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami Ustaz Aririe, Ustaz Rujhan, Ustaz Azli, Ustaz Wan Zamri, Ustaz Syed, Ustaz Fadhli, Ustaz Baihaki serta warga KIAS kat bumi Badawi.
0 comments:
Post a Comment