~ aRtiKaL ~ ::_HuJan EmAs Di NeGeRi oRanNg, HuJan RoKet Di HaiFa_::
Pepatah Melayu ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Peperangan Zionis ke atas Beirut pula menyaksikan satu fenomena yang agak berbeza, iaitu hujan roket di kawasan-kawasan utara wilayah jajahan Zionis seperti Nahariya, Kiryat Shemona, Haifa, Hadera, Nazareth, Nazareth Illit, Rosh Pina, Tiberia, Tzfat, Afula, Beit She'an, Karmiel dan Maalot. Roket-roket yang dilancarkan oleh Hizbullah ke sasaran-sasaran berkenaan adalah tindak balas di atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat awam Lubnan. Selama sebulan, roket-roket al-Fajr, Ra'ad dan Khaybar tersebut telah dilancarkan dan telah berjaya menyebabkan beberapa kemusnahan di pihak Zionis.
Kesan yang paling besar sekali ialah kegerunan di hati para penduduk penjajah Zionis dan juga kejayaan menyebabkan penghijrahan lebih setengah juta (500,000) rakyat Zionis dari wilayah-wilayah utara jajahan rejim. Fenomena ini merupakan yang pertama sekali berlaku di dalam sejarah rejim Zionis semenjak negara "Israel" ditubuhkan pada tahun 1948.
Sehingga 13 Ogos 2006, lebih kurang 3,900 roket telah dilancarkan oleh Hizbullah ke arah wilayah-wilayah jajahan Zionis. Serangan balas di atas keganasan Zionis di Lubnan ke atas rakyat Lubnan itu mempunyai impak ynag amat besar. Dianggarkan 52 rakyat Zionis termasuk para tentera mereka telah terbunuh, manakala 1,400 yang lain pula telah dilaporkan cedera. Kemusnahan ini masih lagi kecil berbanding 1,230 rakyat awam Lubnan yang telah terkorban akibat serangan Zionis ke atas kawasan penduduk awam.
Bilangan tersebut juga masih lagi kecil berbanding lebih 5,000 rakyat awam Lubnan yang tidak berdosa yang telah tercedera akibat bedilan-bedilan tentera Zionis ke arah penempatan awam dan juga jalan-jalan raya. Walau bagaimanapun, serangan balas Hizbullah itu sudah cukup untuk mengajar pihak rejim Zionis agar tidak terlalu memandang rendah kemampuan Hizbullah.
Jikalau rejim Zionis tidak pernah menerima penangan yang berbaloi di Gaza ataupun Tebing Barat, di Lubnan mereka bagaikan terpaku dan tersentak di atas kemampuan Hizbullah.Roket-roket tersebut bukan hanya berjaya mendarat di wilayah-wilayah utara jajahan Zionis, malah telah berjaya mendarat di bandar ketiga terbesar jajahan Zionis, Haifa, dan juga bandar Hadera di wilayah tengah negara jajahan Zionis (Israel). Roket-roket Hizbullah juga telah berjaya menjangkaui bandar-bandar besar dan utama wilayah Zionis seperti Atlit, Nazareth, Jezreel dan Afula. Serangan ke atas bandar-bandar tersebut telah membuatkan tentera Zionis terpaku dan bagaikan tidak mampu untuk berbuat sesuatu. Sistem pertahanan mereka yang sering disifatkan sebagai yang tercanggih di dunia tidak membawa apa-apa erti.
Di kalangan golongan massa Zionis, ramai yang telah mula mempertikaikan kemampuan kerajaan Zionis dan juga tentera mereka (IDF) untuk menjaga keselamatan "negara" mereka. Segala perbelanjaan besar negara yang diperuntukkan untuk keselamatan warga Zionis kini telah mula dipertikaikan. Massa Zionis juga meragukan kemampuan Tomahawk yang sepatutnya berperanan menangkis sebarang roket yang ditujukan ke arah wilayah jajahan Zionis.
Jikalau rejim Zionis tidak pernah menerima penangan yang berbaloi di Gaza ataupun Tebing Barat, di Lubnan mereka bagaikan terpaku dan tersentak di atas kemampuan Hizbullah.
Peperangan ke atas Lubnan 2006 telah mempamerkan sisi kelemahan rejim Zionis. Jika tidak kerana resolusi 1701, nescaya rejim Zionis akan menjadi semakin lemah. Resolusi yang memaksa gencatan senjata itu bagaikan hujan di padang pasir buat rejim Zionis. Jika ditakdirkan peperangan itu berlanjutan untuk jangkamasa yang lebih panjang, ramai yang menjangkakan kerugian dan kemusnahan yang lebih besar di pihak Zionis.
Haifa yang menjadi bandar minyak dan pelabuhan wilayah jajahan Zionis juga dijangkakan akan musnah jika peperangan berlangsung lebih panjang. Roket-roket Hizbullah, walaupun gagal mengenai sasaran tangki-tangki minyak, namun telah berjaya mengenai beberapa kawasan strategik seperti stesyen keretapi, kilang-kilang dan juga beberapa tempat di pelabuhan. Kesemua kemusnahan di Haifa telah menyebabkan trauma di hati para penduduk di sana yang selama ini menyangkakan mereka berada di dalam keadaan selamat dan aman. Selepas peperangan, Kerajaan Zionis pimpinan Olmert telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kerugian yang dialami oleh kerajaan akibat peperangan tersebut menjangkau 1.1 juta Dolar AS.
Pada 25 Julai 2006, pemimpin tertinggi Hizbullah, Syed Hassan Nasrullah telah berjanji kepada rakyat Lubnan untuk menyerang Tel Aviv jika tentera Zionis terus membedil Beirut. Walaupun tiada sebuah roket pun yang telah dilancarkan ke Tel Aviv, namun pihak Zionis telah bersiap sedia dengan segala persenjataan demi menangkis serangan tersebut. Para penganilisis ketenteraan Zionis dan juga pegawai-pegawai tentera mereka yakin, Hizbulah mampu untuk melakukannya.
Para pengkaji bom dan roket Zionis yang menganalisis roket-roket Hizbullah mengatakan mereka mempunyai teknologi tersendiri untuk memperbaiki roket-roket yang dilancarkan. Kebanyakan daripada para penganalisis ketenteraan Zionis dan pemimpin mereka bersepakat mengatakan bahawa roket-roket tersebut diimport dari Iran.Seperkara yang menarik semasa peperangan berlaku ialah dakwaan-dakwaan meleset tentera Zionis. Ketika mereka menyerang Qana dan membunuh lebih 60 orang wanita dan kanak-kanak di dalam sebuah bangunan yang dibedil, mereka telah menyalahkan Hizbullah. Mereka mendakwa Hizbullah menggunakan bangunan tersebut untuk melancarkan serangan roket mereka.
Walaupun mereka telah mengeluarkan beberapa rakaman video dari kapal terbang perisikan dan juga rakaman satelit mengenai dakwaan tersebut, namun tidak ada sebuah pun pelancar roket yang ditemui bersama runtuhan bangunan berkenaan. Hal ini telah diakui sendiri oleh para pegawai IDF yang terlibat. Walaupun laman web IDF telah menyiarkan gambar rakaman serangan roket berkenaan, namun apabila mereka ditanyakan mengenai pelancar roket yang didakwa, mereka mengakui tidak ada sebuah pun pelancar roket yang mereka temui di bawah runtuhan-runtuhan bangunan berkenaan.
Hal yang sama berlaku mengenai dakwaan IDF kejayaan mereka menghancurkan palancar-pelancar roket jarak jauh Hizbullah pada awal bulan Ogos. Para pegawai tinggi IDF dan para pemimpin mereka dengan bangganya mengisytiharkan hal tersebut di media-media. Apa yang melucukan ialah, tidak lama selepas kenyataan tersebut dibuat, Hizbullah telah berjaya melancarkan roket-roket ke arah yang lebih jauh sehingga menjangkaui kawasan barat Galileedi antara Rosh Hanikra dan Maalot yang telah berjaya membunuh lima orang tentera Zionis di sana. Lebih memalukan lagi, pada 2 Ogos, Hizbullah telah berjaya melancarkan 200 roket jarak jauh mereka ke arah wilayah-wilayah utara Zionis. Angka ini merupakan angka yang tertinggi roket mereka dilancarkan di dalam sehari.
Mahmood Qomati, naib ketua biro politik Hizbullah, sepertimana yang telah dilaporkan oleh Washington Post (3/8/2006) mengatakan bahawa mereka mempunyai roket-roket yang tidak diketahui oleh Zionis. Menurut Qomati, pihak perisikan Zionis hanya mengetahui sebahagian sahaja daripada roket-rokte milik Hizbullah, dan banyak lagi roket-roket mereka yang lebih hebat dan dahsyat tidak diketahui oleh pihak perisikan Zionis.
Menurut beliau lagi, Hizbullah mempunyai roket yang cukup untuk dilancarkan ke arah Zionis untuk tempoh sebulan lagi. Kenyataan beliau ini memang benar, hanya selepas beliau membuat kenyataan tersebut, sebuah roket Khaibar -1 telah mengenai sasaran di bandar Beit Shean yang terletak sejauh 70km daripada selatan Lubnan. Hal ini telah menggerunkan pihak tentera Zionis (IDF).
Pihak perisikan Zionis hanya mengetahui sebahagian sahaja daripada roket-rokte milik Hizbullah, dan banyak lagi roket-roket mereka yang lebih hebat dan dahsyat tidak diketahui oleh pihak perisikan Zionis.
Pada 4 Ogos pula keadaan semakin tidak menyebelahi pihak Zionis. Ketika IDF membuat kenyataan media telah berjaya menghancurkan sepuluh buah pelancar roket milik Hizbullah, Hizbullah telah melancarkan roket mereka ke arah Hadera dan Pardes Hana yang terletak di sebalik pergunugan Carmiel.
Kedua-dua kawasan tersebut terletak hampir dengan Tel Aviv. Kejayaan roket-roket itu melepasi pergunungan Carmiel sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hizbullah mampu untuk menyerang Tel Aviv.
Pada hari berikutnya, sebanyak 170 buah roket dilancarkan lagi. Hal ini telah membuatkan rakyat Zionis hilang kepercayaan terhadap kenyataan-kenyataan media pihak IDF di atas kejayaan-kejayaan mereka. Pada 6 Ogos, serangan Hizbullah dilancarkan ke arah Haifa telah menyebabkan kemusnahan yang agak besar di pihak Zionis. Media Zionis melaporkan sebuah bangunan telah musnah akibat serangan berkenaan dan mengorbankan tiga nyawa manakala 100 yang lain telah cedera.
Menurut sumber laman web globalsecurity.org bertarikh (1 Ogos 2006) dan juga maklumat IDF, Hizbullah mempunyai 13,000 buah roket jarak jauh. Bilangan ini termasuk roket jarak jauh dan besar seperti Fajar-5, dan Zelzal-2 yang mereka dakwa dibekalkan oleh Iran. Laporan yang sama juga menyebutkan Hizbullah mempunyai beberapa roket anti kereta kebal dan kapal terbang seperti ZU-23, SA-7, SA-18 dan juga QW-1. Mereka juga mengatakan bahawa Hizbullah mempunyai roket anti kapal perang, C-802 yang telah memusnahkan kapal perang Zionis, INS Hanit pada 14 Juali 2006.
Kenyataan mereka ini dipertikaikan oleh pihak Hizbullah yang mengatakan bahawa mereka mempunyai kekuatan yang jauh lebih besar daripada apa yang diketahui oleh pihak perisikan IDF dan juga CIA. Walau apapun hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa Hizbullah telah mampu menggerunkan pihak Zionis dan mereka juga telah berjaya memberikan kepada rejim Zionis kekalahan yang cukup memalukan pada peperangan tahun 2006 ini."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: