Malaysia TURUT 'DISERANG' ribut Katrina?
Tanggal 31 Ogos kita dikejutkan dengan ribut Katrina yang melanda New Orleans dan Gulf Coast yang amat dasyat. Banyak persepsi -persepsi yang diberikan, ada sesetengah yang rasa kesian, sedih dan ada pula kata padan muka kau, rasa tinggi dan megah sangat.
Apapun ramai yang tidak sedar, ribut Katrina akan sampai ke serata dunia terutama di negara kita Malaysia. Pertama sekali kesan yang utama ia akan dapat meningkatkan lagi kadar inflasi (kenaikan harga berterusan), kekurangan/ shortage komoditi dan malah harga secawan kopi juga akan meningkat dengan mendadak di US. Malah apa yang lebih buruk, ribut inflasi akan berjangkit keseluruh ekonomi bermula di Eropah dan di Asia.
Secara kasar, kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak $40 billion, termasuk $26 billion utk insuran- the largest payout ever.
Ribut Katrina ini akan menjadi pemangkin pada kenaikan harga minyak berterusan. Menurut Merrill Lynch (tanda ukur ekonomi di US) says. Selasa lepas, jualan borong gasoline meningkat hampir 40cent dan bertambah lagi 30cent pada Rabu lepas/semalam. Menurut ekonomist jika harga ini berkekalan dengan lama ianya dapat merugikan US $30 billlion dalam US economic growth (ketumbuhan).
About 10% of U.S. daily consumption, or 2.5 million barrels, is either produced or shipped in the Gulf. The price of crude, already nearly double that in June 2004, is now close to $70 a barrel. Increased demand in China and India has some analysts predicting the price will soon hit $100 a barrel. But this storm is different because it whacked oil and natural production in the Gulf of Mexico, and at least eight refineries in the region have shut down.- Merill Lynch
New Orlean adalah antara bandar-bandar besar di US mempunyai penduduk hanya 1.6 juta begitu produktif, menyumbangkan $130 billion setahun pada ekonomi US . Sektor perkapalan dan kargo di pelabuhan New Orleans menyumbang $150 billion setahun ataupun 20% kadar import dan eksport US menurut pakar ekonomi Mark Zandi dalam Economist. Jika berbanding dengan M'sia penduduk 25.5 juta hanya menyumbang $230 billion pada ekonomi negaraMalaysia adalah pengimport utama barang-barang US dan pengeksport barang-barang ke US paling banyak. Ekonomi kita sebelum ini turut disandarkan pada mata wang USD. Secara langsung Katrina ini akan mengganggu perjalanan ekonomi negara iaitu kenaikan kadar inflasi yang berterusan.
Apa yang menyedihkan adalah golongan pendapatan rendah dan pertengahan yang akan menanggung kenaikan harga barang dan servis serta kenaikan kadar cukai negara. Bayangkan bagaimana rasanya dengan pendapatan nelayan yang tidak seberapa sekitar RM500-800 dengan kadar petrol utk bot meningkat mereka terpaksa bekerja lebih masa di lautan untuk mendapatkan rezeki yang halal utk diberikan pada keluarga. Bertambah pula dengan peningkatan harga barang keperluan makanan, rumah dan persekolahan anak-anak. Agak mustahil mereka dapat memberikan yang terbaik utk anak-anak mereka, malah ramai terutama kauam bumi yang keciciran kerana tidak mampu utk melanjutkan pelajaran. Mungkin ada hikmahnya pd US sempena taufan Katrina ni dapatlah mereka muhasabah mereka sendiri tentang apa yang mereka lakukan pada Iraq, Afganistan dan Palestine. Jeritan dan tangisan dan kekacauan mereka sama dengan negara - negara yang mereka langgari dengan rasa tamak pada minyak. Dengan harapan US akan rasa insaf sedikit dan kurang menganggu negara-negara minyak yang lain. Mereka sentiasa rasa tinggi diri dan rasa megah pada kemampuan dan kelebihan yang ada pada mereka.
Jika sebelum ini mereka ditegur oleh para saintis yang meramal kejadian buruk ini akan melenyapkan bandar besar New Orleans tidak diendahkan oleh rata-rata penduduknya. Mereka berpendapat, takkanlah kota kita yang sergam indah ini akan tengelam keseluruhannya, mustahil, mungkin banjir biasa agaknya. Rasa takbur, megah, tinggi diri dengan kemampuan, kebijaksanaan dan kelebihan yang ada pada diri mereka, Akhirnya kena akur pada kuasa Allah. Sekarang rata-rata, mereka hidup merempat, yang kaya dan sederhana dapat merasa bagaimana susahnya menjadi pelarian, kais pagi dan petang dan dilayan dengan buruk oleh masyarakat mereka sendiri. Hanya Allah yang dapat merendahkan darjat seseorang dan meninggikan darjat seseorang lebih cepat dari sekelip mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: