~ IsSue ~ :- PenGhiNaAn Ke AtaS NaBi MuHaMmaD S.A.W, Jom KitA BoiKot & LaWaN KaFir LaKNaTuLallAh -:
Karikatur yang di reka oleh barat untuk menghina Nabi Muhammad s.a.w dan ummat islam seluruhnya. Persoalannya mengapa umat islam seluruh dunia berang penyiaran karikatur itu pada masa sekarang sedangkan isu itu telah lama dimainkan oleh pihak Denmark 30 September 2005 ? Saya rasa persoalan ini perlulah tanya kepada diri kita sendiri, kenapa ia terjadi,apa kata anda ?Adakah kita ketandusan pakar dalam teknologi maklumat?Ataupun kita sengaja buat-buat bodoh dan tak rasa sensitif pun terhadap penghinaan ini? Ataupun kita jahil dalam agama sehinggakan perbuatan menghina dan biasa tidak dapat dibezakan?
Pemimpin politik Hamas, Mahmoud Zahar menyatakan bahawa mereka yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. wajar dikenakan hukuman mati kerana melemparkan penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.``Kami sepatutnya membunuh semua mereka yang menghina Nabi Muhammad dan sebaliknya kami memprotes secara aman,'' kata Mahmoud, salah seorang pemimpin Hamas yang memenangi kerusi dalam pilihan raya Parlimen Palestin 25 Januari lalu.
Bantahan terhadap tindakan akhbar Eropah menghina Islam dengan menyiarkan kartun Nabi Muhammad, berlanjutan dan merebak dari London ke Palestin, semalam, ketika dua lagi akhbar New Zealand menyiarkan lakaran itu di media berkenaan semalam.Akhbar New Zealand itu ialah Dominion Post dan The Press.
Tindakan itu segera dikecam Presiden Persekutuan Persatuan Islam New Zealand, Javed Khan yang percaya negara itu akan menghadapi kesan buruk dari segi ekonomi.Sementara itu, 12 kartunis Denmark yang bertanggungjawab atas lakaran itu dilaporkan bersembunyi dan diberi perlindungan 24 jam kerana bimbang menjadi sasaran bunuh. Mereka mengakui terkejut dengan bantahan global itu.
Apapun, ulama Sunnah terkenal, Sheikh Youssef Al-Qaradawi dan Imam Besar Masjid Makkah Saleh Humaid, berkata semua umat Islam harus bangkit menunjukkan kemarahan di atas penghinaan itu.
Di Damsyik, penunjuk perasaan membakar sebuah bangunan yang menempatkan kedutaan Denmark dalam satu tindakan paling ekstrim berbanding di tempat lain.Di samping itu, di Lubnan kejadian juga hampir sama sehingga mengakibatkan berbelas penunjuk perasaan meninggal dunia akibat berhadapan dengan pihak polis yang melepaskan tembakan.Kejadian itu menyusuli kenyataan dari Vatikan yang menyifatkan perbuatan akhbar Denmark sebagai provokasi yang tidak dapat dimaafkan sambil mengingatkan bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna mereka boleh menghina pengikut agama lain.
Di Mesir, Presiden Hosni Mubarak memberi amaran bahawa keputusan beberapa media cetak Eropah yang memaparkan kartun itu akan membawa kepada keganasan.
Di Afghanistan, Presiden Hamid Karzai dengan lantang mengutuk penerbitan itu dan berkata "an affront (Kebiadapan)... for hundreds of millions of people".
Di Morocco, pemimpin agama mereka mengutuk lukisan terbabit dan kumpulan muslim di sana sedang mengatur rancangan untuk melakukan demonstrasi pada Jumaat ini.
Di Indonesia, mereka menunjukkan kemarahan mereka dengan berpiket di hadapan pejabat gabenor di Sulawesi Selatan, ibu negeri Makassar semasa lawatan Setiausaha Agung "Danish Red Cross", Jorgen Paulsen.
Di London, sekurang-kurangnya 400 orang berarak dari Masjid Regent’s Park ke kedutaan Denmark, Kedutaan Norway dan Kedutaan Perancis di Knightsbridge. Mereka turut membakar bendera Denmark kelmarin sebagai membantah perbuatan akhbar negara itu yang memulakan penghinaan berkenaan September lalu.Penunjuk perasaan terbabit, termasuk wanita melaungkan slogan ‘Mereka Yang Menghina Nabi Muhammad Harus Dibunuh’ selain membakar bendera Denmark.
Di Islamabad, Kerajaan Pakistan memanggil duta sembilan negara - Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Switzerland, Belanda, Hungary, Norway dan Republik Czech bagi menyatakan bantahan dalam isu itu.Di Gaza, Beratus-ratus penduduk Palestin berarak di jalan raya bandar ini termasuk menyerbu bangunan Eropah selain membakar bendera Jerman dan Denmark.Lebih 20 orang turut memasuki Pusat Kebudayaan Jerman pagi semalam dengan memecahkan cermin, pintu dan membakar bendera Jerman.
Di Malaysia apa ceritanya,selepas ayam betina bersabung baru lah keluar ayam jantan pondan yang gah diagung-agungkan sebagai Harimau OIC dalam menyuarakan kritikan terhadap isu penghinaan keatas Nabi Muhammad s.a.w oleh negara-negara eropah laknatullah seperti Denmark, Norway, Perancis, Jerman, Belgium, Itali dan Sepanyol yang bertindak memaparkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W.
Jam bertukar detik, hari bertukar hari, akhirnya pada hari Sabtu 4 Februari 2006, barulah Syiekh Islam Hadhari Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia kesayangan kita yang juga merangkap Presiden OIC ‘berjaya” mengeluarkan kenyataan rasminya.Ianya di buat dalam masa yang sama Presiden Amerika dan pihak Vatikan mengeluarkan kritikan terhadap isu ini.
Yang menjadi pertanyaan ialah,adakah kita selaku Pengerusi OIC dayus berkokok sehingga menunggu kuasa besar Kafir laknatullah dulu mengeluarkan kritikan?. "Tindakan amat buruk ini secara terang-terangan tidak mengendahkan sensitiviti Islam terhadap penggunaan imej sebegitu yang sangat menghina dan ditegah Islam.""Ini merupakan satu tindakan provokasi yang disengajakan. Mereka patut menghentikannya."
Tetapi saya tertunggu-tunggu juga Pak Lah mengatakan sesuatu bagi mendesak pihak Denmark melakukan sesuatu agar memantau perilaku media mereka terhadap islam.
Namun, tiada apa pandangan lanjutan yang dikeluarkan oleh Pak Lah. Namun bak kata pepatah, " Tiada gading, ada tanduk pun tidak mengapa". Apa yang dikatakan oleh Pak Lah kepada rakyat Malaysia adalah,"Biarkan mereka yang melakukan penghinaan ini melihat sendiri betapa seriusnya kesalahan mereka yang hanya mereka yang boleh dan patut perbetulkan," katanya.
Hakikatnya, apa yang boleh "mereka"(Denmark) itu lihat terhadap tindakan "mereka"(Denmark) itu apabila "kita" (umat islam) tidak menyarankan apa-apa kepada pihak media eropah terbabit melalui kerajaan "mereka"(Denmark) ?Namun,sekurang-kurangnya Malaysia tidaklah malu dengan pendirian negara lain seperti yang terbaru Parlimen Pakistan semalam (Jumaat, 3 Februari 2006) telah meluluskan satu resolusi MENGUTUK karikatur berkenaan sebagai "kufur dan menghina". Ini ditambah lagi dengan tindakan negara Asia Barat yang memboikot produk Denmark.
Ini ditambah lagi dengan pendirian Presiden Indonesia, yang secara rasmi mengecam tindakan media berkenaan dan telah menganjurkan dialog berikutan isu panas ini. Menurut Susilo Bambang Yudhoyono,
"Dialog dan kerjasama antara agama kawasan Asia-Pasifik dan antara kawasan Asia-Eropah yang ditaja Indonesia perlu lebih diperkuatkan," katanya.
Namun seperti yang kita sedia maklum, pada Jumaat yang lalu, pihak PAS dahulu yang menjadi organisasi yang pertama menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Denmark memohon maaf secara rasmi kepada Peterson di Lobi Wisma Denmark.
Marilah kita bersama-sama bergading bahu dan bergabung untuk menunjukkan kepada kafir laknatullah bahawa umat islam terlalu kuat untuk mereka apabila kita bersatu.Kita memerlukan pemimpin seperti Mahmud Ahmad Najad untuk berlawanan dengan kafir yang setiap saat merancang untuk memusnahkan kita.Ketegasan dan keberanian beliau membuatkan seluruh dunia terpingga-pingga dalam mencari kaedah untuk menghukum beliau.Jom kita sama-sama memboikot barangan Denmark dan sekutunya yang menghina kekasih Allah dan Agama Islam itu sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: