JauLah MerdeKa Ke HuLu Kufri SyieKh
Siberbay: Jaulah mahabbah ke kufri syiekh yang di canang sejak seminggu yang lepas akhir ye menjadi realiti. setelah jutaan ajakan daripada Mohd dan Syiekh Amin yang mempelawa kami mengziarahi rumah ye selama ni tak tertunai di sebabkan hambatan masa tapi kali ini kami memenuhi pelawaan mereka.
Rombangan jaulah diketuai oleh Ust Wan Zamri,Ust Yiekaizen(Aku),Ust Azli,Ust Rujhan,Ust Arifaie,Ust Nur Iman,Ust Faizol dan Ust Syed. Kami dikejutkan enbum2 lagi oleh lelaki terkuat siberbay untuk bersiap selepas di buai mimpi kali kedua. Lebih kurang pkol 6 pagi kami bangun dan bertolak ke Mau'if siberbay pkol 7.30 pagi untuk ke Kubri ( Mau'if Kufri Syiekh ). Kami naik tranco,macam biasa lah 25sen sorang. Kemudian kami bergegas menaiki tranco untuk ke Kufri Syiekh ( $1.50 ) lebih kurang 45 kilometer, penat juga sb naik tranco buruk dan tempat duduk tidak strategik, he2. Kami tiba pkol 9 pagi dan terus ke tranco untuk ke Sidi Salim ( $1 ) lebih kurang 25 kilometer.
Tiba je di Sidi Salim kami pening2 ayam, tepon Amin pun tak dapat. Kami hentam je meneruskan jaulah kami ke Kufri Khomis ( 50 sen ) lebih kurang 15 minit jugak naik van ala "Penjahat ". tiba kat Kufri Khomis dah ternampak suasana kampung asli, kereta tiga roda ala india dan macam2 lah, rugi tak gi tau. Lps tue Amin tepon kami, kami pun naik van ala thai yang x de kerusi, hanya dok atas barai2 je.
Takut lah kali pertama naik tau ( 75 sen ) lebih kurang 15 kilo juga dengan jalan semacam Dabong je jika kat Kelate, driver pula bawa mcm Formula1. Kami tiba lebih kurang pukol 11 lebih kat rumah Mohd. Kami di sambut dan di bawa kerumah ye oleh Mohd, Amin dan sanak sedara ye. dari situ dah nampak kami ni akan jadi artis terkenal seperti Raghib Alama' lah kot, pe ye tidak. Terbunjul keluar kedua2 mata2 orang kampung melihat kami. Entah pe yang mereka ckp tak tau tapi yang pasti mereka tercakap, manusia mana yang ensem lagi ..... datang ni.
Kami pun tiba lah rumah Mohd, di muqadimahkan dengan air nanas ala kedai Pok Mud Kelate, sedap oiiiiiii tapi sayang tak boleh nak bedal kuat sebab perut kosong lagi, tak makan apa2. Kami di bawa ke kebun Mohd, makan buah anggur, buah tin, jambu, tebu, delima. terbuntal di buat ye tapi satu je kelebihan kami, bedal semua asalkan bukan kayu dan besi he2. Penat tau makan + jalan. Azan dah berkumandang tanda seruan untuk solat jumaat, kami semua pegi lah ikut je masjid mana yang akan di bawa oleh Syiekh Amin, jalan 10 jangkah nak ber photo, biasa lah arab katakan.
Kami solat jumaat, lepas solat sunat kami pun berangkat, aku dan Arifaie keluar awal sebab yang lain de mushkilah kat tandas, semua pakat likung macam kami ni lelaki kayangan baru turun dari langit. Dapat puji ye, arab ni peramah + baik, sorang datang ajak jalan rumah, budak2 mcm biasa terus je tengok, Keluar semua kami pun jalan untuk ke rumah Mohd .
Tiba je rumah dah bau sedap lain macam, orang kuat siberbay berseloroh de can kite hari ni. Kami melangkah je dah nampak 4 Ayam bakar, 2 itik bakar, 3 burung punh bakar, daging hancur pedas, sup, potato, ish ( roti ), anggur dan banyak lagi. Terboya kami di jamu ye, buatkan kami mcm perut arab, letih tau nak mamah.
Lepas makan kami turun untuk ke buhairah tapi smapai tengah jalan sepupu Mohd bagi idea karut, dia cakap gi ambil ikan kat kolam dia dulu lps tue kita bakar kat tasik, best dia cakap. Idea bagus kami ikut lah, jalan lah kami, de yang merungut jauh lagi ke, dia ckp dekat2 je lagi. Jauh oiiii sampai 2,3 kali terbuang sorang2, kata orang kuat siberbay, ni kali pertama orang dera dia lompat parit 2, 3 kali + panas dll. Memang pun, orang kuat ni manja sikit, tak boleh kena panas he2, jangan maraaa. Tak jadi gi buhairah, kecewa kawan2 ku.
Lps solat maghrib kami bercadang nak balik tp kena makan dulu, makan atas bumbung rumah, resepi sedap mcm biasa tp yang jadi bahan ketawa ye Ust Faizol kena makan perut ikan he2. Arab dia bakar ikan 1 ekor je x buang pe2 lps 2 Syiekh Amin ni pengamal sunah kataka, adab suap menyuap ni jadi amalan ye. Ust Faizolah yang menjadi mangsa, makan dalam gelap + x tau pe yang Amin suap, bedal je. Tengok2 perut ikan, dah habis pun makan, best tak ust Faizol, best kan he2.
Kami nak balik, kami nak balik, kami nak balik bising dok merungut, maklumlah x temu air lagi ni, busuk he2. Arab cakap dah tak de van nak, lps tue dia paksa juga tido, buat undian lah, semua nak balik, aku jawab main2 tak mau balik. Lepas tue kami bincang ok lah tido sini sebab van pun dah tak de. Hepi pak arab ni sebab menang juga dia........ to be contineu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: