SI MUSLIM Jadi Bartender?
Habis fikir? Sudah tiada kerja lain lagi dalam dunia ni??? Eh... darurat kot!
SUDAH banyak kali terserempak. Sudah lama diketahui. Melihatkan keadaan itu hati rasa kecewa. Jenuh berrfikir-fikir. Kenapalah jadi begitu?
"Maaf dik, nak tanya sikit. Kenapa adik kerja di sini?""Sekarang susah cari kerja kak. Lagi pun kalau kerja kilang gajinya kecil saja.""Berapa gaji sebagai bartender?""Di hotel ni, gaji bartender antara yang tertinggi. Saya boleh dapat RM2,000 lebih.""Tak takut dosa ke?""Tahu. Memang berdosa tetapi nanti saya bertaubatlah, kak. Cari makan, nak buat macam mana..."
Menurut Jalil (nama samaran) ada 7 bartender semuanya yang bekerja di hotel itu. Lima daripadanya Melayu Muslim. 'Head' paling besar juga Melayu Muslim.
Di kelab-kelab, hotel dan restoran mewah yang ada menyediakan minuman keras, boleh dikatakan suatu perkara biasa apabila pelayan penghidangnya merupakan orang Melayu kita. Bukan setakat pelayan, paling glamor sekarang, bartendernya, tukang bancuh-bancuh beer, campur aduk wine, cipta resipi baru kombinasi arak - Melayu juga!
Jalil di temui di sebuah hotel mewah ibukota. Dia berdiri segak di dalam bar yang terletak di ruang bersebelahan lobi. Hati mengharap sangat supaya jejaka berwajah seperti Melayu itu bukan Melayu dan bukan Islam. Harap sangat dia anak campuran atau namanya bukan Melayu. Sayang sekali, setelah merapati, tertera nama 'Melayu' di situ. Untuk pengesahan penulis bertanya sendiri.
"Are you Malay?"
"Yes maam." Dia tersenyum manis sambil menunjukkan tanda nama di poket bajunya. Jadi sah, dia Melayu dan Islam.
Isunya kenapa mudah sangat orang seperti Jalil mengambil langkah mudah, bagaikan tiada lagi kerja lain untuk lelaki sasa sepertinya. Adakah kerana imbuhan mewah mengaburi mata sehingga lupa pada dosa? Takkan kita mahu menyalahkan pihak majikan kerana membiarkan Melayu Muslim menjawat jawatan haram itu?
Atau perlukah pihak JAKIM menghukum mereka ini?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: