~ IsU ~ ::_FaHaMaN PluRaLisMe....SiaPa Di SeBaLiKnYa???_::
Laporan Utusan Malaysia Online bertarikh 14 Jun 2006 (Ulama mahu amalan kongsi raya dikaji semula) menyatakan bahawa Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 telah berhasil merumuskan beberapa resolusi yang disepakati bersama demi melestarikan kesucian Islam di tanahair tercinta. Salah satu daripada resolusi tersebut ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang ingin menyerang akidah umat Islam.
Timbul persoalan di sini apakah sebenarnya yang ditakrifkan sebagai fahaman pluralisme itu? Adakah fahaman ini merupakan satu ideologi yang baru terbentuk atau sebaliknya? Siapakah pula yang mendalangi kegiatan penyebaran fahaman pluralisme ini, khususnya di Malaysia?
Pluralisme hanyalah satu lagi fahaman sesat yang bertujuan untuk mencemarkan kesucian agama Islam dan menghakis akidah umat seluruhnya. Ideologi ini jelas-jelas menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Ianya merupakan satu usaha bersifat global untuk mengadakan satu rumah ibadah yang sama dalam satu bumbung sepertimana yang berlaku di Yokyakarta. Pada hari Jumaat ianya sebagai masjid, pada hari Ahad ianya sebagai gereja, sementara pada malam Jumaat ianya menjadi kuil Hindu.
Laman web berikut yang berpusat di Cambridge, Massachusset, Amerika Syarikat menceritakan segala perancangan antarabangsa untuk menghancurkan kesucian Islam dengan fahaman liberalismae dan pluralisme:
http://www.pluralism.org/research/profiles.php#MA
Di Malaysia, fahaman pluralisme ini diusahakan dan diperjuangkan oleh Malaysian Interfaith Network (MIN). Maklumat lengkap mengenai MIN boleh diperolehi melalui laman web berikut:
www.malaysianinterfaithnetwork.net
Secara ringkasnya, MIN telah ditubuhkan pada 15 Februari 2003 dengan dianggotai sebanyak 30 organisasi yang terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan agama termasuk Islam, Buddha dan Hindu. Organisasi-organisasi ini mempunyai matlamat yang sehala yakni untuk memperjuangkan persamaan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Akhbar-akhbar nasional seperti The New Straits Times dan The Star turut bergiat aktif dalam MIN.
Perlu diketahui bahawa objektif sebenar penubuhan MIN adalah supaya ianya dapat dipergunakan sebagai platform bagi organisasi-organisasi yang menganggotainya untuk bersuara, berkomunikasi, merancang dan bertindak. Jelas betapa fahaman songsang pluralisme ini diperjuangkan dengan penuh terancang dan tersusun oleh musuh-musuh Islam namun malangnya sangat sedikit umat Islam di Malaysia yang sensitive dengan bahaya MIN ini.
Antara organisasi-organisasi yang menjadi tulang belakang di sebalik penubuhan MIN termasuklah:-Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF)~~Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, and Sikhism~~Sisters in Islam~~International Islamic University (IIU)~~Council of Churches of Malaysia-Society of Jesus~~Rosicrucian~~The Theosophical Society (TS)~~Sri Sathya Sai Central Council of Malaysia (SAI)~~The Bahá’í Faith-Bahá’ís of Penang Island~~Persatuan Brahma Kumaris Raja Yoga~~Altruistic Leadership Institute (ALI)~~The Taiping Peace Initiative (TPI)~~Konrad-Adenauer-Foundation, representative office to Malaysia-~~Institut Kajian Dasar (IKD)~~World Alliance for Breastfeeding Action (WABA)~~Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)~~The New Straits Times~~The Star~~Herald~~Rotary Club, Taiping.
Penyertaan beberapa pertubuhan ciptaan Yahudi Zionis (Rotary, Bahá’í etc.) dalam MIN ini sekadar menyerlahkan peranan musuh-musuh Islam tersebut dalam usaha bersepadu mereka untuk menjatuhkan agama suci ini.
Justeru umat Islam perlu menyedari tentang kewujudan MIN yang di sebaliknya bernaung dan berkembangnya fahaman pluralisme yang kini sedang menimbulkan polemik di kalangan ulama-ulama dan para intelek Islam. Ideologi ini hanyalah satu lagi senjata tajaan Yahudi Zionis untuk merosakkan kemurnian agama Islam. Musuh-musuh Allah sejak dari dahulu lagi sentiasa berusaha untuk menyesatkan orang-orang Islam daripada jalan al-haq dan fahaman pluralisme ini menjadi manifestasi usaha bersepadu mereka dalam mencapai matlamat keji itu. Wallahu‘alam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: