Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah seorang lelaki yang bertaqwa
Yang hatinya penuh rasa cinta pada Allah
Yang jiwanya gentar bila mendengar bacaan ayat suci
Yang amal ibadatnya dipenuhi rasa ihsan
Yang bersedia berkorban di jalan Allah
Yang tetap hatinya menegakkan kebenaran

Lelaki acuan al-Qur'aan sentiasa bersedia untuk agama
Yang masanya dihabiskan untuk da'wah
Yang lidahnya sentiasa menutur dzikruLLaah
Yang nafasnya hadir seiring tugas tarbiyah
Yang hatinya teguh melawan futur dan nafsu
Yang hartanya ialah milik islam

Lelaki acuan al-Qur'aan punyai maruah yang tinggi
Yang hatinya rasa izzah dengan agama
Yang mempunyai akhlaq dan budi pekerti terpuji
Yang amalnya ikhlas kerana Ilahi
Menghormati yang tua mengasihi yang muda
Kerana islam telah memuliakan dirinya

Lelaki acuan al-Qur'aan sentiasa menghargai masa
Paginya asyik mengalunkan ayat al-Qur'aan
Siangnya berjihad memenuhi ilmu di dada
Petangnya riadhah bersama taulan
Senjanya mengimarah rumah Allah
Malamnya berseri dengan nawaafil
Hatinya tenang disalut dzikrullah

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah lelaki yang berjaya
Yang baginya dunia adalah ladang akhirat
Untuk menyemai benih ibadah untuk kemanisan buah syurga
Menelan pahit jihad dan melupakan keasyikan dunia
Yang berusaha bagai hidup seribu tahun
Yang beribadah bagai esok tiada lagi
Kerana yakin akan pengakhiran yang pasti

Lelaki acuan al-Qur'aan ialah amir keluarga dan masyarakat
Yang menjaga diri dan ahlinya dari api neraka
Yang berhikmah dalam mendidik isteri
Yang berkorban demi melahirkan mujahid sejati
Yang berusaha menyeru ummat ke jalan Allah
Meneruskankan perjuangan Islam bersama isteri tercinta

Lelaki acuan al-Qur'aan tidak mudah terpedaya
Dengan hiasan dunia
Dengan pujuk rayu wanita dan selautan harta
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah tujuan asalnya, disitulah destinasi cintanya
Bersama wanita acuan al-Qur'aan ganjaran Allah swt

wallaahu a'lam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: