Pakaian sukan atlit negara, siapa yang menciptanya?

Pakaian pelari pula. Entah siapa yang mencipta atau mengesyorkan pelari wanita kita memakai singlet ketat dan seluar dalam saja.


SEBAGAI negara Islam kita tidak membenarkan orang Melayu atau Muslim mewakilkan Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia (betulkah fakta ini?) Salah satu penyebab tegahan ini adalah kerana terdapatnya acara peraga bikini, pakaian mandi. Entah siapa yang 'bijak pandai' mereka pakaian mandi sebegitu entahlah...

Berenang di laut, sungai atau pun kolam mandi merupakan satu riadah tetapi kerana restriction berpakaian terutama untuk bermandi manda di kolam renang di hotel penginapan, yang mengatakan tidak dibenarkan masuk ke dalam kolam kalau tidak mengenakan proper swimming suit, membuatkan ramai tetamu hotel yang hanya bergambar di tepi kolam saja.

Kami memang hairan cara penciptaan pakaian sukan yang semakin menjolok mata sekarang. Bagi acara renang lihat saja swimming suit wanitanya. Kenapa mesti membogelkan bahagian belakangnya dan di bahagian kelangkangnya, lagi sedikit yang tertutup lagi hebat gaya mereka. Begitu? Dan jika kita lihat swimming trunk lelaki pula, masya-Allah, lebih baik tidak payah melihat terus, memang berdosa kita. Seluar dalam saja...

Boleh agaknya kita mencipta pakaian yang tidak terlalu terbuka seperti itu? Yalah, mungkin pesertanya bukan Muslim pun.

Pakaian pelari pula. Entah siapa yang mencipta atau mengesyorkan pelari wanita kita memakai singlet ketat dan seluar dalam saja. Kalau mewakili negara ada pula bendera Malaysia di pinggang seluar dalamnya Jika memakai track bottom, kalahkah kita? Walhal setiap pertandingan pun kita banyak kalah juga walau memakai seluar kecil begitu!

Ini belum masuk pakaian ahli jimnastik kita, sudahlah mereka perlu mengangkangkan kaki bagi kebanyakan gerak, bahagian sulit mereka ditutup begitu minima sekali.

Kita ingin maju dalam sukan dan dikenali dunia. Apa kata tidak payah mengharapkan menang tetapi jadi popular di mata dunia? Jika kita mencipta pakaian menutup aurat dan keislaman pada pakaian sukan dan diperagakan di mata antarabangsa, kami gerenti dunia akan lebih mengenali dan menghormati Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: