~PeNyeSaLaN~



Papa! Bacakan Kuat-Kuat Ye
Parents, plz spend some moment to read......


Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmatihidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akansaya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datangmenghampiri. Danmembawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikapterlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,"kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku
baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serenamengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.


"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "BolehlahPapa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah."Kanpapa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?bacalah,papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata diatidak mahu mengalah.


"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkahpermatahati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidakmenyangkasaya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu diaberedar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh kearah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papabacakankuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"


Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik diamenjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,duaminggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serenatidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepasmemegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmatisarapanbersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.


"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambiltersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dahbacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Sayamengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidakterfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatudentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma tergangguseketika,sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.


Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk.Jiran-jiranmengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulakdia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluruke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulaidiribaanseorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anaksaya,masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuathatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanyadipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itunafasnyatersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama,Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambilmembukamatanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadarcuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri sayamembuatkanjiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilikICU ekoran keparahan kecederaannya.


Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diridan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, sayabacakancerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katilSerena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.Kekesalanberlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapatmendengarjalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, sayabacakansekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari sayabacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya takhenti-hentimenangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadapSerena sejak seminggu yang lalu.


Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membukamatanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejamuntukselama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasihkerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serenamasih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahunberlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yangdiperlukanoleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yangbergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS