MerDeKA! MeRdeKa! MeRdeKa
Tanggal 31 August hari bersejarah buat negara kita, kali ini kita telah menyambut perayaan kemerdekaan yang ke 48. Malaysia antara negara membangun pesat maju berbanding negara-negara serantau yang lain. Bangga kan!
Kerajaan membelanjakan berratus-ratus juta untuk sambutan bulan kemerdekaan, tanda bersyukur nya rakyat malaysia dapat mentadbir negara dengan sendiri tanpa menjadi hamba abdi kuasa luar. Adakah kita sudah merdeka? 2 bulan lepas harga minyak naik 30 sen, seminggu lepas itu naik lagi 10 sen, aik minggu ni berdesir pula nak naik lagi, semua harga barang-barang naik tapi kita masih di buai mimpi indah. Ini kah hadiah kemerdekaan kita?
Bebas ke kita bersuara? nak ceramah isra' mi'raj pun kena bermandi gas beracun malah ada yang di humbam dalam pelusuk tanah, Merdeka kah kita? Yang mengaku raja kerajaan langit, mengaku tuhan dan menyesatkan akidah semua agama di malaysia di beri lesen VVIP. Jika kita pakai serban dan amalkan islam yang hakiki di anggap "irhab" pula, merdeka kah kita?
Berapa ramai ibu-ibu, anak-anak menangisi kehilangan ayah tercinta dan di kurung dalam neraka dunia tanpa perbicaraan? ISA releven kah ? Yang di anjing kan adalah orang beragama, yang komunis dan menyesatkan orang ramai di hidang mahligai gah istana puteri Balqis, Merdeka kah kita?
Malam ambang kemerdekaan di nanti-nanti kan oleh segenap usia, maklum lah malam hiburan dan pesta rakyat Malaysia. Yang ayah dan ibu awal-awal lagi membeli baju-baju baru untuk anak-anak, nak sambut kemerdekaan negara kan. Berduyun-duyun keluar ketempat sambutan, zohor dah pergi, jalan sesak nanti, solat? Jama' lah, x pe kan demi untuk negara, kepala hotak kau.
Ayah tak ada kerata, mak tolong tepon kawan anak suruh pergi sama-sama tapi kena datang ambil rumah, nak bagi amanat. Anak perempuan katakan, kena hati-hati. Berempit lah naik kapcai, mak ayah lega anak nya patriotik juga. Berlompat-lompat seiras kandung beruk, kasian pula kat beruk perangai nya di pelopori oleh manusia. Berlori-lori botol arak, penuh menara Petronas di isi oleh kondom-kondom, titisan-titisan dara memenuhi melimpahi tasik titiwangsa kebanggaan kita. Tak hairan binti ajaib lah kita keesokkan hari terdampar di dada akhbar " pelajar tingkatan 2 di rogol 10 lelaki"" anak dara sesat rumah". Tak pe kan, nak raikan kemerdekaan negara, semua kita kena sedekah kan, tubuh biasa lah, Merdeka kah kita?
Kenapa nak di risau kan, tak ada jarum, dadah, kondom, pergi balai polis mengaku penagih dadah, nasi di jamun berkala, takkan lapar kamu. Nak kondom, jarum semua FREE, tak usah pergi curi selipar jepun kat masjid lagi untuk beli jarum kan. Pelajar-pelajar catu makanan dan nak beli buku di sebabkan tiada biasiswa serta pinjaman tapi penagih biasiswa setaraf " Kepujian Kelas Pertama". Kita kan nak pemimpin masa depan yang penagih, yang pandai perlu berdikari. Merdeka kah kita?
Saya menyanyangi negara tanah tumpah darah ku, tapi saya nak tanya kawan, Adakah kita sudah merdeka secara total sekarang? ke merdeka kerana tandatangan pak tunku saje? kertas saje layak merdeka tapi kita tidak lagi, betul tak? diri kita masih lagi leka, lalai dan gagal menjalankan amanah pencipta kita Allah Taala. Sambut lah kemerdekaan dengan solat hajat, berzikir dan mengingati Allah senantiasa, insyaAllah kita di berkati dan di redhai.
"Kibarlah Jalur Gemilang Bukan Jalur Timbangan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: