::! Amboiiiiiiiiiii Pendek Skirt Pramugari...::






! Amboiiiiiiiiiii Pendek Skirt Pramugari...
Untuk senang bergerakkah? Atau itu kelebihan naik Airasia? Bagaimana kalau kecemasan...

KERANA tambangnya lebih murah daripada penerbangan lain, maka terbang bersama Airasia bagaikan pengangkutan rasmi kebanyakan kita. Sama ada perjalanan kerana bekerja atau bercuti, ke Sabah, Sarawak atau ke Indonesia, majoriti memilih Airasia. Ramai yang kata, biarlah bersempit sedikit, asal dapat menjimatkan wang. Lebih elok duit itu digunakan untuk shopping saja. Tiada salahnya berfikir begitu.

Dengan adanya pilihan, wajar kita mengucap tahniah kepada Airasia. Sekurang-kurangnya ada syarikat yang berniaga untuk untung saja, tidak seperti syarikat lain yang berniaga untuk untung dan mencekik darah sekaligus.

Kali ini saya nak menarik perhatian tentang Airasia, ingin menyentuh tentang uniform anak kapal wanitanya. Yang lelaki tiada masalah, hebat bergaya, kemas dan terpelihara segalanya. Namun kenapalah peramugari tidak dipelihara sama? Periharalah uniform mereka itu. Agaknya, ketika mencipta uniform itu, apakah kriteria yang diambil kira? Kalau mengambil pengiraan kami, seperti peramugara, peramugari juga perlu mengenakan pakaian sopan, kemas (cantik?) dan mudah bergerak dengannya. Bermakna hendak membongkok, menjengkit, menunduk, berjalan dan berlari, semua itu mudah dilakukan.

Mungkin ramai yang kata, dengan skirt pendek atas lutut dan ada belah 10 cm di tepinya, dikenakan pula dengan jaket merah yang sangat ketat, tiada masalah untuk membongkok, menjengkit, menunduk, berjalan dan berlari. Memang tiada masalah tetapi sebagai orang Malaysia, yang kebanyakan kakitangannya Melayu dan Islam, adalah lebih manis dan terpelihara jika tidak berskirt pendek begitu. Kami tidak mengatakan perlunya peramugari itu bertudung litup, berjubah atau berpurdah. Sekadar mengenakan jaket labuh longgar dan seluar longgar, tidakkah itu lebih praktikal. (Kalau bertudung lagi baik). Ditakdirkan berlaku kecemasan, bayangkan bagaimana peramugari mahu membantu menyelamatkan orang dengan skirt pendek berbelah begitu!

Dahulu pernah pakaian peramugari MAS ditegur, berkebaya dengan kain berbelah. Betul, pakaian itu melambangkan budaya negara namun di waktu sama, sebagai negara Islam, aspek itu tidak harus diketepikan di samping mengira praktikal kesesuaiannya. Sekadar mengguna corak batik sudah cukup melambangkan budaya kita, tidak kiralah rekaan bajunya bagaimana. Nah, di situ kita boleh mereka baju yang memelihara aurat wanita Muslim atau setidak-tidaknya yang lebih sopan. Kita 'kan negara Islam. Tidak perlu baju ketat menampak susuk tubuh dan terselak-selak pula kain belahannya!
Pramugari yang terlampau....
iLa LiQa Maal SalaMah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: